MINIT MESYUARAT AJK PIBG SMK TAMAN MEDAN
KALI PERTAMA
Tarikh : 6 Mac 2020
Hari : JUMAAT
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN SMKTM
Kehadiran : Rujuk Lampiran
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Johari Bin Maarop, YDP PIBG. YDP merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang hadir untuk Mesyuarat PIBG
kali ke-3 sesi 2020.
1.2 Ucapan Pn Rohanah Binti Mamat (Pengetua SMK Taman Medan)
1.2.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang sudir hadir dan meluangkan masa
untuk mesyuarat PIBG kali ke -3 tahun 2020.
1.2.2 Pengetua mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli pibg yang baru dilantik
dan semoga semua dapat bekerjasama.
Tindakan : Makluman
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Penolong setiausaha PIBG, Puan Nurul Atikah Binti Mohd Ghazali
membentangkan minit Mesyuarat PIBG kali ke-2 untuk disemak dan disahkan.
Dicadangkan dan disokong oleh En Rosli.
2.2 Bendahari PIBG, Pn. Nur Raihan Binti Jabar membentangkan penyata untuk
disemak dan disahkan .
Pencadang: Diterima sebulat suara.
Tindakan : Makluman
1
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada.
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Perancangan Aerobikton
4.1.1 Pengerusi PIBG mencadangkan supaya membuat satu Aerobikton untuk
mengumpul dana PIBG serta untuk mengeratkan hubungan PIBG dengan guru-guru
SMK Taman Medan.
4.2 Penyerahan Watikah Pelantikan
4.2.1 Pengerusi dan pengetua sekolah mengucapkan selamat datang dan tahniah
kepada ahli-ahli ajk pibg yang baru dilantik.Pengerusi berharap hubungan
yang baik dapat dijalinkan antara PIBG sekolah dengan guru-guru
4.2.2 Ahli PIBG baru yang dilantik menerima sijil watikah perlantikan daripada
penegrusi PIBG.
Tindakan : Makluman
2
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 En.Rosli mencadangkan supaya pihak sekolah menggunakan platform media sosial
secara aktif seperti facebook untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa pelajar
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 Petang.
Disediakan oleh,
……………………………
(Mohd Farid Bin Saari )
Setiausaha PIBG
SMK Taman Medan
Disahkan oleh,
…………………....
(Johari Bin Maarop)
YDP PIBG
SMK Taman Medan
3