The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sksmkkualakrau, 2021-06-28 00:07:13

PROGRAM CERDIK 2021

pamplet cerdik

PROGRAM CERDIK KPM
(SKIM PINJAMAN LAPTOP)

PROGRAM CERDIK KPM
SKIM PINJAMAN LAPTOP

LATAR BELAKANG PROGRAM
Semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020, YB Menteri Kewangan telah
mengumumkan bahawa peruntukan berjumlah RM150 juta telah diperuntukkan untuk membekalkan
peranti komputer kepada murid sekolah yang melibatkan 150 000 murid di 500 buah sekolah sebagai
projek rintis. Inisiatif ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah (YH) dengan mendapatkan sumbangan
daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC )dan syarikat pelaburan milik kerajaan.

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM
1. Peranti komputer dan simkad untuk pelan data yang dibekalkan adalah pinjaman kepada murid

yang layak selagi mana murid tersebut bersekolah.
2. Peranti komputer dan simkad pelan data perlu dipulangkan kepada pihak sekolah sekiranya

murid tersebut
I. menamatkan persekolahan;
II. berhenti sekolah;
III. dibuang sekolah;
IV. bertukar sekolah dan
V. Menyalahgunakan peranti komputer dan simkad yang dibekalkan untuk
mendatangkan kemudaratan kepada negara atau menyalahi undang-undang negara.

3. Sekiranya peranti komputer dan simkad pelan data yang dipinjam hilang, maka tiada penggantian.
Penalti akan dikenakan ke atas peminjam/ ibu/bapa/ penjaga berdasarkan keputusan JK Bantuan
Murid Sekolah (Peranti Komputer).

4. Sepanjang tempoh pinjaman sekiranya peranti komputer perlu diselenggara atau penggantian
yang masih dalam tempoh waranti, maka peranti tersebut akan diselenggara dan diuruskan oleh
JPN/PPD.

5. Sepanjang tempoh pinjaman, murid yang layak menerima peranti perlu memastikan peranti
tersebut disimpan dan dikendali dengan selamat dan baik. Penggunaan peranti tersebut hanya
untuk tujuan pembelajaran sahaja.

6. Sepanjang tempoh pinjaman, pada bila-bila masa JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer)
boleh mengarahkan peminjam peranti (murid / ibu / bapa / penjaga) menyerah peranti komputer
dan simkad yang dibekalkan untuk diperiksa dan disemak kandungan yang dimuat ke dalam
peranti komputer.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA / PENJAGA
Ibu bapa / penjaga murid perlu bertanggungjawab dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan. Oleh itu, ibubapa /penjaga mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:

i. Memberi kebenaran kepada anak / tanggungan mereka untuk menerima peranti komputer pada
borang PB-1, PB-2 dan Borang Aku Janji Penerimaan Peranti Komputer.

ii. Memastikan penjagaan keselamatan peranti komputer yang diterima dengan baik.
iii. Membuat laporan polis sekiranya peranti komputer anak / tanggungan hilang.
iv. Memastikan peranti komputer yang diterima oleh anak / tanggungan mereka dikembalikan pada

masa yang ditetapkan.
v. Memastikan anak / tanggungan mereka melaksanakan pembelajaran kendiri dengan e-bahan /

bahan pembelajaran yang dimuat dalam peranti komputer.
vi. Memastikan simkad pelan data yang diterima anak / tanggungan mereka mengakses talian Internet

atau laman sesawang yang dibenarkan sahaja.
vii. Menjelaskan segala penalti yang dikenakan sekiranya JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer)

mendapati kehilangan / kerosakan peranti komputer disebabkan kecuaian sendiri.
viii. Memulangkan kembali peranti komputer yang diterima oleh anak / tanggungan mereka sekiranya

JK Bantuan Murid Sekolah (Peranti Komputer) mendapati peranti tersebut di disalahgunakan dan
menyalahi undang-undang negara dan bukan untuk kegunaan pembelajaran.

TANGGUNGJAWAB MURID
Kesedaran dalam kalangan murid untuk menghargai kemudahan yang diberikan kepada mereka adalah
penting. Mereka sepatutnya dipupuk untuk menghargai kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan
dalam memajukan pendidikan mereka terutamanya dalam Norma baharu. Dengan ini murid turut
mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti berikut:

i. Menjaga keselamatan dan kebersihan peranti komputer yang diterima.
ii. Memastikan peranti komputer yang diterima tidak diconteng, ditulis atau sebarang jenis perlakuan

yang boleh mengakibatkan kerosakan peranti komputer.
iii. Mematuhi peraturan/ polisi KPM yang ditetapkan.
iv. Menggunakan sebaik-baiknya peranti komputer yang dibekalkan untuk tujuan pembelajaran

kendiri.
v. Menggunakan simkad pelan data yang diterima untuk mengakses talian Internet pembelajaran

kendiri dan tidak mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
vi. Dilarang memberi pinjam kepada orang lain bagi mengelakkan kerosakan dan salahguna.

*** Setiap peranti telah dipasangkan perisian yang akan menjejak penggunaan. Maka
penggunaan akan sentiasa dipantau. Salah laku contohnya seperti pornografi, antikerajaan,
keganasan dan sebarang aktiviti yang dilarang akan menyebabkan peranti diambil semula
dan hilang kelayakan untuk meminjam.


Click to View FlipBook Version