The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d082312, 2022-01-13 04:46:08

PERBANDINGAN KARYA SAJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN (SAJAK PENJUAL AIR BATU NUKILAN USMAN AWANG) DENGAN SAJAK ZAMAN KEMERDEKAAN (SAJAK TITISAN DARAH NENEK MOYANG NUKILAN AHMAD SALJU)

BSS 3153 SASTERA ANTARABANGSA

TAJUK TUGASAN KUMPULAN

BSS 3153 SASTERA ANTARABANGSA

TAJUK TUGASAN KUMPULAN

PERBANDINGAN KARYA SAJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN
(SAJAK PENJUAL AIR BATU NUKILAN USMAN AWANG)
DENGAN

SAJAK ZAMAN KEMERDEKAAN (SAJAK TITISAN DARAH NENEK
MOYANG NUKILAN AHMAD SALJU)

Disediakan oleh: NO MATRIK
NO NAMA D20181082313
1. AT01- NUR HASLIN BINTI SALEH @ AB
D20181082312
RAHMAN D20181082321
2. AT01- SITI NUR SYAKILA BINTI ROZALI D20181082335
3. AT01- SITI NUR E’ZZAH BINTI MUSTAFA D20181082308
4. AT01- NURUL NABILA BINTI ZAINUDDIN
5. AT01- NURUL ANIS AMRAL

PENSYARAH :
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

PENGENALAN

Kesusasteraan bermaksud hasil karya bertulis yang menggunakan bahasa yang indah untuk
memberi manfaat kepada masyarakat. Kesusasteraan menurut Ali Ahmad (1997:3)
mendefinisikan kesusasteraan selalunya dihubungkan dengan asal usul perkataan
kesusasteraan. Perkataan ‘susastera’ merujuk kepada kata-kata yang indah manakala
‘kesusasteraan’ pula kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan kandungan yang menarik.
Oleh yang demikian, sastera dilihat mengandungi semua hal yang berkaitan dengan sejarah,
ilmu, konsep dan falsafah alam serta masyarakat. Malahan itu, sastera juga menyimpan
keindahan bahasa, nilai-nilai hidup, kekayaan ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Kesusasteraan dianggap bidang yang tidak pernah hilang dan pupus setiap kali zaman berganti
zaman, malah ia tetap mekar bagi umat-umat yang hidup melata bagi mengisi kekosongan jiwa
mereka. Hal ini kerana, bidang ini mempunyai keunikan dan kelainan berbanding bidang yang
lain dan juga bidang yang membawa keindahan pengalaman sesebuah masyarakat.

Di samping itu, kesusasteraan dunia bermaksud penulisan yang meluas berkembang ke luar
sempadan negara asal justeru, kesusasteraan dunia yang berbicara kepada orang yang
mempunyai lebih daripada satu kewarganegaraan. Oleh yang demikian, antarabangsa
bermaksud melibatkan dua atau lebih negara manakala mengantarabangsakan bermaksud
menjadikan sastera (karya sastera) yang membawa kepada bersifat antarabangsa. Di samping
itu, pengantarabangsakan ialah satu proses untuk meningkatkan penglibatan sesuatu
perusahaan atau organisasi tertentu dalam pasaran antarabangsa (Kenton, W., 2018).

Dalam pada itu, berdasarkan kajian lepas berkaitan dengan perbandingan dalam artikel
yang bertajuk “Perbandingan Puisi Doa karya Amir Hamzah dan Doa Karya Sanusi Pane”
pada tahun 2018 iaitu artikel yang dihasilkan oleh Cindy Geofany, Deby Triananda dan Erlinda
Sari E. Hasil penelitian dalam kajian artikel tersebut, penulis menfokuskan terhadap
mendeskripsikan hubungan persamaan aspek-aspek religius antara puisi Doa karya Amir
Hamzah dengan puisi Doa karya Sanusi Pane. Penelitian ini menggunakan pendekatan sastera
bandingan yang berfokus pada teori Hutomo. Oleh itu, persamaan tersebut dapat dilihat dari
tema, gaya penulisan, judul, makna, dan kedua penyair tersebut juga sama-sama menyebut
Tuhan dengan sebutan kekasih.

Kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan dua buah karya yang terdapat di dalam
sesebuah karya sastera yang dipilih. Oleh itu, Antologi Gurindam Alam karya Dharmawijaya
merupakan bahan kajian yang utama yang menfokuskan dua buah sajak iaitu sajak zaman
sebelum kemerdekaan dan sajak zaman kemerdekaan untuk dianalisis kajian secara
perbandingan dari segi tema, persoalan, ciri-ciri bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
Dalam pada itu, sajak zaman sebelum kemerdekaan bertajuk Sajak Penjual Air Batu nukilan
Usman Awang (1954) manakala sajak zaman kemerdekaan pula tajuk yang dipilih iaitu Sajak
Tanah Indah Pusaka Moyang nukilan Ahmad Sarju (1966). Hal ini demikian kerana,
pembelajaran puisi atau sajak tujuannya adalah untuk memudahkan daya pemahaman dan
memperdalam daya penghayatan tentang persoalan-persoalan sajak sama ada dilihat aspek
sikap dan kecenderungan penyairnya.

LATAR
BELAKANG

Antologi Gurindam Alam ini diselenggarakan oleh Kamaruzzaman A. Kadir atau lebih dikenali
dengan nama pena Dharmawijaya. Beliau telah meninggal dunia di Hospital Seremban pada
April 2005 akibat kanser paru-paru. Allahyarham merupakan seorang yang amat
berpengalaman dalam bidang penulisan dan penyusunan antologi puisi. Selain itu,
Allahyarham juga memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1981 dan
pernah berkhidmat seorang guru bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah menengah,
berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1971-1972) dan
pensyarah (1981-1986) dan Profesor Madya (1987-1994) di Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

Di samping itu, Allahyarham pernah bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, UPM sebagai Sarjana Tamu sejak tahun 1996 sehingga meninggal dunia. Selain
terkenal sebagai seorang penyair, Allahyarham juga adalah seorang penulis esei dan kritik
sastera terutama puisi. Allahyarham pernah memenangi hadiah sastera Malaysia pada tahun
1971, 1976 serta 1982 dalam bahagian puisi. Tambahan itu juga, Allahyarham pernah
menerima anugerah penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) di Bangkok, Thailand pada

tahun 1993, anugerah penyair GAPENA pada tahun 1999 dan anugerah pujangga daripada
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002.

Seterusnya, penyusunan antologi Gurindam Alam adalah berdasarkan sejarah
pertumbuhan serta perkembangan puisi dalam kesusasteraan Melayu iaitu bahagian puisi lama
mendahului puisi baru. Pemilihan mewakili dua zaman iaitu zaman sebelum kemerdekaan dan
zaman kemerdekaan. Di samping itu, antologi ini turut menyediakan bahagian “Lampiran”
yang mengandungi daftar kata, glosari, istilah puisi dan biodata penyair. Hal ini demikian
dikatakan kerana, ketiga-tiganya adalah bertujuan untuk dijadikan bahan bantu ke arah
pemahaman dan penghayati karya puisi atau sajak yang dihasilkan.

Berikutnya, pengalaman beliau sebagai guru bahasa dan kesusasteraan sebagai
penyelidik dan sebagai seorang akademik telah mematangkannya dalam usaha
menyumbangkan ke arah perkembangan pendidikan dan pembinaan kesusasteraan tanah air.
Malahan itu juga, antologi Gurindam Alam ini adalah cermin daripada imejnya sebagai
pemenang Hadiah Sastera Malaysia dan penerima juga penerima anugerah S.E.A Write Award.
Sememangnya, pemilihan karya ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai bahan kajian dalam
melakukan perbandingan karya ini.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan karya yang dipilih iaitu sajak zaman
sebelum kemerdekaan iaitu Sajak Penjual Air Batu (1954) dan sajak zaman kemerdekaan iaitu
Tanah Indah Pusaka Moyang (1966). Oleh itu, melalui penelitian terhadap karya sajak yang
dipilih dapat dilihat melalui perbandingan aspek tema yang diketengahkan sajak zaman
sebelum kemerdekaan dengan tema yang diketengahkan dalam sajak zaman kemerdekaan.
Oleh yang demikian, tema merujuk kepada idea utama dalam sesebuah cerita (Siti Aishah Mat
Ali, 1991:95). Di samping itu juga, menurut Harun Mat Piah (2003: 90) menjelaskan bahawa
tema merujuk kepada pusat persoalan yang berhubung dengan mesej atau amanat yang ingin
disampaikan. Oleh itu, Jika diteliti, maksud tema adalah idea utama dan pusat persoalan adalah
hampir sama. Berdasarkan analisis dalam kedua sajak zaman sebelum kemerdekaan dengan
sajak zaman kemerdekaan adalah dapat dibandingkan melalui tema yang diketengahkan, hal
ini dapat dibuktikan seperti dalam penyataan berikut.

PERBANDINGAN DARI ASPEK TEMA

Oleh itu, perbandingan ini dapat dilihat iaitu tema yang diketengahkan dalam sajak zaman
sebelum kemerdekaan dapat dilihat dalam sajak yang dipilih iaitu Penjual Air Batu nukilan
Usman Awang. Tema yang diketengahkan adalah mengenai tema kemasyarakatan dalam
menuntut keadilan dan menghapuskan penindasan dan membasmi kemiskinan di kalangan
masyarakat atau rakyat golongan bawahan untuk mendapatkan kemerdekaan manakala tema
yang diketengahkan dalam sajak Tanah Indah Pusaka Moyang karya Ahmad Sarju iaitu zaman
kemerdekaan yang mengisahkan tentang tema cinta akan tanah air dalam menekankan
perjuangan mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai dengan kesetiaan, kejujuran
dalam menyuarakan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Contoh petikan tema sajak zaman sebelum kemerdekaan iaitu Penjual Air Batu nukilan
Usman Awang mengenai tema kemasyarakatan dalam menuntut keadilan dan menghapuskan
penindasan dan membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat atau rakyat golongan bawahan
untuk mendapatkan kemerdekaan iaitu;

Bilakah ruang keadilan memberi isi

Para penjaja dalam hayatnya wajah berseri?

Bila nanti undang-undang jadi perlindungan

Semua manusia tanpa kasta menerima keadilan

(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Melalui petikan di sajak di atas dimana pengarang cuba untuk meluahkan perasaannya akibat
tidak sanggup hidup umpama lembu dicucuk hidung yang terpaksa akur terhadap pemimpin
yang semakin bermaharajalela. Malahan itu, peristiwa darurat dimana darurat merupakan satu
peristiwa besar yang hamper mengakibatkan negara ini sekali lagi tergadai di bawah
pemerintahan yang zalim. Hal ini demikian kerana, generasi terdahulu bergolok gadai, sanggup
menyerahkan barangan berharga, seperti barang kemas seperti rantai, gelang tangan, cincin dan
sebagainya termasuk menyerahkan harta sekecil syiling 50 sen untuk membolehkan Tunku
Abdul Rahman menuntut kemerdekaan. Justeru, sudah menjadi tugas generasi sekarang untuk
memastikan peristiwa sedemikian tidak berulang dan negara ini tidak dijajah semula. Jelaslah
bahawa, melalui tema pada zaman ini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan
muda kerana mereka hanya mengetahui penderitaan pejuang terdahulu dalam menuntut
kemerdekaan.

Manakala contoh petikan dalam sajak Tanah Indah Pusaka Moyang karya Ahmad Sarju
iaitu zaman kemerdekaan yang mengisahkan tentang tema cinta akan tanah air dalam
menekankan perjuangan mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai dengan kesetiaan,
kejujuran, menyuarakan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Ini dapat dibuktikan seperti di
bawah;

Tegak engkau dari kudrat bangsamu

mengisi perjuangan atas kemerdekaanmu

inilah derma bakti tumpahan darah di bumi

inilah sumbangsih atas hakikat cinta abadi.

Tiada yang lebih bererti dari kasih sayang ini

tanah pusaka belaian jiwa penuh hakiki

di sini tubuh-tubuh kerdil memagar pantaimu

di sini dada-dada perwira menahan tembusan peluru

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Melalui petikan di atas menunjukkan bahawa pengarang melontarkan kata-kata semangat
untuk terus mempertahankan keamanan dan kesetiaan agar negara tidak akan mudah dijajah
oleh penjajah Barat yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini disebabkan oleh, kemerdekaan
bukan sekadar membawa maksud bebas dari sebarang cengkaman dan penjajahan sama ada
yang berbentuk mental mahupun fizikal. Bahkan ianya adalah lebih besar daripada itu dengan
melihat bagaimana kita mampu menjiwai dan menghayati semangat kemerdekaan yang telah
dikecapi dengan penuh adab dan bertamadun. Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada
kuasa penjajah bukan kerja enteng dan mudah. Hal ini juga adalah kerana mereka telah
mempertaruhkan jasad dan nyawa sehingga ada yang terkorban, dibakar, digantung, dipenjara
dan dibunuh dengan kejam. Justeru itu, pengorbanan para pejuang tanah air di atas merupakan
satu usaha yang tidak mampu untuk kita balas dengan apa cara sekalipun melainkan dengan
mengenang jasa-jasa mereka. Antara cara untuk mengenang jasa-jasa mereka ialah dengan
memelihara serta mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran hari ini yang telah dirintis
oleh mereka.

PERBANDINGAN DARI ASPEK PERSOALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) persoalan merujuk kepada sesuatu yang
dipersoalkan atau masalah. Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya
yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin
panjang sesuatu karya, semakin banyak persoalannya. Persoalan wujud untuk memperkukuh
dan menghidupkan tema sesebuah karya (Azwan, 2017). Lazimnya sajak-sajak yang ditulis
pada zaman sebelum kemerdekaan ini, semuanya membicarakan mengenai persoalan anti
penjajah, memperjuangkan kemerdekaan, kesedaran rakyat dan pembelaan bangsa.
Memandangkan ia dicipta sebelum era kemerdekaan atau zaman penjajahan, sudah tentu ia
memberikan semangat, idea untuk penulis mengeluarkan setiap isu atau masalah menerusi
penciptaan penulisan puisi-puisi ini. Disini dapat dilihat bahawa pentingnya peranan
kesusasteraan sebagai wadah dalam meyalurkan pemikiran dan seterusnya membangkitkan
semangat pejuang-pejuang di tanah Melayu. Berdasarkan puisi sajak yang dikaji, iaitu sajak
zaman sebelum kemerdekaan iaitu sajak Penjual Air Batu (1954) karya Usman Awang dan
sajak selepas zaman kemerdekaan iaitu sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966) karya
Ahmad Sarju, terdapat beberapa perbandingan persoalan antara kedua-dua sajak ini yang dapat
dilihat menerusi kajian ini.

Antara perbandingan persoalan yang dapat dilihat pada sajak zaman sebelum
kemerdekaan iaitu sajak Penjual Air Batu karya Usman Awang ialah persoalan ketidakadilan
sosial dalam masyarakat, manakala persoalan yang dapat dilihat pada sajak zaman selepas
kemerdekaan iaitu sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966) karya Ahmad Sarju ialah
persoalan keadilan yang saksama dalam masyarakat. Persoalan ini timbul apabila didapati pada
zaman sebelum kemerdekaaan, sajak Penjual Air Batu memperlihatkan tentang adanya sistem
kasta yang membezakan rakyat mengikut kelas tertentu berdasarkan tahap kewangan,
pekerjaan atau pangkat. Misalnya, dapat dilihat pada petikan sajak Usman Awang, pada baris
3 dan 4, rangkap 6.

Bila nanti undang-undang jadi perlindungan

Semua manusia tanpa kasta menerima keadilan.

(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Pada rangkap ini, pengarang memperlihatkan situasi dimana pada zaman sebelum
kemerdekaan pengarang mengimpikan keadilan sosial dalam kalangan masyarakat.
Ketidakadilan dalam pekerjaan dengan adanya sistem kasta yang merendahkan dan
menyusahkan golongan bawahan. Pendek kata, kuasa penjajahan asing dan pemerintahan yang
kejam ini telah banyak menimbulkan sejarah berdarah di tanah air kita. Misalnya, ketika
pendudukan penjajah British di tanah Melayu mereka berlaku kejam ke atas rakyat dengan
mengeluarkan pelbagai sistem atau undang-undang yang membebankan rakyat dan segelintir
perwira di tanah Melayu ini pernah berjuang demi menghapuskan sistem yang tidak masuk
akal dan tidak adil kepada masyarakat ini. Namun, perwira-perwira ini tewas di pertengahan
perjuangan dan dianggap menderhaka kepada penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato
Bahaman dan ramai lagi. Pada sajak selepas kemerdekaan kita dapat dilihat, keadaan negara
yang kian maju dan bebas dari cengkaman penjajah asing. Hal ini dapat dilihat pada petikan
sajak Ahmad Sarju pada rangkap 1 dibawah.

Tanah indah pusaka moyang

di bawah percik sinar kebesaran

gahnya tersebar seluruh benua

agungnya dalam ukiran cetera

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Berdasarkan sajak ini, penulis mengetengahkan tentang kepesatan negara setelah kemerdekaan
yang mana, negara kini kian gah dan bebas dari cengkaman musuh. Kemajuan negara ini telah
membentuk suatu undang-undang negara baharu yang memberi keadilan kepada semua
kelompok masyarakat di negara ini. Pada sajak selepas kemerdekaan kita dapat lihat, keadaan
negara yang kian maju dan bebas dari cengkaman penjajah asing sehingga tercapainya keadilan
yang saksama dalam masyarakat dengan adanya undang-undang yang adil. Walaupun Malaysia
kini dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, namun rakyatnya
masih bersatu hati, bertoleransi dan hidup harmoni antara satu sama lain. Oleh itu, kita dapat
melihat perbezaan di kedua-dua situasi yang mana keadilan kepada rakyat ini adalah sangat
penting di dalam perundangan sesebuah negara demi memastikan keharmonian dalam
kalangan masyarakat dapat dikekalkan.

Seterusnya, persoalan yang diketengahkan dalam puisi sajak zaman sebelum kemerdekaan
dapat dilihat ialah persoalan tanggungjawab terhadap antara ahli keluarga, manakala persoalan

pada puisi sajak selepas kemerdekaan ialah persoalan tanggungjawab terhadap negara. Istilah
tanggungjawab membawa pengertian iaitu menjadi tugas dan tanggungan, kewajipan, beban,
pikulan dan amanah terhadap individu (Zainal Abidin,1997). Menurut pengarang Usman
Awang, beliau melukiskan persoalan tanggungjawab terhadap antara ahli keluarga kerana
ketika negara kita dijajah, keadaan negara yang keseluruhannya dimanipulasi oleh penjajah
asing ini menyebabkan mereka berkuasa untuk melakukan apa sahaja, bahkan sanggup
menyeksa dan membunuh rakyat. Setiap ahli keluarga dalam masyarakat terdahulu yang hidup
miskin, gigih berusaha mencari punca rezeki demi kelangsungan hidup walaupun nyawa
mereka terancam. Hal ini dapat dilihat pada baris 1 dan 2, rangkap 3 dalam sajaknya.

Anak-anak di bawah kolong, perutnya kosong

Ah, ayah belum pulang, manakah dia?

(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Berdasarkan petikan puisi sajak tersebut, pengarang menyatakan tentang kesukaran dan
kesusahan dalam sesebuah institusi kekeluargaan pada zaman sebelum merdeka untuk
menunaikan tanggungjawab menyediakan keperluan asas dari segi makanan, pakaian dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan ramai yang terpaksa ikat perut menahan lapar. Sikap
penjajah yang tidak berperikemanusiaan ini jelaslah menunjukkan bahawa bahayanya sesebuah
negara apabila dijajah oleh penjajah asing. Oleh sebab itu, pada sajak selepas merdeka, kita
dapat melihat bahawa pengarang cuba menekankan tentang persoalan tanggungjawab terhadap
negara. Misalnya, dalam petikan sajak Ahmad Sarju pada baris 3 dan 4, rangkap 5,

di sini tubuh-tubuh kerdil memagar pantaimu

di sini dada-dada perwira menahan tembusan peluru

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Berdasarkan puisi sajak tersebut, pengarang memperlihatkan tentang tanggungjawab dan
kewajipan rakyat untuk mempertahankan keamanan negara seperti mana kita ketahui bahawa
jasa dan pengorbanan perwira terdahulu yang tidak dapat disangkalkan lagi. Mereka
mempertahankan negara demi kemerdekaan generasi seterusnya iaitu kita. Justeru itu, sebagai
rakyat yang menjadi penerus kepada legasi kemerdekaan ini, sudah menjadi satu keperluan
untuk kita mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga negara kita dari dimonopoli
atau dirampas oleh kuasa asing supaya sejarah silam yang pahit terdahulu tidak diulangi lagi.

Oleh itu, jelaslah disini dapat dilihat aspek persoalan tanggungjawab yang berbeza dari kedua-
dua sajak.

Disamping itu, perbandingan persoalan antara kedua-dua puisi sajak ini ialah berkaitan
persoalan kasih sayang. Menurut Muhardi (1986) menyatakan bahawa perkataan sayang
merujuk kepada perkataan philia (cinta sesama manusia), kerana di sebelah perkataan philia
terdapat perkataan agape (cinta kepada Tuhan), perkataan eros dan amour (cinta antara lelaki
dan perempuan, biologi). Berdasarkan sajak sebelum kemerdekaan, persoalan kasih sayang
terhadap pasangan ditonjolkan oleh pengarang dalam puisi sajak Penjual Air Batu, manakala
bagi puisi sajak selepas kemerdekaan ialah persoalan kasih sayang terhadap negara. Pengarang
Usman Awang melukiskan persoalan ini pada baris 3 dan 4, rangkap 3 dibawah.

Isteri menanti dengan hati setengah bingung

Tunggulah, betapa ia pulang jua

(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Berdasarkan petikan puisi sajak tersebut, pengarang mengetengahkan persoalan kasih dan
sayang antara seorang isteri terhadap suaminya. Ketulusan hati seorang isteri yang menanti
kepulangan suaminya dari bekerja dengan perasan bimbang. Walaupun suaminya hanya
bekerja sebagai seorang penjual air batu, namun, isterinya tetap masih setia menunggu
kepulangan suaminya. Hal ini memperlihatkan bahawa perasaan kasih dan sayang terhadap
pasangan akan menimbulkan kesetiaan dalam perhubungan. Manakala, bagi sajak selepas
kemerdekaan, pengarang Ahmad Sarju mengetengahkan tentang persoalan kasih sayang
terhadap negara. Hal ini dapat dilihat pada petikan sajaknya pada baris 1 dan 2 rangkap 5.

Tiada yang lebih bererti dari kasih sayang ini

Tanah pusaka belaian jiwa penuh hakiki

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Pada petikan rangkap tersebut dapat dilihat bahawa pengarang cuba membangkitkan kesedaran
kepada bangsanya supaya timbulnya perasaan kasih sayang dan hormat kepada tanah air yang
telah pun mencapai kemerdekaan. Tanah pusaka merujuk kepada tanah air, tanah yang menjadi
tempat tinggal generasi masa kini yang telah terbebas dari penderitaan hidup yang disebabkan
oleh penjajah terdahulu. Perasaan kasih dan sayang terhadap negara juga boleh dikenali sebagai
patriotisme. Sekiranya rakyat berdedikasi, mempunyai semangat perjuangan yang tinggi demi

mempertahankan negara daripada anasir luar dan dalaman, berkemungkinan kesejahteraan
negara yang telah tercapai juga dapat dipertahankan. Oleh itu, jelaslah disini dapat dilihat akan
perbezaan kedua-dua sajak dari segi persoalan kasih sayang yang merujuk kepada maksud yang
berlainan.

PERBANDINGAN DARI ASPEK NADA

Nada ialah ‘tone’ dalam Bahasa inggeris. Erat hubungannya dengan tinggi rendah perasaan dan
kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sesuatu sajak. Secara ringkasnya, nada
membawa maksud alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai
jenis bunyi dalam sesebuah sajak. Nada ini juga dikaitkan dengan sikap atau semangat si
penyajak ketika mengungkap isi dalam sajaknya. Nada juga amat penting dalam
menyampaikan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang ditunjukkan atau yang
digambarkan dalam sesebuah sajak. Perlu ditekankan di sini bahawa dalam sesebuah sajak
boleh terdapat lebih daripada satu nada.

Seterusnya, nada mempunyai beberapa jenis yang kebiasaannya digunakan oleh
penyajak ketika mendeklamasikan sajak seperti nada patriotik, nada melankolik, nada sinis,
nada romantis dan juga nada protes. Berdasarkan kedua-dua buah sajak ini, sememangnya
mempunyai perbezaan dari segi nada yang digunakan. Untuk sajak penjual air batu karya
Usman Awang sesuai menggunakan nada sinis. Hal ini bertepatan dengan tema bagi sajak
tersebut. Sajak ini direka untuk menyatakan ketidakadilan yang dihadapi oleh orang-orang
bawahan dibawah penguasaan undang-undang. Nada sinis sesuai digunakan untuk
mendeklamasikan sajak ini kerana mengandungi unsur-unsur sindiran yang tajam terhadap
orang-orang atasan. Contoh pada rangkap kedua:

Undang-undang ialah suatu kekuasaan,

Yang biasanya untuk orang-orang bawahan,

Dan berseraklah orang-orang pakaian seragam,
Memburu tangkapan yang ‘melanggar aturan’.

(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Rangkap sajak di atas menunjukkan isi hati pengarang yang tidak berpuas hati dengan
layanan yang diberikan oleh orang-orang atasan terhadap orang-orang bawahan. Ketidakadilan

yang dihadapi oleh orang-orang bawahan ini sangat menguris hati pengarang. Sememangnya
sajak penjual air batu ini bertemakan ketidakadilan yang dihadapi oleh orang-orang bawahan
terutama bagi peniaga-peniaga kecil. Jelaslah, sajak penjual air batu ini menggunakan nada
sinis untuk memberi sindiran terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjaga
kebajikan masyarakat. Hal ini sangat berbeza dengan sajak yang dikarang oleh Ahmad Sarju
iaitu sajak Tanah Indah Pusaka Moyang. Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang ini dikarang
selepas kemerdekaan dan sememangnya tema bagi sajak ini jauh berbeza dengan sajak Penjual
Air Batu karya Usman Awang. Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang bertemakan kecintaan
terhadap tanah air dan mengingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh perwira-perwira
negara ketika sebelum merdeka. Nada yang digunakan untuk menyampaikan sajak ini adalah
nada patriotik. Nada patriotik ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pendengar.
Mudah sahaja, kerana penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara,
menentang penjajahan atau menggambarkan kasih dan bangganya kepada kemajuan negara.
Sebagai contoh:

tiada yang lebih bererti dari pengorbanan mu

jika bukan pada bumi ini rebah bangunmu

taat setia abadi engkau pemilik kesayangan

kerana tanah ini..

tanah pusaka moyang yang tunggal.

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Bedasarkan rangkap di atas, kita dapat lihat pengarang sangat menghargai pengorbanan
perwira-pewira negara yang sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk membebaskan
negara kita daripada kuasa penjajah. Hal ini menunjukkan nada yang sesuai digunakan untuk
mendeklamasikan sajak ini adalah nada patriotik.

Kedua-dua buah sajak ini mempunyai perbandingan dari segi nada yang digunakan
untuk mendeklamasikan sajak. Sajak sebelum kemerdekaan iaitu sajak penjual air batu karya
Ahmad Sarju menggunakan nada sinis kerana inti atau isi tersirat di dalam sajak adalah sindiran
terhadap kuasa-kuasa besar yang menindas orang-orang bawahan. Manakala sajak selepas
kemerdekaan iaitu sajak tanah indah pusaka moyang karya Usman Awang menggunakan nada

patriotik. Hal ini dikatakan demikian kerana sajak tanah indah pusaka moyang ini bertemakan
rasa cinta terhadap negara dan penghargaan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada
pewira-pewira negara.

PERBANDINGAN DARI ASPEK GAYA BAHASA

“Gaya” membawa maksud “sebuah cara menulis atau bercakap”. Gaya dalam penghasilan
karya merupakan corak, bentu atau pengetahuan berkaitan dengan penggunaan kata-kata dan
penyusunan ayat. Menurut Aminuddin (1995:5) menerangkan gaya bahasa merupakan cara
yang digunakan oleh penulis atau pengarang dalam mempersembahkan gagasannya yang
bersesuaian dengan tujuan dan keberkesanan yang ingin dicapai dalam karya tersebut. Susunan
kata yang diaplikasikan oleh pengarang ialah sebuah usaha dalam menyampaikan tema,
persoalan dan makna sesebuah karya. Melalui bidang ini terdapat beberapa senarai gaya bahasa
yang menjadi rujukan utama pembaca untuk menganalisis sesebuah karya tersebut. Sebagai
contohnya ialah unsur gaya bahasa, unsur perulangan dan perbandingan. Melalui pembahagian
ini ianya terdiri daripada contoh seperti gaya bahasa Aliterasi, Asonansi, Anafora, Epifora,
Simile, Metafora, Personifikasi, Hiperbola dan sebagainya. Kesemua unsur ini akan digunakan
dalam setiap karya bagi menjalankan fungsi-fungsi tertentu terutamanya dalam menyampaikan
puisi yang lebih berkesan kepada pembaca.

Kajian ini telah memilih puisi yang dihasilkan oleh dua orang penulis dari zaman
sebelum kemerdekaan dan sewaktu zaman kemerdekaan, Kedua-dua zaman ini memiliki
beberapa perbezaan yang boleh dibandingkan dalam cara penulisan yang menggambarkan
pemikiran mereka. Penulis-penulis ini juga menulis bagi melontarkan perasaan yang akan
mempengaruhi cara penggunaan gaya bahasa dalam hasil karya.

Sajak yang dikaji ialah sajak Penjual Air Batu karya Usman Awang pada tahun 1954
dan sajak Tanah Indah Pusaka Moyang karya Ahmad Sarju yang dihasilkan pada tahun 1966.
Melihat kepada tahun penghasilan karya atau sajak ini , Sajak Penjual Air Batu yang ditulis
oleh Usman Awang memiliki keseluruhan nada melankolik kerana jalan penceritaannya yang
sedih kerana kesengsaraan masyarakat yang berusaha menuntu keadilan dan menghapuskan
penindasan kepada rakyat. Berikut ialah perbandingan dalam penggunaan unsur gaya bahasa
yang terdapat dalam kedua-dua buah sajak pada zaman sebelum kemerdekaan dan semasa
zaman kemerdekaan. Melalui sajak Tanah Indah Pusaka Moyang pula penghasilan karya ini
lebih menjerumus kepada penyampaian nada patriotisme yang lebih tertumpu kepada

semangat cintaka tanah air. Oleh itu, peredaran zaman antara kedua-dua sajak ini memberikan
impak yang besar kepada cara penulisan para pengkarya pada ketika itu. Melalui penggunaan
gaya bahasa pula dapat dilihat melalui beberapa pengaplikasian seperti berikut :

Aliterasi – Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata yang berterusan.

Sajak Penjual Air Batu (1954) Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966)

(r1.b1) (r3.b1)
Pelan-pelan di pinggir jalan kota Tegak sendiri gagah sendiri

Pengulangan huruf konsonan l Pengulangan huruf konsonan g

(r2,b2) (Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)
Yang biasanya untuk orang-orang
bawahan

Pengulangan huruf konsonan n
(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Kedua-dua sajak yang dihasilkan oleh penulis sememangnya menggunakan gaya bahasa
aliterasi bagi dalam penulisan.

Asonansi – Pengulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak

Sajak Penjual Air Batu (1954) Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966)
(r1,b4) (r4,b1)

Tuan-tuan yang terganggu bisa pula Tegak engkau dari kudrat bangsamu
menghamun Pengulangan vokal u

Pengulangan vokal a

(r2,b1) (r4,b4)

Undang-undang ialah satu kekuasaan Inilah sumbangsih atas hakikat cinta abadi

Pengulangan vokal u Pengulangan vokal i

(Penjual Air Batu, 1954: 72) (Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Perbandingan sajak sebelum kemerdekaan dan zaman kemerdekaan dapat dibandingkan

melalui persamaan dapat dibuktikan bahawa kedua-dua sajak yang dihasilkan oleh penulis

sememangnya menggunakan gaya bahasa asonansi bagi dalam penulisan.

Anafora- Pengulangan perkataan di awal baris yang sejajar atau berturutan

Sajak Penjual Air Batu (1954) Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966)
TIADA
(r2,b1)
Tanah pusaka tanah tercinta

(Penjual Air Batu, 1954: 72) (Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Epifora- pengulangan perkataan di akhir baris yang sejajar atau berturutan

Sajak Penjual Air Batu (1954) Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966)
TIADA
(r3,b1)
Tegak sendiri gagah sendiri

(Penjual Air Batu, 1954: 72) (Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Melalui perbandingan ini dapat dilihat bahawa penulis pada zaman kemerdekaan sudah
terdedah dalam menggunakan perkataan yang sama atau menggunakan teknik anafora dan
epifora bagi menimbulkan lagi penegasan dalam hasil penulisan.

Personifikasi – Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.

Fungsinya ialah untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Sajak Penjual Air Batu (1954) Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966)

(r1,b3) TIADA
Ia bisa ditulikan dengan pekikan hon-hon
Penggunaan kata pekikan ialah sifat atau
tingkahlaku manusia kepada hon
menunjukkan betapa kuat dan nyaring
bunyi hon seolah seperti jeritan manusia.

(r4,b1) (Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)
Sampai gelap merangkak menghampiri

Penggunaan kata merangkak yang
berfungsi menerangkan maksud gelap atau
malam yang semakin menghampiri

(Penjual Air Batu, 1954: 72)

Penggunaan unsur gaya bahasa personifikasi ini dapat dilihat penulis pada tahun sebelum
kemerdekaan memilih untuk mengaplikasikannya bagi memperlihatkan kesengsaraan yang
dihadapi namun pada zaman semasa kemerdekaan penulis lebih memperlihatkan keadaan
realistik bersesuaian dengan semangat patriotisme yang ditanamkan dalam diri pada ketika itu.

Hiperbola- Penyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu
peristiwa

Sajak Penjual Air Batu (1954) Sajak Tanah Indah Pusaka Moyang (1966)
TIADA (r2, b1&b2)

Penulis hanya menulis secara terus tanpa Tanah pusaka tanah tercinta
membuat pembaca berfikir melalui kata- Pernah berlangir darah manusia
kata yang digunakan.
Berlangir membawa maksud
– sabun,bermandikan atau syampu.

(Penjual Air Batu, 1954: 72) Oleh itu, penggunaan berlangir darah dialah
sebuah paparan kepada betapa teruknya
peristiwa sebelum kemerdekaan yang
menyebabkan masyarakat hidup di tanah yang
bermandikan darah manusia.
Penggunaan kata ini memiliki unsur hiperbola
namun sesuai digunakan bagi memperlihatkan
sesebuah peristiwa.

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966: 101)

Melihat kepada beberapa unsur gaya bahasa lain seperti sinkope, penulis pada zaman
dahulu memilih untuk menggunakan kata atau bahasa baku yang sesuai dengan penerimaan
masyarakat pada zaman itu. Kebiasaanya, singkatan mula digunakan sewaktu zaman teknologi
semakin diperkenalkan. Namun begitu, gaya bahasa tetap menjadi sebuah kepentingan dalam
penulisan puisi tidak kiralah dari zaman sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan malah
dititikberatkan sehingga kini. Kesemua unsur gaya bahasa memainkan peranan yang amat
penting dalam mengukuhkan lagi penyampaian para penulis dalam mengekalkan mutu
sesebuah karya.

PERBANDINGAN DARI ASPEK GAYA NILAI

Nilai atau nilai-nilai murni ialah 'sikap ketinggian' seseorang atau sesebuah masyarakat dari
segi pemikiran dan tindakan. Nilai ini juga merupakan satu nilai yang baik atau nilai positif
yang terdapat dalam sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati dan
diamalkan oleh manusia dan juga para pembaca yang membaca karya tersebut.

Bagi nilai yang dibawa atau dimasukkan ke dalam kedua-dua buah sajak ini, dapat dilihat ada
persamaannya kerana ianya berlatar belakangkan tentang kemerdekaan walaupun sajak
‘Penjual Air Batu’ ditulis sebelum kemerdekaan dan sajak ‘Tanah Indah Pusaka Moyang’
ditulis selepas kemerdekaan. Namun ianya dapat dikupas dan diperbandingkan dari segi nilai
itu ditekankan terhadap sesuatu aspek dan benda yang cuba disampaikan oleh penyajak.
Nilai pertama yang terdapat dalam sajak ‘Penjual Air Batu’ karya Usman Awang ialah
nilai kasih sayang, di mana nilai ini terdapat pada rangkap ketiga sajak tersebut.

Anak-anak di bawah kolong, perutnya kosong
Ah, ayah belum pulang, manakah dia?
Isteri menanti dengan hati setengah bingung
Tunggulah, betapa ia pulang jua.

(Penjual Air Batu, 1954 : 72)

Berdasarkan contoh yang telah diberikan dapat dilihat dengan jelas nilai kasih sayang telah
dimasukkan oleh penyajak di mana nilai kasih sayang yang dibawakan di dalam sajak tersebut
menunjukkan nilai kasih sayang antara keluarga iaitu kasih sayang anak terhadap ibu bapa dan
juga kasih sayang isteri terhadap suaminya. Maksud dari rangkap yang diberikan menjelaskan
bahawa penyajak cuba menyampaikan tentang situasi yang berlaku pada ketika itu di mana
masyarakat hidup dalam kemiskinan dan mereka terpaksa mencatu makanan mereka dan dari
situasi ini dapat menunjukkan hubungan kekeluargaan akan menjadi kuat dan erat kerana
mereka bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamat setiap ahli anggota
keluarga.

Nilai yang kedua yang dibawakan oleh penyajak dalam sajaknya ialah nilai bertanggungjawab
di mana nilai ini dapat kita lihat pada rangkap keempat di dalam sajak.

Sampai gelap merangkak menghampiri

Penjual air batu belum pulang lagi.
(Penjual Air Batu,1954 : 72)

Berdasarkan contoh yang diberikan menunjukkan, penjual air batu bekerja dengan bersungguh-
sungguh dari pagi sehingga malam demi mencari rezeki untuk keluargaannya. Penyajak juga
ingin menyampaikan maksud bahawa sebagai ketua keluarga atau seorang bapa, kita
bertanggungjawab untuk mencari rezeki iaitu wang atau makanan untuk ahli keluarga kita tanpa
mengira atau memandang pekerjan yang dikerjakan dan juga tanpa mengira penat lelah.
Jelaslah bahawa, penyajar telah memasukkan nilai bertanggungjawab yang ditekankan terhadap
tanggungjawab dalam mencari rezeki untuk menyara ahli keluarga.

Manakala nilai yang dijumpai dalam sajak ‘Tanah Indah Pusaka Moyang’ yang pertama ialah
nilai bertanggungjawab, di mana nilai ini terdapat pada rangkap keempat.

Tegak engkau dari kudrat bangsamu
Mengisi perjuangan atas kemerdekaanmu
Inilah derma bakti tumpahan darah di bumi
Inilah sumbangsih atas hakikat cinta abadi

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966 : 101)

Berdasarkan contoh tersebut menunjukkan nilai bertanggungjawab telah dimasukkan oleh
penyajak di mana ianya membawa maksud bertanggungjawab terhadap tanah air, di mana
kita sebagai pewarisnya perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan negara dengan
menyumbang fikiran dan tenaga dalam membangun dan memajukan negara. Hal ini jelas
dibuktikan oleh penyajak di mana kita perlu menyumbangkan tenaga kita seperti nenek
moyang kita terdahulu yang bergadai nyawa dalam memerdekakan tanah air.

Nilai yang kedua yang terdapat dalam sajak tersebut ialah nilai kasih sayang. Nilai kasih sayang
ini dapat dilihat pada rangkap kelima di dalam sajak.

Tiada yang lebih bererti dari kasih sayang ini
Tanah pusaka belaian jiwa penuh hakiki
Di sini tubuh-tubuh kerdil memagar pantaimu
Di sini dada-dada pewira menahan tembusan peluru

(Tanah Indah Pusaka Moyang, 1966 : 101)

Berdasarkan contoh yang diberikan, penyajak menjelaskan tentang kasih sayang terhadap tanah
air di mana kita dapat lihat di dalam sajak tersebut penduduk rela berkorban jiwa dan nyawa

demi mempertahankan tanah air tercinta iaitu tanah di mana mereka lahir. Penyajak juga cuba
untuk menyampaikan bahawa mereka bersiap sedia mempertahankan tanah air mereka dari
dijajah kembali setelah mengecapi kemerdekaan. Maka dapat dilihat bahawa kasih sayang
bukan saja boleh terjadi dalam hubungan sesama manusia namun ianya juga boleh dizahirkan
untuk negara kita yang tercinta, tanah yang telah dibela dan dimerdekakan oleh nenek moyang
kita terdahulu.

Melalui nilai yang telah dijelaskan di dalam kedua-dua buah sajak yang telah dipilih,
perbandingan yang pertama nilai kasih sayang. Jika kita lihat nilai kasih sayang ini dimasukkan
oleh kedua-dua penyajak di dalam sajak mereka tidak kira sebelum merdeka dan juga selepas
merdeka namun terdapat perbezaan nilai kasih sayang yang ditekankan oleh penyajak di mana
nilai kasih sayang bagi sajak ‘Penjual Air Batu’ oleh Usman Awang lebih menekankan tentang
kasih sayang terhadap keluarga, manakala nilai kasih sayang bagi sajak ‘Tanah Indah Pusaka
Moyang’ karya Ahmad Sarju lebih menekankan kasih sayang terhadap tanah air.

Hal ini demikian kerana sebelum merdeka, masyarakat hidup dalam kesengsaraan dan
perperangan yang hampir meregut nyawa ahli keluarga mereka. Mereka diseksa oleh penjajah
yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu hingga menyebabkan hubungan kekeluargaan
menjadi kuat kerana perlu melindungi ahli keluarga mereka dari diseksa. Manakala selepas
merdeka ianya ditekankan kepada tanah air kerana, untuk memperoleh kemerdekaan, nenek
moyang kita sanggup berkorban segala harta benda dan nyawa, jadi kita sebagai pewaris telah
menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahan dan menjaga tanah air dari dijajah kembali.
Bak kata pepatah ‘jangan pisang berbuah dua kali’. Kita tidak boleh mengulang kembali sejarah
yang telah dilalui dan dilakar oleh nenek moyang kita, kerana kita berhak untuk hidup aman
dan tenteram di tanah air kita sendiri dan juga untuk genrasi kita yang seterusnya. Maka jelaslah
bahawa, perbandingan yang dapat kita lihat ialah dari segi nilai kasih sayang itu ditekankan
dimana sajak ‘Penjual Air Batu’ lebih kepada kasih sayang terhadap kekeluargaan kerana
mereka hidup dalam kesengsaraan dan dalam perjuangan mengecapi kemerdakaan, manakala
sajak ‘Tanah Indah Pusaka Moyang’ lebih menekankan kasih sayang terhadap tanah air di mana
kita perlu mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapai dari dijajah kembali.

Perbandingan yang kedua ialah dari segi nilai bertanggungjawab itu ditekankan di mana kita
dapat lihat pada sajak ‘Penjual Air Batu’, penyajak telah menekankan nilai bertanggungjawab
terhadap keluarga iaitu kita sebagai ketua keluarga perlu bertanggungjawab dalam mencari
rezeki untuk menafkahi isteri dan anak-anak dan kita juga dapat lihat kepayahan yang dilalui

oleh mereka dalam memikul tanggungjawab tersebut iaitu pergi kerja pada waktu pagi dan
pulang sehingga larut malam hanya untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Manakala, nilai
bertanggungjawab dalam sajak ‘Tanah Indah Pusaka Moyang’ lebih ditekankan kepada
bertanggungjawab dalam mempertahankan negara di mana kita perlu menyumbangkan tenaga
kita untuk menjaga keamanan negara seperti yang dibuat oleh nenek moyang kita terdahulu.
Maka jelaslah bahawa nilai bertanggungjawab turut dipilih atau dimasukkan ke dalam kedua-
dua sajak namun ditekankan dari segi yang berbeza.

Selain daripada nilai kasih sayang dan nilai bertanggungjawab dimasukkan, terdapat juga nilai-
nilai yang lain di dalam kedua-dua buah sajak yang dikaji. Bagi sajak ‘Penjual Air Batu’ nilai
lain yang dijumpai ialah nilai amanah atau kejujuran, di mana nilai ini kita dapat lihat pada
rangkap yang kedua.

Undang-undang ialah suatu kekuasaan
Yang biasanya untuk orang-orang bawahan
Dan berseraklah orang-orang pakaian seragam
Memburu tangkapan yang ‘melanggar aturan’

(Penjual Air Batu, 1954 : 72)

Berdasarkan contoh yang telah diberikan, dapat dilihat penyajak memasukkan nilai amanah
atau kejujuran di dalam sajaknya yang mana penyajak ingin menceritakan tentang sifat jujur
dan amanah masyarakat pada ketika itu dalam menjalankan tugas mereka tanpa mengira
bangsa. Pada rangkap ini juga penyajak cuba menyampaikan peristiwa yang berlaku pada tahun
tersebut di mana pada tahun itu negara atau tanah air kita masih berhadapan dengan ancaman
komunis. Askar-askar yang telah dilantik akan menangkap mana-mana tali barut atau orang
yang bekerjasama dengan pihak komunis untuk diberikan hukuman kerana semasa Perang
Dunia Kedua berlaku, kuasa Barat amat khawatir jika teori yang pernah diutarakan oleh
Presiden Dwight D.Eisenhower pada tahun 1954 menjadi kenyataan di mana ia mengandaikan
jika satu tanah jajahannya jatuh ketangan komunis maka yang lain akan turut musnah atau jatuh
. Peristiwa lain yang turut berlaku pada ketika itu adalah tentang parti-parti politik yang wujud
di Tanah Melayu seperti UMNO, MCA dan MIC di mana ianya ditubuhkan untuk menentang
Malayan Union pada ketika itu dan turut terlahir undang-undang di Tanah Melayu. Orang yang
terpilih yang dilantik untuk memegang jawatan tertentu perlulah melaksanakan tugas mereka
dengan jujur dan amanah kerana undang-undang merupakan satu perkara yang amat penting
kepada msayarakat atau penduduk yang lain sebagai peganggan mereka.

Seterusnya nilai yang lain ialah nilai kegigihan di mana nilai ini dapat dilihat pada rangkap
kelima di dalam sajak.

Tapi berapa kali tangkapan terjadi
Ia usahakan untuk berjual mencari rezeki

(Penjual Air Batu,1954 : 72)

Berdasarkan contoh yang diberikan, penyajak cuba menjelaskan bahawa dalam mencapai
sesuatu yang dikehendaki kita perlu berusaha dengan gigih dalam mencapai perkara tersebut
walaupun terpaksa menghadapi rintangan yang kuat. Maksud lain yang cuba disampaikan juga
ialah kegigihan dalam mencari rezeki. Sebagai ketua keluarga kita perlu gigih mencari rezeki
untuk diberikan kepada isteri dan anak-anak dan halangan yang dihadapi merupakan satu
cabaran untuk melihat sama ada kita boleh atau tidak menghadapinya. Penyajak juga cuba
menjelaskan situasi pada ketika itu yang menyukarkan masyarakat untuk mencari rezeki kerana
sebelum kemerdekaan tanah kita dijajah dan diambil oleh kuasa luar yang menyebabkan
masyarakat hidup dalam kesengsaraan namun sebagai ketua keluarga, dia berusaha dengan
gigih untuk berjual walaupun dia tahu dia tidak mungkin pulang dengan hasil yang memuaskan.
Jadi di sini kita dapat lihat masyarakat hidup dalam kesusahan kerana tidak mampu untuk
bekerja dengan aman dan damai kerana di bawah pemerintahan kuasa asing.

Manakala nilai bagi sajak ‘Tanah Indah Pusakan Moyang’ ialah nilai kesetiaan di mana ianya
dapat dilihat pada rangkap keenam di dalam sajak.

Tiada yang lebih bererti dari pengorbananmu
Jika bukan pada bumi ini rebah bangnmu
Taat setia abadi engkau pemilik kesayangan
Tanah ini pusaka moyang yang tunggal

(Tanah Indah Pusaka Moyang,1966 : 101)

Berdasarkan contoh yang telah diberikan menunjukkan bahawa penyajak cuba untuk
menjelaskan bahawa sifat atau sikap taat setia terhadap tanah air perlu ditanam dalam diri setiap
individu agar ianya tidak mudah untuk membelot tanah air sendiri di mana kita dapat lihat
bahawa nenek moyang kita rela berkorban segalanya demi memerdekakan tanah air kita dari
jajahan kuasa asing pada ketika dulu dan kita sebagai pewarisnya perlulah mempertahan dan
menjaga tanah air dari dijajah kembali. Sekiranya kita tidak mempunyai sifat kesetiaan kepada
tanah air dan sanggup menhancurkannya samalah seperti kita mengadai maruah kita sendiri.

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa perbandingan juga dapat dibuat dan dilihat dalam nilai
yang dimasukkan oleh penyajak di dalam sajak mereka. Walaupun terdapat beberapa nilai yang
sama yang terdapat dalam kedua-dua sajak namun perbandingannya ialah dari segi penekanan
terhadap maksud yang disampaikan oleh penyajak, di mana secara keseluruhan kita dapat
ketahui sajak ‘Penjual Air Batu’ lebih menfokuskan kepada siuasi yang berlaku sebelum
merdeka di mana rakyat hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan dari penindasan kuasa asing
sehingga rakyat berjuang untuk memerdekakan tanah air, manakala sajak ‘Tanah Indah Pusaka
Moyang’ lebih menceritakan tentang peristiwaa selepas kemerdekaan di mana kita perlu
mencintai tanah air kita dengan berjuang dan menyumbang tenaga dalam mempertahankan
kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara.

PENUTUP

Rumusannya, bagi penggulungan dari apa yang dianalisis dalam kajian terhadap dua buah sajak
iaitu sajak zaman sebelum kemerdekaan yang dipilih ialah sajak nukilan Usman Awang yang
diciptakan pada tahun 1954 yang bertajuk sajak Penjual Air Batu, manakala sajak selepas
kemerdekaan ialah sajak nukilan Ahmad Sarju pada tahun 1966 yang bertajuk sajak Tanah
Indah Pusaka Moyang, pengkaji mendapati terdapat banyak perbandingan dari segi tema,
persoalan, ciri-ciri bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengajaran dalam kedua-dua buah puisi sajak
tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila adanya perubahan dari segi tema dan persoalan yang cuba
digarapkan oleh penulis, yang mana pada sajak sebelum kemerdekaan penulis iaitu Usman
Awang cuba menyampaikan suatu mesej yang lebih berbentuk kepada kritikan terhadap
penjajah iaitu dari segi undang-undang yang dijalankan oleh pihak penjajah yang banyak
menzalimi rakyat di tanah Melayu, manakala pada sajak selepas kemerdekaan, penulis Ahmad
Arju cuba menyampaikan mesej yang seakan berbentuk didaktik supaya dapat menaikkan
semangat dan kesedaran rakyat untuk terus mengekalkan keamanan dan kesetiaan agar negara
tidak akan mudah dijajah oleh penjajah asing yang tidak berperikemanusiaan. Pada
keseluruhan analisis ini juga, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan yang berbentuk
penulisan puisi Melayu iaitu sajak memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah
dalam menaikkan semangat perjuangan dan semangat nasionalisme kepada rakyat di tanah air
ini supaya tidak mudah mengaku kalah terhadap musuh dan kuasa asing yang menjajah.
Justeru, puisi-puisi Melayu ini perlulah dihargai dan disemai dalam setiap individu kerana ia
merupakan suatu khazanah hasil karya sastera kepada negara bangsa.

RUJUKAN

Azwan Azmi. (2017). Pengertian Tema dan Persoalan. Diakses pada 2 Januari 2022 daripada
laman web https://www.scribd.com/document/354543221/Pengertian-Tema-Dan-
Persoalan

Cindy Geofany, Deby Triananda & Erlinda Sari E. (2018). Perbandingan Puisi Doakarya Amir
Hamzah Dan Doa Karya Sanusi Pane. Asas: Jurnal Sastra. Vol 7, 62-71.
https://jurnal.unimed.ac.id/2012/index.php/ajs/article/view/10694/9610

Dharmawijaya. (1994). Antologi Gurindam Alam. Kajang, Selangor: Cumall Industries
Sdn.Bhd.

Dr Abu Zarrin Hj. (2021, September 20). Mencakna Jiwa Generasi Muda Dengan Nilai
Peradaban Unggul. https://bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2004165

Gallus, C., & On, L. K. (2016). Tangon Dusun Liwan: Satu Analisis Tema. Jurnal Gendang
Alam (GA), 6. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/512

Kamus Dewan. Edisi keempat, (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhardi. (1986). "Homo Humanus". Padang: Jurusan Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia
FPBS IKIP Padang.

Zainal Abidin Safarwan. (1997). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version