The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziq862010, 2021-09-13 21:49:04

RENTAP

RENTAP

PENDAHULUAN

Malaysia telah merdeka selama 64 tahun. Terdapat
beberapa individu yang telah berjuang sehingga
Malaysia memperoleh kemerdekaan. Libau Anak
Ningkan mungkin nama itu tidak cukup menggugat
hati nurani kita kerana tiada siapa mengenali individu
ini dengan nama tersebut.Namun jika disebut Rentap
sudah tentu umum mengetahui kepahlawan anak
Iban ini yang berjuang berhabis-habisan menentang
pemerintah Brooke di Sarawak. Mari kita kenali
perjuangan Rentap ini.

BIODATA PELAJAR

Nama: Haziq Aiman bin Mohd Kamaruzaman

Sekolah: Sekolah kebangsaan Ayer Hitam, Batu
Pahat, Johor

Kelas: 5 Sobirin

Tarikh lahir: 8/6/2010

BIODATA TOKOH YANG DIPILIH

 Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban)
terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan
salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke.

 Beliau dilahirkan pada tahun 1800.

 Nama asal Rentap ialah Libau anak Ningkau yang
bermaksud ‘pengoncang dunia’ .

 Rentap juga digelar ‘Raja Darat’ merupakan
pemimpin orang Iban di Sungai Skrang Dan Saribas.

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke
kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang
sebagai lanun. James Brooke mendirikan kubu di Sungai
Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.
Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan
orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan
Rentap

KELEBIHAN TOKOH

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban
yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh
William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang
Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang.

Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang
pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras
amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang
dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber
pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
Pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh. Kejayaan ini
mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban.

Pada tahun 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar
perkampungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu.
Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’.

Pada tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu
Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang
Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke gagal menewaskan Rentap
kerana kubu pertahanan yang kukuh.

Pada tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
Kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari
Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’.
Pada tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok.
Pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas. James Brooke membakar kubu dan rumah
pengikut Rentap. James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap.
Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan
Brooke. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

Walaupun rentap sudah tiada,legasinya terus
membakar di hati rakyat Malaysia. Laungan “Agi
idup,Agi Ngelaban yang membawa maksud.”Selagi
hidup, selagi itu melawan” telah menjadi sebutan
generasi pada masa ini. Slogan ini juga telah
digunakan oleh Rejimen Renjer Diraja Malaysia
sehingga sekarang.

PENUTUP

Rentap merupakan pejuang sejati kerana
beliau tidak pernah untuk tunduk kepada
pemerintahan Brooke sehingga ke akhir
hayatnya. Sehingga ke hari ini makam
pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh
kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang
jasanya.


Click to View FlipBook Version