Harga diri sebagai
warganegara
Maksud harga diri sebagai warganegara
Harga diri ialah maruah dan kehormatan diri. Rakyat
mestilah menjaga maruah diri supaya tidak mencemar
nama baik negara supaya negara kekal aman.
Peranan dan tanggungjawab saya
untuk menjaga maruah negara
• Saya akan menjalinkan perpaduan antara kaum
melalui aktiviti penyertaan kemasyarakatan
seperti aktiviti gotong-royong.
• Saya akan menyemarakkan semangat patriotisme.
Contohnya, membeli buatan Malaysia seperti
Kereta Proton.
• Saya akan menunjuk kesetiaan kepada raja dan negara. Sebagai contoh,
saya akan mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
• Saya akan menyertai kempen yang diajurkan oleh pihak kerajaan seperti
kempen menderma darah.
Kejayaan Warganegara Yang
Mengharumkan Nama Negara
Warganegara yang mengharumkan nama negara
• Bidang sukan
Datuk Lee Chong Wei
Beliau ialah seorang pemain badminton profesional Malaysia. Beliau
merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [2] dan
2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan
akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat
Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan
gelaran Datuk kepadanya.
• Bidang makanan
Chef Wan
Redzuawan bin Ismail ialah seorang Chef, pengacara, penulis,
dan pelakon Malaysia yang terkenal.
Beliau mula dikenali ramai apabila diperkenalkan menerusi pelbagai
rancangan, demonstrasi-demonstrasi masakan, seminar industri makanan
dan menjadi konsultan bagi beberapa syarikat yang menyediakan khidmat
makanan serta perkakas dapur.
• Bidang Pereka
Jimmy Choo
Beliau ialah seorang pereka kasut kelahiran Malaysia berpusat di London,
England. Beliau terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang
mahal.
• Bidang Komersial
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah Fook Ling
Beliau merupakan pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway, sebuah
konglomerat perniagaan Malaysia yang beroperasi dalam 12 cabang
industri dengan perniagaan teras dalam hartanah dan pembinaan.
• Bidang Filem
Tan Twan Eng
Beliau ialah seorang penulis novel dari Malaysia. Beliau mengambil jurus
perundangan di Universiti London, dan kemudiannya bekerja sebagai
peguam dan peguam cara untuk salah satu firma di Kuala Lumpur
sebelum beliau menjadi penulis sepenuh masa.
Karya-karyanya ialah The Garden of Evening Mists pada tahun 2012 dan
The Gift of Rain pada tahun 2007.
Sebagai warganegara Malaysia, kita perlulah
bersemangat patriotisme untuk menjana
kecemerlangan negara.
Terima kasih