The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita yang berjudul "Hikayat Pak Belalang" mengisahkan tentang kisah kehidupannya yang menjadi Ahli Nujum terkenal. Pelbagai cabaran yang dihadapinya dan kebanyakkannya berlaku secara kebetulan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aziyah Hasrin, 2021-03-19 15:07:34

HIKAYAT PAK BELALANG

Cerita yang berjudul "Hikayat Pak Belalang" mengisahkan tentang kisah kehidupannya yang menjadi Ahli Nujum terkenal. Pelbagai cabaran yang dihadapinya dan kebanyakkannya berlaku secara kebetulan.

Keywords: Ahli Nujum

HIKAYAT PAK BELALANG

SEBUAH KARYA
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Pak Belalang seorang yang sangat miskin yang
mempunyai isteri dan tiga orang anak dalam
kehidupannya. Di sebut Pak Belalang, sebab anak
tertuanya bernama Belalang. Suatu hari disuruhnya
anaknya menyembunyikan kerbau orang kampung yang
sedang mengembala di kebun. Anaknya pun
menyembunyikan kerbau tersebut.

Apabila orang gempar mencari kerbau yang hilang itu,
anak Pak Belalang menyuruh bertanya untuk mengetahui
tentang keberadaan kerbau tesebut pada ayahnya kerana
ia boleh menujum.

Hasil menujum pak Belalang tentang keberadaan kerbau
yang hilang itu akhirnya dijumpainya semula. Sebagai
tanda terima kasih orang kampung kepada Pak Belalang
mereka memberi beras, padi , tembakau, dan ikan
sebagai hadiah. Maka nama Pak Belalang dikenali
sebagai orang yang pandai menujum.

Suatu peristiwa raja di dalam negeri kehilangan tujuh biji
peti yang berisi barang-barang berharga intan,emas,dan
lain-lain. Pak Belalang lalu dipanggil untuk menujum
dimana harta tersebut.Jika sekiranya Pak Belalang tidak
jumpa tujuh peti itu maka dia akan dibunuh.

Sampai saja di rumah pak Belalang berbaring sambil
menghitung roti yang sedang dimasak isterinya di dapur.
Dia mendengar bunyi roti kena minyak di dalam kuali, dan
berkata “satu”, sambil membilang roti. Dengan takdir Allah,
pada ketika itu juga kepala pencuri masuk di halaman pak
Belalang. Tatkala Pak Belalang menghitung “Tujuh”
ketujuh orang pencuri semuanya sudah masuk ke
halaman pak Belalang. Pencuri-pencuri itu ketakutan.

Menurut perkiraan pencuri tersebut, pak Belalang sudah
tahu bahwa yang mencuri adalah mereka. Mereka lalu
masuk menjumpai pak Belalang dan mengaku salah.
Dengan demikian Pak Belalang pun lepas dari masalah
pembunuhan atas dirinya. Atas keberhasilannya Pak
Belalang mendapat hadiah yang banyak sekali. Baginda
juga menggelarinya Ahli Nujum.

Tidak lama pula, seorang Nakhoda telah datang
menghadap Raja untuk menguji kepintaran Pak Belalang.
Jika teka-teki itu dapat dijawab, beliau akan menyuruh
menyerahkan kapal dengan isi-isinya sekali. Tetapi jika
tidak dapat menjawab, raja hendaklah menyerahkan
kerajaanya dan Pak Belalang akan dihukum bunuh.

Semua teka-teki itu dapat dijawab oleh Pak Belalang
secara kebetulan bukan disebabkan oleh kebijaksanaanya
menujum. Pak Belalang terselamat. Malah nama Pak
Belalang semakin masyhur kerana bijak meneka dan
menyelamatkan kerajaan negeri Raja.

Setelah beberapa hari kemudian, Pak Belalang berfikir
untuk mengakhiri sandiwaranya, Pak Belalang pun pulang
ke rumahnya, dia membakar rumahnya dan memberitahu
kepada Raja bahawa dia tidak dapat menujum lagi kerana
semua buku-buku ilmunya habis terbakar. Setelah
rumahnya terbakar Pak Belalang tidak bekerja lagi,
dikurniai oleh baginda belanja dengan secukupnya.

KISAH HIKAYAT PAK BELALANG

Dalam cerita ini Pak Belalang digambarkan sebagai orang yang cerdik,
berkat kecerdikannya ia mendapat keuntungan kerana dapat bebas dari
kemiskinan. Pak Belalang juga menggunakan akalnya untuk menipu orang
ramai dan raja demi untuk kesenangan hidupnya.

Cerita berjudul "Pak Belalang" ini mengisahkan tentang seorang lelaki tua
pemalas bernama Pak Belalang. Berkat sebuah peristiwa yang kebetulan, ia
mendadak dikenal sebagai ahli nujum yang mampu menjawab semua
permasalahan pelik. Sampai pada suatu ketika, Pak Belalang sebagai
seorang ahli nujum dikenali dikalangan kerajaan, Nakhoda. Pak Belalang pun
didaulat oleh raja untuk menjawab tantangan teka-teki sulit dari raja
seberang. Apabila mampu menjawab semua teka-teki itu, ia akan
menyelamatkan nasib kerajaan dari penguasaan raja seberang. Sebaliknya,

jika gagal ia akan mendapatkan hukuman yang berat dari rajanya.


Click to View FlipBook Version