UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
SR ARAB JAIM TUN
RAZAK
CIKGU YATT
Assalammualaikum anak-anak murid Cikgu Yatt yang dikasihi sekalian .
Cikgu doakan semoga kamu semua sihat dan ceria sepanjang berada di
rumah.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, Cikgu Yatt
akan cuba membantu anak-anak murid SRAJTR dalam menghadapi situasi seperti
sekarang ini. Cikgu amat berharap agar kamu semua sentiasa berada dalam
keadaan yang baik di samping keluarga. Situasi ini pernah kita lalui bersama-sama
sebelum ini dan semoga kali ini kita akan dapat membuat penambahbaikan
daripada sebelum ini.
Cikgu juga amat berharap agar semua murid dapat mempersiapkan diri atau lebih
bersedia untuk memulakan Pembelajaran Dari Rumah. Kekuatan mental
dan fizikal amat penting pada masa ini dan semoga segala perkongsian
yang cikgu kongsikan kepada murid dapat membantu menguatkan
emosi dan mental kamu semua dalam menghadapi situasi ini.
PENGURUSAN EMOSI
Emosi positif yang dialami manusia tidak lahir secara
EMOSI POSITIF spontan. Terdapat berbagai hal baik dan
menyenangkan yang menjadikan kita mengalami
emosi positif. Perasaan-perasaan itulah yang
GEMBIRA membuat kita menikmati momen-momen
kehidupan.
CERIA
BAGAIMANA MELAHIRKAN
EMOSI POSITIF???
• MASUKKAN PERKARA YANG MENGHIBURKAN / MENYENANGKAN
1. DALAM JADUAL HARIAN
• AJAK DIRI ANDA MENJADI KUAT DAN BERDIKARI
2.
• MELAWAN TEKANAN YANG SEDANG ANDA HADAPI
3.
• BERIKAN APRESIASI / PENGHARGAAN TERHADAP ORANG LAIN
4.
• MEMBANTU ORANG LAIN
5.
MASUKKAN PERKARA YANG MENGHIBURKAN /
1. MENYENANGKAN DALAM JADUAL HARIAN
Dalam Jadual Harian anda, masukkan juga aktiviti-aktiviti
yang membuatkan hati anda lebih tenang walaupun untuk
beberapa saat sahaja.
Contohnya : Beriadah bersama-sama keluarga
: Melukis bersama-sama adik beradik
: Menonton tv bersama-sama keluarga
AJAK DIRI ANDA MENJADI KUAT DAN BERDIKARI
2.
Ada ketika kita akan berasa lemah dan malas dalam
menyelesaikan kerja yang diberikan. Kita perlu melawan
perasaan malas atau lemah ini kerana perasaan ini
sememangnya lahir dari pemikiran kita sendiri.
Keluarkanlah diri kita dari perasaan malas tersebut dan cuba
lakukan senaman ringan yang membolehkan fizikal dan mental
kita kembali segar dan bertenaga.
MELAWAN TEKANAN YANG SEDANG ANDA HADAPI
3.
Praktikkan strategi sederhana dalam mengurangkan stress /
tekanan yang dihadapi. Cuba lakukan melalui mengatur
pernafasan dengan perlahan. Bernafas melalui hidung, lalu
keluarkan melalui mulut. Ulangi pernafasan ini tiga atau empat
kali bagi membolehkan oksigen masuk melalui aliran darah dan
memberikan ketenangan.
Anda juga boleh melakukan cara yang lain dalam melawan
tekanan yang dihadapi iaitu dengan berjalan kaki selama 10
minit di persekitaran rumah anda.
BERIKAN APRESIASI / PENGHARGAAN
4.
TERHADAP ORANG LAIN
Sentiasa meluangkan masa untuk berkumpul bersama-sama
keluarga, teman atau sahabat. Sikap keterbukaan dan
kepercayaan kita terhadap orang yang terdekat akan
membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja
situasi yang berlaku. Berkongsi cerita atau berbual-bual dengan
keluarga atau rakan boleh mengurangkan tekanan.
MEMBANTU ORANG LAIN
5.
Cuba tanamkan dalam diri untuk suka membantu orang lain. Sikap membantu
ini amat luas dan ia amat mudah dipraktikkan. Hati kita akan lebih tenang jika
dapat membantu orang yang memerlukan. Dalam konteks murid, sikap
membantu ini boleh dipraktikkan dengan membantu ibu / bapa di rumah
membuat kerja-kerja di rumah seperti mengemas rumah, mencuci pinggan,
mencuci kereta dan lain-lain lagi.
Selain itu, murid-murid di rumah juga boleh membantu adik beradik untuk
belajar di rumah. Dalam kesibukan membantu ini, ia secara tidak langsung
menghilangkan rasa bosan dan mengurangkan tekanan dalam menghadapi
situasi pada masa ini.
“Segala yang terjadi di luar kemampuan kau dan aku” -
Cikgu Yatt