SK RAWANG
KM 10 PEKAN RAWANG
84400 SG MATI TANGKAK,
JOHOR
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-49
2022
Dirasmikan :
TUAN MUIZZUDDIN BIN REMLE
PENGARAH URUSAN
MUIZ FOOD INDUSTRI
Tarikh : 19 Jun 2022
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SK Rawang
(10 muka termasuk kulit)
AHAD 19/6/2022
KATA ALU-ALUAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SK RAWANG SESI 2020/2022
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48
pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program PIBG
boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan
dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang
berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak
kita.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi
2020/2022 kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah
ini. Saya berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru
banyak membantu pihak sekolah merealisasikan program akademik secara
berkala untuk anak-anak kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama
seumpama ini berterusan dan berharap semua pihak terus dapat
menyumbangkan tenaga, idea serta dana bagi membantu sekolah ini.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan
bekerjasama sepanjang saya menjadi Yang Dipertua PIBG selama ini.
Sekian, wassalam.
AZIZ ABIDI BIN ARIFFIN
Yang Di Pertua PIBG
SK Rawang
AHAD 19/6/2022
KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SK RAWANG
Assalamualaikom WarahmatulAllahi wabarokatuh
Perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhannya bermatlamat untuk melonjakkan pencapaian murid. Adalah
diakui bahawa setiap proses perubahan dalam transformasi ini amat
memerlukan penghayatan dan pemahaman yang mendalam supaya
pendekatan dan strategi baharu dapat digerakkan serta memberi impak
kepada setiap murid agar mampu memiliki kemahiran yang diperlukan dalam
abad ke-21.Berasaskan Model Hala Tuju Pendidikan Johor ada menyatakan
perlu melahirkan modal insan berkualiti yang berstatus “ global player”. Lantaran
itu Pendidikan atau PAK-21 akan dapat menyuntik kreativiti guru dalam
mempelbagaikan PdPc yang sentiasa menarik dan berkesan yang menuju
kepada melahirkan kemenjadian murid seperti yang direncanakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan serta patut diterima sebagai satu ibadah. Segala panduan dan
intipati yang diberi kepada warga pendidik hanya untuk membantu
merealisasikan PdPc yang berkesan melalui pelbagai kaedah serta strategik
yang sistematik dan disesuaikan dengan situasi.Contohnya Ketika negara
menghadapi Covid-19 dengan melaksanakan PKP,1.0,2.0 dan kini 3.0 bermula
Mac,2020 maka pendekatan,kaedah dan teknik turut berubah kepada istilah
PdPR. Hal ini memerlukan kemahiran IT atau ICT yang tinggi dan perlu dikuasai
dan digunapakai di samping kawalan pihak PPD dan KPM.
Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sementara, PBD atau dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah mengandungi
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang melibatkan pentaksiran secara
menyeluruh (holistik) yang menilai aspek kognitif,afektif dan psikomotor selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan.
Pencapaian murid ditaksir menerusi empat komponan pentaksiran iaitu
Pentaksiran Sekolah (PS),Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani,Sukan dan Kurikulum (PAJSK),dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
AHAD 19/6/2022
KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SK RAWANG
PBD dilaksanakan secara berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan,kemajuan,kebolehan dan pencapaian murid serta berasaskan
sembilan ciri utama iaitu dirancang oleh guru,bersistem,formatif dan sumatif
yang berterusan,pelbagai kaedah,berasaskan kriteria,menekankan
perkembangan individu,mengesan perkembangan pembelajaran secara
menyeluruh,membolehkan tindakan susulan dan menggalakkan pentaksiran
kendiri dan pentaksiran rakan sebaya.PBD dilaksanakan dalam semua mata
pelajaran Tahap dan Tahap 2.
Sehubungan itu, Hala Tuju Sekolah yang mampan perlu diketahui dan
direalisasikan demi menuju kemenjadian murid. Antaranya,sentiasa mempunyai
barisan kepimpinan SLT dan MLT yang berkesan,warga pendidik yang
berkualiti,kompeten,beraspirasi tinggi,membudaya dan mengaspirasikan PAK-
21,mengamalkan PLC dan amalan terbaik ,sokongan padu PIBG dan PIBK serta
KSIB. Natijahnya untuk melahirkan persekitaran pembelajaran yang bermakna
dan menyeronokkan di samping melahirkan pembelajaran murid yang aktif lagi
bermakna dari segi Komunikasi,Kolaboratif,Kreativiti,Kritis dan Nilai (4K 1N).
Akhir kata,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP
PIBG,semua AJK PIBG, guru-guru,staf-staf sokongan,para pelajar,dan individu-
induvidu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bagi tahun 2021 secara online ketika PKP 3.0
dengan tujuan mengekang pendemik COVID-19. Saya sentiasa mendoakan
agar semua warga SK Rawang sentiasa cemerlang dan memperkasakan
sekolah dalam bidang Kurikulum,Sahsiah dan Kokurikulum dalam semua
peringkat,insyaAllah.
“Pelajar cemerlang , ibu bapa gemilang , sekolah terbilang”.
Terima kasih.
“Maju Jaya”
SARIMAH BT HJ SELAMAT
Guru Besar
SK RAWANG
AHAD 19/6/2022
2.00 pm TENTATIF PROGRAM
2.30 pm
3.30 pm : Ketibaan dif jemputan dan Sesi
Pendaftaran Ibu Bapa Penjaga
6.00 pm
: Ketibaan Perasmi
: Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Perasmian
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 dimulakan
: Ucapan Pengerusi
: Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-48
: Perkara-perkara berbangkit
: Membentangkan dan mengesahkan
Laporan Kewangan Tahun 2021
: Pembubaran AJK sesi 2020/2022
: Perlantikan AJK baru sesi 2022/2024
: Membahaskan usul (Jika ada)
: Hal-hal lain
: Ucapan Penangguhan
: Bersurai/Majlis tamat
AHAD 19/6/2022
JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
PENAUNG
Pegawai Pelajaran Daerah Tangkak
PENGERUSI
Pn. Sarimah Binti Hj Selamat
Guru Besar
TIMBALAN PENGERUSI
En. Muhammad Hakim bin Samshuddin
GPK 1
En. Khairul bin Musa
GPK HEM
Pn. Noorhaizi binti Selaiman
GPK KOKO
SETIAUSAHA
En. Atsani bin Katmin
NAIB SETIAUSAHA
Pn Nurhidayah binti Mohd Zain
BENDAHARI
Pn. Hartini binti Abdol Rahman
NAIB BENDAHARI
Cik Nur Fareha bt Hamdan
AHAD 19/6/2022
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49
PENASIHAT :
Pn. Sarimah Bt Hj Selamat
YDP PIBG :
En. Aziz Abidi bin Ariffin
NYDP PIBG :
En. Harisman Bin Adnan
SETIAUSAHA :
En. Atsani Bin Katmin
NAIB SETIAUSAHA :
Pn Nurhidayah binti Mohd Zain
BENDAHARI :
Pn. Hartini binti Abdol Rahman
NAIB BENDAHARI :
Cik Nur Fareha Binti Hamdan
AJK IBU BAPA :
En. Isham bin Abd Rahman
En. Rosli bin Ismail
En. Nazeri bin Baharoon
Pn. Jane binti Abdullah
Pn. Norliza binti Abd Rahman
Pn. Rashidah binti Sunardi
AJK GURU :
En. Md Shah Bin Yusof
Pn Zaharah Binti Ahmad
Pn. Nik Marlini Binti Nik Abdullah
Pn. Rose Wahani Binti Wahab
Pn. Sohara Binti Suratman
Pn. Norzita Binti Haji Amir
AHAD 19/6/2022
JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49
PENASIHAT :
Pn. Sarimah Bt Hj Selamat
( Guru Besar )
PENGERUSI :
En. Aziz Abidi bin Ariffin
( Yang Di-Pertua Pibg )
NAIB PENGERUSI:
En. Harisman Bin Adnan
( Naib Yang Di-Pertua Pibg )
En. Muhammad Hakim bin Samshuddin
( Guru Penolong Kanan Pentadbiran )
En. Khairul bin Musa
( Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
Pn. Noorhaizi binti Selaiman
( Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum )
SETIAUSAHA:
En. Atsani Bin Katmin
NAIB SETIAUSAHA :
Pn. Nurhidayah binti Mohd Zain
BENDAHARI :
Pn. Hartini binti Abdol Rahman
NAIB BENDAHARI :
Cik Nur Fareha Bt Hamdan
AHAD 19/6/2022
JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
SAMBUTAN DAN PROTOKOL P.A SISTEM
Pn. Sarimah Bt Hj Selamat En. Atsani Bin Katmin
En. Muhammad Hakim Bin En. Mohd Shah Bin Yusof
Shamshuddin
En. Aziz Abidi bin Ariffin URUSETIA / PROGRAM
En. Harisman Bin Adnan En. Atsani Bin Katmin
Cik Fareha Bt Hamdan
PERSIAPAN PENTAS/DEWAN
En. Khairul bin Musa RAKAMAN / DOKUMENTASI
En. Muhammad Amaluddin bin En. Muhammad Amaluddin bin
Mohd Isa Mohd Isa
En Mohd. Shah Bin Yusof
Pn. Zaharah Bt Ahmad BANNER / PERALATAN
En. Faizal bin Jaafar En. Atsani bin Katmin
En. Khairuddin bin Ibrahim
Pn. Halimah Bt. Ayob PERSIAPAN TEMPAT/KEBERSIHAN
En. Faizal bin Jaafar
JAMUAN En. Khairuddin bin Ibrahim
Pn. Noorhaizi binti Selaiman Pn. Halimah Bt. Ayob
Pn. Sohara Bt Suratman
Pn Norzita Bt Hj Amir PENDAFTARAN
Pn. Nur Hidayah binti Md Zain Pn Muzaiyah binti Mohd Amin
Cik Nurmazela Bt Mail
CENDERAHATI/HADIAH
Pn. Jamilah binti Hj Yusof DOA
Pn. Sanisah Bt Mohammad Ustaz Md Shah Bin Yusof
PENCATAT KESELAMATAN/PARKIR
Cik Nur Fareha Bt Hamdan Pengawal Keselamatan Sekolah
Pn Rose Wahani binti Wahab
JURUACARA
Pn Shafini Bt Ismail
Pn Nik Marlini Bt Ismail
AHAD 19/6/2022
LAPORAN HAL EHWAL MURID
SK RAWANG
JUMLAH MURID MENGIKUT KELAS SEHINGGA TARIKH 13 JUN 2022
SK RAWANG TANGKAK (JBA9031)
1. TAHUN 1 ANDRE MILLAR (L 8, P 15 )
2. TAHUN 2 MERPATI (L 13, P 09 )
3. TAHUN 3 VANDA (L 18 P 12 )
4. TAHUN 4 CATTELEYA (L 12, P 14 )
5. TAHUN 5 MONORA (L 16, P 10 )
6. TAHUN 6 PHALENOPSIS (L 09, P 17 )
7. PRA SEKOLAH BESTARI (L 8, P 15 )
✓ Jumlah murid aliran Perdana tanpa pra sekolah adalah seramai
(L 76 P 77)
✓ Jumlah murid setakat 13 Jun 2022 seramai 172 dengan pecahan :
Aliran perdana 15
Pra sekolah 19
PERATUS KEHADIRAN MURID DARI MAC HINGGA MEI 2022
✓ Peratus Jan - 89.86%
✓ Peratus Feb - 65,14%
✓ Peratus Mac - 89.13%
✓ Peratus April - 86.60%
✓ Peratus Mei - 85.58%
PERATUS KEHADIRAN KRITIKAL
✓ Kehadiran ditetapkan oleh PPD Tangkak - Sekolah Rendah - 95.0%
✓ Kehadiran merosot setiap hari AHAD awal persekolahan seolah-olah
menjadi budaya.
AHAD 19/6/2022
LAPORAN HAL EHWAL MURID
SK RAWANG
SUMBANGAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG ALUMNI DAN INDIVIDU
SEPANJANG JULAI 2020 HINGGA MEI 2022
BIL PERKARA PENYUMBANG CATATAN
Masjid Al-Istiqomah 27 Mac2021 28 Mac 2021
Menebang 2 Pohon -Qariah Masjid Rawang
Pokok Besar Sempadan Dir& Partners Sdn Bhd -Ibu Bapa Murid SK
1 Sekolah dan Masjid Rawang
Kos RM800 Datuk Hjh Noriah Binti -MDT( Tangkak)
Mahat 17 Sept 2021
Signbord nama sekolah Ahli MDT (Tangkak)
Signbord Hala Tuju 24 Okt 2021
2 Sekolah Poliklinik Utama Serom-
Signboard TS25 Dr Ramizi Bin Hj Ishak 11 Apr 2022
Kos RM2420
Derma ibu bapa RM750 30 April 2022
19/6/2022Signbord Peraturan Derma Alumni Guru
3 Penggunaan Padang SK RM300
Rawang Derma Alumni
Murid RM50
Kos RM498 Derma Guru SKR
Sesi 2022 RM1200
Signboard Maklumat
Pendaftaran Tahun
1/Waktu
4 Persekolahan/Larangan
Kenderaan Masuk
Kawasan Sekolah
Kos RM700
Signboard “We Love SK
Rawang”
Kos RM2000
5
AHAD 19/6/2022
LAPORAN HAL EHWAL MURID
SK RAWANG
SUMBANGAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG ALUMNI DAN INDIVIDU
SEPANJANG JULAI 2020 HINGGA MEI 2022
BIL PERKARA PENYUMBANG CATATAN
Jan 2022
Mengecat Pagar Sekolah Guru Besar Bersama Ibu Bapa
6 Kos RM ...............? Bersama Rakan Muda
Jan 2022
Upah Mengecat Masjid Al-Istiqomah
7 Aras Blok B Okt 2021
Kos RM....... Okt 2021
Upah Skylift Masjid Al-Istiqomah 19 Mei 2022
23 Mei 2022
8 Menaikkan sigboard
Nama SK Rawang
RM300
Tong Racun 2 unit Masjid Al-Istiqomah
9 (bateri)
Sanitasi Kos RM440
PIBKS -Merentas Desa Ibu Bapa SK Rawang
Peringkat SK Rawang Rakan Muda
2022 Polis Sungai Mati
10 Tempat : Kompleks Sukan RELA
Tok Laji Kesang Tasek
Trek
Perkampungan/Sawah
Padi Kesang Tasek
AHAD 19/6/2022
LAPORAN KOKURIKULUM
SK RAWANG
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARI JANUARI – DISEMBER 2021
1. Pendaftaran secara rasmi:
Persatuan Pengakap untuk murid tahun 5 dan 6 dan Persatuan
Puteri Islam Malaysia untuk murid tahun 4, 5 dan 6.
1. Pembelian Buku Log Pengakap dan PPIM yang berharga RM10 telah
diserahkan kepada murid. Diharap murid dapat menjaga buku
tersebut dengan menyampul lutsinar dan ikut arahan guru pemimpin
pada tugasan yang diberikan.
2. Penyertaan murid dalam pertandingan online amat menggalakkan.
Ada di kalangan murid telah menyertai pertandingan peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
Antaranya ialah:
❖ KUIZ PPIM PERINGKAT DAERAH TANGKAK 2021- PENYERTAAN
❖ VIRTUAL RUN PENGAKAP 2021-PENYERTAAN
❖ VISIT FASILITI INOVASI KITAR SEMULA (FIKS) 2021-PENYERTAAN
❖ KEJOHANAN CATUR DALAM TALIAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2021-
PENYERTAAN
❖ CABARAN MSSJ (MERENTAS DESA) SECARA DALAM TALIAN 2021-
PENYERTAAN
❖ CABARAN MSSJ (CATUR) SECARA DALAM TALIAN 2021- PENYERTAAN
❖ CABARAN MSSJ (SOFBOL) SECARA DALAM TALIAN 2021- PENYERTAAN
❖ PROGRAM KECERGASAN 1M1S (MY WALK, MY RIDE) 2021-PENYERTAAN
❖ PERTANDINGAN KOAKADEMIK PROGRAM NILAM 2021
AHAD 19/6/2022
LAPORAN KOKURIKULUM
SK RAWANG
❖ PERTANDINGAN KOAKADEMIK MAHRAJAN AL-QURAN PERINGKAT
DAERAH TANGKAK 2021
- ADIK ILYAS NAJMI BIN IZAN ROHAIZAD
TEMPAT KEDUA (e-NYANYIAN SOLO)
- ADIK ATHIRAH BINTI RASID
TEMPAT KETIGA (e-SYAIR)
❖ PERTANDINGAN JOHOR ICT CHALLENGE FOR SPECIAL NEEDS 2021
(JITC) PERINGKAT NEGERI JOHOR
ADIK QHAIRIAH FARHANAH BINTI NOR AZMAN SHAH
- EMAS (E-LIFEMAP RENDAH (FIZIKAL))
- GANGSA (E-TOOLS RENDAH (FIZIKAL))
❖ PERTANDINGAN KOAKADEMIK NYANYIAN BAHASA ARAB PERINGKAT
ZON SEROM 2021
ADIK ILYAS NAJMI BIN IZAN ROHAIZAD
-TEMPAT PERTAMA
ADIK DHIA NUR MARISSA BINTI MOHD KHAIRUL RIZAL
-TEMPAT KEDUA
❖ PERTANDINGAN KOAKADEMIK BUKU SKRAP DIGITAL BAHASA ARAB
ZON SEROM 2021
ADIK MUHAMMAD HAFIZIN BIN MD. TAHIR
-TEMPAT KEDUA
ADIK NUR DAMIA HUDA BINTI ZULKARNAIN
-TEMPAT KEDUA
AHAD 19/6/2022
LAPORAN KOKURIKULUM
SK RAWANG
❖ PERTANDINGAN KOAKADEMIK NYANYIAN BAHASA ARAB PERINGKAT
DAERAH TANGKAK 2021
ADIK ILYAS NAJMI BIN IZAN ROHAIZAD
-TEMPAT PERTAMA
ADIK DHIA NUR MARISSA BINTI MOHD KHAIRUL RIZAL
-TEMPAT KEDUA
❖ PERTANDINGAN KOAKADEMIK BUKU SKRAP DIGITAL BAHASA ARAB
PERINGKAT DAERAH TANGKAK 2021
ADIK MUHAMMAD HAFIZIN BIN MD. TAHIR
-TEMPAT KELIMA
ADIK NUR DAMIA HUDA BINTI ZULKARNAIN
-TEMPAT KETIGA
❖ PERTANDINGAN MEWARNA DALAM TALIAN SEMPENA MINGGU SAINS
NEGARA 2021 (PERINGKAT KEBANGSAAN)- PENYERTAAN
❖ PERTANDINGAN MISI MARIKH DALAM TALIAN SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN- PENYERTAAN
❖ KUIZ MATEMATIK DALAM TALIAN (PERINGKAT KEBANGSAAN)-
PENYERTAAN
AHAD 19/6/2022
LAPORAN KOKURIKULUM
SK RAWANG
PENCAPAIAN PAJSK 2021
• PENCAPAIAN PAJSK 2021
AHAD 19/6/2022
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
1. Ucapan YDP (En. Aziz Abidi bin Ariffin)
2. Ucapan Penasihat (Pn. Sarimah binti Hj Selamat)
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas
4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti
Tahunan 2019/2020
5. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
2019/2020
6. Perbahasan Usul/cadangan
7. Pembubaran AJK PIBG 2019/2020
8. Pelantikan Pengerusi sementara
9. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
10. Hal-hal lain
AHAD 19/6/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
SK RAWANG
TARIKH : 9 OKTOBER 2021
8.30 MALAM
MASA : KEDIAMAN MASING-MASING
TEMPAT : https://meet.google.com/bfv-dsji-hco
PAUTAN GOOGLE MEET ; : 80 ORANG
JUMLAH AHLI YANG HADIR
PERKARA/ AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Puan Penasihat PIBG SK Rawang
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pn Sarimah
binti Hj Selamat mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu
bapa dan guru yang hadir. Beliau berharap agar penglibatan ibu
bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG pada tahun ini akan lebih
meriah dari tahun-tahun sebelumnya.
1.2 Guru Besar juga mengingatkan kepada semua ibu bapa agar
memantau kesihatan anak-anak mereka memandangkan
gelombang penyakit berjangkit Covid-19 sedang melanda negara
dan seluruh dunia. Beliau juga mendoakan agar kita semua
dihindarkan dari penyakit tersebut.
1.3 Guru Besar juga memberikan penerangan kepada Ibu Bapa
tentang keterlibatan SK Rawang dalam TS25. Bermula dari tahun ini SK
Rawang akan menjalani pemantauan dari segi pelbagai aspek
bermula dari pentadbiran sehingga kepada kemenjadian murid.
1.4 Guru Besar juga menyampaikan maklumat kepada Ibu Bapa
tentang tarikh-tarikh penting dalam sesi pembukaan sekolah mengikut
Fasa PPn yang telah dikeluarkan oleh pihak PPD.
1.5 Guru Besar juga berpesan agar pihak Ibu Bapa sentiasa
mengingatkan, menasihatkan anak-anak mereka dalam mematuhi
SOP yang akan mereka hadapi apabila bersekolah kelak. Tindakan ini
dapat membantu pihak sekolah dalam memastikan segala SOP yang
harus dipatuhi dapat diikuti oleh semua murid. Beliau juga berharap
agar sekolah ini terhindar dari penularan kes Covid-19.
AHAD 19/6/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
SK RAWANG
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Rawang Sesi 2020/2022
2.1 En Aziz Abidi bin Ariffin mengucapkan terima kasih kepada ibu
bapa dan guru yang hadir. Beliau juga mengagumi usaha para ibu
bapa yang dapat hadir walaupun dengan cara maya seperti ini.
Beliau juga mengharapkan agar penglibatan ibu bapa sepeti ini akan
terus dapat diperkukuhkan pada masa akan datang.
2.2 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan
PIBG sekolah yang telah berjaya mengadakan mesyuarat pada kali ini
dengan cara yang baru iaitu Google Meet. Walaupun ini adalah
julung kali diadakan beliau sangat terharu dengan jumlah kehadiran
ibu bapa yang hadir pada malam ini. Semoga perjalanan mesyuarat
pada kali ini dapat berjalan dengan lebih lancar.
2.3 Beliau juga mengingatkan kepada semua warga ibu bapa dan
guru agar sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi
mengekang penyebaran nirus covid-19 dikalangan masyarakat
setempat.
3. Ucapan Perasmian Tuan Haji Muhadhir Bin Haji Abd Rahman
3.1 Tuan Haji Muhadhir bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk
Bersama-sama di dalam majlis pada mala mini.
3.2 Beliau sangat berbesar hati dan kagum dengan keupayaan
warga sekolah dalam memastikan pembelajaran anak-anak Kg
Rawang khususnya terus berjalan dengan cara norma baharu. Beliau
juga secara peribadinya mengucapkan ribuan terima kasih di atas
usaha dan susah payah guru dalam memastikan kelas PDPR berjalan
dengan lancar walaupun kehadiran murid tidak begitu memuaskan
dalam beberapa kelas.
3.3 Dari itu beliau mewakili JL Partners Sdn Bhd berbesar hati
memberikan sedikit sumbangan dana kepada tabung PIBG SK
Rawang untuk membantu dan menjayakan program dan usaha PIBG
dan sekolah pada masa akan datang ini.
3.4 Beliau mendoakan agar Konsep Kekitaan di antara PIBG dan
Sekolah akan terus mempunyai kesinambungan dalam masa-masa
mendatang.
AHAD 19/6/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
SK RAWANG
4. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 48
4.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 48.
4.2 Cadangan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa
pindaan:
Dicadangkan oleh : Pn. Nor Hidayah binti Mohd Zain
Disokong oleh : Pn. Rashidah binti Sunardi
5. Perkara Berbangkit
5.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
6. Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
6.1 Bendahari membentangkan laporan dengan baki akhir di bank
sehingga 31 Disember 2020 sebanyak RM 3 650.38.
6.2 YDP meminta penjelasan tentang terma cek tumpeng lalu dan
Bendahari menerangkan bahawa cek tersebut adalah cek yang
hanya dikreditkan ke dalam akaun PIBG dan akan dikeluarkan untuk
diserahkan kepada pihak berkenaan.
6.3 En Nazri bin Baharoon meminta penjelasan sekiranya ada kos-kos
tambahan yang perlu pihak PIBG tanggung akibat daripada
kehadiran cek tumpang lalu yang ada di dalam penyata kewangan
PIBG ini. Bendahari menerangkan bahawa memang terdapat kos caj
daripada pihak bank terhadap cek ini dan bermula dari September
2020 pihaj AJK PIBG bersetuju untuk mengenakan caj tambahan
kepada pemilik cek tumpang lalu ini dengan kadar bayaran RM10
setiap kali cek tumpang lalu masuk ke dalam akaun. Caj ini telah
diminitkan ke dalam mesyuarat AJK kali 1/2021.
6.4 Cadangan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2019 disahkan
dan diterima tanpa bantahan:
Dicadangkan oleh : Pn. Suraizan binti Abu Samah
Disokong oleh : Pn. Zarina binti Ramlie
AHAD 19/6/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
SK RAWANG
7. Pembentangan dan Perbahasan Usul
7.1 Cikgu Khairul bin Musa membuat usul supaya ditubuhkan Kelab
Alumni SK Rawang bagi membantu untuk mengumpulkan dana PIBG.
Ahli mesyuarat dengan sebulat suara menyokong usul ini dan pihak
PIBG akan cuba untuk menghubungi bekas-bekas pelajar bagi
merealisasikan usaha ini.
7.2 Pn. Nor Ashikin binti Muhammad memberikan usul supaya guru-
guru SK Rawang memperbanyakkan PDPR secara dua hala dengan
contoh menggunakan sesi pembelajaran secara Google Meet. Ini
akan memberikan semangat dan kefahaman yang lebih kepada
murid terutamanya pelajar Tahun 1 dalam mengahdapi
pembelajaran masa kini. Beliau dan beberapa ibu bapa yang lain
bersetuju dan memuji tindakan dari guru seperti Cikgu Hatini, Cikgu
Zaharah, Cikgu Nik Marlini, Ustazah Sohara dan Ustaz Md Shah yang
kerap menjalankan sesi pembelajaran secara Google Meet.
Pembelajaran dengan guru-guru ini sentiasa menjadi penantian
kepada anak-anak mereka. GPK 1 menjelaskan bahawa terdapat
juga kekangan dari pihak guru-guru yang tidak dapat membuat PDPR
secara dua hala iaitu kekangan talian internet yang tidak stabil. Akan
tetapi segala tugasan PDPR untuk murid telah dan sentiasa dijalankan
oleh guru-guru mengikut kepada pemantauan beliau dan para
pentadbir sekolah selama ini.
8. Hal-hal Lain
8.1 YDP PIBG mencadangkan agar Yuran PIBG dinaikkan pada kadar
RM 40.00 bagi setiap keluarga. Ini secara tidak langsung dapat
memberikan kelegaan sedikit kepada ibu bapa yang berpendapatan
rendah dan mempunyai anak yang ramai. Walau bagaimanapun
pihak PIBG dan Sekolah bersetuju untuk memberikan kelonggaran
kepada ibu bapa dengan cara membayar secara ansuran yuran ini
memandangkan impak ekonomi keluarga akibat darpada pendemik
Covid-19 ini. Secara majoritinya, Ibu bapa bersetuju dengan kenaikan
ini.
8.2 YDP menjelaskan bahawa yuran PIBG boleh mula dibayar bermula
dari tarikh berakhirnya mesyuarat ini.
AHAD 19/6/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-48
SK RAWANG
8.3 GPK1 mengharapkan agar ibu bapa sentiasa memastikan
kehadiran anak-anak mereka dalam PDPR dan memastikan juga
anak-anak mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Pihak sekolah
amat mengambil berat akan keciciran yang mungkin boleh berlaku
sekiranya anak-anak ini terus hanyut.
8.4 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat
atas kerjasama dan komitmen mereka sehingga selesai majlis.
8.5 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:40 malam.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
ATSANI BIN KATMIN AZIZ ABIDI BIN ARIFFIN
Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SK Rawang SK Rawang
AHAD 19/6/2022
PIBG SK RAWANG, SG. MATI, TANGKAK
LAPORAN KEWANGAN BERMULA 1 JANUARI 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021
TARIKH WANG MASUK RM TARIKH WANG KELUAR RM
3,650.38 15.02.2021 Sumbangan Hari Kanak-kanak 2020 (GPK HEM) 1,000.00
01.01.2021 Baki dibawa hadapan (Cek Tumpang Lalu)
12.01.2021 Sumbangan Ibubapa (PIBG) - CDM 2,310.00 15.02.2021 Program Sekolah PDPR 2021 (GPK 1) 343.80
04.03.2021 Tabung Kebajikan Tangkak (HEM) 3,800.00 26.02.2021 Caj Bank 11.00
( Cek Tumpang lalu) 01.03.2021 Penyelenggaraan Hawa Dingin Makmal Komputer 280.00
10.03.2021 Hadiah Guru (1) & Staf berpindah (3) 325.00
07.03.2021 Sumbangan Ibubapa (PIBG) - CDM 800.00 25.03.2021 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 162.00
07.03.2021 Sumbangan Ibubapa (PIBG) - Tunai di Tangan 160.00 29.03.2021 Caj Bank 1.00
18.03.2021 Cek dikembalikan 280.00 05.04.2021 Tabung Kebajikan Tangkak (HEM) 3,800.00
162.00 ( Cek Tumpang lalu )
30.03.2021 Cek dikembalikan 2,500.00 07.04.2021 162.00
07.04.2021 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 3.00
04.05.2021 Infak Ramadhan (HEM)
(Cek Tumpang lalu ) Caj Bank
06.05.2021 Servis Caj Cek tumpang lalu Infak Ramadhan 10.00 03.05.2021 SK Rawang (Program 3K - GB) 1,000.00
06.05.2021 Infak Ramadhan (HEM) 310.00 05.05.2021 Infak Ramadhan (HEM) 2,500.00
3,000.00 (Cek Tumpang lalu ) 5.00
30.10.2021 Sumbangan Mesyt Agung PIBG 05.05.2021
50.00 08.12.2021 Caj Bank 160.00
17.12.2021 Sumbangan PIBG Perseorangan 100.00 13.12.2021 810.00
Penyelenggaraan Hawa Dingin Makmal Komputer
27.12.2021 Pertandingan HEM
(Cek Tumpang lalu ) Majlis Persaraan Cikgu Razlina & Jamuan Makan Hari
Kanak-Kanak 2021
15.12.2021 Hadiah Persaraan Cikgu Razlina 300.00
Hadiah Pekerja Berhenti 100.00
Cap AJK 30.00
45.00
Alat Makmal Komputer
15.12.2021 Caj Bank 1.50
JUMLAH 17,132.38 Jumlah Perbelanjaan 11,039.30
Baki di bank 6,093.08
JUMLAH 17,132.38
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disemak oleh :
................................................................ ............................................. ....................................................
(PN. HARTINI BINTI ABDOL RAHMAN) (PN. NORZITA BINTI AMIR) (PN. SITI RAHA BINTI JAAFAR)
Bendahari PIBG, Pemeriksa Kira-kira 1
SK Rawang Pemeriksa kira-kira 2
AHAD 19/6/2022
USUL DARIPADA IBU
BAPA DAN GURU 2021
USUL IBUBAPA/PENJAGA
1. RAFIZAH BTE MOHD ISA
✓ Menyediakan laluan berbumbung antara kelas pra Dan tempat berkumpul pelajar balik
sekolah. Memudahkan pelajar dan guru ketika hujan lebat.
2. NOORANIZZA
✓ Menubuhkan kelab hafazan untuk melatih anak-anak menghafaz surah-surah pendek
atau Juzuk Amma. Ia sangat baik untuk kehidupan anak-anak pada masa kini dan
sebagai persiapan utk menghadapi MQS.
3. NUR FARHANA BTE SARI DAN MOHD AKMAL BIN MD IZHAR
✓ Mempelbagaikan aktiviti yang lebih menarik untuk meningkatkan minat anak-anak ke
sekolah.
4. NAZERI BIN BAHAROON
✓ Masa rehat ditambah dari 20 minit ke 30 minit
5. ISHAM BIN A RAHMAN
✓ Dapat menambah baik prasarana berkenaan pembelajaran murid-murid
AHAD 19/6/2022
USUL DARIPADA IBU
BAPA DAN GURU 2021
USUL GURU
1. KHAIRUL BIN MUSA (GPK HEM SK RAWANG)
✓ Pihak pengusaha kantin maklum berkaitan kenaikan harga makanan di kantin
disebabkan kenaikan harga barangan mentah semasa di pasaran pada masa ini.
✓ Pertambahan menu tambahan setiap hari Khamis dengan harga bersesuaian, sebagai
contoh makanan seperti spagetti carbonara/ nasi berlauk /chicken chop.
PENGHARGAAN
“ Terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa,
ibu bapa, guru-guru, orang
perseorangan dan syarikat-
syarikat yang telah
menyumbang di dalam
menjayakan mesyuarat
agung pada kali ini. Segala
sumbangan anda dari segi
idea, pendapat, kudrat
mahupun wang ringgit,
sangat-sangat kami hargai.
Semoga kolaborasi ini akan
berterusan dan memberikan
impak kejayaan kepada
anak didik di sekolah ini
kelak “
“Muafakat Itu Berkat “
PENGHARGAAN
• KEDAI BUAH PAK DERIS, KG RAWANG
• TUAN HAJI MUHADIR BIN AB RAHMAN
• PUAN HAJAH SURAIZAN BINTI ABU SAMAH
• IBU BAPA/PENJAGA SK RAWANG
• AJK PIBG
• GURU-GURU SK RAWANG
• KAKITANGAN SK RAWANG