The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORHIDAYAH R, 2021-06-04 11:40:37

TEMA 27- TEACHER PARTICIPATION IN CURRICULUM AND PEDAGOGIGAL

NORHIDAYAH BTE RAMLIE
(TUGASAN INDIVIDU 1) - eBook

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN TP60204 – DINAMIKA
ORGANISASI PENDIDIKAN
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
(PENGURUSAN PENDIDIKAN)

TEMA 27: TEACHER PARTICIPATION IN CURRICULUM AND PEDAGOGICAL

NORHIDAYAH BTE RAMLIE
(MP2012153T)
PENSYARAH: DR. ROSLEE TALIP

BIODATA PENULIS

Norhidayah Bte Ramlie mendapat pendidikan rendah di SK
Tun Datu Hj. Mustapha, Kudat, Sabah (1999-2004). Kemudian
melanjutkan pelajaran pada peringkat menengah di SMKA Tun
Said, Kota Belud, Sabah (2005 - 2009).

Setelah tamat sekolah menengah, beliau berpeluang
mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PPISMP) di IPG Kampus Tawau, Sabah (2010-2012) dalam
Pengkhususan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah. Beliau seterusnya melanjutkan
pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang yang sama,
juga di IPG Kampus Tawau (2012-2015).

Sehingga kini, beliau telah berkhidmat sebagai Guru Pendidikan Islam (GPI) di SJKC Lok
Yuk Pinangsoo, Kudat, Sabah selama 5 tahun. Beliau juga sedang menuntut dalam
Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Pengurusan Pendidikan bermula tahun 2020.
Semoga segala usaha ini dapat diteruskan dengan jayanya hingga ke garisan penamat.
In Shaa Allah...

Norhidayah. R [email protected]
i

ISI KANDUNGAN

Halaman

BIODATA PENULIS i
SENARAI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1
1.1 Guru Sebagai Pelaksana 1
1.2 Kurikulum dan Pedagogi 2

2.0 PERUBAHAN DASAR DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN 3
2.1 Model Perubahan Kurt Lewin 6
2.1.1 Model Lewin dalam Kurikulum di Malaysia 7
2.2 Pendekatan Konstruktivisme dalam Sistem Pendidikan 10
2.2.1 Konstruktivisme dalam Pedagogi di Malaysia dan 10
Brunei

3.0 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN SEMASA 13
3.1 Pertukaran Tampuk Kepimpinan 13
3.1.1 PPSMI, MBMMBI, DLP dan Tulisan Jawi 13
3.2 PdPR Disebabkan COVID-19 14
3.3 Pemansuhan UPSR 16

4.0 CABARAN PELAKSANAAN DASAR KURIKULUM DAN 16
PEDAGOGI BERKESAN
4.1 Kebolehterimaan dan Kebolehlaksanaan Dasar Baharu 16
4.2 Pendidikan atas Talian 17

5.0 CADANGAN DAN LANGKAH STRATEGIK MENANGANI ISU 19

5.1 Memperkasakan PBD, Kurikulum dan Kokurikulum secara 19

Menyeluruh

5.2 Memantapkan Kualiti Guru melalui Professional Learning 20

Community (PLC)

6.0 RUMUSAN 22

RUJUKAN 24

ii

1.0 PENGENALAN

Rombakan sistem pendidikan di beberapa buah negara merupakan satu transformasi
yang kritikal, di mana kualiti pendidikan ternyata perlu dipertingkatkan dalam mendepani
era globalisasi. Ini bersesuaian dengan dinamika pendidikan pada abad ini yang
berhasrat untuk melahirkan generasi yang mampu berfikir secara kreatif, inovatif dan
kritis. Perubahan yang digubal bertujuan untuk mempelbagaikan penyediaan pendidikan
yang berkualiti dan juga pembangunan dalam sumber manusia. Produk sumber manusia
daripada sistem pendidikan diharapkan dapat membawa perubahan seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan. Perubahan ini menuntut para guru untuk beradaptasi dengan
segala dasar yang telah digazetkan.

1.1 Guru sebagai Pelaksana

Menurut Imam al-Ghazali, guru dalam pengertian akademik bermaksud seseorang yang
menyampaikan sesuatu kepada orang lain atau seseorang yang menyertai sesuatu
institusi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya (Hamid, 1990).
Dalam Islam, setiap individu muslim merupakan pemimpin dan bertanggungjawab dalam
ruang lingkup kepimpinan yang telah diamanahkan kepadanya.

Guru merupakan pemimpin dan bertanggungjawab dalam memimpin dan
melahirkan insan kamil yang sempurna daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tanggungjawab memimpin tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan sempurna jika
guru agama khususnya tidak mengorientasikan kepimpinannya terhadap pelajar
berasaskan kepada kepimpinan Islam sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad SAW (Ahmad Sukari dan Mohd Nizam, 2014).

Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai
penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda dan pembangun
sahsiah malah sebagai agen perubahan (Wan Ezielia, 2014). Disebabkan dasar sistem
pendidikan sentiasa berubah, kesediaan guru perlu dinilai dengan lebih mendalam
kerana guru merupakan golongan pelaksana dalam hierarki pentadbiran pendidikan.

1

Guru sebagai pelaksana adalah kurang ataupun tidak berkuasa secara total untuk
mengubah sistem pendidikan. Justeru, guru perlulah bersifat dinamis untuk menerima
segala perubahan berpandukan proses dan penilaian yang sewajarnya.

1.2 Kurikulum dan Pedagogi

Kamus Dewan edisi keempat (2010) mendefiniskan kurikulum sebagai suatu skop atau
isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sebuah sekolah atau institusi pendidikan.
Kurikulum berasal daripada Bahasa Latin yang mempunyai kata akar curere. Ia
bermaksud ‘laluan’ atau ‘jejak’. Perkataan kurikulum dalam Bahasa Inggeris
mengandungi pengertian ‘jelmaan’ atau ‘metamorfosis’. Panduan kedua-dua bahasa ini
memberi makna kurikulum sebagai laluan dari satu peringkat ke satu peringat yang lain.
Perluasan makna tersebut memberikan pengertian kurikulum dalam perbendaharaan
kata pendidikan Bahasa Inggeris sebagai ‘jurusan pengajian yang diikuti di sekolah’
(Kliebard, 1982).

Kurikulum merupakan pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat kepada
dua perkara utama, iaitu visi dalam pendidikan dan struktur atau organisasi asas dalam
pendidikan. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran (1979), kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan
sesebuah sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.

Pedagogi pula merupakan asas bagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dijalankan oleh guru dan meliputi prinsip, kaedah dan proses pengajaran (Nur
Athirah dan Faridah, 2017). Menurut Nurul Nashrah, Noor Hasimah dan Nur Aida (2015),
proses PdP yang sistematik, menarik dan sesuai mampu menggerakkan murid untuk
melibatkan diri secara aktif serta mengekalkan motivasi mereka sepanjang aktiviti
pembelajaran berlangsung.

Amalan pedagogi terbaik seharusnya mengaplikasikan pelbagai kaedah, strategi,
teknik, pendekatan dan resos yang diadun dengan sebaiknya bagi memastikan

2

kombinasi harmonis antara pemusatan guru, murid dan bahan serta berupaya
membantu murid kekal fokus sepanjang sesi PdP.

Berdasarkan perubahan-perubahan dasar dalam sistem pendidikan di Malaysia,
kurikulum dan pedagogi merupakan sebahagian daripada komponen yang
menggerakkan proses pendidikan tersebut. Kefahaman tentang kurikulum dan pedagogi
akan memberi kelebihan kepada guru-guru untuk melaksanakan program pendidikan
dengan lebih berkesan. Kedua-dua komponen ini berkembang mengikut keperluan dan
kesesuaiannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru-guru perlu menguasai peranan
sebagai pelaksana dasar pendidikan yang cekap agar perkembangan kurikulum dan
pedagogi dapat dilaksanakan dengan berkesan pada masa akan datang.

2.0 PERUBAHAN DASAR DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN

Kebanyakan negara berusaha menambah baik sistem pendidikan mereka untuk bersaing
dengan lebih berkesan dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Globalisasi
membawa kepada kesedaran pihak kerajaan terhadap kemajuan ekonomi dan sistem
pendidikan yang pesat berkembang. Kerajaan mungkin ingin mencontohi kejayaan
negara-negara lain walaupun terdapat pandangan yang kukuh bahawa keberkesanan
'peminjaman dasar' tersebut dibatasi oleh perbezaan kontekstual dan budaya.

Kurikulum di Malaysia telah dibangunkan berasaskan kepada dasar-dasar yang
dimaktub secara rasmi di bawah undang-undang berkaitan seperti Ordinan Pelajaran
1952, Ordinan Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Penggubalan Kurikulum Kebangsaan adalah berdasarkan undang-undang di bawah Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu
bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab
membangunkan Kurikulum Kebangsaan untuk semua institusi dalam sistem pendidikan
bagi peringkat prasekolah, rendah dan menengah.

3

Terkini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan
pelan pembaharuan dasar pendidikan yang utama di Malaysia. Pelan ini menggariskan
hasrat dalam transformasi sistem pendidikan supaya Malaysia berada dalam kedudukan
satu per tiga teratas dalam Program for International Student Assessment (PISA) dan
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menjelang tahun 2025
(KPM, 2013).

PPPM telah mencadangkan penggubalan kurikulum baharu selari dengan trend
pembelajaran terkini yang bersandarkan kepada cabaran abad ke-21. Kurikulum
tersebut ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan pada
tahun 2011 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 (KPM,
2016). Kurikulum terbaru ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan daripada
kurikulum sebelumnya iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) serta menggantikan kelemahan dalam kurikulum
lama yang terlalu berpusatkan kepada isi kandungan mata pelajaran kepada pendekatan
pembelajaran dan pemudahcaraan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Jadual 1: Perbezaan utama antara kurikulum KBSR dan KSSR

KBSR KSSR

Pendidikan bersepadu untuk mengukuhkan Pendidikan bersepadu untuk mengukuhkan
penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan penguasaan 4M (Membaca, Menulis, Mengira
Mengira) dengan tumpuan kepada dan Menaakul) dengan tambahan elemen
pengetahuan, kemahiran, nilai, pemikiran kreativiti, inovasi dan keusahawanan
kritis dan kreatif
Tiga tunjang: Komunikasi, Interaksi dengan Enam tunjang: Komunikasi, Kerohanian, Sikap
masyarakat, Pembangunan diri dan Nilai, Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,
Perkembangan Fizikal dan Estetika, dan
Kurikulum bertulis berasaskan Ketrampilan Diri
hasil pembelajaran Kurikulum bertulis berdasarkan standard
kandungan, standard Pembelajaran dan
Peperiksaan Awam (UPSR) standard prestasi
sahaja Peperiksaan Awam (UPSR) + Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
Sumber: BPK dalam PADU, KPM (2018)

4

Kebanyakan negara menerima hakikat bahawa kurikulum perlu merangkumi
kemahiran dan kompetensi baharu yang terarah kepada keperluan abad ke-21.
Kementerian Pendidikan Singapura menyatakan bahawa seseorang yang dilengkapi
dengan kemahiran abad ke-21 adalah individu yang mempunyai keyakinan diri,
mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan
warganegara yang prihatin. Di Finland, matlamat teras abad ke-21 adalah ke arah
perkembangan diri, identiti dan internasionalisme budaya, kemahiran media dan
komunikasi, warganegara partisipatori, tanggungjawab terhadap persekitaran, dan
memastikan kesejahteraan diri dan masa hadapan yang lestari (KPM, 2014).

Manakala di Malaysia, KPM telah mengenal pasti kemahiran dan kompetensi yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membolehkan murid Malaysia
bersaing pada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai hasrat tersebut, kurikulum
kebangsaan digubal untuk melahirkan murid Malaysia yang seimbang, berdaya tahan,
bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, patriotik, serta
mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja dalam pasukan dengan
berkesan. Kemenjadian murid tersebut merupakan hasil gabungan dalam enam aspirasi
murid yang diperihalkan dalam Bab 2, PPPM. Kurikulum KSSR dan KSSM yang akan
diwujudkan mencerminkan kemahiran dan kompetensi ini. Rajah 1 di bawah
menunjukkan perkembangan kurikulum sekolah di Malaysia.

2017

2010 2011 •KSPK
(Semakan), KSSR
•KSSR (Semakan),
KSSM

2003 •KSPK

•KPK, KBSR

& KBSM KPK : Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Semakan KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KSPK : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KSSM : Kurikulum Standard Sekolah Menengah

Rajah 1 : Perkembangan Kurikulum Sekolah di Malaysia
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2016)

5

Jika diseluri dengan mendalam, perkembangan dasar kurikulum sekolah di
Malaysia sebenarnya mempunyai perkaitan dengan model perubahan yang diasaskan
oleh Kurt Lewin (1951).

2.1 Model Perubahan Kurt Lewin

Model perubahan Kurt Lewin (1951) merupakan salah satu model perubahan terancang
yang terawal. Semua tingkah laku (behaviour) yang terdapat dalam organisasi adalah
hasil daripada dua bentuk tekanan iaitu tekanan untuk mempertahankan “status
quo” dan tekanan untuk melakukan perubahan.

Menurut Lewin, perubahan boleh dilaksanakan sama ada mengurangkan tekanan
untuk mempertahankan status quo atau meningkatkan usaha atau tekanan untuk
melakukan perubahan, atau melaksanakan kedua-dua kombinasi dengan serentak.
Terdapat tiga langkah asas perubahan menurut model Lewin:

Pencairan (Unfreezing) Peralihan (Moving) Pembekuan Semula
(Refreezing)

Rajah 2 : Model Perubahan Kurt Lewin
Sumber : Lewin, K. (1951)

1) Pencairan
Berlaku apabila wujudnya kesedaran terhadap:
- keadaan semasa, struktur, pembentukan tugas yang tidak memuaskan dan
teknologi yang tidak berkesan.
- kemahiran atau sikap kakitangan yang tidak sesuai lagi dengan
perkembangan organisasi,
- kejatuhan hasil jualan,
- semangat kerja yang terlalu rendah.

 Keadaan satu suasana ini akan mendorong ke arah pencairan suasana yang sedia
ada. Tanpa proses pencairan perubahan tidak akan berlaku.

6

2) Peralihan
 Peralihan berlaku apabila sesuatu program atau rancangan dilaksanakan bagi
menggerakkan organisasi atau kakitangan ke arah yang lebih baik.
 Pada peringkat ini berlaku perubahan seperti:
- pembentukan gelagat,
- nilai,
- sikap,
- struktur yang baru/lebih baik atau
- berlakunya perubahan dan pembangunan organisasi secara keseluruhan.

3) Pembekuan semula
 Apabila perubahan telah berlaku, gelagat atau tingkah laku baru akan
dibangunkan.
 Pembentukan sikap dan struktur baru hendaklah dibekukan dan dijadikan
sebahagian daripada kehidupan baru organisasi.
 Membekukan kembali bermakna, organisasi akan berada pada titik
keseimbangan yang baru.
 Pada peringkat ini, keberkesanan perubahan akan diberi perhatian dan dorongan
untuk melakukan perubahan yang seterusnya boleh dipertimbangkan.
 Organisasi perlu memberi perhatian bahawa pembekuan semula adalah bersifat
relatif dan sementara.

2.1.1 Model Lewin dalam Kurikulum di Malaysia

Model Perubahan Lewin sesuai diaplikasikan dengan perubahan kurikulum dan pedagogi
dalam sistem pendidikan Malaysia pada masa kini. Kurikulum sekolah di Malaysia
bermula pada tahun 2003 sehingga tahun 2010 boleh dikatakan berada dalam keadaan
beku. Penilaian ataupun pentaksiran sedia ada adalah lebih memberi fokus kepada
pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang tertumpu kepada peperiksaan.
Pentaksiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kurikulum dan kokurikulum.
Bahagian kurikulum termasuklah Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi Mata
Pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, kerja rumah, projek, kuiz dan

7

sebagainya. Manakala pentaksiran kokurikulum pula terbahagi kepada pentaksiran
SEGAK dan penilaian lain-lain aktiviti kokurikulum.

Perubahan dalam pendidikan merupakan desakan trend era globalisasi pada
masa kini. Dalam PPPM, Mantan Perdana Menteri Malaysia keenam, Dato’ Sri Mohd Najib
bin Tun Haji Abdul Razak telah menyatakan bahawa kerajaan perlu memastikan sistem
pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi
(MBE) melalui Program Transformasi Kerajaan yang menjadi tonggak perkembangan
ekonomi dalam persaingan ekonomi negara (MPEN, 2010). Motif perubahan ini telah
menyebabkan perubahan dalam kurikulum sekolah serta penilaian yang lebih berkesan.

Bertitik tolak daripada motif tersebut, asas utama perubahan dalam model Lewin
iaitu pencairan telah berlaku. Selain itu, situasi kemerosotan prestasi dan kebolehan
persaingan dengan negara lain turut menyumbang kepada pencairan dalam sistem
pendidikan di negara kita. Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan
penglibatan murid dalam kokurikulum sangat kurang sekaligus mengakibatkan aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara dengan penekanan kepada JERIS tidak tercapai.
Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata memberikan
tekanan kepada murid sehingga berlaku pengabaian pembentukan modal insan yang
seimbang.

Oleh yang demikian, asas kedua dalam Model Lewin iaitu peralihan berlaku
selaras dengan motif dan tekanan untuk melakukan perubahan. Dalam usaha
penambahbaikan kepada pentaksiran kurikulum sedia ada, Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dilancarkan. PBS merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan KSSR. PBS dikendalikan oleh pihak
sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan dalam proses PdP.

Kewujudan perlaksanaan PBS selama 6 tahun bermula 2011 sehingga tahun
2016, sudah terlalu banyak nilai tambah yang diberikan. PBS telah menjadi sebahagian

8

daripada bidang tugas setiap guru. Walaubagaimanapun, PBS masih belum mencapai
tahap yang mantap untuk pembekuan. Pada tahun 2016, PBS telah dijenamakan semula
sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD merupakan pentaksiran yang berterusan
dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran (KPM, 2016).

PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum. Kurikulum terdiri daripada
kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. PBD bukanlah untuk
membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain,
tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran
di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Kesimpulannya, pembekuan yang merupakan peringkat terakhir dalam proses
perubahan terancang bagi PBD masih berada dalam proses, pemantauan dan penilaian
daripada golongan pakar. Pembentukan kestabilan perubahan dalam PBD memerlukan
masa untuk diterima dan menjadi amalan baru. Namun pada peringkat ini, PBD dalam
KSSR dan KSSM telah mencapai pembekuan semula walaupun mungkin masih terlalu
awal untuk membuat kesimpulan. Seperti yang dinyatakan oleh Lewin (1951), seluruh
warga dalam organisasi perlu memberi perhatian bahawa pembekuan semula adalah
bersifat relatif dan sementara.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBD seiring dengan KSSR dan KSSM dapat
dilihat mempunyai potensi untuk terus maju ke hadapan dalam mencapai tahap
pendidikan setanding dengan negara-negara maju. Untuk memantapkan lagi sistem ini,
golongan pelaksana iaitu guru haruslah komited dengan tugasan dan tanggungjawab
untuk mendidik murid. Murid juga haruslah mengambil kesempatan ini dengan
memanfaatkan segala usaha kerajaan dalam memantapkan pendidikan mereka. Ibu
bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu
pelaksanaan ini agar segala pengurusan kurikulum dan pedagogi dalam sistem
pendidikan negara dapat ditransformasikan setanding negara maju.

9

2.2 Pendekatan Konstruktivisme dalam Sistem Pendidikan

Konstruktivisme termasuk dalam salah satu elemen KBAT dalam Pedagogi. Dalam
pendidikan konstruktivisme, terdapat beberapa prinsip asas, iaitu pengetahuan dibina
oleh para murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan
pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan
pengetahuan murid (Syahida, 2015).

Dalam erti kata lain, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Guru perlu mengemukakan soalan aras tinggi supaya murid
dapat berfikir dan menggunakan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru di samping menggalakkan murid mencari
jawapan sendiri (KPM, 2014). Penggunaan pendekatan teori PdP memainkan peranan
penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu PdP dalam bidang pendidikan.

Pendekatan konstruktivisme merupakan salah satu elemen yang telah
diketengahkan di kebanyakan negara dalam kurikulum baharu yang digubal, yang telah
merubah sistem pendidikan mereka. Ini kerana kesesuaiannya dengan zaman moden ini
yang menuntut generasi supaya lebih fleksibel, berkebolehan dan mahir dalam
menyesuaikan diri dengan keadaan semasa (Lee dan Hannafin, 2017).

2.2.1 Konstruktivisme dalam Pedagogi di Malaysia dan Brunei Darussalam

Penggubalan sistem pendidikan berbentuk konstruktivisme bukanlah suatu yang baharu
dalam dunia pendidikan kini, tetapi ia terlihat sukar untuk diterapkan di negara-negara
Asean yang terbiasa dengan pendekatan tradisional. Pendidikan di Malaysia menghadapi
masalah berkaitan kesediaan guru dalam pembaharuan pendidikan (Amirah et al.,
2018). Vespanathan (2015) dalam kajian beliau menyatakan bahawa salah satu punca
masalah ini adalah kerana 62% guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional
seperti kaedah gabungan, kaedah pendekatan campuran dan papan hitam dengan kapur

10

(chalk and talk). Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan tercetusnya proses pencairan
dalam pedagogi PdP daripada pendekatan tradisional kepada konstruktivisme.

Dalam pendekatan PdP konstruktivisme, murid secara tidak langsung merupakan
fokus utama dalam pembelajaran dan perlu diberikan autonomi di dalam kelas. PdP
melalui pemusatan murid mengenengahkan mereka untuk bertanggungjawab dalam
pembelajaran mereka, membina pengetahuan sendiri dan guru hanya berperanan
sebagai pembimbing secara berterusan dalam proses PdP sehingga murid menjadi mahir
(Lee & Hannafin, 2017; Dagar & Yadav, 2016).

Konsep ini bersesuaian dengan kurikulum baharu yang diperkenalkan iaitu KSSR
(semakan) dan KSSM di mana KPM menyarankan para guru untuk menggunakan strategi
PdP berpusatkan murid, bersepadu, menyeronokkan dan menekankan perkembangan
berfikir dan kemahiran insaniah (KPM, 2016). Manakala kurikulum di Brunei Darussalam
juga menjurus kepada penglibatan aktif murid di dalam kelas dengan mengambil kira
perbezaan keperluan, keupayaan dan gaya pembelajaran mereka. Merujuk kepada
Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21), peranan guru berubah menjadi
pemudah cara pembelajaran, pakar rujuk, pembimbing dan juga penilai (KPBD, 2013).
Untuk mendapatkan hasil pengajaran yang efektif, proses perancangan memainkan
peranan yang penting kerana perancangan yang rapi dapat membantu guru dalam
menentukan aktiviti PdP mengikut keperluan murid yang berbeza.

Ringkasnya, persamaan yang ketara terhadap kedua-dua kurikulum tersebut
ialah menyasarkan murid untuk diberi tumpuan dalam semua aspek PdP agar mereka
berpeluang untuk memperkembangkan kemahiran mereka sebaik mungkin, dengan
mengambil kira perbezaan atau kepelbagaian aras murid (Tengku Sarina et al., 2017).
Dalam situasi ini, proses peralihan daripada corak tradisional kepada pendekatan
konstruktivisme berlaku. Menurut kajian Syahida Nadia (2015), pendekatan
konstruktivisme yang diterapkan dalam PdP lebih berkesan dan dapat meningkatkan
prestasi murid secara umumnya. Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme ini menjadi
medium utama dalam memperkasakan pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran

11

yang efektif serta melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran
mereka.

Selain itu, beberapa kajian lepas juga mendapati bahawa murid lebih mudah
memberi maklum balas sekiranya murid didedahkan dengan pembelajaran
konstruktivisme kerana murid dapat membuat pencarian maklumat sendiri mengikut
kehendak dan kesediaan masing-masing. Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan
sama ada di dalam mahupun di luar negara menyatakan bahawa pendekatan
konstruktivisme lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid berbanding
dengan pendekatan tradisional (Lee & Hannafin, 2017; Dagar & Yadav, 2016).

Namun demikian, tidak mudah untuk melaksanakan pembekuan semula
kerana kaedah, strategi, teknik, pendekatan dan resos dalam pedagogi yang sentiasa
ditambah baik dari semasa ke semasa. Bakat, kreativiti dan idea seseorang guru dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran juga menjadi pemangkin dalam meningkatkan
amalan positif PdP dalam bilik darjah. Selain itu, terdapat juga strategi PdP lain yang
telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh pendidikan dan diperincikan semula oleh KPM
seperti strategi kontekstual, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran
berasaskan inkuiri untuk mencapai KBAT dengan berkesan (KPM, 2014).

Tuntasnya, sistem kurikulum mahupun pedagogi yang baharu digubal
semestinya mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Ini merupakan salah satu usaha
kerajaan untuk memberikan kualiti pendidikan yang terulung bagi kemaslahatan
rakyatnya. Sistem pendidikan dan guru saling berkait rapat antara satu sama lain. Sistem
pendidikan sebagai kapal dan gurulah menjadi jentera yang menjalankan kapal tersebut.
Walaupun terdapat kekurangan sama ada dari sudut kapal atau jenteranya, ia mungkin
dapat diatasi melalui beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Justeru, guru
sebagai golongan pelaksana perlu dinamis untuk menerima sebarang bentuk perubahan
agar murid juga dapat turut menyertai setiap proses dalam sistem pendidikan mengikut
acuan yang sebenar sekaligus mampu mencapai hasrat kerajaan.

12

3.0 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN SEMASA

3.1 Pertukaran Tampuk Kepimpinan

Campur tangan politik yang berterusan menyebabkan hala tuju sistem pendidikan
negara seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan dan Perlembagaan sukar
direalisasikan (Siti Hafidah, 2020). Menurut Aminuddin Awang, Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam Yasmin (2019), perubahan
dasar itu adalah disebabkan politik dan boleh dikatakan berlaku setiap kali apabila
menteri pendidikan bertukar. Sistem pendidikan seharusnya bergerak seiring dengan
perkembangan semasa. Namun, dasar pendidikan yang tidak konsisten yang akhirnya
memberi kesan kepada guru-guru di Malaysia. Mereka sukar mendapat penghayatan
dalam proses pengajaran ekoran perubahan dasar, selain kos yang tinggi untuk
menghantar mereka menjalani kursus tertentu.

3.1.1 PPSMI, MBMMBI, DLP dan Tulisan Jawi

Antara dasar yang paling mendapat perhatian dan dibahaskan ialah Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicetuskan Tun
Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Bagaimanapun ia dimansuhkan pada 2009 dan
digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Ketika itu, Perdana Menteri terkini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pemegang
portfolio pendidikan.

Pada 2015, di bawah dasar MBMMBI, kerajaan memperkenalkan Program
Dwibahasa atau Dual Languange Programme (DLP) di sejumlah sekolah, dengan tujuan
menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pendedahan tambahan
secara tidak langsung. Menerusi program itu, sekolah terlibat dibenarkan memilih sama
ada untuk mengadakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris. Justeru sesetengah pihak melihatnya sebagai usaha mengembalikan
PPSMI melalui pintu belakang.

13

Pada tahun 2019, pengenalan tulisan Jawi bagi sukatan mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 4 yang diperkenalkan menerusi KSSR Bahasa Melayu SJK Tahun 4 ketika
pentadbiran lalu menjadi polemik. Ia mendapat tentangan hebat daripada beberapa
pemimpin dan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong meskipun KPM telah
menjadikannya sebagai pilihan dengan memberikan kuasa kepada guru untuk
menetapkan kaedah pengajaran, selain pengurangan halaman daripada enam kepada
tiga muka surat (Yasmin, 2019).

Memahami perubahan dasar pendidikan yang dibawa oleh setiap menteri
pendidikan, sewajarnya tumpuan yang harus diberikan adalah memperbaiki sistem
pembelajaran sedia ada. Walaupun perubahan atau dinamika dalam sesebuah organisasi
mendatangkan banyak kebaikan, namun segala isu dan permasalahan awal hendaklah
diatasi secara teliti serta menyelesaikan masalah utama terlebih dahulu dalam aspek
kurikulum dan pedagogi seperti kekurangan guru, kemudahan infrastruktur, alat bantu
mengajar, jaringan internet dan sebagainya bagi mencapai pengurusan PdP abad ke-21
yang cekap dan berkesan.

3.2 PdPR Disebabkan COVID-19

Penyakit Coronavirus 2019 atau Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang sedang
melanda negara kita pada hari ini memberi impak besar kepada pelbagai aspek seperti
sosial, budaya, pendidikan dan ekonomi. Pada 11 Februari 2020, wabak dari Novel
Coronavirus ini telah diiisytiharkan sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO, 2020). Dunia pendidikan sama ada sekolah rendah, menengah,
mahupun pengajian tinggi turut terjejas impak penularan wabak berbahaya ini.
Kenyataan dari United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO,
2020) menyatakan bahawa jangkitan Coronavirus telah memberi kesan yang ketara
dalam sektor pendidikan hingga semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang
ramai terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan dalam usaha menghentikan penularan
rantaian virus COVID-19.

14

Berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 (2020),
Garis Panduan Pelaksanaan PdP semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan
Penularan Jangkitan COVID-19, guru hendaklah bekerja dari rumah (BDR) supaya akses
kepada PdP dapat dirancang dan diteruskan dalam keadaan yang selamat semasa
tempoh PKP. Pelantar pembelajaran digital sebagai sumber pendidikan yang mudah
diakses oleh murid, guru dan ibu bapa disediakan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan (BSTP), KPM dan dinamakan sebagai MOE-DL atau DELIMA. Pelantar ini
menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Teams seperti buku teks
digital, video PdP (EduwebTV/CikgooTube) serta pautan aplikasi Edpuzzle (aplikasi
pengajaran menggunakan video secara interaktif), Quizizz (kuiz berbentuk permainan)
dan Kahoot (pembelajaran berasaskan permainan).

Usaha ini adalah untuk membantu sekolah dalam memastikan pelaksanaan
kurikulum serta pedagogi antara guru dan murid tidak terganggu, dalam masa yang
sama guru dan murid juga berada dalam keadaan selamat. Usaha KPM dilanjutkan
apabila negara menghadapi cabaran gelombang kedua dan ketiga akibat penularan
COVID-19. Situasi ini menuntut kebijaksanaan dan kreativiti guru dalam menyampaikan
ilmu dan maklumat kepada murid sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR).

Jika dilihat secara mendalam, inisiatif ini berkait rapat dengan ketibaan siri
revolusi terbaharu yang mula dirasai oleh masyarakat dunia. Kerajaan menerusi KPM
tidak ketinggalan memperluaskan idea untuk mendepani segala cabaran pada era ini
demi memastikan negara kita berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti dalam
menjadi penggerak kepada kemajuan dan ketamadunan negara.

Penyertaan guru merupakan tonggak utama dalam menjayakan matlamat ini.
Guru yang berpengetahuan serta berkemahiran dalam mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang pelbagai sesuai dengan tahap pelajar serta objektif pembelajaran
adalah antara faktor utama yang menjamin keberkesanan penyampaian ilmu pendidikan
dalam sesuatu mata pelajaran sama ada secara bersemuka mahupun di atas talian.

15

3.3 Pemansuhan UPSR

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini
manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2021 dibatalkan. Pemansuhan UPSR
yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Radzi Jidin
merupakan satu kemenangan besar kepada perjuangan mentransformasikan pendidikan
negara. Keputusan memansuhkan UPSR dibuat hasil libat urus dengan pelbagai pihak
sejak peperiksaan itu dibatalkan tahun lalu susulan daripada COVID-19. Menurut Anuar
(2021), sebagai penganalisis dan pengamal pendidikan, keputusan ini disambut baik dan
tepat pada masanya kerana sejak sekian lama, pelaksanaan UPSR telah didapati tidak
memberikan manfaat terbesar kepada perkembangan pendidikan pelajar.

Mohd Amin (2021) turut menyatakan bahawa pemansuhan ini dapat melegakan
kebimbangan ibu bapa terhadap peperiksaan itu. Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk
NUTP mahu UPSR dimansuhkan dalam usaha mentransformasi sistem pendidikan
berteraskan penilaian peperiksaan, selain melahirkan murid yang lebih baik serta
membolehkan guru memberi fokus kepada kemenjadian murid yang menyeluruh.

Hal ini menggesa KPM untuk memantapkan sistem pendidikan sedia ada dengan
penambahbaikan dari sudut pedagogi untuk mengelak berlakunya keciciran murid dari
arena pendidikan apabila berlaku kenaikan dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
Guru pula perlu meningkatkan kompetensi diri dalam penguasaan kaedah PdP supaya
keberkesanan PdP mampu mencapai objektif dalam pengukuran dan penilaian murid.

4.0 CABARAN PELAKSANAAN DASAR KURIKULUM DAN PEDAGOGI
TERKINI

4.1 Kebolehterimaan dan Kebolehlaksanaan Dasar Baharu

Menurut Tony (2019), kejayaan atau kegagalan pembaharuan dasar bergantung kepada
dua pertimbangan yang bertindan iaitu kebolehterimaan dan kebolehlaksanaan sesuatu
dasar baharu. Pertama, sejauh mana pihak berkepentingan, profesional dan awam

16

menerima dasar baharu adalah penting untuk menjayakan pelaksanaannya. Proses
pembangunan dalam PPPM melibatkan perundingan yang luas tetapi kurang jelas sama
ada proses ini membawa perubahan yang ketara kepada sistem pendidikan atau hanya
dirancang untuk meningkatkan kesedaran dalam 'menjual' idea. Visi yang luas dalam
PPPM mendapat sokongan, namun pelaksanaannya di peringkat sekolah dan bilik darjah
adalah pasif.

Pertimbangan kedua adalah berkaitan dengan kebolehlaksanaan dasar tersebut.
Walaupun terdapat sokongan luas untuk visi PPPM, jelas bahawa pencapaian satu per
tiga teratas dalam PISA dan TIMSS adalah sukar untuk dicapai. Komitmen yang berpusat
boleh dianggap sebagai kelemahan yang serius kerana pengupayaan di setiap sekolah
adalah terhad. Semua sekolah perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan
yang seragam namun tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi
untuk sekolah melaksanakan suatu dasar atau program pendidikan tersebut. Justeru,
penandaarasan adalah perlu agar dapat menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan
sekolah di negara maju kerana penandaarasan ini melibatkan pengurusan serta amalan
kurikulum dan pedagogi di sekolah-sekolah. Pengurusannya mestilah berkesan bagi
memastikan Dasar Pendidikan Negara tercapai (Wan Ezielia, 2014).

4.2 Pendidikan Atas Talian

Dalam konteks hari ini yang berdepan dengan bahaya pandemik COVID-19 telah
menyebabkan sesi persekolahan secara bersemuka tidak lagi dapat diadakan. Pilihan
yang ada hanyalah sesi PdP atas talian. Mahdzir (2021), menyatakan perkembangan
teknologi internet mula diperkenalkan di negara ini adalah pada tahun 1983. Rangkaian
komunikasi internet secara bersepadu menerusi Jaring dengan kelajuan 64 Kbps
diperkenalkan di negara ini pada 1991.

Sehingga suku kedua 2015, purata kelajuan internet Malaysia ialah 6.0 megabit
sesaat. Malaysia ketika itu menduduki tangga ke 70 bagi senarai negara internet dunia.
Berdasarkan laporan The State of LTE oleh Open Signal, setakat Februari 2018, Malaysia
mempunyai kadar penembusan 4G sehingga 74.88 peratus. Purata kelajuan capaian

17

internet 4G di Malaysia pula pada kadar 14.83 megabit per saat (Mbps), iaitu antara
yang terendah dalam kalangan 88 buah negara yang dikaji. Kini, kelajuan terpantas
internet sudah mencapai 1 gigabit sesaat (Gbit/s). Hakikatnya capaian internet di negara
ini adalah antara yang paling perlahan dan paling mahal di dunia.

Pernyataan di atas merujuk kepada kelajuan internet di kawasan bandar. Isu
lokasi penempatan murid dan guru di luar bandar dan pedalaman merupakan satu
kenyataan yang agak pahit untuk ditelan. Penyelesaian masalah capaian internet di luar
bandar dan pedalaman seharusnya diambil secara tanggungjawab bersama oleh pihak
kerajaan dan syarikat pengendali telekomunikasi yang boleh dicapai secara menang-
menang. Isu inilah yang menjadi cabaran utama PdP atas talian. Antaranya:

Ketiadaan peranti dan jaringan internet yang sempurna di
kawasan luar bandar

Persekitaran hidup murid yang kurang kondusif
Penguasaan kemahiran guru terhadap pedagogi digital
Mentaliti murid, ibu bapa dan guru
Tahap keberkesanan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran

Rajah 3 : Cabaran Utama PdP Atas Talian
Sumber : Mahdzir Khalid (2021)

Ketika penutupan sekolah di seluruh Malaysia disebabkan penularan COVID-19
dan beralih kepada pendekatan alternatif demi menghindari pandemik, ketika itulah
rakyat sedar bahawa betapa berdiri sektor pendidikan negara bukan semata-mata
terletak pada bahu guru dan pentadbiran sekolah. Sebaliknya, ia turut meliputi
tanggungjawab ibu bapa dan komuniti.

18

Secara jelas, penutupan sekolah merupakan antara punca utama pencapaian
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) berada di tahap yang membimbangkan
jika tiada sokongan dan bimbingan yang baik (Hazhari, 2021). Menurut Tabung Kanak-
Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), jumlah keciciran pelajar sedia
akan meningkat enam kali ganda jika tiada langkah pencegahan diambil sekaligus
meningkatkan jurang sistem sosio ekonomi negara.

Ringkasnya, kemenjadian murid menjadi satu elemen yang amat penting dalam
apa jua kaedah PdP sama ada bersemuka di sekolah ataupun atas talian. Bagi ibu bapa
pula, pendidikan anak-anak tentunya merupakan satu pelaburan besar untuk masa
depan. Selain memberi penekanan kepada usaha guru semata-mata, ibu bapa juga
seharusnya mengambil sikap tidak lepas tangan di rumah dengan turut sama memikul
tanggungjawab menjadi ‘pembantu guru’ demi pendidikan anak-anak tanpa menuding
jari terhadap kelemahan sistem dalam setiap inisiatif yang diambil oleh kerajaan.

5.0 CADANGAN DAN LANGKAH STRATEGIK MENANGANI ISU

5.1 Memperkasakan PBD, Kurikulum dan Kokurikulum secara Menyeluruh

Cadangan dan langkah strategik dalam menangani isu-isu tersebut adalah menurut
pandangan saya sebagai salah seorang pendidik di sekolah rendah. Langkah kerajaan
dari sudut melaksanakan PdPR disebabkan COVID-19 seterusnya membawa kepada
pemansuhan UPSR perlu diterima dengan positif dan dilihat sebagai satu usaha
membawa pendidikan negara maju ke hadapan. Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata,
dengan pemansuhan UPSR, KPM akan memperkasakan PBD mulai tahun ini sebagai
kaedah pentaksiran murid. Walaubagaimanapun, pemansuhan tersebut perlu diisi
dengan beberapa perkara lain. Pertama, perlaksanaan PBD mestilah ditingkatkan kualiti
ketekalannya, khususnya berkaitan tahap kebolehpercayaan penilaian oleh guru dan
kesahan konstruk atau dimensi yang perlu dinilai oleh guru di dalam bilik darjah. Perkara
ini perlu diselesaikan segera oleh KPM khususnya Bahagian Guru dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada PBD.

19

Kedua, kurikulum yang sedia ada perlu direkabentuk dengan lebih teliti khusus
untuk tujuan peperiksaan UPSR. Apabila UPSR dimansuhkan, pengubahsuaian kurikulum
mestilah dilakukan supaya dapat disesuaikan dengan konsep PBD. Sebagai contoh,
konsep pembelajaran hafalan dan latih tubi sudah tidak sesuai lagi. Murid-murid perlu
disediakan kurikulum yang memerlukan mereka melakukan penyelesaian masalah,
kreativiti, komunikasi dan kolaborasi. Inilah perkara-perkara baru yang perlu dinilai oleh
guru-guru di dalam bilik darjah.

Di samping itu, agenda pembangunan pendidikan bakat murid-murid mestilah
dibangunkan oleh KPM melalui aktiviti kokurikulum. Pemansuhan UPSR sebenarnya
membuka peluang kepada pendidikan negara untuk memberikan tumpuan kepada
pembangunan bakat dan potensi pada awal usia murid-murid. Oleh itu, penekanan
kokurikulum kali ini bukanlah hanya sekadar aktiviti sampingan sahaja di sekolah. Ia
harus diangkat menjadi sama penting dengan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Murid-murid hendaklah dibangunkan dengan bakat muzik, sukan, reka cipta, komunikasi
dan berbahasa, seni lukis, fotografi, kepimpinan dan pelbagai lagi bakat mengikut
kecenderungan murid-murid secara berkesan dan terancang. Dengan itu, kerajaan dan
pihak sekolah terutamanya guru-guru seharusnya mewujudkan suasana kokurikulum
yang tidak lagi dilaksanakan sekadar untuk mengisi masa lapang murid-murid seperti
sebelum ini.

5.2 Memantapkan Kualiti Guru melalui Professional Learning Community
(PLC)

Pendidikan Abad ke-21 sering menekankan penyertaan dan peranan guru dalam
kurikulum dan pedagogi sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti
PdP bagi mencapai standard pembelajaran yang digariskan. Dalam mencapai usaha
tersebut, satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau dikenali sebagai
Professional Learning Community (PLC) telah diperkenalkan dan disebar luas ke sekolah-
sekolah seluruh negara.

20

PLC merupakan sebahagian daripada program kualiti guru di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses PdP murid-murid
khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke arah melahirkan generasi
modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan negara. Ia juga
merupakan satu pendekatan baru dalam usaha memimpin pengurus sekolah dan guru-
guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdP dengan matlamat meningkatkan
prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu.

PLC adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai
prestasi murid yang lebih baik. Kerjasama dan semangat kesukarelaan setiap guru-guru
mewujudkan budaya pembelajaran melalui perlaksanaan PLC ini pasti membuahkan
hasil yang baik di samping dapat merealisasikan kualiti guru yang cemerlang. Usaha
murni ini selari dengan usaha KPM sebagai satu nilai tambah kepada profesionalisme
guru-guru. Pelaksanaan PLC bertindak sebagai satu medium pengajaran melalui proses
kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu PdP di dalam
bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang
mendalam ke atas diri setiap murid-murid secara keseluruhannya.

Namun, arahan wajib perlaksanan PLC daripada pihak atasan telah membuat
guru merasa terbeban dengan pertambahan tugasan sehingga menjadi punca kepada
hilangnya keseronokan dan nikmat dalam menjalankan tugasan di sekolah. Faktor
kekurangan pengetahuan berkaitan PLC dan kekangan masa turut menjadi satu
halangan kepada kelancaran pelaksanaannya di peringkat sekolah. Oleh itu, maklumat
berkaitan PLC sewajarnya disebarkan secara meluas melalui taklimat dan seminar untuk
mengelakkan dari berlakunya keciciran maklumat dan mesej dapat disampaikan dengan
tepat serta dapat menggalakkan kesediaan guru-guru untuk menjalankan PLC di
sekolah. Dengan berbuat demikian, kewujudan program ini dapat disambut baik oleh
semua pihak khususnya warga pendidik dalam hasrat untuk mencapai objektif program
yang telah ditetapkan dalam aspirasi pendidikan negara untuk menarik penyertaan
seluruh stakeholder dan warga pendidik menjayakan NKRA dan PPPM 2013-2025.

21

6.0 RUMUSAN

Perkembangan dunia yang melibatkan Revolusi Industri 4.0 dilihat sebagai satu cabaran
bagi warga KPM untuk terus melonjakkan transformasi pendidikan di negara ini. Demi
perjuangan dalam memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia, KPM telah mengambil
langkah memperkenalkan pelbagai program baharu seperti Pembelajaran Abad ke 21
(PAK21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), program Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET) dan banyak lagi.

Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, pengurusan dan dinamika
pengorganisasian merupakan perkara paling utama dalam membentuk satu sistem
pendidikan yang efektif dan efisien. Lantaran kemunculan COVID-19, ia menuntut para
guru untuk lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam menyalurkan maklumat kepada murid
secara atas talian. Namun, pendidikan atas talian yang menjadi platform alternatif yang
disarankan KPM menjadi bukti pendidikan berkualiti yang berteraskan adil, saksama dan
inklusif sukar dicapai sekiranya masih wujud jurang ekonomi antara murid bandar dan
luar bandar khususnya dari aspek jaringan internet dan perkakasan teknologi.

Selain itu, minat dan motivasi murid juga perlu dititikberatkan. Jika dahulu
persekolahan dihujani masalah sosial seperti buli, ponteng dan rokok, kini kesihatan
mental juga perlu diawasi kerana ia bertindak seperti api dalam sekam yang membunuh
dalam diam. Dalam masa yang sama, janganlah sesekali menidakkan keadaan kesihatan
guru yang berdepan dengan lesu upaya (burnout), yang menemani mereka sepanjang
penutupan persekolahan. Semua pihak bermula daripada pentadbir sekolah, PPD, JPN
dan KPM meningkatkan usaha mengenal pasti dan menangani peratusan murid dan guru
yang berdepan masalah kesihatan mental serta lesu upaya. Mungkin sudah tiba masanya
pendidikan negara juga perlu diasingkan daripada isu-isu politik agar segala bebanan
tidak hanya terletak di bahu golongan bawahan yang sekadar terpaksa menurut arahan
yang tidak konsisten daripada pihak atasan semata-mata.

Namun demikian, Malaysia merupakan salah satu negara yang meletakkan guru
sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada hierarki pentadbiran. Mahu ataupun

22

tidak, sukar atau senang, pahit atau manis, sehingga ke hari ini warga pendidik perlu
meningkatkan usaha berganda demi memastikan murid tidak ketinggalan. Justeru, guru
sebagai golongan pelaksana perlulah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi dalam mengejar arus perubahan pendidikan dalam kurikulum dan pedagogi.
Di samping itu, sokongan dan kerjasama semua pihak terutamanya ibu bapa sebagai
‘pembantu guru’ di rumah juga perlu ditonjolkan demi menyahut usaha murni seorang
guru dalam merealisasikan matlamat utama bidang pendidikan di negara ini untuk
menjamin kemenjadian anak bangsa di masa akan datang.

23

RUJUKAN

Ahmad Sukari Mohamad & Mohd Nizam Sahad. 2014. Teori Kepimpinan Guru dalam
Pendidikan Berasaskan Pemikiran al-Ghazali: Satu Perbandingan dengan Teori
Kepimpinan Pendidikan Barat. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam. 163-196.

Amirah Abdol Rahaman, Mohd Jasmy Abd Rahman, Siti Adilah Mohd Alias, Noraina Ayu
Roslan & Norkamaliah Daud. 2018. Aplikasi STEM dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan di Sekolah Luar Bandar: Peluang Dan Cabaran. International
Conference on Education and Regional Development (ICERD 3rd 2018).

Anuar Ahmad. 2021. Pemansuhan UPSR: Kemenangan Besar Transformasi Pendidikan
Negara. Dipetik dari laman web Astro Awani:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemansuhan-upsr-kemenangan-
besar-transformasi-pendidikan-negara-295491 pada 20 Mei 2021.

Dagar, V., & Yadav, A. 2016. Constructivism: A Paradigm for Teaching and Learning.
Arts Social Sciences Journal. 7(4).

Hamid Fahmy Zarkasyi. 1990. Pemikiran Al-Ghazali tentang Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hazhari Ismail. 2021. COVID-19 antara Punca Utama Kemahiran 3M Murid Terjejas.
Dipetik dari laman web BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/794037/covid-19-
antara-punca-utama-kemahiran-3m-murid-terjejas pada 20 Mei 2021.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran: Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam. 2013. Kerangka dan Panduan bagi
Kurikulum dan Penilaian Pengetahuan Ugama Islam (Framework and Guidelines
for Curriculum and Assessment Islamic Religious Knowledge). Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPBD.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah): Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014a. Dasar Pembangunan Kurikulum Kebangsaan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum: Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014b. Elemen KBAT dalam Pedagogi. Bahagian
Pembangunan Kurikulum: Putrajaya.

24

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016a. Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (Manual Book of Secondary School Standard Curriculum). Bahagian
Pembangunan Kurikulum: Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016b. Pentaksiran Bilik Darjah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Bab 4: Pembelajaran Murid. Dipetik dari laman
web PADU: https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2018/02/bab-4.pdf
pada 26 Mei 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2020. Surat Siaran Bilangan 3: Garis Panduan
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Hlm. 8.

Kliebard, H. M. 1982. Curriculum Theory as Metaphor. Theory into Practice. 21(1), 11-
17.

Lee, E., & Hannafin, M. J. 2016. A Design Framework for Enhancing Engagement in
Student centered Learning: Own It, Learn It, and Share It. Education Tech
Research Dev. 64. 707-734

Lewin, K. 1951. Field Theory in Social Science: Selected Theoretical Papers (Edited by
Dorwin Cartwright.): Harpers.

Mahdzir Khalid. 2021. Cabaran Pendidikan dalam Talian - Realiti atau Fantasi?. Dipetik
dari laman web Utusan Malaysia:
https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/cabaran-pendidikan-dalam-talian-
realiti-atau-fantasi/ pada 20 Mei 2021.

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN). 2010. Model Baru Ekonomi untuk Malaysia.
Putrajaya.

Masyuniza Yunos. 2015. Hubungan Sikap dan Persepsi Murid terhadap Pembelajaran
Bahasa Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. 5(2), 22–30. ISSN: 2180-4842.

Mohd Amin Jalil. 2021. Pemansuhan UPSR Legakan Ibu Bapa. Dipetik dari laman web
BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/811906/pemansuhan-
upsr-legakan-ibu-bapa pada 20 Mei 2021.

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan & Nur Aida Abd Hamid. 2015. Matematik
dan Kemahiran Abad Ke-21: Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik.
3(1), 24–36. ISSN: 2231-9425.

25

Nur Athirah Ariffin & Faridah Yunus. 2017. Kesediaan Guru Prasekolah dalam
Melaksanakan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Simposium Pendidikan
di Peribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). 147-152.

Siti Hafidah. 2020. Sistem Pendidikan Negara Sukar Direalisasi kerana Campur Tangan
Politik. Dipetik dari laman web Ismaweb:
https://ismaweb.net/2020/11/18/1sistem-pendidikan-negara-sukar-direalisasi-
kerana-campur-tangan-politik/ pada 20 Mei 2021.

Syahida Nadia Zakaria. 2015. Kesan Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan
Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM). 5(2), 12-21. ISSN: 2180-4842.

Tengku Sarina Tengku Kasim, Fatima Sahida Abdurajak, Yusmini Md Yusoff & Madiha
Baharuddin. 2017. Pendekatan Konstruktivisme di Malaysia dan Brunei
Darussalam: Satu Tinjauan Awal Terhadap Pengalaman Guru Pendidikan Islam.
Journal of Islamic Education Research (JIER). 1(2), 23–35. e-ISSN: 0128-2069.

Tony Bush. 2019. Ringkasan Dasar No.7. Dasar Pendidikan di Malaysia: Cabaran
Pelaksanaan dan Rundingan Dasar. The Head Foundation: Singapore.

UNESCO. 2020. Events canceled/postponed - Coronavirus Outbreak. Dipetik dari Laman
Web UNESCO: https://en.unesco.org/events/events-canceledpostponed-
coronavirus-outbreak pada 20 Mei 2021.

Vespanathan Supramaniyam. 2015. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) Dalam Kalangan Guru-guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah
Rendah Luar Bandar Negeri Johor. (Kertas Projek) Universiti Tun Hussein Onn.
(Tidak diterbitkan) (Tesis Sarjana).

Wan Ezielia Wan Aziz. 2014. Pelaksanaan Pengurusan Kurikulum dalam Kalangan Guru-
Guru Sekolah Menengah Kluster Daerah Johor Bahru. (Kertas Projek) Universiti
Teknologi Malaysia. (Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan).

WHO. 2020. WHO Director-General’s Remarks at the Media Briefing on 2019-nCoV on
11 February 2020. Dipetik dari Laman Web who.int:
https://www.who.int/dg/speeches/detail/who-director-general-s-remarks-at-
the-media-briefing-on-2019-ncov-on-11-february-2020 pada 20 Mei 2021.

Yasmin Ramlan. 2019. NUTP Harap Tiada Lagi Dasar Pendidikan Tidak Konsisten. Dipetik
dari laman web Malaysia Kini: https://m.malaysiakini.com/news/488173 pada 20
Mei 2021.

26


Click to View FlipBook Version