The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by antasyadarwina, 2021-07-31 08:03:38

KERJA KURSUS SEJARAH 2021 TINGKATAN 5

KERJA KURSUS SEJARAH 2021 TINGKATAN 5

KERJA KURSUS SEJARAH 2021
TINGKATAN 5

NAMA:ANTASYA DARWINA BT MOHAMMED NIZAM
KELAS:5SS1

PEMBENTUKAN MALAYSIA PADA TAHUN 16
SEPTEMBER 1963

PERNYATAAN MASALAH

Pelbagai reaksi dan cabaran tidak menghalang
terbentuknya sebuah negra bernama Malaysia pada
tahun 16 September 1963.Bincangkan:
a. Nyatakan idea gagasan Malaysia.
b. Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.
c. Terangkan reaksi penduduk tempatan dan negara

jiran semasa proses pembentukan Malaysia.
d. Jelaskan langkah-Langkah pembentukan

Malaysia.
e. Nyatakan kandungan Perjanjian Julai 1963 dan

Pengisytiharan Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

a. Menyatakan idea gagasan Malaysia.
b. Menghuraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia
c. Menerangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran semasa

proses pembentukan Malaysia.
d. Menjelaskan Langkah-Langkah pembentukan Malaysia.
e. Menyatakan kandungan Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa

Pengisytiharan Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah merujuk buku teks
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
Melalui buku teks sejarah tingkatan 5 yang saya telah memperolehi maklumat yang berkait rapat dengan
idea gagasan Malaysia,faKtor-faKtor pembentukan Malaysia,ptoses-proses pembentukan Malaysia dan
Langkah –Langkah pembentukan Malaysia.
Kaedah Melayari Internet
1.https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pembentukan_Persekutuan_Malaysia_196
Melalui laman sesawang ini, saya telah mendapat maklumat berkaitan faktor-faktor dan reaksi penduduk
tempatan semasa proses pembentukan Malaysia.
2. http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-6-pembentukan-malaysia.html
Melalui laman sesawang ini,saya telah mendapat maklumat tentang kandungan Perjanjian Julai 1963 dan
Pengishtiharan Malaysia.

Hasil dapatan

A. Menyatakan idea gagasan Malaysia.
Idea gagasan Malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas
tanah jajahan British di Asia Tenggara.Terdapat idea lain iaitu Melayu Raya

oleh gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua yang ingin
mendapatkan kerdekaan wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah
British,Belanda dan Amerika Syarikat.Namun,idea ini tidak berjaya.Bagi
pihak British,mereka mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan
British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi yang
bertujuan untuk memudahkan pentadbiran pihak British.Idea gagasan
Malaysia ini dicadangkan olek Tunku Abdul Rahman iaitu penggabungan
Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei

untuk kemerdekaan dalam satu system Kerajaan Persekutuan.

B. Menghuraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.
Faktor-faktor pembentukan Malaysia ialah mengelakkan ancaman dan
pengaruh dari pihak komunis.Kerajaan Persukutuan Tanah Melayu amat

bimbang dengan pengaruh komunis yang semakin berleluasa dan
berkembang di Tanah Melayu.Pengaruh kmonis mula berkembang ke dalam

fahaman parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti
Tindakan Rakyat(PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew.Aktiviti dan

kefahaman komunis juga semakin bertapak dengan kuat apabila bekas
anggota berhaluan kiri telah menubuhkan barisan sosialis yang dipimpin

oleh Lim Chin Siong.Pada tahun 1961,Kawasan Hong Lim dan Anson
memperlihatkan pengaruh komunis semakin berleluasa di Singapura.Tunku
Abdul Rahman amat risau dengan perkembangan ini kerana Singapura akan
dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini bole mengancam keselamatan

Tanah Melayu.Oleh itu,Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa
penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada

merebak di Singapura.

Selain itu,ianya dapat perkongsian faedah ekonomi.Melalui
persekutuan Malaysia,ianya membolehkan wilayah-wilayahnya
berada di posisi di mana mereka perlu mengadakan Kerjasama

ekonomi dan perdagangan untuk mendapat keuntungan
bersama.Selain itu, wilayah yang kaya dengan sumber ekonomi
dapat membantu negara yang miskin dan kekurangan sumber

ekonomi sekaligus ianya dapat meningkatkan pembanguna
ekonomi terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih belum
maju dari segi eknominya.Manakala Tanah Melayu,Singapura dan
Brunei akan menjadi tempat utama bagi sektor pembangunan
eknomi negara.Hal ini kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil

sumber bahan mentah dan Brunei pula kaya dengan sumber
minyak.Pada masa yang sama,keselamatan di Singapura akan lebih

terjamin iaitu dari segi ekonomi.

Seterusnya,ianya dapat menjaga kepentingan dan hak kaum
bumiputera.Menurut Tunku Abdul Rahman,beliau pernah

menyatakan kepentingan pembentukan Malaysia bagi
menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah,Sarawak
dan Brunei dan bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan
Singapura sahaja.Apabila Singapura dan Tanah Melayu bercantum
populasi kedudukan penduduk Melayu akan berkurang kerana
warga Singapura kebanyakkannya ialah penduduk bukan Melayu
dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuab Tanah
Melayu,warga bukan Melayu akan menjadi golongan majoriti yang

akan menggantikan warga Melayu.

Akhir sekali,pembelaan hak masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak. Keadaan
Sabah dan Sarawak sebelum penyertaan ke dalam Malaysia ialah penduduk di wilayah

ini tidak mempunyai tawaran hak yang sama penduduk di Semenanjung Tanah
Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi
di wilayah-wilayah tersebut dikawal dan diambil oleh warga asing. Selain itu, majoriti

penduduk asal hanya terlibat dalam sektor domestik seperti pertanian dan
penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap. Sekiranya kedua-dua wilayah ini
menyertai ke dalam Persekutuan Malaysia,penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak

berkemungkinan mendapat layanan istimewa adalah lebih tinggi.Struktur
perhubungan di kedua-dua wilayah ini yang tidak maju yang di mana infrastrukturnya
masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara untuk sampai ke sesuatu
destinasi. Keadaan geografi seperti ini menyebabkan rintangan untuk membangunkan

sistem perhubungan darat secara besar-besaran. Seterusnya, kedudukan golongan
Bumiputera di kedua-dua wilayah akan diberi perhatian yang lebih berbanding
dengan mereka tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British
manakala warga-warga asing mendapat layanan yang berbeza. Oleh itu, tahap

pendidikan, kedudukan penguasaan ekonomi dan pengisian jawatan kerajaan lebih
tinggi di kalangan warga asing yang di mana ia menghadkan kemajuan warga
Bumiputera.

C. Menerangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran semasa proses
pembentukan Malaysia.
Penduduk tempatan merangkumi penduduk di negeri Sabah,Sarawak,Brunei

dan Singapura.Manakala penduduk di negara jiran merangkumi negara
Indonesia dan Filipina.Bagi negeri Sabah, ianya wujud dengan banyak
penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik
yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti
politik pertama di Sabah terbentuk pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan
Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens. Parti ini secara

jelas menentang pembentukan Malaysia, serta mula memperjuangkan
kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun Kebangsaan
Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk
memperjuangkan kemerdekaan Sabah.Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu (United Sabah National Organization – USNO) yang dipimpin oleh Tun

Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan
ini.Kemudian,menjelang tahun 1962 dan1963, sebahagian daripada besar
penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima penerangan mengenai

pembentukan Malaysia.Penduduk di negeri Sarawak pula,

parti negeri Sarawak (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti
Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) jelas menentang
cadangan tentang peggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959
dan telah dipimpin oleh Ong Kee Hui.Manakala SNAP diketuai oleh
Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak sahaja yang
menyokong cadangan tersebut.Selain itu,penduduk di negeri Brunei
pula secara peribadinya Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin
menyokong pembentukan Malaysia.Rakyat Brunei juga pada mulanya
berminat untuk menyertai gabungan ini tetapi mereka berpendapat
bahawa mereka akan menyertai gabungan ini selepas mencapai
kemerdekaan terlebih dahulu.Namun,Parti Rakyat Brunei yang dipimpin
oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebut kerana beliau
lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan
Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan. Ini kerana A.M. Azahari
berpendapat bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu cara
kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya supaya mereka dapat
menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan.Mereka juga
bimbang dengan Brunei yang akan kehilangan sebahagian daripada
besar kekayaanya jika menyertai gabungan ini.

Bagi negara Singapura, penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia.
PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati
partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyatnya sendiri.Sewaktu parti-
parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai
suatu yang sukar untuk dilaksanakan.Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia
kerana berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

Akhir sekali,bagi dua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina membantah tentang
pembentukan Malaysia dan Indonesia pula cuba untuk menghalang pembentukan

Malaysia.Di negara Filipina,Presiden Macapagal mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian
daripada milik negaranya. Justeru itu, pembentukan Malaysia akan merumitkan lagi tuntutan

Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk
menyertai bersama Malaysia

Kemudian,Filipina memutuskan hubungan diplomatik mereka bersama
Malaysia.Di negara Indonesia,Presiden Sukarno telah mengumumkan
dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang
Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan
Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana
penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia
Raya. Ianya juga merupakan taktik unutk mengalih perhatian rakyatnya
daripada berhdapan dengan beberapa masalah dalaman.Dasar
konfrantasi Sukarno memuncak dengan menghantarkan Tentera
Indonesia ke sempadan Sabah dan Sarawak. Tentera Indonesia juga
mendarat di pantai barat Johor untuk pengintipan. Tindakan ini dapat
dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi semakin lemah.
Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto.
Menteri Luar Indonesia, Adam Malik telah membuat perjanjian damai
bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.

D. Menjelaskan Langkah-Langkah pembentukan Malaysia.
Langkah-Langkah pembentukan Malaysia terbahagi kepada enam langkah iaitu
siri lawatan,Jawatan Setia Kawan Malaysia(JSKM),Referendum
Singapura,Rundingan London,Suruhanjaya Cobbold dan pembentukan
Jawatankuasa antara kerajaan(JAK).

Siri lawatan dimulai pada Julai 1961 iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
melawat Sarawak dan Brunei untuk meninjau dan bertemu dengan pemimpin

tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukan Malaysia.Pemimpin
Sarawak dan Sabah melawat Persekutuan Tanah Melayu yang diaturkan oleh
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.Pada Ogos 1962,Datu Bandar Abang Haji

Mustapha,Temenggung Jugah anak Barieng,Donald Stephenss dan Datu
Mustapha Datu Harun mengadakan lawatan untuk melihat kemajuan di
Persekutuan Tanah Melayu.Kemudian pada November 1962,Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj melawat Sabah dan Sarawak.Seterusnya.Dr.Burhanuddin
al-Helmi dan Ghafar Baba mengadakan lawatan rombongan ke Sarawak dan
Sabah.Ini kerana untuk menunjukkan terdapat kesepekatan dalam kalangan
ahli politik dii Tanah Melayu untuk menerangkan gambaran yang jelas tentang

rancangan Malaysia kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Seterusnya,Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia(JSKM) ditubuhkan
sewaktu Persidangan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel di Singapura
pada 23 Julai 1961.Mesyuarat JSKM ini telah dilakukan sebanyak
empat kali iaitu di Jesselton,Kuching,Kuala Lumpur dan
Singapura.Tujuan penubuhan ini adalah untuk meyakinkan
penduduk Sarawak dan Sabah,menyediakan ruang

perbincangan,memberikan pendangan yang berbeza,menyebarkan
maklumat dan melakukan aktiviti penghebahan dan

mempercepatkan lagi pembentukan Malaysia.JSKM ini terdiri
daripada wakil pemimpin dari Persekutuan Tanah

Melayu,Singapura,Sarawak dan Sabah.Kemudian,Donald Stephens
dilantik sebagai pengerusi JSKM.JSKM membuat keputusan untuk

menyokong rancangan Malaysia dalam mesyuarat
kedua.Jawatankuasa ini amat penting dalam memberikan
kefahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan

sokongan terhadap pembentukan Malaysia.

Selain itu,Referendum Singapura ialah berlakunya rundingan antara
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura pada bulan Ogos

1962 sehingga bulan September 1962 yang menghasilan persetujuan
penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.Pada awal bulan September
1962,satu referendum diadakan di Singapura untuk menyatakan bentuk
pilihan Singapura menyertai Malaysia.Keputusannya,terdapat banyak
rakyat Singapura yang bersetuju untuk bergabung bagi membentuk
Malaysia mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura
dan Persekutuan Tanah Melayu.Ianya dapat memberikan keputusan di

mana Sinapura boleh menyertai Malaysia.
Seterusnya,rundingan London iaitu rundingan ini berhubung dengan

pembentukan Malaysia yang diadakan di London antara kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan
November 1961.Kedua-dua kerajaan bersetuju supaya dapat
menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di

Sarawak dan Sabah.

Di samping itu,Suruhanjaya Cobbold dapat dibentuk secara rasmi pada
bulan Januari 1962 yang mengandungi wakil yang dilantik oleh kerajaan

British dan Persekutuan Tanah Melayu.Lord Cobbold tellah dilantik
menjAdi pengerusi serta ahli-ahli yang terdiri daripada Sir Anthony
Abell,Sir David Watherson,Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow
Nee.Suruhanjaya ini telah melawat 35 pusat lawatan iaitu 20 pusat
lawatan di Sarawak dan 15 pusat di Sabah.Pada Jun 1962,Suruhanjaya
Cobbold telah menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan
Persekutuan Tanah Melayu.Antara laporannya termasuklah menyatakan
dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia,memastikan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan Perlebagaan
Persekutuan yang baharu serta mencadangkan kuasa autonomi dan
jaminan khas yang diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh
dipinda atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat

persetujuan daripada Kerajaan Negeri berkenaan.

Akhir sekali,pembentukan Jawatankuasa antara kerajaan(JAK) iaitu
setelah Suruhanjaya Cobbold berjaya memberikan laporan yang agak

memuaskan, hal ini disambung dengan merangka syarat-syarat
Persekutuan secara terperinci.Ianya telah dilaksanakan oleh sebuah
Jawatankuasa yang lain iaitu Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang
diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun
Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan

British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan
Singapura.Jawatankuasa ini telah Berjaya iaitu satu perlembagaan yang
melibatkan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum
telah diterima oleh parti politik di kedua-dua wilayah tersebut.Antara

perkara yang dibincangkan untuk menjadi elemen utama dalam
perlembagan tersebut ialah agama Islam dijadikan agama rasmi
Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak,bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia,hak berkenaan imigresen
di Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan negeri walaupun
syarat mengatakan ia di bawah kuasa pusat,struktur pembelajaran tetap
sehinggalah Majlis Negeri membuat pemindahan dan Sarawak diberikan
24 kerusi perwakilan Parlimen, manakala Sabah 16 dan Singapura 15

buah kerusi.

E. Menyatakan kandungan perjanjian Julai 1963 dan peristiwa
pengisytiharan Malaysia

Perjanjian Julai 1963 atau dikenali sebagai Perjanjian Malaysia dan
Malaysia Agreement(MA63).Terdapat beberapa init pati yang terdapat

dalam Perjanjian Malaysia.Antaranya,tarikh pembentukan Malaysia
adalah pada tahun 31 Ogos 1963.Kedua,Sabah,Sarawak dan Singapura

akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia yang diikuti oleh
Persekutuan Tanah Melayu.Ketiga,kedaulatan Sarawak,Sabah dan

Singapura akan diiktiraf oleh kerajaan British di dalam
Malaysia.Keempat,ianya dapat memberikan kelebihan kepada Sarawak

dan Sabah untuk menubuhkan cabinet negeri.Kelima,ianya dapat
membahagikan tempoh masa peralihan,contohnya dalam bidang

pentadbiran awam dan Pendidikan kepada Sabah dan
Sarawak.Keenam,kerusi parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak

15 kerusi,Sarawak sebanyak 24 kerusi dan Sabah sebanyak 16
kerusi.Akhir sekali,penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak akan

mendapat pengiktirafan yang sama seperti orang Melayu dalam
Perlembagaan Persektuan.

Peristiwa Pengisytiharan Malaysia iaitu Malaysia diisytiharkan pada
16 September 1963 dan istiadat pengisytiharan diadakan serentak
di Kuala Lumpur,Sarawak dan Sabah.Sewaktu di Kuala Lumpur,Yang
di-Pertuan Agong membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium
Merdeka dan disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.Di
Sarawak,Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee telah mengangkat
sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Khir Johari wakil
kerajaan Persekutuan di Kuching,Sarawak membaca Pengisytiharan

Malaysia.Anggota cabinet negeri turut hadir.Akhir sekali,di
Sabah,Datu Mustapha Datu Harun mengumumkan Pengisytiharan

Malaysia di Kota Kinabalu,Sabah lalu menandatangani surat
sumpah jawatan sebagai Yang di-pertua Negeri Sabah yang
pertama.Kerajaan Persekutuan diwakili Tun Abdul Razak Hussein.

KESIMPULAN

Perjalanan sejarah ini telah membuktikan bahawa negara kita pernah diceroboh oleh kuasa
asing. Justeru itu, masyarakat melayu dan masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai
cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga meraka.Perjuangan
ini kemudiannya disusuli oleh kaum-kaum lain yang kemudian bersama-sama berusaha untuk

memartabatkan sebuah negara yang merdeka.Daripada tajuk ini,saya telah menambahkan
ilmu pengetahuan saya tentang memahami latar belakang pembentukan Malaysia pada tahun

16 September 1963 dan dapat mengetahui faktor-faktor pembentukan Malaysia dari segala
konflik.Nilai-nilai yang saya dapati mengenai tajuk ini adalah kita perlu Bersatu padu dan

bertolak ansur sesame sendiri bagi mencapai kesejahteraan Bersama.Selain itu,kita perlulah
percaya kepada negara sendiri dengan menyokong negara sendiri tanpa membuat sebarang
konflik bagi mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan. Iktibar untuk diri, bangsa dan negara
ialah, kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa dan menggunakan
kebijaksanaan supaya segala masalah akan dapat diatasi dengan segera. Di samping itu, iktibar
yang saya dapati ialah semangat perpaduan dapat menjayakan sesuatu rancangan.Akhir sekali,

harapan saya adalah supaya negara Malaysia dapat dan mampu bersaing dengan negara-
negara yang lebih maju dari segi ekonomi dan politik serta mampu mencorakkan aspek sosial

dalam bentuk negara kita tersendiri.

LAMPIRAN





SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version