Gangguan keselesaan berkaitan dengan kesakitan pada
luka pembedahan dan ‘phantom pain’.
• Terangkan kepada pesakit sebab terjadinya ‘phantom pain’
supaya dia faham dan dapat mengatasi kesakitannya dengan
cara terapi alihan atau relaksasi seperti membaca buku atau
mendengar radio.
• Minta pesakit menerangkan sifat kesakitannya supaya rawatan
yang sesuai boleh diberi. Misalnya, anticonvulsant yang
bertindak untuk mengurangkan kekejangan otot untuk
‘phantom pain’ dan analgesic untuk sakit luka pembedahan.
• Pastikan balutan stump tidak terlalu ketat kerana boleh menyebabkan
kesakitan.
• Periksa aliran redivac adalah berfungsi baik kerana sakit mungkin
disebabkan oleh perdarahan dalaman yang mengakibatkan tekanan
pada stump.
• Rancang tatacara agar pesakit kurang diganggu dan dapat rehat dengan
sepenuhnya
• Lakukan tatacara dengan lemah lembut supya tidak menambah
kesakitan pada stumpnya.
• Galakkan pesakit pusing posisi 2 jam sekali dari sisi ke sisi untuk
mengurangkan tekanan pada satu tempat supaya kesakitan dapat
dikurangkan.
• Berikan ubatan analgesik seperti yang diarahkan untuk mengurangkan
kesakitan.
• Lapurkan kepada doktor jika kesakitan pesakit masih tidak dapat
dikurangkan.
Kurang pengetahuan berkaitan dengan penjagaan stump
dan rehabilitation.
Matlamat : Pesakit memahami tentang penjagaan stump dan cara
rehabilitation.
Intervensi kejururawatan:
1. Beri pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarga tentang :
SAMB…
A. Penjagaan luka pada stump
Terangkan kepada pesakit pentingnya penjagaan luka
pembedahan supaya luka dapat sembuh dengan cepat dan baik,
ini bagi mengelakan dari infeksi kerana infeksi luka akan lambat
sembuh.
Beritahu pesakit bahawa luka akan sembuh dalam masa lebih
kurang 14 hari dan STO pada hari ke 14 selepas hari operation
dijalankan.
SAMB…
• Nasihatkan pesakit supaya sentiasa memastikan luka
stump kering dan bersih. Balutkan stump dengan
plastik jika hendak mandi .Ini kerana keadaan yang
lembab berisiko infeksi kepada luka pembedahan.
• Beritahu pesakit dan penjaga tanda infeksi luka
pembedahan iatu terdapat discaj keluar, rasa sakit,
demam. Jika terdapat tanda - tanda infeksi nasihat
pesakit segera berjumpa doktor untuk inspact luka dan
mendapat rawatan.
SAMB…
• Terangkan kepada penjaga pesakit langkah-langkah untuk meningkatkan
penyembuhan luka pembedahan pada stump iatu dengan
➢ mengamalkan kebersihan diri
➢ ambil ubat antibiotic dengan mengikut masa.
➢ ambil diet yang sesuai/seimbang.
➢ mengekalkan paras glokosa dalam darah ke optimum.
➢ ambil ubat antipoglycaemic dengan betul
➢ ambil antibiotic dengan masa yang ditetapkan.
SAMB…
2. Penjagaan stump selepas luka sembuh
▫ Beritahu pesakit cara mencuci stump dengan betul iaitu cuci stump
setiap kali mandi dengan air bersih dan sabun, kemudian bilas
dengan bersih kerana sabun boleh mendatangkan kekeringan kulit.
Kemudian keringkan stump dengan tuala yang bersih dan lembut.
▫ Ajar penjaga pesakit cara mengurut stump kerana urutan boleh
meningkatkan peredaran darah dan desentize untuk mengurangkan
phantom limb pain.
Samb…
❖ Nasihatkan pesakit supaya jangan menyapu kulit pada bekas jahitan
pembedahan.
3. Kulit stump.
▪ Lakukan pemeriksaan pada kulit stump setiap kali sebelum mencuci
untuk mengesan tanda infeksi, edema, kecederaan atau perubahan
sensori.
▪ Jumpa doktor segera jika terdapat perubahan pada kulit atau bekas
jahitan untuk mendapat rawatan secepat mungkin.
SAMB…
4. Pembalutan stump
➢ Beritahu pesakit dan ahli keluarga tujuan mengamalkan pembalutan
yang betul untuk mendapatkan atau mengekalkan bentuk stump pada
bentuk kone. Beritahu pesakit stump perlu di balut setiap hari kecuali
semasa mandi.
BEMBALUTAN STUMP
SAMB…
SAMB…
SAMB…
SAMB…
5. Senaman pada stump
• Terangkan pesakit tujuan senaman stump ialah untuk mengekalkan
kejadian flexian contracture.
• Ajar pesakit melakukan range of motion sendi fleksi dan ekstansi 10
kali setiap jam jika mampu.
• Tunjuk pesakit cara melakukan static quadriceps exercise untuk
menguatkan otot ekstansor dan mencegah flexion contracture pada
sendi.
SAMB…
6. Beri dan tunjukan kepada pesakit risalah tentang perkara dan posisi
yang tidak patut dilakukan ke atas stump untuk mencegah komplikasi
flexion cintracture sendi. Cth meletakkan bantal pada bahagian bawah
lutut, mengantungkan stump ketika duduk di kerusi roda.
SAMB…
7. Amalkan cara hidup sihat dari segi pemakanan, kebersihan diri kaki
yang baik untuk mengelakan dari cedera.
Contohnya : lapkan celah-celah jari kaki jika basah.Sentiasa keringkan
kaki selepas mandi. Gosok kaki mengunakan berus yang lembut. Elak
mengaru kaki dengan benda yang tajam. Ini kerana pesakit diabetis
kurang deria rasa kerana mengalami gangguan saraf.
SAMB…
8. Bantu pesakit dengan berada di sisinya semasa hendak memusingkan
badan. Ini meningkatkan self - estereem merasakan dirinya diambil
berat.
9. Nasihatkan pesakit supaya datang untuk rawatan susulan
sebagaimana yang telah di arahkan bagi menilai keadaan pesakit dan
melihat luka pembedahan pada stump pesakit.
Potensial hypoglycemia berkaitan dengan penggunaan
insulin dan kurang pengambilan makanan.
Matlamat : Pesakit tidak mengalami hypoglycemia sepanjang berada di
wad.
Intevensi kejururawatan:
1. Lakukan penilaian ke atas keadaan pesakit,
Contoh : berpeluh, nauseated, giddiness
Penilaian dapat membantu dalam melakukan tindakan
kejururawatan.
Samb…
2. Nasihatkan pesakit mengambil makanan selepas setengah jam
suntikan insulin. Bagi mengelak hypoglycemia berlaku.
3. Hantar pesakit kepada diettion supaya pesakit mengetahui jumlah
makanan yang perlu diambil.
4. Beritahu pesakit mengenai tanda-tanda hypoglycemiaa dan tindakan
yang perlu diambi
➢ Tanda hypoglycemia – berpeluh, rasa giddiness nauseated
➢ Tindakan perlu diambil – suruh pesakit minum minuman manis
dengan segera.
Samb…
5. Monitor capillary glukosa sebelum pemberian suntikan insulin.
Beri ubat mengikut dose yang telah ditetapkan oleh doktor.
Contoh : s/c actrapid 6Ü tds
Ini bagi mengelak pemberian insulin kepada pesakit ketika
hypoglycemia.
6. Nasihat pesakit mengamal jadual diet supaya paras glukos
dikekalkan dan jangan amal puasa di mana paras glukosa
boleh menjadi rendah – hypoglecaemia boleh berlaku.
Potensial perubahan integriti kulit berkaitan kurang
upaya untuk bergerak.
Matlamat: Pesakit tidak mengalami kudis tekanan selama berada di wad.
Intervensi kejururawatan:
1. Terangkan kepada pesakit dan ahli keluarga bahawa jika pesakit di
dalam keadaan supine sepanjang masa berisiko mendapat kudis tekanan
.Ini kerana tekanan setempat yang lama mengurangkan peredaran darah
menyebabkan tisu menjadi iskaemia dan akhir menjadi nekrosis.
Samb…
2. Ambil langkah-langkah kejuruwatan untuk memcegah kudis tekanan
• Tukarkan posisi pesakit 2 jam sekali.
• Periksa kain cadar sentiasa dalam keadaan kering, tidak berkedut dan
tiada sisa makan terjatuh.
• Tukarkan cadar dan kain basah dengan segera kerana keadaan yang
lembab memudahkan kulit tercedera.
• Lakukan urutan pada bahagian malleolus,heel,greator trochantar,lateral
condylar semasa lateral . Ini dalam mengalakan pendarahan darah.
• Gunakan ripple matters.
Samb…
3. Beri pesakit makanan seimbang untuk mengekalakn status kesihatan
malah mengekalkan tenaga untuk menggerakan badan.
4. Pasangkan CBD kepada pesakit,untuk mengelakan basah dan
memudahkan pesakit untuk bereliminasi urinasi.
5. Galakan pesakit minum air dengan cukup 2.5L/day bagi mengelakan
dehidrated. Kulit yang kering akan mudah mengupas dan tercedera.
Samb…
6. Kekalkan kebersiahan kulit dan badan pesakit dengan
i.lakukan mandi lap setiap hari
ii.bantu dalam eliminasi
iii.tukar pakaian/cadar jika basah dan kotor
Kebersihan kulit dapat menghalang pembiakan mikro organisma
Samb…
7. Ambil langkah untuk mengelakan kecederaan pada kulit terlibat seperti
i.cadar / linen tidak terlipat atau berkedut
ii.elak guna pakaian yang kurang sesuai seperti terlalu ketat-pakaian
yang ketat akan menganggu pengaliran darah.
Samb…
iii.elak gesaran pada kulit –tukar baringan dengan lemah-lembut .
iv.alihkan objek tajam aataupun buang sisa-sisa makanan di atas katil.
Kecederaan pada kulit boleh menyebabkan rekahan yang memudahkan
kemasukan mikroorganisma
Potensial hypostatic pneumonia berkaitan dengan
immobilizition
Objektif: Pesakit dapat bernafas seperti biasa dengan kadar 16-20/minit
Intervensi kejururawatan :
1. Ajar melakukan senaman penafasan dalam sebanyak 10 kali
sejam.Senaman pernafasan dapat meningkatkan perkembangan
paru-paru.
Samb…
2. Ajar pesakit menggunakan spirometer setiap 2 jam untuk
meningkatkan potensi oksigen dan mengembangkan paru-paru.
3. Bantu duduk pada posisi fowlers. Posisi fowler ada posisi yang sesuai
untuk bagi perkembangan paru-paru.
4. Rujuk kepada physiotherapy atas arahan doktor. Physiotherapy dapat
mengajar pesakit cara senaman penafasan yang berkesan dan
senaman batuk bagi membantu mengeluarkan secretion.
Samb…
5. Lakukan pemerhatian ke atas tanda vital,4 jam sekali iaitu suhu,corak
penafasan dan tekanan darah.Mengenal pasti dan mengesan tanda
awal infeksi,supaya tindakan susulan dapat diambil
6. Perhatikan warna sputum - warna kehijauan menandakan ada infeksi
di trek respiratasi dan beritahu doktor supaya tindakan segera dapat
di ambil.
Potensial pendarahan berkaitan dengan luka
pembedahan pada stump
Matlamat: Pesakit berpotensi kurang untuk mengalami pendarahan dari
luka pembedahan
Intervensi Kejururawatan:
1. Lakukan pemerhatian ke atas bandage stump setiap jam bagi
mengesan pendarahan. Ini kerana ’reactional bleeding’ boleh berlaku
dalam masa 24 jam pos operatif.
Samb…
2. Perhatikan sistem radivac drainage berfungsi untuk mengetahui
pendarahan internal. Jika amaun drainage melebihi 150 - 200ml/ jam
indikasi pendarahan aktif berlaku dan lapor kepada doktor dengan
segera.
3. Lakukan catitan amaun drainage pada carta radivac setiap shiff untuk
mengetahui jumlah darah yang keluar.
Samb…
4. Monitor tekanan darah dan nadi setiap jam untuk 24 jam yang
merupakan parameter menunjukan perubahan dalam isipadu cecair
badan (darah).Nadi semakin meningkat, tekanan darah semakin
menurun. Ini menunjukan ada pendarahan dalaman berlaku.
5. Periksa postarior pembalut stump di mana pendarahan boleh berlaku
tanpa di ketahui atau disedari .Jika terdapat pendarahan lakukan
“reinforce” dressing pada stump tersebut bagi memberi tekanan
kepada bahagian stump bagi elak pendarahan.
Samb…
6. Tentukan darah pesakit masih dalam simpanan bank darah Ini untuk
transfusi darah jika terdapat pendarahan berlaku.
Potensial infeksi berkaitan dengan luka pembedahan
pada stump.
Matlamat: Pesakit tidak mengalami infeksi semula berada di wad.
Intervensi Kejururawatan:
1. Perhatikan pembalut stump sejurus pesakit balik dari dewan bedah
bagi mengesan darah pada permukaan pembalut. Dressing yang
lembab boleh berisiko kepada infeksi.
Samb…
2. Reinforcement dilakukan ke atas stump pesakit sekiranya terdapat
kesan darah pada pembalut, ini untuk memastikan bahagian stump
pesakit sentiasa kering.
3. Tukarkan linen yang basah atau berdarah, kerana darah merupakan
media yang sesuai untuk mikrob membiak dan boleh mendatangkan
infeksi khusus pada luka pembedahan.
Samb…
4. Periksa sistem radivac drainage berfungsi untuk menyalir keluar
pengumpulan darah supaya mengelakan kejadian haematoma di
bawah flap yang boleh menghalang penyembuhan luka malah
merupakan sumber yang sesuai untuk kejadian infeksi.
5. Monitor suhu badan setiap 4 jam yang merupakan indikator untuk
mengetahui infeksi di mana infeksi luka pembedahan biasa bermula
pada 2nd POD iaitu suhu badan meningkat dari 37.5 C.
Samb…
6. Beri profilatik antibiotic iaitu IV Unasyn 1.5 gram tds mengikut arahan
yang diberi oleh Doktor .Ini untuk mencegah infeksi di luka
pembedahan.
7. Berikan s/c insulin bagi mengekalkan tahap glukosa dalam badan
pesakit. Glukosa yang tinggi boleh melambatkan penyembuhan luka.
8. Lakukan dressing selepas wound inspection oleh Doktor pada hari 3
selepas pembedahan dilakukan dengan mengamalkan prinsip aseptic
dan prinsip pembalutan stump.
Samb…
9. Lakukan pemerhatian ke atas luka pesakit bagi mengetahui sebarang
tanda awal infeksi contoh kemerahan kulit di sekeliling luka,bengkak
dan sakit .Laporkan segera kepada doktor untuk tindakan lanjutan.
10. Bantu pesakit dalam melakukan kebersihan diri contonya mandi lap,
tukarkan kain atau linen yang basah dan kotor,tukarkan pampers dan
pastikan keadaan pesakit dalam keadaan bersih .Kebersihan
mengurangkan jumlah mikroorganisma di mana ia dapat
mengurangkan risiko infeksi.
Samb…
11. Nasihat pesakit mengamalkan diet diabetik yang betul untuk
mengekalkan paras gula dalam darah untuk penyembuhan luka
pembedahan yang baik.
12. Beri pendidikan kesihatan tentang penjagaan luka stump agar pesakit
faham dan mengambil berat tentang luka stump dan mencegah dari
infeksi iaitu dengan:
• Jangan terkena air pada dressing semasa mandi lap
• Elak membuka dressing dan menyentuh luka pembedahan
• Elak menyapu sebarang ubat tradisional di sekeliling stump ini berisiko
boleh mendatangkan infeksi kepada luka stump.
• jumpa doktor dengan segera apabila dresing terdapat kesan
discaj,demam,amat sakit di luka stump yang merupakan tanda infeksi
luka stump.
Potensial flexion contracture pada stump berkaitan
dengan luka.
Objektif : pesakit boleh melakukan fleksi dan ekstansi stump dengan
bebas
Intervensi kejururawatan:
1. Tentukan katil ialah jenis katil fracture dan ’firma mattress’. Katil spring
boleh mendatangkan fleksi pada sendi pinggul semasa pesakit baring
mahupun duduk . Ini menambahkan risiko kejadian kontraktur fleksi
pada stump.
SAMB…
2. Terangkan tujuan mengekalkan ekstensi stump supaya pesakit faham
dan bersama - sama menentukan stump dalam aligment ekstansi.
3. Bantu untuk menguatkan otot ekstansor dengan melakukan senaman
static quadricep setaip jam kecuali ketika tidur. Ini memboleh pesakit
mengawal ekstansi stump dari fleksi.
Samb…
4. Beritahu pesakit mengenai perkara yang tidak boleh dibuat ’Do
Not’berserta dengan risalah.
▫ Hang stump over bed.
▫ Sit in wheel chair with stump.
▫ Place pillow under hip or knee
▫ Place pillow under back during supine
▫ Place pillow between thigh
▫ Abduct above knee stump.
Potensial gangguan pada perfusi tisu berkaitan dengan
kurang peredaran darah pada stump bawah lutut.
Objektif : Pesakit akan mendapat perfusi tisu yang baik untuk
penyembuhan luka
Intervensi Kejururawatan
1. Lakukan penilaian faktor-faktor boleh mengganggu peredaran darah
ke bahagian stump seperti tekanan yang kuat dilakukan ketika stump
bandaging.Mengesan faktor-faktor menyebabkan tekanan dan
tindakkan pencegahan dapat di ambil.
Samb…
2. Lakukan penilaian kebahagian stump seperti
▫ permerhatian warna kulit,warna kulit yang normal adalah pink . Jika
terdapat perubahan warna contohnya dusky maka terdapat sekatan
pada bahagian peredaran darah ke stump.
▫ periksa suhu kulit hendaklah panas.
▫ dengar aduan pesakit seperti kesakitan
▫ perhatikan jika ada oedema,sebab jika berlaku kebengkakan ini boleh
menyebabkan tekanan ke atas salur darah
maklumat dari demikian ini dapat memberi gambaran mengenai sama
ada terdapat gangguan perfusi tisu.
Samb..
3. Elakan melaku bandaging yang ketat ke atas stump pesakit. Balutan
yang terlalu ketat boleh menyebabkan tekanan pada bahagian salur
darah peredaran darah akan menjadi lambat.
4. Lakukan prosedur yang boleh mengelakan peredaran darah.
❑ Galakan pesakit melakukan pergerakan contohnya, baring ke lateral
posision, duduk melakuakan pergerakan pada bahagian anggota-
anggota kaki dan tangan.
Samb…
❑ ajar pesakit melaku senaman pada stump - fleksi dan ekstersi setiap 2
jam
❑ Galakan dan Bantu pesakit dalam melakukan senaman pada bahagian
’foot and leg’ setiap 1-2 jam.
❑ Nasikatkan pesakit supaya jangan meletakan bantal di bawah lutut
,menyilang kaki dan mengantungkan kaki akan menyebabkan tekanan
pada bahagian salur darah popliteal.