INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KIT PINTAR JAWI keliru cara menggunakan Kit Pintar Jawi ? A TEMPLATE KIT RIA JAWI : ishah (2009) mendapati kekuatan murid mendalami penulisan Jawi membabitkan kebolehan guru semasa pembelajaran iaitu tidak hanya menggunakan buku teks atau chalk and talk. Antara kelebihan kaedah bermain ialah dapat menarik minat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif (Azlan Shah, 2009; Akmariah, 2010) dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan, dapat mengawal keadaan dan membantu berurusan dengan realiti yang lebih berkesan (Kraus, 1990) DAPATAN KAJIAN : PENGUJIAN INOVASI TERHADAP MURID TAHUN 3 SK PENGHULU SALLEH : SHOWCASE AMALAN PROFESIONAL 1.0 “Inovasi Pencetus Pendidikan Bertaraf Dunia” NUR AQILAH ALIA NURIN AFIQAH NURIN HUDA SAFIYYAH PENSYARAH PEMBIMBING : USTAZ MOHD ARAFAT Kumpulan Melur MANUAL PENGGUNAAN KIT PINTAR JAWI :
Pull & Match Fun Learning Bidang Jawi Murid Tahun 3 MURID Inovasi ini sesuai digunakan ketika pembelajaran untuk aktiviti berkumpulan serta individu mengikit kreativiti guru. Murid boleh menjalankan aktiviti kendiri sesama ahli kumpulan Murid dapat mengingat imbuhan awalan dan imbuhan akhiran dengan cepat. Murid dapat menyesuaikan kedudukan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang betul pada kata dasar. Murid dapat menguasai imbuhan apitan dengan baik Murid dapat menulis perkataan berimbuhan apitan dengan betul GURU OBJEKTIF 1 2 3 PENGENALAN Murid sukar mengingat kata imbuhan awalan dan akhiran dengan betul. Murid sukar menyesuaikan kata imbuhan dan akhiran pada kata dasar dengan tepat. Nama produk inovasi yang telah dihasilkan ialah " Kit Pintar Jawi". Inovasi ini merupakan kaedah pembelajaran imbuhan apitan jawi melalui permainan “Pull & Match”. Inovasi ini bertujuan untuk menarik minat murid mempelajari imbuhan jawi serta memahami kaedah mempelajari imbuhan apitan dengan mudah. Selain itu, produk ini juga boleh digunakan sebagai bahan asas atau rujukan oleh sesiapa sahaja yang baru mempelajari imbuhan apitan dalam jawi. Produk inovasi ini direka khas untuk murid tahun 3 mengikut sukatan pelajaran jawi. Tambahan lagi, inovasi ini berupaya membantu murid supaya memahami perkataan berimbuhan apitan serta kedudukan perkataan tersebut dalam ayat yang lengkap. Melalui inovasi ini juga, murid telah didedahkan dengan teknik pembelajaran yang baharu iaitu menggunakan teknik belajar sambil bermain. Murid juga akan lebih tertarik dengan kaedah baharu ini kerana terdapat unsur-unsur "fun learning". Inovasi ini juga dapat membantu murid untuk menyesuaikan kedudukan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang betul pada perkataan dasar dan seterusnya murid juga dapat belajar menulis perkataan berimbuhan apitan dengan betul dan kemas. PERNYATAAN MASALAH Murid masih lemah dalam menulis perkataan berimbuhan apitan dalam bidang jawi KEPENTINGAN Guru dapat menilai kebolehan murid menyesuaikan imbuhan awalan, kata dasar dan imbuhan akhiran untuk menghasilkan perkataan berimbuhan apitan. Guru boleh menguji kemahiran menulis perkataan berimbuhan apitan murid.