LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
PENGGUNAAN ASPEK POLITIK,EKONOMI DAN
SOSIAL(PES)DALAM MENJAWAB SOALAN KBAT (GOOGLE
FORM) BAGI MENINGKATKAN PERATUS LULUS
MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN TIGA(PT3)
NAZIRAH BT OTHMAN
SMK BANDAR KOTA TINGGI
PETI SURAT 78 JALAN KOTA KECIL,
81900, KOTA TINGGI, JOHOR
1
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1
ABSTRAK 1
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU 1-2
2. FOKUS KAJIAN 2
3. OBJEKTIF KAJIAN 2
3.1 OBJEKTIF UMUM
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
4. KUMPULAN SASARAN 3
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH 3
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 3
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 4-6
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN
PEMERHATIAN/PENILAIAN 7-8
6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 10
BIBLIOGRAFI 10
2
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah
saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada tahun ini. Setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, guru-guru Penolong Kanan serta guru-
guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam
menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini. Dengan garapan idea, sokongan,
tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan
ini dengan baik.
Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak mematangkan diri dan
pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid reka
bentuk teknologi khususnya bagi meningkatkan pemahaman mereka. Saya berharap kajian
ini dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa hadapan. Akhir sekali, jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya laporan kajian
tindakan ini.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan peratus pelajar lulus mata
pelajaran sejarah untuk pelajar kurang berpotensi yang bermasalah dengan komitmen untuk
belajar ketika di rumah(masalah pelajar tidak mengikuti kelas pdpr, dan komitmen belajar,).
Dengan mengunakan teknik ini dan menggunakan pelatform google form pelajar lebih
berminat untuk mengikuti pdpr serta dengan mudah dapat menguasai kemahiran untuk
menjawab soalan KBAT dengan proses cara yang paling mudah berdasarkan aspek
politik,ekonomi dan social yang lebih ringkas.
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Semasa ujian secara online dilaksanakan hanya 15 orang pelajar kelas 3UTP yang mengikuti
dan hanya 5 yang lulus mata pelajaran sejarah kerana kebanyakan pelajar dalam kelas
tersebut ialah pelajar yang tidak berpotensi, bermasalah dari segi tidak mengikuti pdpr dan
malas belajar. Pelajar yang menjawab ujian tidak dapat menjawab soalan terutamanya
bahagian B dan C kerana pelajar tidak mempunyai idea untuk menulis kerana tidak membuat
pembacaan, gagal menguasai topik dan tidak mengulangkaji menyebabkan kebanyakan
pelajar gagal mata pelajaran sejarah.
Pada sesi pdpr juga, saya dapati murid tidak berminat untuk mengikuti topik
pembejaran mengikut sukatan di dalam buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat
menguasai topik.
Oleh itu, saya perlu mencari jalan untuk pelajar boleh menjawab soalan KBAT
bahagian B dan C dengan pengunaan aspek politik,ekonomi dan sosial (PES) serta
1
menggunakan platform Google form yang lebih menyerorokan dan mudah untuk menarik
minat murid mengikuti pdpr. Dengan hanya menguasai 3 aspek dan platform Google form ini
ini pelajar boleh menjawab soalan KBAT dan lulus.
2. FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan untuk mengingati 3 aspek sahaja iaitu
politik,ekonomi dan social (PES) dengan menggunakan platform google form untuk mejawab
soalan KBAT bahagian B dan C untuk mendapatkan markah maksimum untuk lulus tanpa
menguasai topik.
Di dalam format soalan PT3 pelajar yang menjawab soalan KBAT bahagian B dan C
memiliki kelebihan untuk lulus. Dengan kelebihan mahir menjawab soalan KBAT
menggunakan aspek PES pelajar berpontensi untuk lulus dengan penguasaan pengetahuan
sejarah yang minimum.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :
3.1 OBJEKTIF UMUM:
I. Lulus mata pelajaran sejarah.
II. Peningkatan peratus mengikuti pdpr
III. Berminat untuk menjawab(menulis )untuk soalan KBAT bahagian B dan C
3.2 OBJEKTIF KHUSUS:
I. Murid dapat mengenalpasti soalan KBAT dalam bahagian B dan C.
II. Murid dapat mengenal pasti aspek PES soalan.
III. Murid dapat mengikuti pdpr
IV. Murid dapat mengenal pasti kata kunci.
V. Murid dapat membina kepala ayat dan mejawab soalan KBAT
2
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 33 murid daripada 3 UTP
5. PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Kaedah mengutip data:
Tarikh Cara penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan
Mac-Mei 2021
Pemerhatian Mengenalpasti
dalam pdpr
33 orang pelajar 3 masalah semasa
UTP pembelajaran dan
masalah pelajar
yang tidak
mengikuti pdpr
22 Mei 2021 Contoh ujian 1 33 orang pelajar 3 Mengenalpasti
yang diberikan UTP kebolehan pelajar
secara dalam talian menjawab soalan
dan pelajar yang
mengikuti pdpr
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Tarikh Cara penilaian Kumpulan Sasaran Masalah yang
23 Mei 2021 33 orang 3 UTP
Memeriksa kertas dikenalpasti
jawapan Contoh
ujian 1 yang Ramai murid yang
diberikan secara
dalam talian tidak mengikuti
pdpr serta murid
yang mengikuti
pula tidak
menjawab soalan
bahagian B dan C
dengan
Hanya 5 sahaja
menjawab tetapi
salah.
3
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Berdasarkan tinjauan awal, murid tidak mempunyai pengetahuan untuk menjawab soalan
bahagian B dan C menyebabkan ramai tidak menjawab soalan dan gagal. Mereka juga tidak
mengikut pdpr kerana merasakan platform pdpr iaitu latihan offline yang diberikan tidak
menarik dan sukar dilaksanakan. Berdasarkan pengalaman dan permerhatian pelajar 3 UTP
ialah pelajar yang kurang berpotensi dan menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran
terutamanya secra pdpr bukan sahaja untuk mata pelajaran sejarah. Oleh itu saya telah
memikirkan satu kaedah baharu untuk lebih senang lulus dengan pengetahuan yang paling
minimun. Kaedah yang di beri nama PES (Politik,Ekonomi,Sosial).
Cara menggunakan kaedah PES ini adalah seperti berikut:
Langkah 1 Pelajar perlu memastikan soalan adalah soalan KBAT atau bukan Soalan
KBAT biasanya soalan terakhir untuk setiap nombor di bahagian A dan
Langkah 2 Bahagian B.
Langkah 3 Mengenal pasti “kata kunci’ dan “kunci soalan”.
Langkah 4 Mengenal pasti PES soalan dan subjek.
Membina kepala ayat dan seterusnya menjawab soalan.
Cara menggunakan kaedah PES ini adalah seperti berikut:
Langkah 1 Guru membina nota ringkas dan soalan latihan dengan menggunakan
platform google form yang kaya dengan visual seperti gambar yang
menarik,penggunaaan video,
Langkah 2 Mengukur penglibatan dan prestasi pelajar
Langkah 3 Menerima maklum balas dengan segera
4
Saya memberi penerangan cara menggunakan kaedah ini semasa sesi pendedahan
kaedah secara google meet. Selepas itu, murid diminta untuk memilih soalan KBAT dari
contoh soalan bahagian B dan C PT3 yang diberi. Langkah 1-4 dibuat menggunkan platform
google form untuk membandingkan keberkesanan kaedah ini.
Tips bagi memudahkan murid menjawab soalan KBAT bahagian B dan C PT3 di masa akan
datang, saya meminta murid mengingati aspek PES dan menulis peta minda PES di hadapan
kertas soalan terlebih dahulu setiap kali mendapat kertas soalan.
5
5.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN
Tarikh Tindakan Kumpulan Pemerhatian/Penilaian
6 Jun 2021 Sasaran
10 Julai 2021 Pendedahan 33 orang pelajar Murid lebih ceria dan
kaedah 3 UTP positif.
17 Julai 2021 Murid menyatakan
23 Julai 2021 Soalan set 1 33 orang pelajar kaedah lebih ringkas.
28 Ogos 2020 3 UTP Soalan lebih senang
(soalan KBAT 20 orang pelajar difahami
yang mengikuti Soalan set 1
bahagian B dan pdpr
20 yang mengikuti
C)menggunakan 33 orang pelajar pdpr dan 10 orang
3 UTP jawab dengan betul.
platform Google 15 orang pelajar
hadir Soalan set 2
form
33 orang pelajar 11 orang jawab
Soalan set 3 UTP dengan betul
2(Contoh soalan Murid gembira kerana
mampu menjawab
PT3 bahagian B dengan betul.
dan C) Murid menunjukkan
minat untuk menjawab
Soalan set soalan.
Murid lebih ceria dan
2(Contoh soalan positif
PT3 bahagian B
dan C)
Pendedahan
kaedah
Soalan set 25 orang Soalan set 1
megikuti pdpr
3(Contoh soalan 33 orang pelajar 15 orang
3 UTP dengan betul
PT3 bahagian B jawab
26 orang Soalan set 2
dan C) mengikuti pdpr
15 orang jawab
dengan betul
Murid lebih ceria dan
positif.
Ada murid yang
mengatakan kaedah ini
6
lebih ringkas dan tidak
serabut.
Murid tidak lagi
menghantar kertas
kosong
Pendedahan kaedah PES kepada pelajar 3 UTP menggunkan platform google
form
Melalui ujian yang telah dilaksanakan dengan menggunakan platform google form saya
mendapati perubahan begitu ketara sekali terutamanya penglibatab pelajar di dalam pdpr
dan dalam ujian yang diberikan dimana selepas kaedah PES didedahkan didapati 15 daripada
33 orang murid telah lulus berbanding ujian penilaian 7 orang sahaja yang lulus. Ini adalah
kerana semasa ujian 1 dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan kaedah PES dan
belum menggunakan platform google form. Ujian Pentaksiran setengah tahun telah
menunjukkan peningkatan kerana mereka telah menjawab dan menulis mengikut kaedah PES
dan tidak lagi menghantar kertas kosong.
6. CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana ini
adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk mengajar kemahiran pelajar menjawab
soalan KBAT. Pendedahan awal di tingkatan 3 mengenai kaedah ini adalah perlu supaya
mereka tidak menghadapi masalah ditingkatan 4 dan 5.
Saya mencadangkan kajian ini diteruskan dan ditambahbaik iaitu dengan menambah
langkah-langkah penerangan bagi memastikan murid dapat menulis jawapan soalan tersebut
dengan lebih lengkap seterusnya membolehkan murid mendapat markah penuh untuk soalan
KBAT. Dalam kajian kali ini saya dapati murid yang kurang berkebolehan mula mahu
menjawab dan menulis dalam peperiksaan. Semasa pdpr saya akan menggunakan platform
google form kerana platform google form kerana kaedah ini telah meningkatkan peratus
penglibatan pelajar untuk mengikuti pdpr.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia (2008), Buku Manual Kajian Tindakan Edisi 3.
7
8
9
10