NAMA : Hazel Vee Stephen
KELAS : 5 Alpha
Asal Usul Kaum Iban
BAHASA
Orang Iban yang mempunyai
bahasanya yang tersendiri, iaitu
Bahasa Iban. Bahasa Iban merupakan
bahasa yang seragam (homogenous).
Masyarakat Dayak-Iban merupakan
satu-satunya bangsa peribumi di
Malaysia yang mempunyai sistem
tulisan bergambar yang disebut
'papan turai' untuk membantu proses
ingatan kepada puisi rakyat (leka
main) seperti tusut, pengap dan sabak
yang sungguh panjang dan mengambil
masa semalaman untuk dilafazkan
pada upacara dan gawai tertentu.
Contoh leka main
Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga
berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga
merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat
dan budaya asal sehingga ke hari ini.
• Selamat Datang = Selamat Datai • makan=makai
• Apa khabar? = Nama berita? • ngirup=minum
• Siapa nama? = Sapa nama? • bejalai=berjalan
• Sudah makan? = Udah makai? • pulai=pulang/balik
• Sudah mnum? = Udah ngirup? • tama=masuk
• nanti=legi • pansut=keluar
• kejar=gagai • sana=din
• tak nak=enggai • sini=ditu
• tidur=tinduk • kalau=enti
• jalan=jalai • boleh=ulih
• terbang=terbai • saya=aku
• kamu=nuan/dik
PAKAIAN
LELAKI :
• terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong
• Kain Sirat (Kain Cawat) ialah pakaian asas kaum
Iban. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan
sulaman atau tenunan yang indah. Contohnya,
mereka akan menggunakan manik dan kulit siput
sebagai hiasan
• Dandong ialah kain selendang. Panjang dandong
tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat
daripada kain yang ditenun dengan cara ikat. .
PEREMPUAN :
• Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi
• Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik
empang,yang diperbuat daripada manik-manik yang
disusun mengikut corakyang merupakan hiasan yang
diperbuat daripada logam timah
• Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang
diperbuat daripada timah dan kelihatannya seperti
syiling yang disusun berjuntai-juntai.
• Bahagian kaki juga mempunyai perhiasan yang cantik
dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung yang
mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian
sesiapa yang mendengarnya.
MAKANAN
1. Manuk Pansuh
2. Umai
3. Hinava Ginapan
Isi ikan atau sotong merupakan bahan utama
dalam makanan iniIsi ikan atau sotong yang
digunakan akan dimasak terlebih dahulu. Ia
kemudiannya digaul bersama hirisan cili,
bawang, perahan limau serta garam.
4. Penganan
Makanan ini merupakan kuih tradisional. Kuih
ini diperbuat daripada tepung beras, gula serta
beberapa bahan lain lagi yang dicampur
bersama sehingga menjadi satu adunan yang
sebati. Doh yang telah lengkap akan diacukan
sebelum digoreng dalam minyak yang panas.
TRADISI & PANTANG LARANG
Tradisi :
1. Ngayau (memburu kepala)
Tradisi ini merupakan tradisi kaum Iban pada
zaman dahulu. Hal ini adalah kerana ia
melambangkan keberanian dan satu jaminan
bahawa lelaki tersebut mampu menjaga
keselamatan wanita yang dikahwininya. Kini,
mereka tidak mengamalkan lagi kerana telah
diharamkan oleh pihak kerajaan.
2. Hidup di rumah panjang
Rumah panjang didirikan kerana kekurangan
tanah yang rata. Keadaan tanah tinggi dan
berbukit bukau telah mencabar mereka untuk
menyelesaikan masalah pembinaan
petempatan. Oleh itu, rumah panjang dibina
agar dapat menampung beberapa unit
keluarga dan ia dibuat banyak bilik. Dengan
cara ini, masalah kekurangan kawasan rata
untuk mendirikan rumah dapat diatasi.
Sehubungan dengan itu, kawasan tanah rata
yang ada boleh digunakan untuk bercucuk
tanam.
Pantang Larang: 2. Selepas bersalin :
Semasa mengandung : v Ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai
v Mereka tidak dibenarkan memotong potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah
dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga.
pokok yang menjalar di atas tanah
kerana dikhuatiri berlakunya v Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut
pendarahan berterusan semasa si ibu menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua
melahirkan. kumbu atau kain yang disulam.Si ibu akan diurut oleh
v Mereka juga dilarang memecahkan bidan untuk menghilangkan kesakitan selepas bersalin.
telur menggunakan pisau atau kayu Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan
kerana dikhuatiri bayi cacat. entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang
v Selain itu mereka juga dilarang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan
membawa kura-kura ke bilik kerana si ibu.
dikhuatiri bayi tersangkut semasa
dilahirkan. v Semasa berpantang makanan (30 hari), si ibu hanya
v Bakal ibu juga dilarang menuang dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan
minyak di tapak tangan untuk disapu salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut
ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi
akan lahir daripada menanah. memanaskan badan si ibu.
v Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun
api. Unggun api perlu menggunakan kayu malam dan
kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut
mempunyai khasiat tersendiri. Tujuan bersalai adalah
menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.
Pemilihan nama kepada bayi
Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban kerana mereka
berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa
depan bayi tersebut.
Nama timbangan akan diberi terbelih dahulu sebelum nama rasmi. Nama
rasmi diberikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan
berjasa agar kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara
pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik.
Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan
yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan
tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu
gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi
yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.
PERAYAAN
Hari Gawai
Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara
keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa. Perayaan ini
disambut setahun sekali pada 1 Jun. Tujuan perayaan ini disambut adalah untuk
bersyukur atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan masa untuk merancang
musim penanaman yang baru.
Minum tuak
Tuak bermaksud panjang umur Sebelum meminumnya, tradisi
laungan ‘oooha’ akan dilaungkan dan ini menandakan perayaan
Gawai sudah tiba. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga
dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Upacara Miring (Upacara Kesyukuran)
Upacara ini dilakukan oleh Tuai Gawai mewakili penghuni rumah
panjang berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Tarian Ngajat
Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka
kembali dari berperang. Penari akan memegang perisai kayu di
tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti
berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke
kiri dan ke kanan.
Pertandingan Menyumpit
Pada zaman dahulu, sumpit digunakan untuk memburu
binatang buas dan burung liar kerana hujung anak panahnya
direndam dalam sejenis racun daripada kulit kayu hutan.
Kawasan yang terkena sekitar anak panah beracun itu akan
dibuang secepat mungkin bagi mengelak bahaya daripada
dimakan. Pada zaman ini, sasaran pertandingan menyumpit
ialah objek seperti belon, tembikai atau mentimun.
SENARAI RUJUKAN
• https://emelyajr.blogspot.com/2016/12/kami-orang-dayak-asal-usul-
kaum-dayak.html
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban
• https://rimbunanrantingsarawak.weebly.com/pakaian-tradisional-
iban.html
• https://saji.my/makanan-tradisional-iban/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
• https://slideplayer.info/slide/14039032/
SEKIAN
TERIMA KASIH