The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hailiz, 2021-08-17 23:44:20

‘KAEDAH 3030’ : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MELAKAR OBJEK 3 D RBT MURID-MURID 3 UMK

PUAN HAJAH MASITA BINTI TEKNOH

Keywords: Kajian Tindakan

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

‘KAEDAH 3030’ : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MELAKAR OBJEK 3 D RBT
MURID-MURID 3 UMK

Oleh:
PUAN HAJAH MASITA BINTI TEKNOH
BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

SMK BANDAR KOTA TINGGI,
PETI SURAT 78, JALAN BUNGA RAYA,

81907 KOTA TINGGI,
JOHOR.

OGOS 2021

i

Kandungan

Halaman

1. Tajuk................................................................................................................................. 1
2. Pengenalan...................................................................................................................... 1
3. Demografi / Profil sekolah dan murid................................................................................ 1
4. Pelaksanaan Kajian Tindakan .......................................................................................... 3

a) Pemerhatian isu ........................................................................................................... 3
b) Refleksi terhadap pemerhatian..................................................................................... 3
c) Merancang ................................................................................................................... 3
Menetapkan objektif yang ingin dicapai dan metodologi untuk mencapai objektif tersebut.
........................................................................................... Error! Bookmark not defined.
d) Bertindak: melaksanakan intervensi (Aktiviti)................................................................ 3
e) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan................................................................ 5
f) Refleksi sama ada objektif tercapai. .............................................................................. 5
g) Merancang untuk tindakan seterusnya (jika perlu)......... Error! Bookmark not defined.
h) Bertindak melaksanakan intervensi (jika perlu).............. Error! Bookmark not defined.
5. Kesimpulan .................................................................................................................... 5
Bibliografi .............................................................................................................................. 6
Lampiran............................................................................................................................... 7

1

1. Tajuk

‘KAEDAH 3030’ : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MELAKAR OBJEK 3 D
REKABENTUK DAN TEKNOLOGI MURID-MURID 3 UMK 2021

2. Pengenalan
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran melakar objek 3 D bagi mata
pelajaran RBT. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid 3 UMK SMK
Bandar Kota Tinggi , Johor. Sehubungan dengan itu, kajian Tindakan pembelajaran yang saya hasilkan
bertujuan untuk mengatasi masalah murid-murid khusus bagi tajuk ‘Penghasilan Produk’ dalam Bab 2
RBT Tingkatan 3. Kajian ini dihasilkan berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid dalam
menghasilkan lakaran 3D Rekabentuk produk . Daripada pemerhatian, murid-murid didapati sukar
untuk menghasilkan perkembangan idea lakaran produk yang hendak dibuat. Murid-murid tidak dapat
melakar produk yang dibuat disebabkan tidak mengetahui teknik yang betul untuk melakar. Ada yang
meminta bantuan rakan untuk lakarkan dan ada juga yang tidak membuat lakaran langsung.
Sedangkan dalam penghasilan produk, lakaran penting bagi memberi gambaran objek atau bentuk
sebenar sesuatu produk yang hendak dihasilkan. Juga untuk memberi gambaran kepada pelanggan
tentang sesuatu produk. Bagi menangani masalah tersebut , guru telah mengadakan sesi pengajaran
dan pembelajaran dengan memperkenalkan Kaedah 3030 , iaitu Teknik yang mudah untuk murid-
murid menghasilkan lakaran 3 D. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan dan pemahaman
murid untuk menghasilkan lakaran produk 3D meningkat walaupun belum 100% selepas
menggunakan kaedah ini. Kesimpulan kajian ini, penggunaan Kaedah 3030 telah dapat meningkatkan
kemahiran melakar produk 3D murid.

3. Demografi / Profil sekolah dan murid

Penubuhan Sekolah Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi mula dicadangkan
pada tahun 1981 sebagai sekolah cawangan kepada SMK Laksamana. Nama Sekolah
Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi dipilih mengambil sempena nama “Bandar
Kota Tinggi”.

Berdasarkan permintaan dan faktor pertambahan jumlah penduduk dalam kawasan
Bandar Kota Tinggi, maka sekolah ini dibina oleh kerajaan di atas tanah seluas 8 hektar dalam
kawasan Kota Kecil. Bermula dengan pembinaan Blok Utama pada tahun 1982 dan siap pada
akhir tahun 1981, sekolah ini mula beroperasi pada sesi persekolahan Januari 1984. Encik

2
Anuar Yusuf dilantik sebagai pengetua yang pertama di sekolah ini dan dibantu oleh 12 orang
guru dan 5 orang kakitangan sokongan.

Pada Januari 1984 itu, sesi persekolahan dimulakan dengan seramai 240 pelajar
ditempatkan di sekolah ini. Seorang pelajar terbaik telah dilahirkan bernama Muhammad
Nasir Hamka bin Mohd Fitri pada tahun 2021. Sebanyak 6 buah kelas dibuka membabitkan
pelajar tingkatan 1 dan 2. Sebanyak 3 kelas diperuntukkan untuk pelajar tingkatan satu dan 3
kelas lagi untuk pelajar tingkatan dua. Setahun selepas itu, iaitu pada tahun 1985,
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pertama kali dijalankan di sekolah ini. Sementara
itu bermula pada tahun 1992 kelas tingkatan empat mula dibuka manakla pada tahun 1993,
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pertama kali dijalankan di sekolah ini.

Pada peringkat awal dua buah blok bangunan (Blok A dan B) dibina untuk menempatkan
bilik darjah, pejabat dan makmal. Turut dibina adlah sebuah bangunan Bengkel Kemahiran
Hidup dan Kantin. Pada tahun 1989, 2 lagi blok bangunan tambahan (Blok C dan Blok D)
dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai, manakala satu lagi blok
bangunan (Blok E) dibina dalam tahun 1990. Pada akhir 2008, atas keperluan pengajaran dan
pembelajaran dan jumlah pelajar yang semakin bartambah, kerajaan membina dua lagi blok
bangunan (Blok F dan G) dan mula digunakan pada sesi persekolahan tahun 2010.

Rajah 1 : Demografi SMK Bandar Kota Tinggi

3

4. Pelaksanaan Kajian Tindakan
a) Pemerhatian isu
Kajian ini meninjau permasalahan murid 3 umk seramai 15 orang mengenai kesukaran
membuat lakaran 3 D dalam penghasilan produk. Ada yang tidak mahu melakar langsung
disebabkan tidak tahu melakar, ada yang melakar tetapi bukan lakaran 3 D.

b) Refleksi terhadap pemerhatian.
Hal ini menyebabkan saya terfikir apa kaedah yang mudah bagi membanu murid

mengatasi masalah ini. Akhirnya setelah saya kaitkan dengan tajuk Lakaran Tingkatan 1
yang telah dipelajari, saya akan menggunakan satu sahaja Teknik Lakaran Piktorial
daripada 3 lakaran iaitu Lakaran Isometrik.

c) Merancang
i) Objektif Am.

Secara umumnya, objektif am kajian Tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran
melakar dalam kalangan murid.

ii) Objektif khusus
Secara khususnya, melalui kajian ini murid dapat :
1. Mengenalpasti Teknik mudah menghasilkan lakaran 3 D
2. Menguasai Teknik membuat lakaran 3 D

d) Perlaksanaan Tindakan
i. Pemerhatian

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka di sekolah, saya dapati
murid mengambil masa yang agak lama untuk melakar, selalu padam lakaran, mengeluh
atau tidak membuat langsung. Apabila sekolah tidak dibuka disebabkan PKP,semasa
pdpr apabila saya meminta pelajar menghantar lakaran. Hasilnya amat sedikit yang dapat
menghantar.

ii) Temubual
Saya bertanya kepada murid-murid yang tidak menghantar tugasan ketika di
sekolah. Jawapannya adalah tidak tahu hendak melakar.

4

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kajian saya ialah seperti berikut :

1. Memperkenalkan kaedah 3030 yang bermaksud menggunakan Teknik lakaran
isometrik . 3030 menunjukkan sudut unjuran 30 Murid diberi tugasan membuat
lakaran isometric beberapa objek rekabentuk. Contoh diberi.

2. Setelah murid mahir membuat bentuk asas menggunakan lakaran isometric,
murid diberi contoh lakaran 2 D dan 3 D. Murid diberi penerangan bagaimana
objek 2D diubah menjadi 3D. Contoh lakaran diberi dan murid diminta untuk
meniru rupa bentuk objek tersebut.

3. Murid diminta menonton video bagaimana lakaran 2 D diubah menjadi 3 D

Lakaran sebelah kiri adalah lakaran 2D, lakaran sebelah kanan garisan
isometric bersudut 30 darjah

Teknik menghasilkan objek 3 D mengikut Teknik 3030 lakaran isometrik

5

Lakaran produk 3D yang telah siap.
4. Murid melakar beberapa lagi rekabentuk 3D yang mudah mengikut lakaran

isometrik
e) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.

Setelah aktiviti dijalankan, didapati murid-murid berasa lebih yakin untuk melakar objek
3 D. Murid-murid juga sudah mengetahui Teknik asas untuk melakar objek 3 D.
f) Refleksi

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, di dapati objektif telah dicapai
5. Kesimpulan

Kaedah yang diperkenalkan telah meningkatkan penguasaan murid dalam membuat
lakaran3 D sesuatu produk. Untuk kajian seterusnya, saya mencadangkan murid-murid
tingkatan 1 mengguna pakai kaedah ini semasa mempelajari topik Lakaran kerana ianya akan
memudahkan mereka untuk melakar produk menggunakan Lakaran 3 D semasa di tingkatan
3 terutama dalam penghasilan produk.

6

Bibliografi

Aziz (2011), Teachers’ Perception on Blended Learning Environment for Special Needs
Learners in Malaysia: A Case Study. Singapore. IPEDR vol 13 (2011).

7

Lampiran


Click to View FlipBook Version