The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11160396, 2022-10-13 01:06:46

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN

kertas kerja fire drill

SBT SK SERI BIRAM

KERTAS KERJA
PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN

KEBAKARAN BERSAMA JABATAN
BOMBA
(Fire Drill)

TARIKH
19 OKTOBER 2022

TEMPAT
SBT SK SERI BIRAM

ANJURAN
UNIT HAL EHWAL MURID

SBT SK SERI BIRAM

ANJURAN BERSAMA
PANITIA PEND. KESIHATAN

PANITIA RBT
SBT SK SERI BIRAM

1. Pendahuluan

Matlamat program ini adalah untuk:
a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya
kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

2. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi
keselamatan yang lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3. Tarikh
19 OKTOBER 2022

4. Masa
10.00 Pagi – 2.00 Petang

5. Tempat
Padang Sekolah dan Dewan Terbuka

6. Pengelolaan
Unit Hal Ehwal Murid, SBT SK Seri Biram

14 55 69
391 389 780
3 10
13 13
61 4
7
4-
4

419 458 877

8. Pelan Kecemasan SK.
8.1 Seperti Lampiran 1

9. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran
9.1 Seperti Lampiran 2

10. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran
10.1 Seperti Lampiran 3

11. Kewangan

Sumbangan
Kedai Alat Tulis

12. Jawatankuasa Unit Keselamatan Sekolah

Pengerusi : En. Khalili bin Mansor (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Sabarina binti Abdullah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rosse Anita binti Zahari ( PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En. Kamal Hisham bin Dato’ Haji Ibrahim (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Salmah binti Saad (PK PKI)
Penyelaras : En. Mohd Amri bin Ayob
Pen. Penyelaras : En. Mohd Firdaus bin Abdullah

Ahli Jawatankuasa :
1. Pn. NorAldaniah binti Jamil
2. Pn. Rosidah binti Rasid
3. En. Mazlan bin Mohammad
4. En. Mohammad Amir bin Udin
5. Pn. Nurfarah Hanim binti Abdullah
6. Semua Guru Kelas
7. Semua Pengawal Keselamatan Sekolah

13.Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

Pengerusi : En. Khalili bin Mansor (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Sabarina binti Abdullah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rosse Anita binti Zahari ( PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : En. Kamal Hisham bin Dato’ Haji Ibrahim (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Salmah binti Saad (PK PKI)

Penyelaras Program : En. Mohd Amri Bin Ayob
Pen. Penyelaras Program : En. Mohd Firdaus Bin Abdullah

Ahli Jawatankuasa

Loceng : Pn. Rosidah binti Rasid

Pengacara Majlis : Pn. Rosidah binti Rasid

Kawalan murid (Padang) : Guru Kelas

Kawalan murid (Dewan) : Guru Bertugas Mingguan

Jurugambar : En. Mohd Amri bin Ayob

Guru peronda : En. Mohammad Amir bin Udin

Tugasan letupan : En. Mazlan bin Mohammad
& Penyediaan Asap

Sijil & Cenderamata : Pn. Nor Aldaniah binti Jamil

Penyediaan Alatan (Pembesar Suara Healer) : En. Mohd Firdaus bin Abdullah

PA Sistem (Dewan) : En. Mohd Firdaus bin Abdullah

Dokumentasi Program : En. Mohd Amri bin Ayob

Jamuan : Pn. Nurfarah Hanim binti Dollah

14.Penutup

Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dalam merancang dan melaksanakan
program Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya,
diharapkan semua warga sekolah bersedia dalam menghadapi apa jua situasi kecemasan
sebenar yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Disemak oleh :
………………………………
…………………………
(Mohd Amri Bin Ayob)
Penyelaras Program,
Demonstrasi Latihan Kebakaran,
SBT SK Seri Biram.

Disahkan oleh:

………………………

KERTAS KERJA
PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA

(Fire Drill)
_____________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (isi nama program/aktiviti)

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan (isi nama program/ aktiviti

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………….
KHALILI BIN MANSOR

Guru Besar,
SBT SK Seri Biram,
Pekan, Pahang.

Lampiran 1

Lampiran 2

SBT SK SERI BIRAM
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM

1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa semasa latihan kecemasan dan
kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu.

1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan
mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
1.2.1. Pastikan semua kelas, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat

sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

1.2.2. Padamkan lampu dan kipas.
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti

wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.

1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti dalam pelan laluan

yang dilampirkan.

1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab

berbuat demikian.

1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID

2.1. Masukkan kerusi di bawah meja.
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg.
2.3. Matikan suis lampu dan kipas.
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke padang dengan

senyap dan pantas.
2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan.

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH

3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang.
Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup.
Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.

3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti
dalam pelan laluan keluar.

3.3.Memastikan semua suis ditutup.

4. TUGAS GURU DI BILIK SAINS/KEMAHIRAN HIDUP

4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-murid.
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket-

soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan

berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN,
MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES.

5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang berkenaan.
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan

keluar secara senyap dan pantas.
5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak

perlu berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :

6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT

7.1. Tutup semua tingkap.
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat,

bawa Bersama tetamu ke padang mengikut laluan yang ditetapkan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA

8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera.
Ketua pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik
dengan rapat.

8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada dipintu pagar masuk dan beberapa
pekerja diminta membantu pihak bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh
pihak bomba.

9. KANTIN

9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut

laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut

plug daripada soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tingkap dan

kunci dengan segera.

10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK)

10.1. Meronda ke setiap bangunan / Kawasan sekolah dan membuat laporan kepada pihak
bomba jika dikehendaki.

11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA

11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau Guru Besar).

Lampiran 3

3. 1 Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

TARIKH : 19 OKTOBER 2022
MASA : 8.30 PAGI

MASA AKTIVITI
8.30- 8.45 pagi
• Letupan dilakukan oleh guru bertugas.
8.45-9.00 pagi • Loceng amaran kebakaran dibunyikan.
9.00-9.30 pagi • Panggilan kecemasan ke Balai Bomba Pekan.
• Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan sekolah dan
9.30-10.00 pagi
9.30- 10.00 pagi menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam pelan
10.00- 10.30 pagi kecemasan.
10.00- 10.30 pagi • Guru kelas memeriksa kehadiran murid.

10.30 – 12.00 tgh • Ketibaan pasukan bomba.
• Operasi menyelamatkan mangsa dilakukan secara pantas dan
12.00 tgh
berhati-hati.

• ‘Post Mortem’ oleh Pegawai Bomba yang bertanggungjawab.
• Pelancaran program Kempen Keselamatan.
• Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Bomba dan

Penyelamat Malaysia.

• Rehat untuk murid Tahap 1

Pameran untuk murid Tahap 2
• Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran.
• Pameran Jentera Bomba.

• Rehat untuk murid Tahap 2

Pameran untuk murid Tahap 1
• Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran.
• Pameran Jentera Bomba.

Murid Tahap 1 masuk ke kelas.
Murid Tahap 2 berhimpun di dewan terbuka

• Ceramah oleh pihak Bomba berkaitan keselamatan dan kebakaran di
kawasan rumah dan sekolah.

• Refleksi dan sesi soal jawab.
• Majlis Penyerahan sijil dan cenderahati.

• Jamuan ringan

Rujukan kami : SKSB.700-1/1/1 (34)

Tarikh : 23 September 2022

Kepada,

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Pekan,
Jalan Rompin Lama,
26600, Pekan, Pahang

Tuan,

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) BERSAMA DENGAN JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT PEKAN

Berhubung dengan perkara di atas, pihak SBT SK Seri Biram akan mengadakan program tersebut seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 19 September 2022
Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SBT SK Seri Biram, Pekan

2. Antara agenda program ialah seperti berikut:
2.1 Latihan kebakaran(Fire Drill)
2.2 Ceramah keselamatan dan kebakaran
2.3 Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran
2.4 Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran ( Jentera Bomba)

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Balai Bomba dan Penyelamat
untuk membantu kami menjayakan program ini.

4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program (lampiran 3) pada hari
tersebut.Kerjasamadanperhatiandaripadapihaktuan kami dahuluidenganucapanjutaanterimakasih.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

.................................................


Click to View FlipBook Version