Alamiyyah:
Manfaat kepada
manusia sejagat
:: Amzar :: Izwan :: Kuzami ::
:: Amir ::
Definisi Alamiyyah
Al-‘Alamiyyah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-‘Alam yang bermaksud sejagat atau
sekalian alam dimana Islam sebagai sebuah agama yang sesuai kepada semua manusia tidak kira
bangsa, tempat dan zaman. Islam menjelaskan kemuliaan ajarannya ini ditujukan untuk semua
manusia secara umum.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya”
(At Tiin: 4)
Bukti manusia adalah sebaik-baik kejadian:
● Manusia dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.
● Manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi.
● Rasul dilantik dari kalangan manusia.
Islam menyeru umatnya untuk menegakkan
kebenaran dan mencegah kemungkaran.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
perkara yang baik dan mencegah daripada perkara yang salah/buruk dan beriman
kepada Allah” (Ali Imran: 110).
● Amalan baik digalakkan dalam Islam.
● Pencegahan amalan mungkar/buruk akan mengurangkan kadar jenayah atau
maksiat.
● Pengurangan jenayah ini dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan orang
ramai.
Islam Menjamin Hak Asasi Manusia
● Hak asasi manusia sentiasa terpelihara melalui peraturan dan undang-undang
● Cara hidup Islam tidak menindas mana-mana manusia, tidak kira kaum, agama,
mahupun bangsa
● Oleh itu, hak asasi seseorang manusia akan sentiasa terjamin
● Antara hak asasi manusia yang terjaga adalah:-
● Kebebasan bersuara ● Kebebasan memelihara kehormatan
● Kebebasan melindungi diri ● Hak mendapatkan kesihatan
● Kebebasan beragama ● Hak mendapatkan pendidikan
● Kebebasan memiliki harta ● Hak memelihara harta benda
Bukti Islam Bersifat Alamiyyah
Perundangan
● Perundangan Islam dapat diterima dan diamalkan oleh seluruh manusia
● Islam mementingkan kedamaian dan keadilan sejagat
● Keadilan Islam adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada umat Islamsahaja
● Islam sentiasa membela keadilan dan menentang kemungkaran
● Islam sentiasa membela hak perlindungan nyawa dan kehormatan semua
manusia
Bukti Islam Bersifat Alamiyyah
Bidang Sosial
● Tiada paksaan dalam memeluk Islam
● Semua manusia bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing
● Kebebasan bersuara dan memberi pendapat
● Kebebasan memiliki harta yang halal
Bukti Islam Bersifat Alamiyyah
Bidang Ibadat
● Kewajipan menunaikan perkara fardu Ain dan fardu Kifayah
● Setiap ibadat boleh dilakukan mengikut kemampuan dan keupayaan
masing-masing
● Setiap pekerjaan manusia dikira sebagai ibadat jika cukup segala syaratnya
● Setiap amalan manusia akan diberikan ganjaran