The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan SKSL 2023 2024 FINAL VERSION

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-2096, 2023-04-05 18:02:37

Buku Pengurusan SKSL 2023 2024

Buku Pengurusan SKSL 2023 2024 FINAL VERSION

Bil PERKARA MUKA SURAT 1.0 Sekapur Sirih - Kata-kata Aluan Pentadbir i– ii 2.0 Ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia Halatuju & Logo SK Sungai Lang Identiti & Lagu SK Sungai Lang Pelan Lantai SK Sungai Lang Visi dan Misi KPM/ SK Sungai Lang / Falsafah Pendidikan Negara/ Objektif KPM & SK Sungai Lang KPI SK Sungai Lang 2023/ 2024 1 2 3 4 5 6-8 3.0 Ketetapan Pentadbiran Peraturan-peraturan Bilik Darjah Peraturan Am dan Peraturan Tetap Guru 9 - 29 30 31– 32 4.0 Teras Perkhidmatan Cemerlang Tonggak 12 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 6 Aspirasi Murid 6 Aspirasi Pendidikan Malaysia 9 Bidang Utama 11 Anjakan Strategi Amalan Guru Penyayang 7 Teras Utama KPM / Slogan Warga Jabatan Pendidikan Selangor Sekolahku Sejahtera Konsep Malaysia Madani Konsep TS25 - Program Transformasi Sekolah 2021 - 2025 Penerapan Nilai Murni di Sekolah sepanjang sesi 2023/ 2024 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPMg2 ) Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ( SPSK ) 33 33 33 34 34 34 35 35 36 37 38 39 40 41-42 43 5.0 Kalendar Persekolahan & Akademik 2023/ 2024 Takwim Aktiviti PIBG SK Sungai Lang 2023 /2024 Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2023 / 2024 44-45 46 47 6.0 Takwim Persekolahan 2022/ 2023 48—59 7.0 Senarai Pentadbir dan Guru-guru 2023/ 2024 Senarai Ahli Kumpulan Pelaksana ( AKP ) 2023/ 2024 60—65 66 8.0 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tahun 2022 Senarai Pemberatan Tugas 67 68-69 9.0 Jawatankuasa Induk Unit Pentadbiran 70 10.0 Jawatankuasa Pengurusan Perancangan Sekolah Jawatankuasa Standard Kulaiti Pendidikan Malaysia ( SKPMg2 ) Jawatankuasa TS25 Jawatankuasa Induk Perancangan Strategik Organisasi Jawatankuasa e-Prestasi / PBPPP Jawatankuasa Pengurusan Bencana / Risiko Jawatankuasa Latihan Personel / SPLKPM Jawatankuasa Imej dan Komunikasi Korporat ( INK ) Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah ( SPSK ) Jawatankuasa Sambutan & Protokol Jawatankuasa Kewangan Sekolah Jawatankuasa Pengurusan Data Sekolah Jawatankuasa Pengurusan Aset Jawatankuasa Audio Siaraya Jawatankuasa PIBG 2022/ 2023 Jawatankuasa PIBKS Jawatankuasa Jalinan & Jaringan Sekolah Jawatankuasa Penyelaras Bilik Khas 71 72-73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89


Bil PERKARA MUKA SURAT 1.0 Visi dan Misi Unit Kurikulum Matlamat Utama Kurikulum SK Sungai Lang Objektif Utama Unit Kurikulum 2023/ 2024 Ketetapan Unit Kurikulum 2023 / 2024 90 91 92 93 - 94 2.0 Carta Organisasi Unit Kurikulum 2023/ 2024 Analisis Jadual Waktu Sesi 2022/ 2023 Perancangan Pengurusan Unit Kurikulum Sesi 2022/ 2023 95 96 97 3.0 Guru Penyelaras Tahun Guru Kelas dan Guru Angkat 98 99 - 100 4.0 Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah Panitia Matapelajaran 101 102—106 5.0 Jawatankuasa Pengurusan Unit-Unit Kurikulum Jawatankuasa PLC Jawatankuasa Pentaksiran & Penilaian Jawatankuasa Jadual Waktu & MMI Jawatankuasa Program Pemulihan Khas, Literasi & Numerasi Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Jawatankuasa Teknologi Maklumat & Komunikasi Jawatankuasa Prasekolah & KSPK Jawatabkuasa PAK 21, KBAT & PBL Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Tahap 1 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Tahap 2 107 - 117 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 6.0 Jadual Pencerapan PDPC Jadual Semakan Buku Latihan/ Kerja Murid 117 - 118 119


Bil PERKARA MUKA SURAT 1.0 Visi dan Misi Unit HEM Matlamat Unit HEM Ketetapan HEM Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid Bidang Tugas Unit-unit HEM Sekolah Jawatankuasa Induk HEM Sekolah 120 121 122-124 125 126 127 2.0 Takwim dan Perancangan Unit HEM 2022/ 2023 128 - 130 3.0 Unit Bimbingan dan Kaunseling 131 4.0 Unit SPBT 132 5.0 Unit Disiplin 133 6.0 Unit Pengawas 134 7.0 Unit APDM 135 8.0 Unit Kebajikan Murid 136 9.0 Unit Pendaftaran 137 10.0 Unit Kantin 138 11.0 Unit RMT 139 12.0 Unit Program Susu Sekolah 140 13.0 Unit KPJ 140 14.0 Unit KWAMP/ BAP 141 15.0 Unit PPDa 142 16.0 Unit Orientasi / Guru Penyayang Tahun 1 143 17.0 Unit 3K ( Kebersihan, Keceriaan & Kesihatan ) 144 18.0 Unit PBSS / Keselamatan 145 19.0 Jadual Bertugas Guru Penyayang & Guru Bertugas Mingguan 2023 / 2024 146 - 157


i.


ii.


IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Kami, yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa, semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dan mengamalkan teras-teras prkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini,kami: Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara Berpegang teguh kepada ajaran agama Tandatangan Guru : ________________________________ ( ) 1


2


SK Sungai Lang megah di tengah desa Bagai telaga ilmu Kami anak bangsa Terus menimbanya Dengan bimbingan guru Rukunegara jadi panduan kita Agama satu pegangan Usaha terus jaya Ikrar kami semua Mencapai cita-cita Jasa ibu dan bapa Guru tidak dilupa Hanya satu harapan Kepimpinan berteladan Prinsip kita kan cuba sama kotakan Jangan lalai dan abaikan Bersatu kita teguh Bercerai kita roboh Pasti kita berjaya 3


PELAN LANTAI LALUAN SK SUNGAI LANG 4


5


KPI SK SUNGAI LANG 2023 / 2024 BIL KPI SASARAN PRESTASI 2022/2023 TINDAKAN & TANGGUNGJAWAB A PENGURUSAN PENTADBIRAN 1 Peratus pencapaian penarafan sekolah bagi Standard 1 hingga 4 pada tahap Cemerlang SKPMg2. 90% SEMUA PK 2 Peratus guru & AKP menerima Latihan personel 5 hari setahun. 100% PKP 3 Mencapai sekurang-kurangnya taraf BAIK dalam penarafan Audit Kewangan. BAIK KPT/ PT KEWANGAN 4 Guru mencapai tahap minimum kualiti guru untuk pencerapan PDPC sebanyak 80% dalam Standard 4. 100% PKP 5 Kehadiran guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP ) pada setiap hari persekolahan. 95% PKP/ KPT 6 Aduan awam dapat diambil Tindakan mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ) yang telah ditetapkan. 100% PK HEM B KURIKULUM 1 Pelaksanaan Professional Learning Community ( PLC ) bagi semua guru matapelajaran serta AKP mengikut perancangan / takwim sekolah. 100% PKP / KPT 2 Panitia menggunakan sepenuhnya peruntukan Bantuan Geran Per Kapita ( PCG ) dengan berkesan dan sistematik di peringkat sekolah. 100% PKP 3 Guru mengaplikasi pedagogi berkesan ( PAK 21/ Digital Learning/ Google Classroom ) di sekolah. 100% PKP 4 Guru yang dicerap diberi bimbingan/ Maklum Balas selepas pencerapan PDPC. 100% PKP 6


KPI SK SUNGAI LANG 2023 / 2024 BIL KPI SASARAN PRESTASI 2022/2023 TINDAKAN & TANGGUNGJAWAB B. KURIKULUM 5 Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) dilaksanakan bagi setiap murid mengikut matapelajaran. 100% PKP 6 Pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) dalam subjek teras : Mencapai sekurang –kurangnya Tahap Minimum ( MTM ) TP3. Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 90% 90% 90% 90% 90% 90% PKP 7 Peratus Pencapaian keseluruhan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam e-Pelaporan j-Qaf. 90% PKP 8 Peratus menguasai 3M murid prasekolah yang berumur 6 tahun. BM 85 PKP BI 80 MAT 85 C. HAL EHWAL MURID 1 Peratus kedatangan murid ke sekolah. 93% PK HEM 2 Pengurangan kes salah laku murid ( berat, sederhana, ringan) peringkat sekolah. 0% PK HEM 3 Ujian Psikometrik murid dianalisis dan diambil tindakan bagi meningkatkan kemenjadian murid secara holistic. 100% PK HEM 7


KPI SK SUNGAI LANG 2023 / 2024 BIL KPI SASARAN PRESTASI 2022/2023 TINDAKAN & TANGGUNGJAWAB D KOKURIKULUM 1 Peningkatan Pencapaian murid dalam pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ( PAJSK ). 65% PK KOKURIKULUM 2 Peningkatan peratus penglibatan / pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum dalam aktiviti kokurikulum pada peringkat daerah/ negeri / kebangsaan . 40% PK KOKURIKULUM 3 Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum ( induk dan unit ) peringkat sekolah. 90% PK KOKURIKULUM 4 Peratus pencapaian kemenangan dalam pertandingan sukan MSSD. Sekurang-kurangnya 40% pencapaian kemenangan tempat 1 hingga 3 dalam pertandingan sukan. PK KOKURIKULUM 5 Peratus penglibatan unit-unit beruniform di peringkat Daerah. Sekurang-kurangnya 60% penglibatan unit beruniform ke peringkat daerah. PK KOKURIKULUM 6 Peratus pencapaian kemenangan dalam Pertandingan Koakademik di peringkat daerah. Sekuran-kurangya 35% pencapaian kemenangan tempat 1 hingga 3. PK KOKURIKULUM E PRASARANA, SARANA DAN HUBUNGAN LUAR 1 Purata peratus ibu bapa yang hadir dalam 6 aktiviti utama sekolah. 35% penglibatan Setiausaha PIBG 2 Peningkatan sumbangan Kewangan / aktiviti/ kepakaran melalui sarana ibu bapa / komuniti peringkat sekolah. 20% Setiausaha PIBKS 3 Peningkatan peratus projek keceriaan dan kemudahan prasarana sekolah. 40% PKP, PK HEM, PK Kokurikulum 8


KETETAPAN PENTADBIRAN 1.0 PERINTAH AM Selaku penjawat awam dan kakitangan kerajaan, semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) adalah tertakluk dengan arahan-arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Lantaran itu, semua guru dan AKP harus memahami Perintah Am tersebut. Pegawai adalah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.1 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.2 Semua guru dan AKP dinasihatkan supaya membaca dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.3 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara, Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.4 Meletakkan kepentingan sekolah lebih daripada kepentingan diri semasa menjalankan tugas. 1.5 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan harta benda sekolah ketika berada di sekolah. 1.6 Sentiasa mengamalkan kepemimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.7 Menjadi “role-model” dengan mengamalkan kepimpinan melalui teladan kepada rakan-rakan lain pada setiap masa. 1.8 Bagi pegawai yang beragama Islam, perlu memahami bahawa pekerjaan adalah satu ibadah . Setiap yang dilakukan akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang diusahakannya. 1.9 Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, ikhlas, menepati dan menghargai masa, rajin, kasih sayang, taat dan patuh serta bersatu padu. 1.10 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan sahaja.Tidak mementingkan diri sendiri dalam pelaksanaan tugas hakiki, tugas-tugas khas dan tugas-tugas sampingan. Elakkan budaya kerja “curi tulang” yang menyebabkan rakan sekerja terpaksa menanggung beban tugas yang ditinggalkan. 1.11 Tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan seperti menghisap dadah, rokok atau “vape”di premis kerajaan/sekolah. 2.0 KEHADIRAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah. 2.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut: 2.2.1 Isnin , Selasa & Khamis Tahap 1 : 7.15 pagi—12.50 tengah hari Tahap 2 : 7.15 pagi—1.20 petang 2.2.3 Rabu Tahap 1: 7.15pagi— 12.50 tengah hari Tahap 2 : 7.15 pagi—12.50 tengah hari 2.2.5 Jumaat Tahap 1: 7.15 pagi—11.50 pagi Tahap 2 : 7.15 pagi—11.50 pagi 9


KETETAPAN PENTADBIRAN 2.3 Guru diwajibkan hadir ke sekolah setiap hari waktu persekolahan. Waktu Kokurikulum merupakan waktu rasmi bekerja. Ketidakhadirannya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. 2.4 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu pembelajaran bermula. Tempoh ini adalah masa yang munasabah sebagai persediaan guru masuk ke kelas tepat pada masanya. 2.5 Guru dan AKP masing-masing wajib mengesah dan merekodkan kehadiran dengan 2 (dua) cara serentak iaitu dengan mengetik Kad Perakam Waktu (KPW) rujuk Surat pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 dan mengimbas Cap jari melalui Sistem kad perakam waktu elektronik/ biometrik Cap Jari rujuk surat pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2014 sewaktu sampai dan sebelum balik sekolah. 2.6 Adalah menjadi kesalahan dan boleh diambil tindakan tatatertib di bawah perintah Am Bab “D” jika guru/AKP gagal mengesah dan merekodkan kehadiran dan balik pada setiap hari bekerja. 2.7 Guru/AKP yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memohon kebenaran Guru Besar terlebih dahulu dengan memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar untuk dipertimbangkan. 2.8 Borang kebenaran meninggalkan pejabat perlu juga diisi untuk tujuan rekod dan rujukan. 2.9 Guru mesti dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memaklumkan ketiadaannya pada hari tersebut atas sebab kecemasan, cuti sakit atau selainnya kepada Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Petang secepat mungkin secara yang sesuai supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.10 Mana-mana guru yang menerima surat panggilan atau mendapat arahan bertugas di luar sekolah juga, perlu memaklumkan sendiri kepada pentadbir sehari sebelum tarikh bertugas di luar supaya jadual waktu ganti dapat disediakan untuknya. 2.11 Peraturan pelaksanaan Kad Perakam Waktu (KPW) 2.11.1 Mengikut sistem ini, semua guru/AKP akan mempunyai kad kedatangan yang menunjukkan nombor dan namanya dengan jelas. 2.11.2 Guru & AKP hanya boleh mengetik KPW milik sendiri sahaja dan tidak boleh mengetik KPW bagi pihak orang lain. 2.11.3 Semua guru/AKP akan menerima kad berwarna kuning. Jika pegawai mendapat sebanyak tiga (3) catatan merah dalam sebulan tanpa memberi keterangan- keterangan yang diterima oleh pentadbir, kadnya akan ditukarkan kepada kad berwarna hijau. 2.11.4 Semasa memegang kad hijau ini, pegawai/kakitangan berkenaan tidak mendapat catitan merah bagi tempoh satu bulan dari tarikh mendapat catitan merah yang akhir, kad hijaunya akan ditukarkan semula kepada kad berwarna kuning. 2.11.5 Jika seseorang pemegang kad hijau mendapat dua (2) catitan merah lagi tanpa keterangan yang diterima oleh pentadbir, ia akan diminta secara bertulis sekali lagi memberi keterangan kenapa ia terus melanggar peraturan pejabat. Jika keterangannya tidak dapat diterima ia akan diberi amaran akhir dan kadnya akan ditukarkan kepada kad merah. 10


KETETAPAN PENTADBIRAN 2.11.6 Jika mendapat satu (1) catitan merah di atas kad merahnya tanpa keterangan yang diterima oleh pegawai atasannya, tindakan tatatertib mengikut Perintah Am Bab "D" akan dijalankan. 2.11.7 Jika seseorang guru/AKP masuk sekolah atau keluar dengan tidak mengikut `waktu biasa dan mendapat catitan merah, ia haruslah menuliskan sebab-sebabnya dengan ringkas dalam ruangan yang tersedia pada kad itu. Pengesahan pentadbir perlu didapati bagi tiap-tiap catitan merah. Pegawai itu akan menurunkan tandatangan ringkas jika penerangan yang diberi dapat diterima. Jika penerangan itu tidak diterima, pegawai/kakitangan itu dianggap telah melakukan kesalahan melanggar peraturan kerja. 2.11.8 Guru/AKP yang sudah datang ke pejabat tetapi perlu keluar semula untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan kerja di luar sekolah, hendaklah merakamkan waktu keluar. Mereka akan mendapat catitan merah tetapi ini bukanlah satu kesalahan.Mereka hanya perlu menuliskan kenapa mereka keluar dan meminta pengesahan pentadbir dengan mendapatkan tandatangan ringkas pentadbir sebelum atau selepas beliau kembali ke sekolah. Jika ia tidak balik lagi ke sekolah kerana mesyuarat atau kerja luarnya selesai sesudah waktu pejabat, tandatangan pegawai atasan itu boleh didapatkan pada esok harinya. Tetapi waktu mesyuarat atau kerja luar itu selesai mesti dicatitkan. 2.11.9 Guru/AKP yang bertolak dari rumah terus ke tempat mesyuarat atau tempat ia menjalankan kerja luar, tidak perlu datang dahulu ke sekolah untuk merakamkan kedatangannya. Ia boleh terus pergi dan membuat rakaman waktu ia balik ke sekolah semula. Ia juga akan mendapat catitan merah. Tetapi ini bukan kesalahan. Ia hanya perlu menuliskan waktu dan sebab ia keluar dan mendapat pengesahan dari pentadbir dengan mendapatkan tandatangan ringkas pegawai itu. 3.0 KEBENARAN DAN PENGECUALIAN 3.1 KELUAR SEMASA SESI PERSEKOLAHAN/ BERTUGAS 3.1.1 Guru dan AKP tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu bertugas kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan dengan disertakan bukti/dokumen sokongan. 3.1.2 Guru dan AKP dikehendaki memohon kebenaran dengan mengisi satu borang kebenaran meninggalkan pejabat (borang 1) dan slip kebenaran keluar (borang 2) . 3.1.3 Dapatkan kebenaran dan tandatangan Guru Besar / Penolong kanan sebelum keluar dan merekodkan pergerakannya semasa keluar dan semasa masuk semula. Borang 1 disimpan dalam fail keluar masuk pegawai dan borang 2 perlu diserahkan kepada pengawal untuk rekod pengawal. 3.1.4 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian atau kemalangan melibatkan guru/AKP yang meninggalkan sekolah tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan. 3.1.5 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan tugasan yang sesuai untuk pelajarnya melalui Penolong Kanan atau penyelaras tahun.. 11


KETETAPAN PENTADBIRAN 3.1.6 Guru dan AKP yang terpaksa datang lewat atas sebab kecemasan selepas mendapat kebenaran pentadbir juga dikehendaki mengisi satu borang kebenaran meninggalkan pejabat (borang 1) setelah sampai sekolah pada hari tersebut. Dapatkan pengesahan Guru Besar / Penolong kanan dalam borang tersebut dan merekodkan pergerakannya semasa keluar dan semasa masuk semula pada KPW masing-masing.. Borang 1 disimpan dalam fail keluar masuk pegawai untuk tujuan rekod dan rujukan sekolah. 3.1.7 Guru/AKP perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti “time slip”, resit bayaran parkir kenderaan, slip giliran menunggu, resit bayaran dan yang sesuai sebagai bukti kehadiran dan keberadaannya di tempat tersebut. 3.1.8 Guru dilarang meninggalkan kelas tanpa kawalan kecuali dalam keadaan kecemasan yang tidak dapat dielakkan. 3.1.9 Guru hendaklah memaklumkan ke pejabat sekolah alamat kediaman dan nombor telefon yang boleh dihubungi semasa ketiadaannya. 3.2 PENGECUALIAN MESYUARAT/ PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH 3.2.1 Semua guru dan AKP wajib menghadiri semua mesyuarat dan program yang berkaitan dengan tanggungjawabnya kecuali bagi kes-kes kecemasan dan dibenarkan. 3.2.2 Guru /AKP perlu menyedari bahawa permohonan pengecualiannya adalah pilihan terakhir yang perlu dilakukannya. Ini kerana ketiadaannya akan memberi kesan kepada rakan lain yang perlu menanggung tanggungjawab yang ditinggalkannya. Selain itu juga, ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat. 3.2.3 Guru dan AKP dikehendaki mengisi borang pengecualian kehadiran/meninggalkan pejabat dengan mendapat kebenaran dan tandatangan Guru besar/Penolong Kanan terlebih dahulu . 3.2.4 Guru/AKP tersebut perlu memaklumkan sendiri kepada penyelaras program tentang kebenaran pengecualiaannya supaya tugas yang ditinggalkan dapat diselaraskan oleh guru/AKP yang lain. 3.2.5 Guru dan AKP yang kerap memohon pengecualian mesyuarat, program dan aktiviti sekolah akan dinilai dan diminta mengemukakan alasan munasabah kepada Guru Besar . 12


KETETAPAN PENTADBIRAN 3.3 TEMUJANJI HOSPITAL ATAU PIHAK YANG DIBENARKAN 3.3.1 Sebarang permohonan pelepasan untuk temujanji dengan pihak hospital atau sebagainya perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. 3.3.2 Guru dan AKP perlu mengemukakan sesalinan temujanji kepada Guru Besar selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh temujanji. 3.3.3 Bagi melindungi masa instruksional guru dengan murid, hanya temujanji yang melibatkan masa yang telah ditetapkan oleh pihak klinik/hospital/pihak yang berkaitan sahaja dibenarkan pada waktu bekerjanya seperti pengambilan sampel darah ( guru/AKP perlu berpuasa), prosedur meminum air gula bagi ibu mengandung, sesi kaunseling atau perjumpaan khas dengan doktor dan perkara-perkara lain yang munasabah. 3.3.4 Selain perkara tersebut, guru dinasihatkan melakukan temujanji pada sebelum atau selepas waktu persekolahan. 3.3.5 Guru juga dinasihatkan memilih selain hari rabu sebagai hari temujanji kerana waktu tersebut merupakan waktu bagi gerakkerja Ko kurikulum. 3.3.6 Guru dan AKP yang tidak mendapat sijil cuti sakit atau kenyataan keberadaan pegawai perlu mengemukakan sesalinan ” time slip” sebagai bukti kehadiran ke tempat tersebut. 4.0 CUTI Guru dan AKP diminta meneliti kandungan Perintah Am Bab C dan juga beberapa surat siaran Kementerian atau jabatan mengenai cuti ini. Cuti Rehat (CR)/ Cuti Rehat Khas( CRK) / Cuti Tanpa Rekod (CTR) / Cuti Tanpa Gaji / Cuti Separuh Gaji, Cuti Kuarantin dan lain-lain tertakluk kepada kelulusan Pengarah Pendidikan Selangor/PPD/Guru Besar. Semua permohonan cuti perlu dibuat dengan memenuhi prosedur permohonan cuti yang telah ditetapkan. 4.1 CUTI REHAT/ CUTI PENGGAL Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993 guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pentadbir Sekolah tidak melebihi setengah daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas lain daripada tugas mengajar. 4.2 CUTI SAKIT 4.2.1 Hendaklah mendapatkan sijil cuti sakit dari pegawai perubatan kerajaan atau doktor swasta yang mengesahkannya sakit. 4.2.2 Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budibicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor kerajaan dan doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. 13


KETETAPAN PENTADBIRAN 4.2.3 Guru dan AKP perlu memaklum dan mengemukakan sijil akuan sakit yang diperolehi daripada doktor dengan cara yang sesuai kepada Guru Besar /Penolong Kanan untuk kelulusan cuti sakit. 4.2.4 Guru dan AKP yang kerap kali mengambil cuti sakit akan diminta untuk menjelaskan masalah kesihatan yang dihidapi agar Guru Besar dapat membantu masalah/staf berkenaan. 4.2.5 Adalah menjadi kesalahan serius dan haram disisi agama mengemukakan sijil cuti sakit palsu kepada majikan. 4.2.6 Ketua Jabatan dengan budibicaranya sendiri boleh meluluskan Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak lebih dua hari berturut-turut dalam satu sijil sakit dan tertakluk maksimum 15 hari setahun. Sila rujuk SPI Bil 2 Tahun 2006. 4.2.7 Sijil Cuti sakit swasta yang melebihi 15 hari dalam tahun semasa perlu disahkan oleh doktor perubatan kerajaan sebelum diserahkan kepada majikan. 4.2.8 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus dalam tahun semasa akan dilaporkan ke Jabatan dan Kementerian. 4.2.9 Cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital atau di rumah sahaja. 4.3 CUTI TANPA GAJI 4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian. Cuti ini akan memberi kesan kepada perkhidmatan pegawai. Sila rujuk SPI bil 4 Tahun 2009 4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada AKP bukan guru boleh dipohon selepas habis cuti rehatnya. 4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk mengikut pasangan adalah dalam tempoh 3 tahun atau mengikut tempoh pasangannya bertugas/berkursus atau mengikut mana yang lebih pendek. 4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh bercuti. 14


KETETAPAN PENTADBIRAN 4.4 CUTI REHAT ( CR ) DAN CUTI REHAT KHAS ( CRK ) 4.4.1 Guru-guru perlu merujuk dan memahami perkara-perkara berkaitan SPI Bil 3 Tahun 2005, SPI Bil 1 Tahun 2015 dan SPI Bil 8 2017 apabila hendak memohon Cuti Rehat Khas (CRK).- (Tertakluk kepada perubahan) 4.4.2 Sebarang permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum tarikh bercuti diambil oleh guru. 4.4.3 Bagi prosedur memohon cuti guru/AKP perlulah memohon secara atas talian dalam sistem HRMIS serta mengisi borang CR/CRK selewat-lewatnyanya DUA MINGGU sebelum bercuti dan mestilah memperolehi sokongan terlebih dahulu daripada Penolong Kanan Pentadbiran bagi sesi pagi dan PK Petang bagi sesi petang sebelum mendapat kelulusan bercuti daripada ketua jabatan. 4.4.4 Adalah dimaklumkan bahawa CR/CRK bukan hak mutlak guru/AKP. Ia tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara ketua jabatan. Kemudahan cuti akan diberi sekiranya ketua jabatan merasakan PdPc dan tugas-tugas hakiki tidak terganggu dengan kebenaran CR/CRK tersebut. 4.4.5 CRK yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi adalah tidak dibenarkan. Sentiasalah beringat agar kita tidak menanggung hutang yang tidak mampu dibayar. 4.4.6 Cuti ini boleh dikumpulkan bagi tujuan Gantian Cuti Rehat seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2004 yang berkuatkuasa mulai tahun 2004. 4.4.7 Bilangan hari CRK yang layak diambil oleh guru adalah terhad 10 hari sahaja secara prorata dalam setahun berdasarkan tempoh perkhidmatan. Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab yang dinyatakan dalam para 4.4.8 di bawah tertakluk budi bicara dan kelulusan oleh Guru Besar. 4.4.8 Berdasarkan SPI Bil 8 2017 Guru hanya dibenarkan memohon CRK bagi tujuan-tujuan berikut: 1) Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; 2) Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; 3) Menghadiri upacara keagamaan; 4) Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; 5) Menghadiri majlis konvokesyen bagi guru atau ahli keluarga; 6) Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); 7) Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; 8) Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan 9) Perkahwinan guru atau anak guru tesebut. 15


KETETAPAN PENTADBIRAN 4.4 CUTI KELUAR NEGARA Semua guru/AKP yang hendak bercuti keluar negara mesti membuat permohonan dan mendapat kelulusan cuti daripada ketua jabatan. Selepas daripada itu, pegawai perlu membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan keluar negara daripada PPD/Jabatan selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti. 4.6 CUTI BERSALIN 4.6.1 Seorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 360 hari sepanajang tempoh perkhidmatannya. 4.6.2 Tempoh maksimum cuti bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walaubagaimanapun, pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahirannya sepanjang tempoh perkhidmatan. Rujuk SPI Bil 5/2017. 4.6.3 Cuti bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walaubagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. 4.6.4 Cuti isteri bersalin ( Cuti Tanpa Rekod ) diberi kepada anggota lelaki semasa isteri bersalin atau keguguran pada usia 7 bulan kandungan ke atas. 4.7 CUTI TANPA REKOD ( CTR ) 4.7.1 Mengisi borang khas cuti tanpa rekod. Menyertakan satu salinan dokumen sokongan yang berkaitan. Permohonan hendaklah dihantar segera untuk mendapatkan kelulusan PPD. Sila rujuk SPI Bil 4 Tahun 2015. 5.0 PAKAIAN 5.1 Guru mesti mematuhi kehendak surat Pekeliling Kementerian Pelajaran mengenai pakaian guru di sekolah. Sila rujuk SPI Bil 6 Tahun 1985. Pakaian guru perlulah kemas dan sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 5.2 Pakaian berbentuk seluar ketat dan baju tanpa lengan, skirt pendek serta mencolok mata tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 5.3 Bagi guru dan AKP yang beragama Islam adalah diwajibkan menjaga dan menutup aurat dalam setiap masa berkerja. 5.4 Kasut bersarung kulit atau getah untuk semua guru lelaki dan perempuan. 16


KETETAPAN PENTADBIRAN 5.5 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.(SPI bil 6/1985) 5.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai : 5.6.1 Guru perempuan – Seluar sukan, T-shirt sukan dan kasut sukan yang bersesuaian. 5.6.2 Guru lelaki – Seluar sukan, T-shirt sukan dan kasut sukan yang bersesuaian. · Pakaian khas ini hanyalah tertakluk kepada guru yang mengajar subjek Pendidikan jasmani sahaja. 6.0 PERHUBUNGAN ANTARA GURU DAN AKP 6.1 Guru/AKP diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tingkah laku dan tutur kata. Juga diharapkan akan wujud perasaan kekitaan dalam kalangan guru. 6.2 Guru/AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan atau fahaman atau pendapat atau kepercayaannya pada guru atau AKP yang lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk ‘clique’ yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan, kekananan dan sebagainya adalah satu perkara yang dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali di sekolah. 6.4 Guru/AKP hendaklah bekerjasama sebagai satu pasukan. 6.5 Guru/AKP hendaklah menghormati dan mematuhi semua arahan, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar/Penolong kanan selaku ketua Jabatan sesuai dengan status penjawat awam. 7.0 BILIK GURU 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bilik guru secara automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini. 7.3 Semua guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 7.4 Guru yang sedang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang harmoni, sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman. 17


KETETAPAN PENTADBIRAN 8.0 INISIATIF GURU 8.1 Guru/AKP digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan. Walau bagaimanapun Guru/AKP diminta berunding / berbincang / memaklumkan mengenainya terlebih dahulu dengan Guru Besar / PK sebarang tindakan yang hendak diambil.. 8.2. Mengemukakan cadangan/idea pendapat untuk kebaikan sekolah dengan penuh berhikmah melalui saluransaluran yang sesuai – Bersemuka, peti cadangan, perjumpaan sesama guru, mesyuarat dan sebagainya. 8.3 Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai LADAP/Seminar/Kursus/Program Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan positif kepada budaya dan alam sekolah ini. 9.0 MASALAH—MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Jika guru/AKP menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan/perkhidmatan, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang berkenaan atau kepada Guru Besar. Pegawai perlu menyelesaikan mengikut saluran yang betul. 9.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, mereka boleh memberitahu mengenainya kepada Ketua Panitia, Penolong Kanan atau Guru Besar. 10.0 TUGAS Guru akan diberi tugas dalam bidang pentadbiran, kurikulum, HEM, ko-kurikulum, sukan dan permainan serta tugas-tugas khas dan sampingan . Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab serta sentiasa bersemangat terhadap tugas-tugas tersebut. 11.0 GURU KELAS DAN BILIK DARJAH 11.1 Sebahagian besar daripada guru akan dilantik menjadi Guru Kelas. Mereka dikehendaki menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan baik dan berkesan. 11.2 Semua guru kelas perlu berusaha menyediakan kelasnya dan melaksanakan PdPc sesuai dengan pembelajaran Abad ke - 21. 11.3 Guru kelas hendaklah memastikan bahawa kelas di bawah jagaannya dihias dan menjaga kebersihan serta keselamatan bilik darjah masing-masing. 11.4 Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk keceriaan kelas hendaklah bersesuaian dan berfaedah kepada murid. 11.5 Setiap guru yang masuk ke dalam kelas hendaklah mengisi Rekod MMI yang disediakan di dalam kelas. 18


KETETAPAN PENTADBIRAN 12.0 GURU BERTUGAS HARIAN 12.1 Guru bertugas diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut mingguan. Dalam setiap minggu persekolahan terdapat ( 5 ) orang guru yang akan bertugas 10 minit lebih awal dan akhir dari waktu bertugas hakikinya. 12.2 Laporan perlu dicatatkan dalam Buku Laporan Bertugas untuk makluman dan perhatian Penolong Kanan. Buku laporan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Pejabat pada hari berikutnya. 13.0 FAIL/ BUKU REKOD MENGAJAR DAN e-RPH 13.1 Setiap guru akan diberi pilihan untuk menyediakan Rancangan Mengajar Harian dalam bentuk fail, buku rekod mengajar dan e-RPH. 13.2 Bagi yang memilih fail dan buku, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan fail/buku tersebut. Surat Pekeliling Bil 3/1999 dan arahan yang terdapat di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diteliti dan dipatuhi. Semua kehendak fail/buku perlulah disempurnakan dengan lengkap dan kemas mengikut masa yang ditetapkan dan ditandatangani. 13.3 Fail/Buku hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat setiap minggu untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar atau Penolong Kanan manakala mereka yang memilih e-RPH hendaklah menghantarnya melalui pelantar Google Classroom (tanpa cetakan) pada hari Jumaat sebelum 12.00 mlm. 13.4 Prestasi penghantaran buku/fail & e-RPH yang baik menjadi salah satu pra syarat untuk panel pemilihan APC men imbang kewajaran sebelum memberikan anugerah APC kepadannya selain kecemerlangan aspek-aspek lain bagi tahun tersebut. 13.5 Jika seseorang guru itu bercuti, fail/buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 13.6 Fail/Buku Rekod Mengajar adalah hak sekolah dan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan pada hari terakhir tahun persekolahan dengan melengkapkan mengikut minggu persekolahan dalam tahun tersebut. 14.0 JADUAL WAKTU 14.1 Tiap-tiap orang guru akan diberi satu salinan jadual waktu persendirian dan jadual waktu kelas (guru kelas) untuk dilengkapkan dalam buku persediaan mengajar atau e-Rekod. 14.2 Guru kelas dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu kelas yang dipamerkan di kelas masing-masing. 14.3 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar. 19


KETETAPAN PENTADBIRAN 15.0 e-KEHADIRAN 15.1 Guru kelas bertanggungjawab menguruskan Rekod Sistem Kehadiran Murid (e-Kehadiran) dan menjadi tanggungjawab guru kelas untuk melengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami kehendak peraturan berkaitan. Sila rujuk SPI Bil 1 Tahun 2019. 15.2 Setiap hujung bulan, guru kelas perlu mengesah dan mencetak rumusan kehadiran selewat-lewatnya 5hb setiap bulan dan dihantar ke pejabat. 15.3 Kehadiran harian hendaklah diambil oleh guru kelas berkenaan (SPI Bil 2/1986) kecuali jika beliau tidak hadir pada hari itu. Dalam keadaan ini pasangan/Guru Pembantu akan mengambil alih tugas mengemaskini kehadiran. Maklumat mengenai kehadiran harian hendaklah dipenuhi dengan teliti selewat-lewatnya di akhir waktu kedua setiap hari persekolahan. 15.4 Analisis Bulanan Kehadiran Murid hendaklah disemak, dicetak, disah dan difailkan pada hari terakhir bagi setiap bulan.PK HEM akan memantau dan menyemak pelaksanaan perekodan tersebut. 15.5 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, Guru kelas perlu me maklumkan perkara tersebut kepada JKM. Ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara telefon atau bertulis. 16.0 MENGHUKUM MURID Guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera pelajar. Guru dikehendaki menjaga sensitiviti dan tutur kata mereka terhadap ibu bapa dan murid. Murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada pengetahuan Guru Besar / PK HEM. Guru yang diberi surat kuasa merotan sahaja yang dibenarkan merotan murid. 17.0 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT ) Guru SPBT bersama guru kelas hendaklah menguruskan Skim Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua borang dan keperluan hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang ditetapkan. Sila rujuk SPI KPM Bil 5 Tahun 2017. 18.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 18.1 Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Individu yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau tidak hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya. 18.2 Penyelaras/Ketua Panitia/Ketua Unit berkenaan hendaklah memastikan setiap bilik mempunyai borang senarai aset alih dan ada peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik khas seperti bilik guru, makmal sains, makmal komputer, PSS, bilik j-QAF, bilik BBM,bilik pemulihan, SPBT, kaunseling dan lain-lain. 18.3 Bagi tujuan rekod dan pengurusan bilik-bilik khas, penyelaras bagi setiap bilik hendaklah juga menyediakan rekod penggunaan bilik dan rekod pinjaman peralatan. 20


KETETAPAN PENTADBIRAN 19.0 KEBERSIHAN, KEKEMASAN DAN KESEMPURNAAN 19.1 Setiap guru hendaklah menitikberatkan kebersihan dan menjadi tanggungjawab bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid di kelas masing-masing hendaklah disediakan oleh guru kelas. 19.2 Alatan kebersihan kelas perlulah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 19.3 Ketua Panitia/Unit dan lain-lain guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas seperti PSS, Makmal Komputer, bilik pemulihan/kesihatan, makmal, setor sukan, bengkel, bilik kaunseling, balai Islam dan sebagainya hendaklah sentiasa memastikan kekemasan dan kebersihannya. 19.4 Buku laporan kebersihan yang disediakan hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk penambahbaikan selanjutnya. 19.5 Bilik-bilik khas tersebut juga perlu disediakan Borang KEW.PA-7 Senarai aset alih kerajaan. 20.0 KUTIPAN BAYARAN PEMBELIAN KEPERLUAN SEKOLAH DAN PIBG 20.1 Bayaran keperluan sekolah dan sumbangan PIBG yang dikutip untuk tahun semasa adalah seperti yang ditetapkan oleh pentadbiran sekolah sahaja. 20.2 Semua wang yang dikutip hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan Perbendaharaan jika tidak dipatuhi. 20.3 Guru kelas adalah dilarang sama sekali mengutip sebarang bentuk yuran / bayaran tanpa pengetahuan Guru Besar. 21.0 SURAT—MENYURAT 21.1 Segala surat rasmi dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti atau berada di luar sekolah / negeri, maka surat tersebut akan ditandatangani oleh Penolong Kanan bagi pihak Guru Besar dan memaklumkan kepada Guru Besar di atas tindakan yang telah diambil. 21.2 Kepala surat “Letterhead’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar. 21


KETETAPAN PENTADBIRAN 22.0 SURAT– MENYURAT YANG DITERIMA 22.1 Sebarang surat yang diterima oleh sekolah hendaklah direkod oleh AKP dan disemak oleh Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan berikutnya dilaksanakan. 22.2 Terdapat surat-surat yang diterima oleh sekolah yang memerlukan edaran kepada guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru hendaklah mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap surat-surat tersebut. 22.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan melalui dan salinan kepada Guru Besar, guru bolehlah menyimpan surat itu ke dalam fail yang ada dengannya setelah mengambil tindakan mengenainya. 22.4 Jika terdapat surat yang ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkan surat tersebut untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah :- I. Mengambil fail di pejabat, jika fail tiada dalam simpanannya. II. Mengambil tindakan yang diperlukan berkaitan dengan surat itu. III. Mengembalikan semua fail yang telah diambil untuk diambil tindakan berkaitan dengan surat tersebut ke pejabat. 23.0 PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 23.1 Guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah atas urusan peribadi kecuali mendapat arahan untuk berbuat demikian. 23.2 Guru perlu memakai pakaian bekerja beserta tanda nama semasa di JPN / PPD. 24.0 PELAWAT 24.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa urusan dengan pihak sekolah. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual dari mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 24.2 Pelawat yang memakai Pas Pelawat dan membawa dokumen kawalan pergerakan pelawat sahaja dibenarkan berurusan dengan guru atau staf sokongan. 24.3 Pelawat yang berpakaian sopan sahaja dibenarkan berurusan dengan guru atau murid. 22


KETETAPAN PENTADBIRAN 25.0 MEMBELI BARANG 25.1 Guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang hendaklah melengkapkan borang Nota Minta mengenainya yang boleh didapati di pejabat. Borang ini kemudiannya ditandatangani oleh Guru Besar sebagai tanda sokongan /persetujuannya untuk membeli barang tersebut. Borang ini hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk tindakan selanjutnya. 25.2 Jika barang berkenaan dikehendaki dengan kadar segera, guru boleh memberitahu mengenainya kepada Guru Besar dan kebenaran akan diberi supaya guru tersebut boleh membeli barang yang dikehendaki samada melalui Panjar Wang Runcit atau dibilkan. 25.3 Sebelum membuat belian sesuatu barang yang ‘berharga’ guru bolehlah membuat sebut harga sepertimana dalam peraturan kewangan untuk dipertimbangkan oleh Guru Besar. 26.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS ) 26.1 Penggunaan Pusat Sumber Sekolah, guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa tempat duduk adalah mencukupi sebelum membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah. 26.2 Jika dalam Pusat Sumber Sekolah sudah ada pelajar daripada kelas lain maka kelas tersebut tidak lagi dibenarkan masuk ke Pusat Sumber 26.3 Guru hendaklah mematuhi jadual penggunan PSS yang telah disusun agar tidak berlaku pertindihan jadual dengan kelas lain. 26.4 Murid tidak dibenarkan masuk ke Pusat Sumber tanpa diiringi oleh guru yang berkenaan sewaktu pengajaran dan pembelajaran. 27.0 KEGIATAN KOKURIKULUM 27.1 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat /Guru Pengiring dan sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah atau di luar sekolah ini. 27.2 Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. Keselamatan semasa aktiviti kokurikulum adalah paling utama dan di bawah tanggungjawab guru yang bertugas pada hari yang telah ditetapkan. 27.3 Perbelanjaan tambang dan makan pelajar boleh dituntut mengikut kadar yang telah ditetapkan melalui Guru Besar atau PK Kokurikulum. 27.4 Semua guru wajib hadir pada waktu aktiviti Ko kurikulum dijalankan kerana ianya merupakan masa bertugas rasmi bagi setiap guru. 27.5 Perhimpunan Kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Isnin minggu ketiga setiap bulan dengan semua warga sekolah akan memakai baju unit beruniform masing-masing. 27.6 Laporan bagi setiap aktiviti dan program perlu dihantar dalam tempoh seminggu selepas program berakhir. 23


KETETAPAN PENTADBIRAN 28.0 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 28.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan setiap pagi pada hari Isnin. Perhimpunan Rasmi akan bermula pada pukul 7.30 pagi. 28.2 Semua guru dikehendaki menghadirinya dengan berpakaian rasmi, kemas dan duduk di kerusi yang disediakan sehingga perhimpunan tamat. Guru tidak dibenarkan berada selain di tapak perhimpunan dan kehadiran perlu diambil untuk tujuan rekod kehadiran. 28.3 Semua guru perlu menghormati majlis. Elakkan daripada berbual kosong dan membuat bising sehingga meng ganggu kelancaran majlis. 28.4 Dalam setiap perhimpunan acara menyanyikan lagu “Negaraku”, “Negeri Selangor” dan lagu sekolah bersamasama dengan upacara menaikkan bendera Jalur gemilang serta bacaan ikrar hendaklah dijalankan oleh pengawas dan guru bertugas. 28.5 Pengawas bertugas akan menjemput guru bertugas, Penolong Kanan /Guru Besar untuk menyampaikan ucapan. 28.6 Pengumuman pembatalan perhimpunan pagi perlu dihebahkan melalui pembesar suara sekiranya cuaca atau keadaan tidak mengizinkan. 28.7 Pemeriksaan mengejut ke atas murid yang melanggar disiplin,tidak berpakaian lengkap dan kemas boleh dilakukan sebelum majlis bersurai. 29.0 MESYUARAT / REFLEKSI Dari masa ke semasa, Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum dan mesyuarat HEM, mesyuarat kokurikulum dan mesyuarat program. Jika perlu, refleksi diadakan pada hari Isnin selepas perhimpunan rasmi. Kehadiran/ kedatangan mesyuarat ini adalah diwajibkan (sekiranya tidak hadir tanpa kebenaran akan diberikan surat tunjuk sebab ketidakhadiran). 30.0 MESYUARAT JAWATANKUASA 30.1 Guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang terdapat di sekolah ini. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif dalam mesyuarat tersebut. 30.2 Guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha sebarang jawatankuasa hendaklah diminta menyediakan surat panggilan mesyuarat dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum mesyuarat, senarai kehadiran, minit mesyuarat, maklum balas mesyuarat dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Guru Besar /Penolong Kanan dalam tempoh 3 hari bekerja. (Rujuk Arahan Pentadbiran bil 6 tahun 2014) 30.3 Fail yang lengkap mengenai jawatankuasa yang dianggotai hendaklah diwujudkan sebagai bahan rujukan. 24


KETETAPAN PENTADBIRAN 31.0 KEAHLIAN KELAB / BADAN GURU DAN KAKITANGAN DAN PIBG 31.1 Semua guru dan staf adalah secara automatik menjadi ahli kepada Kelab Guru dan kakitangan/AKP (KGKT) dan juga PIBG. 31.2 Jumlah sumbangan keahlian bergantung kepada keputusan mesyuarat dan hendaklah dijelaskan oleh semua guru. 31.3 Semua guru/AKP hendaklah memberi sokongan dan menyertai semua program yang dianjurkan KGKT sebagai tanda bersolidariti dengan kelab tersebut. 32.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 32.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 32.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit dan penjaga stok. 32.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta dalam keadaan baik. 32.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya jika perlu. 33.0 LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN / FIRE DRILL 33.1 Arahan khas Guru Besar mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti. Latihan-latihan kebakaran akan diadakan pada bila-bila masa pada hari persekolahan. Guru, staf dan pelajar hendaklah sentiasa bersedia dan mematuhi semua arahan yang terkandung dalam surat arahan tersebut. Guru kelas dikehendaki menerangkan arahan ini kepada murid masing-masing. 33.2 Pelan laluan dan peraturan semasa “Fire Drill” hendaklah dipamerkan di papan kenyataan setiap kelas. 34.0 LAWATAN SAMBIL BELAJAR 34.1 Guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Guru Besar dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Selepas itu, segala prosedur mengenainya seperti mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa / penjaga hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala urusan surat-menyurat mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar dan menghantar permohonan ke PPD mengikut prosedur yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum tarikh lawatan. 34.2 Guru dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang melibatkan murid sekolah ataupun menggunakan nama sekolah tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Guru Besar dan juga tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 34.3 Bilangan lawatan dalam hari/waktu sekolah tertakluk kepada hanya dua ( 2) kali sahaja bagi setiap aliran persekolahan dalam setahun. 25


KETETAPAN PENTADBIRAN 34.4 Semasa lawatan dijalankan, guru pengiring hendaklah mengawal selia murid mereka dengan baik. 34.5 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan tersebut hendaklah menyediakan laporan bertulis dan diserahkan kepada Guru Besar. 34.6 Pasukan Unit Beruniform yang ingin membawa ahlinya berkhemah, hendaklah terlebih dahulu membincangkannya dengan Guru Besar / PK HEM / PK Kokurikulum. 35.0 MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH 35.1 Guru pengiring pasukan untuk aktiviti tertentu di luar kawasan sekolah hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya termasuk surat kebenaran ibubapa dan keperluan yang berkaitan. 35.2 Jika terdapat murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengawasi dan mengawal untuk menjaga keselamatan mereka. 36.0 BUKU REKOD PENGAMBILAN BARANG DARI STOR / PEJABAT 36.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru dikehendaki mencatatkan ke dalam “Buku Rekod Pengambilan Barang” yang telah disediakan apabila mereka memerlukan peralatan seperti kertas, fail, stapler dan lain-lain dan hendaklah memaklumkan kepada Pembantu Operasi Pejabat(PO) untuk dicatatkan pengambilannya. 36.2 Apabila mengambil barang dari pejabat / stor, guru diharap dapat mengambil mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi mengelakkan pembaziran. 36.3 Alatan yang dipinjam dari pejabat hendaklah dikembalikan semula selepas digunakan dan menandatangani buku pergerakan peralatan di pejabat. 37.0 TANDA NAMA Semua guru/AKP dikehendaki memakai tanda nama mengikut saiz dan tatacara yang betul pada hari persekolahan, hari keramaian di sekolah dan juga semasa menghadiri sebarang majlis rasmi di luar sekolah. 26


KETETAPAN PENTADBIRAN 38.0 PENGGUNAAN BILIK KOMPUTER/ MAKMAL KOMPUTER 38.1 Guru yang ingin menggunakan bilik komputer haruslah mendapat kebenaran daripada penyelaras dan selepas menggunakan hendaklah dikembalikan semula kunci yang diambil daripada penyelaras. 38.2 Pada waktu persekolahan pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa diiringi oleh guru. 38.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan lain daripada yang dibenarkan. 39.0 KUNCI 39.1 Semua kunci bilik-bilik khas mesti diletakkan di pejabat sekolah. 39.2 Kunci bilik khas tidak boleh dibawa pulang ke rumah.Mana-mana guru yang hendak memegang kunci pendua perlu mendaftarkan nama dalam buku daftar kunci. 39.3 Kunci hanya boleh diambil oleh guru di pejabat. 39.4 Murid tidak dibenarkan mengambil atau memulangkan kunci di pejabat. 39.5 Sila tandatangani buku pergerakan kunci di pejabat semasa mengambil dan memulangkan kunci. 40.0 TELEFON / FAKSIMILI Penggunaan telefon / faksimili / emel sekolah hanyalah untuk kegunaan rasmi sahaja. 41.0 MAJLIS KERAIAN SEKOLAH 41.1 Semua guru dikehendaki hadir, bekerjasama dan bersama-sama dalam semua majlis, program atau acara rasmi sekolah. 27


KETETAPAN PENTADBIRAN 41.2 Guru dilarang daripada melakukan kerja-kerja peribadi atau sendiri dengan cara mengasingkan diri atau berada di tempat-tempat tertentu seperti bilik guru, stor , bilik pekerja atau kantin semasa program rasmi sekolah sedang berjalan. 41.2 Guru hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan dengan mengisi borang pengecualian program. 42.0 ARAHAN DAN SURAT PEKELILING 42.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 42.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail peribadi/khas. 42.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran / PPD, guru hendaklah mengembalikan segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan. 42.4 Sekiranya guru ingkar arahan Guru Besar tanpa alasan yang munasabah, tindakan tatatertib akan dikenakan. 43.0 INTEGRITI 43.1 Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah. 43.2 Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah. 43.3 Bertindak tegas terhadap kaki tangan yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan. 43.4 Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah. 43.5 Bertindak tegas terhadap kaki tangan yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam. 43.6 Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. 28


KETETAPAN PENTADBIRAN 1. Guru bertugas harian hendaklah hadir sekurang-kurangnya 10 minit sebelum persekolahan bermula dan balik sekurang-kurangnya 10 minit setelah persekolahan berakhir. 2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang serta lampu, kipas, tingkap dan pintu ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawal disiplin di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, persekitaran kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / rumah. 7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon. 8. Mengawasi untuk memastikan menepati waktu datang dan balik. 9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 10. Menentukan keselamatan disekitar kawasan sekolah dan mengawasi harta benda sekolah. 11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan. 12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara yang penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam buku catatan guru bertugas seperti berikut: i. Kedatangan murid , guru dan staf sokongan. ii. Murid ponteng, tidak hadir atau sakit iii. Lawatan pelawat iv. Ucapan/pengumuman dalam perhimpunan 13. Laporan kepada guru Besarsekiranya ada perkara yang perlu diambil tindakan segera. 14. Mengesah, merekodkan kehadiran dan mengendalikan perhimpunan. i. Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan. ii. Memastikan bendera, pembesar suara dan kerusi guru disediakan. 15. Melaporkan dapatan pada minggu sebelumnya jika perlu. TUGAS—TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS HARIAN /MINGGUAN 29


KETETAPAN PENTADBIRAN Menyelenggara hal-hal pentadbiran dan pengurusan kelas. Perkara yang perlu disediakan Senarai tugas murid Cogan kata bilik darjah 1. Melantik seorang Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. 2. Ketua Kebersihan dan lain-lain yang perlu. 1. Visi dan misi sekolah 2. Peraturan kelas 3. Jadual waktu kelas 4. Nama guru kelas dan senarai nama murid 5. Pelan kedudukan murid 6. Borang KEW.PA-7 Senarai aset alih kerajaan. 7. Pelan pergerakan semasa kebakaran 8. Sudut-sudut pembelajaran 9. Kelengkapan bilik darjah seperti papan putih, penyapu dan penyodok sampah dan pemadam, alas meja, jam dinding, gambar pemimpin dan lain-lain keperluan di dalam kelas. 1. Membersihkan / menyapu bilik darjah 2. Mengatur kerusi / meja. 3. Mengelap cermin tingkap. 4. Membuang sampah 5. Membersihkan papan putih. 1. Tiap-tiap bilik darjah digalakkan menulis dan menghayati satu cogan kata kelasnya yang menitikberatkan pembelajaran. 2. Mutiara kata 3. Cogan kata yang menjadi perangsang kepada murid-murid untuk belajar. 4. Wujudkan suasana kelas yang kondusif. PERATURAN –PERATURAN BILIK DARJAH 30


KETETAPAN PENTADBIRAN PERATURAN AM DAN PERATURAN TETAP GURU Kaum pendidik adalah golongan sebagai pegawai dan kakitangan perkhidmatan pendidikan. Mereka juga merupakan sebahagian daripada pegawai kerajaan. Dari itu, mereka adalah juga tertakluk kepada peraturan dan undang-undang perkhidmatan awam yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah Am dan juga tatalaku. TAAT SETIA Semua Pegawai Perkhidmatan Awam mesti menumpukan segala taat setia setiap masa dan waktu tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan. PEKERJAAN LUAR • Seseorang Pegawai Perkhidmatan itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya. • Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk berbuat demikian oleh Ketua Jabatan. HADIAH • Pegawai Pentadbiran Awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah. • Mereka juga tidak akan membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau manamana pihak untuk menerima atau pun memberi bagi pihak mereka. 31


KETETAPAN PENTADBIRAN MEMILIKI HARTA • Semua Pegawai Perkhidmatan Awam mesti melaporkan kepada pihak yang berkuasa tatatertib berkenaan. • Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang pengisytiharan harta dan dikirim melalui Ketua Jabatan. • Harta yang dimaksudkan itu merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu olehnya. • Jika Pegawai Perkhidmatan itu tidak mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu dibuat untuk tujuan rekod. KERAIAN • Seseorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa jua bentuk jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang. • Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat sebarang faedah peribadi. MEMINJAM WANG • Pegawai Perkhidmatan Awam juga ditegah untuk meminjamkan wang dengan bunga kepada orang lain. • Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun tidak. KESUSAHAN HUTANG • Seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan disebabkan oleh beberapa hutangnya yang berat sekali. • Adalah disebabkan kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa kepada terjejas perkhidmatannya. • Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa, perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau mana-mana pemegang harta PERATURAN AM DAN PERATURAN TETAP GURU 32


KETETAPAN PENTADBIRAN TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG 1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan. 2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. 3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 4. Berkhidmat dengan penuh Muhibbah dan kemesraan. 5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. 6. Berpegang teguh kepada ajaran agama. TONGGAK 12 Kebijaksanaan berhemat Keutamaan kesabaran Kekuatan sifat baik hati Kewajipan menjalankan tugas Kemuliaan kesederhanaan Menghargai masa Keseronokan bekerja Nikmat mencipta Ketinggian peribadi Peningkatan bakat Ketekunan membawa kejayaan Pengaruh teladan PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013—2025 TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEMPOH 13 TAHUN GELOMBANG 1 – 2013 – 2015 Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran asas. GELOMBANG 2 - 2016-2020 Memacu peningkatan kemajuan sistem. GELOMBANG 3 – 2021 – 2025 Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus sendiri. 33


KETETAPAN PENTADBIRAN ASPIRASI MURID 1. Kemahiran berfikir 2. Kemahiran memimpin 3. Kemahiran dwibahasa 4. Pengetahuan 5. Etika dan kerohanian 6. Identiti nasional ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 9 BIDANG UTAMA 1. Profesion keguruan 2. Kepimpinan sekolah 3. Kualiti sekolah 4. Kurikulum dan pentaksiran 5. Pengurusan Bahasa 6. Penglibatan ibu bapa dan masyarakat 7. Kesediaan untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja 8. Kecekapan 9. Kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada Prasekolah hingga menengah atau menjelang tahun 2020. Negara dalam kelompok sepertiga peratus dalam pentaksiranantarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar, luarbandar,sosio-ekonomi gender menjelang tahun 2020. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. Sistem yang memaksimumkan kebersihan murid mengikut peruntukan sedia ada. AKSES KUALITI EKUITI PERPADUAN KECEKAPAN 34


KETETAPAN PENTADBIRAN 11 ANJAKAN STRATEGI 1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid fasih dalam Bahasa Malaysia. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni. 4. Menjadikan pengurusan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah. 6. Memperkasakan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk menyelesai-kan isu mengikut kepeerluan. 7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia. 8. Menambahbaik keupayaan penyampai dan kapasiti Kementerian. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta. 10. Memaksimumkan kemenjadian murid bagi setiap ringgit yang dibelanja. 11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum. AMALAN GURU PENYAYANG 1. Sentiasa prihatin terhadap murid 2. Mengamalkan nilai kasih sayang 3. Bersikap mesra 4. Mengambil berat 5. Berbudi Bahasa 6. Saling menghormati 7. Sentiasa reda, sabar dan bersopan santun OBJEKTIF - Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru. - Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. - Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. - Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti atau masyarakat kepada sekolah. FASA PELAKSANAAN - Mengalu-alukan kehadiran murid. - Memberi penghargaan kepada murid. - Program mentor mentee. 35


36


37


38


39


PENERAPAN NILAI MURNI DI SEKOLAH BULAN NILAI PERINCIAN JANUARI KASIH SAYANG Sayangi Diri Sayangi Keluarga Sayangi Komuniti Sekolah Cinta Akan Negara FEBRUARI HORMAT –MENGHORMATI Sentuhan Selamat Sopan Santun Terhadap Keluarga Menghargai Golongan Kurang Upaya Menghormati Warga Sekolah MAC BERTANGGUNGJAWAB Celik Wang Berdisiplin Bijak Teknologi Maklumat Rajin APRIL KEGEMBIRAAN Berfikiran Positif Kebersamaan MEI KASIH SAYANG Penjimatan Sumber Pemeliharaan dan Pemuliharaan Flora dan Fauna Sayangi Sesama Manusia Saya Anak Malaysia JUN HORMAT –MENGHORMATI Malu Melakukan Perkara Negatif Menghormati Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan Bahasa. Menghormati Undang-undang Jalan Raya Mematuhi Peraturan Setempat JULAI BERTANGGUNGJAWAB Menjaga Persekitaran Sekolah Hak Asasi Kanak-kanak Jujur Menghargai dan Menepati Masa OGOS KEGEMBIRAAN Sahabat Jasamu Dikenang Negaraku Merdeka! Bersyukur SEPTEMBER KASIH SAYANG Menghayati Rukun Negara Mengekalkan Warisan dan Budaya Malaysia Kesetiaan kepada Raja dan Negara Malaysia Tanah Airku OKTOBER HORMAT –MENGHORMATI Toleransi Hindari Rasuah Menghargai Alam Sekitar ( Amalan 3R ) Negaraku Aman NOVEMBER BERTANGGUNGJAWAB Katakan “Tidak” pada Rokok Celik Cukai Jenayah Siber DISEMBER KEGEMBIRAAN Kemesraan Interaksi Sihat 40


STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPMg2 ) STANDARD 1: KEPIMPINAN ASPEK 1.1 PGB sebagai PENERAJU 1.2 PGB sebagai PEMBIMBING 1.3 PGB sebagai PENDORONG STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI ASPEK 2.1 Pengurusan Sumber Manusia 2.2 Pengurusan Aset 2.3 Pengurusan Kewangan 2.4 Pengurusan Sumber Pendidikan 2.5 Iklim 2.6 Pengurusan Perpaduan 2.7 Permuafakatan Strategik STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID ASPEK 3.1 Pengurusan Kurikulum 3.1.1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran 3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional 3.1.4 Pengurusan Penilaian Murid 41


STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPMg2 ) STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID ASPEK 3.2 Pengurusan Kokurikulum 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum 3.2.2 Pengurusan Kelab/ Persatuan 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform 3.2.4 Pengurusan Sukan/Permainan 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum 3.2.6 Pengurusan Sukan Untuk Semua 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid 3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid 3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ASPEK 4.1 Guru sebagai PERANCANG 4.2 Guru sebagai PENGAWAL 4.3 Guru sebagai PEMBIMBING 4.4 Guru sebagai PENDORONG 4.5 Guru sebagai PENILAI 4.6 Murid sebagai PEMBELAJAR AKTIF STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID ASPEK 5.1 Kemenjadian Murid dalam Akademik 5.2 Kemenjadian Murid dalam Kokurikulum 5.3 Kemenjadian Sahsiah Murid 42


Click to View FlipBook Version