SMK CHANGKAT BERUAS TINDAKAN GURU TINGKATAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN MURID TINDAKAN GURU TINGKATAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN MURID DAN TATACARA MENGELUARKAN SURAT AMARAN 1, 2, 3 DAN BUANG SEKOLAH UNIT PENGURUSAN DISIPLIN SMK CHANGKAT BERUAS 1. Guru kelas harus menghubungi ibu bapa / penjaga apabila didapati murid tidak hadir ke sekolah.Mengingatkan ibu bapa dan murid tentang kehadiran ke sekolah. 2. Guru kelas mendapatkan maklum balas tentang sebab murid tidak hadir serta mendapatkan eviden ketidakhadiran murid (Surat Cuti Sakit/Surat Ibu Bapa/ lain-lain dokumen) 3. Guru kelas disarankan agar membuat panggilan telefon sekurang-kurangnya 2 kali sebelum surat amaran dikeluarkan. 4. Guru kelas dikehendaki merekod tarikh, hari, masa serta nombor telefon yang telah dihubungi dan seterusnya mencatat respon yang telah diberikan oleh pihak yang dihubungi. Langkah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum surat amaran dikeluarkan. 5.Guru kelas dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua atau PK HEM berkaitan murid yang bakal diberikan surat amaran. 6.Guru Kelas perlu mendapatkan persetujuan Pengetua atau PK HEM untuk guru kelas menjana surat amaran di dalam sistem SSDM. 7. Surat Amaran 1, 2, 3 dan buang sekolah harus dikeluarkan mengikut bilangan hari tidak hadir ke sekolah. 8. Guru Tingkatan disarankan memaklumkan kepada pihak pejabat agar mengepos surat amaran secara berdaftar. -Boleh juga secara serahan tangan melalui aktiviti ziarah 9. Maklumat surat berdaftar ini akan dijadikan sebagai eviden tindakan guru tingkatan mengikut SOP. - Eviden secara serahan tangan : Catatan guru 10. Tindakan guru tingkatan terhadap murid yang telah menerima Surat Amaran 3 dan masih tidak hadir ke sekolah 14 hari berikutnya: -Temubual kawan-kawan murid yang tidak hadir (laporan ringkas beserta gambar) - Lawatan guru tingkatan ke rumah murid yang tidak hadir (laporan ringkas berserta gambar) - Guru tingkatan bersama kaunselor sekolah - Guru tingkatan bersama AJK PIBG jika respon ibu bapa / penjaga kurang baik - Guru tingkatan bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) jika kawasan kediaman murid tersebut tidak selamat/ berisiko tinggi - Jika rumah murid tersebut berkunci/pindah semasa lawatan, maka guru tingkatan haruslah menemubual jiran murid tersebut. Laporan ringkas berserta gambar harus disediakan. 11. Murid yang layak dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah akan ditentukan dalam Mesyuarat LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH.(Rujuk : Buku Panduan Pengurusan Sekolah)
12. Guru tingkatan perlu menyediakan fail khusus berkaitan pengeluaran surat amaran sehinggalah surat buang sekolah. Dokumen simpanan fail DOKUMEN DALAM FAIL LOKASI SIMPANAN FAIL 1. Salinan surat amaran 1, 2, 3 dan buang sekolah 2. Rekod panggilan telefon 3. Laporan lawatan ke rumah 4. Laporan temubual dengan kawan-kawan / jiran 5. Laporan disiplin (jika ada) 6. Laporan kaunselor 7. Minit Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah (Setiausaha Unit Disiplin) 8. Surat sekolah (Pengetua) kepada Penolong PPD Unit Hal Ehwal Murid memohon kebenaran murid berkenaan dibuang sekolah kerana telah mencukupi syarat ketidakhadiran sekolah PEJABAT / BILIK PK HEM Catatan : dokumen-dokumen sokongan 1 dan 8 adalah mandatori 13. Selepas mendapat kelulusan daripada Pegawai PPD, murid tersebut boleh dibuang sekolah. TATACARA MENGELUARKAN SURAT AMARAN 1, 2 DAN 3 Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut: JADUAL KES SURAT JENIS PONTENG AMARAN PERTAMA AMARAN KEDUA AMARAN KE TIGA/TERAKHIR BUANG SEKOLAH JUMLAH TIDAK HADIR PONTENG BERTURUTTURUT PADA HARI KE-3 7 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA (HARI KE 10) 7 HARI SELEPAS AMARAN KE DUA (HARI KE 17) 14 HARI SELEPAS AMARAN TERAKHIR (HARI KE 31) 31 HARI PONTENG TIDAK BERTURUTTURUT PADA HARI KE 10 10 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA (HARI KE 20) 20 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA (HARI KE 40) 20 HARI SELEPAS AMARAN TERAKHIR (HARI KE 60) 60 HARI 1. Guru memasukkan data murid ponteng ke dalam SSDM Id : Kata laluan : 2. Pergi ke cetakan surat dan pilih Format Ms Word. 3. Copy daripada perkataan “Kepada” sehingga perenggan keempat perkataan “munasabah”. 4. Justify setiap perenggan dan’adjust’ format surat mengikut kesesuaian.
5. Cara kerja GURU KELAS 1. Mematuhi jadual kes ponteng 2. Menjana surat amaran dalam SSDM 3. 4 salinan : - 1 kepada ibu bapa murid - 1 kepada kaunselor - 1 kepada Guru Disiplin - 1 kepada PK HEM 4. Melaksanakan intervensi KAUNSELOR 1. Melaksanakan intervensi kaunseling dan ziarah cakna GURU DIDIPLIN 1. Merekod senarai nama murid yang diberikan surat amaran dan buang sekolah 2. Menyerahkan laporan/ bilangan murid bila diperlukan atau di hujung tahun kepada Pengetua/PK HEM/PPD/JPN PK HEM 1. Melapor kepada Pengetua 2. Melaksanakan intervensi PENGETUA 1. Menandatangi Surat Amaran Dan Buang Sekolah 6. Lampirkan bersama surat amaran dengan LAMPIRAN MAKLUM BALAS IBU BAPA PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH. 7. Surat Lampiran Maklum Balas Ibu Bapa Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah perlu dikutip semula oleh guru tingkatan dan serahkan kepada PK HEM. 8. Serahkan surat amaran yang telah siap ditandatangi kepada En Asmadi untuk dipos. - Jika serahan tangan : sila buat catatan ringkas Penafian : Panduan ini adalah pemudahcara bagi kegunaan guru-guru di institusi secara dalaman. Ianya bukan dokumen rasmi kerajaan atau mana-mana pihak. SMKCB BERJUANG KE ARAH PERUBAHAN MENCAPAI 92.0% KEHADIRAN