The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DIHASILKAN OLEH : AZRI NAZMI BIN ATSANI TAHUN 5 SIDDIQ SK ABDULLAH SG MATI TANGKAK JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Atsani Katmin, 2021-09-22 22:51:16

BUKU SKRAP DIGITAL TUN V.T. SAMBANTHAN

DIHASILKAN OLEH : AZRI NAZMI BIN ATSANI TAHUN 5 SIDDIQ SK ABDULLAH SG MATI TANGKAK JOHOR

BUKU SKRAP
DIGITAL

TOKOH
KEMERDEKAAN MALAYSIA

TUN VEERASAMY THIRUNYANA SAMBANTHAN

PENDAHULUAN

Hari Kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Hari Kali ini, saya ingin membawa kita
Kemerdekaan atau Hari Merdeka. Ia disambut di semua mengenali Tokoh Kemerdekaan
seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap kita dengan lebih dekat lagi iaitu Tun
tahun bagi menandakan negara bebas Veerasamy Thirunyana Sambanthan
daripada belenggu penjajahan sejak 1782 atau lebih kita kenali sebagai Tun V.T.
sehingga tahun 1957. Namun disebalik Sambanthan.
kegembiraan menyambut Hari Kebangsaan ini,
janganlah sesekali kita melupakan sumbangan
tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah berusaha
keras untuk memastikan negara kita mencapai
kemerdekaan yang kita miliki pada hari ini.

MAKLUMAT MURID

NAMA : AZRI NAZMI BIN ATSANI

TARIKH LAHIR : 10 NOVEMBER 2010
TEMPAT LAHIR
SURAT BERANAK : HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR
JOHOR.

: CJ 93997

KETURUNAN : JAWA

AGAMA : ISLAM

BIL. ANAK KE BERAPA : ANAK KE TIGA DARIPADA TIGA ADIK BERADIK
ALAMAT
HOBI NO 9 JALAN SRI RAWANG 1, TAMAN SRI
CITA-CITA
: RAWANG, RAWANG SUNGAI MATI 84400

LEDANG JOHOR

: MENONTON TELEVISION, MEMBUAT KERJA
RUMAH DAN BERMAIN GAME

: GURU BAHASA INGGERIS

MAKANAN KEGEMARAN : NASI AYAM DAN TEH AIS

KEISTIMEWAAN : PANDAI BERBAHASA, BERBASIKAL DAN
BERMAIN VIDEO GAMES

TOKOH YANG DIKAGUMI : TUN V.T. SAMBANTHAN

MOTO : KECEMERLANGAN ADALAH SENTIASA
MELAKUKAN YANG TERBAIK…….

BIODATA TOKOH

NAMA :

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan

TARIKH LAHIR :

16 Jun 1919

TARIKH MENINGGAL DUNIA :

18 Mei 1979

PENDIDIKAN :

➢ Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput.
➢ Beliau telah menyempurnakan persekolahan menengahnya di Sekolah Clifford.
➢ Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari University Annamalai, India dalam bidang

ekonomi

KERJAYA :

❖ Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC).
❖ Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.
❖ Pada tahun 1955, Tun V.T. Sambanthan diberi kepercayaan menjadi Menteri

Buruh.
❖ Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan dilantik

menjadi Menteri Kesihatan.
❖ Seterusnya pada tahun 1959, Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi Menteri

Tenaga, Telekom dan Pos.
❖ Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan

Negara.

❖ Pada tahun 1973, Tun V.T. Sambanthan meletakkan jawatan Presiden
Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya.

RASIONALISASI PEMILIHAN SAYA

Secara rasionalnya pemilihan saya terhadap tokoh ini
adalah kerana Tun V.T. Sambanthan merupakan salah
seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa khususnya
masyarakat India di Malaysia. Disamping itu juga, Tun
Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan
toleransi, keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa

dan kaum di negara kita apabila beliau menjadi
pemimpin.

KELEBIHAN TOKOH

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau
bertanding di Kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi
kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan
kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India
Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagi mentadbir ladang tersebut
dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National LandFinance Cooperative
Society) Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan
salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan.

BUKTI DAN KREDIBILITI

❖ Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau telah dianugerahkan pingat
kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada Jun 1967.

❖ Beliau juga dikurniakan Doktor Kehormat Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor
of Law ) oleh Universiti Malaya pada Julai 1971.

❖ Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen LRT Tun Sambanthan dan Wisma
Tun Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa beliau.

JASA DAN SUMBANGAN

❖ Pada 14 Ogos 1954, Tun V.T Sambanthan telah menubuhkan sebuah
sekolah Tamil yang bernama Mathama Gandhi Kala Salai di estet beliau
dengan bantuan pegawai-pegawai British.

❖ Tun.V.T.Sambanthan telah mengadakan perkhidmatan bas kepada
kanak-kanak estet supaya mereka dapat melanjutkan persekolahan di
bandar.

❖ Tun Sambanthan telah menubuhkan Persatuan Koperasi Kewangan dan
Tanah Kebangsaan atau The National Land Finance Cooperative Society
(NFLCS) bersama dengan K.R Somasundram pada tahun 1960

❖ Beliau juga salah seorang anggota rombongan ke London merundingkan
kemerdekaan Tanah Melayu dan terlibat menandatangani perjanjian
kemerdekaan.

❖ Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan
merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian
Kemerdekaan.

PENUTUP

Sepanjang penghasilan buku digital ini, melalui pembacaan saya
terdapat begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun
Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang
berbilang kaum. Tun Sambanthan juga telah menyumbangkan tenaga
dalam usaha menuntut kemerdekaan.

Beliau boleh kita angkat sebagai seorang Ikon dalam
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia dalam menuntut
kemerdekaan yang hakiki.

AZRI NAZMI


Click to View FlipBook Version