The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SHARON VERONICA (D20191089401) E-MODUL UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d089401, 2022-07-17 05:10:19

E-MODUL UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

SHARON VERONICA (D20191089401) E-MODUL UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Keywords: Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

E-MODUL

DITULIS OLEH :
SHARON VERONICA ANAK DOMINIC AMIT

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN
1.
2. Pengenalan Undang-Undang Kemanusiaan 1
3. Antarabangsa (UUKA) 2-3
4.
5. Sejarah Pembentukan Undang-Undang 4
6. Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) 5
7. 6
8. Perjanjian Pembentukan Undang-Undang 7
9. Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) 8
10. 9-11
Peraturan Asas Dalam Undang-Undang 12
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) 13
Contoh Pencabulan Undang-Undang
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA)

Kepentingan Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa (UUKA)

Nilai Moral Yang Terkandung Dalam Undang-
Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA)

Aktiviti Pengukuhan

Senarai Rujukan

Maklumat Pelajar

PENGENALAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu
badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan
senjata dan kaedah peperangan. UUKA juga melindungi mereka
yang tidak atau tidak lagi mengambil bahagian dalam
pertempuran.
UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan
menghadkan penderitaan semasa peperangan. Malahan UUKA
juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau
undang-undang konflik bersenjata.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa akan digunapakai
dalam dua situasi iaitu Konflik bersenjata antarabangsa
(melibatkan dua negara atau lebih) dan Konflik bersenjata
yang tercetus dalam negara (konflik kerajaan dan kumpulan
pemberontak).
UUKA juga berperanan melindungi orang awam, anggota
perubatan dan kor agama tentera, tentera yang cedera dan
tawanan perang.

1

SEJARAH PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Perkembangan Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa (UUKA) bermula pada abad ke-19
yang berkait rapat dengan Komuniti Palang Merah
Antarabangsa atau International Committee of the
Red Cross (ICRC). Pengasas komuniti ICRC adalah
Jaen Henry Dunant atau Henry Dunant.

Perkembangan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ini
bermula kesan daripada penulisan sebuah buku yang telah ditulis oleh Dunant
yang bertajuk ‘Memories of Solferino’ pada tahun 1862. Melalui penulisan
buku ini Henry Dunant telah menceritakan tentang kesan kekejaman perang
Solferino iaitu perang yang terjadi di antara Perancis dan Itali melawan
Austria pada tahun 1856. Peperangan ini amat dahsyat kerana telah
mencederakan ribuan tentera dan mengorbankan ribuan nyawa tentera yang
terlibat didalam pertempuran tersebut.

Berdasarkan persoalan dan tulisan yang telah dikumpul dan dikemukan
oleh Henry Dunant, perkara ini telah membawa kepada pembentukkan
komuniti antarabangsa untuk memberi rawatan kepada mangsa
peperangan, namun pada tahun 1863 komuniti ini telah dinamakan
semula sebagai Komuniti Palang Merah Antarabangsa atau
International Committee of the Red Cross (ICRC).

2

SEJARAH PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Pada 8-28 Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah menganjurkan
persidangan diplomatik bagi membincangkan draf asas konvensyen yang
telah disediakan oleh ICRC. Pada akhir persidangan tersebut 16 delegasi
negara yang hadir di persidangan tersebut telah menandatangani
konvensyen yang dinamakan Konvensyen Geneva bagi tujuan memberi
rawatan kepada tentera yang cedera di kawasan peperangan.

Dengan wujudnya konvensyen pada tahun 1864 yang telah
ditandatangan oleh perwakilan negara yang hadir pada persidangan ini
maka terbentuklah dimensi baru undang-undang berkenaan dengan
peperangan yang yang sehingga kini digunakan sebagai rujukan di
peringkat antarabangsa sebagai undang-undang peperangan moden,
undang-undang ini dikenali sebagai Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa atau International Humanitarian Law.

Secara tidak sedar sejarah penubuhan ICRC merupakan asas yang penting
dalam pembentukkan dan penubuhan Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa yang ada sehingga kini. Dimana bermulanya penubuhan
komuniti yang ingin memberi bantuan kepada tentera yang cedera di
sebahagian beberapa buah negara sehinggalah diperingkat
antarabangsa.

youtube
Sejarah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit

Merah Sedunia (Jean Henry Dunant)

3

PERJANJIAN PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud
sejak 150 tahun yang lalu. Perjanjian lain menghadkan atau melarang
penggunaan senjata dan taktik ketenteraan tertentu dan melindungi
orang dan hartabenda dalam kategori tertentu. Perjanjian perjanjian
ini termasuklah :

KONVENSYEN GENEVA 1945
(Konvensyen antarabangsa pertama dalam sejarah

moden yang diterima sejagat oleh semua negara)

KONVENSYEN 1954 (Perlindungan Harta Benda
Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata)

KONVENSYEN SENJATA BIOLOGI 1972

KONVENSYEN SENJATA KONVENSIONAL 1980 DAN
KELIMA-LIMA PROTOKOLNYA

KONVENSYEN SENJATA KIMIA 1993

KONVENSYEN OTTAWA 1997 MENGENAI
PERIUK API

PROTOKOL 2006 MENGENAI SAKI BAKI BAHAN
LETUPAN SELEPAS PERANG

(Explosive Remnants of War/ERW)

4

PERATURAN ASAS DALAM UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

1.Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam
peperangan seperti orang awam, kakitangan perubatan
dan ahli keagamaan pasukan tentera.

2.Melindungi individu yang tidak lagi mengambil bahagian
dalam peperangan seperti tentera yang tercedera,
karam di laut sewaktu peperangan, tentera yang sakit
dan tawanan perang yang menyerah kalah.

3.Dilarang membuat sebarang serangan atau
menggunakan senjata yang boleh memusnahkan orang
awam atau harta benda awam dan mengakibatkan
kecederaan atau penderitaan berpanjangan.

4.Dilarang membunuh orang awam, kombatan yang
cedera dan sakit serta tawanan perang. Mereka perlu
diberi perlindungan dan dilayan secara
berperikemanusiaan.

5.Melindungi, menghormati dan memberikan bantuan
kepada petugas dan kemudahan perubatan tentera dan
awam seperti hospital, klinik dan ambulans.

6.Sebarang serangan hendaklah terhad kepada kombatan
dan tentera sahaja.

7.Menghadkan atau mengharamkan penggunaan banyak
jenis senjata, termasuk peluru letupan, senjata kimia
serta biologi, senjata laser yang boleh membutakan dan
periuk api.

5

CONTOH PENCABULAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

Membuat Menyeksa dan
serangan membunuh orang
terhadap orang
awam yang awam, tentera
tidak bersenjata. yang cedera dan
tawanan perang.

Menyerang
petugas

hospital dan
ambulans.

Merosakkan Membuat
alam semula serangan
terhadap
jadi. bangunan

awam.

6

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

1. Masyarakat berasa selamat.
Rakyat berasa dilindungi.
Rakyat bebas bergerak ke mana-mana
tanpa rasa diancam.

2. Kanak-kanak dapat membesar dalam
keadaan gembira.

Dapat perlindungan yang sewajarnya.
Dapat pendidikan yang baik.

3. Hubungan dengan negara lain terus kukuh.
Hubungan diplomatik antara negara lain
dapat dikekalkan.
Mendapat sokongan moral dan keperluan
rakyat dari negara lain.

4. Flora dan fauna terpelihara.
Melestarikan alam semula jadi.
Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

RISALAH DIGITAL 7
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN

ANTARABANGSA (UUKA)

NILAI MORAL YANG TERKANDUNG DALAM
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA (UUKA)

HORMAT KEBEBASAN

RASIONAL KEBERANIAN

BERTANGGUNGJAWAB KASIH SAYANG

Konklusinya, Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa sangat
penting bagi menjamin kehidupan dan keselamatan masyarakat
yang lebih harmoni. Dengan adanya undang-undang ini, perkara
yang dahsyat berlaku dalam peperangan dalam diatasi dengan
baik.

8

AKTIVITI PENGUKUHAN

(A) Penghasilan e-Brosur Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa (UUKA).

Secara berkumpulan, hasilkan sebuah e-brosur yang menarik tentang
Undang-Undang Kemanusiaan mengikut kreativiti kumpulan masing-
masing. Murid juga boleh memasukkan contoh gambar bagi memberi
gambaran tentang e-brosur tersebut. Murid bebas menggunakan
mana-mana medium (Canva, PowerPoint..dll) bagi menghasilkan e-
brosur ini. e-Brosur tersebut haruslah mengandungi :

a. Sejarah ringkas pembentukan Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa.
b. Peraturan asas yang ringkas tentang Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa.
c. Kepentingan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
d. Nilai moral yang terkandung dalam Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa.
e. Info tambahan selain dalam e-modul seperti kesan pengabaian
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa atau peristiwa perang
yang telah mengguna pakai Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa.

CONTOH E-BROSUR APLIKASI
YANG MENARIK CANVA

9

AKTIVITI PENGUKUHAN

(B) Lakonan Main Peranan
Secara berkumpulan, bincangkan cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Lakonkan jawapan anda di hadapan kelas.

SITUASI 1 :
Negara XY dan Negara ZO sedang mengalami perang dingin kerana
berlaku perselisihan faham antara rakyat yang disebabkan oleh
hasutan daripada pihak ketiga iaitu Negara AB. Malah Negara ZO
juga telah melancarkan peluru berpandu di kawasan sempadan
Negara XY sebagai amaran untuk memulakan perang fizikal. Sebagai
Ketua Negara XY, apakah tindakan anda untuk menghentikan Negara
AB daripada menjadi batu api dan bagaimana anda hendak
menyelesaikan perang dingin ini dengan Negara ZO?

SITUASI 2 :
Anda telah ditugaskan sebagai pembantu doktor kesukarelawanan
yang mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia bagi memberikan rawatan
sokongan kepada mangsa peperangan di Wilayah C. Semasa anda
sedang merawat pesakit di kem rawatan, anda telah diserbu oleh
beberapa askar musuh dari Wilayah D dan ingin mengancam nyawa
pesakit di kem rawatan tersebut. Sebagai masyarakat yang
mengetahui Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, apakah
tindakan anda?

Apakah perasaan anda setelah
melaksanakan aktiviti lakonan ini?

10

AKTIVITI PENGUKUHAN

(C) Penulisan Esei



Secara individu, hasilkan satu penulisan esei
berkaitan dengan kepentingan mengekalkan
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan
kesan sekiranya mengabaikan Undang-Undang
Kemanusiaan Antarabangsa. Setiap isi haruslah
disertakan sekali dengan huraian contoh yang
bersesuaian. Murid boleh merujuk mana-mana
artikel, surat khabar, video dan sebagainya bagi
mencari huraian.

Panjang penulisan esei tidak lebih daripada 350
patah perkataan.

11

SENARAI RUJUKAN

Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 3. Unit 14 :
Kemanusiaan Asas Kemoralan.

Jamilah Daud. (2013). Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa (UUKA). Diperolehi daripada
https://sediaberkorban.wordpress.com/2013/05/02/un
dang-undang-kemanusiaan-antarabangsa/

Muhammad Muhaimin. (2017). Undang-Undang Yang
Memanusiakan Perang. Diperolehi daripada
https://www.thepatriots.asia/undang-undang-yang-
memanusiakan-perang/

Sejarah dan Perkembangan Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa. Diperolehi daripada
http://coretanmayarazief.blogspot.com/2014/06/sejarah-
dan-perkembangan-undang-undang.html

https://www.un.org/esa/socdev/unpfii/documents/DRIPS_
Malay.pdf

12

HMV3033 KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN
ANTARABANGSA

TUGASAN PENTAKSIRAN AKHIR :
E-MODUL UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

NAMA PENUH : SHARON VERONICA ANAK DOMINIC AMIT
NO. MATRIK : D20191089401

SEMESTER DAN SESI : SEMESTER 2 SESI 2021/2022
KUMPULAN KULIAH A | ISNIN (8 PAGI - 11 PAGI)

PENSYARAH : DR. MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI

13


Click to View FlipBook Version