1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester _2_ Tahun 2023 PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIAJAU TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR OOI JAY NING ANGKA GILIRAN 2022232310213 NO. KAD PENGENALAN 040802021038 KUMPULAN/ UNIT RBT Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : _______________ Tarikh : _______________ Nama Pensyarah Tarikh Serahan Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan :__________________________ Tarikh : __________________
1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Penghargaan 2 2 1.0 Pengenalan 3 3 2.0 Produk Teknologi Hijau 2.1 Konsep Teknologi Hijau dan Tenaga Geoterma 2.2 Fungsi Tenaga Geoterma 2.3 Kebaikan Tenaga Geoterma 2.4 Kelemahan Tenaga Geoterma 2.5 Penambahbaikan bagi Tenaga Geoterma 4 - 11 4 3.0 Kesimpulan 12 5 4.0 Refleksi 13 6 5.0 Lampiran 14 -15 7 6.0 Rujukan 16
2 Penghargaan Selamat sejahtera saya ucapkan… Terlebih dahulu, saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana sentiasa memberi kepercayaan dan keyakinan sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini bagi subjek PALS 1012. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr. Shuhairi Bin Abdul Razak kerana sentiasa memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar langkah-langkah untuk menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar tersebut telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan projek ini sehingga berjaya. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa tersayang yang telah memberi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka, berkemungkinan saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini. Hal ini dikatakan demikian kerana projek ini memerlukan motivasi dan buah fikiran untuk disiapkan. Tidak lupa, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah menghulurkan bantuan sepanjang tempoh tugasan ini dijalankan. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih.
3 1.0 Pengenalan Tahun kebelakangan ini, pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti seharian manusia semakin merisaukan masyarakat sedunia. Antara pencemaran termasuklah pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. Pencemaran ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia tetapi juga merosakkan habitat fauna dan flora. Oleh hal yang demikian, sebagai manusia, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar senantiasa dipelihara untuk generasi yang akan datang. Untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pelbagai usaha telah dilakukan. Pertama sekali, Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) merupakan satu pertubuhan antarabangsa yang mengkhususkan pemuliharaan alam sekitar. Bukan itu sahaja, terdapat juga berbagai-bagai produk teknologi hijau yang dicipta untuk meneutralkan kembali alam semula jadi (Ruzian,M et al, 2014). Selain menjamin kelestarian alam sekitar, teknologi hijau juga menjimatkan penggunaan tenaga. Aktiviti yang melibatkan teknologi hijau dilihat sebagai medium untuk membantu manusia memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar. Oleh hal yang demikian, teknologi hijau sepatutnya dikaji dengan lebih dalam dan teliti untuk memaksimumkan kegunaannya dalam usaha melestarikan alam sekitar kita. Dengan itu, dalam tugasan ini satu produk teknologi hijau iaitu sumber tenaga geoterma akan dibincangkan dengan terperincinya. 2.0 Produk Teknologi Hijau
4 2.1 Konsep Teknologi Hijau dan Konsep Tenaga Geoterma Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi. Teknologi hijau diwujudkan dengan tujuan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Terdapat beberapa kriteria terhadap produk teknologi hijau telah ditetapkan oleh Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE). Antaranya ialah produk itu dapat meminimumkan degrasi persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar, selamat diguna, menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui dan sebagainya. Terdapat empat tonggak dasar teknologi hijau negara kita iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi serta sosial. Sebagai misalan, kerajaan berusaha untuk mempromosikan tenaga yang boleh diperbaharui serta kecekapan tenaga. Tenaga yang boleh diperbaharui membawa maksud tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi. Untuk pengetahuan semua, sumber tenaga yang boleh diperbaharui termasuk suria, angin, hujan, ombak dan geoterma. Bagi tenaga geoterma, ia merupakan tenaga yang wujud dalam bentuk haba di bawah permukaan bumi. Jumlah keseluruhan tenaga geoterma di dalam bumi bersamaan dengan 12.6x1024 MJ manakala 5.4x1021 MJ dari jumlah ini wujud dalam kerak bumi (Wikipedia, 2021). Oleh sebab rizab tenaga yang besar ini, geoterma dikategorikan sebagai salah satu tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, tenaga ini juga merupakan satusatunya sumber tenaga yang bebas dari norma luaran itu. Ini membawa maksud tenaga geoterma tidak diganggu oleh cuaca atau iklim. Di negara-negara yang mempunyai empat musim seperti di Eropah, tenaga geoterma telah digunakan untuk memanaskan bangunan pada musim sejuk dan menyejukkan bangunan pada musim panas. Tambahan lagi, tenaga ini juga digunakan untuk tujuan menjana kuasa elektrik dan juga rekreasi. Iceland merupakan negara yang terkenal dengan sumber tenaga geoterma kerana negara ini terletak di kawasan gunung berapi yang masih aktif. Bandar Reykjavic iaitu ibu kota Iceland merupakan kawasan paling banyak dibekalkan dengan tenaga geoterma. Melalui penyelidikan yang dijalankan sejak 2013 oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terdapat sekurang-kurangnya terdapat 60 bilangan mata air panas di Semenanjung Malaysia dan sekurang-kurangnya 20 lagi di Sabah dan Sarawak.
5 2.2 Fungsi Tenaga Geoterma
6 Melalui kajian, kecerunan termal dalam di kawasan tertentu di bumi kita lebih ketara daripada planet-planet yang lain dalam alam semesta. Ini bermaksud kecekapan tenaga dan penjanaan tenaga adalah lebih tinggi melalui haba dalaman bumi. Di antara jenis deposit geologi, kami telah menemui tiga jenis iaitu air panas, mineral kering dan geyser. Terlebih dahulu, kolam geoterma amat diperlukan sebagai kolam air bawah tanah yang dipanaskan oleh magma. Apabila air kolam yang dipanaskan ini mencapai takat didih, wap panas akan terhasil. Wap panas ini akan meresap dan muncul di permukaan bumi melalui rekahan dan membentuk perigi air panas atau disebut sebagai geiser. Air panas merupakan medium utama untuk menjana tenaga elektrik. Pertama sekali, air panas yang diekstrak dari bahagian dalam bumi akan dibawa ke kilang di mana tenaga elektrik dihasilkan. Wap yang dikeluarkan daripada air panas tersebut akan melalui satu rangkaian paip dan diarahkan ke dalam satu sistem di mana tenaga haba wap akan diubah menjadi tenaga mekanikal dengan memusingkan turbin. Setelah turbin dipusingkan, dinamo juga akan dihidupkan untuk menjana tenaga elektrik. Selepas itu, tenaga elektrik tersebut akan dibawa ke stesen jana elektrik. Kemudian, tenaga elektrik akan dinaikkan voltan atau diturunkan voltan dengan menggunakan transformer mengikut keperluan yang berbeza sama ada tempat kediaman atau kilang-kilang. Sebenarnya terdapat dua jenis tenaga geoterma yang dijumpai oleh para pakar dari pelbagai bidang. Antaranya merupakan tenaga geoterma cetek dan juga tenaga geoterma dalam. Pertama sekali, tenaga geoterma cetek merujuk kepada penggunaan sumber tenaga haba tanah yang bersuhu 25°C ke bawah sahaja (Potillo et al., 2021). Jenis tenaga geoterma ini digunakan untuk memanaskan dan menyejukkan bangunan
7 kediaman, bangunan industri dan pelbagai infrastruktur yang lain. Teknologi ini hanya digunakan di kawasan yang mempunyai musim panas dan musim sejuk, di mana satu sistem yang dipanggil pam haba diperlukan. Sistem pam haba ini berfungsi sebagai satu sistem pemanasan dan penyejukan yang menggunakan kebolehan bumi dari segi penyimpanan haba dalam tanah. Bukan itu sahaja, sistem ini menggunakan air bawah tanah yang memindahkan haba dari tanah atau sumber air yang lebih panas ke dalam bangunan pada musim sejuk dan mengambil haba dari bangunan pada musim panas lalu memindahkannya ke dalam tanah yang lebih sejuk. Bagi tenaga geoterma dalam pula, ia bermaksud tenaga haba yang wujud melebihi 1000m dan suhu melebihi 60°C. Sebagai mana geoterma cetek, tenaga geoterma dalam juga wujud dalam air bawah tanah. Jenis tenaga ini juga dibahagikan lagi kepada dua kumpulan iaitu sumber geoterma bersuhu tinggi dan sumber geoterma bersuhu rendah. Bagi kumpulan yang pertama, suhu bawah tanah adalah melebihi 300°C dan sesuai digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Bagi kumpulan kedua pula, suhu bawah tanah adalah di antara 50°C hingga 150°C. Sumber tenaga ini selalunya digunakan untuk tujuan memanaskan bangunan-bangunan dan kegunaan rekreasi seperti kolam renang. Meneruskan topik ini, Felda Sungai Klah merupakan tempat mata air paling panas di Malaysia dengan suhu permukaan sekitar 99.5 celsius (Hariri, 2022). Nilai suhu ini menyebabkan tapak kawasan ini dan sekitarnya amat sesuai untuk pembangunan komersial dan rekreasi mahupun pelancongan selain berpotensi untuk pembinaan loji janakuasa geoterma. 2.3 Kebaikan Tenaga Geoterma
8 Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kebaikan menggunakan tenaga geoterma dalam kehidupan manusia seperti menjana kuasa elektrik. Kebaikan yang pertama ialah penggunaan tenaga geoterma cetek dapat menggantikan penghawa dingin dan alat pemanas untuk memanaskan atau menyejukkan bangunan. Seperti yang semua sedia maklum, penghawa dingin dan alat pemanas akan membebaskan gas klorofluorokarbon yang akan menyumbang kepada pemanasan global. Penggunaan tenaga geoterma ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia tetapi juga secara langsung mengurangkan jumlah pelepasan pencemaran dan membantu melindungi alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana tenaga geoterma lebih mesra alam berbanding dengan bahan api konvensional seperti arang batu dan bahan api fosil lain. Pernyataan ini membawa maksud tenaga geoterma hanya mempunyai sedikit jejak karbon. Tambahan lagi, tenaga geoterma dianggap sebagai satu sumber tenaga yang amat mampan. Hal ini disebutkan kerana tenaga geoterma ialah sumber boleh diperbaharui yang dipanaskan serta diisi semula secara semula jadi. Selain itu, sekiranya berbanding dengan sumber tenaga boleh diperbaharui lain seperti tenaga angin dan tenaga solar, tenaga geoterma menawarkan aliran tenaga yang lebih konsisten. Hal ini kerana tidak seperti angin atau tenaga solar yang bergantung kepada cuaca dan iklim, sumber tenaga geoterma sentiasa tersedia untuk digunakan. Ini membawa maksud, tenaga geoterma tidak seperti tenaga angin yang bergantung kepada kelajuan angin yang berubah setiap hari dan tenaga solar yang bergantung kepada keamatan cahaya. Seterusnya, tenaga geoterma juga dapat
9 menggantikan bahan api fosil untuk menjana elektrik yang dapat meminimumkan kerosakan terhadap alam sekitar kita. Bukan itu sahaja, tenaga geoterma juga mempunyai potensi yang agak besar untuk dibangunkan. Penggunaan tenaga di seluruh dunia kini lebih kurang 15 terawatt, yang mana jauh dari jumlah potensi tenaga yang tersedia dari sumber geoterma. Walaupun ketika ini kita tidak dapat menggunakan kebanyakan takungan, ada harapan bahawa sumber geoterma yang akan dieksploitasi akan meningkat kerana adanya pembangunan dan penyelidikan yang berterusan dalam industri ini. Pada masa ini dianggarkan loji janakuasa geoterma dapat menghasilkan antara 0.0035 dan 2 terawatt kuasa. Akhir sekali, tenaga geoterma ini adalah senang dikira kerana ia tidak boleh berubah-ubah sama seperti tenaga solar dan tenaga angin. Ini bermaksud kita dapat meramalkan output kuasa dari loji geotermal dengan tahap ketepatan yang tinggi. 2.4 Kelemahan Tenaga Geoterma
10 Bukan sahaja kebaikan, tenaga geoterma juga ada kelemahannya. Antara kekurangan yang terbesar dalam tenaga geoterma ialah lokasi yang spesifik. Loji geotermal perlu dibina di tempat yang boleh diakses oleh tenaga tetapi terdapat sesetengah kawasan yang tidak boleh dieksploitasi oleh sumber ini. Oleh hal yang demikian, tenaga geoterma ini tidak dapat digunakan oleh seluruh penduduk di atas bumi ini. Di samping itu, proses menggali tenaga geoterma juga terdapat kesan sampingannya terhadap persekitaran. Walaupun tenaga geoterma tidak mengeluarkan gas rumah hijau, tetapi terdapat juga pelbagai gas yang tersimpan di permukaan bumi akan dilepaskan ke atmosfera semasa menggali. Namun begitu, pelepasan gas tersebut juga jauh lebih rendah daripada pembakaran bahan api fosil. Lebih-lebih lagi, proses menggali tenaga geoterma akan meyebabkan gempa bumi. Ini disebabkan perubahan struktur bumi akan berlaku untuk memaksa air masuk ke kerak bumi bagi membuka celah ke eksploitasi sumber yang lebih besar. Walaubagaimanapun, loji geotermal jauh daripada pusat populasi dan impak terhadap gempa bumi adalah kecil. Akhir sekali, tenaga geoterma adalah sumber yang agak mahal untuk digunakan. Misalnya, kos sebuah loji dengan kapasiti 1 megawatt adalah antara $2 hingga $7 juta. 2.5 Penambahbaikan bagi Tenaga Geoterma
11 Penambahbaikan bagi tenaga geoterma ini tertumpu kepada langkah pembangunan loji janakuasa di negara kita yang terletak di Felda Sungai Klah yang telah disebut tadi. Aliran mata air di kawasan tersebut berasal dari corak dua sesar yang saling berasosiasi, masing-masing mengunjur ke arah timur laut dan barat daya. Oleh hal yang demikian, pihak Felda bolehlah melihat potensi ini dengan lebih serius dalam menyahut hasrat kerajaan dalam membangunkan tenaga geoterma di negeri Perak. Sumber geoterma bersuhu tinggi iaitu sekurang-kurangnya 100-150 celsius diperlukan untuk penjanaan tenaga geoterma. Oleh sebab suhu takungan di kawsan tersebut tidak mencukupi untuk menghasilkan tenaga elektrik, penyelidikan yang lebih lanjut diperlukan untuk mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam konteks ini, penggubal dasar dan sektor industri perlu memainkan peranan penting dalam usaha ini. Dalam usaha meneroka potensi geoterma, perbincangan terhadap cabaran yang dihadapi perlu diperinci dan peluang yang wujud perlu dibentangkan. Penggunaan tenaga geoterma di Malaysia masih pada peringkat awal kerana melibatkan cabaran seperti kos penjanaan geoterma yang tinggi pada penggerudian dan kekurangan sumber maklumat mengenai potensi tenaga geoterma terhadap mata air panas di negara kita. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlulah memperuntukkan sejumlah wang dalam belanjawan negara kepada para pakar untuk meneruskan penyelidikan mereka terhadap pembangunan loji penjanaan tenaga geoterma di negara kita. Bukan itu sahaja, kerajaan juga boleh mendapatkan maklumat yang berkenaan daripada negara lain untuk menjadi rujukan yang dapat membantu para pakar. 3.0 Kesimpulan
12 Sebagai kesimpulan, tenaga geoterma mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding dengan kelemahannya. Tenaga geoterma global dijangka dapat membekalkan kira-kira 800-1300 TWj setahun pada tahun 2050 dan menyumbang 2-3% kepada penjanaan elektrik dunia. Memandangkan penggunaan tenaga geoterma telah berkembang secara berterusan pada kadar pertumbuhan 2% setahun manakala kos operasi akan menjadi semakin berkurangan. Walaupun tenaga geoterma mempunyai kedua-dua kebaikan dan kelemahan, ia masih akan menjadi komponen penting dalam peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui. Sebenarnya, bukan sahaja tenaga geoterma, tetapi sumber boleh diperbaharui lain seperti solar, angin dan hidro kuasa juga perlu dibangunkan secara luasnya. Hal ini dikatakan demikian kerana sumber-sumber tersebut dapat membantu dalam pengurangan penggunaan bahan api fosil dan arang batu yang akan habis suatu hari nanti. Bukan itu sahaja, sumber boleh diperbaharui juga hanya membebaskan gas rumah hijau yang sedikit ke atmosphere. Oleh hal yang demikian, alam sekitar kita dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang. Akhir sekali, konsep teknologi hijau mestilah diterapkan dalam kehidupan seharian kita demi kelestarian alam sekitar. 4.0 Refleksi Selamat sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan penulisan esei ini. Saya Ooi Jay Ning sangat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Saya
13 ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Shuhairi Bin Abdul Razak kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan sekelas semasa menyiapkan tugasan ini. Dengan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan juga maklumat yang dicari melalui Internet, saya telah menghasilkan satu esei yang berkaitan tenaga geoterma. Tajuk ini banyak membantu saya dengan menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang kebaikan dan juga kelemahan tenaga geoterma. Semasa tugasan ini dijalankan, saya mempunyai peluang untuk memahami dengan teliti tentang pembelajaran daripada tajuk ini. Melalui tugasan ini, saya juga telah memahami betapa pentingnya sumber boleh diperbaharui terhadap kelestarian alam sekitar. 5.0 Lampiran
14 Struktur Loji Geotermal Lapisan Bumi Kawasan perigi di Iceland Beberapa Laman Web yang telah dilayari
15 6.0 Rujukan
16 Ruzian, M., & Norizan, H. (2014). Kelestarian Alam Sekitar Dan Pembiayaan Teknologi Hijau Dari Perspektif Undang-undang Syariah. Jurnal Undang-undang Malaysia, 26 (2), 268- 287. http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/7965/3319 Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE). (n.d).Teknologi Hijau. http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98- teknologi-hijau Geoterma. (2021, September 27). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Geoterma Portillo, Ishak, Tomas, B. dan Manuel, R. (2021, May 14) Renovables Verdes. Blog Actualidad. https://www.renovablesverdes.com/ms/bagaimana-tenaga-geoterma-berfungsi Amaechi. (2022, July 26). Kebaikan dan Keburukan Tenaga Geoterma. Alam Sekitar. Hariri, M. (2022, January 7). Geoterma Sumber Alternatif Elektrik. Utusan Malaysia. https://www.tnb.com.my/assets/newsclip/07012022c.pdf Ainul Najwa. (2018, Jun 3). Kepentingan Teknologi Hijau. Prezi. https://prezi.com/p/a_rxlhxyxy7i/kepentingan-teknologi-hijau/