JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
PROJEK KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KESEDIAAN MURID SEBELUM MEMULAKAN PDPR DENGAN
SENAMAN RINGKAS DAN TEKNIK PERNAFASAN.
Oleh:
AFITRI MURKANDI
HANAFI BIN ABDULLAH
BIDANG PENDIDIKAN KHAS
SMK BANDAR KOTA TINGGI,
PETI SURAT 78, JALAN BUNGA RAYA,
81907 KOTA TINGGI,
JOHOR.
1 OGOS 2021
i
Kandungan
Halaman
1. Tajuk ................................................................................................................................................... 1
2. Pengenalan ......................................................................................................................................... 1
3. Demografi / Profil sekolah dan murid................................................................................................ 1
4. Pelaksanaan Kajian Tindakan ............................................................................................................ 2
a) Pemerhatian isu.............................................................................................................................. 2
b) Refleksi terhadap pemerhatian. ..................................................................................................... 2
c) Merancang ..................................................................................................................................... 3
Menetapkan objektif yang ingin dicapai dan metodologi untuk mencapai objektif tersebut.....Error!
Bookmark not defined.
d) Bertindak: melaksanakan intervensi (Aktiviti) .............................................................................. 3
e) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan. ................................................................................. 3
f) Refleksi sama ada objektif tercapai................................................................................................ 3
g) Merancang untuk tindakan seterusnya (jika perlu)...................... Error! Bookmark not defined.
h) Bertindak melaksanakan intervensi (jika perlu). ......................... Error! Bookmark not defined.
5. Kesimpulan ...................................................................................................................................... 4
Bibliografi ............................................................................................................................................... 5
Lampiran................................................................................................................................................. 6
ii
1
1. Tajuk
Meningkatkan kesediaan murid sebelum memulakan pdpr dengan senaman ringkas dan teknik
pernafasan.
2. Pengenalan
Pandemik covid 19 telah menyekat kebebasan murid untuk belajar bersemuka dengan guru
dan rakan – rakan yg lain. Pembelajaran dari rumah secara atas talian membuat murid kurang fokus
dan bersedia memulakan pembelajaran baru setiap hari. Beberapa faktor telah dikesan antaranya
persekitaran yang tidak kondusif, tidak mahir menggunakan peranti dan masalah kekurangan peranti
(berkongsi dengan ahli rumah yang lain). Hal ini menyebabkan murid kerap tidak bersedia dan
bersemangat memulakan kelas pembelajaran setiap hari.
3. Demografi / Profil sekolah dan murid
Penubuhan Sekolah Menengah Rendah (SMR) Bandar Kota Tinggi mula dicadangkan pada
tahun 1981 sebagai sekolah cawangan kepada SMK Laksamana. Nama Sekolah Menengah Rendah
(SMR) Bandar Kota Tinggi dipilih mengambil sempena nama “Bandar Kota Tinggi”.
Berdasarkan permintaan dan faktor pertambahan jumlah penduduk dalam kawasan Bandar Kota
Tinggi, maka sekolah ini dibina oleh kerajaan di atas tanah seluas 8 hektar dalam kawasan Kota Kecil.
Bermula dengan pembinaan Blok Utama pada tahun 1982 dan siap pada akhir tahun 1981, sekolah ini
mula beroperasi pada sesi persekolahan Januari 1984. Encik Anuar Yusuf dilantik sebagai pengetua
yang pertama di sekolah ini dan dibantu oleh 12 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan.
Pada Januari 1984 itu, sesi persekolahan dimulakan dengan seramai 240 pelajar ditempatkan di
sekolah ini. Seorang pelajar terbaik telah dilahirkan bernama Muhammad Nasir Hamka bin Mohd
Fitri pada tahun 2021. Sebanyak 6 buah kelas dibuka membabitkan pelajar tingkatan 1 dan 2.
Sebanyak 3 kelas diperuntukkan untuk pelajar tingkatan satu dan 3 kelas lagi untuk pelajar tingkatan
dua. Setahun selepas itu, iaitu pada tahun 1985, peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pertama
kali dijalankan di sekolah ini. Sementara itu bermula pada tahun 1992 kelas tingkatan empat mula
dibuka manakla pada tahun 1993, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pertama kali dijalankan
di sekolah ini.
Pada peringkat awal dua buah blok bangunan (Blok A dan B) dibina untuk menempatkan bilik
darjah, pejabat dan makmal. Turut dibina adlah sebuah bangunan Bengkel Kemahiran Hidup dan
Kantin. Pada tahun 1989, 2 lagi blok bangunan tambahan (Blok C dan Blok D) dibina untuk
menampung jumlah pelajar yang semakin ramai, manakala satu lagi blok bangunan (Blok E) dibina
dalam tahun 1990. Pada akhir 2008, atas keperluan pengajaran dan pembelajaran dan jumlah pelajar
yang semakin bartambah, kerajaan membina dua lagi blok bangunan (Blok F dan G) dan mula
digunakan pada sesi persekolahan tahun 2010.
2
Rajah 1 : Demografi SMK Bandar Kota Tinggi
4. Pelaksanaan Kajian Tindakan
a) Pemerhatian isu
Murid lesu atau tidak bersedia memulakan pembelajaran setiap hari. Apabila murid tidak
bersedia, murid tidak fokus sehingga akhir sesi pembelajaran. Hal ini dapat dilihat apabila murid
lambat memberi respon ketika sesi soal jawab atau member respon. Murid juga dilihat tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran walaupun guru menggunakan teknik
pembelajaran yang berbeza.
b) Refleksi terhadap pemerhatian.
Refleksi daripada pemerhatian guru terhadap isu ini adalah kesediaan murid sebelum
memulakan sesi pembelajaran setiap hari perlu diutamakan. Kesediaan ini juga perlu dilihat dari
beberapa faktor. Antara faktor yang perlu dititik beratkan adalah, kesediaan peranti, kesediaan
persekitaran dan kesediaan mental. Disini dapat dilihat fokus utama guru adalah kesediaan
mental. Hal ini kerana kesediaan persekitaran dan kesediaan peranti merupakan tanggungjawab
ibu bapa dalam memastikan kesediaan anak-anak menghadapi pembelajaran setiap hari.
3
c) Merancang
Objektif utama kajian tindakan ini adalah meningkatkan kesediaan murid dalam menghadapi
pembelajaran setiap hari.
d) Bertindak: melaksanakan intervensi teknik pernafasan dan senaman ringkas.
Menurut portal MYHEALTH Malaysia, melakukan teknik pernafasan yang tepat dapat
meningkatkan fokus dan kesediaan melakukan sesuatu pekerjaan. Jadi aktiviti yang perlu
dilakukan oleh murid adalah dengan mengajarkan dan menganjurkan teknik pernafasan yang
betul sebelum memulakan pembelajaran. Antara teknik pernafasan yang betul adalah dengan
meletakkan tangan kanan diperut, tangan kiri dikawasan dada (jantung). Tarikh nafas melalui
hidung sehingga terasa perut yang naik diisi dengan udara. Lepaskan perlahan-lahan melalui
mulut sehingga perut kempis. Ulangi teknik berikut sebanyak tiga kali.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama
otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya. Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus
pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak
berasa kurang menyeronokkan dan sukar diikuti sehingga mencabar daya fokus mereka. Walau
bagaimanapun, anak tetap perlu dilatih untuk fokus supaya mudah belajar dan membaiki diri. Ini
penting agar anak dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk peribadi yang positif.
Senaman ringkas yang boleh diaplikasikan adalah senaman yang menggerakkan otot tangan dan
kepala. Hal ini kerana koordinasi tangan dan mata perlu selari dala menghadapi pembelajaran
setiap hari.
e) Pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.
Selepas menjalankan aktiviti senaman ringkas dan teknik pernafasan yang betul, dapat dilihat
murid lebih fokus dan bersemangat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran setiap hari. Murid
juga dilihat lebih cepat memberi respon dan menjawab soalan. Namun, aktiviti senaman boleh
dipelbagaikan agar murid lebih berminat melakukannya.
f) Refleksi sama ada objektif tercapai.
Objektif untuk meningkatkan fokus dan kesediaan murid tercapai. Murid lebih fokus dan
bersedia untuk memulakan pembelajaran setiap hari. Murid turut menjadi murid yang aktif dalam
menghadapi pembelajaran atas talian.
4
5. Kesimpulan
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa tahap kesediaan murid bergantung
kepada aktiviti sebelum sesi pembelajaran dijalankan. Guru perlulah peka terhadap keadaan murid
sebelum memulakan sesi pengajaran. Hal ini kerana, murid berkeperluan khas terutamanya
mempunyai daya tumpuan yang agak terhad, oleh hal sedemikian aktiviti senaman ringkas dan
teknik penafasan merupakan kaedah yang sangat sesuai dijalankan bagi memastikan murid lebih
fokus dan bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran setiap hari. Sebagai seorang guru
sudah semestinya mahukan setiap penyampaian ilmu diterima dan dapat diaplikasi oleh murid
namun sekiranya setiap kali sesi pembelajaran yang dijalankan dalam keadaan murid yang masih
tidak bersedia ianya merupakan satu kerja yang amat merugikan, oleh hal sedemikian, guru
hendaklah mempunyai kemahiran dalam menarik tumpuan murid sebelum menjalankan aktiviti
pembelajaran seterusnya menjadikan sesi pdpr dijalankan dapat meningkatkan pencapaian murid
serta menambahbaik aktiviti pembelajaran menjadi lebih berkesan.
5
Bibliografi
Aviv & Golan, (1998). Pedagogical Communication Patterns in Collaborative Telelearning.
Journal of Education Technology Systems. http://www.cjlt.ca/content/vol29/cjlt29-
3_art6.html
Bishoff, A. (2000). The Elements of Effective Online Teaching: Overcoming Barriers To
Success. In K. W. White & B. H. Weight (Eds). The online teaching guide: A
Campeau, D. R. & Higgins, C. A. (1995 June). Computer Self-efficacy: Development
of a measure and Initial Test. MIS Quaterly, 189-211.
D. Surani and H. Hamidah, “Students Perceptions in Online Class Learning During the
Covid-19 Pandemic”, IJoASER, vol. 3, no. 3, pp. 83-95, Nov. 2020.
Giles, I.M. (1999). An Examination of Persistence and Dropout N the Online ComputerConferenced
Classroom. Virginia Polytechnic Institute and State University: Doctoral
dissertation.
Gorard, S. & Selwyn, N. (2000). Researching The Role of Digital Technology in Widening
Participation. (ERIC Document Reproduction Service No. ED45442)
6
Lampiran