DISEDIAKAN OLEH: WAN NUR SUMAIYAH BINTI WAN NORDIN (600463) MUHAMMAD IQBAL BIN MOHD RAFFIL (600458) ULNYZARIZA BINTI JALIKU (600462) Dasar Pendidikan Kebangsaan Sebelum dan Selepas Kemerdekaan
PENGENALANSistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia
SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DIBAHAGIKAN KEPADA DUA: Sebelum Merdeka Sebelum zaman kolonialisme British (1400- 1786) Semasa Zaman Kolonialisme (1786-1956) Selepas MerdekaZaman Pasca Merdeka (1957-1970) Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- sekarang)
SEBELUM MERDEKA Sebelum Zaman Kolonialisme British murid-murid diajar mengaji dan membaca Al-Quran serta cara-cara bersembahyang di masjid, surau dan madrasah. Bahasa Pengantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam masjid. Semasa Zaman kolonialisme, Kerajaan Inggeris mengalakkan penubuhan sistem persekolahan yang bercorak perkauman iaitu Pendidikan Melayu,Pendidikan Inggeris, Pendidikan Cina dan Pendidikan Tamil untuk memenuhi keperluan Pendidikan asas kaum masing masing. Setiap sekolah mempunyai bahasa pengantar yang tersendiri dan kokurikulum yang berbeza.
DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA PRA MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, Inggeris telah mengambil alih semula kuasa di Tanah Melayu. Kesan daripada penjajahan Jepun telah berjaya membangkitkan kesedaran, semangat nasionalisme dan kepentingan pendidikan di kalangan penduduk pribumi. Pihak Inggeris mula membuat penilaian, kajian dan perubahan dasar dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Antara laporan dan perubahan dasar itu sehingga pra merdeka ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951) dan Laporan Razak (1956).
DASAR PENDIDIKAN SEBELUMMERDEKA(Zaman PraMerdekasebelum1957) Semasa Pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan empat aliran, Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil Mempunyai bahasa pengantar dan kurikulum yang berbeza Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu
DASAR PENDIDIKAN MERDEKA(Zaman PraMerdekasebelum1957) Laporan Barnes (1950 ) Menyemak dan memperbaiki keadaan Pendidikan kaum melayu Laporan Fenn Wu ( 1951) Menyemak Pendidikan kaum cina Ordinan Pelajaran (1952) Mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan Laporan Razak (1956) Meletakkan asas bagi perkembangan sistem Pendidikan untuk memupuk perpaduan
LAPORAN BARNES 1950 Laporan Barnes merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan negara apabilamengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum iaitu sekolah nasional (kebangsaan). Antara cadangan dalam Laporan Barnes ialah: 1. Pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah kebangsaan. 2. Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada peringkat sekolah rendah. Sebagai ganti hanyasatu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. 3. Sekolah kebangsaan menggunakan satu bahasa sahaja sebagai bahasa pengantar iaitubahasa Melayu atau Inggeris. 4. Sekolah kebangsaan ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa Pelajaran Tempatan. 5. Untuk sekolah menengah, hanya satu bahasa pengantar Inggeris sahaja yang akan wujud.
LAPORAN BARNES 1950 Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris di samping mengekalkan bahasa Melayu. Namun begitu, laporan ini telah ditentang hebat oleh orang bukan Melayu terutama orang Cina kerana mereka khuatir sekolah Cina akan hilang
LAPORAN FENN-WU 1951 Laporan Fenn-Wu diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina. Di samping mempertahankan kedudukan bahasa Cina, laporan ini juga ditugaskan untuk memberi nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina yang berorientasikan kepada Tanah Melayu sebagai satu cara untuk mendekatkan masyarakat Cina dengan situasi kehidupan Tanah Melayu. Antara cadangan Laporan Fenn-Wu ialah:
LAPORAN FENN-WU 1951 1. Dasar pendidikan di Tanah Melayu hendaklah bermatlamatke arah pembentukan kewarganegaraan Malaya. 2. Pemaksaan terhadap rakyat berbilang kaum untukmempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskanperpaduan kaum. 3. Orang Cina sedar dan akan bersedia mempelajari bahasaMelayu dan Inggeris di samping bahasa mereka, makahendaklah memberi galakan. 4. Kelemahan sistem pendidikan Cina ialah kurangnya guru terlatih dan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai. 5. Penubuhan Kolej Latihan Guru dan Latihan DalamPerkhidmatan untuk sekolah Cina perlu dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan guru. 6. Pihak Inggeris perlulah memberi dan menambahkanbantuan kewangan kepada pentadbiran sekolah Cina.
LAPORAN RAZAK 1956 Objektif Laporan Razak ialah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu dengan menggunakanbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara kandungan yang termaktub dalam Laporan Razak ialah: 1. Persamaan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu. 2. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama di sekolah. 3. Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. 4. Penubuhan satu jenis sekolah menegah kebangsaan yang terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama. 5. Sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasapengantar. 6. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan bagi mengelolakan sekolah di Tanah Melayu. 7. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidamatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
LAPORAN RAZAK 1956 Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya
DASAR PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA(Zaman PascaMerdeka1957-1970) Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada 1959, Sebuah Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah ditubuhkan dengan dipengerusi YB Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Malaya Laporan Razak Dikaji semula atas beberapa kelemahan oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada 1960. Laporan Jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Laporan Rahman Talib1960
ORDINAN PELAJARAN 1952 Pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan keduadua laporan itu dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah menetapkan: 1. Penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitubahasa Melayu dan Inggeris. 2. Bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasaketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapadengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah. 3. Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistempelajaran kebangsaan.
ORDINAN PELAJARAN 1952 Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi pelbagai masalah. Namun begitu Jawatan Kuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatatdalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu: 1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular melayu dan penggunaan tiga bahasadi sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akansecara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalamsistem sekolah kebangsaan. 2. Menghadkan kadar kemasukan murid ke sekolah kebangsaan Inggeris seperti sediakala. 3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional.
ORDINAN PELAJARAN 1952 Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepadadasar pendidikan yang boleh memberikan kepuasankepada semua pihak. Manakala kaum Cina telah terusmenguruskan pendidikan mereka sendiri tanpacampur tangan kerajaan dan struktur persekolahanMelayu tinggal seperti sediakala.
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Pada tahun 1960, Jawatankuasa Rahman Talib ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Laporan ini adalah kesinambungan daripada Laporan Razak bagi mengkaji dan menyemak semula kedudukan mata pelajaran agama Islam, mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaandan memperluaskan peluang mendapat pendidikan. Antara kandungan utama laporan ini ialah: 1. Pelajaran rendah percuma untuk semua kanak-kanak. 2. Semua sekolah rendah bantuan kerajaan akan berubah menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. 3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. 4. Murid akan dinaikkan darjah secara automatik. 5. Semua peperiksaan am di sekolah menengah akan menggunakan satu bahasa rasmi sahaja. 6. Pelajaran agama Islam hendaklah disediakan di semua sekolah bantuan penuh yang mempunyai murid Islam tidak kurang daripada 15 orang. penubuhan sekolah pertukangan dan sekolah menengah teknik.
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 Cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib menunjukkan keazaman kerajaan membentuksatu sistem pendidikan bersifat kebangsaan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalanganrakyat berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa ini telahmenjadi asas kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961.
AKTA PELAJARAN 1961 Akta Pelajaran 1961 memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan kepada peruntukan utama dalam PenyataRazak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dan telahmelahirkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat pada hari ini.Ke arah mencapai matlamat perpaduan masyarakat, Aktaini telah menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarutama untuk semua peringkat pendidikan serta penggunaankurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Aktaini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Sejakkemerdekaan pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukansistem pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan tujuan untuk mengukuhkanpelaksanaannya dan perjuangan bahasa kebangsaan ke arahmemupuk perpaduan kaum
AKTA PELAJARAN 1979 Pada September 1974, jawatankuasa Kabinet ditubuhkanuntuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan. Bidangrujukan yang diberikan kuasa kepada Jawatankuasa tersebutialah mengkaji semula matlamat dan sistem pendidikandengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenagarakyat dapat memenuhi matlamat negara ke arahmelahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih. Agenda utama pendidikan masih lagi perpaduankebangsaan. Penekanan adalah lebih kepada pembentukankurikulum yang mempunyai kandungan sukatan pelajaranyang sama untuk mencapai perpaduan nasional. Istilahperpaduan telah dinyatakan sebagai sifat afektif yang merangkumi perasaan, emosi, sentimen, sikap dan nilai. Berpandukan Laporan Kabinet, matlamat pendidikankebangsaan telah dikhususkan untuk: 1. Mencapai perpaduan nasional. 2. Menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepadapembangunan negara. 3. Mencapai pendemokrasian pendidikan. 4. Menanamkan nilai positif.
KESIMPULAN Dasar pendidikan di Tanah Melayu mengalami perubahan besar sebelum dan sesudah kemerdekaan. Sebelumnya, bahasa Inggris adalah bahasa pengantar utama, sementara setelah merdeka, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa nasional dalampendidikan. Ini mencerminkan perubahan dalam orientasi kurikulum, dengan penekanan pada nilai-nilai kebangsaan dan kebudayaan Melayu. Selain itu, upaya diperluas untuk memberikan akses pendidikan kepada semua lapisan masyarakat, yang mencerminkan komitmen untuk memperkuat identitas kebangsaan dan meningkatkan kualitas pendidikan di Malaysia.