JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
PROJEK KAJIAN TINDAKAN
Kad PeDSO – Kad Petak Definisi Secara Operasi
– Kemahiran menjawab kemahiran proses sains bagi soalan definisi secara operasi
dalam kertas soalan bahagian A Sains SPM
Oleh:
NORZIANAH BINTI NGADIMAN
BIDANG SAINS
SMK BANDAR KOTA TINGGI,
PETI SURAT 78, JALAN BUNGA RAYA,
81907 KOTA TINGGI,
JOHOR.
OGOS 2021
i
Kandungan
Halaman
1. Tajuk ............................................................................................................................................. 1
2. Pengenalan................................................................................................................................... 1
3. Demografi / Profil sekolah dan murid............................................................................................ 1
4. Pelaksanaan Kajian Tindakan ........................................................................................................ 3
a) Pemerhatian isu..................................................................................................................... 3
b) Refleksi terhadap pemerhatian. ........................................................................................... 3
c) Merancang ............................................................................................................................. 3
d) Bertindak: melaksanakan intervensi (Aktiviti) ..................................................................... 4
e) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan. .................................................................... 4
f) Refleksi sama ada objektif tercapai. ..................................................................................... 5
5. Kesimpulan ................................................................................................................................. 5
Bibliografi.......................................................................................................................................... 5
Lampiran ........................................................................................................................................... 6
1
1. Tajuk
Kad PeDSO – Kad Petak Definisi Secara Operasi
Kemahiran menjawab kemahiran proses sains bagi soalan definisi secara operasi dalam
kertas soalan bahagian A Sains SPM
2. Pengenalan
Kemahiran proses sains merupakan kemahiran utama dalam penyiasatan saintifik bagi
menyelesaikan pernyataan masalah yang dihadapi. Dalam suatu penyiasatan saintifik
semua aspek dalam kemahiran proses sains perlu dikuasai untuk memastikan perancangan,
pelaksanaan dan pelaporan kajian atau eksperimen dapat dihujahkan dengan baik dan
sistematik.
Begitu juga dalam menjawab soalan berkaitan kemahiran proses sains dalam kertas
2 bahagian A Sains SPM , penguasaan yang baik oleh murid amat penting untuk
memastikan murid mendapatkan markah terbaik dan seterusnya mencapai keputusan yang
cemerlang dalam mata pelajaran Sains. Salah satu soalan kemahiran proses sains yang di
uji adalah definisi secara operasi . Kebanyakan murid gagal menjawab dengan tepat
mengikut format yang ditetapkan dan menyebabkan mereka tidak berhasil mendapat
markah bagi soalan ini. Kaedah Kad PeDSO (Petak Definisi Secara Operasi) ini diharap
dapat membantu murid menjawab dengan lebih teliti dan memenuhi format penulisan
jawapan yang tepat dan berjaya memperoleh markah.
3. Demografi / Profil sekolah dan murid
Penubuhan Sekolah Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi mula dicadangkan
pada tahun 1981 sebagai sekolah cawangan kepada SMK Laksamana. Nama Sekolah
Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi dipilih mengambil sempena nama “Bandar
Kota Tinggi”.
Berdasarkan permintaan dan faktor pertambahan jumlah penduduk dalam kawasan
Bandar Kota Tinggi, maka sekolah ini dibina oleh kerajaan di atas tanah seluas 8 hektar
dalam kawasan Kota Kecil. Bermula dengan pembinaan Blok Utama pada tahun 1982 dan
siap pada akhir tahun 1981, sekolah ini mula beroperasi pada sesi persekolahan Januari
1984. Encik Anuar Yusuf dilantik sebagai pengetua yang pertama di sekolah ini dan dibantu
oleh 12 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan.
Pada Januari 1984 itu, sesi persekolahan dimulakan dengan seramai 240 pelajar
ditempatkan di sekolah ini. . Sebanyak 6 buah kelas dibuka membabitkan pelajar tingkatan 1
2
dan 2. Sebanyak 3 kelas diperuntukkan untuk pelajar tingkatan satu dan 3 kelas lagi untuk
pelajar tingkatan dua. Setahun selepas itu, iaitu pada tahun 1985, peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) pertama kali dijalankan di sekolah ini. Sementara itu bermula pada tahun
1992 kelas tingkatan empat mula dibuka manakala pada tahun 1993, Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) pertama kali dijalankan di sekolah ini.
Pada peringkat awal dua buah blok bangunan (Blok A dan B) dibina untuk
menempatkan bilik darjah, pejabat dan makmal. Turut dibina adalah sebuah bangunan
Bengkel Kemahiran Hidup dan Kantin. Pada tahun 1989, 2 lagi blok bangunan tambahan
(Blok C dan Blok D) dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai, manakala
satu lagi blok bangunan (Blok E) dibina dalam tahun 1990. Pada akhir 2008, atas keperluan
pengajaran dan pembelajaran dan jumlah pelajar yang semakin bartambah, kerajaan
membina dua lagi blok bangunan (Blok F dan G) dan mula digunakan pada sesi
persekolahan tahun 2010.
Rajah 1 : Demografi SMK Bandar Kota Tinggi
3
4. Pelaksanaan Kajian Tindakan
a) Pemerhatian isu
Saya mengajar di kelas.5 UiTM bagi mata pelajaran SAINS.
Masalah utama bagi murid saya (daripada refleksi) ialah sebahagian besar murid sukar
untuk menjawab soalan deinisi secara operasi dengan tepat seperti format yang
diteapkan. Soalan ini terkandung dalam bentuk soalan kemahiran proses sains kertas 2
bahagian A Sains SPM.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian, daripada semakan latihan murid dan
daripada kebolehan murid menjawab semasa dalam kelas secara PdPr.
b) Refleksi terhadap pemerhatian.
Refleksi daripada pemerhatian ini saya membuat analisis terhadap murid 5UiTM
berkaitan isu yang dihadapi dan perlu mencari kaedah untuk mengatasinya. Analisis
yang didapati daripada semakan latihan murid seperti berikut :
i. Murid tidak dapat memilih parameter penghubung yang sesuai untuk konsep daripada
soalan yang diberi
ii. Murid tidak dapat mengenalpasti pemerhatian yang dijadikan definisi secara operasi
bagi konsep tersebut dengan tepat.
iii.Murid tidak dapat menyatakan situasi dengan lengkap bagi memenuhi format sebenar
untuk menjawab dan memperoleh markah bagi soalan ini.
c) Merancang
Dalam merancang penyelesaian saya telah menetapkan objektif yang ingin dicapai
iaitu untuk memastikan murid dapat menjawab soalan definisi secara operasi ini dapat
dijawab mengikut format yang betul dan mendapat markah. Metodologi yang
digunakan untuk mencapai objektif ini adalah dengan menggunakan kaedah Kad
PeDSO iaitu Petak Definsi Secara Operasi. Oleh kerana kekangan belajar secara
bersemuka masih belum dapat dijalankan maka murid perlu membuat sendiri Kad
PeDSO dalam bentuk kad poket atau catatan nota dalam buku latihan masing-masing.
4
d) Bertindak: melaksanakan intervensi (Aktiviti)
Aktiviti 1 :
Murid diberikan penerangan dan pendedahahan teknik menjawab soalan definisi
secara operasi terlebih dahulu..
Aktiviti 2 : Rujuk Lampiran 1
Murid juga diminta untuk menulis semula kaedah PeDSO dalam bentuk kad nota
atau dalam buku latihan masing-masing.
Aktiviti 3:
Contoh kad PeDSO (Petak Definsi Secara Operasi) yang guru sediakan adalah
seperti berikut :
KAD PeDSO
(konsep daripada soalan) ialah bahan/ proses (PE..)/keadaan (KE..)
/prinsip (PARAMETER PENGHUBUNG)
yang menunjukkan/ menyebabkan Pembolehubah Bergerakbalas (PB )
NAMPAK (dari rajah /jadual keputusan)
apabila..SITUASI SOALAN
Aktiviti 4 : Rujuk Lampiran 1
Menyediakan set soalan berbentuk definisi secara operasi untuk dijawab oleh
Murid untuk pengukuhan.
Aktiviti 5 : Rujuk Lampiran 1
Semakan tugasan hasil kerja murid dijalankan oleh guru.
Aktiviti 6:
Penyoalan secara rawak semasa kelas pdpr juga dibuat untuk mengukuhkan lagi
kefahaman dan kemahiran murid menjawab soalan mengikut format yang betul.
e) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.
Selepas pengenalan kaedah kad PeDSO ini didapati murid dapat menjawab dengan
lebih berpandu dan yang paling penting mengikut format yang sebenar dan betul.
Setelah intervensi dilakukan murid menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan ini
secara bertulis atau secara lisan dalam sesi pdpr yang dijalankan.
5
f) Refleksi sama ada objektif tercapai.
Refleksi yang boleh saya nyatakan ialah intervensi yang telah saya ambil ini telah
berjaya mencapai objektifnya. Kaedah ini akan saya gunakan untuk murid-murid
yang lain. Diharap kaedah ini dapat membantu murid untuk menjawab dengan lebih
muda dan betul.
5. Kesimpulan
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
memberangsangkan kepada pencapaian murid dalam menjawab soalan definisi secara
operasi iaitu soalan kemahiran proses sains di bahagian A kertas 2 Sains SPM. Murid
didapati lebih mudah faham dan berpandu semasa menjawab soalan ini. Tiada lagi
kegusaran untuk tidak menjawab soalan deinisi secara operasi dengan menggunkan
kaedah Kad PeDSO ini.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini,
saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah
pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya
bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya di masa akan datang.
Bibliografi
Rohaya Abdul Wahab, Mohd Raimi Rahim, Rashidah Othman, Lee Shok Mee (2021),
Praktis Topikal Sains SPM KSSM.Ilmu Bakti
Noraini Abdullah, Nor Mazliana Abdul Hashim, Mohamad Amirul Adnan, Nooraida Sukardi ,
Lau Pik Ying, Nilavathi Balasundram (2021). Buku Fokus Sains SPM KSSM.Pelangi
6
Lampiran 1
Aktiviti ! –Penerangan oleh guru
Aktiviti 2 – Hasil kerja murid
Aktiviti 4 – Set Soalan latihan
7
Aktiviti 5 Hasil Kerja Murid