The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by snm061201, 2023-07-20 09:17:28

SASTERA

SASTERA

S A S E N I NO.1 KEINDAHAN SASTERA RUANGAN KREATIF MARI MENGENALI SASTERA ANEKDOT DAN SAJAK JULAI 2023 ISU NO 1 RM 10.50


TINTA EDITOR Ketua Editor: Anis Wahidatul Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukurnya saya ke hadrat Illahi dengan izinNya, e-majalah Universiti Utara Malaysia dapat diterbitkan dengan jayanya. Dengan rasa rendah diri saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua Editor. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dengan berkat kegigihan dan kerjasama, akhirnya emajalah Saseni telah dapat diterbitkan. SASENI Harapan saya agar pembaca e- majalah Saseni berpuas hati dengan hasil yang diterbitkan ini menjadi e-majalah ini sebagai rujukan semasa berada di alam Universiti. Akhir kata, saya dan rakan seperjuangan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan e-majalah Saseni


KANDUNGAN BERITA UTAMA: 0 4 Mengenali sastera dan definisi sastera. Selain itu, kebaikan yang diperolehi jika mempelajari sastera. RUANGAN KREATIF: 1 0 Anekdot bertajuk "Kera" oleh Maisarah Jefpery Puisi Sajak bertajuk "Insan Tercinta" oleh Anis Nureen 0 7 Ciri-ciri sastera rakyat dan jenisjenis sastera rakyat. Kekuatan penulis RUANGAN IKLAN 12 NO.1 BERITA SAMPINGAN:


SASTERA ITU INDAH! 01/07/2023 Menurutnya, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh dan manfaat yang terkandung di dalamnya. Keindahannya karya Melayu klasik ini terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, latar masyarakat serta nilai dan pengajaran . Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional berasaskan gagasan estetika yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh dan idea estetika oleh I.V. Braginsky. Istilah keindahan merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky (1994:16), beliau merumuskan bahawa terdapat tiga aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan ‘indah’ dengan kata-kata yang seerti. Analisis ini adalah sebuah analisis kepustakaan dan perbincangan dibuat secara deskriptif berdasarkan dua teks utama iaitu Puitika Sastera Melayu (2000) karya Muhammad Haji Salleh dan buku Erti keindahan dan Keindahan Erti (1994) oleh Braginsky.


Apakah itu sastera? Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan diperturunkan ( diwarisi ) dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik bersama masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya. Sastera berasal daripada bahasa SANSKRIT iaitu “castera” . Susastera membawa maksud yang khusus iaitu, indah, baik,lebih berfaedah. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa sastera epik yang juga disebut sebagai sastera pahlawan. Genre sastera ini bersifat sejagat, iaitu terdapat dalam kebanyakan karya sastera di dunia. Sastera Rom, Yunani, Jerman dan Inggeris mengemukakan konsep kepahlawanan yang sama dalam hasil karya epiknya, misalnya watak Archilles, Hercules dan Theseus. Sastera epic mementingkan nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Unsur peribadi yang mulia dan murni, penuh sifat kemanusiaan dan pengabdian diri terdapat dalam diri tokoh yang menjadi watak utama dalam karya sastera tersebut. Sastera Rakyat Sastera Epik Menurut Hashim Awang, sastera ialah ciptaan atau karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciriciri keistimewaan yang tertentu bersandar pada zaman.


Kebaikan Mempelajari Karya Sastera Jenis Karya Sastera Karya Secara definisi, karya bermaksud ciptaan manakala sastera bermaksud bahasa yang digunakan dalam sebuah seni. Karya Sastera Karya sastera pula bererti sebuah penulisan yang dihasilkan mengikut sesuatu bentuk kesenian. Sebagai contoh, karya sastera bahasa Melayu terdiri daripada prosa iaitu hasil kesusasteraan yang ditulis dalam tatabahasa mudah seperti novel dan cerpen. Sastera bahasa Melayu juga terdiri daripada puisi yang merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan tidak menuruti tatabahasa seperti sajak, syair, pantun dan gurindam.


Dari segi penyebaran Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada lazimnya sastera rakyat disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara lisan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang anak atau cucu. Ini bermakna hasil-hasil sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya secara lisan. Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan diperturunkan ( diwarisi ) dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik bersama masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya. CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT Sastera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya "bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu, profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau ‘tukang cerita’ ataupun "pawang", yang telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang kampung yang berkenaan.


SASTERA RAKYAT / LISAN (NARATIF) JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat. Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang dicipta untuk memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian. Cerita Mitos biasanya dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan seperti animisma, Hindu dan Islam. Masyarakat Melayu meletakkan cerita-cerita Mitos sebagai yang benar-benar berlaku dan menjadikannya sebahagian dari sistem kepercayaan yang tidak boleh dipersendakan. Pada tanggapan mereka sesiapa yang tidak mempercayai cerita mitos akan menerima balasan buruk. MITOS


Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di kalangan masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman. Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak utama. Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-kata, berfikir dan bertindak seperti manusia. Cerita Binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita Binatang Asal Usul, Cerita Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang Epik ( Beast Epic). Cerita Binatang Asal Usul mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya Cerita Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa Hilang Bisa, Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya. Cerita Binatang Fable berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing Dengan Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-kura, Cerita Bangau Dengan Ketam dan sebagainya. Manakala Cerita Epik Binatang adalah seperti Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat Sang Kancil


Kekuatan cinta penulis Cina kepada sastera, budaya Melayu "Saya ini berketurunan Hokkien. Tapi pendedahan terhadap kesenian Melayu sejak kecil membuatkan cinta saya pada seni itu tumbuh perlahan-lahan. "Di kampung halaman di Wakaf Bahru, saya biasa sangat dengan dikir barat, mak yong, manora, wayang kulit dan manora sejak kecil lagi. "Pengalaman itu memperkasakan jiwa dan minat saya apatah lagi selepas berpeluang melanjutkan pelajaran di UM," katanya. Tambahnya, nama Awang Abdullah yang diguna pakai hari ini sebenarnya nama panggilannya di kampung sejak kecil lagi. Namun nama itu kekal bersamanya apatah lagi sesudah memilih untuk memeluk Islam pada 1979. Tegas Awang, memeluk Islam bukan hal luar biasa dalam keluarganya kerana abangnya turut beragama Islam dengan memilih nama Saleh. Namun tiga lagi adik beradiknya masih kekal beragama Buddha tetapi turut memiliki nama timangan dalam kalangan orang kampung iaitu Che Deraman, Mek Bunga dan seorang lagi kakak dipanggil Mek. Kongsi Awang, selama 45 tahun terbabit dengan dunia seni dan budaya, beliau tidak pernah mengehadkan penulisannya kepada puisi semata-mata. Sebaliknya, beliau turut menghasilkan skrip drama, novel malah biografi. Sehingga ini, Awang sudah memiliki enam kumpulan puisi, tiga novel, sebuah naskhah skrip drama selain menuliskan tiga buah biografi. Antaranya kumpulan puisinya termasuklah SajakSajak Telegram dan Kita Akan Dewasa, kedua-duanya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1991 dan 2008. Tambah Awang, beliau juga beliau pernah menghasilkan biografi Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A Samad Said sekitar 1980-an. Bagaimanapun Awang lebih dikenali sebagai pemuisi malah pernah dihantar ke pelbagai program di luar negara antaranya ke Indonesia dan Jepun atas tiket puisi. Puisi katanya memiliki keunikan sendiri berbanding prosa kerana bait yang pendek, padu tetapi halus dan tajam dalam menyampaikan simbolik makna sama ada ia sindiran, panduan atau nasihat. MELAKA: Nama Awang Abdullah mungkin tidak begitu besar berbanding penulis lain kelahiran Kelantan. Bagaimanapun kemampuan Awang atau nama asalnya Pui Tiong Gee berpuisi dalam bahasa Melayu, Thai dan Mandarin menjadi tarikan utama kepada audien. Apatah lagi Awang selalu muncul dengan gaya rambut panjang selain mempunyai lontaran kata yang jelas dan bertenaga meskipun usianya sudah menjangkau 70 tahun. Malah sehingga kini meskipun sudah bersara, Awang masih aktif melatih bakat baharu dalam penulisan selain dalam proses menghasilkan buku pertama mengenai puisi teater. Dalam pertemuan baru-baru ini Awang berkata, minatnya terhadap puisi khasnya dan sastera Melayu umumnya mula melebar sebaik melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada 1980. Justeru katanya, beliau kini sedang sibuk menulis mengenai puisi teater iaitu inovasi baharu dalam persembahan puisi yang dicipta dan dipatenkan olehnya. Awang berkata puisi teater atau ringkasnya puiter adalah kaedah mendeklamasikan puisi sebagai teras utama persembahan. Namun, ia akan digabungkan dengan syair, bacaan prosa, pantun, lagu selain petikan al-Quran. "Ia disampaikan dengan pelbagai adunan teknik misalnya berzanji, lagu dikir malah lakonan pendek. "Saya melihat kaedah ini memberi kesegaran dalam cara kita mendeklamasikan puisi selain dapat menarik hati audien sekali gus meninggalkan kesan di hati mereka menerusi titipan mesej yang disampaikan menerusi karya," katanya. Persembahan puisi teater itu juga katanya ditutup dengan lagu bersesuaian tema sajak, manakala durasi persembahan antara enam hingga lapan minit. Dalam persembahan sebegitu katanya, dua orang pendeklamator diperlukan tapi ia boleh juga disampaikan secara solo. Katanya, disebabkan konsep puisi teater ini masih baharu, beliau kini berusaha untuk melakukan misi jelajah memperkenalkannya. Tambah beliau, inovasi sebegini diharap lebih memikat masyarakat terutama anak muda untuk mencintai atau setidak-tidaknya menghargai dunia seni dan budaya tempatan. Meminati gaya penulisan SN Datuk Dr Usman Awang, beliau mengakui selalu terinspirasi dengan karya tokoh itu. Katanya, sehingga kini beliau masih cergas melatih bakat baharu dalam kalangan anak muda selain sesekali turut berkarya. "Mungkin tenaga kita sudah tidak macam waktu muda, tapi kita buatlah sesuai dengan usia. Apa yang penting mampu menyebarkan mesej kebaikan dunia dan akhirat merentas sempadan agama, bangsa atau negara," katanya.


Ruangan Kreatif Anekdot oleh Maisarah Jefpery Bertajuk "Kera" Aku, bernama Una menetap di inasis SME Bank dan blok aku juga sering menjadi kunjungan bagi kera bukan seekor dan bukan dua namun boleh diibaratkan sebagai satu keluarga yang datang dengan tujuan mencari makanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa banyak juga cerita tentang kera di inasis SME Bank ini. Teringat aku akan kisah sewaktu aku di semester 3 di inasis SME Bank ini. Aku dan rakan bilik aku, Zizi sedang makan malam sambil berbual tentang apa yang berlaku pada hari tersebut;sedang rancak kami makan sambil berbual kami terdengar bunyi hentakan kaki serta suara “shuush” kami dengar dari dalam bilik kami dan sudah kami agak sudah tentu gadis itu mahu menghalau kera. Pada awalnya kami hanya mengendahkan sahaja namun dalam satu hingga dua minit kami masih mendengar bunyi riuh di luar. Kami membuat keputusan untuk melihat tetapi hanya melalui pintu sahaja dan rakan bilik aku bertanya. “Kenapa? Ada banyak kera ke?” Soal Zizi. “ Ada kera seekor je tapi dia main dekat baju”. Jawab gadisitu sambil menunjuk bilik tempat pelajar untuk membasuh pakai dan tempat untuk menjemur pakaian yang kamisebutsebagai laundry room. Akibat bunyi bising kera itu pergi lalu gadis tersebut mengambil pakaiannya terserlah kelegaan pada wajahnya namun tiba tiba kera itu kembali semula dan seakan akan mahu mengejar gadis itu. Gadis itu berlari sambil menyebut “Mamaaa” lalu masuk kedalam bilik aku dan Zizi kerana bilik kami amat dekat dengannya dan hanya kami sahaja yang sedang membuka pintu. Kerana ketakutan gadis itu memegang tangan aku dan dapat merasakan kesejukan pada tangannya dan juga kelihatan tangannya itu menggigil. Kami bertiga hanya mengintai kera itu melalui pintu yang tidak dibuka secara luas. Kelihatan kera itu sudah tiada dan gadis itu juga turut keluar dari bilik kami sambil mengucapkan terima kasih.


Ruangan Kreatif Sajak oleh AnisNureen Bertajuh:Insan Tercinta Kopi tanpa gula akan menjadi pahit Begitulah hidupku tanpa ibu dan ayah Yang mengisisegala jiwa dan ragaku Juga menjadi penyuluh hidupku Pesananmu sentiasa menjadi panduan hidupku Sentiasa terlekat di dalam mindaku Hubungan yang erat tidak dapat diungkapkan Bagai aur dengan tebing Engkaulah yang mengajarku erti dunia Dariku merangkak hingga kuberjalan Tidak dapat aku mampu membalasjasamu Walaupun kukorban jiwa dan raga


SASENI Sastera dan Seni Volume 1 EDISI JULAI 2023


Click to View FlipBook Version