The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku cerita kanak-kanak yang mengajar tentang kepentingan mendengar nasihat dan arahan ibu bapa.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syasyanizar14, 2022-11-02 20:10:46

Buku cerita - Anak-anak Kucing yang Nakal

Buku cerita kanak-kanak yang mengajar tentang kepentingan mendengar nasihat dan arahan ibu bapa.

Hai kawan-kawan, saya
rama-rama. Hari ini saya

akan ceritakan pada
kamu semua sebuah kisah
tentang anak-anak kucing.

Anak-anak kucing
yang nakal

Ditulis oleh Cikgu Nurin <3

Terdapat tiga ekor anak kucing yang
sangattttttt nakal.

Nama mereka ialah:

Yellow, Blue dan Red.

Haa nak tau tak kenapa nama mereka
Yellow, Blue dan Red?
Sebab warna bulu anak-anak kucing ini
adalah berwarna kuning, biru dan
merah.
Kucing-kucing nakal ni dah termasuk ke
dalam bekas yang mempunyai pewarna
semasa mereka berlari-lari dan bermain
di dalam rumah. Cik Meow dah pesan
pada anak-anaknya agar jangan
bermain di dalam rumah tetapi semua
tak nak dengar cakap ibu mereka.

Pada hujung minggu yang lepas, tuan
mereka membawa satu akuarium yang
mempunyai ikan-ikan yang sangat cantik
dam berwarna-warni. Tuan mereka
pesan “Meowww, Yelloww, Blue, dan
Red jangan kacau akuarium abang
tau”.

Red ingin mendekati akuarium tersebut
tetapi dihalang oleh ibu mereka. “Red!
Kan abang kata jangan kacau”.

Apabila tuan dan ibu mereka sudah
pergi, Red berkata pada Yellow dan Blue
“ Jom makan ikan tu. Nampak sedap laa.
Saya lapar”.

Red, Blue dan Yellow berjalan perlahan-
lahan di celah-celah kaki kerusi. Mereka
lompat naik ke atas sofa. “Wah!
Banyaknya ikan” kata Blue. Mereka
terus menghampiri akuarium.

Dap, dap, dap langkah mereka seakan-
akan berbunyi dengan kuat. Red menaiki
kotak dan cuba mengeluarkan ikan-ikan
tersebut.

Ikan-ikan yang terkeluar terdampar di
atas meja. “Cantiknya warna ikan-ikan
ini! Warna mereka seperti kita”. Anak-
anak kucing itu pun makan semua ikan
tersebut.

Yellow makan ikan berwarna kuning
dan biru.

Blue makan ikan berwarna merah
dan biru.

Red makan ikan berwarna kuning
dan merah.

Tiba-tiba mereka sakit perut.

“Ibu! Ibu! Ibu!” jerit mereka.

Cik Meow pergi ke arah anak-anaknya
dan terkejut melihat mereka kesakitan.
Lalu mereka termuntah.


Click to View FlipBook Version