SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU 05150 ALOR SETAR KEDAH TARIKH: 24 OGOS HINGGA 21 SEPTEMBER 2023 DISEDIAKAN OLEH : RAHIMAH BINTI IDRIS LAPORAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU 2023 “ TEKAD PE PA UA ” ANJURAN
KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEBANGSAAN 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU 05150 ALOR SETAR KEDAH KERTAS KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN “ TEKAD PE PA UA ” TARIKH 24 OGOS HINGGA 21 SEPTEMBER 2023 ANJURAN
1.0 PENDAHULUAN Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Oleh itu, sambutan ini diharapkan dapat memberi kesedaran dan mendidik generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara. Mereka perlu menghayati dan memahami sejarah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Generasi muda ini perlu dididik dan dibina semangat mencintai negara, mengingati jasa dan perjuangan para pejuang kemerdekaan. Justeru, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik, Panita Pendidikan Seni Visual, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Reka Bentuk Teknologi, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kokurikulum telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai program di sepanjang Bulan Kemerdekaan. Program tersebut bermula dengan Pelancaran dan Ambang Merdeka serta Penutupan Bulan Kemerdekaan. Aktiviti yang dirancang ini akan melibatkan semua murid iaitu murid Prasekolah serta murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Baru. 2.0 MATLAMAT Program ini dijalankan bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara Malaysia, mengcungkil bakat terpendam murid-murid SK Sungai Baru secara menyeluruh serta memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman menyertai dan menghayati aktiviti Bulan Kebangsaan yang dijalankan di peringkat sekolah. 3.0 OBJEKTIF i. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid SK Sungai Baru. ii. Murid-murid dapat mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia. iii. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. iv. Menyediakan ruang kepada murid untuk membentuk budaya kreatif dan inovatif dalam diri. v. Mewujudkan kerjasama semua warga sekolah dengan masyarakat luar melalui aktiviti yang dijalankan. 4.0 TARIKH Program Bulan Kemerdekaan bermula pada 24 Ogos 2023 hingga Program Penutupan Bulan Kemerdekaan pada 21 September 2023.
5.0 WAKTU PELAKSANAAN 5.1 PROGRAM PELANCARAN DAN AMBANG MERDEKA Tarikh : 24 Ogos 2023 (Khamis) Masa : 7.45 Pagi Tempat : Dataran perhimpunan dan Kantin SK Sungai Baru 5.3 PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN Tarikh : 21 September 2023 (Khamis) Masa : 7.45 Pagi Tempat : Kantin SK Sungai Baru 6.0 JADUAL PELAKSANAAN 6.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BIL PANITIA AKTIVITI/TEMPAT/TARIKH PERINCIAN JURI PERTANDINGAN 1. Unit Ko kurikulum, Pusat Sumber, Panitia Sejarah, Muzik, PSV, BM, BI Program Pelancaran dan Ambang Merdeka Dataran Perhimpunan dan Dewan SKSB 24 Ogos 2023 ( Khamis) Ucapan guru besar Ucapan YDP PIBG Gimik Pelancaran Laungan Merdeka Nyanyian Lagu Patriotik Pertandingan Busana Merdeka (Rujuk Jawatankuasa) 2. Unit Ko kurikulum, Pusat Sumber, Panitia Sejarah, Muzik, PSV, BM, BI Program Penutupan Bulan Kemerdekaan 21 September 2023 (Khamis) Ucapan Penutupan oleh Pentadbir Pertandingan Hiasan Basikal Merdeka Kayuhan Basikal Merdeka Persembahan Penyampaian Hadiah (Rujuk Jawatankuasa) 3. Pusat Sumber Sekolah Pertandingan Kuiz Online Merdeka 25 Ogos hingga 02 September 2023 Terbuka kepada semua murid SKSB (Waktu Cuti Persekolahan) Pn. Siti Rodzoh bt Ali 4. Panitia Sejarah Busana Merdeka (Kantin SKSB) 24 Ogos 2023 Terbuka kepada semua murid SKSB Pn. Siti Rodzoh bt Ali Pn. Noor Hasyikin bt Abu En. Kumar a/l Subramaniam En. Zulkifli bin Shaari Buku Skrap 14 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 (Waktu PdP Sejarah) Pn. Juliana bt Abdul Hamid En. Ahmad Khairil bin Ismail Pn. Shaharbanun bt Ahmad Basikal Merdeka 21 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 Pn. Siti Rodzoh bt Ali Pn. Noor Hasyikin bt Abu En. Kumar a/l Subramaniam En. Zulkifli bin Shaari
5. Panitia Muzik Nyanyian Solo Lagu Patriotik/Irama Malaysia/Lagu-lagu Pop Prasekolah & Tahap 1 - 4 hingga 7 September 2023 Tahap 2 - 6 September 2023 Prasekolah dan Tahap 1 (Waktu Perhimpunan Pagi) Tahap 2 (Waktu Aktiviti Kokurikulum) Prasekolah dan Tahap 1 Pn Shaharbanun bt Ahmad En. Ahmad Khairil bin Ismail Pn. Hamishah bt Ahmad Tahap 2 Pn. Juliana bt Abdul Hamid Pn. Siti Husna bt Yahya Pn. Siti Rodzoh bt Ali Foto Kreatif Merdeka 14 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 Pn. Hamishah bt Ahmad Pn Shaharbanun bt Ahmad Pn. Syamimi bt Md Khamis 6. Panitia PSV Pertandingan Mewarna 3 hingga 14 September 2023 Terbuka kepada semua murid SKSB (Waktu PdP PSV) Guru PSV mengikut kelas 7. Panitia Bahasa Melayu Pertandingan Sajak Merdeka 11 hingga 14 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 (Waktu Perhimpunan Pagi) En. Mohamad Zaki bin Bakar Pn. Hartini bt Suparman Tulisan Berangkai 11 hingga 14 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 (Waktu PdP Bahasa Melayu) Guru BM mengikut kelas Pertandingan Bercerita Terbuka kepada murid Tahap 2 (Waktu Perhimpunan Pagi) En. Mohd Noor bin Zainul Abidin Pn. Syamimi bt Md Khamis 8. Panitia Bahasa Inggeris Pertandingan Mewarna 03 hingga 07 September 2023 Terbuka kepada murid Prasekolah dan Tahap 1 (Waktu PdP Bahasa Inggeris) Semua guru Panitia Bahasa Inggeris Melukis Doodle Merdeka 03 hingga 07 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 (Waktu PdP Bahasa Inggeris) Semua guru Panitia Bahasa Inggeris Independence Poem 11 hingga 14 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 (Waktu Perhimpunan Pagi) Semua guru Panitia Bahasa Inggeris 9. Panitia Reka Bentuk Teknologi Pertandingan Reka Bentuk Bertemakan Hari Kemerdekaan 17 September 2023 Terbuka kepada murid Tahap 2 En. Mohamad Zaki bin Bakar Pn. Rosmaliza bt Ibrahim En. Ahmad Khairil bin Ismail
7.0 SASARAN Semua murid SK Sungai Baru. 8.0 ANJURAN Unit Kokurikulum kolaborasi bersama Pusat Sumber Sekolah serta Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik, Panita Pendidikan Seni Visual, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Reka Bentuk Teknologi. 9.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BULAN KEBANGSAAN 2023 PENASIHAT : EN ISHAK BIN HASHIM Guru Besar PENGERUSI 1 : PN ANITA BT CHEE NEE MD P.K Pentadbiran PENGERUSI 2 : EN. ZULKIFLE BIN OTHMAN P.K HEM PENGERUSI 3 : EN MOHAMMAD NIZAM BIN SHUIB P.K Kokurikulum SETIAUSAHA : PN. SITI RODZOH BINTI ALI Penyelaras PSS BENDAHARI : EN MOHD FAIZAL BIN ABD HAMID AJK : EN AHMAD KHAIRIL BIN ISMAIL KP Sejarah : PN SHAHARBANUN BT AHMAD KP Pend. Muzik : PN RAHIMAH BT IDRIS KP Pend. Seni Visual : PN JULIANA BT ABDUL HAMID KP Bahasa Melayu : PN HARTINI BT SUPARMAN KP Bahasa Inggeris : EN MOHAMAD ZAKI BIN BAKAR KP Reka Bentuk Teknologi
10.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN 2023 BUKU PROGRAM 1. Pn. Siti Farahiya bt Jasmi 2. Pn. Nur Asfarina bt Abdul Khalid BACAAN DOA 1. En. Muhamad Rosidi bin Hassan SIARAYA 1. En. Mohd Noor bin Zainul Abidin 2. En. Ahmad Khairil bin Ismail 3. En. Mohamad Zaki bin Bakar JURUACARA 1. Pn. Syamimi bt Md Khamis 2. Pn. Noraini bt Huzin FOTOGRAFI 1. En. Mohd Noor bin Zainul Abidin 2. En. Nubairi bin Saad GIMIK PELANCARAN 1. Pn. Siti Rodzoh bt Ali 2. Pn. Shaharbanun bt Ahmad 3. Pn. Juliana bt Abdul Hamid 4. Pn. Rahimah bt Idris 5. En. Ahmad Khairil bin Ismail 6. Pn. Hartini bin Suparman 7. En. Mohd Faizal bin Abdul Hamid KAWALAN DAN DISIPLIN MURID 1. Pn Siti Sarah bt Laidin 2. Pn Nor Azila bt Abu Bakar 3. Cik Asilah bt Shuib PERSIAPAN TEMPAT 1. En. Muhamad Rosidi bin Hassan 2. Pn. Hamishah bt Ahmad 3. Pn. Siti Husna bt Yahya 4. Pn. Hartini bt Suparman DOKUMENTASI 1. Pn. Rahimah bt Idris 2. Pn. Shaharbanun bt Ahmad 3. Pn. Juliana bt Abdul Hamid 4. Pn. Hartini bin Suparman 5. Pn. Siti Rodzoh bt Ali PENGELOLA PESERTA BUSANA MERDEKA 1. Pn. Rosmaliza bt Ibrahim 2. Pn. Rohaya bt Ali 3. Pn. Siti Farahiya bt Jasmi 4. Pn. Siti Husna bt Yahya SIJIL/ HADIAH / CENDERAMATA 1. Pn. Nur Asfarina bt Abdul Khalid 2. Cik Hanisah bt Idris 3. Pn. Rohaya bt Zakaria
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 11.1 PANITIA SEJARAH 11.1.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Pertandingan Busana Merdeka i.Pra Sekolah : Tempat Pertama (1 orang x RM10.00) Tempat Kedua ( 1 orang x RM 8.00) Tempat Ketiga ( 1 orang x RM 7.00) Saguhati ( 5 orang x RM 5.00 ) ii.Tahap 1 Tempat Pertama (1 orang x RM10.00) Tempat Kedua (1 orang x RM 8.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM 7.00) Saguhati (10 orang x RM 5.00) iii.Tahap 2 Tempat Pertama (1 orang x RM10.00) Tempat Kedua (1 orang x RM 8.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM 7.00) Saguhati (10 orang x RM 5.00) JUMLAH RM 10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 25.00 RM 10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 50.00 RM 10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 50.00 RM 200.00 2. Pertandingan Buku Skrap (Tahap 2) i.Tahun 4, 5 dan 6 Tempat Pertama (3 orang x RM 10.00) Tempat Kedua (3 orang x RM 8.00) Tempat Ketiga (3 orang x RM 7.00) Saguhati (15 x RM 5.00) JUMLAH RM30.00 RM24.00 RM21.00 RM75.00 RM150.00 3 Pertandingan Basikal Merdeka (Tahap 2) Tempat Pertama ( 1 orang x RM10.00) Tempat Kedua ( 1 orang x RM 8.00) Tempat ketiga ( 1 orang x RM 7.00) Saguhati ( 5 orang x RM5 ) JUMLAH RM10.00 RM8.00 RM7.00 RM25.00 RM 50.00 4 Banner Pelancaran RM121.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN (1+2+3+4) RM521.00
11.2 PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 11.2.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik i.Pra Sekolah Tempat Pertama (1 orang x RM10.00) Tempat Kedua (1 orang x RM8.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM7.00) ii.Tahap 1 Tempat Pertama (1 orang x RM 10.00) Tempat Kedua (1 orang x RM8.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM7.00) iii.Tahap 2 Tempat Pertama (1 orang x RM 10.00) Tempat Kedua (1 orang x RM8.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM7.00) JUMLAH RM10.00 RM 8.00 RM7.00 RM 10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 75.00 2. Hadiah Pertandingan Foto Kreatif Merdeka i.Tahap 1 Tempat Pertama ( 1 orang x RM10.00) Tempat Kedua ( 1 orang x RM 8.00) Tempat Ketiga ( 1 orang x RM 7.00) Saguhati (5 orang x RM 5.00) ii.Tahap 2 Tempat Pertama ( 1 orang x RM10.00) Tempat Kedua ( 1 orang x RM 8.00) Tempat Ketiga ( 1 orang x RM 7.00) Saguhati (5 orang x RM 5.00) JUMLAH RM10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 25.00 RM 10.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 25.00 RM 100.00 3 Banner Gimik Pelancaran RM150.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN (1 + 2 + 3 ) RM325.00 11.3 PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 11.3.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Tahun 1, 2, 3, 4, 5 & 6. Tempat pertama = RM10.00 X 13 orang Tempat Kedua = RM8.00 x 13 orang Tempat Ketiga = RM7.00 x 13 orang Hadiah Saguhati = RM5.00 x 26 orang 130.00 104.00 91.00 130.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM455.00
11.4 PANITIA BAHASA MELAYU 11.4.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Pertandingan Tulisan Berangkai Tempat pertama = RM10.00 x 6 orang Tempat Kedua = RM 8.00 x 6 orang Tempat Ketiga = RM 7.00 x 6 orang Hadiah Saguhati = RM5.00 X 18 orang JUMLAH RM 60.00 RM 48.00 RM42.00 RM90.00 RM240.00 2. Pertandingan Sajak Merdeka Tempat pertama = RM10.00 x 1orang Tempat Kedua = RM8.00 x 1 orang Tempat Ketiga = RM7.00 x 1 orang Hadiah Saguhati = RM5.00 X 3 orang JUMLAH RM10.00 RM8.00 RM7.00 RM15.00 RM40.00 3. Pertandingan Bercerita Tempat pertama = RM10.00 x 1 orang Tempat Kedua = RM 8.00 x 1 orang Tempat Ketiga = RM 7.00 x 1 orang Hadiah Saguhati = RM 5.00 x 8 orang JUMLAH RM10.00 RM8.00 RM7.00 RM40.00 RM65.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 1 +2+3 RM345.00 11.5 PANITIA BAHASA INGGERIS 11.5.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Hadiah Pertandingan Independence Poem Tempat Pertama (3 orang x RM10.00) Tempat Kedua (3 orang x RM8.00) Tempat Ketiga (3 orang x RM7.00) Saguhati (10 orang x RM3.00) Sijil Penyertaan JUMLAH RM30.00 RM24.00 RM21.00 RM30.00 RM105.00 2. Pertandingan Melukis Doodle Medeka Tahun 4, 5 & 6. Tempat Pertama (3 orang x RM10.00) Tempat Kedua (3 orang x RM8.00) Tempat Ketiga (3 orang x RM7.00) Saguhati (10 orang x RM3.00) Sijil Penyertaan JUMLAH RM30.00 RM24.00 RM21.00 RM30.00 RM105.00
3. Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Tahun 1, 2 & 3. Tempat Pertama (3 orang x RM10.00) Tempat Kedua (3 orang x RM8.00) Tempat Ketiga (3 orang x RM7.00) Saguhati (10 orang x RM3.00) JUMLAH RM30.00 RM24.00 RM21.00 RM30.00 RM105.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM315.00 11.6 PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 11.6.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Pertandingan Reka Bentuk Bertemakan Hari Kemerdekaan Tempat Pertama (RM10.00) Tempat Kedua (RM8.00) Tempat Ketiga (RM7.00) Saguhati (RM5.00 X 10 orang) RM10.00 RM8.00 RM7.00 RM50.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM75.00 11.7 PUSAT SUMBER SEKOLAH 11.7.1 Hadiah Bil. Perkara RM 1. Hadiah Pertandingan Kuiz Merdeka Tahap 1 Tempat Pertama (1 orang x RM6.00) Tempat Kedua (1 orang x RM5.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM5.00) Saguhati (8 orang x RM 3.00) RM 6.00 RM 5.00 RM 5.00 RM 24.00 RM 40.00 2. Hadiah Pertandingan Kuiz Merdeka Tahap 2 Tempat Pertama (1 orang x RM6.00) Tempat Kedua (1 orang x RM5.00) Tempat Ketiga (1 orang x RM5.00) Saguhati (8 orang x RM 3.00) RM 6.00 RM 5.00 RM 5.00 RM 24.00 RM 40.00 3. BANNER RM25.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM105.00
12.0 PENUTUP DAN RUMUSAN Semoga perjalanan Program Bulan Kemerdekaan yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak yang positif kepada semua murid. Dengan tercapainya objektif program ini nanti diharapkan akan dapat memupuk semangat patriotisme dan menghargai nikmat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Disediakan oleh: . ( RAHIMAH BINTI IDRIS) KP Panitia PSV Sekolah Kebangsaan Sungai Baru. Disemak oleh, (PN ANITA BT CHEE NEE MD) Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Sungai Baru.
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI/PROGRAM
AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA
PELANCARAN DAN AMBANG MERDEKA 24 OGOS 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU 05150 ALOR SETAR KEDAH BUTIRAN PROGRAM PERINCIAN Nama Program PELANCARAN DAN AMBANG MERDEKA Tarikh / Hari 24 Ogos, 2023 / Khamis Masa / Tempat 7.45 pagi / Dataran Perhimpunan dan Kantin Anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Reka Bentuk Teknologi, Pusat Sumber dan Unit Kokurikulum. Kumpulan Sasaran Semua warga SK Sungai Baru. Objektif i. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid SK Sungai Baru. ii. Murid-murid dapat mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia. iii. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. iv. Menyediakan ruang kepada murid untuk membentuk budaya kreatif dan inovatif dalam diri. v. Mewujudkan kerjasama semua warga sekolah dengan masyarakat luar melalui aktiviti yang dijalankan. Sumber Kewangan Peruntukan Mata Pelajaran – Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Reka Bentuk Teknologi dan Pusat Sumber. Ulasan Program Majlis Pelancaran dan Ambang Merdeka peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Baru telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2023. Program ini dikendalikan oleh semua ahli jawatankuasa Panitia yang terlibat serta semua guru. Program Pelancaran dan Ambang Merdeka LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
pada tahun ini dimulai dengan bacaan doa diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah. Guru Besar, En. Ishak bin Hashim dijemput untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pelancaran dan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Baru tahun 2023. Gimik Pelancaran bermula dengan penghantaran Jalur Gemilang oleh penunggang motosikal Grab Food kepada pentadbir. Seterusnya pelepasan belon Jalur Gemilang dari kotak misteri dan diikuti semburan asap berwarna-warni. Acara berikutnya ialah persembahan Busana Merdeka yang diadakan dikantin sekolah. Murid memperagakan pakaian yang bertemakan warna Jalur Gemilang dengan gaya yang tersendiri. Program Pelancaran Bulan Kebangsaan ini diakhiri dengan nyanyian beramairamai lagu-lagu Patriotik.. Refleksi KEKUATAN PROGRAM 1. Program ini berjalan lancar seperti yang dirancang. 2. Aktiviti Busana Merdeka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. KELEMAHAN PROGRAM 1. Murid-murid kurang menghayati nyanyian lagu-lagu patriotik yang disampaikan. Cadangan Penambahbaikan 1. Mempelbagaikan lagi aktiviti ketika program Pelancaran dan Ambang Merdeka. Kesimpulan Secara keseluruhannya, aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan komitmen dan kerjasama daripada semua warga sekolah. Diharapkan dengan adanya pelancaran program seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan murid-murid. Tarikh : 2 Oktober, 2023
GALERI FOTO
MAJLIS PELANCARAN DAN AMBANG MERDEKA 2023
PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA 2023
PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA 2023 PERTANDINGAN TULISAN BERANGKAI
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO TAHAP 2 2023 PERTANDINGAN BERCERITA 2023
SARINGAN NYANYIAN SOLO TAHAP 1 2023 PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO TAHAP 1 2023
PERTANDINGAN SAJAK MERDEKA 2023
PERTANDINGAN ‘POEM’ MERDEKA 2023 PERTANDINGAN REKA BENTUK TEMA MERDEKA 2023
PERTANDINGAN BASIKAL MERDEKA 2023
PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 21 SEPTEMBER 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BARU 05150 ALOR SETAR KEDAH BUTIRAN PROGRAM PERINCIAN Nama Program PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2023 Tarikh / Hari 21 September, 2023 / Khamis Masa / Tempat 7.30 pagi / Dewan SK Sungai Baru Anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Reka Bentuk Teknologi, Pusat Sumber dan Unit Kokurikulum. Kumpulan Sasaran Semua warga SK Sungai Baru. Objektif i. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid SK Sungai Baru. ii. Murid-murid dapat mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia. iii. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. iv. Menyediakan ruang kepada murid untuk membentuk budaya kreatif dan inovatif dalam diri. v. Mewujudkan kerjasama semua warga sekolah dengan masyarakat luar melalui aktiviti yang dijalankan. Sumber Kewangan Peruntukan Mata Pelajaran – Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Reka Bentuk Teknologi dan Pusat Sumber. LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
Ulasan Program Program Penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-66 dan Sambutan Hari Malaysia peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Baru telah diadakan pada 21 September, 2023 bertempat di Dewan SK Sungai Baru.Majlis penutupan ini melibatkan semua warga SK Sungai Baru. YDP PIBG dan NYDP PIBG juga dijemput untuk sama-sama meraikan majlis ini. Majlis dimulai dengan bacaan surah Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Muhamad Rosidi bin Hassan. Program diteruskan dengan pertunjukan Basikal Merdeka di Tapak Perhimpunan dan markah dicatat oleh para juri yang ditugaskan. Kemudian, murid-murid diminta berkumpul di dalam dewan sekolah. Seterusnya, bacaan doa diikuti dengan Ucapan Penutup Bulan Kemerdekaan oleh Pn Anita bt Chee Nee Md, Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis diteruskan dengan persembahan murid iaitu deklamasi sajak oleh adik Humaira binti Rashidi dan nyanyian solo oleh adik Diya Nur Aqeela. Kemuncak acara majlis Penutupan Bulan Kebangsaan ini ialah acara penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan oleh panitia. Acara Khas untuk semua pentadbir, guru dan AKP SK Sungai Baru pada majlis penutup ini juga disediakan iaitu Pertandingan Pakaian bertemakan ‘Saya anak Malaysia’. Pemenang dipilih berdasarkan pakaian yang menarik dan mengikut tema. Sebelum mengakhiri majlis, acara Laungan Merdeka yang diketuai oleh En. Salim bin Talib, YDP PIBG telah menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan murid dan guru. Akhir sekali, majlis penutup ini disudahi dengan acara nyanyian lagu-lagu patriotik oleh guru-guru dan semua murid.
Refleksi KEKUATAN PROGRAM 1. Mendapat sokongan daripada pihak pentadbir. 2. Komitmen dan kerjasama daripada semua guru, murid dan ibu bapa. 1. Penglibatan yang memuaskan daripada murid. 2. Program dapat dijalankan dengan baik dan lancar. KELEMAHAN PROGRAM 1. Kekangan masa dengan pelbagai komitmen di sekolah menyebabkan persediaan program agak terbatas. Cadangan Penambahbaikan 1. Memberi taklimat pendedahan tentang peraturan dan syarat-syarat pertandingan bagi hiasan basikal merdeka agar pertandingan pada majlis penutup berjalan lebih lancar. Kesimpulan Secara keseluruhannya, majlis penutupan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia yang diadakan telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Diharap aktiviti bersempena sambutan Bulan Kebangsaan yang diadakan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang erti kemerdekaan. Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk murid supaya berjiwa patriotik yang sayangkan serta cinta akan agama, bangsa dan negara kita iaitu ‘Malaysia’. Tarikh : 1 Oktober ,2023
GALERI FOTO
PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2023
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
LAMPIRAN
BUKU PROGRAM