The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU_PANDUAN_PELAJAR_DIPLOMA_PEMASARAN edited 2mbot

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MISWAN BIN ZAINUDDIN Moe, 2024-06-02 15:15:49

BUKU_PANDUAN_PELAJAR_DIPLOMA_PEMASARAN edited 2mbot

BUKU_PANDUAN_PELAJAR_DIPLOMA_PEMASARAN edited 2mbot

di Kolej Vokasional Ipoh 2 DIPLOMA PEMASARAN Kandungan 1.0 Kata Alu-aluan Pengarah Kolej Vokasional Ipoh.........................................................4 2.0 Latar Belakang Kolej Vokasional Ipoh .......................................................................5 3.0 Carta Organisasi Kolej Vokasional Ipoh.....................................................................6 4.0 Visi & Misi KPM & BPLTV..........................................................................................7 5.0 Logo Kolej Vokasional Ipoh......................................................................................8 6.0 Kalendar Akademik Kolej Vokasional Ipoh.................................................................8 7.0 Sinopsis Program Pemasaran ....................................Error! Bookmark not defined. 7.1 Carta Organisasi Jabatan Perniagaan................................................................... 14 7.2 Matlamat Pendidikan Program............................................................................. 15 7.3 Objektif Pendidikan Program............................................................................... 15 7.4 Hasil Pembelajaran Program (PLO)...................................................................... 16 7.5 Matrik PLO - PEO ............................................................................................... 17 7.6 Matrik PEO-LO ................................................................................................... 18 7.7 Kursus Yang Ditawarkan Kohort DVM 2018.......................................................... 20 7.8 Fasiliti................................................................................................................ 22 8.0 Peraturan Akademik .............................................................................................. 23 8.1 Pendahuluan...................................................................................................... 23 8.2 Takrifan............................................................................................................. 23 8.3 Sistem Pengajian................................................................................................ 25 8.4 Syarat Kelayakan Ke Program Diploma ................................................................ 26 8.5 Pendaftaran Pengajian........................................................................................ 27 8.6 Status Kehadiran................................................................................................ 27 8.7 Penangguhan Pengajian ..................................................................................... 29 8.8 Penggantungan Pengajian .................................................................................. 29 8.9 Menebus (Mengulang) Kursus gagal.................................................................... 30 8.10 Peperiksaan Khas ............................................................................................... 30 8.11 Pemberhentian Pengajian ................................................................................... 31 8.12 Pertukaran Tempat Pengjian............................................................................... 31 8.13 Pertukaran Program Pengajian............................................................................ 32 8.14 Pemindahan Kredit............................................................................................. 32 8.15 Peraturan Penilaian dan Pentaksiran.................................................................... 33 8.16 Rayuan Semakan Keputusan Penilaian dan Pentaksiran ........................................ 36 8.17 Sistem Gred Penilaian dan Pentaksiran Program Diploma...................................... 37


di Kolej Vokasional Ipoh 3 DIPLOMA PEMASARAN 8.18 Projek Tahun Akhir (PTA) ................................................................................... 38 8.19 On The Job Training (OJT) ................................................................................. 38 8.20 Transkrip dan Skrol ............................................................................................ 38 8.21 Kedudukan Akademik ......................................................................................... 39 8.22 Syarat-syarat Penganugerahan ........................................................................... 40 8.23 Peruntukan AM .................................................................................................. 40 8.24 Rujukan Yang Perlu Ada ..................................................................................... 40 9.0 Hala Tuju Program ................................................................................................ 42


di Kolej Vokasional Ipoh 4 DIPLOMA PEMASARAN 1.0 Kata Alu-aluan Pengarah Kolej Vokasional Ipoh Assalamualaikum w.r.t. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, setiap Jabatan di Kolej Vokasional Ipoh telah berjaya menyiapkan Student Handbook. Perkara-perkara yang dimuatkan di dalam buku ini diharap dapat memberi informasi yang positif kepada pelajarpelajar selaras dengan matlamat, visi dan misi kolej. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Student Handbook ini. Informasi yang dimuatkan amat berguna sebagai rujukan pelajar-pelajar sepanjang berada di kolej ini. Selain daripada itu, dalam usaha membangunkan modal insan, kolej memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif dalam mengisi kebolehpasaran masa kini. Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat ini, para pelajar perlu mengamalkan cara hidup dan perancangan masa yang efektif serta mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Akhir kata, saya mengharapkan agar Student Handbook ini menjadi rujukan berguna pelajar untuk merancang masa, aktiviti harian dan aktiviti jangka panjang serta mendapatkan maklumat awal bagi membuat pengurusan diri pada masa kini dan akan datang. Sekian, terima kasih. HAJI SAIFUL BAHRI BIN MAT SILLAH Pengarah, Kolej Vokasional Ipoh.


di Kolej Vokasional Ipoh 5 DIPLOMA PEMASARAN 2.0 Latar Belakang Kolej Vokasional Ipoh Kolej Vokasional Ipoh dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Ipoh. Ia telah dibina di atas sebidang tanah seluas 25.35 ekar dan mula beroperasi dalam tahun 1973. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asrama. Selama 40 tahun beroperasi, SM Teknik Ipoh telah berjaya mendapat berbagai pengiktirafan atas kejayaan dalam bidang akademik, kegiatan kokurikulum, keceriaan dan keindahan sekolah serta pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kumpulan murid aliran teknikal yang terakhir telah menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2014. Mulai tahun 2014, KV Ipoh telah mula beroperasi dengan pengambilan pelajar kohot pertama seramai 118 orang. KV Ipoh menawarkan 4 Program Diploma Vokasional dalam bidang Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Sistem Komputer & Rangkaian, Perbankan dan Pemasaran. Pada tahun 2015, satu lagi program ditawarkan iaitu Teknologi Pembinaan. Kolej Vokasional Ipoh beroperasi dengan sistem kolej secara keseluruhannya bermula tahun 2014. Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga akan dipanjangkan iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kemasukan bermula daripada peringkat lepasan PMR. Untuk memasuki kolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi syarat-syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon. Sebanyak lapan semester atau empat tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki peperiksaan SPM. Keistimewaan pertama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah memperoleh Diploma pada usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM. Malah, beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dengan menyasarkan bahawa graduan kolej ini sebanyak 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya memiliki mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. “Walaupun fokus utama kepada peningkatan kemahiran, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. ‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supaya para pelajar bukan hanya cemerlang di dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor ‘persembahan diri’ dan komunikasi.


di Kolej VDIPLOM3.0 Carta Organisasi Kolej Vokasional Ipoh


Vokasional Ipoh 6 MA PEMASARAN


di Kolej Vokasional Ipoh 7 DIPLOMA PEMASARAN 4.0 Visi & Misi KPM & BPLTV VISI KPM "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" MISI KPM "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" VISI BPLTV "Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul" MISI BPLTV "Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui perlaksanaan program yang berkualiti"


di Kolej Vokasional Ipoh 8 DIPLOMA PEMASARAN 5.0 Logo Kolej Vokasional Ipoh 6.0 Kalendar Akademik Kolej Vokasional Ipoh


di Kolej Vokasional Ipoh 9 DIPLOMA PEMASARAN Semester 1 DVM (24 Julai 2023) Semester 2 DVM (1 Januari 2024)


di Kolej Vokasional Ipoh 10 DIPLOMA PEMASARAN


di Kolej Vokasional Ipoh 11 DIPLOMA PEMASARAN Semester 3 DVM ( 1 Jun 2024 )


di Kolej Vokasional Ipoh 12 DIPLOMA PEMASARAN Semester 4 ( 4 November 2024)


di Kolej Vokasional Ipoh 13 DIPLOMA PEMASARAN 7.0 Sinopsis Program Pemasaran Program Pemasaran dibentuk bagi menyediakan pelajar dengan mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat. Bagi memastikan pelajar mempunyai pengalaman bersama industri sebelum tamat pengajian, pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 4 bulan 2 minggu di industri-industri tempatan sebagai persediaan sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar. Program Diploma Pemasaran mampu menghasilkan Penolong Eksekutif Pemasaran yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi, mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan juga berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dengan perubahan persekitaran bagi disiplin pemasaran.


di Kolej Vokasional Ipoh 14 DIPLOMA PEMASARAN 7.1 Carta Organisasi Jabatan Perniagaan


di Kolej Vokasional Ipoh 15 DIPLOMA PEMASARAN 7.2 Matlamat Pendidikan Program Matlamat Pendidikan Program Matlamat program Diploma Pemasaran ialah untuk membentuk Penolong Pegawai Pemasaran yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 7.3 Objektif Pendidikan Program Objektif Pendidikan Program (PEO) Program Diploma Pemasaran mampu menghasilkan graduan yang: PEO 1 Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran kognitif dalam bidang Pemasaran Pengetahuan dan Pemahaman, Penyelesaian Masalah dan Kemahiran Saintifik PEO 2 Graduan menunjukkan kecekapan kerja dalam bidang Pemasaran Kemahiran Praktikal, Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Sosial & Kerja Sepasukan, Kemahiran Digital, Kemahiran Numerasi PEO 3 Graduan menunjukkan kemahiran personal dan kemahiran keusahawanan dalam bidang Pemasaran Kemahiran Personal & Kemahiran Ushawan PEO 4 Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang Pemasaran Etika & Profesionalisme, Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab


di Kolej Vokasional Ipoh 16 DIPLOMA PEMASARAN Hasil Pembelajaran Program (PLO) Hasil Pembelajaran Program (PLO) Di akhir program Diploma Pemasaran, pelajar akan boleh: PLO1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan tugas rutin dan bukan rutin dalam bidang Pemasaran Pengetahuan dan Kefahaman PLO2 Mengaplikasikan pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melakukan tugas dalam bidang Pemasaran Kemahiran Praktikal PLO3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik dalam bidang Pemasaran Kemahiran Saintifik dan Penyelesaikan Masalah PLO4 Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens Kemahiran Komunikasi PLO5 Berinteraksi secara berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat Kemahiran Sosial dan Kerja Sepasukan PLO6 Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya Kemahiran Personal PLO7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan Kemahiran Keusahawanan PLO8 Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial Etika & Profesionalisme PLO9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban PLO10 Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data Kemahiran Digital PLO11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang Kemahiran Numerasi


di Kolej Vokasional Ipoh 17 DIPLOMA PEMASARAN 7.4 Matrik PLO – PEO MATRIKS PLO-PEO PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO) PROGRAMME EDUCATIONAL OUTCOMES (PEO) PEO 1 PEO 2 PEO 3 PEO 4 PLO 1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan tugas rutin dan bukan rutin dalam bidang Pemasaran X PLO 2 Mengaplikasikan pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melakukan tugas dalam bidang Pemasaran X PLO 3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik dalam bidang Pemasaran X PLO 4 Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens X PLO 5 Berinteraksi secara berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat X PLO 6 Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya X PLO 7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan X PLO 8 Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial X PLO 9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan X PLO 10 Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data X PLO 11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang X


di Kolej Vokasional Ipoh 18 DIPLOMA PEMASARAN 7.5 Matrik PEO-PLO PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO) Knowledge & Understanding Practical Skills Problem Solving & Scientific Skills Communication Skills Social Skills & Teamwork Skills Personal Skills Entreprenuerial Skills Ethics & Professionalism Leadership, Autonomy and Responsibility Digital Skills Numeracy Skills PLO 1 PLO 2 PLO 3 PLO 4 PLO 5 PL O 6 PLO 7 PLO 8 PLO 9 PLO 10 PLO 11 PEO 1 Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran kognitif dalam bidang Pemasaran X X PEO 2 Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam bidang Pemasaran X X X X X PEO 3 Graduan menunjukkan kemahiran personal dan keusahawanan dalam bidang Pemasaran X X PEO 4 Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang Pemasaran X X


di Kolej Vokasional Ipoh 19 DIPLOMA PEMASARAN PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO) Knowledge & Understanding Cognitive Skills Practical Work Skills Entrepersonal Skills Communications Skills DigitalSkills Numericy Skills Leadership, Autonomy and Responsibility Personal and Entrepreneurial Skills Ethics and Professionalism C1 C2 C3a C3b C3c C3d C3e C3f C4 C5 PEO 1 Graduan mempamerkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran kognitif dalam bidang Pemasaran X X PEO 2 Graduan menunjukkan kecakapan kerja dalam bidang Pemasaran X X X X X X PEO 3 Graduan menunjukkan kemahiran personal dan keusahawanan dalam bidang Pemasaran X PEO 4 Graduan mempamerkan etika dan profesionalisme, kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang Pemasaran X X


di Kolej Vokasional Ipoh 20 DIPLOMA PEMASARAN 7.6 Kursus Yang Ditawarkan TAHUN 1 SEMESTER I Kod Nama Kursus Jam Kredit KURSUS WAJIB MPU 2312 Islamic Studies 2 MPU 2232 Professionalisme Ethics 2 KURSUS TERAS DISIPLIN DBB 1113 Introduction to Marketing 3 DBB 1123 Organizational Behaviour 3 DBB 1133 Consumer Behaviour 3 DBB 1243 Basic Computer Application 3 UAE 1112 Basic Economics 2 UPA 1133 Principle of Accounting 3 Jumlah 21 TAHUN 1 SEMESTER II Kod Nama Kursus Jam Kredit KURSUS WAJIB MPU 2172 Appreciation of Ethics and Civilization 2 MPU 2412 Community Service 2 MPU 2222 English For Communication 2 KURSUS TERAS DISIPLIN UPM 2112 Fundamentals of Management 2 UMB 2112 Mathematics for Business 2 DBB 2113 Fundamental of Financial Management 3 DBB 2123 Human Resource Management 3 DBB 2133 Product Management 3 DBB 2143 Marketing Channel Management 3 Jumlah 22


di Kolej Vokasional Ipoh 21 DIPLOMA PEMASARAN TAHUN 2 SEMESTER III Kod Nama Kursus Jam Kredit KURSUS ELEKTIF ELA 3312 Arabic Language 1 2 ELM 3312 Mandarin 1 2 ESD 3012 Kemahiran Dinamika 2 KURSUS TERAS DISIPLIN UMS 3112 Statistics 2 UES 3012 Entrepreneurship 2 DBB 3113 Customer Services 3 DBB 3123 Sales Management 3 DBB 3133 Global Marketing 3 DBB 3042 Final Year Project 1 2 Jumlah 19 TAHUN 2 SEMESTER IV Kod Nama Kursus Jam Kredit KURSUS ELEKTIF ELA 4322 Arabic Language II 2 ELM 4322 Mandarin II 2 KURSUS TERAS VOKASIONAL DBB 4114 Marketing Research 4 DBB 4123 Intergrated Marketing Communication 3 DBB 4133 E-Commerce 3 DBB 4143 Business Law 3 DBB 4054 Final Year Project II 4 Jumlah 19 SEMESTER V Kod Nama Kursus Jam Kredit DJT 5019 Industrial Training 9 Jumlah 9


di Kolej Vokasional Ipoh 22 DIPLOMA PEMASARAN 7.7 Fasiliti BIL ALATAN / KEMUDAHAN BIL ALATAN / KEMUDAHAN 1 Mesin Fotostat 2 Mesin Fax 3 Mesin Pencetak (Printer) 4 Komputer 5 Makmal Komputer 6 Papan Layar 7 LCD 8 Mesin Rincih 9 Televisyen Pintar 10 11 12 13 14


di Kolej Vokasional Ipoh 23 DIPLOMA PEMASARAN 8.0 Peraturan Akademik 8.1 Pendahuluan 8.1.1 Dokumen ini dinamakan Peraturan Akademik Kolej Vokasional, digubal untuk menyelaras pentadbiran semua hal akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 8.1.2 Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini terpakai kepada pengajian sepenuh masa di Kolej Vokasional yang membawa kepada penganugerahan diploma. 8.2 Takrifan “Senat” Senat Kolej Vokasional KPM ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Senat Kolej Vokasional) 2016 “Kolej Vokasional” Suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh menteri di bawah seksyen 33A “Jawatankuasa Akademik” Jawatankuasa yang bertanggungjawab di peringkat Kolej Vokasional dalam menentusahkan perkara berkaitan dengan kurikulum, penilaian dan pentaksiran serta membuat keputusan dalam kes-kes khas pengajian. “Ketua Jabatan” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan pengajian “Ketua Program” Individu yang dilantik oleh Kolej Vokasional sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program pengajian “Semester” Tempoh Empat belas (14) minggu pembelajaran dan tiga (3) minggu Penilaian Akhir


di Kolej Vokasional Ipoh 24 DIPLOMA PEMASARAN “Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV)” Kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional termasuk kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan afektif. “Kursus” Satu mata pelajaran yang terdapat dalam komponen kurikulum pengajian yang mempunyai kod tersendiri. “Penilaian Akhir (PA)” Penilaian bertulis dan amali yang diadakan di akhir sesi pengajian. Penilaian dilaksanakan di Kolej Vokasional berpandukan instrumen, garis panduan dan panduan penskoran / peraturan pemarkahan yang ditetapkan. “Pentaksiran Berterusan (PB)” Pentaksiran formatif secara bertulis dan amali yang diadakan sepanjang semester dan dikendalikan oleh pensyarah. Kredit Ukuran kuantitatif yang melambangkan volume pembelajaran atau beban pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu. Mata pelajaran Pengajian Umum Mata pelajaran Pengajian Umum (MPU) yang wajib diambil dan wajib lulus oleh semua pelajar berdasarkan Garis Panduan Mata Pelajaran Umum Kementerian Pengajian Tinggi, edisi kedua Tahun 2018. Teras Modul spesifik disiplin dan umum mengikut keperluan program dan wajib lulus. Kursus Elektif Kursus yang fleksibel dan ditetapkan mengikut program yang perlu diambil pelajar untuk menambah nilai bagi peningkatan kemahiran insaniah. Kursus ini merupakan kursus Hadir Wajib (HW) tetapi tidak wajib lulus namun ia diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK Purata Nilai Gred (PNG) Purata nilai gred yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu semester


di Kolej Vokasional Ipoh 25 DIPLOMA PEMASARAN Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Purata mata nilai gred kumulatif yang diperolehi oleh pelajar bagi semua semester yang telah diikutinya. “Transkrip” Pernyataan rasmi keputusan pencapaian peperiksaan pelajar sepanjang tempoh pengajian 8.3 Sistem Pengajian 8.3.1 Tempoh pengajian 8.3.1.1 Tempoh pengajian diploma adalah selama 2 tahun 6 bulan. 8.3.1.2 Tempoh maksimum pengajian program diploma adalah 5 tahun dengan kelulusan Senat Kolej Vokasional KPM. PROGRAM DIPLOMA TAHUN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 1 SEMESTER 2 TAHUN 2 SEMESTER 3 SEMESTER 4 TAHUN 3 SEMESTER 5 (OJT) Jadual 1: Sistem Pengajian Diploma


di Kolej Vokasional Ipoh 26 DIPLOMA PEMASARAN 8.3.2 Bahasa Penghantar 8.3.2.1 Bahasa Pengantar Utama adalah Bahasa Melayu. 8.3.2.2 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah digalakkan mengikut kesesuaian bagi mencapai maksud kurikulum 8.3.3 Komponen Pengajian 8.3.3.1 Pelaksanaan pengajian diploma meliputi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara kuliah, praktikal dan tutorial, berdasarkan Student Learning Time (SLT) dan jam kredit bagi setiap kursus mengikut struktur kurikulum program yang ditawarkan. 8.3.3.2 Penawaran kursus diklasifikasi kepada empat (4) kategori yang terdiri daripada: 8.3.3.2.1 Kursus Wajib: Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) 8.3.3.2.2 Kursus Teras: Modul spesifik disiplin dan umum 8.3.3.2.3 Kursus Elektif 8.3.3.2.4 On-The-Job Training (OJT) 8.3.4 Projek Tahun Akhir (PTA) Kursus wajib dalam program Diploma yang memerlukan pelajar menghasilkan satu penulisan ilmiah dan membangunkan produk, perisian atau perkhidmatan berdasarkan program pengajian mengikut kaedahkaedah yang sesuai. 8.3.5 On-The-Job Training (OJT) Latihan dalam suasana pekerjaan sebenar di agensi kerajaan atau swasta yang wajib diikuti oleh setiap pelajar selama tempoh yang ditetapkan mengikut keperluan standard program pengajian. 8.4 Syarat Kelayakan Ke Program Diploma 8.4.1 Pelajar hendaklah lulus Sijil Vokasional Malaysia dan mendapat sekurang-


di Kolej Vokasional Ipoh 27 DIPLOMA PEMASARAN kurangnya 3 kepujian termasuk Kepujian Bahasa Melayu 1104. 8.4.2 Syarat-syarat tambahan yang lain adalah bergantung kepada pematuhan standard program. 8.5 Pendaftaran Pengajian 8.5.1 Pendaftaran Pelajar Baharu 8.5.1.1.1 Kolej Vokasional hendaklah mengeluarkan surat tawaran kepada pelajar yang layak. 8.5.1.1.2 Pelajar mesti membuat pendaftaran program sebelummemulakan pengajian di peringkat diploma. 8.5.1.1.3 Rayuan kemasukan lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran. 8.5.2 Pendaftaran Kursus 8.5.2.1.1 Pelajar mesti membuat pendaftaran kursus sebelum sesi pengajian bermula bagi setiap semester. 8.5.2.1.2 Rayuan pendaftaran lewat bersebab hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pendaftaran. 8.6 Status Kehadiran 8.6.1 Kehadiran 8.6.1.1.1 Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pembelajaran yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus. 8.6.1.1.2 Pensyarah kursus bertanggungjawab merekod kehadiran setiap pelajar bagi setiap pertemuan pembelajaran yang dijalankan. 8.6.1.1.3 Kehadiran kurang daripada 80% (tanpa sebab yang munasabah) dari jumlah jam pertemuan yang telah diperuntukkan bagi sesuatu kursus MPU, Teras dan


di Kolej Vokasional Ipoh 28 DIPLOMA PEMASARAN Elektif boleh menyebabkan pelajar berkenaan tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir. Peratus Kehadiran = Jumlah Kehadiran Sebenar (jam) x 100 Jumlah Kedhadiran Sepatutnya (jam) 8.6.1.1.4 Pelajar boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dalam tempoh satu (1) minggu selepas menerima keputusan tidak layak menduduki Penilaian Akhir (PA) 8.6.1.1.5 Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional akan memutuskan status pelajar yang dibenarkan menduduki Penilaian Akhir.


di Kolej Vokasional Ipoh 29 DIPLOMA PEMASARAN 8.7 Penangguhan Pengajian 8.7.1 Pelajar boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional dan dimaklumkan kepada BPLTV. 8.7.2 Kelulusan penangguhan pengajian adalah tertakluk di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.7.3 Pelajar yang boleh dipertimbangkan rayuan adalah seperti berikut: i. Pelajar yang disahkan sakit / kemalangan oleh pegawai perubatan. ii. Kes-kes khas memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.7.4 Tempoh penangguhan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.8 Penggantungan Pengajian 8.8.1 Pelajar boleh digantung dari pengajian setelah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional dan disahkan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.8.2 Kelulusan tempoh penggantungan adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.8.3 Sepanjang tempoh penggantungan pelajar tidak boleh meneruskan pengajian dan tidak boleh berada di premis Kolej Vokasional tanpa sebab yang munasabah.


di Kolej Vokasional Ipoh 30 DIPLOMA PEMASARAN 8.9 Menebus (Mengulang) Kursus gagal 8.9.1 Pelajar dibenarkan menduduki semula (menebus) tidak lebih 2 kali (tertakluk kepada perkara 3.1.2). 8.9.2 Pelajar boleh memohon untuk mengulang kursus tersebut pada semester yang ditawarkan. 8.9.3 Pengiraan PNGK, kredit kira dan mata nilaian terakhir kursus yang diulang akan diambil kira sementara kredit kira serta mata nilaian yang asal dimansuhkan. 8.9.4 Pelajar yang gagal mengulang kursus layak untuk mengulang semester bagi memenuhi syarat bergraduat (tertakluk kepada perkara 3.1.2). 8.9.5 Pelajar yang memperoleh kedudukan bersyarat (KS) layak untuk mengulang semester bagi memenuhi syarat bergraduat (tertakluk kepada perkara 3.1.2) 8.10 Peperiksaan Khas 8.10.1 Pelajar tahun akhir yang tidak mencapai syarat bergraduasi dan telah mengulang kursus boleh merayu kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional untuk menduduki peperiksaan khas. 8.10.2 Pelajar tahun akhir dengan status berikut TIDAK LAYAK memohon menduduki peperiksaan khas: i. Pelajar yang tidak hadir Penilaian Akhir tanpa kebenaran (tanpa alasan yang munasabah); dan ii. Pelajar yang telah disabitkan dengan tindakan mahkamah dihalang/tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. iii. Pelajar tidak pernah mengulang kursus yang gagal pada semester biasa.


di Kolej Vokasional Ipoh 31 DIPLOMA PEMASARAN 8.11 Pemberhentian Pengajian 8.11.1 Pelajar boleh diberhentikan daripada pengajian setelah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Kolej Vokasional atau gagal memenuhi syarat pengajian oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.11.2 Pelajar yang telah diberhentikan atas sebab disiplin berhak membuat rayuan kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.11.3 Pelajar yang gagal dalam semua kursus pada setiap semester boleh ditamatkan pengajian dari Kolej Vokasional selepas disahkan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.11.4 Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian akan diberi Surat Akuan Pengajian daripada Kolej Vokasional. 8.12 Pertukaran Tempat Pengajian 8.12.1 Pelajar boleh memohon untuk pertukaran tempat pengajian semasa tempoh pengajian melalui Pengarah Kolej kepada Sektor Pengurusan Murid, BPLTV. 8.12.2 Semua dokumen berkaitan penilaian dan pentaksiran bagi pelajar yang bertukar tempat pengajian adalah menjadi tanggungjawab Kolej Vokasional asal untuk menyerahkan kepada Kolej Vokasional yang baharu. 8.12.3 Pelajar yang bertukar tempat pengajian WAJIB menyelesaikan PB bagi tempoh pengajian di Kolej Vokasional asal terlebih dahulu. 8.12.4 Pelajar tidak dibenarkan bertukar selepas minggu kelapan (8) pengajian kecuali kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran khas Sektor Pengurusan Murid BPLTV.


di Kolej Vokasional Ipoh 32 DIPLOMA PEMASARAN 8.13 Pertukaran Program Pengajian 8.13.1 Pelajar boleh memohon pertukaran Program Pengajian disebabkan oleh kes-kes khas dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.13.2 Pertukaran program pengajian diantara Kolej Vokasional yang berbeza hendaklah mendapatkan kelulusan BPLTV. 8.14 Pemindahan Kredit 8.14.1 Pelajar yang bertukar program boleh diberi pemindahan kredit bagi kursus teras disiplin yang sama. 8.14.2 Pelajar hendaklah memohon pengesahan kredit bagi kursus-kursus yang telah diambil melalui Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional. 8.14.3 Pelaksanaan pemindahan kredit hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.14.4 Keputusan kursus yang berkenaan diguna pakai dalam pengiraan PNGK dan PNGKK. 8.14.5 Nilai kredit bagi kursus yang diberi pemindahan kredit diambil kira bagi memenuhi keperluan jumlah kredit bergraduat


di Kolej Vokasional Ipoh 33 DIPLOMA PEMASARAN 8.15 Peraturan Penilaian dan Pentaksiran Pentaksiran Program Diploma adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran dan Penilaian Diploma yang dikeluarkan oleh BPLTV. 8.15.1 Pentaksiran Berterusan (PB) 8.15.1.1 PB dilaksanakan sepenuhnya oleh Kolej Vokasional berdasarkan kepada Course Outline (CO) yang telah ditetapkan. 8.15.1.2 PB perlu dirancang, ditadbir, dinilai dan dilaporkan secara terancang mengikut Garis Panduan Pengurusan Penilaian & Pentaksiran Diploma. 8.15.2 Penilaian Akhir (PA) 8.15.2.1 Pengurusan dan pengendalian PA dilaksanakan di Kolej Vokasional berdasarkan arahan pentadbiran mengikut SOP Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran, takwim pengajian dan jadual peperiksaan. 8.15.2.2 Penandaan skrip jawapan dan penyelarasan markah dilaksanakan oleh pemeriksa yang dilantik oleh Kolej Vokasional. 8.15.2.3 Pelajar wajib menduduki PA bagi kursus-kursus yang ditetapkan. 8.15.2.4 Pelajar yang tidak menduduki PA akan gagal kursus tersebut secara automatik. 8.15.2.5 Pelajar yang tidak dapat menduduki PA di atas sebab-sebab munasabah boleh membuat rayuan untuk menduduki PA dengan kebenaran Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.


di Kolej Vokasional Ipoh 34 DIPLOMA PEMASARAN 8.15.2.6 Pelajar yang layak dipertimbangkan untuk menduduki PA atas sebab-sebab seperti berikut: i. Disahkan sakit oleh pegawai perubatan kerajaan atau hospital swasta ii. Menghadapi kes-kes kecemasan seperti kematian keluarga terdekat, kemalangan, bencana alam dengan pengesahan pihak berkuasa. iii. Menyertai aktiviti yang diluluskan oleh pengarah Kolej Vokasional dengan mengemukakan surat pengesahan pihak penganjur. 8.15.2.7 Pelajar yang tidak hadir PA akan diberi gred “T”. 8.15.3 Mengulang Penilaian Akhir (PA) 8.15.3.1 Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum atau Kursus Teras Disiplin bagi Penilaian Akhir dibenarkan mengulang sebelum tamat pengajian. 8.15.3.2 Pelajar yang mengulang PA layak mendapat gred LULUS sahaja bagi Kursus Pendidikan Umum dan Kursus Vokasional. 8.15.3.3 PA ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa, selepas keputusan rasmi diumumkan. 8.15.3.4 Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional.


di Kolej Vokasional Ipoh 35 DIPLOMA PEMASARAN 8.15.4 Mengulang Kursus 8.15.4.1 Pelajar yang gagal mana-mana kursus Pendidikan Umum atau Kursus Teras Disiplin dibenarkan mengulang kursus mengikut semester semasa. 8.15.4.2 Pelajar yang mengulang kursus layak dalam semester semasa mendapat gred Tertinggi bagi Kursus Pendidikan Umum atau Kursus Vokasional. 8.15.4.3 Kelulusan untuk mengulang kursus adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.15.5 Eviden Penilaian dan Pentaksiran 8.15.5.1 Fail Eviden pelajar mengandungi pembuktian hasil pentaksiran dan penilaian PB dan PA pelajar yang disediakan mengikut Garis Panduan Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran Diploma. 8.15.5.2 Semua eviden PB hendaklah disimpan dalam fail Eviden Pelajar. Fail eviden ini disimpan oleh program masingmasing selama 6 bulan selepas tamat pengajian. 8.15.6 KELAYAKAN MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR 8.15.6.1 Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak menduduki Penilaian Akhir: i. Telah mendaftar kursus yang berkenaan. ii. Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah / tutorial / amali bagi jangka masa yang ditetapkan. 8.15.6.2 Jika seseorang pelajar itu tidak memenuhi syarat untuk menduduki Penilaian Akhir tanpa alasan yang munasabah, tindakan berikut boleh diambil: i. Pelajar tidak layak menduduki Penilaian Akhir. ii. Pelajar akan diberi Gred F dengan Nilai Mata Gred 0.00 bagi


di Kolej Vokasional Ipoh 36 DIPLOMA PEMASARAN kursus berkenaan. 8.15.6.3 Kes Luar Jangka Pelajar yang terhalang menduduki PA atas sebab luar jangka dan munasabah boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional untuk tindakan selanjutnya. 8.15.7 Penyelewengan Penilaian dan Petaksiran 8.15.7.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan penilaian dan pentaksiran boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 8.15.7.2 Seseorang pelajar yang didapati terbukti melanggar manamana arahan Penilaian Akhir boleh dimansuhkan markah penilaian dan diberi Gred F dengan Nilai Mata Gred 0.00 bagi kursus berkenaan. 8.15.8 Status Gagal 8.15.8.1 Bagi status gagal, rujuk kepada Jadual 4 Kriteria Penetapan Keputusan untuk kenaikan semester. 8.15.8.2 Pelajar yang masih gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum dan Kursus Vokasional setelah menduduki penilaian ulangan adalah tidak layak untuk dianugerahkan Diploma. 8.15.9 Keputusan Penilaian dan Pentaksiran 8.15.9.1 Keputusan Penilaian dan Pentaksiran setiap semester akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Kolej Vokasional. 8.15.9.2 Kolej Vokasional akan mencetak Slip Keputusan bagi setiap Semester dan diedar kepada semua pelajar. 8.16 Rayuan Semakan Keputusan Penilaian dan Pentaksiran 8.16.1.1 Rayuan semakan keputusan penilaian dan pentaksiran boleh dibuat oleh pelajar secara bertulis kepada Pengarah Kolej


di Kolej Vokasional Ipoh 37 DIPLOMA PEMASARAN Vokasional dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan. 8.16.1.2 Rayuan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kolej Vokasional. 8.16.1.3 Keputusan rayuan adalah muktamad 8.17 Sistem Gred Penilaian dan Pentaksiran Program Diploma 8.17.1 Secara umumnya, Gred D+ adalah Gred Lulus minimum. MARKAH GRED NILAI GRED NILAIAN GRED 90 – 100 A 4.00 CEMERLANG 80 – 89 A- 3.67 70 – 79 B+ 3.33 KEPUJIAN 65 – 69 B 3.00 60 – 64 B- 2.67 55 – 59 C+ 2.33 50 – 54 C 2.00 45 – 49 C- 1.67 LULUS 40 – 44 D+ 1.33 35 – 39 D 1.00 GAGAL 20 - 34 E 0.67 0 – 19 F 0.00 TIDAK HADIR T 0.00 Jadual 2: Sistem Gred Penilaian dan Pentaksiran


di Kolej Vokasional Ipoh 38 DIPLOMA PEMASARAN Projek Tahun Akhir (PTA) Projek Tahun Akhir terdiri daripada PTA 1 dan PTA 2. Perlaksanaan PTA 1 adalah pada Semester 3 dan pelaksanaan PTA 2 adalah pada Semester 4. Perlaksanaan PTA adalah merujuk kepada Garis Panduan PTA 8.18 On The Job Training (OJT) Pelajar WAJIB menjalani OJT dan lulus untuk diperakukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Diploma. (Sila rujuk buku Garis Panduan On-The-Job Training). 8.19 Transkrip dan Skrol 8.19.1 Transkrip Diploma dikeluarkan oleh Kolej Vokasional kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. 8.19.2 Transkrip Diploma ditandatangani oleh Pengarah Kolej Vokasional. 8.19.3 Diploma dianugerahkan oleh Senat Kolej Vokasional KPM kepada pelajar yang berjaya memenuhi syarat-syarat bergraduat. 8.19.4 Permohonan skrol asal Diploma boleh dibuat oleh pelajar melalui KV kepada Sektor Pengurusan Akademik BPLTV 14 hari selepas konvokesyen. 8.19.5 Permohonan salinan transkrip dibuat oleh pelajar kepada KV.


di Kolej Vokasional Ipoh 39 DIPLOMA PEMASARAN 8.20 Kedudukan Akademik 8.20.1 Kedudukan Akademik Pelajar KEDUDUKAN AKADEMIK KETERANGAN CATATAN Keputusan Baik (KB) • Lulus semua kursus MPU • Lulus Kursus teras. • PNGK ≥ 2.00 Layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Keputusan Bersyarat (KS) • Tidak Lulus mana- mana Kursus MPU • Tidak Lulus manamana Kursus teras. • 1.33 ≤ PNGK < 2.00 Perlu mengulang MPU sehingga lulus. Manakala Kursus Teras dibenarkan mengulang dua (2) kali sahaja. Keputusan Gagal (KG) • Gagal di dalam Penilaian Ulangan. • PNGK < 1.33 • Kedudukan bersyarat 2 semester berturut. Tidak layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Jadual 3: Kedudukan Akademik Pelajar NOTA: *Dalam kes mengulang PA, pihak Kolej Vokasional hendaklah memberi penekanan kepada pelajar agar lulus semua Kursus Teras kerana sekiranya masih gagal pelajar boleh diberhentikan dari pengajian. Oleh itu, bimbingan sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar sebelum dan semasa ulangan PA berlangsung khususnya bagi Kursus Teras untuk menentukan pelajar sekurang-kurangnya boleh ditawarkan ke program kemahiran sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya syarat kelayakan bergraduat selepas mengulang.


di Kolej Vokasional Ipoh 40 DIPLOMA PEMASARAN 8.21 Syarat-syarat Penganugerahan 8.21.1 Diploma akan dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan memenuhi segala keperluan dan syarat ditetapkan: i. Lulus semua kursus yang diwajibkan bagi keperluan program ii. Lulus OJT iii. Purata Nilai Gred Kumulatif Keseluruhan PNGK ≥ 2.00 iv. Diperakui oleh Jawatankuasa Senat Kolej Vokasional KPM 8.22 Peruntukan AM Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan juga pindaan dari semasa ke semasa. 8.23 Rujukan Yang Perlu Ada 8.23.1 Struktur Pogram Pengajian (SPP) 8.23.2 Garis Panduan Kurikulum Diploma 8.23.3 Panduan Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran Diploma 8.23.4 Panduan Pentaksiran Berterusan 8.23.5 Garis Panduan Projek Tahun Akhir (PTA) 8.23.6 Garis Panduan On-The-Job Training (OJT) 8.23.7 Panduan Peraturan Pelajar 8.23.8 Panduan Pengurusan Pelajar 8.23.9 Panduan Pengurusan Kolej 8.23.10 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) – Pindaan 2014 8.23.11 Garis Panduan Mata pelajaran Pengajian Umum (MPU)


di Kolej Vokasional Ipoh 41 DIPLOMA PEMASARAN KPM berhak untuk meminda sebarang peraturan dari semasa ke semasa. Peraturan Akademik Kolej Vokasional ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh: Mesyuarat Senat Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Kelima Bil.1/2019 Pada 26 Ogos 2019 Penghargaan dan terima kasih kepada PANEL PENGUBAL: FAUZI BIN ABDULLAH (Pengerusi) HAFIDZAH BT OMAR HJH MAHNON SHABUDIN HJ. SHANUSI AHMAD Ts. ROSMAN BAHRI ANITA HASHIM MASTURA ABD MALEK MOHD EFFENDI BIN JAMLOS HANIS BINTI MOHAMED AMIR HAMZAH BIN SOFHI @ SUBHI Ts. AHMAD KAMAL BIN MD DURAIBI ABDUL RAZAK ISMAIL HASHIM BIN PUTEH KAMARULZAMAN NAYAN ABDUL SALIM BIN ABDUL SAMAD ALWI BIN MOHD ALI MOHD. JONED MUSA MOHD JELANI BIN YAACOB HJ MOHAMAD SAHRAN BIN AMIN ABD HAFIDZ PG ADNAN SUPIAN BIN MAHMOOD AZAM BIN ISMAIL AZIZAN BIN AHMAD WAN MOHD FAZLI WAN YUSOP ROSLI BIN SHA’BAN MOHD SHAFIE BIN HAMIR RADZUAN BIN ABD LATIF


Kolej Vokasional Ipoh 42 9.0 Hala Tuju Program


Kolej Vokasional Ipoh 43


Click to View FlipBook Version