The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM2-0619 Nurfatihah Binti Suhaimi, 2023-11-28 10:24:27

BAB 3: ASAS PEMBANGUNAN DAN PROFESIONALISME GURU

EDUP3083 BAB 3

BAB3: ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU Disediakan Oleh: Savani binti Razim Nurfatihah binti Suhaimi Muhammad Danial bin Azman


Pengenalan Guru perlu mematuhi kod etika keguruan dengan melaksanakan tanggungjawabnya terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Peraturan tata kelakuan dan tatatertib diwujudkan supaya guru saling menghormati dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta berkebolehan menguruskan kehidupan dengan baik.


kod etika keguruan Konsep Etika - Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan perkara yang benar dan salah. Kod Etika Profesion - Peraturan untuk membantu para guru yang profesional supaya mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub dan menjaga imej baik profesionnya.


kod etika keguruan malaysia Tanggungjawab terhadap pelajar Tanggungjawab terhadap ibu bapa Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan


integriti guru Integriti berkaitan erat dengan etika, iaitu berlandaskanetika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Guru harus mengamalkan kod etika profesion dan piagam pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.


PERATURAN TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB Penjawat awam yang berilmu perlu faham dan mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Panduan untuk bertingkah laku dan bertindak mengikut prosedur yang betul serta dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.


PERATURAN TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB Penjawat awam yang berilmu perlu faham dan mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Panduan untuk bertingkah laku dan bertindak mengikut prosedur yang betul serta dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.


PERATURAN TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB (PERATURAN 4) Memberikan kesetiaan tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi. Tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam. Tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara mungkin menyebabkan syak yang munasabah. Tidak boleh berkelakuan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama baik perkhidmatan awam. Tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha. Tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah.


PERATURAN TATA KELAKUAN DAN TATATERTIB (PERATURAN 4) Bertanggungjawab bersedia menerima arahan, boleh melaksanakannya dengan cekap, sentiasa peka dan kemas kini maklumat. Tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau anggota perkhidmatan yang lain. Tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya. Tidak boleh melakukan gangguan seksual.


PERATURAN 5 (PEKERJAAN LUAR DALAM BAHAGIAN 11 (KELAKUAN), PERATURAN KELAKUKAN DAN TATATERTIB 1993 Mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau perindustrian Mengusahakan bagi mendapatkan upah apaapa kerja dengan mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian (Sebagai seorang pakar) memberikan apaapa laporan atau memberikan apa-apa keterangan sama ada secara percuma atau dengan dibayar upah Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima. Tidak boleh:


PERATURAN-PERATUAN LAIN Peraturan 6: berkaitan dengan etiket pakaian Peraturan 7: Dilarang mengambil dadah kecuali yang diperskripsikan oleh pengamal perubatan Peraturan 8: Hadiah Peraturan 9: berkaitan keraian Peraturan 10: Pemunyaan harta Peraturan 11: berkaitan menyelenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah Peraturan 12: berkaitan meminjam Peraturan 13 dan Peraturan 14: berkaitan dengan keterhutangan kewangan yang serius Peraturan 15: Meminjamkan wang Peraturan 16: Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan Peraturan 17: Cabutan bertuah, loteri Peraturan 18: berkaitan penerbitan buku Peraturan 19: Membuat pernyataan awam Peraturan 20: Larangan bertindak sebagai seorang penyunting dan sebagainya dalam mana-mana penerbitan Peraturan 21: Mengambil bahagian dalam politik Peraturan 22: Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman Peraturan 23: Tidak hadir untuk bertugas


PERATURAN-PERATUAN LAIN Amaran Denda Lucut hak emolumen Tangguh pergerakan gaji Turun gaji Turun pangkat Buang kerja


AKTA PENDIDIKAN 1996 Himpunan dasar-dasar legislatif yang berupa undangundang untuk mengawal selia sistem dan urusan pendidikan di Malaysia. Bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan generasi modal insan yang berpotensi. Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi.


Peraturan-peraturan pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997 Peraturan Penilaian dan Peperiksaan 1997 Majalah Sekolah dan Bahan Multi Media Persatuan Sekolah 1998 Penerimaan Masul Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah, 1998 Pendidikan Wajib 2002 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2002 Pendidikan Khas 2013


Hak ASASI KANAK-KANAK Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan pelindungan kepada kanak-kanak dari segi : Pengabaian Penderaan Eksploitasi Jaminan kanak-kanak mendapat haknya a. b. c. d.


Hak KANAK-KANAK DI MALAYSIA Akta Perlindungan Kanakkanak 1991 (Akta 468) Akta Taman Asuhan Kanakkanak 1984 (Akta 308) Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Angkat 1952) Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)


Click to View FlipBook Version