The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihah, 2021-11-08 01:41:17

Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir

Kandungan 1
2
1.0 Kandungan 3
2.0 Pengenalan
3.0 Kepentingan 4
kemahiran berfikir 5
4.0 Justifikasi 6
5.0 Alat berfikir 7
6.0 Penutup
7.0 Rujukan

1.0 Penghargaan

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa
yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya yang banyak membantu saya dan rakan
seperjuangan semasa tugasan ini dilaksanakan. Tidak lupa juga ibu
bapa saya yang sentiasa menyokong supaya saya tidak berputus asa
dalam menyiapakan tugasan ini.

2.0 pengenalan

Definisi berfikir menurut Fraenkel (1980), ialah berfikir melibatkan
pembentukan idea dan pengalaman serta penyusunan maklumat dalam
bentuk-bentuk tertentu manakala kemahiran berfikir menurut Edward De
Bono (1976), ialah kemahiran berfikir mempunyai perkaitan dengan
pemikiran lateral yang tidak terhad untuk menyelesaikan masalah tetapi
untuk melihat sesuatu perkara berdasarkan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah. Maka dapat disimpulkan bahawa kemahiran berfikir
melibatkan penggunaan minda untuk membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan memahami sesuatu perkara.

3.0 Kepentingan kemahiran berfikir

Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen
yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan
berkesan. Terdapat banyak alat berfikir seperti peta minda, pengurusan grafik
dan juga Cognitive Research Trust yang dikenali sebagai CoRT. Alat-alat berfikir
tersebut dapat membantu pelajar untuk menghasilkan idea yang tersusun,
jelas dan mudah difahami. Oleh itu, guru perlulah menggunakan alat-alat
berfikir tersebut semasa proses pengajaran dilaksanakan agar pelajar dapat
memahami dengan mudah tentang perkara yang disampaikan. Pelajar akan
menggunakan alat berfikir tersebut semasa membuat nota yang ringkas tetapi
padat serta dapat meningkatkan daya ingatan mereka.

4.0 Justifikasi

Menurut Tee et al., (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai
tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang
dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting
serta dengan cabang-cabang kecil sebagai huraiannya. Widad dan Kandar
(2006), mengatakan peta minda merupakan alat berfikir yang sangat berguna.
Peta minda sesuai untuk pelajar gunakan bagi mencatat nota yang
mengandungi isi dan kata kunci yang penting supaya pelajar dapat mengingati
kata kunci dan imej peta minda yang mereka buat. Pelajar dapat menggunakan
peta minda untuk menghasilkan dan mengembangkan idea. Semasa belajar,
pelajar mudah membuat peta minda kerana mudah untuk dilukis
menggunakan tangan. Bukan itu sahaja, peta minda mampu membantu
pelajar menghubungkait dan mensintesis idea yang dapat mencipta
pengetahuan baru. Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan peta minda
untuk menilai sesuatu topik dan memecahkan serta menerangkan sesuatu
bahagian-bahagian bagi memahami sesuatu perkara secara terperinci. Selain
itu, peta minda juga memudahkan pelajar untuk mengingati perkara-perkara
yang penting kerana pelajar dapat membayangkan nota yang mereka buat.

5.0 Alat berfikir

6.0 Penutup

Oleh itu, pelajar perlulah menguasai kemahiran berfikir dengan
menggunakan peta minda supaya dapat mengembangkan idea melalui
peta minda yang dibuat. Contohnya, peta minda membantu pelajar untuk
mengasingkan bahagian yang tertentu. Hal ini akan membantu pelajar
untuk membandingkan sesuatu perkara dengan mudah serta pelajar tidak
akan keliru mengenai maklumat yang mereka tulis. Dengan menggunakan
peta minda, pelajar dapat meningkatkan kreativiti pemikiran mereka
dengan mencetuskan idea-idea baru. Selain itu, daya imaginasi pelajar
meningkat kerana mereka akan berimaginasi sebelum melakukan peta
minda sekali gus mudah untuk mereka mengingat kembali nota yang
mereka buat. Hal ini demikian kerana pelajar dapat berfikir dengan kreatif
untuk menghadapi masalah yang timbul. Dengan itu, pelajar mampu untuk
mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan
yang tepat jika pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir dan
menggunakan peta minda dalam kehidupan seharian.

7.0 Rujukan

Bono, E. D. (1976). Teaching thinking. London: Temple Smith.

Fraenkel J. R. (1980). Helping students think and value: Strategies for

teaching the school studies (2nd ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-

Hall.

Som Hj. Nor, & Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran

berfikir secara kritis & kreatif (KBKK). Petaling Jaya: Longman

Malaysia.

Tee, Tze, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman,

Yee, & Mei. (2009). Persidang Kebangsaan Pendidikan Sains dan

Teknologi 2009. Penilaian aras kemahiran berfikir menerusi ujian

SEA, rubrik kemahiran berfikir dan rubrik peta minda.

Wan Asmanira Abdullah. (2012, 08 28). Pemikiran (Lateral, Kritis,

Kreatif, Reflektif). Slideshare.

https://www.slideshare.net/WawaHoney/pemikiran-lateral-kritis-

kreatif-reflektif

Widad Othman, & Kandar Selamat. (2006). Types of learning and

vocational education. Kuala Lumpur: PD Offset Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version