Huraikan tentang kesamarataan Gender dalam prosa Melayu Moden. (5M) Dalam prosa melayu tradisonal, terdapat unsur steriotaip gender. Perempuan sering dikaitkan dengan tugas sebagai isteri sahaja. Perempuan tidak boleh keluar malam dan sebagainya. Perempuan dianggap sebagai seorang yang lemah dan sering menjadi mangsa bagi kes tertentu seperti mangsa rogol dan sebagainya. Dalam prosa Melayu moden, pengarang mengangkat martabat seorang perempuan. Mereka tidak lagi dijadikan bahan yang menunjukkan seorang wanita lemah berding lelaki. Perempuan juga ditunjukkan sebagai seorang insan yang boleh berkerja dan tidak seperti prosa tradisonal yang menggambarkan perempuan hanya perlu duduk di rumah danbuat tugasan suri rumah sahaja. Mereka digambarkan sebagai seorang yang mampu menjalankan tugas dalam pekerjaaan seperti doktor, guru dan sebagainya jika dilihat dalam kebanyakkan prosa melayu moden.