EDISI 1, 24 May 2022
E-MAJALAH
MEMUPUK
KEMAKMURAN
DALAM
MASYARAKAT
MAJMUK
MPU23032 : PENGAJIAN ISLAM
01
SIDANG
REDEKSI
PENSYARAH
PUAN SUHAILA BINTI MUSTAFFA
MUHAMMAD FARIS MUHAMMAD FAHMIE BIN
AMIR BIN ISMUIEN FARIZAN
18DDT21F1124 18DDT21F1076
MUHAMMAD SHALMIHAD BIN
AMSYAR BIN SAHADI
KISSMI 18DDT21F1109
18DDT21F1091
02
ISI KANDUNGAN
SIDANG MEDIA ………….……………………………….. 01
ISI KANDUNGAN ………………………………………... 02
PENGHARGAAN ……………………………………….... 03
PE?NDAHULUAN ………………………………………... 04
ISU DAN MASALAH ANTARA MASYARAKAT .... 05
03
PENGHARGAAN
Alhamdulillah kami merafakkan kesyukuran ke hadrat ilahi
dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan e-
majalah yang bertajuk kemakmuran masyarakat dalam subjek
pengajian islam ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang
sepenuh penghargaan kepada Puan Suhaila binti Mustaffa,
pensyarah subjek Pengajian Islam atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami bagi melengkapkan tugasan
dan pemarkahan yang diperlukan.
Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan e-majalah ini berlaku. Saya juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan serta rakan – rakan
yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu
yang dapat diterokai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, kami amat berharap e-majalah yang telah
disediakan ini menepati dan bersesuaian serta boleh
dimanfaat dalam pembelajaran subjek yang berkaitan.
Pengalaman menyediakan e-majalah ini merupakan satu
pengalaman baru dan cukup menarik bagi kami dan tidak akan
kami lupakan.
PENDAHULUAN 04
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana
masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain
dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah
saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu
padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-
prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu
mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia
sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat”.Oleh itu,pelbagai cara perlu dilakukan untuk
mewujudkan perpaduan kaum yang aman dan membolehkan
masyarakat hidup secara bersatu hati dan tolong
menolong.Hal ini untuk mengelakkan pergaduhan antara
kaum ataupun persalahfaham.
05
ISU DAN MASALAH ANTARA
MASYARAKAT
Kejadian ini berlaku berpunca kepada ketidakadilan, tidak bergaul dengan
kaum lain, tidak memahami budaya dan agama kaum lain dan tiada sikap
hormat-menghormati. Dalam dalil juga ada menyatakan tentang
pentingnya perpaduan itu dalam sesebuah negara iaitu “Perkataan
perpaduan disebut sebanyak 534 kali dalam Al-Quran. Perpaduan lawan
perkataanya adalah perpecahan. Surah yang dimulakan dengan Ha-Mim
ada 7 bermula dengan surah ke 40 hingga 45 ( Surah Ghafir, Surah
Fussilat, Surah Al-Syura, Surah Al-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-
Jadthiyah dan Surah Al-Ahqaf)”.
Selain itu, ayat 103 Surah Ali Imran menyebut, untuk mencapai
perpaduan, kita perlulah berpegang kepada tali Allah dan ayat ini
menyatakan untuk mencapai perpaduan bersatu-padu, perlu berpegang
tali Allah iaitu Al-Quran.”Manusia yang tidak berpegang pada tali boleh
menjadi lemas dalam kehidupan. Dengan berpegang pada Al-Quran Allah
akan menawarkan banyak kelebihan”. Surah inilah yang diturunkan untuk
menyatukan penduduk dalam kalangan kaum Yahudi, Aus, dan Khazraj di
Madinah.
Disamping itu, kita dapat melihat perpaduan kaum pada masa kini
sudah semakin pudar. Hal ini amat merisaukan kerana mungkin sejarah
hitam yang lepas akan kembali lagi. Contohnya di Malaysia kini
melibatkan banyak isu perkauman. Ini semakin membimbangkan, oleh itu
kita perlu mencari penyelesaiannya untuk menghindari peristiwa berulang
kembali. Antara penyelesaian yang dapat kita buat dalam menyemai
perpaduan dalam diri masyarakat majmuk kita adalah dengan memahami
agama dan bangsa lain, menghormati setiap bangsa, saling ziarah-
menziarahi untuk mengeratkan silaturahim dan tolong menolong tidak
mengira bangsa dan agama.
Dalam Islam juga banyak menceritakan tentang pentingnya perpaduan
di dalam kehidupan seharian kita. Islam tidak memilih bangsa dan
agama dalam kehidupan seharian malah Islam ini mudah dan luas
ajarannya, setiap agama juga boleh mempelajarinya.
06
MASYARAKAT HIDUP BERSATU
PADU
KEBAIKAN BERSATU KESAN TIDAK
PADU BERSATU PADU
MASYARAKAT AKAN HIDUP LEBIH MASYARAKAT YANG TELAH
HARMONI BERPECAH BELAH
PELBAGAI AKTIVITI NEGARA AKAN MENJADI HURU
KEMASYARAKATAN DAPAT HARA DAN MEMPUNYAI BANYAK
DILAKUKAN MASALAH
DAPAT MENGELAKKAN SEMANGAT PERBALAHAN DAN PERGADUHAN
ASSABIAH IAITU SEMANGAT ANTARA KAUM AKAN TERJADI
KEKITAAN YANG HANYA
MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI KADAR JENAYAH AKAN MENIGKAT
DAPAT MEMBANGUN EKONOMI WUJUD SALAH FAHAM DAN BURUK
NEGARA PADANGAN ANTARA KAUM-KAUM
YANG LAIN KERANA WUJUDNYA
IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA SIKAP PERKAUMAN
AKAN MENIGKAT
MASALAH MENCURI,MENCULIK
PEMBANGUNAN YANG DAN LAIN-LAIN AKAN MENINGKAT
DIRANCANG AKAN BERJALAN KERANA TIADA SIKAP UNTUK
DENGAN BAIK SALING BEKERJASAMA
DAPAT MENGEKALKAN AKTIVITI EKONOMI TIDAK DAPAT
KESTABILAN EKONOMI DIJALANKAN DENGAN BAIK DAN
JUGA MUNGKIN DIBERHENTIKAN
DAPAT MENJADIKAN NEGARA KITA SERTA MERTA
AMAN DAN DAMAI TANPA ADA
PERGADUHAN ATAU SALAH INI AKAN MENCONTENG IMEJ DAN
FAHAM ANTARA MASYARAKAT INTRIGITI NEGARA SEBAGAI
SEBUAH NEGARA YANG
BERDAULAT DAN MENGAMALKAN
PRINSIP DEMONKRASI
07
LANGKAH-LANGKAH
MASYARAKAT MEMUPUK
SEMANGAT PERPADUAN
SEMUA KAUM MERAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI
DENGAN BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA YANG
DIADAKAN
MENYATUKAN PENDUDUKAN DENGAN PELBAGAI
AKTIVITI
MENGADAKAN RUKUN TERTANGGA
MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM SETIAP ORANG
MENGHORMATI AGAMA DAN BUDAYA ORANG LAIN
MENYEDIAKAN MEDIA MASA TENTANG PENTINGNYA
SEMANGAT PERPADUAN
08
TUJUAN MASYARAKAT HIDUP
BERSATU PADU
MEWUJUDKAN
MASYARAKAT YANG
BERMORAL DAN
BERETIKA
MEMUPUK DAN MEBINA
MASYARAKAT YANG
MAKMUR
MEWUJUDKAN
MSYARAKAT YANG
MATANG , LIBERAL DAN
BERTOLERANSI
MEMBINA
BANGSABERJIWA
BEBAS,TENTERAM DAN
BERKEYAKINAN
MASYARAKAT YANG
BERBUDAYA
PENYAYANG
09
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK
Malaysia sangat sinonim dengan masyarakat majmuk dan sebagai
sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Di
seluruh Malaysia terdapat lebih 80 kaum. Terdapat tiga bangsa
yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina daripada 80 kaum
yang ada di seluruh negara. Konsep masyarakat membawa maksud
kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat
dengan mengikut aturan dan cara tertentu serta masyarakat ini
pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa iaitu merujuk
Kamus Dewan. Justeru gabungan kedua-dua istilah masyarakat
majmuk membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
kesatuan’, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di
sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
Menurut pendapat Furnivall masyarakat majmuk muncul akibat
daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan
penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah
mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam
dalam satu unit politik. Mereka tidak bergantung antara kaum lain
namun kelompok-kelompok ini bercampuran, amat berpegang kuat
kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang
tersendiri.
Perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang
mewujudkan masyarakat majmuk merupakan intipati yang menjadi
tumpuan di Semenanjung Malaysia. Semasa era kegemilangan
Melaka lagi hadir pelbagai kaum pada asasnya telah bermula
melalui proses perdagangan yang dijalankan. Namun kehadiran
mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat
majmuk. Pada kurun ke-18 penggunaan istilah masyarakat majmuk
bermula dengan adanya peranan pihak British. Pada masa dulu
Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu pernah dijajah oleh tiga
negara yang berbeza iaitu Protugis, Belanda, British dan Jepun.
Maka kupasan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui
penjajahan kuasa asing diberi perhatian
10
FAKTOR-FAKTOR UNTUK
MEWUJUDKAN MASYARAKT MAJMUK
A)PENDIDIKAN (PELAJAR)
-berlaku selepas era kemerdekaan
-bahasa pengatar BAHASA MELAYU
-MEWUJUDKAN SEKOLAH KEBANGSAAN,SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN(cina dan india), DAN SEKOLAH MENEGAH.
-sistem pembelajaran meliputi sama taraf dan bahasa pengatar
pembelajaran terkini adalah DWIBAHASA.
B)PERAYAAN
- 4 sambutan umum masyarakat di MALAYSIA antaranya, HARI
RAYA AIDILFITRI,
TAHUN BARU CINA, DEEPAVALI DAN HARI KRISMAS
-mengadakan rumah terbuka setiap perayaan di seluruh
malaysia untuk mewujudkan perpaduan
C)KEBUDAYAAN
-terdiri dari segi makanan tradisional,pakaian tradisional dan
lain-lain
-Lazimnya, masyarakat cina dan india turut mengikut amalan
pemakaian tradisional semasa PERAYAAN DI MALAYSIA.
D)PELANCONGAN
-dikategorikan sebagai salah satu faktor utama kemunculan
masyarakat majmuk
-kaum melayu ,cina dan india turut bermigrasi ke suatu
penempatan baru disebabkan oleh
faktor kos sara hidup, ekonomi dan peluang pekerjaan yang
menyebabkan berlaku kemunculan masyarakan majmuk di
sesuatu tempat
11
GALERI ALBUM
Perbincangan di dalam kelas
Perbincangan di kamsis
12
Perbincangan di atas talian
13
PENUTUP
Akhir sekali, Kita boleh mengetahui apa itu perpaduan daripada
setiap penerangan yang diberikan. Apabila amalan perpaduan
etnik meresap ke dalam jiwa rakyat Malaysia, keamanan negara
juga dapat diperkukuh. Justeru, semua pihak harus bekerjasama
dan tidak mengharapkan kerajaan mewujudkan keamanan dan
perpaduan etnik. Oleh itu, kita tidak boleh mengelak daripada
bercakap tentang perpaduan kaum, kita juga tidak boleh "bagai
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, dan kita
mesti mewujudkan semangat “bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh”. Perpaduan kaum yang begitu harmoni di tanah air tercinta.
Insyallah jika kita sentiasa menjaga hubungan kita antara kaum
dan bangsa maka negara kita bertambah maju dan akan
mencapai kemerdekaan Malaysia
14
SUMBER RUJUKAN
INTERNET
BUKU NOTA DAN BUKU RUJUKAN
WWW.PTSS.EDU.MY
DISEDIAKAN OLEH
NAMA No. Matrik Class
DDT2C
MUHAMMAD AMSYAR BIN 18DDT21F1091 DDT2C
KISSMI 18DDT21F1036 DDT2C
18DDT21F1124 DDT2C
MOHAMMAD FAHMIE BIN 18DDT21F1109
FARIZAN
MUHAMMAD FARIS AMIR BIN
ISMUEIN
SHALMIHAD BIN SAHADI