GEJALA
BULI
MAKSUD
Buli merujuk kepada
tingkah laku agresif sama
ada dalam bentuk fizikal
atau psikologikal yang
dilakukan secara
berulang kali ke atas
mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan
tidak selesa, aman,
tenteram dan harmoni.
MAKSUD
Perbuatan membuli
merupakan
perbuatan yang
tidak baik serta
boleh membuatkan
orang lain boleh
menjadi mangsa
serta boleh
mendatangkan
ketidakselesaan
kepada orang lain.
Jenis Buli Lazim berlaku di
sekolah rendah
Buli boleh dikelaskan kepada empat jenis:
Kebanyakan
i) Buli Fizikal kes berlaku di
ii) Buli Lisan
iii) Buli Berkaitan Hubungan sekolah
iv) Pembulian Siber menengah
( Cyber- bullying)
Jenis 1: BULI FIZIKAL
Merupakan sejenis buli yang melibatkan memukul,
menendang, mencuri, menyembunyikan atau
merosakkan harta benda orang lain, atau
memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara
yang tidak diingini.
Mangsa mungkin akan diejek, diseksa, dan dipukul
oleh si pembuli.
Kadang-kadang ia berakhir dalam keadaan tragis
seperti kecenderaan parah atau kematian.
Kes Rujuk: Kematian Mohamad Zulkarnain b. Abd.
Rahim - tahun 1998, Tampoi, Johor Bahru) –
Laporan bedah siasat mengatakan mangsa
mengalami kecederaan bahagian dalaman abdomen
akibat kesan tumbukan.
Jenis 2: BULI LISAN
Juga dikenali sebagai "Buli Percakapan".
Merupakan sejenis buli yang dilakukan dengan
percakapan seperti mengusik atau menghina,
menyebarkan khabar angin (fitnah), mengancam,
dan mengejek orang lain.
Ini adalah jenis buli yang paling biasa berlaku
tanpa mengira tempat seperti di sekolah ,kawasan
awam,di rumah ataupun di tempat kerja.
Mangsa yang diejek biasanya mempunyai kelainan
pada nama yang pelik, fizikal yang kecil, rupa paras
yang kurang menarik, mempunyai gelaran di luar
sekolah kepada mangsa atau keluarga mangsa dan
ianya memberikan tekanan psikologi kepada
mangsa.
Jenis 3 : BULI BERKAIRTAN
HUBUNGAN
Merupakan sejenis buli yang dilakukan dengan niat
untuk membuat seseorang berasa terpinggir atau
ditolak seperti dengan keengganan untuk bercakap
dengan seseorang atau menggalakkan orang lain
untuk membuli dalam beberapa cara
Contohnya, si pembuli mempengaruhi rakan-rakanya
untuk menjauhi mangsa dan tidak di benarkan ada
hubungan rapat, dan kadang kala si pembuli akan
menabur fitah agar rakan-rakannya membenci si
mangsa.
Buli berkaitan hubungan adalah perkara biasa di
kalangan belia, terutamanya kepada kanak-kanak
perempuan. Tidak seperti buli fizikal yang jelas, buli
berkaitan hubungan tidak berlaku terang-terangan dan
boleh terus berlaku untuk jangka masa yang lama tanpa
diketahui.
Jenis 4: PEMBULIAN SIBER
Dikenali sebagai " CYBER BULLY" dalam bahasa English.
Buli siber merupakan sejenis buli melalui penggunaan
teknologi seperti e-mel, mesej segera, laman rangkaian sosial
(seperti Facebook), mesej teks, dan telefon bimbit untuk
mengancam,menakutkan ,mengganggu, mengugut,
memalukan atau menyasarkan orang lain.
Contoh:
i)Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang
lain atau menyamar sebagai orang lain.
ii) Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
iii)Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
iv)Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video
berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
Ia boleh mengakibatkan kesalahan undang-undang dan
hukuman penjara jika ia memenuhi definisi gangguan siber
atau siber-hendap.
PUNCA
KURANG DIDIKAN AGAMA
Ibu bapa terlalu sibuk sehingga
tiada masa untuk mendidik
anak-anak.
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Golongan pembuli berfikiran
kurang matang dan gagal
membezakan baik buruknya
sesuatu tindakan.
KELONGGARAN PERATURAN DI
SEKOLAH
Guru disiplin tidak menjalankan
tugas dengan baik
PENGARUH MEDIA MASSA
Pelbagai genre filem dan drama
bersiri luar negara yang disiarkan di
televisyen sentiasa memaparkan
budaya asing yang sememangnya
kontras dengan budaya tempatan.
KESAN
Buli boleh memberi kesan terhadap kesehatan fizikal dan emosi dalam
kehidupan sama ada tempoh masa yang pendek atau penjang.
Mangsa Mangsa
akan merasa akan merasa
tertekan, harga diri
kesunyian yang rendah
dan cemas
Mangsa
mengalami sakit
kepala, sakit perut,
keletihan, dan
kurang selera
makan
Mangsa akan Mangsa juga akan
berfikir untuk ada timbul dendam
membunuh diri
dan cuba untuk
atau cuba balas dendam
membunuh diri dalam diam kepada
Kajian penyelidikan juga si pembuli
menunjukkan bahawa
sesiapa sahaja yang
terlibat dengan buli sama
ada mereka yang membuli
orang lain atau yang dibuli
mempunyai risiko tinggi
untuk menghidap
kemurungan
LANGKAH
DIRI
1. Pandai memilih kawan
Ø para pelajar biasanya juga akan mudah
terpengaruh dengan perbuatan kawannya
2. Melaporkan kepada guru atau ibu bapa
Ø pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku
atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada
pihak sekolah dengan segera
3. Jangan tunjukkan pembuli perasaan takut
Ø pembuli selalunya membuli golongan pelajar
yang lebih lemah
SEKOLAH
1. Memperketatkan peraturan sekolah
Ø pihak sekolah haruslah memberi hukuman
yang setimpal kepada pembuli supaya
mereka tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
2. Mengadakan kempen kesedaran
Ø pelajar dapat mempelajari kesan sampingan
yang diperoleh daripada melakukan gejala
membuli dan berupaya untuk tidak
melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.
3. Memberikan didikan agama atau moral
Ø pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes
buli dalam pelajaran di sekolah dengan
melalui mata pelajaran tertentu seperti
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,
Pendidikan Sivik dan sebagainya
HENTIKAN
GEJALA BULI
Marilah kita sama-sama berganding bahu membanteraskan gejala buli !