PERBINCANGAN USAHASAMA ANTARA JABATAN PERTANIAN SABAH BERSAMA SAWIT KINABALU SDN. BHD.
Direkabentuk & dicetak oleh: SEKSYEN PENERANGAN PERTANIAN Bahagian Operasi & Latihan, Jabatan Pertanian Sabah, Kementerian Pertanian Dan Perikanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, SABAH, MALAYSIA. ............................................................... | MAJLIS PERASMIAN KURSUS PROSEDUR PEMERIKSAAN PINTU MASUK SABAH AGRICULTURE QUARANTINE | MAJLIS PERASMIAN PESTA DURIAN DAN BUAH-BUAHAN KENINGAU 2022 | PEMERIKSAAN TAPAK CADANGAN SAWAH PADI SELUAS 100 HEKTAR | SESI PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERTANIAN | PERBINCANGAN USAHASAMA ANTARA JABATAN PERTANIAN SABAH BERSAMA SAWIT KINABALU SDN. BHD. | MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SUAIKENAL PROGRAM SIJIL KEUSAHAWANAN PERTANIAN BERSEPADU KUMPULAN KE – 27 SESI 2022/2023 | MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN LADANG DAN SEMINAR PEMINDAHAN TEKNOLOGI KELAPA | LAWATAN KERJA JABATAN PERTANIAN SABAH KE KAWASAN PENANAMAN PADI DI SEKINCHAN SELANGOR DAN PENANAMAN NANAS BERNAM, JOHOR 3 5 7 8 9 10 11 12
Direkabentuk & dicetak oleh: SEKSYEN PENERANGAN PERTANIAN Bahagian Operasi & Latihan, Jabatan Pertanian Sabah, Kementerian Pertanian Dan Perikanan Sabah, Aras 1, Wisma Pertanian Sabah, 88632 Kota Kinabalu, SABAH, MALAYSIA. ............................................................... | MAJLIS PERASMIAN KURSUS PROSEDUR PEMERIKSAAN PINTU MASUK SABAH AGRICULTURE QUARANTINE | MAJLIS PERASMIAN PESTA DURIAN DAN BUAH-BUAHAN KENINGAU 2022 | PEMERIKSAAN TAPAK CADANGAN SAWAH PADI SELUAS 100 HEKTAR | SESI PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERTANIAN | PERBINCANGAN USAHASAMA ANTARA JABATAN PERTANIAN SABAH BERSAMA SAWIT KINABALU SDN. BHD. | MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SUAIKENAL PROGRAM SIJIL KEUSAHAWANAN PERTANIAN BERSEPADU KUMPULAN KE – 27 SESI 2022/2023 | MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN LADANG DAN SEMINAR PEMINDAHAN TEKNOLOGI KELAPA | LAWATAN KERJA JABATAN PERTANIAN SABAH KE KAWASAN PENANAMAN PADI DI SEKINCHAN SELANGOR DAN PENANAMAN NANAS BERNAM, JOHOR 3 5 7 8 9 10 11 12 MAJLIS PERASMIAN KURSUS PROSEDUR PEMERIKSAAN PINTU MASUK SABAH AGRICULTURE QUARANTINE 03-05 Oktober 2022 bersamaan 06-08 Rabiulawal 1444 Hijrah, PUTATAN:- Majlis perasmian kursus prosedur pemeriksaan pintu masuk Sabah Agriculture Quarantine telah diadakan Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (PLPB). Seramai 33 orang pegawai gred G19 – G44 yang telah menghadiri kursus ini dan telah disempurnakan oleh Encik Sofian Syah Mohd Said, Penolong Pengarah Pertanian (Seksyen Biosekuriti dan Kuarantin Tumbuhan). Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk melahirkan Pegawai Pemeriksa/Penguatkuasa yang kompeten dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab penjagaan di pintu masuk secara bersepadu di bawah Sabah Agriculture Quarantine (SAQ). Selain itu, peserta juga dapat mengetahui sumber kuasa, akta dan prosedur bawah Kementerian Pertanian & Perikanan Sabah. Tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan iaitu Pengenalan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 & Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981, Prosedur Pengimportan dan pemeriksaan di Pintu Masuk Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Sabah, Punca kuasa dan prosedur pemeriksaan Jabatan Perikanan, Pengenalan Akta Kastam 1976 dan Perintah Larangan Mengenai Import/Eksport (HS 2017) dan Latihan amali pemeriksaan di Pintu Masuk Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu. Penceramah-penceramah yang hadir pada masa itu ialah Encik Lawrence Kissol, Penolong Pengarah (Jabatan Perikanan) dan Puan Norfaezah binti Ibrahim, Penolong Pegawai Penguasa Kastam Kanan, (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), Encik Mohamaad Fauzi bin Ab Gulam, Pegawai Pertanian (Seksyen Biosekuriti dan Kuarantin Tumbuhan), Puan Nazizarini Mohd Najib, Pegawai Pendakwa, (Seksyen Biosekuritu dan Kuarantin Tumbuhan), Puan Aimi Shahidah binti Mohd Kassim, Pegawai (Jabatan Veterinar Sabah) dan Encik Malek Noor bin Zubin, Pegawai (Jabatan Perlesenan Perkhidmnatan Veterinar Sabah).
08-10 Oktober 2022 bersamaan 11-13 Ramadilawal 1444 Hijrah, KENINGAU:- Majlis perasmian pesta durian dan buah-buahan telah diadakan di Dataran Bandar Baru, Keningau. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah. Turut dihadiri oleh YB. Datuk Annuar Datuk Ayub, merangkap Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., YB. Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah I, YB. Hendrus Anding, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah II, YB. Datuk Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan YBhg. Tuan Walter Kenson, Pegawai Daerah Keningau merangkap Pengerusi Penganjur Pesta Durian dan Buah-buahan Keningau 2022. Dalam penganjuran Pesta Durian dan Buah-Buahan Keningau 2022, Pejabat Pertanian Daerah Keningau berperanan sebagai penganjur bersama Pesta dan juga sebagai urusetia jawatankuasa mesyuarat induk Pesta. Persatuan MaSDa dan De Green Farm juga termasuk dalam Jawatankuasa Induk penganjuran Pesta Durian ini. Turut diadakan ialah pertandingan buah durian , buah naga dan buah nanas terbaik serta persembahan tarian kanak-kanak dan remaja. Pesta itu turut melibatkan penyertaan pengusaha tani bimbingan Jabatan Pertanian Sabah dalam gerai jualan dan mempromosikan hasilan dari ladang yang mempunyai sijil myGAP dari daerah-daerah sekitar seperti Tenom, Keningau, Tambunan dan Beaufort. Hasil penyelidikan Jabatan Pertanian Sabah berkaitan varieti avokado, nanas, tuhau dan sacha inchi juga turut dipamerkan. MAJLIS PERASMIAN PESTA DURIAN DAN BUAH-BUAHAN KENINGAU 2022
PEMERIKSAAN TAPAK CADANGAN SAWAH PADI SELUAS 100 HEKTAR 13 Oktober 2022 bersamaan 16 Rabiulawal 1444 Hijrah, KOTA MARUDU:- Pemeriksaan tapak bagi cadangan sawah padi seluas 100 hektar telah diadakan di Kg. Ongkilan Tandek. Program ini telah diketuai oleh Encik Jackson R. Jaimi, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan Dan Pembangunan), Encik Janie Tating, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Penyelidikan dan Inovasi), Encik Bacho Pasaka, Ketua Penolong Pengarah Pertanian (Seksyen Pengurusan Daerah), Encik Lorik Akau, Pegawai Pertanian Daerah Kota Marudu dan kakitangan Sawit Kinabalu. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Pitas dan Teritipan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.
14 Oktober 2022 bersamaan 17 Ramadilawal 1444 Hijrah, KOTA KINABALU:- Sesi penyerahan surat penempatan kepada pegawai-pegawai pertanian telah diadakan di Pejabat Pengarah Pertanian, Aras 5, Wisma Pertanian Sabah dan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah. Penyerahan surat penempatan telah diserahkan kepada Puan Masni Mustamin dari Pejabat Pertanian Kunak ke Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) sebagai Pengetua AVTC. Encik Iman Sebut dari Pusat Penyelidikan Pertanian Quion Hill Tawau ke Pejabat Pertanian Daerah Kunak bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Kunak dan Encik James Fidelis Donsia dari Pejabat Pertanian Daerah Penampang ke Seksyen Pembangunan Tanaman Padi di Ibu pejabat sebagai Penolong Pegawai Pertanian Kanan. Jabatan Pertanian Sabah mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik dan menerima surat penempatan yang baharu. SESI PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERTANIAN
14 Oktober 2022 bersamaan 17 Ramadilawal 1444 Hijrah, KOTA KINABALU:- Sesi penyerahan surat penempatan kepada pegawai-pegawai pertanian telah diadakan di Pejabat Pengarah Pertanian, Aras 5, Wisma Pertanian Sabah dan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah. Penyerahan surat penempatan telah diserahkan kepada Puan Masni Mustamin dari Pejabat Pertanian Kunak ke Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) sebagai Pengetua AVTC. Encik Iman Sebut dari Pusat Penyelidikan Pertanian Quion Hill Tawau ke Pejabat Pertanian Daerah Kunak bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Kunak dan Encik James Fidelis Donsia dari Pejabat Pertanian Daerah Penampang ke Seksyen Pembangunan Tanaman Padi di Ibu pejabat sebagai Penolong Pegawai Pertanian Kanan. Jabatan Pertanian Sabah mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik dan menerima surat penempatan yang baharu. SESI PENYERAHAN SURAT PENEMPATAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERTANIAN 18 Oktober 2022 bersamaan 21 Ramadilawal 1444 Hijrah, KOTA KINABALU:- Perbincangan lanjut usahasama antara Jabatan Pertanian Sabah bersama Sawit Kinbalu Sdn. Bhd. telah diadakan di Bilik Mesyuarat Oryza, Aras 6 Wisma Pertanian Sabah. Perbincangan ini telah dipengerusi oleh YBhg. Tuan Jifrin Hj Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah. Turut dihadiri oleh Encik Janie Tating, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Penyelidikan dan Inovasi), Encik Jackson R. Jaimi, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan dan Pembangunan), Encik David Johnny, Ketua Penolong Pengarah Penyelidik, Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan (UDARC), Encik Ab Halim Ag Ali, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Pembangunan Tanaman Padi), Encik Jumat Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Pengeluaran dan Pemprosesan Bahan Tanaman), Puan Justina Rolland, Pegawai Penyelidik dan Encik Hermes Joseph, Pegawai Penyelidik. Manakala wakil dari Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. pula telah dihadiri oleh Encik Khairul Azhan Othman, Ketua Bahagian Perladangan dan Perniagaan Baru II, Encik Clarence Jupili, Pengurus Besar Agronomy & Agribusiness dan Encik Thompson Rayner, Pengurus Kanan BIOTECH. Tujuan perbincangan ini ialah untuk membincangkan usahasama antara Jabatan Pertanian Sabah dan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. berkaitan dengan Projek Penanaman Nanas Sabah Volcanic Sweet 1 (SVS1). PERBINCANGAN USAHASAMA ANTARA JABATAN PERTANIAN SABAH BERSAMA SAWIT KINABALU SDN. BHD.
19 Oktober 2022 bersamaan 22 Ramadilawal 1444 Hijrah, PUTATAN:- Majlis Penutupan Minggu Suaikenal Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu Kumpulan Ke-27 Sesi 2022/2023 telah diadakan di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (PLPB) Putatan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hjh. Suraya Hj. Jubahar, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Operasi dan Latihan) dan dihadiri oleh para pensyarah, pembantu-pembantu pensyarah, kakitangan PLPB dan 39 orang pelatih baharu program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB) sesi 2022/2023. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Bersepadu (PLPB), Putatan. Tujuan minggu suai kenal ini diadakan adalah untuk penyesuaian kehidupan pelatih sebagai warga baharu di PLPB Putatan serta memberikan gambaran jelas mengenai pusat dan Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB). Program Minggu suaikenal berlangsung selama 9 hari dengan pengisian pelbagai aktiviti Taklimat berkaitan SOP Pusat, dan Program Minggu Suaikenal, Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK), Taklimat Keselamatan Kebakaran (Jabatan Bomba dan Penyelamat), Taklimat Peraturan-Peraturan dan Disiplin Pusat, Taklimat Motivasi Keusahawanan, Aktiviti dalam kumpulan (ADK) dan latihan dalam Kumpulan (LDK), Aktiviti Riadah dan Sukan, Aktiviti Kerohanian dan Aktviti Kemasyarakatan/Community Work. MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SUAIKENAL PROGRAM SIJIL KEUSAHAWANAN PERTANIAN BERSEPADU KUMPULAN KE - 27 SESI 2022/2023
19 Oktober 2022 bersamaan 22 Ramadilawal 1444 Hijrah, PUTATAN:- Majlis Penutupan Minggu Suaikenal Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu Kumpulan Ke-27 Sesi 2022/2023 telah diadakan di Dewan Kuliah 2, Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (PLPB) Putatan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hjh. Suraya Hj. Jubahar, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Operasi dan Latihan) dan dihadiri oleh para pensyarah, pembantu-pembantu pensyarah, kakitangan PLPB dan 39 orang pelatih baharu program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB) sesi 2022/2023. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Bersepadu (PLPB), Putatan. Tujuan minggu suai kenal ini diadakan adalah untuk penyesuaian kehidupan pelatih sebagai warga baharu di PLPB Putatan serta memberikan gambaran jelas mengenai pusat dan Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu (PSKPB). Program Minggu suaikenal berlangsung selama 9 hari dengan pengisian pelbagai aktiviti Taklimat berkaitan SOP Pusat, dan Program Minggu Suaikenal, Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK), Taklimat Keselamatan Kebakaran (Jabatan Bomba dan Penyelamat), Taklimat Peraturan-Peraturan dan Disiplin Pusat, Taklimat Motivasi Keusahawanan, Aktiviti dalam kumpulan (ADK) dan latihan dalam Kumpulan (LDK), Aktiviti Riadah dan Sukan, Aktiviti Kerohanian dan Aktviti Kemasyarakatan/Community Work. MAJLIS PENUTUPAN MINGGU SUAIKENAL PROGRAM SIJIL KEUSAHAWANAN PERTANIAN BERSEPADU KUMPULAN KE - 27 SESI 2022/2023 25 Oktober 2022 bersamaan 28 Ramadilawal 1444 Hijrah, KUALA PENYU:- Majlis Penyerahan Peralatan Ladang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah. Turut dihadiri oleh Encik Jackson R. Jaimi, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Pengembangan & Pembangunan) dan Puan Zarinah Hj. Ali, Timbalan Pengarah Pertanian (Bahagian Dasar & Perancangan) serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Kuala Penyu. Pada hari yang sama, dianjurkan juga Seminar Pemindahan Teknologi Kelapa di bawah Program Sumber Kekayaan Baharu (SKB) tahun 2022 yang disampaikan oleh Puan Nancy Shaftang, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan. MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN LADANG DAN SEMINAR PEMINDAHAN TEKNOLOGI KELAPA
26-28 Oktober 2022 bersamaan 29 Ramadilawal-02 Ramadilakhir 1444 Hijrah, SELANGOR:- Lawatan kerja Jabatan Pertanian Sabah ke kawasan penanaman padi di Sekinchan, Selangor telah diketuai oleh YBhg. Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah. Kawasan penanaman padi terletak di Daerah Sabak Bernam di bahagian utara Negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar yang terletak di pinggir laut ini merupakan suatu kawasan penanaman padi dan juga telah menjadi destinasi pelancongan tempatan yang menarik. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan kemajuan serta teknologi dalam pembangunan industri padi dan beras yang dilaksanakan oleh pihak IADA Barat Laut Selangor dan teknologi dalam pembangunan industri nanas.Lawatan kerja ini juga disertai seramai 17 orang pegawai Jabatan Pertanian Sabah. LAWATAN KERJA JABATAN PERTANIAN SABAH KE KAWASAN PENANAMAN PADI DI SEKINCHAN SELANGOR DAN PENANAMAN NANAS SEBAK BERNAM, JOHOR