The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HANI YASMIEN BINTI MUHAMAD NAZRI
BMF2007040

NURNAFISA ADRIANA BINTI HAINIZAM
BMF2007039

NUR IFFAH AMANI BINTI MOHD ASRI
BMF2007048

NOOR ZURLIANA SHAMIMY BINTI ZUL
BMF2007043

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hani Yasmien, 2021-05-13 12:34:34

ASSIGNMENT FIQH MUAMALAT 1

HANI YASMIEN BINTI MUHAMAD NAZRI
BMF2007040

NURNAFISA ADRIANA BINTI HAINIZAM
BMF2007039

NUR IFFAH AMANI BINTI MOHD ASRI
BMF2007048

NOOR ZURLIANA SHAMIMY BINTI ZUL
BMF2007043

KOLEJ PROFESSIONAL MARA BANDAR MELAKA

FIQH MUAMALAT 1
ECO 2073

TOPIC:
TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN (AKIBAT PENCERAIAN)

PREPARED BY: ID NUMBER
NAME BMF20-07-040
HANI YASMIEN BINTI MUHAMAD NAZRI BMF20-07-039
NURNAFISA ADRIANA BINTI HAINIZAM BMF20-07-043
NOOR ZURLIANA SHAMIMY BINTI ZUL BMF20-07-048
NUR IFFAH AMANI BINTI MOHD ASRI

CLASS:
DBF 3B

Prepared for:
MADAM ASHIKIN BINTI SALLEH

Date of Submission:
14 MAY 2021

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL KANDUNGANN 4
1. Penghargaan 5-6
2. Pengenalan 7
3. Isu 1 8-9
4. Isu 2
5. Isu 3 10-12
6. Pandangan Ulamak Atau Syarak 13-15
7. Cadangan Kaedah Penyelesaian
8. Kesimpulan 16
9. Rujukan 17

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi
dengan penuh limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan berkumpulan ini
dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Ashikin Binti
Salleh iaitu Pensyarah Matapelajaran Fiqh Muamalat ECO2073, di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
merealisasikan tugasan berkumpulan ini berjalan.

Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan pendidik
di negara ini untuk merungkai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam
bidang Pendidikan. Justeru itu para pendidik haruslah tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum mengundur diri terimalah serangkap
mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus”

3

PENGENALAN

Harta sepencarian yang juga dikenali sebagai Matrimonial Property di Malaysia berasal
dari amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat
Perpatih. Adat ini jelas tidak bertentangan dengan Undang-Undang Syara’ dan sesuai dengan
Maqasid al-Syarie’. Oleh itu, ia telah diguna pakai sebagai undang-undang Islam. Harta
sepencarian ini adalah harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan antara suami isteri
hasil daripada mana-mana sumber ataupun usaha mereka bersama. Di dalam kaedah fiqh (al-
qawaid al-Fiqhiyyah) ia dikenali juga sebagai al-Adat Muhakkamah. Menurut jumhur ulama’
adat juga dikenali sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan
mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi
suatu perkara yang lumrah, sama ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau
fasid”. Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap harta. Setiap individu
termasuk suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam
sama sekali tidak menafikan atau membataskan hak tersebut. Harta sepencarian juga diiktiraf
sebagai satu cara seseorang boleh memiliki harta tersebut atas daya usahanya sendiri.

Dalam firman Allah surah An-Nisa’ ayat 32 yang bermaksud “Orang-orang lelaki beroleh
bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada
usahanya juga”. Sebagaimana yang kita maklumi jenis-jenis harta sepencarian terbahagi
kepada dua iaitu sumbangan secara langsung iaitu suami isteri tersebut bersama-sama
berusaha untuk mendapatkan harta. Selain itu, sumbangan secara tak langsung iaitu sama
ada seorang suami berkahwin dengan isteri yang berasal daripada keturunan kaya. Maka, si
suami mendapat kekayaan dari pertolongan isterinya mahupun keluarga isteri atau suami
bekerja di luar dan isteri berada di rumah untuk menjaga harta dan anak-anak dengan baik.
Oleh hal yang demikian, harta sepencarian boleh dituntut sekiranya berlaku faktor seperti
perceraian dari suami isteri tersebut, kematian antara salah satu pihak dan poligami.

4

ISU-ISU SEMASA

ISU 1

Isu ini berkisahkan sepasang suami isteri yang telah bercerai iaitu Maizura (bukan nama
sebenar) berumur 40 tahun dan Ariffin (bukan nama sebenar). Mereka sudah lama becinta
sebelum mangambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 1990. Namun, entah di mana
silapnya, selepas 13 tahun Bersama, ikatan suci itu telah terlerai dengan jatuhnya talak satu.
Pada 2003, perceraian tersebut telah pun dibuat di sebuah Mahkamah Syariah di Pantai Timur.
Selama perkahwinan tersebut, Ariffin dan Maizura telah dikurniakan dua orang anak dan
sepanjang tempoh perkahwinan Maizura hanyalah seorang suri rumah dan beliau tidak pernah
bekerja. Akan tetapi, suaminya Ariffin mempunyai pekerjaan yang tetap dan bagus. Beliau
juga memperoleh gaji yang agak tinggi.

Oleh disebabkan itu, Maizura telah nekad untuk membuat tuntutan harta sepencarian
terhadap bekas suaminya Ariffin setelah mendapat sokongan dan dorongan daripada orang
sekelilingnya. Maizura telah membuat tuntutan harta sepencarian iaitu harta tidak alih seperti
rumah yang terletak di ibu kota dan harta alih seperti kereta, wang simpanan, dan sewa

5

rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana, selama ini beliau dan anak-anaknya hanya
bergantung harap terhadap suaminya yang bekerja. Natijahnya, sebuah Mahkamah Syariah
di Pantai Timur telah memutuskan bahawa Maizura layak mendapat satu perempat daripada
bahagian rumah berkenaan dan begitu juga dengan bahagian harta alih yang lain.

Namun, Maizura masih belum berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh
mahkamah. Beliau juga telah pun membuat rayuan untuk memohon mendapatkan separuh
daripada keseluruhan nilaian rumah berkenaan. Ini kerana mengikut pandangannya, jumlah
itu memadai untuk mendapatkan hak yang sama dengan bekas suaminya. Akhirnya,
Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa Maizura berhak mendapat kadar satu
pertiga dari nilaian rumah tersebut. Ini kerana beliau mengaku bahawa dia tidak pernah
memberikan sumbangan langsung terhadap rumah berkenaan.1

1 NURULFATIHA MUAH. (2019, October 4). Bolehkah isteri tidak bekerja tuntut harta
sepencarian? Sinarharian

6

2

ISU 2

Isu ini berkisahkan penceraian antara Hafiz dan isterinya, Nurul (bukan nama sebenar) pada
dua tahun lalu setelah 17 tahun melayari bahtera rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan
itu, mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Nurul memaklumkan bahawa sepanjang
tempoh perkahwinan, meraka tinggal di sebah rumah teres yang dibeli atas nama suami
selepas lima tahun mereka berkahwin. Bagaimanapun, selepas mereka bercerai, suaminya
telah mengusir Nurul dan anak-anaknya keluar kerana dengan menyatakan rumah itu dibeli
di atas namanya dan meraka tidak berhak untuk tinggal di situ. Rumah itu hanya digunakan
untuk tujuan sewa selepas diusir.

2 Suriany Awaludin. (2018, September 27). Diusir selepas dicerai. Harian Metro; New Straits
Times

7

ISU 3

Isu ini berkisahkan tentang bekas suami yang secara tiba-tiba menuntut harta sepencarian ke
atas rumah yang di diaminya. Zaleha (bukan nama sebenar) adalah seorang ibu tunggal yang
memikul tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkan seorang anak perempuan. Beliau
sudah bercerai dengan bekas suaminya sejak empat tahun yang lalu. Zaleha dan anak
perempuannya kini tinggal di rumah teres setingkat miliknya di sebuah bandar di Selatan
Tanah Air. Rumah teres setingkat ini jugalah yang menyimpan 1001 kenanagn antara dirinya
dan bekas suaminya Harun (bukan nama sebenar) Ketika mereka bergelar suami isteri selama
Sembilan tahun. Dalam isu ini, bekas suaminya memfailkan tuntutan harta sepencarian ke
atas rumah yang didaftarkan atas nama beliau. Sedangkan, beliau yang membayar wang
deposit dan ansuran bulanan melalui potongan gaji oleh majikannya. Ini kerana beliau
membuat pinjaman daripada syarikat tempat beliau bekerja.

Perbicaraan tuntutan tersebut kemudian dibicarakan selepas 15 tahun kes itu difailkan.
Ketika itu, Zaleha sudah pun habis membayar semua pinjaman rumah berkenaan. Namun,
bekas suaminya masih berdegil untu menuntut haknya ke atas rumah tersebut. Ini kerana
Harun merasakan bahawa beliau berhak untuk mendapatkan satu pertiga daripada bahagian

8

rumah tersebut. Semasa perbicaraan berlangsung, Zaleha dan Harun masing-masing
mengakui bahawa 90 peratus daripada harga rumah berkenaan dibayar sepenuhnya oleh
Zaleha. Akan tetapi, Harun tetap menginginkan haknya dan menyatakan bahawa dirinya telah
mengeluarkan deposit sebanyak RM20,000, kos guaman RM3,200 dan pengubahsuaian rumah
yang dilakukan telah memakan sebanyak RM50,000. Walaupun begitu, Zaleha juga
menegaskan bahawa wang yang dikeluarkan oleh Harun untuk digunakan adalah daripada
wang miliknya.

Malangnya, nasib tidak berpihak kepada Zaleha kerana bukti yang yang ada tidak
menyokong keterangannya. Transaksi pengeluaran wang di akaun bank simpanannya
menunjukkan bahawa sejumlah wang sebanyak RM25,000 telah dikeluarkan selepas dua
bulan dokumen perjanjian jual beli rumah ditandatangani. Bagi kos guaman pula, mahkamah
tidak dapat memberikan sebarang penghakiman kerana kedua-duanya gagal untuk
mengemukakan jumlah amaun yang tepat. Termasuklah dengan jumlah pengubahsuaian,
Harun juga gagal mengemukakan bukti untuk menyokongnya. Justeru itu, berdasarkan segala
keterangan dan bukti yang telah dikemukakan, mahkamah telah memutuskan bahawa Zaleha
berhak mendapat sebanyak 95 peratus manakala Harun mendapat sebanyak 5 peratus sahaja
ke atas rumah berkenaan dengan mengikut nilaian harga pasaran semasa.3

3 (Bekas suami tuntut harta sepencarian atas rumah milik isteri... Ini jawapan peguam syarie
tentang tuntutan itu -, 2020)

9

PANDANGAN ULAMAK ATAU SYARAK

Menurut dalil dan pendapat ulamak, harta sepencarian bukan soal adat semata-mata
bahkan telah dikanunkan dalam perundangan dan mengikut prinsip-prinsip Hukum Syara’.
Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti yang dijelaskan oleh al-
Sayuti didalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu” di halaman 354 bahawa;
“Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh
diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah
Negara”.

Di dalam kaedah fiqh iaitu “al-qawaid al-Fiqhiyyah” ia dikenali dengan kaedah “al-Adat
Muhakkamah”. Adat yang juga dikenali dengan ‘urf menurut jumhur fuqaha’ telah ditakrifkan
sebagai sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan
kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah,
sama ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid. Ini ditakrifkan oleh Abdul
Karim Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, halaman 252 dan kitab al-Qawaid al-
Fiqhiyyah oleh Haji Muhamad Soleh bin Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid di halaman 622.

Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap harta. Setiap individu termasuk
suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam sama sekali
tidak menafikan atau membataskan hak tersebut. Islam menganggap harta sepencarian
sebagai satu cara pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya
untuk memiliki harta tersebut. Harta Sepencarian ialah harta yang dimiliki atau diperolehi
dalam tempoh perkahwinan dengan usaha secara langsung atau tidak langsung. Ini dibuktikan
melalui firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nisa’, ayat 32. Maksudnya: “Dan janganlah kamu
terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada
sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang
harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang
lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada
bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah
kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.”

10

Mengikut Al-Imam al-Shafie kitabnya iaitu “al-‘um”, halaman 328 yang bermaksud,
“Apabila berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang perempuan terhadap mata
benda atau perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana
mereka berpisah (bercerai); atau sekali pun tidak berpisah; atau kedua suami isteri itu
meninggal dunia; atau salah seorang daraipada mereka berdua meninggal dunia; yang mana
dalam keadaan kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daripada mereka
berdua meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak atau
pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka kedudukan cara
penyelesaian semuanya adalah serupa…..?”

Selain itu, pihak mahkamah juga merujuk kepada pendapat Ibn Qayyim yang menyebut di
dalam kitabnya “Al-Turuq al-hukmiyyah fi al-siyasah al-Syari’iyyah, di halaman 30;
yang membawa maksud ,“Yang demikian sebilangan besar Ahli Perundangan (Jumhur
fuqaha’) menyatakan kes dakwaan dua orang suami isteri berhubung dengan perabot rumah
dan kes dua orang tukang rumah berhubung dengan sebuah kedai, bahawa pendapat yang
menyatakan percakapan orang yang ada menunjukkan satu petunjuk di atas kebenarannya
itulah yang diterima. Dan yang tepat dalam persoalan seperti ini tidak boleh dianggap semata-
mata kerana memegang dengan tangan atau menguasai atas sesuatu harta dengan mendapat
nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya seorang sahaja, malah
adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika ini boleh diterima, nescaya kita akan terima juga
pengakuan seorang yang merampas serban daripada seorang yang sedang mengikutinya
dibelakangnya dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain serban. Oleh itu kami
memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi perampas. Maka tidak boleh diterima
pengakuannya”.

Di samping itu, Al Bajuri pula menjelaskan di dalam “Hasyiah al-Bajuri” Juz. 2, halaman
347 dan 348 bahawa maksudnya; “Jikalau keduanya mendakwa sesuatu sama ada pada
pemilik salah seorang daripadanya, maka kata pemutusnya ialah pemilik itu sendiri dengan
sumpah tetapi jikalau ketika itu dalam milik kedua-duanya, maka kedua-duanya hendaklah
bersumpah, kemudian barang-barang itu termasuk hamparan yang diduduki dan unta yang
ditunggang, dan juga rumah yang didiami”.

11

Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Negeri Pahang 2005 (Enakmen 3) yang mentakrifkan harta sepencarian sebagai “Harta yang
diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-
syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”. Seterusnya, Kuasa Mahkamah dalam
memerintahkan harta sepencarian diperuntukkan di dalam Seksyen 122 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2005 (Enakmen 3) iaitu 122. (1) Mahkamah adalah
mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah
perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam
masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya
mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagi antara pihak-pihak itu.

4

4 Super User. (2021, May 14). Harta Sepencarian. Jksm.gov.my.

12

CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN

Berdasarkan peruntukkan undang-undang harta sepencarian ini adalah harta yang
diperolehi bersama ketika di dalam tempoh perkahwinan sama ada harta alih mahupun harta
tak alih. Harta alih adalah seperti wang simpanan & kereta, manakala harta tak alih pula
seperti rumah & hartanah. Dalam mahkamah syariah, pembahagian harta sepencarian adalah
ditentukan berdasarkan sumbangan pihak-pihak dalam pemerolehan harta-harta tersebut di
mana bentuk sumbangan terbahagi kepada 2 iaitu sumbangan secara langsung dan
sumbangan secara tidak langsung. Sumbangan secara langsung adalah sumbangan yang
berbentuk kewangan. Sumbangan tidak langsung pula adalah berbentuk perhatian dalam
rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga
keperluan keluarga termasuk anak-anak.

Dalam permasalahan ini, peguam syarie mendapati bahawa Maizura tidak pun
memberi sumbangan dalam bentuk wang untuk memperolehi harta-harta tersebut, namun
demikian dia adalah seorang suri rumah yang setiap masa berkorban menjaga keperluan
rumahtangga, menjaga keharmonian rumahtangga. Pengorbanan ini dikategorikan sebagai
sumbangan tidak langsung di mana dengan pengorbanan Maizura tersebut, dia telah
membantu dan memberi sokongan dari belakang kepada suami supaya berjaya dalam
kerjayanya serta dalam kehidupan hariannya agar terus berusaha mengharmonikan
rumahtangga mereka bersama.

Seksyen 122 (2) memperuntukkan bahawa: (sumbangan langsung). Pada
menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil
perhatian tentang takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak
dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu. Selain itu, apa-apa
hutang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka
dan akhir sekali, keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu,jika
ada, dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat
pembahagian yang sama banyak.5

5 Peguam Syarie Faiz Adnan Associates. (2016, February 25). HARTA SEPENCARIAN. Apakah
Hak Isteri? - Peguam Syarie Faiz Adnan. Peguam Syarie.

13

Seksyen 122 (4) memperuntukkan bahawa: (sumbangan tidak langsung). Pada
menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian
kepada takat sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu kepada
kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga. Seterusnya,
keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk
kepada pertimbangan itu. Mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan itu
mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak
yang telah memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang
lebih besar. Dalam kes ini, kebiasaannya Mahkamah akan putuskan 2/3 kepada pihak yang
memberi sumbangan langsung dan 1/3 kepada pihak yang memberi sumbangan tidak
langsung. Oleh yang demikian itu, dinasihatkan agar Puan Maizura lantiklah Peguam Syarie
supaya kes harta sepencarian ini boleh difailkan dengan teratur serta memenuhi kriteria
Undang-undang dan Hukum Syarak.

Kaedah seterusnya, untuk mengetahui sama ada harta yang dituntut merupakan harta
sepencarian atau tidak, perkara ini boleh dirujuk mengikut seksyen 2 Undang-Undang
Keluarga Islam Selangor 2003 berkenaan dengan tafsiran harta sepencarian iaitu “Harta
sepencarian” ertinya harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-yarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Malah perkara ini
juga telah dinyatakan secara jelas di dalam Enakmen yang sama seksyen 122(1) yang
memperuntukkan mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq
atau apabila membuat suatu perintah penceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa yang
diperoleh oleh pihak-pihak sewaktu perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan
antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan antara
pihak-pihak. Dalam hal ini, bagi menentukan sama ada harta tersebut adalah harta
sepencarian atau tidak, maka mahkamah akan melihat kepada tempoh masa harta tersebut
diperolehi dan sama ada wujud atau tidak sumbangan kedua-dua pihak sama ada secara
langsung atau tidak langsung bagi memperolehi harta tersebut. Pihak yang ingin menuntut
perlulah membuktikan kepada mahkamah bahawa harta sepencarian tersebut sama ada harta
alih (seperti wang simpanan dan kereta) atau harta tak alih (seperti rumah atau hartanah)
telah diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Seandainya harta yang dikumpul itu berlaku
selepas penceraian, maka tidaklah dianggap sebagai harta sepencarian.

14

Kaedah lainnya, sebelum Mahkamah menetapkan kadar yang perlu dibahagikan
kepada pihak-pihak, mahkamah akan melihat kepada sumbangan yang diberikan di antara
kedua-dua pihak. Ini kerana harta sepencarian merupakan tuntutan yang kadarnya ditentukan
berdasarkan kepada sedikit atau banyaknya takat sumbangan yang diberikan. Akhir sekali,
sekiranya kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian, maka mahkamah
akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak. Seterusnya, mahkamah akan
memutuskan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah.6

6 Peguam Syarie Faiz Adnan Associates. (2018, April 15). TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN:
BEKAS ISTERI DAN ANAK-ANAK DIHALAU KELUAR RUMAH - Peguam Syarie. Peguam
Syarie.
15

KESIMPULAN
Kesimpulannya, masalah harta sepencarian di antara suami isteri adalah merupakan
sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan
saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian. Khidmat dan kerja seseorang isteri di
dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat
tersebut tidak ada tanda tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya
sebagai upah (Ujrah at-Misl). Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan
dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dan dalam
menentukan kadar dan bahagiannya terserahlah kepada pertimbangan Hakim apabila berlaku
pertengkaran dan perselisihan.

16

RUJUKAN

➢ Super User. (2021, May 14). Harta Sepencarian. Jksm.gov.my.

http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/component/content/article/21-

joomla/components/216-harta-sepencarian?Itemid=951

➢ Suriany Awaludin. (2018, September 27). Diusir selepas dicerai. Harian Metro; New

Straits Times. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/09/380923/diusir-selepas-

dicerai

➢ NURULFATIHA MUAH. (2019, October 4). Bolehkah isteri tidak bekerja tuntut harta

sepencarian? Sinarharian; sinarharian.

https://www.sinarharian.com.my/article/50489/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Bolehkah-

isteri-tidak-bekerja-tuntut-harta-sepencarian

➢ Bekas suami tuntut harta sepencarian atas rumah milik isteri... Ini jawapan peguam

syarie tentang tuntutan itu -. (2020, November 27). Sinarharian.com.my.

https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/bekas-suami-tuntut-harta-sepencarian-

atas-rumah-milik-isteri-ini-jawapan-peguam-syarie-tentang-tuntutan-itu/

➢ Peguam Syarie Faiz Adnan Associates. (2018, April 15). TUNTUTAN HARTA

SEPENCARIAN: BEKAS ISTERI DAN ANAK-ANAK DIHALAU KELUAR RUMAH - Peguam

Syarie. Peguam Syarie. https://peguamsyariefas.com.my/harta-sepencarian-isteri-

anak-dihalau-keluar-rumah/

➢ Peguam Syarie Faiz Adnan Associates. (2018, April 15). TUNTUTAN HARTA

SEPENCARIAN: BEKAS ISTERI DAN ANAK-ANAK DIHALAU KELUAR RUMAH - Peguam

Syarie. Peguam Syarie. https://peguamsyariefas.com.my/harta-sepencarian-isteri-

anak-dihalau-keluar-rumah/

17


Click to View FlipBook Version