The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMALAN NILAI DAN BUDI BAHASA DALAM NOVEL JERIGI KASIH KARYA RAMLAH ABD RASHID.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d082312, 2021-05-22 00:38:59

BSS3073 TUGASAN KUMPULAN-converted

AMALAN NILAI DAN BUDI BAHASA DALAM NOVEL JERIGI KASIH KARYA RAMLAH ABD RASHID.

BSS 3073
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN

MODAL INSAN

TAJUK TUGASAN:

AMALAN NILAI DAN BUDI BAHASA DALAM NOVEL JERIGI KASIH KARYA

RAMLAH ABD RASHID

NAMA NO MATRIK

SITI NUR SYAKILA BINTI ROZALI D20181082312

NUR HASLIN BINTI SALEH @ AB RAHMAN D20181082313

SYAZWANA BINTI NOR IZANI D20181082315

NORAZIELA BINTI NORDIN D20181082316

PENSYARAH :
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

1

PENGENALAN

Nilai dan budi merupakan perkataan yang sering didengari oleh segelintir masyarakat terutama
masyarakat daripada bangsa Melayu tradisional. Hal ini demikian kerana, perkara tersebut amat
dititikberatkan oleh mereka kerana setiap individu mestilah menerapkan nilai tersebut dalam diri
kerana terdapat banyak kelebihan yang bakal diperoleh. Sehubungan dengan itu, maksud amalan
nilai adalah merupakan sesuatu atau sebuah prinsip atau dikenali sebagai garis panduan yang
menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan seharian. Perkara ini jelas
dinyatakan adalah kerana setiap individu mempunyai prinsip kehidupan yang tersendiri. Bukan
itu sahaja, nilai ini juga dapat didefinisikan sebagai suatu “PREFERENCE” iaitu merujuk kepada
sesuatu yang lebih baik mengenai hubungan sosial mahupun mengenai matlamat-matlamat serta
memberikan iktibar kepada seseorang individu untuk mencapainya.

Manakala konsep bagi budi bahasa pula merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat (2019), budi didefinisikan sebagai akal dan kebijaksanaan atau merujuk kepada sesuatu
perangai yang memperlihatkan tingkah laku, akhlak dan perlakuan yang baik serta menuturkan
perbicaraan dan memiliki daya upaya yang baik dalam diri seseorang individu. Bukan itu sahaja,
maksud bagi budi bahasa pula adalah merangkumi akhlak, pemurah, watak dan perlakuan yang
baik dan sebagainya yang disebut menunjukkan nilai-nilai baik diperoleh daripada seseorang
individu. Penerapan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia ini adalah
merupakan nilai sejagat yang amat dituntut oleh setiap agama, kepercayaan, adat rasmi dan juga
kebudayaan.

Kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis penggunaan amalan nilai-nilai baik dan
juga budi bahasa yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera pilihan. Novel berjudul ‘Jeriji
Kasih’ merupakan bahan kajian yang utama untuk dianalisis bagi mencari adakah pengarang
mengetengahkan peristiwa yang mempamerkan unsur-unsur amalan nilai dan budi bahasa ini di
dalam penulisan karya sasteranya serta dapat dijadikan sebagai contoh rujukan yang jelas
melalui petikan teks yang berkaitan dalam hasil kajian. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan juga
adalah untuk berkongsi beberapa penambahan ilmu yang lebih bermanfaat bagi memudahkan
para pengkaji pada masa akan datang untuk merujuk bahan yang berkaitan supaya mudah
memahami dengan lebih jelas mengenai pengaplikasian amalan nilai baik dan penggunaan
bahasa yang merujuk kepada berbudi bahasa kepada para pembaca.

2

LATAR BELAKANG
Novel yang dipilih iaitu Novel Jerigi Kasih karya Ramlah Abd. Rashid. Ramlah Abd

Rashid atau nama penanya Ramlah Rashid dilahirkan pada 1 Ogos 1965 di Teluk Sareh Empai,
Parit, Perak. Beliau memulakan pelajaran peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Teluk Sareh
pada tahun 1972 hingga 1977. Kemudian, beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah 1 di Lambor Kanan, Parit, Perak pada tahun 1978 hingga
1982. Seterusnya, Ramlah Rashid melanjutkan pengajiannya di Kolej Yayasan Anda pada tahun
1983 hingga 1984. Seterusnya, Ramlah bertugas sebagai penjawat awam di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Di samping itu, penglibatan Ramlah Rashid dalam penulisan kreatif bermula sejak
beliau di sekolah menengah. Ketika di sekolah menengah beliau lebih suka menulis puisi.
Setelah tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, beliau mula berjinak-jinak mengarang
cerpen. Cerpen hasil nukilannya dihantar ke majalah-majalah dan akhbar-akhbar tempatan
menggunakan pelbagai nama samara. Walaupun tidak begitu prolifilik dalam menghasilkan
cerpen tetapi beliau kekal menulis. Beliau berhenti berkarya sekitar hujung tahun 80-an dan
kembali aktif pada penghujung tahun 90-an. Ramlah Rashid pernah mengikuti bengkel
penulisan skrip anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tetapi tidak
giat menulis skrip sebaliknya kembali menulis cerpen dan akhirnya menghasilkan novel.

Novel pertama Ramlah Rashid diterbitkan pada tahun 2005 setelah banyak mengarang
manuskrip novel untuk koleksi sendiri. Oleh yang demikian, novel-novel beliau yang telah
diterbitkan ialah Menggapai Gapura Kasih dan Memori Rindu (2005), Kabus Senja, Tak
Kuduga dan Sara Kirana (2006), Jerigi Kasih dan Qaseh Qaisy (2007) dan Aku Cinta Kyra
(2008). Novel terbaharu beliau yang telah diterbitkan pada tahun 2009 ialah Usang, Seharum
Cinta Lestari dan Trilogi Magis. Beliau juga berjaya dalam mengharumkan perkembangan
sastera tanah air di Rantau Asia. Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau dimana
berkemampuan dalam menghasilkan pelbagai genre penulisan kreatif seperti puisi, cerpen dan
juga novel.

Sehubungan dengan itu, novel Jerigi Kasih ini merupakan novel yang diguna pakai
untuk pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Kesusasteraan Melayu untuk tingkatan empat
dan lima. Novel ini diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2009 untuk cetakan
pertama dimana pengarangnya dikenali sebagai Ramlah Abd. Rashid. Ketebalan novel Jerigi
Kasih sebanyak 306 halaman untuk dibaca dan dianalisis oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk
tugasan iaitu amalan nilai dan budi bahasa dalam karya sastera.

3

SINOPSIS
Novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid mengisahkan tentang perjalanan hidup

dan kecekalan anak muda yang bernama Anuariza dalam meniti kehidupan untuk mencapai
cita-citanya. Anuariza merupakan anak angkat kepada Solehah dan Tamrin dan abang angkat
kepada Azuera. Demi membantu keluarganya, Anuariza lebih suka menghabiskan masa dengan
mengutip buah kelubi dan melakukan kerja-kerja lain untuk mencari rezeki bagi menampung
mereka sekeluarga. Anuariza merupakan seorang remaja yang cacat tangan kanan, berusaha
dengan gigih untuk membantu keluarga bagi menghadapi masalah hidup. Dia berusaha untuk
mengumpulkan hasil hutan dan dijual kepada peraih untuk menampung keperluan keluarga.
Tanggungjawab tersebut bertambah setelah dia tamat mengambil peperiksaan STPM dan
membuat persiapan untuk membiayai bayaran ke pusat pengajian tinggi. Selain itu, dia juga
mengusahakan tanaman sayur-sayuran, menanam pokok anggur dan pokok pitaya. Dia juga
berminat dalam bidang lukisan.

Di samping itu, rutin hidupnya berubah apabila keluarga Syed Mustafa berpindah ke
kampung. Dia diberikan tanggungjawab untuk menjadi guru tuisyen kepada anak-anak Syed
Mustafa iaitu Syarifah Farisya dan Syed Fariz kerana sikap Syed Fariz yang semakin berubah
sikap sejak kematian ibunya. Dia berhadapan dengan cabaran masalah Syed Fariz dan Syed
Farisya yang kehausan kasih sayang. Syed Fariz memberontak dengan terlibat dalam kegiatan
yang tidak bermoral dengan menubuhkan kumpulan di sekolah dan mengamalkan kegiatan
memeras ugut. Namun begitu, campur tangan Syarifah Farisya dalam usaha untuk
mengelakkannya daripada melakukan kegiatan tersebut telah menyebabkan berdendam kepada
Ruhaiza iaitu rakan sekelasnya. Hal ini menyebaban timbulnya pertengkaran antara Ruhaiza,
Syed Fariz dan Lily Suriani sehingga sampai pengetahuan guru disiplin. Keadaan ini
menjadikan Ruhaiza tertekan tetapi dapat dipulihkan oleh guru Kaunselor. Namun begitu,
Anuariza dapat mengatasi masalah yang dihadapi Syed Fariz secara berdiplomasi dengan
bantuan pihak lain.

Sementara itu, Syarifah Farisya pula membuat onar apabila dia bertindak melarikan diri
ke Kuala Lumpur disebabkan dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ayahnya dan Solehah
iaitu ibu kepada Anuariza. Keadaan ini berlaku kerana Farisya menyimpan perasaan dengan
Anuariza dan telah menyelitkan sepucuk surat ke dalam buku untuk dipulangkan kepada
Anuariza. Farisya mahu Anuariza mengikutnya supaya menghalang perkahwinan tersebut.
Walau bagaimanapun, Syarifah Farisya berjaya di temui di rumah Hj. Lokman dan kembali ke
pangkuan keluarganya. Syarifah Farisya telah menerima perkahwinan ayahnya dengan Solehah
setelah dia di nasihati oleh Anuariza.

Walau bagaimanapun, usaha dan kebijaksanaan Anuariza dapat memberikan kepuasan
kepada semua pihak. Syarifah Farisya dapat menerima kenyataan dan Syed Mustafa berazam
untuk membantu Anuariza menjayakan impiannya untuk mengusahakan kebunnya yang digelar
“Taman Fantasi”.

4

ANALISIS KAJIAN

Dalam dapatan kajian ini, terdapat beberapa nilai dan budi bahasa yang diketengahhkan dalam
karya. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menfokuskan dengan menggunakan novel Jerigi
Kasih. Nilai yang terdapat dalam novel Jerigi Kasih karya Ramlah Abd. Rashid ialah nilai
kesabaran. Contoh petikan teks dapat dilihat seperti berikut:

“Peristiwa diketawakan dan diejek sebagai Si Bongkok sewaktu dia berkaki ayam menghendap
di belakang sekolah kerana mahu belajar, berbelas-belas tahun dahulu membuatkan diri
menyisih daripada masyarakat. Dia juga pernah melihat ibunya dimalukan hanya kerana dituduh
memikat suami orang. Sejak itu dia bertekad untuk hidup sendiri, tanpa mempedulikan orang
lain”.

(Petikan teks Jerigi Kasih, muka surat 21)

Sabar dalam konteks Islam adalah salah satu dari sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud
dalam diri setiap umat manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana, sifat sabar ini adalah
perkara asas dalam akhlak agama Islam. Pengarang memaparkan nilai ketabahan di dalam novel
ini adalah bertujuan untuk menerangkan watak Anuariza yang mempunyai nilai kesabaran yang
tinggi dalam diri walaupun dirinya dicaci dan dimaki oleh masyarakat, namun dia tetap bersabar
dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan. Anuariza merupakan seorang remaja lelaki yang
tergolong dalam kalangan insan istimewa dan merupakan anak angkat kepada Solehah dan
arwah Tamrin. Contoh petikan di atas jelas memaparkan bahawa kita mestilah sabar dalam
segala hal yang berlaku dalam diri kita. Sebagai orang Islam kita mestilah tidak seharusnya
menghina fizikal seseorang sewenang-wenangnya. Allah S.W.T tidak akan menguji hambanya
di luar kemampuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, tidak semua orang mampu untuk terima
kekurangan yang ada dalam diri masing-masing terutamanya berkaitan dengan
ketidaksempurnaan fizikal. Oleh itu, kita mestilah sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka
sebaik mungkin agar mereka tidak merasa tersisih dengan keadaan fizikal mereka.
Sememangnya kita tidak dapat memahami perasaan mereka serta kita juga tidak merasa apa
yang mereka rasakan dan hadapi. Hanya mereka sahaja yang dapat rasakan semua itu. Orang
yang selalu bersabar adalah orang yang sentiasa menang. Contohnya, Anuariza tidak melenting
apabila dirinya dihina dan dicaci hanya kerana ketidaksempurnaan tangannya menyebabkan
dirinya disisihkan oleh masyarakat. Hinaan dan cacian yang dilemparkan oleh masyarakat
terhadap dirinya menguatkan lagi semangatnya untuk terus berdikari tanpa mempedulikan orang
lain. Hinaan dan cacian yang dilemparkan terhadap fizikalnya tidak mematahkan semangatnya
untuk meneruskan hidup, malah akibat daripada hinaan dan cacian itulah yang membuatkan
dirinya terus bersabar dan memberi inspirasi untuknya terus berjaya. Jika Anuariza tidak
mempunyai modal insan dalam dirinya, sudah pastilah dia tidak akan berjaya dan mudah
berputus asa. Orang yang tidak mempunyai modal insan yang baik di dalam dirinya sudah
pastilah hidupkan akan tertekan dan sukar menerima hinaan dan cacian daripada masyarakat

5

sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, ada segelintir masyarakat yang tidak mempunyai
modal insan yang kuat di dalam diri akan mengambil jalan yang mudah tanpa berfikir panjang
dan akan mengambil jalan yang mudah akibat tidak dapat menerima hinaan dan cacian yang
dilemparkan oleh masayarakat sekeliling. Oleh sebab itulah, Islam menggariskan umatnya
supaya menanamkan sikap sabar dalam diri masing-masing agar tidak terburu-buru dalam
melakukan sesuatu perkara agar tidak memudaratkan diri. Pengarang mengetengahkan nilai
kesabaran ini adalah untuk menyampaikan kepada para pembaca bahawa kita tidak seharusnya
sesuka hati menghina fizikal seseorang yang jelas mengguriskan hati seseorang itu. Hakikatnya
dia juga tidak pinta untuk menjadi seperti itu. Selain itu, pengarang juga memaparkan watak
Anuariza adalah untuk membuktikan bahawa walaupun dirinya diuji tidak sempurna seperti
insan yang lain, namun Anuariza juga mampu untuk hidup berdikari seperti insan lain tanpa
mengharapkan bantuan orang lain. Anuariza juga bukan sahaja mampu untuk hidup berdikari,
malah Anuariza juga bijak dalam pelajaran. Oleh itu, kita seharusnya tidak memandang sebelah
mata kepada mereka. Mereka adalah insan yang istimewa di sisi Tuhan. Jelaslah, kita mestilah
sabar dalam apa jua keadaan atau dugaan dan cabaran hidup yang dihadapi agar hidup sentiasa
diberkati dan dilindungi selalu kerana orang yang sabar adalah orang yang kuat dan orang yang
berjaya. Sememangnya nilai modal insan perlulah diterapkan dalam diri masing-masing agar
dapat melahirkan individu yang berjaya dan berwawasan.

Seterusnya, nilai keberanian contoh petikan teks seperti di bawah:

“Saya pernah terserempak dengan Pak Belang tapi alhamdulillah, dengan membaca ayat Kursi
dan surah Al-ikhlas, Allah menutup pandangan pahlawan rimba itu”. Dia tersenyum merendah
diri.

“Awak yakin?”

“Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar dan menyukai hambaNya yang meminta
dariNya tidak daripada makhluk lain”.

(Petikan teks Jerigi Kasih, muka surat 27)

Keberanian adalah tentang kekuatan yang perlu dilakukan oleh individu walaupun menghadapi
masalah atau bahaya. Keberanian sangat diperlukan untuk meninggalkan segala ketakutan
kerana ketakutan akan menghalang seseorang untuk bertindak. Mengambil contoh petikan di
atas, pengarang mengetengahkan nilai keberanian adalah untuk menunjukkan sikap berani
kerana sikap berani merupakan sikap yang perlu ada dalam seseorang dalam mengatasi apa-apa
jua keadaan yang berlaku. Contohnya, nilai keberanian ini dapat dilihat melalui watak utama
dalam novel ‘Jeriji Kasih’ iaitu Anuariza kerana yakin dengan kebesaran Allah melalui
perantaraan Al-Quran dimana pahlawan rimba dapat diatasinya dengan mudah serta keyakinan
Anuariza pada Allah yang maha berkuasa dan makhluk lain tidak boleh memberi mudarat
dengan izin dariNya. Contoh petikan di atas adalah untuk mengatakan bahawa sikap keberanian

6

perlulah diterapkan dalam diri seseorang tidak kira dari segi jantina sama ada lelaki mahupun
perempuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, jika seseorang tidak mempunyai sikap berani
dalam diri, sudah pastilah dirinya tidak akan percaya dengan sesuatu perkara dan tidak akan
berusaha dalam segala hal. Orang yang takut adalah orang yang selalu gagal dan tidak ada
sebarang usaha dalam dirinya manakala orang yang berani adalah orang yang berjaya.
Pengarang mengetengahkan nilai keberanian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para
pembaca agar sentiasa berani dalam apa jua keadaan sekalipun kerana Allah S.W.T sentiasa
bersama kita. Selagi mana kita tidak pernah berhenti meminta daripada yang Maha kuasa selagi
itulah Allah S.W.T akan mendengar permintaan kita. Oleh itu, kita mestilah menanamkan sikap
keberanian dalam diri masing-masing untuk agar tidak terlalu hidup dalam ketakutan serta
bersedia untuk menempuh cabaran dan dugaan yang akan berlaku kelak. Jelaslah, modal insan
dapat melahirkan individu yang berani dalam menghadapi apa jua cabaran serta percaya dan
yakin dengan ketentuan takdir selagi mana kita rajin berusaha dan terus meminta dan berdoa
kepada Yang Maha Esa. Jika seseorang individu tidak mempunyai modal insan dalam diri,
sudah pasti seseorang itu tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak percaya dengan kekuasaan
Allah S.W.T. Hal ini dikatakan demikian kerana, modal insan melahirkan individu yang berani,
berilmu dan sebagainya.

AMALAN NILAI KASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN

Pertama sekali, berdasarkan novel yang dikaji iaitu ‘Jeriji Kasih’ terdapat beberapa amalan nilai
baik yang telah diketengahkan oleh pengarang. Antaranya ialah amalan nilai kasih sayang
antara satu sama lain. Menurut Nasirudin (2015), beliau menyatakan bahawa kasih sayang pada
umumnya adalah terdiri daripada yang kuat kepada lemah. Manakala, perkataan kasih sayang
dalam bahasa Arab pula adalah (Ar-Rahman) yang bermaksud menumpahkan kebaikan dan
menginginkan kebaikan itu kepada mereka sebagai sebuah bentuk perhatian. Melalui analisis
daripada novel tersebut didapati bahawa pengarang telah mengetengahkan amalan nilai kasih
sayang ini berdasarkan watak Solehah memiliki sikap yang sangat kaya dengan kasih sayang
dan membuatkan Anuariza terasa begitu bahagia bersama Solehah walaupun Solehah bukan ibu
kandungnya. Peristiwa ini dapat dibuktikan berdasarkan petikan teks seperti berikut;

Dalam jerih payah menanggung derita dan rindu berpanjangan, dia tetap
bahagia di sisi Solehah wanita yang kaya kasih dan sayang.

(Petikan teks Jerigi Kasih ,ms. 2)

Mereka mungkin kekurangan malah daif di mata masyarakat berada dan
sempurna tetapi kebahagiaan dan limpah kasih sayang, sering membuatnya
tersenyum.

(Petikan teks Jerigi Kasih ms. 2)

7

Petikan di atas jelas menunjukkan penggunaan amalan kasih sayang sesama manusia
dapat dibuktikan melalui contoh petikan yang telah diterangkan oleh pengarang berdasarkan
watak Solehah yang sangat memiliki sikap kasih sayang terhadap manusia lain tanpa mengira
status seseorang individu tersebut. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa nilai kasih sayang
ini merupakan segala sesuatu yang diyakini dan perlu diterapkan oleh sekelompok masyarakat
sebagai matlamat hidup dalam bertingkah laku untuk mencurahkan belas kasihan kepada seluruh
hamba Allah di muka bumi ini.

AMALAN NILAI KEPRIHATINAN ANTARA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Seterusnya ialah, amalan nilai keprihatinan yang terjadi antara hubungan sesama manusia.
Perkataan prihatin adalah merujuk kepada seseorang individu yang memiliki sikap suka
mengambil berat dan sentiasa memberikan perhatian terhadap sesuatu perkara. (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2019). Di dalam novel ‘Jeriji Kasih’ pengarang juga telah memaparkan sikap
prihatin ini berdasarkan watak yang dibawa oleh Anuariza yang memberikan perhatian begitu
penuh kepada Syed Fariz yang juga merupakan anak kepada Syed Mustafa. Perkara ini boleh
dilihat melalui contoh petikan yang telah diketengahkan oleh pengarang melalui peristiwa
seperti berikut;

Anuariza pula semakin bimbang dengan perkembangan kurang sihat Syed
Fariz. Dia bukan sahaja semakin tidak berminat dengan pelajaran, malah
berbual dengan ahli keluarganya juga tidak.

(Petikan teks Jerigi Kasih, ms.67)

Kesimpulannya, pengarang juga memperlihatkan contoh peristiwa yang sangat mudah
untuk difahami oleh para pembaca mengenai gambaran yang hendak disampaikan bagi memberi
penjelasan makna prihatin yang lebih sesuai mengikut situasi seseorang individu. Maka, jelaslah
bahawa daripada sikap keprihatinan ini seseorang manusia dapat mewujudkan sifat mudah
bersimpati terhadap masyarakat yang lain. Hal ini demikian kerana, tidak semua manusia
mampu meletakkan diri mereka dalam situasi individu lain terutama apabila mengalami
permasalahan yang berat. Oleh sebab itu, sifat-sifat keprihatinan sebegini adalah sangat memberi
kesan positif kepada diri sendiri mahupun kepada masyarakat sekeliling supaya dapat melatih
diri sentiasa mempunyai rasa bersyukur dengan segala hal yang diperoleh daripada seseorang
individu tersebut.

AMALAN NILAI HORMAT-MENGHORMATI TERUTAMA PADA YANG LEBIH
TUA.

Istilah ‘hormat’ membawa maksud pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan
memberikan layanan yang penuh sopan dan berhemah kepadanya. Hormat-menghormati dalam
kalangan masyarakat perlu dipupuk agar ia sentiasa segar dan terus diamalkan. Jika hilang rasa

8

hormat, tidak mustahil negara kita akan menjadi kacau bilau dengan pergaduhan di sana sini.
Oleh itu, bagi mengelakkan suasana seperti ini berlaku, sikap menghormati sesama kita harus
diterapkan dalam kehidupan seharian. Melalui novel Jerigi Kasih karya Ramlah Abd Rashid ini
kita dapat lihat penerapan nilai hormat-menghormati di dalam jalan cerita ini. Sikap hormat ini
dapat kita lihat sewaktu perbualan antara lesya, Azuera, Anuariza dan Syed Mustafa. Sikap
hormat menghormati kepada mereka yang lebih tua harus dipupuk dengan menggunakan istilah
yang betul apabila berbual. Sikap ini dapat menonjolkan nilai budaya kita sebagai orang Melayu
yang penuh kesopanan. Contoh petikan:

"Ya? Terima kasih. Saya suka dengan kombinasi warnanya. Awak mengecatnya
sendiri?”

"Awak?” Azuera kurang senang dengan ganti nama Anuariza itu.

"Abang Nuar, kak, Azuera membetulkan iesya. Dia mahu orang menghormati Anuariza.

“Betul tu, Iesya. Panggil Abang Nuar, itu lebih manis. Di bandar tak sama dengan di
kampung. Iesya mesti belajar daripada Zura.“

(m/s 12)

Berdasarkan contoh petikan atau dialog di atas menunjukkan sikap hormat-menghormati yang
diterapkan melalui panggilan nama. Penggilan nama yang sesuai juga merupakan salah satu cara
kita menghormati orang terutama orang yang lebih tua daripada kita. Kebiasaan dalam
masyarakat melayu kita, panggilan bagi orang yang lebih tua adalah seperti abang, kakak,
pakcik, makcik dan bermacam lagi. Tradisi ini diamalkan sejak dari dulu lagi untuk mendidik
anak muda generasi sekarang menghormati orang yang lebih tua. Memanggil nama bagi orang
yang lebih tua tidak digalakkan dan dianggap sebagai satu sikap yang kurang sopan dan tidak
hormat akan seseorang yang lebih tua daripada kita. Jelaslah novel Jerigi Kasih ini memaparkan
nilai hormat menghormati antara orang yang lebih tua patut dicontohi oleh generasi muda
sekarang.

AMALAN NILAI TOLONG-MENOLONG ANTARA SATU SAMA YANG LAIN.

Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita. Sebagai manusia yang
mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi
manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan. Begitu juga
kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita. Untuk mewujudkan hubungan yang

9

harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu
sama lain. Jadi antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah
tolong-menolong. Dalam kamus Dewan Edisi Keempat konsep tolong-menolong ini membawa
maksud bantu-membantu atau saling membantu. Melalui novel Jeriji Kasih ini, terdapat banyak
amalan tolong-menolong yang diketengahkan oleh pengarang itu sendiri. Sikap ini dapat kita
lihat melalui masyarakat kampung yang bersama-sama bergotong royong dalam melaksanakan
sesuatu perkara. Hubungan erat antara penduduk menjadikan kerja yang bakal dilaksanakan
menjadi mudah. Contohnya boleh dilihat melalui petikan:

Menurut Nek Siah, belakang rumah besar Syed Ubaidillah itulah tapak pestanya. Selepas
selesai solat isyak berjemaah di surau berhampiran, mereka akan memasang unggun api
di tanah lapang milik Syed Ubaidillah itu, kaum ibu sibuk menyediakan juadah
sementara kaum lelaki bertungkus lumus menghimpit, mengetuk dan menadah minyak
yang merenek, menitis ke dalam tadahan.

(m/s 16 )

Melalui contoh petikan di atas, jelaslah di sini pengarang menerapkan nilai tolong menolong
melalui jalan cerita. Sikap tolong menolong yang diketengahkan oleh pengarang adalah melalui
kerjasama atau gotong-royong penduduk kampong. Gotong-royong ini juga merupakan salah
satu sikap suka menolong yang ada dalam diri masyarakat. Dengan adanya sikap tolong
menolong ini, sesuatu pekerjaan akan menjadi mudah jika melakukannya bersama-sama. Seperti
yang dilakukan oleh penduduk kampong itu. Mereka bersama-sama melakukan kerja seperti
memasang unggun api, menyediakan juadah dan sebagainya.

AMALAN BUDI BAHASA IAITU WUJUDNYA SIKAP SALING BERTOLERANSI
ANTARA SATU SAMA LAIN.

Dalam Novel Jerigi Kasih karya Ramlah Abd Rashid dapat dilihat juga banyak mengetengahkan
berkaitan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat antaranya seperti wujudnya sikap
saling bertoleransi antara satu sama lain. Dalam bahasa inggeris mendefinisikan makna toleransi
berasal dari kata ‘tolerance’ yang bermaksud sikap sabar dan kelapangan dada, mengakui dan
menghargai keyakinan orang lain tanpa memerlukan persetujuan. Di samping itu, dalam bahasa
Arab toleransi diterjemahkan dengan ‘tasamuh yang mempunyai arti saling mengizinkan dan
saling memudahkan. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa toleransi mengandungi
konsesi dimana pemberian yang hanya didasarkan kemurahan dan kebaikan hati. Toleransi
terjadi dan berlaku kerana terdapat perbezaan prinsip dan menghormati prinsip orang lain tanpa

10

mengorbankan prinsip sendiri. Oleh yang demikian, sikap toleransi amat penting perlu
diterapkan dalam diri sendiri dan juga hidup dalam lingkungan bermasyarakat.

Ini dapat dibuktikan melalui contoh petikan teks Novel Jerigi Kasih karya Ramlah Abd Rashid
seperti di bawah;

“Saya juga mendapat aduan daripada para guru, Syed Fariz akan meninggalkan kelas
melalui pintu belakang sekiranya dia tidak menyenangi guru yang mengajar pada waktu itu
walaupun guru itu sudah memulakan pembelajaran.

Akhirnya Nek Siah meminta diri setelah berjanji akan berikhtiar menasihati Syed Fariz
dan bermohon agar cucunya tidak digantung atau dibuang sekolah. Cikgu Borhan dan Cikgu
Suhaimi menyetujuinya atas nama Allahyarham Syed Ubaidillah, bekas guru besar sekolah itu
satu waktu dahulu.”

(Petikan teks Jerigi Kasih, muka surat 113 & 114)

Berdasarkan petikan di atas jelaslah bahawa, dengan diterapnya budi bahasa dalam diri maka
segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik. Seperti petikan di atas menunjukkan sikap
Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi yang masih lagi bertoleransi dengan Nek Siah yang meminta
cucunya iaitu Syed Fariz agar tidak digantung atau dibuang sekolah walaupun Syed Fariz telah
banyak melakukan kesalahan melanggar peraturan semasa di sekolah. Oleh itu, dengan adanya
sikap toleransi sesama kaum amatlah penting kerana ia merupakan tunjang utama kepada
keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Sememangnya, karya Novel
Jerigi Kasih nukilan Ramlah Rashid dapat dijadikan panduan atau role model yang patut
dicontohi dengan mengetengahkan watak-watak yang mengamalkan sikap bertoleransi antara
satu sama lain sudah tentu akan melahirkan kedamaian dan kemakmuran dalam hidup
bermasyarakat. Malahan itu, seperti pepatah Melayu dahulu “hidup kayu berbuah, hidup
manusia biar berfaedah” kerana dalam masyarakat Melayu betapa pentingnya budaya
berbahasa dan berbudi tujuanya dapat mewujudkan pembangunan modal insan yang berdaya
saing dengan penerapan budi bahasa bertolensi dalam setiap jiwa anak nusa bangsa. Sudah
terang lagi bersuluh, masyarakat yang mengamalkan budi bahasa seperti sikap bertoleransi
dapat menjadikan negara lebih cemerlang dan maju dari segi penghasilan modal insan yang
berkualiti melalui perpaduan yang kukuh.

AMALAN BUDI BAHASA IAITU MELAHIRKAN BUDAYA BERKERJASAMA
DALAM KALANGAN HIDUP BERMASYARAKAT.

Melalui Novel Jerigi Kasih karya Ramlah Abd Rashid juga menonjolkan amalan budaya
bekerjasama dalam kalangan hidup bermasyarakat. Sehubungan dengan itu, maksud
bekerjasama iaitu bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengan cara saling membantu
dalam menyumbang tenaga dan sebagainya, saling bergotong-royong antara satu sama lain
dalam menjayakan sesuatu perkara. Menurut pandangan Zainudin menyatakan kerjasama adalah
sebagai kepedulian satu orang atau satu pihak dengan pihak lain yang tercermin dalam suatu

11

kegiatan yang menguntungkan semua pihak dengan prinsip saling mempercayai, saling
menghargai dan dengan wujudnya norma yang mengatur. Oleh yang demikian, amalan budi
bahasa dalam masyarakat amat penting kerana akan menyebabkan segala urusan yang dilakukan
akan menjadi lebih mudah dan berjalan dengan jayanya. Apabila semua lapisan masyarakat
tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan sebagainya dengan menunjukkan sikap
bekerjasama yang tinggi maka segala perkara atau pekerjaan yang dilakukan akan berjalan
dengan lancar. Budaya bekerjasama ini dapat dilihat dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu
iaitu “muafakat membawa berkat” dimana dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dalam hidup
bermasyarakat untuk melahirkan sebuah bangsa yang harmoni. Contohnya dapat dibuktikan
melalui petikan teks Novel Jerigi Kasih iaitu budaya bekerjasama seperti di bawah;

“Beberapa orang lelaki termasuk Ah Chong turut bertungkus lumus. Ah Chong satu-
satunya keluarga berbangsa Cina, menetap di kampung itu sejak berpuluh-puluh tahun dahulu.
Anak lelakinya merupakan sahabat karib Anuariza. Dia juga sibuk membantu Pak Zain pula
memasang khemah.

Hazrul Naim, Ruzaidi Ishak dan Azizul Hafis pula membantu Syed Fariz dan Anuariza
memasukkan kerusi dan meja yang disewa ke dalam lori persendirian Syed Mustafa. Lori ini
baru dibeli untuk kerja-kerja mengangkut barang-barang perusahaannya. Sejak semalam lagi
mereka tidak kering tangan membantu menyediakan persiapan kenduri.

Di belakang rumah, para ibu sibuk menyusun periuk, pinggan mangkuk dan peralatan
memasak yang juga akan dipulangkan ke masjid di kampung itu.”

(Petikan teks Jerigi Kasih, muka surat 283 & 284)

Melalui petikan teks di atas, menunjukkan sikap penduduk kampung yang saling bekerjasama
yang ringan tangan menolong dalam membuat persediaan untuk majlis perkahwinan Syed
Mustafa dengan Solehah. Selain itu, watak Ah Chong yang boleh dicontohi kerana walaupun
berbeza agama dan budaya namun dirinya tetap bersemangat dalam membantu penduduk
kampungnya. Hal ini jelas menunjukkan pengarang menunjukkan masyarakat kampung yang
ringan tulang dimana saling bergotong-royong semasa mengadakan kenduri-kendara. Tambahan
itu, apabila budaya bekerjasama dapat dipupuk sudah pasti akan lebih memberangsangkan di
samping itu, dapat meringankan dan memudahkan segala urusan melalui amalan budi bahasa
ini. Tuntasnya di sini, amalan budi bahasa seperti yang ditonjolkan oleh pengarang ini dapat
menyedari pentingnya karya kesusasteraan sebagai wahana penerapan nilai dengan
mengetengahkan budi bahasa yang baik untuk pembentukan sahsiah diri insan yang berdaya
saing. Jelaslah disini, dengan mengamalkan budaya bekerjasama ini dapat mewujudkan
semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu
dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat
bahawa tugasan itu walaupun berat namun begitu mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali
kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang
dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat. Jelaslah, amalan ini

12

memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di
kawasan urbanisasi.

BERIKUTNYA, BUDI BAHASA YANG DIKETENGAHKAN DALAM NOVEL IAITU
MENGENANG BUDI.

Anuariza tiada jalan lain selain bersetuju dengan cadangan Syed Mustafa untuk memberi
tuisyen kepada Syed Fariz. Selain membalas budi Nek Siah yang telah dianggap seperti nenek
sendiri, dapat juga dia menambah pendapatan keluarga sementara menunggu keputusan STPM
diumumkan.

(Petikan teks Jerigi Kasih, muka surat 9)

Menurut Zaidi Daud (1996), budi ialah sifat menggambarkan peribadi insan yang mulia
manakala menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan bijaksana atau perangai, akhlak,
tingkah laku, watak atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara, dan dan upaya yang baik.
Pengertian ini membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijkasanaan yang dilakukan oleh
individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain. Menurut islam pula, budi ialah
adab sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman. Pengarang
mengetengahkan nilai mengenang budi di dalam novel ‘Jeriji Kasih’ ini adalah untuk memberi
gambaran kepada para pembaca agar sentiasa mengenang budi seseorang yang telah ditabur
kepada kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, tanpa budi seseorang kita mungkin tidak akan
dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan atau mungkin dengan budi seseorang juga nyawa
kita dapat diselamatkan. Tidak semua mampu untuk menabur budi, jika ada seseorang yang
sanggup bersusah-payah terhadap kita maka kita haruslah sentiasa mengenang dan menghargai
jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan terhadap kita. Bak kata pepatah “orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita merasa”. Mengambil maksud melalui pepatah tersebut, kita
hendaklah membalas setiap pemberian seseorang dan juga kita mestilah tahu bagaimana cara
untuk berterima kasih. Pengarang mengetengahkan watak Anuariza di dalam novel ini adalah
untuk memberi gambaran yang positif terhadap para pembaca agar selalu berterima kasih
terhadap jasa dan budi yang telah diberikan kepada kita. Walaupun Anuariza berat hati untuk
menerima cadangan Syed Mustafa untuk memberi tuisyen kepada anaknya iaitu Syed Fariz,
namun mengenangkan budi Nek Siah Anuariza tiada jalan lain selain bersetuju dengan
cadangan tersebut. Jika Anuariza tidak mengenangkan budi Nek Siah sudah pastilah Anuariza
tidak akan bersetuju untuk memberi tuisyen kepada anak Syed Mustafa iaitu Syed Fariz.
Sebagai masyarakat yang mempunyai modal insan yang baik, kita mestilah sentiasa berbudi
kepada orang sekeliling kita agar kita sentiasa dihormati dan disayangi oleh orang sekeliling
kita. Jika seseorang itu tidak mempunyai modal insan yang baik di dalam diri, sudah pasti
seseorang itu tidak akan mengenang budi dan berterima kasih terhadap seseorang yang telah
berjasa kepadanya. Jelaslah, modal insan ini mampu untuk melahirkan sesebuah masyarakat
yang berbudi dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira umur dan jantina.

13

PENUTUP
Konklusinya, nilai dan budi yang terdapat dalam novel ‘Jeriji Kasih’ yang diterapkan di dalam
kesusasteraan Melayu menjadi suatu wadah pemikiran dan sebagainya terhadap para pembaca.
Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai-nilai yang dipaparkan terhadap para pembaca banyak
memberi pengajaran terhadap masyarakat. Nilai-nilai yang dipaparkan dapat dijadikan panduan
kepada para pembaca melalui teks yang dibaca. Hal ini secara tidak langsung akan dapat
membangunkan nilai insan dalam diri pembaca khususnya para pelajar di samping dapat
mengetengahkan kembali teks kesusasteraan Melayu yang saban hari semakin dilupakan.
Tambahan pula kesusasteraan Melayu ini merupakan lambang jati diri seseorang kerana sastera
itu mendidik dimana di setiap karya terkandung panduan yang baik untuk membentuk tingkah
laku, akhlak dan peribadi yang baik selaras dengan pembangunan negara dalam mencapai
modal insan yang seimbang dari segi aspek emosi, rohani, jasmani dan intelektual.

14

RUJUKAN
Ramlah Abd. Rashid. (2009). Jerigi Kasih. Taman Industri Selesa Jaya, 43300 Balakong,
Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaidi Daud (1996). Adat berbudi dan berbahasa dalam adat istiadat Melayu Melaka. Institut
Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2019). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasirudin (2015). Akhlak Pendidik (Upaya Membentuk Kompetensi Spiritual dan Sosial).

Semarang: CV. Karya Abadi Jaya.
http://eprints.ums.ac.id/39805/2/NASKAH%20PUBLIKASI.pdf
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Erti_sabar_dalam_konteks_islam
http://www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=72222

15


Click to View FlipBook Version