The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hailiz, 2021-11-18 09:56:08

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BAKU SEBAGAI LANGKAH MUDAH MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD BAGI MURID TINGKATAN 5 UiTM

AINI2021 kajian tindakan

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BAKU SEBAGAI
LANGKAH MUDAH MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK

KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD BAGI MURID
TINGKATAN 5 UiTM.

Oleh:
AINI BINTI SAMIN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR

KOTA TINGGI,
JOHOR.

1

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK BAKU SEBAGAI LANGKAH MUDAH
MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU
STANDARD TERHADAP MURID TINGKATAN 5 UiTM.

Oleh

AINI BINTI SAMIN

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar

Kota Tinggi, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan keberkesanan penggunaan
Teknik BAKU dalam pembelajaran terhadap murid tingkatan 5 UiTM Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Pemerhatian ini telah dijalankan
pada murid-murid kelas 5 UiTM bagi melihat tahap keberkesanan penggunaan
Teknik BAKU sebagai langkah mudah menukarkan Bahasa Melayu Klasik
kepada Bahasa Melayu Standard . Kajian ini juga ingin mengetahui tahap minat
murid dalam pembelajaran dengan menggunakan teknik ini.. Kajian juga
diharapkan dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu Standard Soalan 4 Kertas 2 Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Kebanyakan murid menghadapi masalah dalam memahami teks petikan
Bahasa Melayu Klasik dan juga mengalami kesulitan dalam menukarkannya ke
dalam bentuk Bahasa Melayu Standard . Penggunaan Teknik BAKU dalam
pembelajaran khususnya dapat mempertingkatkan pemahaman dan dapat
menjawab soalan dengan mudah. Hasil kajian diperolehi daripada responden
menjawab soalan ujian yang diberikan. Hasil kajian yang diperolehi
menunjukkan pencapaian murid telah mengalami perubahan ke arah positif
setelah pengaplikasian Teknik BAKU dalam pengajaran dan pembelajaran.
Peningkatan markah yang berlaku menunjukkan bahawa penggunaan Teknik
BAKU sebagai satu kaedah pengajaran yang amat sesuai dipraktikan dalam
kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Teknik BAKU,Bahasa Melayu Standard , Bahasa Melayu Klasik.

2

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan Izin-Nya saya dapat saya dapat
menyempurnakan kajian tindakan ini. Melalui medium ini, saya ingin merakamkan jutaan
penghargaan dan terima kasih kepada pengetuan Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi
iaitu Tuan Haji Khairuddin Bin Muatapha. Beliau telah banyak memberi sokongan, dorongan,
bantuan, dan bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan kajian tindakan ini. Ucapan
terima kasih juga saya tujukan kepada mentor saya iaitu En Ghazali Bin Shahran yang telah
memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya tentang kajian tindakan . Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih juga buat semua rakan-rakan guru yang telah memberi
dorongan dan bimbingan kepad saya sepanjang kajian ini dibuat. Pada masa yang sama saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan SMK Bandar Kota
Tinggi kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kajian ini. Tidak
dilupakan juga setinggi-tinggi sanjungan dan penghargaan saya tujukan kepada ibu bapa, dan
ahli keluarga saya kerana sering memberikan semangat dan dorongan dalam menghasilkan
kajian ini. Saya juga ingin mengucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak memberi bantuan serta sokongan moral semasa saya berdepan dengan cabaran
ketika melaksanakan kajian ini.

3

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih 32 orang murid tingkatan 5. Murid-murid ini telah
menghadapi Ujian sumatif 2 pada bulan Mac bagi sesi persekolahan tahun 2021. Hasil ujian
tersebut menunjukkan pelajar sambal lewa dengan tidak menjawab langsung soalan ujian
bahagian Bahasa Melayu Standard dan tidak seorang pun yang mendapat markah penuh iaitu
6 markah bagi soalan 4 Kertas 2 iaitu Bahasa Melayu Standard . Terdapat satu kaedah yang
boleh menarik perhatian murid-murid ini iaitu dengan mengunakan Teknik BAKU dalam
melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu Standard . Latihan yang diberikan oleh guru akan
menjadi satu aktiviti yang dianggap sangat membosankan dan menyebabkan ramai murid
yang mudah mengantuk dan tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran berubah dengan
adanya Teknik BAKU ini. Penggunaan Teknik BAKU ini sangat membantu murid yang
selama ini menganggap menukarkan Bahasa Melayu Klasik itu sukar kepada persepsi baru
dengan langkah yang mudah untuk difahami.

2.0 KONSEP TEKNIK BAKU

Penggunaan Teknik BAKU ini boleh dilaksanakan ketika guru Bahasa Melayu tingkatan 5
mengajar bahagian Bahasa Melayu Standard . Soalan Bahasa Melayu Standard ini terdapat
pada soalan 4 Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Bahagian ini menyumbangkan 6 markah kepada
calon SPM. Soalan Bahasa Melayu Standard mengkehendaki pelajar menulis semula petikan
Bahasa Melayu Klasik yang diberikan dalam soalan kepada Bahasa Melayu Standard tanpa
mengubah bentuk dan maksud asalnya. Soalan prosa klasik diambil daripada prosa tradisional
yang dipelajari semasa tingkatan 4 iaitu “Kepimpinan Melaui Teladan” yang terdapat dalam
buku Antologi Jaket Kulit Kijang dan juga prosa tradisonal ‘Burung Terbang Dipipiskan
Lada” yang terdapat dalam buku Antologi Sejadah Rindu yang dipelajari semasa tingkatan 5.
Petikan itu boleh diambil daripada mana-mana bahan tersebut sama ada dari tingkatan 4 atau
tingkatan 5. Teknik BAKU telah dicipta dan dipilih bagi membantu murid menjawab soalan
dengan mudah. Justeru, Teknik BAKU dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan terarah. Menerusi Teknik BAKU pelajar akan

4

melaksanakan langkah berikut semasa menjawab soalan Bahasa Melayu Standard . Langkah-
langkah tersebut ialah:

B= BUANG-buangkan perkataan Bahasa Melayu Klasik yang terdapat dalam petikan

contoh maka, arakian,al kisah, syahadan

A= AYAT-kenal pasti bilangan ayat yang terdapat dalam petikan yang diberi. Contoh dalam
petikan di bawah, jawapan pelajar mesti mempunyai empat ayat.

K= KEKAL- mengenal pasti Bahasa Istana yang terdapat dalam petikan dan Bahasa Istana ini
dikekalkan perkataannya iaitu diambil semula untuk ditulis sebagai jawapan.Contoh Bahasa
Istana ialah beta, patik, berangkat,baginda dan lain lain

U=UBAH-Tukar perkataan atau frasa yang tidak gramatis yang terdapat dalam petikan
kepada frasa atau ayat yang gramatis.

Contoh petikan:

Alkisah maka tersebutlah perkataan (B)Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri
mengatakan (U) penjurit ketujuh bercakap (U) kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada
hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan (U) seorang dirinya (1 ayat), peri
mengatakan tatkala (B)Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu.
(ayat 2). Berapa lamanya didengar (U) oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh
bersaudara yang dititahkan (K)Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati.(ayat 3) Maka (B)
Patih pun hairan. Maka (B) Patih Gajah Mada pun fikir (U) dalam hatinya.(ayat 4)

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawapan:

Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada diberitahu oleh peri, penjurit ketujuh berkata
kepada Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada bahawa dia hendak mengalahkan negeri
Melaka itu seorang diri. Walau bagaimanapun, Laksama membunuh penjurit tujuh bersaudara
di Bukit Cina itu. Tidak lama kemudian Patih Gajah Mada mendengar berita bahawa penjurit
tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara ke Melaka itu sudah mati. Patih Gajah Mada
berasa hairan dan berfikir dalam hatinya.

5

Teknik BAKU juga mampu melahirkan murid yang rajin , berdisplin dan berhati-hati. Selain
itu, juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Anderson,
Howe,Soden & Low (2001) menyatakan bahawa manusia belajar berdasarkan cara bagaimana
dia mengamati dan memproses sesuatu. Semasa proses teknik ini di pelajari murid dan guru
berinteraksi antara dua hala dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, ini akan
mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping dapat memperkukuh
serta memantapkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid. Dalam konteks
pembelajaran , pengaplikasian teknik Teknik BAKU dalam pengajaran dan pembelajaran
boleh dikategorikan sebagai satu pendekatan atau pemudah cara bagi murid untuk
menyelesaikan permasalahan. Selain itu, murid juga akan terlibat dalam suasana pembelajaran
yang aktif serta dapat memperbaiki kemahiran komunikasi antara. Ianya menggalakkan
penglibatan yang aktif daripada murid-murid semasa proses pembelajaran baru. Guru sebagai
agen perubahan perlulah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang
bakal berlaku. Tugas seorang guru adalah untuk memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai pada hari itu. Oleh kerana itu, pengaplikasian Teknik BAKU ini
merupakan sebahagian daripada aplikasi teknik pemudah cara yang boleh digunakan sebaik
yang mungkin supaya pembelajaran yang berlangsung akan lebih bermakna kepada murid.

3.0 PERNYATAAN MASALAH / FOKUS KAJIAN

Masalah kajian ini melibatkan murid tingkatan 5 UiTM .Murid tidak mahir menukarkan
Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard. Murid juga didapati tidak faham
maksud rangkai kata atau penanda wacana petikan Bahasa Melayu Klasik. Latihan yang
diberikan oleh guru sebelum menghadapi ujian tidak dapat membantu murid mendapat
markah yang tinggi dalam ujian. Tiada panduan yang tertentu menyukarkan pelajar untuk
menjawab soalan ini. Murid sering mengalami masalah kurang tumpuan dalam pembelajaran
Bahasa Melayu kerana menganggapnya mudah dan remeh. Fokus kajian ialah kesukaran
murid untuk memilih perkataan Bahasa Melayu Klasik yang perlu ditukar dalam proses
menukarkan Petikan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard . Kesilapan
yang sering pelajar lakukan ialah menukarkan maksud secara terus daripada petikan tanpa
melihat keperluan perkataan dan ayat yang dibina tidak atau kurang gramatis. Oleh itu,

6

Teknik BAKU ini sangat berguna untuk murid dalam mengenal pasti langkah yang perlu
dilakukan ketika menjawab soalan Bahasa Melayu Standard . Dengan menggunakan Teknik
BAKU ini, murid akan lebih ingat dan mudah untuk mengesan jawapan.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF AM
Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid menukarkan Petikan Klasik kepada
Bahasa Melayu Standard .
OBJEKTIF KHUSUS
Objektif yang ingin dicapai dalam menggunakan Teknik BAKU ini adalah seperti berikut:
1. Mengkaji penggunaan Teknik BAKU sebagai langkah mudah menukarkan Bahasa Melayu
Klasik kepada Bahasa Melayu Standard .
2. Mengkaji tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan Teknik BAKU.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 32 orang murid dari kelas 5 UiTM di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Kota Tinggi. Mereka ini terdiri daripada 32 orang murid. 31 orang berbangsa Melayu
dan seorang berbangsa Cina. Prestasi akademik khusus kajian pada soalan 4 Kertas 2 Bahasa
Melayu , kesemua sampel kajian ini belum menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui hasil pemerhatian
pengkaji, kesemua sampel didapati mempunyai masalah menukarkan petikan Bahasa Melayu
Klasik kepada Bahasa Melayu Standard.

7

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Kajian berbentuk kuasi eksperimental dilaksanakan di sebuah kelas tingkatan 5 UiTM yang
terdiri daripada 32 orang murid yang akan mempelajari petikan Bahasa Melayu Klasik dengan
menggunakan Teknik BAKU. Kesemua murid tingkatan 5 UiTM terlibat sebagai responden
untuk menjalani ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan ujian
pra dan pasca serta mengukur tahap pengetahuan murid dengan menggunakan soal selidik
terhadap murid tingkatan 5 UiTM kerana ujian ini akan memperlihatkan kesan tersebut.
Melalui ujian ini, pengkaji akan mengambil markah0- setiap murid untuk dikumpul. Selepas
ujian pra dilaksanakan, markah akan diperolehi dan dianalisis untuk mengetahui serta
mengukur tahap penguasaan mereka pada peringkat awal. Selepas itu, pelaksanaan Teknik
BAKU dijalankan dan sekali lagi murid perlu menjawab soalan menggunakan teknik ini.
Hasilnya akan dianalisis secara terperinci. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan SMK
Bandar Kota Tinggi, Johor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan
pasca serta borang soal selidik.

i. Ujian Pra

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan soalan 4 Bahasa Melayu Standard Kertas2 yg
mengandungi satu soalan. Ujian ini diperolehi melalui buku latihan Bahasa Melayu tingkatan
5 Prosa Tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada” yang terdapat dalam Antologi
Sejadah Rindu. Set soalan ini terdiri daripada satu petikan sahaja. Set soalan ujian ini akan
digunakan bagi kedua-dua ujian iaitu bagi ujian pra dan juga ujian pasca. Ujian pra digunakan
untuk mengetahui atau mengukur tahap pengetahuan murid sebelum penggunaan Teknik
BAKU dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi ujian pasca pula digunakan untuk mengesan
perubahan pencapaian responden selepas penggunaan Teknik BAKU dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kedua-dua ujian ini menggunakan soalan yang sama bagi mengelak tahap
kesukaran berbeza dan keputusan yang tidak tepat. Selain itu, ujian digunakan kerana
memudahkan pengkaji untuk mengukur tahap kebolehan atau pemahaman murid sebelum dan
selepas kajian ini dijalankan. Tempoh masa yang diberikan kepada responden untuk
menjawab adalah selama lima belas minit sahaja.

8

Jadual 1 : Profil Responden Murid

Latar Belakang Responden Jumlah Peratusan(%)
Responden
Jantina Lelaki 13 41
perempuan 19 59
Bangsa Melayu 31 97
Cina 1 3

i)Analisis ujian pra

Bil. Nama murid Markah Peratus (%)

(6 m)

1. AIMAN SYAHARIZ BIN SOFIAN 3 50

2. AISYAH NABIHAH BINTI MUHAMMAD RIZAN 2 33

3. AMNA SYAFINAZ BINTI MOHD HISHAM 2 33

4. DINAH DIYANAH BINTI ABDUL JALAL 1 16

5. FATIN HAMIZAH BINTI RAMLI 2 33

6. FIZZAH AQILAH BINTI ABDULLAH 3 50

7. GOH YI HENG 2 33

8. HUSNA NURAIN BINTI ASWAN 3 50

9. MOHAMAD AKMAL ALIF BIN MOHD ALI 1 16

10. MOHAMAD AZRI BIN HISAM 00

11. MOHAMAD FAHIM HAKIMI BIN JOHARI 1 16

12. MOHAMAD HAFIZUL BIN ABD JALIL 00

13. MUHAMMAD AIMAN HAZIQ BIN ROHAMA 2 33

14. MUHAMMAD DANIAL BIN HUSIN 00

15. MUHAMMAD FAIZ BIN HARON 1 16

16. MUHAMMAD HARRIS AIMAN BIN NURHISYAM 2 33

17. MUHAMMAD KHAIRUL AMRI BIN MUHAMMAD KHAIR 1 16

18. NORHASANAH BINTI NORZAKHRAN 2 33

19. NUR AINAA FARIZAH BINTI MOHD HAIRI 2 33

20. NUR ALICE IZZATY BINTI MOHD RAFERTY 5 83

21. NUR ANIS SYAFIQAH BINTI NORIZAN 3 50

22. NUR HAIZATUL HAZREN BINTI MOHD SALLEH 3 50

23. NURSYAKINA BINTI MOHMAD ASPAR 2 33

24. NURUL ELLMA ALEESHA BINTI MOHAMAD ALI 1 16

25. NURUL NADHIRAH NAJWA BINTI AZMAN 2 33

26. NURUL SYAZIYAH BINTI ZAINI 5 83

27 SHARIFAH ERNY SYAZWANE BINTI SYD ABDUL AZIZ 5 83

9

28 SITI RAFIDAH BINTI RAHMAT 5 83
29 SITI SHAHIRA BINTI SA'AT 3 50
30 SYAFITRI NORAINI BINTI SAMSURI 3 50
31 SYAZWAN BIN MOHAMMAD SHUKRI 2 33
32 TENGKU ADAM SHAH BIN TENGKU AZLISHAH 1 16

7.0 HASIL ANALISIS DATA

Responden kajian terdiri daripada 32 orang murid SMK Bandar Kota Tinggi. Responden
diambil daripada latar belakang pelajaran sederhana. Responden yang terlibat merupakan
murid lelaki 13 orang iaitu (41 %) dan perempuan 19 orang iaitu (59 %). Murid kelas 5 UiTM
terdiri daripada murid yang berbangsa Melayu dan Cina. Taburan keseluruhan responden
mengikut bangsa ialah seorang murid berbangsa Cina ( 3 %), manakala 31 orang ( 97 % )
berbangsa Melayu . Keadaan ini menunjukkan 97 % kelas 5 UiTM adalah berbangsa Melayu.
Perubahan penggunaan Teknik BAKU dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu bagi menjawab soalan Bahasa Melayu Standard dapat mempertingkatkan
kefahaman murid-murid dalam bahagian tersebut.

Analisis ujian pra ditunjukkan dalam Jadual 4 menunjukkan markah dan peratus yang
diperoleh responden dalam ujian pra. Pengkaji telah menggunakan soalan Bahasa Melayu
Standard untuk menguji para murid. Ujian ini dilakukan sebelum murid diperkenalkan cara
menggunakan Teknik BAKU dalam pembelajaran mereka. Hasil ujian menunjukkan markah
tertinggi bagi ujian pra ialah empat markah daripada markah keseluruhan iaitu enam markah.
Markah terendah ialah kosong .markah paling tinggi ialah 5 markah yang diperolehi oleh
murid perempuan yang bernama Nurul Syaziyah Binti Zaini,Sharifah Erny Syazwane Binti
Syd Abdul Aziz, Siti Rafidah Binti Rahmat dan Nur Alice Izzaty Binti Mohd Raferty iaitu 5
markah (83 %). Murid ini memperolehi markah yang tertinggi dalam ujian pra ini kerana
berkemungkinan mereka sangat suka akan membaca prosa tardisional. Hal ini tidak dapat
disangkal lagi apabila Zainab Awang Ngah (1977) sendiri telah menjalankan penyelidikan
mengenai tabiat dan minat membaca pelajar-pelajar yang berumur antara 14 hingga 15 tahun
di dua buah sekolah komprehensif di Cardiff, Wales, United Kingdom dan hasil kajiannya
mendapati pelajar-pelajar perempuan lebih suka membaca buku dan majalah berbanding
murid-murid lelaki. Seterusnya, murid yang memperolehi markah terendah pula ialah
Mohamad Azri Bin Hisam, Mohamad Hafizul Bin Abd Jalil dan Muhammad Danial Bin

10

Husin iaitu kosong markah . Jelas menunjukkan bahawa bagi sampel kelas ini menunjukkan
murid lelaki sangat tidak gemar untuk membaca apatah lagi jenis bacaan prosa tradisional.
Oleh itu, penggunaan Teknik BAKU sangatlah digalakkan untuk memudahkan pelajar
mencari maklumat penting dan penyusunan ayat di dalam petikan.

ii)Pemerhatian

Sebelum melaksanakan ujian pasca, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid
semasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik BAKU . Murid telah
diperkenalkan secara menyeluruh mengenai penggunaan Teknik Baku sebagai langkah mudah
menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard . Pengkaji telah memberi
penerangan dan memberikan contoh-contoh petikan dalam pembelajaran prosa tradisional.
Pengkaji juga telah menyampaikan maklumat secara terperinci agar murid memahami dan
mudah apabila menggunakan Teknik BAKU ini dalam pembelajaran Bahasa Melayu
Standard. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, murid didapati lebih seronok
dan berminat untuk belajar. Hal ini demikian kerana mereka telah mengetahui teknik yang
boleh digunakan untuk belajar menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu
Standard agar tidak bosan. Penggunaan Teknik ini dapat membantu murid untuk lebih minat
akan. Sebagai buktinya, pengkaji telah membuat soal selidik mengenai pengetahuan murid
dalam penggunaan Teknik BAKU dalam pembelajaran.

Jadual2: Soal Selidik

BAHAGIAN B SOAL SELIDIK

i) Mengenal pasti pengetahun penggunaan Teknik BAKU Sebagai Langkah Mudah
Menukarkan Bahasa Melayu Klasik Kepada Bahasa Melayu Standard .

BIL PERKARA 1 23 4

1. Saya tahu menggunakan Teknik BAKU 6 26
dalam menjawab soalan. (18.7%) (81.2%)

2. Saya tahu Teknik BAKU boleh digunakan 2 30
dalam pembelajaran . (6.2%) (93.7%)

11

3. Saya tahu bahawa Teknik BAKU ini 4 28
mempunyai 4 jenis langkah. (12.5%) (81.2%)

Saya tahu Teknik BAKU dapat 32
memudahkan murid untuk mencari (100%)
4. maklumat penting dalam prosa klasik
4 28
5. Saya sedar bahawa dengan menggunakan (12.5%) (81.2%)
Teknik BAKU seseorang murid dapat
meningkatkan lagi daya ingatan . 32
(100%)
6. Penggunaan Teknik BAKU dapat menarik
minat belajar Bahasa Melayu Standard .

1=sangat tidak tahu 2= tidak tahu 3= tahu 4=sangat tahu

Jadual soal selidik di atas menunjukkan selepas guru memperkenalkan Teknik BAKU
tersebut, ramai murid yang telah sedar akan kegunaannya. Untuk item yang pertama didapati
seramai 26 orang murid yang sangat tahu menggunakan Teknik BAKU bersamaan dengan
(81.2%) dan hanya enam orang murid yang tahu menggunakan Teknik BAKU bersamaan
(18.7%). Item yang kedua pula didapati murid sangat tahu bahawa Teknik BAKU boleh
digunakan dalam pembelajaran Bahasa Melayu Standard seramai 30 orang iaitu (93.7%) dan
yang tahu bahawa Teknik BAKU boleh digunakan dalam pelajaran seramai 2 orang iaitu
(6.2%). Seterusnya, item yang ketiga pula berkait dengan pengetahuan murid mengenai
Teknik BAKU mempunyai 4 langkah. Didapati bahawa 28 orang (81.2%) yang sangat tahu
dan hanya empat orang(12.5%) yang tahu. Item yang keempat pula mengenai tahu akan
Teknik BAKU dapat memudahkan murid untuk mencari maklumat penting dalam prosa
klasik iaitu seramai 32 orang bersamaan (100%) yang sangat tahu akan hal ini. Item kelima
iaitu mengenai kesedaran murid bahawa Teknik BAKU dapat meningkatkan daya ingatan
seseorang. Didapati seramai 28 orang (81.2%) yang sangat tahu dan hanya empat
orang(12.5%) yang tahu. Semua murid bersetuju bahawa penggunaan Teknik BAKU ini dapat
menarik minat untuk mereka belajar.

12

iii)Analisis Ujian Pasca Markah Peratus
(15m) (%)
Jadual 3: Analisis Ujian Pasca 5 83
5 83
Bil. Nama murid 4 66
5 83
1. AIMAN SYAHARIZ BIN SOFIAN 4 66
2. AISYAH NABIHAH BINTI MUHAMMAD RIZAN 6 100
3. AMNA SYAFINAZ BINTI MOHD HISHAM 5 83
4. DINAH DIYANAH BINTI ABDUL JALAL 6 100
5. FATIN HAMIZAH BINTI RAMLI 4 66
6. FIZZAH AQILAH BINTI ABDULLAH 4 66
7. GOH YI HENG 4 66
8. HUSNA NURAIN BINTI ASWAN 5 83
9. MOHAMAD AKMAL ALIF BIN MOHD ALI 5 83
10. MOHAMAD AZRI BIN HISAM 4 66
11. MOHAMAD FAHIM HAKIMI BIN JOHARI 5 83
12. MOHAMAD HAFIZUL BIN ABD JALIL 5 83
13. MUHAMMAD AIMAN HAZIQ BIN ROHAMA 5 83
14. MUHAMMAD DANIAL BIN HUSIN 6 100
15. MUHAMMAD FAIZ BIN HARON 6 100
16. MUHAMMAD HARRIS AIMAN BIN NURHISYAM 6 100
17. MUHAMMAD KHAIRUL AMRI BIN MUHAMMAD KHAIR 6 100
18. NORHASANAH BINTI NORZAKHRAN 6 100
19. NUR AINAA FARIZAH BINTI MOHD HAIRI 6 100
20. NUR ALICE IZZATY BINTI MOHD RAFERTY 6 100
21. NUR ANIS SYAFIQAH BINTI NORIZAN 6 100
22. NUR HAIZATUL HAZREN BINTI MOHD SALLEH 6 100
23. NURSYAKINA BINTI MOHMAD ASPAR 6 100
24. NURUL ELLMA ALEESHA BINTI MOHAMAD ALI 6 100
25. NURUL NADHIRAH NAJWA BINTI AZMAN 6 100
26. NURUL SYAZIYAH BINTI ZAINI 6 100
27 SHARIFAH ERNY SYAZWANE BINTI SYD ABDUL AZIZ 6 100
28 SITI RAFIDAH BINTI RAHMAT 5 83
29 SITI SHAHIRA BINTI SA'AT
30 SYAFITRI NORAINI BINTI SAMSURI
31 SYAZWAN BIN MOHAMMAD SHUKRI
32 TENGKU ADAM SHAH BIN TENGKU AZLISHAH

13

Manakala bagi ujian pasca, markah tertinggi yang diperoleh responden ialah enam markah
dan markah terendah ialah empat. Peratus tertinggi bagi ujian pasca ialah 100% iaitu
Norhasanah Binti Norzakhran,Nur Ainaa Farizah Binti Mohd Hairi,Nur Alice Izzaty Binti
Mohd Raferty,Nur Anis Syafiqah Binti Norizan,Nur Haizatul Hazren Binti Mohd
Salleh,Nursyakina Binti Mohmad Aspar,Nurul Ellma Aleesha Binti Mohamad Ali, Nurul
Nadhirah Najwa Binti Azman, Nurul Syaziyah Binti Zaini, Sharifah Erny Syazwane Binti
Syed Abdul Aziz, Siti Rafidah Binti Rahmat, Siti Shahira Binti Sa'at, Syafitri Noraini Binti
Samsuri, Syazwan Bin Mohammad Shukri Nor Aisah, Husna Nurain Binti Aswan dan Husna
Nurain Binti Aswan,yang masing-masing mendapat markah penuh. Peratus yang rendah pula
sebanyak 63.3% iaitu Amna Syafinaz Binti Mohd Hisham, Fatin Hamizah Binti Ramli,
Mohamad Akmal Alif Bin Mohd Ali, Mohamad Azri Bin Hisam, Mohamad Fahim Hakimi
Bin Johari dan Muhammad Danial Bin Husin. Namun semua murid telah memperolehi
peningkatan markah selepas pengkaji memperkenalkan kegunaan Teknik BAKU sebagai
langkah mudah menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard .

8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi ujian pra ialah 36.1%, manakala nilai min
bagi ujian pasca meningkat kepada 88.30%. Hal ini membuktikan bahawa peningkatan
pencapaian responden selepas penggunaan Teknik BAKU dalam pengajaran dan
pembelajaran. Peningkatan markah bagi responden paling banyak selepas ujian pasca adalah
enam markah manakala peningkatan markah responden paling sedikit adalah satu markah.
Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang besar terhadap pencapaian
responden selepas pengaplikasian Teknik BAKU dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini
dibuktikan melalui dapatan kajian yang telah membandingkan pencapaian antara ujian pra dan
ujian pasca. Markah yang diperolehi responden telah dalam bentuk peratusan. Jumlah
responden yang memperoleh peratusan yang melebihi 50 peratus dalam ujian pasca telah
mencapai 32 orang berbanding dengan hanya 11 orang responden yang memperoleh kurang
50% dalam ujia pra. Dalam ujian pasca juga, tiada responden yang memperoleh markah
bawah 50% dalam ujian pra terdapat seramai 21 orang yang mendapat markah bawah 50%.
Berdasarkan analisis yang dibuat, dapatan hasil kajian telah menjelaskan bahawa terdapat

14

perubahan pencapaian murid selepas penggunaan Teknik BAKU dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah selari dengan kajian yang telah dijalankan iaitu murid menggunakan
Teknik BAKU lebih mudah memahami langkah yang perlu diambil ketika menjawab soalan
Bahasa Melayu Standard . Mereka jelas dan faham kaedah yang perlu dilakukan ketika
mencari maklumat penting dalam petikan. Tambahan lagi penggunaan Teknik BAKU mampu
mendorong minda untuk memberi fokus serta membantu proses berfikir. Secara keseluruhan,
analisis ini dapat menunjukkan bahawa melalui Teknik BAKU guru berperanan sebagai
fasilitator atau pemudah cara dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar. Bukan itu
sahaja, penggunanaan Teknik BAKU dapat membantu pelajar dalam mengorganisasikan
pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu murid mencari maklumat
secara sistematik.

Pengkaji telah memfokuskan tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan Teknik BAKU dalam pemahaman murid terhadap Bahasa Melayu
Klasik dan kemahiran menukarkan petikan Bhasa Melayu klasik kepada Bahasa Melayu
Standard bagi tingkatan 5 UiTM. Dapatan daripada analisis data menunjukkan kesan
penggunaan Teknik BAKU dalam meningkatkan pemahaman serta membantu meningkatkan
perolehan markah dalam ujian Bahasa Melayu Standard . Dapatan yang diperoleh daripada
analisis data antara praujian dengan pascaujian Kumpulan Eksperimen jelas membuktikan ada
peningkatan prestasi pencapaian murid dalam pemahaman Bahasa Melayu Standard .
Peningkatan adalah pada tahap yang baik. Dapatan menunjukkan skor dalam pascaujian
adalah lebih tinggi berbanding skor dalam praujian. Hal ini membuktikan penggunaan Teknik
BAKU berjaya meningkatkan kefahaman murid dan menggunakan kaedah ini dalam ujian
dalam kalangan murid Tingkatan 5 UiTM. Oleh itu, soalan yang diuji mampu dijawab oleh
mereka walaupun pada tahap yang baik. Murid juga lebih bersikap positif terhadap
pembelajaran. Hal ini terbukti dengan penggunaan Teknik BAKU dalam pengajaran di dalam
bilik darjah terhadap murid-murid dan menampakkan perubahan sikap yang positif walaupun
dilaksanakan dalam jangka masa yang pendek.. Dalam konteks ini, penggunaan Teknik
BAKU yang digunakan dalam proses PdP mampu menarik minat murid untuk menjawab
soalan Bahasa Melayu Standard dan tumpuan murid meneruskan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kajian beliau boleh diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran Bahasa Melayu di
dalam bilik darjah. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian terhadap murid menggunakan
soal selidik selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan menggunakan Teknik BAKU

15

oleh murid. Kurangnya motivasi dan kesediaan murid dalam pembelajaran menyebabkan
murid berasa bosan dan tidak berminat untuk mempelajari pelajaran yang sukar bagi mereka.
Faktor ini menyebabkan murid tidak berminat untuk mempelajari sesuatu topik kerana mereka
tidak bersedia. Secara tidak langsung, keadaan ini menjejaskan tahap pemahaman mereka.
Oleh itu, penggunaan kaedah Teknik BAKU perlu diperkenalkan mengikut kesesuaian murid
dalam pengajaran Bahasa bagi topik Bahasa Melayu Standard.. Melalui penggunaan Teknik
BAKU dalam pengajaran murid dapat menyelesaikan masalah pembelajaran dengan mudah.

9.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian murid telah mengalami
perubahan ke arah positif setelah pengaplikasian Teknik BAKU dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu Standard .Berlakunya peningkatan markah jelas menunjukkan
bahawa penggunaan peta pemikiran merupakan satu kaedah pengajaran yang amat sesuai
dipraktikan dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan data soal
selidik pula menunjukkan murid mempunyai sikap positif terhadap penggunaan Teknik
BAKU ini. Murid mempunyai kemahiran belajar dan ini dapat memudahkan mereka
menguasai sesuatu topik. Dengan menggunakan Teknik BAKU sebagai kaedah atau langkah
bagi membimbing murid-murid dan ini akan mendorong kepada proses pembelajaran yang
aktif serta mengekalkan minat murid dalam pembelajaran prosa tradisional .

RUJUKAN

1. Che Zahariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1):
67-87.

2. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pentaksiran Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi.

3. Kementertian Pendidikan Malaysia. ( 2016). Buku Teks Antologi Sejadah Rindu Tingkatan
45.SASBADI

4. Kementertian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Teks Antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul Tingkatan 4. DBP

16

LAMPIRAN 1
SOALAN PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut Dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah
Patih Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke
Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh olch Laksamana ketujuhnya.

Scbermula ncgeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan ekarang baharulah patik beroleh
penjurit terlalu kepetangan; milah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang
dipesan oleh bapanya kepada patik."

(6 Markah)

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

JAWAPAN:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

17

LAMPIRAN 2
BAHAGIAN A DEMOGRAFI : MAKLUMAT RESPONDEN
JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
BANGSA
MELAYU
CINA
Skala
Sangat tidak tahu -1
Tidak tahu-2
Tahu-3
Sangat tahu- 4

18

BAHAGIAN B SOAL SELIDIK

ii) Mengenal pasti pengetahun penggunaan TEKNIK BAKU SEBAGAI LANGKAH
MUDAH MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA
MELAYU STANDARD .

BIL PERKARA 1234

1. Saya tahu menggunakan Teknik BAKU dalam
menjawab soalan.

2. Saya tahu Teknik BAKU boleh digunakan
dalam pembelajaran .

3. Saya tahu bahawa Teknik BAKU ini
mempunyai 4 jenis langkah.

Saya tahu Teknik BAKU dapat memudahkan
murid untuk mencari maklumat penting dalam
4. prosa klasik

5. Saya sedar bahawa dengan menggunakan
Teknik BAKU seseorang murid dapat

meningkatkan lagi daya ingatan .

6. Penggunaan Teknik BAKU dapat menarik
minat belajar Bahasa Melayu Standard .

19

20


Click to View FlipBook Version