The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aunisyifa02, 2022-12-24 08:48:25

flipbook caklempong

flipbook caklempong

CAKLEMPONG

BUDAYA WARISAN

CAK LEMPONG disediakan
oleh

NUR AUNI SYIFA BINTI PUZI
(291900)

NUR AIN NATASYA BINTI MOHAMAD
NASIR
(292186)

MOHAMAD ADAM BIN MOHD
SAUHADIN
(292245)

ANG YAN WEI
(292570)

LOH WEI SHYANG
(293592)

iissii kkaanndduunnggaann

1.0 PENGENALAN 1-2
2.0 CAKLEMPONG 3
4
2.1 Asal Usul Caklempong 5
2.2 Persembahan Caklempong 6
2.3 Ciri-Ciri Caklempong
2.4 Jenis-Jenis Alat Muzik Caklempong di 7-9
UUM
2.5 Cara-Cara Bermain Alat Muzik 10
CakLempong
2.6 Modifikasi Persembahan 11

3.0 KEPENTINGAN BUDAYA WARISAN 12
DALAM KALANGAN PELAJAR
13 - 14
4.0 CARA MELESTARIKAN BUDAYA
WARISAN DALAM KALANGAN PELAJAR 15
16
5.0 CABARAN BUKAN HALANGAN 17
18
6.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN

1.0
PENGENALAN

Malaysia adalah negara yang

kaya dengan kepelbagaian budaya

tradisi yang diperolehi daripada Maksud warisan amatlah

pelbagai bangsa. Peninggalan perlu difahami dalam kalangan

budaya ini harus dijaga dengan pelajar tentang istilah yang

baik kerana dapat mencerminkan digunakan untuk

peribadi seseorang itu yang menerangkan maksud.

mempunyai jati diri yang baik dan Terdapat pelbagai maksud

menjadi lambang kepada sesebuah warisan yang kita boleh

negara. Hal ini jelas menunjukkan fahami. Menurut Kamus

peradaban atau taraf kemajuan Dewan Bahasa dan Pustaka

sesuatu kaum itu boleh dilihat Edisi Keempat (2007),

melalui kemajuan kebendaan atau maksud warisan adalah

perkembangan pemikiran mereka. perkara yang diperolehi

Warisan budaya seharusnya daripada bangsa terdahulu

dapat dikekalkan demi secara diwarisi daripada orang

kesinambungan tamadun. yang terdahulu. Hal

Melaluinya, kita dapat mengenali inidikatakan demikian kerana

asal usul kita. Maju atau mundur tiap-tiap tingkah laku dan

susur galur kita yang terdahulu kebolehan yang terdapat pada

dapat dijadikan iktibar untuk seseorang itu dapat diterima

masyarakat pada masa akan oleh masyarakat tanpa

berkaitan dengan generasi

datang. terdahulu. 1

Warisan budaya tidak ketara adalah dari segi bahasa iaitu
pantun, peribahasa, tarian, muzik, lirik lagu, komposisi muzik
dan sebagainya. Hal ini dapat mewujudkan hubungan dengan
warisan Malaysia atau berhubung dengan warisan masyarakat
Malaysia. Kesannya, warisan budaya dapat dikekalkan dan
diteruskan untuk masyarakat pada akan datang. Oleh itu,
warisan budaya ini amat penting bagi kita untuk meneruskannya.

Kesimpulannya, kebudayaan merupakan budaya yang mesti
diteruskan, dijaga dan diamalkan supaya warisan ini tidak hilang
akibat peredaran zaman. Keadaan ini adalah berpusatkan budaya
yang diwarisi nenek moyang kita perlu dipelihara dengan
sebaiknya supaya dapat diturunkan kepada generasi akan datang.
Semua orang perlulah bertanggungjawab dalam memelihara dan
menjadikan warisan budaya ini sebagai identiti kaum, negara dan
maruah sesuatu kaum. Oleh itu, laporan ini dilihat mengenai
kebudayaan dari Negeri sembilan iaitu caklempong.

2

2.0 CAKLEMPONG

Caklempong ialah alat muzik tradisional
daripada keluarga idiofon yang menggunakan
skel diatonik. Muzik cak lempong memainkan
peranan penting sebagai muzik rakyat dalam
kalangan masyarakat Minangkabau. ‘Cak’
bermaksud bunyi paluan gendang. Manakala
‘Lempong’ bermaksud bunyi paluan bonang.
Bentuk seni muzik ini ialah muzik dan tarian,
muzik dan nyanyian, dan muzik dan dramatari
(taridra).Muzik tradisional ini juga dikenali
sebagai telempong, celempong dan
taklempong.

3

2.1
ASAL USUL CAKLEMPONG

Terdapat banyak mitos yang menyelubungi asal
usul caklempong, antaranya mendakwa bahawa
alat muzik itu dicipta di kayangan. Menurut
naratif Hikayat Malim Deman, dipercayai
metafora ini dicipta untuk memartabatkan alat
muzik caklempong berbanding alat lain.
Masyarakat Minangkabau Sumatera Barat,
Indonesia dipercayai telah membawa muzik
tradisional caklempong ke Tanah Melayu melalui
pedagang yang tiba untuk berniaga dan tinggal di
Tanah Melayu, khususnya di negeri Sembilan,
seawal abad ke-19, menyebabkan ia dikatakan
berasal dari negeri ini. Caklempong disebut
sebagai talempong oleh orang Minangkabau.

4

2.2
PERSEMBAHAN CAKLEMPONG

Seni alat muzik tradisional
caklempong lazimnya dianggap sebagai
permainan rakyat. Alat muzik ini juga
dimainkan semasa majlis rasmi istana.
Terdapat beberapa contoh persembahan
cak lempong. Antaranya ialah hiburan
umum Iringan tarian, seperti Tarian Lilin,
Tarian Piring, dan Tarian Inai. selain itu,
mengiringi pencak silat, upacara
pertabalan diraja, penerimaan tetamu di
Raja, kehormatan dan sebagainya.
Seterusnya, persembahan Kaba iaitu Cerita
Penglipur Lara dan menggunakan muzik
iringan untuk mengekalkan minat
penonton serta digunakan dalam drama
tari randai.

5

2.3
CIRI-CIRI CAKLEMPONG

Caklempong ialah objek bulat Nama Caklempong disebut
dengan diameter 15 hingga di Negeri Sembilan, Malaysia.
17.5 sentimeter. Ia Negeri Sembilan adalah satu-
mempunyai lubang di satunya negeri yang
bahagian bawah dan bulatan menggunakan sistem Lareh
unjuran berdiameter lima Bodi Caniago yang
sentimeter di atas yang boleh diperkenalkan oleh Datuk
dipukul. Nada cak lempong Perpatih Nan Sabatang, dan
berbeza-beza. Cak lempong ia telah dikunjungi oleh
mengeluarkan bunyi apabila pendatang dan keturunan
dua batang kayu dihentak Minangkabau yang berasal
pada permukaannya. Notasi dari Sumatera Barat pada
dan simbol yang digunakan abad ke-15 Masihi.
dalam caklempong adalah
serupa dengan yang 6
digunakan dalam tanda rehat
dalam muzik Barat. Tiga
posisi utama biasanya
digunakan untuk melakukan
ensembel cak lempong.
Tekstur muzik caklempong
adalah homofonik. Kumpulan
ini mempunyai muzik iringan
dan lebih daripada dua
lapisan suara.

2.4 JENIS-
JENIS ALAT
MUZIK
CAKLEMPONG

1. Cak Lempong Melodis



Untuk pemain jenis melodis, susun
beberapa keping caklempong dalam
satu baris, masing-masing dengan
variasi nada yang berbeza, di
sepanjang dua regangan tali, rel atau
gelang, supaya apabila dipukul,
mereka akan bergoyang sedikit ke
atas. Pemain akan duduk dengan
raket di kedua-dua belah tangannya
semasa dia bermain.

7

2. Cak Lempong Pacik




Alat muzik cak
lempong pacik

dipersembahkan secara

serentak oleh tiga pemain dan Manakala orang
kedua
menampilkan lima nada asas. menggunakan unit
"cak lempong
Cara memainkan dengan sambil pengawanin" untuk
memainkan nada
berdiri, bergerak atau asas "do" dan "mi."
Dan orang ketiga
bergoyang menggunakan unit
"cak lempong
Seorang pemuzik secara batino" untuk
serentak boleh memegang satu memainkan nota
atau dua cak lempong di tangan asas "re" dan "fa."
kirinya. Titik cak lempong
dengan nada rendah berada di 8
bahagian atas, dan tempat nada
tinggi berada di bahagian
bawah.

Orang pertama akan

memainkan not asas "sol," yang

memainkan unit yang dikenali

sebagai " cak lempong jantan,"

kerana cak lempong Pacik

mempunyai lima not asas dan

dimainkan oleh tiga orang.

Jenis Alat Muzik Cak lempong Merdu,
yang dipasang pada media mendatar
yang disediakan, atau pada dua
regangan tali mendatar, menggunakan
teknologi semasa dan rel unik pada
bingkai. Kaedah ini dimainkan oleh ramai
orang dan melibatkan duduk bersila.
Memandangkan kami bermain banyak
cak lempong dengan pelbagai nada,
menghafal nada adalah satu kemestian
untuk menggunakan teknik moden ini.
Ini membolehkan kita menghasilkan
pelbagai melodi atau irama muzik yang
indah dan boleh diterima.

9

2.5 CARA-CARA BERMAIN
ALAT MUZIK CAKLEMPONG

Ia agak mudah untuk dimainkan
kerana cak lempong hanya
memerlukan penggunaan kayu yang
disediakan; lazimnya, bermain alat
muzik memerlukan gerakan
mengetuk atau meleret. Setiap
pemain mempunyai 1-2 cak lempong
sambil menggunakan cak lempong
ala Pacik.
Diletakkan atas dan bawah, atau
menegak. Ibu jari dan jari telunjuk
memegang bahagian atas manakala
jari tengah, cincin dan kelingking
menggantung bahagian bawah.
Supaya tidak melekat dan boleh
mengeluarkan bunyi yang kuat dan
jelas, jari telunjuk berfungsi sebagai
pemisah.

10

2.6 MODIFIKASI
PERSEMBAHAN

Elemen moden yang disuntik dalam
seni muzik tradisional caklempong
ialah menggarapkan gabungan
caklempong dalam irama jazz. Namun
begitu modifikasi yang diberikan
perlulah mengikut kesesuian dan tidak
mencacatkan gaya asal muzik
tersebut. Ada juga yang membuat
perbezaan dengan memainkan alat
muzik caklempong menggunakan
irama lagu moden.

Perubahan yang diberikan dalam

seni muzik caklempong mengikut

gaya Malaysia lebih teratur dan

tertib berbanding seni caklempong

yang asalnya dari Sumatera Barat

cirinya lebih agresif terutama

kaedah permainan dan tingkahan.

Hal ini dikatakan demikian kerana

seni muzik caklempong gaya

Malaysia mengambil kira ensembel
Kedatangan seni muzik tradisional yang lebih ramai dan membuka
caklempong ke Malaysia telah memberi ruang kepada pemuzik yang
sedikit perubahan dalam alunannya. baharu
untuk berjinak-jinak
Misalnya, menyuntik sedikit elemen mempejari seni muzik tradisional ini.
moden dalam muzik caklempong

mengikut peredaran zaman. Namun

begitu, keaslian dalam seni muzik

caklempong masih dikekalkan kerana

enggan menghilangkan ciri asal yang

patut dipelihara. Ia juga merupakan akar

yang menentukan hala tuju muzik

tersebut. 11

3.0 KEPENTINGAN
MEMELIHARA SENI DAN
KEBUDAYAAN WARISAN

Antara kepentingannya ialah untuk mempertahankan seni
warisan bangsa. Generasi pelajar hari ini dapat memahami dan
mengetahui sumber warisan tradisional yang merupakan
medium hiburan nenek moyang kita. Pelajar perlu berbangga
mempunyai nilai warisan lama dan ia melambangkan identiti
serta jati diri sesuatu bangsa.

Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
Apabila muzik tradisional dimainkan ia mampu membentuk
semangat berpasukan dan bertolak ansur untuk menghasilkan
bunyi-bunyi yang indah dan sedap didengar. Hal ini sekaligus
dapat memupuk perpaduan dan kemesraan antara kaum.

Seterusnya, kepentingan yang lain ialah mampu menjana
pendapatan kepada negara dan individu. Misalnya pelajar
menjadi pengusaha seni warisan mempersembahkan alat
muzik tradisional kepada pelancong. Pelancong akan tertarik
sekaligus memberikan pendapatan kepada pengusaha dan
juga negara.

Kepentingan lain ialah sebagai medium hiburan kepada
pelajar. Alat muzik tradisional dapat dijadikan sebagai alat
hiburan dan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa
lapang. Ia dapat memberi keseronokkan kepada permain dan
pendengar. Dalam masa yang sama ia juga dapat mengangkat
muzik tradisional negara serta memperkenalkan warisan
budaya kepada orang ramai.

12

4.0 CARA MELESTARIKAN
BUDAYA WARISAN DALAM

KALANGAN PELAJAR.

Alat muzik Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional
yang terdiri dari sebilangan besi dan kayu yang dipukul atau
dipalu untuk menghasilkan bunyi khas. Ia biasanya digunakan
dalam muzik tradisional Melayu seperti Mak Yong dan juga
tarian-tarian lain. Alatan ini merupakan warisan masyarakat
sejak dulu lagi. Namun ia sekarang kian dilupakan dek
peredaran zaman. Pelbagai cara untuk melestarikan budaya
warisan ini dalam kehidupan masyarakat.

Antara cara yang dapat dilakukan adalah menggunakan
media massa menyebarkan maklumat tentang budaya warisan
ini kepada pelajar. Pelbagai platform boleh digunakan seperti
media sosial Instagram, Facebook, Twitter, siaran radio atau
televisyen dan program-program edukasi. Apabila penyebaran
maklumat berlaku, sudah pasti pelajar dapat mengetahui
perkara tersebut kerana rata-rata mempunyai telefon pintar.

Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu memberikan insentif
kepada pelajar seperti menyediakan dana atau bantuan
kewangan bagi projek-projek yang bertujuan untuk
melestarikan budaya warisan. Suntikan dana tersebut mampu
memberi nafas dan semangat baru khususnya kepada Cak
Lempong. Contohnya, memberi galakkan dalam pertandingan
Cak Lempong, menambah alat muzik tersebut, menyediakan
latihan kepada pelajar dan sebagainya.

13

Selain itu, pihak sekolah mahupun universiti juga bolehlah
mewujudkan satu subjek dalam pendidikan berkaitan dengan
budaya warisan ini. Subjek tersebut penting kerana dapat
memberi pendedahan kepada para pelajar. Pelajar dapat
mengenali dengan lebih lanjut lagi berkaitan budaya warisan.
Contohnya, Universiti Utara Malaysia mewujudkan subjek
Kokurikulum Cak Lempong untuk mengangkat alat muzik ini.
Pelajar dapat mengetahui cara-cara bermain dan sebagainya.

Disamping itu, cara lain adalah pelajar menyertai
konvensyen kebudayaan Antarabangsa. Kebiasaan program
sebegini kerap dilakukan. Pelajar boleh mempersembahkan
budaya warisan Cak Lempong ini kepada orang luar. Secara
tidak langsung, ia dapat mempromosikan kepada negara luar
berkaitan dengan alat muzik tradisional Malaysia.

Seterusnya, menjaga dan melestarikan tempat-tempat
yang merupakan warisan budaya juga merupakan salah satu
cara. Muzium yang sedia ada perlulah dijaga dengan baik dan
dinaik taraf supaya ia dapat memberi fungsi. Alat-alat muzik
tradisional yang ada di dalam muzium tersebut dapat dijaga
sekaligus tidak lupus dek peredaran zaman untuk generasi
yang akan datang. Masyarakat boleh ke sana untuk mengenali
budaya warisan yang ada di negara kita ini.

Akhir sekali, menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
budaya warisan. Contohnya, pertunjukkan wayang kulit,
tarian tradisional, atau pameran seni. Ia akan membantu
menghidupkan kembali budaya warisan yang dimiliki oleh
negara kita ini. Aktiviti tersebut juga mampu melahirkan
bakat-bakat baru dan menanam minat yang mendalam kepada
generasi baru untuk mempertahankan budaya warisan kita.

14

5.0 CABARAN DAN
BUKAN HALANGAN

Cabaran bukan halangan dalam
memelihara seni alat muzik tradisional
adalah ungkapan yang menyatakan
bahawa meskipun terdapat cabaran
atau rintangan, ia tidak menghalang
seseorang daripada terus memelihara
seni alat muzik tradisional. Pelbagai
cabaran yang perlu dihadapi untuk
melestarikan seni budaya warisan.

Antara cabaran dalam memelihara Cabaran lain yang paling utama
seni alat muzik tradisional adalah dalam memelihara seni alat muzik
mengekalkan minat & kecenderungan tradisional adalah keterbatasan waktu
pelajar terhadap alat-alat muzik dan fokus. Sebagai pelajar, mereka
tradisional di tengah-tengah pengaruh sering terbebani dengan tugas-tugas
alat muzik moden. Ini boleh mencakup akademik yang banyak dan memiliki
usaha untuk meningkatkan kesedaran jadual yang padat, sehingga tidak
tentang alat muzik tradisional dan banyak waktu yang tersisa untuk
menunjukkan kepada pelajar cara alat menghabiskan waktu latihan dan
muzik tradisional boleh dimainkan dan mengembangkan keterampilan dalam
digunakan dalam muzik moden. memainkan cak lempong.

Selain itu, cabaran lain adalah Selain itu, pelajar juga sering kali
mencari sumber yang boleh dipercayai tidak memiliki akses kepada alat
untuk belajar bagaimana cara-cara muzik tradisional cak lempong yang
membuat dan memainkan alat muzik berkualiti atau tidak memiliki guru
tradisional, serta mencari peluang yang berpengalaman dimana dia boleh
untuk mempromosikan alat-alat muzik memberikan bimbingan dan arahan
tradisional kepada para pelajar. yang baik dalam memainkan alat
muzik tersebut. Hal ini menjadikan
pelajar lebih sukar untuk mengasah
keterampilan dan kemahiran mereka
dalam memainkan alat-alat muzik
tradisional iaitu seperti cak lempong.

15

6.0 KESIMPULAN DAN
RUMUSAN

CAK LEMPONG ADALAH ALAT MUZIK TRADISIONAL
MELAYU YANG TERGOLONG DALAM KELUARGA GONG
YANG BERUKURAN KECIL. CAKLEMPONG DIPERBUAT
DARIPADA GANGSA DAN MENGGUNAKAN TEKNIK ACUAN.
CAK LEMPONG BIASANYA DIMAINKAN BERSAMA IRINGAN
ALAT MUZIK LAIN SEPERTI SERULING BULUH, SALUNG,
REBANA DAN GONG BAGI MENGIRINGI PENCAK SILAT,
TARIAN LILIN, RANDAI DAN TARIAN INAI SERTA LAGU
BUNYI-BUNYIAN DAN JUGA NYANYIAN.
DALAM SITUASI TERTENTU ALAT CAKLEMPONG BOLEH
DIJADIKAN SEBAGAI ALAT PENGGANTI ATAU PENGGANTI
KEPADA CANANG SEPERTI DALAM PERSEMBAHAN DIKIR
BARAT DAN WAYANG KULIT KELANTAN. NAMUN DALAM
KEADAAN SEDEMIKIAN NAMA SIFATNYA HENDAKLAH
DIJELASKAN SEBAGAI ALAT ‘CANANG’. INI BERDASARKAN
KEPADA KONTEKSTUAL PERSEMBAHANNYA YANG AMAT
BERKAIT DENGAN TUNTUTAN DISIPLIN BERKENAAN.

16

7.0 RUJUKAN

17

8.0 LAMPIRAN

CAKLEMPONG

18


Click to View FlipBook Version