Penulis
Julie James Abdullah
Pengajar Jururawat
Pengkhususan Ortopedik
2
ISIKANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
SEKSYEN 1 PENGENALAN MODUL
1 Deskripsi modul 4
SEKSYEN 2 KANDUNGAN PEMBELAJARAN
2 Objektif Pembelajaran 7
3 Definisi amputasi 7
4 Jenis-jenis amputasi 8
5 Indikasi untuk amputasi 10
6 Penjagaan sebelum klien menjalani amputasi 11
7 Penjagaan selepas klien menjalani amputasi 12
8 Komplikasi selepas amputasi dilakukan 13
Diagnosis kejururawatan untuk klien yang menjalani
9 14
amputasi
10 Program rehabilitasi untuk klien yang telah diamputasi. 15
Senarai semak pengurusan selepas amputasi
11 22
transtibialis
12 Senarai semak pengurusan edema selepas amputasi 23
13 Senarai semak penjagaan stump 23
SEKSYEN 3 ASESMEN
14 Soalan MCQ 24
15 Soalan MEQ 24
16 RUJUKAN 26
17 JAWAPAN 27
3
PENGENALAN MODUL
Pengenalan
Penghasilan modul ini merangkumi tiga aspek utama iaitu kognitif, psikomotor dan
afektif. Aspek kognitif berorientasikan pada kemampuan berfikir sehingga ke tahap
penyelesaian masalah yang menuntut para pelajar menghubung dan menggabungkan
beberapa prinsip, idea, kaedah atau prosedur yang dipelajari. Perubahan sikap
individu akan berlaku apabila dirinya dapat menguasai kemahiran kognitif pada aras
tinggi (Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R., 2001).
Aspek psikomotor pula berkaitan dengan kemahiran (skill) atau kemampuan
mengadaptasi tindakan berdasarkan kepada apa yang telah dipelajari. Penguasaan
kemahiran psikomotor ini merupakan kesinambungan daripada gabungan aspek
kognitif dan afektif yang mendorong dan membentuk kecenderungan-kecenderungan
ke atas perubahan tindakan yang relevan dengan bidang yang dikuasai.
Aspek afektif pula berkaitan dengan sikap dan nilai yang meliputi watak, perilaku
seperti perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai.
Penghasilan modul pembelajaran baharu ini diharap dapat memberi manfaat kepada
semua terutama para pelatih dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber
pembelajaran. Dengan matlamat untuk membentuk kegiatan pembelajaran kendiri di
kalangan pelatih, penulisan modul ini diolah mengikut kesesuaian dengan tahap
kemampuan, lebih bersistematik, menarik serta jelas. Justeru itu, suasana
pembelajaran yang dibentuk akan menjadi lebih efektif dan efisien.
4
Deskripsi modul
Modul ini akan membincangkan secara terperinci topik Amputasi dan Prostesis
mengikut objektif-objektif yang terkandung di dalam kurikulum Diploma Kejururawatan
Di akhir modul ini, pelajar akan dapat:
Tahun 2 Semester II, kod kursus NSND 2213 Surgical Nursing IV. Modul ini ditulis
berdasarkan cara pembelajaran Outcome Base Education (OBE) di mana pelatih akan
✓ Mengaplikasikan pengetahuan teori kepada praktis mengenai penjagaan klien
dapat menjelaskan perkara-perkara yang perlu mereka ketahui, fahami dan lakukan
Yang telah di amputasi.
sebaik sahaja selesai menyempurnakan tempoh pengajian mereka (COPPA, 2008).
✓ Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara rasional.
Tujuan penulisan modul ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman
✓ Mempamerkan sikap, ketrampilan, nilai dan etika yang positif semasa
kepada pelajar berkaitan kepentingan dan hubungan untuk mengaplikasikan input
pengendalian pesakit.
teori yang telah dipelajari ke dalam latihan praktikal atau amali secara simulasi
✓ Melaksanakan dan mengamalkan kemahiran kerja yang tinggi dalam
seterusnya semasa merawat pesakit. Kaedah pembelajaran yang dijalankan adalah
memberikan perkhidmatan kepada pesakit.
secara interaktif sama ada melalui scenario kes, audio visual, perbincangan
berkumpulan dan sebagainya.
Sebagai langkah pengukuhan, modul ini turut menyediakan aktiviti-aktiviti penilaian
kendiri seperti soalan-soalan refleksi serta peta minda. Pelajar juga dinilai melalui
pembentangan tugasan dan ujian kefahaman di mana dilakukan selesai daripada
pembacaan modul ini.
Hasil Pembelajaran Modul
Di akhir modul ini, pelajar akan dapat:
✓ Mengaplikasikan pengetahuan teori kepada praktis mengenai penjagaan klien
Yang di amputasi.
✓ Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara rasional.
✓ Mempamerkan sikap, ketrampilan, nilai dan etika yang positif semasa
pengendalian pesakit.
✓ Melaksanakan dan mengamalkan kemahiran kerja yang tinggi dalam
memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.
5
Panduan Menggunakan Modul Pembelajaran Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
PERANAN PENGAJAR
1. Modul Pembelajaran merupakan salah satu daripada Alat Bantuan Mengajar (ABM)
kepada pengajar dan pelajar
2. Modul adalah bersifat dinamik dan memerlukan penambahbaikan dari semasa ke
semasa berdasarkan kepada perkembangan penjagaan pesakit yang di amputasi.
3. Pengajar boleh menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang
penggunaan modul dalam P&P mengikut kesesuaian topik, kebolehan pengajar dan
peruntukan masa.
4. Sesi P&P perlu diisi dengan aktiviti penerangan, perbincangan dan aktiviti lain bagi
mengukuhkan kefahaman pelajar dan bukan semata-mata membaca kandungan
modul.
5. Pengajar berperanan sebagai seorang fasilitator. Pengajar perlu memberi panduan
kepada pelajar tentang bagaimana untuk melaksanakan aktiviti serta penyelesaian
masalah yang terdapat dalam modul ini.
6. Pengajar perlu memaklumkan bahawa pelajar bertanggungjawab terhadap proses
pembelajaran mereka.
PERANAN PELAJAR
1. Pelajar perlu memahami hasil pembelajaran seperti yang telah ditetapkan.
2. Pelajar perlu memahami aspek teori sebelum melaksanakan aktiviti pengukuhan.
3. Pelajar perlu aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
4. Pelajar perlu bersikap responsf terhadap sebarang tugasan yang diberikan.
5. Pelajar digalakkan melaksanakan sesi refleksi sebagai asas menentukan tahap
pencapaian mereka.
6
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
Objektif Pembelajaran
Pada akhir modul ini pelajar akan dapat:
1. Menyatakan definisi amputasi.
2. Menyatakan jenis-jenis dan paras amputasi.
3. Menyatakan indikasi amputasi.
4. Menerangkan penjagaan sebelum klien menjalani amputasi.
5. Menerangkan penjagaan selepas klien menjalani amputasi.
6. Menyatakan komplikasi selepas amputasi dilakukan.
7. Mengenalpasti diagnosis kejururawatan untuk klien yang menjalani amputasi.
8. Menerangkan program rehabilitasi untuk klien yang telah diamputasi.
DEFINISI AMPUTASI
Pembuangan satu anggota atau sebahagian daripada anggota melalui pembedahan.
Gambar 1A Gambar 1B
(1A) Kemalangan jalanraya yang menyebabkan kepatahan melibatkan banyak
salur darah, tisu saraf dan tisu otot serta tidak dapat diselamatkan.
(1B) Kaki yang diamputasi untuk menyelamatkan nyawa.
7
JENIS-JENIS AMPUTASI
AMPUTASI MENGIKUT JENIS
1. Tertutup (gambar 2)
− Dikenali sebagai flap
amputation
− Salah satu flap adalah
daripada kulit dan tisu
subcutaneous dan dijahit
pada hujung tulang
stump.
Gambar 2 Amputasi Tertutup untuk
luka bersih
2. Terbuka (gambar 3)
− Dikenali sabagai flapless
atau open amputation.
− Salah satu daripada
bahagian amputasi
dibiarkan terbuka tanpa
ditutupi kulit untuk tujuan
pencucian luka.
Gambar 3 Amputasi Terbuka untuk
luka kotor
Infeksi ada satu penyebab yang
menyukarkan pertubuhan sel tisu
yang baru. Kawasan yang
mengalami infeksi perlulah
dipulihkan sebelum bahagian
tersebut ditutup dengan tisu kulit.
8
PARAS AMPUTASI
PARAS LOKASI AMPUTASI
1. Amputasi pada anggota atas
(gambar 4)
a. Forequarter
b. Disarticulation of shoulder
c. Transhumeral level
d. Disarticulation of elbow
e. Transradial amputation
f. Disarticulation of wrist
2. Amputasi pada anggota bawah
(gambar 5)
a. Hindquater amputation
b. Transfemoral Gambar 4 Amputasi pada anggota atas
c. Disarticulation of knee
d. Transtibial
e. Foot amputation
- Syme’s
- Chopart
- LisFranc
- Transmetatarsal
Aktiviti 1
Cari pasangan anda. Sila beritahu pasangan anda
jenis-jenis amputasi untuk anggota atas dan
anggota bawah tubuh sambil menunjukkan lokasi
tersebut di tubuh anda.
Gambar 5 Amputasi pada anggota bawah
RUMUSAN
Prinsip penentuan paras amputasi adalah untuk menyelamatkan anggota, konsistensi tisu dengan
proses penyembuhan dan fungsi anggota yang paling baik. Secara klinikal, denyutan nadi anggota
dan penglibatan salur darah adalah penting menentukan tisu dalam keadaan baik. Ujian-ujian lain
adalah seperti arteriogram, ultrasound doppler, tekanan oksigen melalui transcutaneous dan
penentuan aliran darah ke kulit menggunakan xeno radioactive clearance.
Ini semua dilakukan untuk menentukan prognosis selepas amputasi adalah baik. Tujuannya
supaya anggota yang tinggal tidak mengancam nyawa, memberi keselesaan (tiada lagi kesakitan)
dan kesesuaian untuk pemasangan prostesis.
9
INDIKASI AMPUTASI
3D – Apley’s
1. Dead (gambar 6) – kematian tisu
akibat gangrene yang berpunca
daripada iskemia vascular atau
trauma atau frostbite.
2. Dangerous (gambar 7) – anggota
badan yang mengalami tumor
malignan yang serius atau infeksi
teruk seperti gas gangrene. Gambar 6 Kematian tisu akibat gangrene
3. Damn nuisance (gambar 8) –
keadaan anggota adalah lebih teruk
berbanding dengan mempunyai
anggota. Ini adalah kerana
kesakitan, kecacatan teruk, sepsis
atau kehilangan fungsinya.
Gambar 7 Infeksi teruk gas gangrene
Anggota badan yang nekrosis dan
menyebabkan masalah sekunder
kepada individu, perlulah di
amputasi bagi menyelamatkan
nyawa dan memberi kehidupan
yang lebih selesa kepada individu
tersebut. Gambar 8 Damn nuisance
10
PENJAGAAN SEBELUM MENJALANI AMPUTASI
Puasa 6 jam
1. Puasakan pesakit 6 jam sebelum
pembedahan.
2. Persediaan kulit seperti mandi
sebelum pembedahan bagi kes Persediaan
yan g dirancang. Kulit
3. Jururawat dan ahli keluarga perlu
ada perbincangan terbuka dengan
pesakit tentang tujuan dilakukan Sokongan
Psikologikal
pembedahan tahap atau paras
anggota yang perlu dipotong.
4. Asesmen kesihatan
Asesmen
a. Radiografi
b. Kardiovaskular
c. Pemerikasaan makmal
5. Pemberian antibiotik diberi Propilaksis
seb elum pembedahan bagi kes-
kes infeksi seperti kronik
osteomyelitis. Senaman
6. Ajar tentang senaman, bagi
Selepas
membantu memudahkan pesakit
Amputasi
mobilisasi dan rehabilitasi selepas
amputasi dilakukan.
7. Ajar pesakit tentang penggunaan Alat Bantu
alat bantuan seperti tongkat. Pergerakan
8. Ajar pesakit untuk baring dalam
posisi prone untuk elakkan
komplikasi seperti flexion
kontraktur pada hip untuk Baringan
amputasi paras atas lutut. Selepas
Pembedahan
Carta 1 Penjagaan sebelum
amputasi
11
PENJAGAAN SELEPAS MENJALANI AMPUTASI
1. Ambil tanda vital setiap jam sehingga pesakit stabil
2. Baringkan pesakit dalam baringan supine dengan
bahagian amputasi ditinggikan atas bantal untuk Monitor Tanda
mengalakkan pengaliran drainage dalam masa 24 jam Vital
sahaja. Selepas 24 jam (elak kontraktur pada sendi)
a. posisi prone untuk paras amputasi atas lutut
Baringan
b. posisi supine bagi paras amputasi bawah lutut. Supine
3. Pastikan botol radivac berfungsi.
a. Diletak di bawah paras pinggang.
b. Jika jumlah darah yang keluar 200ml/jam Jagaan
menunjukkan pesakit mengalami pendarahan, Drainage
beritahu doktor untuk tindakan lanjutan.
4. Berikan analgesik untuk mengurangkan kesakitan dan
Analgesik
pesakit boleh bekerjasama dengan baik semasa
perawatan. Contoh Im Pethidine 50 – 100mg, IM tramal
50mg stat.
Jagaan Luka
5. Pemeriksaan luka pada hari ketiga. Perhatikan
perkembangan luka; tiada discaj dan bau, cantuman
kulit adalah baik. Jagaan Stump
6. Pasang cast U slab pada stump supaya tiada geseran
pada luka, untuk elak bengkak selepas pembedahan
dan membentuk kon pada stump. Senaman
7. Ajar pesakit melakukan senaman
a. fleksi, abduksi dan adduksi bagi membantu
menguatkan otot kaki. Diet
b. senaman static quadricep untuk menguatkan
otot extensor. Pendidikan
8. Nasihatkan pesakit mengambil makanan yang sihat dan Kesihatan
seimbang.
9. Beri pendidikan kesihatan berkaitan perkara-perkara
Carta 2 Penjagaan selepas
yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk penjagaan amputasi
stump dan kontraktur.
12
KOMPLIKASI SELEPAS AMPUTASI DILAKUKAN
Infeksi
Tisu Sakit
Nekrosis
Wound KOMPLIKASI Osteomyelitis
Breakdown
Stump Hematoma
Oedema
Masalah
Stump
Carta 3 Komplikasi Selepas Amputasi
RUMUSAN
Perawatan kulit merupakan hal yang penting kerana adanya beberapa lapisan jaringan yang
berde katan dengan hujung akhir tulang seperti jaringan parut, termasuk kulit dan lapisan
subcutaneous, yang mudah melekat pada tulang. Jika terjadi infeksi pada stump, jika sifatnya
terbuka, memerlukan terapi antibiotik. Jika sifatnya tertutup, insisi perlu dilakukan serta terapi
antibiotik diberikan.
amputasi anggota bawah, jika terjadi kontraktur, ia akan memberi kesulitan dalam
Untuk
pergerakan disebabkan pusat graviti tubuh berubah.
Phantom sensation biasa terjadi setelah amputasi anggota. Ia adalah suatu sensasi yang timbul
tentang keberadaan bahagian yang di amputasi. Pesakit mengalami sensasi seperti masih
mempunyai anggota tersebut, disertai dengan perasaan tingling atau rasa kebas yang tidak
menyenangkan.
13
13
DIAGNOSIS KEJURURAWATAN UNTUK KLIEN YANG
MENJALANI AMPUTASI
1. Gangguan emosi berkaitan dengan keluarga dan
amputasi kaki
2. Gangguan keselesaan / sakit berkaitan dengan luka
pembedahan dan phantom pain
3. Potensi pendarahan berkaitan dengan luka
pembedahan pada stump
4. Gangguan mobiliti berkaitan dengan below knee
amputation.
5. Potensi hypostatic pneumonia berkaitan dengan
immobilisasi.
Gambar 9 Gambar 10 Alat
6. Potensi gangguan pada perfusi tisu berkaitan dengan Gangguan Emosi Bantuan pergerakan
kurang peredaran darah pada stump bawah lutut.
7. Potensi infeksi berkaitan dengan luka pembedahan
pada stump.
8. Potensi perubahan integriti kulit berkaitan kurang
upaya untuk bergerak.
9. Potensi flexion contracture pada stump berkaitan
dengan amputasi.
Gambar 11 Infeksi
10. Kurang pengetahuan berkaitan dengan penjagaan
stump dan rehabilitasi.
11. Pendidikan Kesihatan berkaitan dengan
- phantom limb sensation / pain
- luka pembedahan
Aktiviti 2
Sila terangkan tindakan kejururawatan untuk semua
diagnosis kejururawatan diatas. Gambar 12 Phantom Pain
RUM USAN
Persediaan dari segi fizikal dan mental adalah sangat penting untuk individu yang telah kehilangan
sebahagian anggota badannya. Ini juga melibatkan psikososial dan aktiviti harian individu tersebut,
di mana perubahan yang sangat ketara akan dialaminya.
Pesakit perlulah diberi pendidikan kesihatan sewajarnya untuk menambah keyakinan diri agar
individu tersebut dapat bekerjasama dalam program rehabilitasi. Pengetahuan berkaitan dengan
penjagaan stump, balutan, alat bantu mobiliti, protesis serta limitasi semasa proses penyembuhan
adalah amat penting untuk diberikan kepada individu tersebut.
14
14
PROGRAM REHABILITASI UNTUK KLIEN YANG TELAH
DI AMPUTASI ANGGOTA BAWAH
FASA-FASA PRA-REHABILITASI
Latihan anggota yang
tidak diamputasi
Objektif utama rehabilitasi adalah untuk
mengelakkan sebarang komplikasi
immobilitI. Objektif lain merangkumi
Latihan mobiliti bahagian
pendidikan kesihatan pesakit, keadaan tubuh
sekeliling pesakit, latihan dan sokongan
emosi.
Latihan alat gerak atas
Program rehabilitasi terbahagi kepada: -
1. Peringkat sebelum pembedahan
2. Peringkat selepas pembedahan
a. Fasa sebelum protesis Latihan stump
b. Fasa prostesis
3. Rehabilitasi komuniti dan vokasional
Carta 4 Fasa sebelum protesis
4. Pengurusan diri jangkamasa panjang
dan temujanji.
Penerimaan prostesis
Rehabilitasi untuk amputasi Penyesuaian prostesis
anggota bawah seperti, amputasi
bawah paras lutut, adalah
berlainan sedikit dengan amputasi
paras atas lutut.
Latihan prostesis
Carta 5 Fasa prostesis
15
SENAMAN SELEPAS AMPUTASI
Bridging Over Bolster
Berbaring dalam posisi supine dengan kaki
berada pada bolster roll. Kontrakkan otot
gluteal sambil luruskan kaki dan angkat pinggul
ke atas. Pastikan mengangkat kedua-dua
pinggul dengan serentak dengan
menggunakan otot gluteal dan bukan otot
belakang.
Gambar 13 Bridging Over Bolster
Single Leg Bridging
Berbaring dalam posisi supine dengan satu
kaki berada pada bolster roll dan sebelah kaki
lain di kedudukan fleksi. Kontrakkan otot
gluteal dan kuatkan kaki untuk mengangkat
pinggul ke atas. Pastikan mengangkat kedua-
dua pinggul dengan serentak dengan
menggunakan otot gluteal dan bukan otot
belakang.
Gambar 14 Single Leg Bridging
Short Arc Quadricep
Berbaring dalam posisi supine dengan kedua-
dua kaki berada pada bolster roll. Luruskan
kaki sementara kaki masih berada pada bolster
roll. Pastikan kaki pada kedudukan neutral,
dengan ibujari kaki menunjuk ke belakang
sepanjang senaman tersebut.
Gambar 15 Short Arc Quadricep
16
Straight Leg Raise
Berbaring dalam posisi supine dengan kaki
yang normal berada dalam kedudukan ekstensi
penuh. Letakkan kaki yang diamputasi pada
bolster roll. Luruskan kaki sementara kaki
masih berada pada bolster roll. Angkat kaki
yang normal sehingga sama paras dengan kaki
yang telah diamputasi. Biarkan kedudukan
selama 3 saat sebelum kembali kepada
kedudukan asal. Relaks otot quadriceps dalam
kiraan 2 saat. Ulang senaman. Sepanjang Gambar 16 Straight Leg Raise
senaman, pastikan lutut berada dalam keadaan
ekstensi, kaki posisi neutral dengan ibu jari kaki
menunjuk ke belakang sepanjang senaman
tersebut.
Ankle Pumps
Baring dengan kaki lurus. Pastikan kedudukan
kaki berada dalam posisi neutral, ekstensikan
jari kaki menjauhi anda, berhenti dalam
kedudukan tersebut, kemudian flekskan jari
kaki ke arah kepala anda sejauh yang anda Gambar 17 Ankle Pumps
boleh.
Side Lying Hip Abduction
Baring mengiring. Pastikan tubuh berada dalam
garis lurus dengan kedua kaki ekstensi pada
rol. Kontrakkan otot gluteal dan angkat pinggul
dan kira 3 saat. Kembali kepada posisi mula.
Gambar 18 Side Lying Hip Abduction
17
Side Lying Hip Abduction
Baring mengiring. Pastikan tubuh berada dalam
garis lurus dengan kaki bawah ekstensi pada rol
dan kaki atas diangkat ke atas. Kontrakkan otot
gluteal dan angkat pinggul dan kira 3 saat.
Kembali kepada posisi mula. Pastikan kaki atas
sentiasa terangkat sepanjang senaman ini.
Gambar 19 Side Lying Hip Abduction
Prone Hip Extension
Baring dalam kedudukan prone. Tinggikan kaki
daripada dasar dengan maksimum. Pastikan
belakang tidak dibengkokkan dan pinggul tidak
terangkat sepanjang senaman ini.
Gambar 20 Prone Hip Extension
Prone Hip Extension (Sound Limb)
Baring dalam kedudukan prone dengan lutut
dibengkokkan 90⁰. Kekalkan kedudukan lutut
dan tinggikan kaki daripada dasar dengan
maksimum. Pastikan tubuh kekal pada dasar
sepanjang senaman tanpa membengkokkan
belakang dan pinggul tidak terangkat.
Gambar 21 Prone Hip Extension
(Sound Limb)
18
Prone Knee Flexion
Baring dalam kedudukan prone dengan kaki
ekstensi. Bengkokkan lutut semaksimumnya
tanpa mengangkat pinggul. Kemudian balik ke
kedudukan asal dengan perlahan-lahan.
Gambar 22 Prone Knee Flexion
Prone Abductor Squeeze
Baring dalam kedudukan prone dengan kaki
ekstensi. Letakkan rol di antara kaki dan
rapatkan kaki dengan ketat dengan kiraan 5
saat. Relaks dan ulang.
Gambar 23 Prone Abductor Squeeze
Push-ups
Baring dalam kedudukan prone dengan lutut
pada dasar. Letakkan tangan di bawah dengan
menampung berat badan. Rendahkan badan
dan tahan. Eksten tangan untuk mengangkat
tubuh anda. Kembali kepada ke kedudukan
asal dengan kekalkan pinggul dan abdomen
direndahkan. Pastikan belakang tidak
dibengkokkan.
Gambar 24 Push-ups
19
Quadruped Leg Lift
Letakkan kedudukan tangan lurus di bawah
bahu dan lutut di bawah pinggul. Kekalkan
kedudukkan tubuh lurus, kempiskan perut dan
tahan. Angkat kaki ke belakang, tahan dan
kembali ke kedudkan mula. Ulang untuk kedua-
dua kaki. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali
sehari selam 30 minit.
Gambar 25 Quadruped Leg Lift
Abdominal Curl-up
Baring
supine dengan kaki lurus. Letakkan
kedua-dua tangan pada dada. Dengan perlaha
bangun untuk cuba mencapai jari kaki. Kembali
ke kedudukan asal dengan perlahan-lahan.
Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
selam 30 minit.
Gambar 26 Abdominal Curl-up
20
Bosu Head Twists
Duduk pada bosu dan seimbangkan badan
dengan tangan berada pada pangkuan. Pusing
kepala ke kiri ke kanan dengan perlahan-lahan.
Kemudian dongakkan kepala dan tunduk
perlahan-perlahan. Ulang. Pastikan kedudukan
badan adalh lurus semasa senaman ini. Jangan
gunakan kaki untuk berpijak pada lantai
semasa menyeimbangkan badan. Lakukan
sekurang-kurangnya 2 kali sehari selam 30
minit.
Gambar 27 Bosu Head Twists
Bosu Ball Exercises
Duduk pada bosu dan seimbangkan badan
dengan tegak. Pegang bola pada tangan.
1. Mulakan dengan posisi bawah. Angkat bola
ke atas kepala, tahan dan kembali ke
kedudukan mula dengan perlahan-lahan.
Ulang sebanyak 3 kali.
2. Mulakan dengan pegang bola ke sisi, angkat
tangan kesisi ke atas kepala, tahan dan
kembali ke kedudukan asal. Ulang untuk
kedua-dua sisi. Ulang sebanyak 3 kali.
3. Mulakan dengan bola didepan dada,
pusingkan badan ke kiri dan kanan sambal
mengekalkan kedudukan badan yang tegak.
Ulang sebanyak 3 kali.
4. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
selam 30 minit.
Gambar 28 Bosu Ball Exercises
21
SENARAI SEMAK PENGURUSAN SELEPAS AMPUTASI
TRANSTIBIALIS
BIL PERKARA Tanda (√)
HARI PERTAMA SELEPAS AMPUTASI
1 Kedudukan (tandakan √ jika dilakukan)
a. Berbaring prone selama 30 minit
b. Ekstensi lutut
c. Ekstensi pinggul
d. Backslab
e. Tiada bantal pada bawah kaki amputasi semasa berbaring
f. Tidak menyilang kaki
g. Semasa duduk pesakit tidak meletakkan kaki amputasi
pada lutut fleksi
2 Paru-paru (tandakan √ jika dilakukan)
a. Rawat masalah pulmonari
3 Pergerakan dan kekuatan otot (tandakan √ jika dilakukan)
a. Ankle pump untuk kaki tidak di amputasi
b. Static quadriceps
c. Inner Range Quads
d. Knee flexion / extension
e. Hip extension / abduction
f. Upper limb ROM; bed / chair pushes up; monkey bar pull-
ups
4 Mobiliti (tandakan √ jika dilakukan)
a. Pindah kedudukan dari katil ke kerusi
b. Latihan berdiri dan duduk
c. Weight bearing pada kaki yang tidak di amputasi
d. Bergerak dengan alat bantu bergerak
22
SENARAI SEMAK PENGURUSAN EDEMA SELEPAS
AMPUTASI
BIL PERKARA Tanda (√)
Tandakan (√) jika dilakukan
1 Backslab
2 Stump bandaging.
3 Compression therapy – pumps, elevation.
4 Massage
5 Silicone or polyurethane sleeves / liners
SENARAI SEMAK PENJAGAAN STUMP
BIL PERKARA Tanda (√)
Tandakan (√) jika dilakukan
1 Kebersihan kulit stump
Lakukan pembalutan dengan betul untuk mendapatkan bentuk
2
stump yang baik
Peralatan bersih dan di cuci – bandage / stoking / nylon
3
sheaths
Urutan – mengurangkan perlekatan parut dan memperbaiki
4
sirkulasi
5 Cuci stump setiap hari dengan sabun dan bilas dengan bersih
6 Tidak cukur bahgian stump
7 Tidak guna pembersih beralkohol untuk stump
8 Lakukan cucian pada luka jika ada
9 Dapatkan rawatan sekiranya ada blister / keruping luka
Monitor berat badan – memberi kesan pada soket anggota
palsu
23
ASESMEN
SOALAN MCQ
Arahan: Bulatkan 1 jawapan yang tepat.
1. Mengapakah anda dinasihatkan untuk tidak meletak bantal pada bahagian bawah
stump selepas 24 jam pembedahan?
A. Mengelakkan kejadian edema
B. Mengelakkan hip contracture
C. Mengelakkan gangguan peredaran darah
D. Mengelakan perubahan bentuk kon stump
2. Antara berikut, yang manakah merupakan komplikasi lewat bagi amputasi?
A. Infeksi
B. Pendarahan
C. Contracture
D. Phantom pain
Arahan: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
3. Senaraikan 2 bahgaian amputasi mengikut anggota yang disenaraikan di bawah.
Anggota Atas 1.
2.
Anggota Bawah 1.
2
24
SOALAN MEQ
Arahan: Sila jawab soalan d ibawah.
Soalan 1
Encik Herry berusia 30 tahun dimasukkan ke wad kerana mengalami crush injury tibia
kanan akibat kemalangan jalanraya. Beliau dijadualkan untuk menjalani below knee
amputation segera.
a. Nyatakan tiga (3) indikasi yang memerlukan amputation selain dari crush injury.
(3 Markah)
b. Terangkan persediaan pra operatif Encik Herry untuk below knee amputation.
(7 Markah)
Soalan 2
a. Nyatakan jenis-jenis amputation.
(3 Markah)
b. Terangkan penjagaan pos-operatif yang perlu dilakukan kepada pesakit yang
menjalani amputation.
(4 Markah)
c. Nyatakan komplikasi amputation.
(3 Markah)
25
RUJUKAN
Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and
assessing, Abridged Edition. Boston, MA: Allyn and Bacon. Retrieved from
https://books.google.com.au/ on 5 August 2016 at 10.00 am.
Gilroy, A. M. et al (2008). Atlas of Anatomy. New York: Thiem Medical Publisher.
Maheshwari J. (2001). Essential Orthopaedics 4th ed. India: JP Medical Pub
Maguire, M. T. & Boldt, J. (2013). Prosthetic Rehabilitation Manual. Advanced
Prosthetics Center: LLC.
Smeltzer, S.C., Bare, B.G., (2004). Brunner & Suddarth’s Textbook of Medical Surgical
Nursing. Volume 2. 10th Edition. Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins.
Solomon, L. et al. (2010). Apley’s: System of Orthopaedics and Fractures 9th ed. UK:
Hodder Arnold.
Thompson, J. C. (2010). Netter’s: Concise Orthopaedic Anatomy 2 edition.
nd
Philadelphia: Saunders.
White., L., Duncan., G., (2002). Medical Surgical Nursing. 2nd Edition. Australia:
Delmar Thomson Learning.
White, T. O. et. all. (2016). McRae’s: Orthopaedic Trauma and Emergency Fracture
rd
Management 3 Edition. Toronto: Elsevier.
.
26
JAWAPAN
SOALAN MCQ
1. B
2. C.
Rasional
Contracture merupakan komplikasi lewat bagi amputasi. Amputasi bawah lutut boleh
menyebabkan knee flexion contracture manakala amputasi atas sendi lutut boleh
menyebabkan hip flexion contracture. Contracture berlaku akibat daripada kedudukan
sendi yang berada dalam keadaan fleksi yang lama.
3. Senaraikan 2 amputasi mengikut bahagian anggota yang disenaraikan di bawah
Anggota Atas 1.Forequater
2.Disarticulation of shoulder
3.Transhumeral level
4.Disarticulation of elbow
5.Disarticulation of wrist
Anggota Bawah 1.Hindquater amputation
2. Mid-thigh amputation
3.Above knee amputation
4.Below knee amputation
5. Disarticulation of knee
27
SOALAN MEQ
SOALAN 1
a. Indikasi yang memerlukan amputation
i. Circulatory impairment – akibat gangguan vascular peripheral.
ii. Malignant tumor di ektremities.
iii. Infeksi - rebakan yang tidak terkawal di ekstrimities. Contoh: gas gangrene,
osteomyelitis.
iv. Congenital disorders.
b. Persediaan pra operatif Encik Herry untuk below knee amputation.
i. Penerangan.
Penerangan yang jelas berkaitan dengan pembedahan iaitu kepentingan
pembedahan, komplikasi dan aras (level) amputation kaki.
ii. Consent.
Bukti penerangan yang lengkap dan jelas telah diberikan kepada pesakit. Ini
secara tidak langsung pegawai dan pesakit dilindungi.
iii. Tanda vital.
Ambil tanda vitalo secara berkala untuk mengesan jika ada komplikasi.
Contoh: hypovolumic dan sebagai data perbandingan.
iv. Fluid and electrolit.
Pesakit dipuasakan untuk menjalani pembedahan. IVD dipasang dengan
regime yang ditetapkan untuk mengekalkan status fluid dan elektrolitnya.
v. Penyiasatan
Dapatkan keputusan ujian makmal untuk disemak oleh doktor. Contoh: Hb,
TWDC, FBC, GXM
vi. Persediaan psikologi.
Persediaan ini berkaitan kehilangan kaki pesakit. Beritahu awal kepada
pesakit berkaitan perkara berikut supaya pesakit dapat bersedia secara
mental.
- Boleh sembuh sepenuhnya.
- Pemakaian prostesis
- Phantom limb pain / sensation.
vii. Ubat.
Pemberian ubat analgesik Contoh: Im Pethidine 50 – 100mg, IM tramal
50mg stat untuk kurangkan kesakitan.
28
SOALAN 2
a. Jenis-jenis amputation.
i. Closed amputation
Dijalankan untuk membentuk weight-bearing untuk anggota yang masih ada
atau lebih dikenali sebagai stump. Bahagian kulit anterior dengan soft tissue
yang dipotong (dissected) menutupi bahagian tulang anggota yang masih ada.
Jagaan khas adalah diperlukan untuk mengelakkan pengumpulan aliran yang
boleh menyebabkan tekanan dan infeksi.
ii. Disarticulation
Disarticulation bermaksud pemisahan tulang daripada sendi dan tidak
melibatkan pemotongan tulang. Amputasi dilakukan melalui sendi. Contohnya
Syme’s amputation adalah satu bentuk disarticulation yang dilakukan pada sendi
kaki (ankle).
iii. Open amputation / Guillotine amputation.
Open amputation adalah dimana permukaan pada anggota yang masih ada
tidak ditutupi oleh kulit. Jenis pembedahan ini selalunya dilakukan untuk
mengawal kejadian infeksi. Luka tersebut kemudian akan ditutup dengan
melakukan prosedur pembedahan kedua atau dengan traksi kulit di sekeliling
anggota yang masih ada. Jenis amputasi ini juga dikenali sebagai Guillotine
amputation
b. Penjagaan pos-operatif untuk pesakit yang menjalani amputation.
i. Baringan pesakit
- Baringkan pesakit di katil amputasi dalam kedudukan supine selama 6
jam semasa tidak sedar diri.
ii. Kedudukan stump
- Tinggikan stump selama 24 jam, kemudian dalam kedudukan flat dan
extended selepas itu untuk kurangkan hip contracture. Meninggikan
stump ini adalah bergantung pada keadaan edema pada stump
tersebut.
- Jika amputasi ekstrimiti anggota bawah, ubah kedudukan kepada
prone, 4 kali sehari untuk extend paha dan lutut.
29
SOALAN 2
iii. Pemerhatian tanda-tanda vital dan pendarahan
- Lakukan pemerhatian setiap jam terhadap stump untuk 24 jam pertama. Ini
bertujuan untuk menilai keadaan warna, aliran, edema, pendarahan, suture
pada luka, dan nadi proksimal pada kawasan insisi.
- Selain itu nilai atau monitor jumlah aliran dalam sistem sedutan sekiranya ada
digunakan.
- Monitor keadaan dressing untuk mengetahui sekiranya berlaku pendarahan
pada luka pembedahan.
- Sentiasa menyediakan tourniquet berdekatan dengan katil klien, tourniquet
akan digunakan untuk mengawal pendarahan sekiranya pendarahan berlaku.
- Monitor tanda-tanda vital dengan berhati-hati terutamanya bagi klien yang
dipasangkan prosthesis sebaik sahaja selepas pembedahan. Ini kerana luka
pembedahan adalah dibebat dan tidak kelihatan.
iv. Senaman pada stump
- Senaman adduction pada ekstrimiti yang telah di amputasi sebanyak 10 kali
dalam sejam, dilakukan 24 jam selepas pembedahan.
- Thigh tightening exercises semasa dalam posisi prone boleh dimulakan 24 jam
selepas pembedahan iaitu setiap 4 jam.
- Berdiri dengan menggunakan crutches 3 kali sehari, sehari selepas
pembedahan.
- Senama aktif ROM haruslah dilakukan selepas pembedahan dilakukan iaitu
apabila tahap sakit klien berkurangan dan status medikal membenarkan klien
melakukan senaman.
v. Mengurangkan sakit
- Berikan medikasi analgesik untuk membantu mengurangkan kesakitan.
Contohnya IM Pethidine 75 – 100mg setiap PRN dan Morphine 1.5mg - 10mg
PRN
- Galakkan klien melakukan senaman ROM bagi membantu mengurangkan sakit.
- Diversional therapy, contohnya visual imaging. Ia adalah untuk membantu
alihkan tumpuan dari sakit yang dialami.
vi. Keperluan psikologikal
- Galakkan ahli keluarga memberi sokongan kepada klien dalam menerima
perubahan diri yang berlaku.
- Bantu klien mengenalpasti kekuatan personal bagi membantu meningkatkan
keyakinan diri.
- Galak klien meluahkan kesedihan, kemarahan dan rasa kehilangan bagi
membantu proses adaptasi.
- Berikan sokongan emosi kepada klien iaitu dengan cara membantu
mengenalpasti sistem sokongan yang klien boleh hubungi selepas discaj dari
hospital.
30
SOALAN 2
vii. Jagaan Stump
- Senaman isometric dan isotonic
- untuk menguatkan stump
- untuk memperbaiki muscle tone
- untuk memudahkan pemasangan atau penggunaan prostesis kelak
viii. Balutan stump (secara kukuh)
- dilakukan sebaik sahaja soft tissue sembuh dan selepas suture dikeluarkan.
- dalam bentuk kon untuk memudahkan pemasangan prostesis.
ix. Pendidikan kesihatan untuk klien
- Jagaan stump: Kekalkan kebersihan stump dengan basuh setiap hari
menggunakan sabun yang lembut dan air suam dan keringkan stump sebelum
dibalut.
- Urut stump dengan lembut untuk menggalakkan pengaliran darah.
- Kuatkan stump dengan cara menekan stump ke permukaan yang keras. Ini
adalah sebagai persediaan untuk pemasangan prosthesis.
- Periksa stump setiap hari untuk mengesan kemerahan, blistering atau
abrasions.
- Pakai woolen stump socks untuk kekalkan kebersihan dan keselesaan.
- Nasihat klien meneruskan senaman untuk mengurangkan kelemahan pada
ekstrimiti.
x. Program rehabilitasi untuk klien dengan amputasi
- Program rehabilitasi adalah penting untuk klien dengan amputasi. Ia bertujuan
untuk membantu ambulasi dan penjagaan diri. Contoh rehabilitasi yang
dilakukankan adalah;
➢ Fisioterapi
➢ Terapi pekerjaan (occupational therapy)
c. Nyatakan komplikasi amputation.
i. Pendarahan
Pendarahan boleh berlaku kerana saluran darah major cedera dengan teruk.
Sekiranya pendarahan tidak dikawal, klien mungkin akan mengalami renjatan
dan kemungkinan akan mati.
ii. Infeksi pada luka
Infeksi mungkin boleh berlaku jika jagaan luka diabaikan.
iii. Phantom limb pain
Phantom limb pain adalah komplikasi yang paling kerap berlaku selepas
amputasi. Menurut Rounseville (1992), 80% klien yang menjalani amputasi
mengalami sakit pada stump sepanjang tahun pertama selepas pembedahan.
iv. Kontraktur
v. Neuroma
vi. Keloid
31