The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1004-16-nurilyana, 2022-05-16 08:28:21

Masalah Penguasaan Literasi Membaca

Tugasan DLO Kumpulan 2 minggu 11

Masalah penguasaan
literasi

(Literasi membaca)

Masalah penguasaan literasi membaca

Masalah peringkat prabacaan
Masalah peringkat bacaan mekanis
Masalah peringkat bacaan mentalis

2

PERINGKAT
PRABACAAN

3

PENGENALAN

Kemahiran Prabacaan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap kanak-
kanak sebelum mempersiapkan diri untuk membaca. Sepertimana kita memanaskan
badan sebelum memulakan sebarang aktiviti bersukan" maka begitu juga halnya
dengan kemahiran prabacaan. Kemahiran prabacaan ibarat sesi memanaskan badan sebelum
kanak-kanak dapat membaca. Kanak-kanak perlu disediakan mindanya untuk membaca. Proses
Prabacaan merupakan langkah penyediaan minda kanak-kanak untuk meningkatkan kefahaman dan
kemahiran mereka untuk membaca.

● Menurut Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia (1996), didapati kanak-kanak 5-9 tahun
boleh membaca. Ini menjadi bukti yang kanak-kanak boleh membaca di peringkat awal.
Menurut Donahue (1992), kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam tahun perlu diberi
galakan mengembangkan bahasa mereka melalui aktiviti lisan, cerita dan nyanyian. Selain
dari itu, mereka juga memerlukan bimbingan dalam kemahiran prabacaan dan pratulisan.

4

FAKTOR-FAKTOR

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman
dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan
kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan,
keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi,
kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk
mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.

5

Masalah-masalah
dalam menguasai
peringkat prabacaan

6

1. Murid menghadapi masalah kekeliruan untuk mengecam
sesuatu bentuk jika bentuk tersebut hampir sama.
Contohnya, bentuk segiempat sama dan segiempat tepat.

2. Murid menghadapi masalah terhadap aktiviti
mengenalpasti gambar jika gambar berkenaan belum
pernah mereka temui. Hal ini demikian kerana, dalam
peringkat ini murid lebih mengaplikasikan pengalaman
mereka yang tersedia ada.

7

3. Terdapat juga segelintir murid menghadapi masalah untuk
mengecam warna-warna asas.
4. Murid menghadapi masalah dalam pendengaran menyebabkan apa
yang didengari oleh mereka kurang jelas. Ini menyebabkan aktiviti
memperkenalkan bentuk-bentuk atau corak melalui audio atau video
tidak dapat dikuasai oleh mereka.

8

5. Murid tidak dapat mengajuk atau membunyikan semula apa yang
dibunyikan oleh guru.
6. Murid menghadapi masalah tidak yakin, cepat gugup dan gementar
jika melibatkan aktiviti secara ramai seperti aktiviti nyanyian.
Contohnya, nyanyian “mari bergembira”.

9

7. Murid menghadapi masalah dari segi emosi seperti suka
menyendiri, tidak suka bergaul dan tidak suka berbual
dengan orang lain terutamanya dengan guru dan rakan
mereka menyebabkan aktiviti komunikasi atau bersoal
jawab walaupun secara tidak formal tidak dapat dijalankan.
8. Murid menghadapi masalah tidak dapat mengecam bunyi
seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, petir
dan sebagainya.

10

9. Murid tidak bertindak balas jika guru menghasilkan bunyi seperti
ketukan tin, tempurung, batang kayu dan meja.

11

CARA-CARA MENGATASI MASALAH
1. PGuErNuGheUnAdSakAlaAhNmPenEgReInNaGlpKasAtTi kPeaRdAaBanAmCAurAidNterlebih dahulu

sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya agar keadaan
emosi mereka dalam keadaan terkawal.
2. Guru hendaklah mengadakan aktiviti yang melibatkan murid
seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang
menarik hati.

12

3. Guru mestilah banyakkan bermain-main dengan
murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara
yang tidak formal.
4. Guru perlulah melatih murid supaya boleh memerhati
sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.
5. Guru haruslah membina asas bahasa murid melalui
pertuturan di samping memberi galakan dan pimpinan
yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur.

13

6. Guru perlulah menentukan sama ada murid:
● Bolehkah mengecam gambar-gambar atau warna-warna

asas serta membezakannya.
● Bolehkah murid memahami atau dapat mengikuti

percakapan orang lain.
● Dapatkah murid melahirkan perasaan atau fikirannya.
● Bagaimana dengan kesihatannya, dapatkah murid belajar

dengan baik.

14

Masalah penguasaan literasi membaca dalam
peringkat bacaan mekanis

15

Pengenalan

● Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara namun, terdapat
pelbagai kajian lepas yang menekankan tentang kekurangan keupayaan
murid di negara ini untuk menguasai kemahiran membaca diperingkat
mekanis.

● Ketidakbolehan membaca juga boleh memberikan kesan psikologi
kepada individu berkenaan, sehingga mereka kurang dapat memajukan
diri sendiri sekiranya mereka memiliki kebolehan membaca yang baik

● kebanyakan murid gagal menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas
dan terang.

● Zamri dan Amin (2006) di dalam kajian mereka pula, mendapati
kebanyakan pelajar terutama pelajar bukan melayu melakukan
pelbagai kesilapan pertuturan bahasa melayu.

● Murid-murid tidak mampu untuk membaca pada peringkat mekanis ini
kerana tidak dapat mengenal pasti suku kata dan sering menggunakan
bahasa dailek.

Masalah-masalah
dalam menguasai
peringkat bacaan

mekanis

17

1-Murid gagal atau mengalami kesulitan dalam membezakan huruf sama ada
antara huruf besar dan huruf kecil atau antara huruf b dan d serta p dan q.Di
mana kemahiran mengenal huruf dan membezakan huruf amat penting untuk
pelajar membezakan bunyi huruf .Kelemahan murid membezakan huruf akan
turut mempengaruhi kebolehan membaca dan menulis . Kemahiran mengenali
huruf merupakan titik mula kepada kemahiran membaca.Brenna (1995) pula
menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan
yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya seperti
ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan
jawapan alternatif b kepada huruf p yang ditunjukkan.

18

2-Murid tidak boleh menyebut bunyi huruf atau suku kata dengan betul
iaitu murid meninggalkan atau tidak menyebut sesuatu huruf apabila
membaca sesuatu perkataan.Contohnya,Bunyi huruf, perkataan, dan
imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut “uah”
dan ”kering” disebut ”kerin”.Bahkan ada sesetengah murid yang
meninggalkan terus sesuatu perkataan semasa membaca sesuatu ayat
lengkap kerana perkataan tersebut mengandungi huruf yang mereka
tidak dapat bunyikan.Contohnya, “Buku itu sangat tebal” menjadi “Buku
itu tebal” di mana perkataan “sangat terus dibuang kerana mengandungi
suku kata yang sukar untuk dibunyikan iaitu “ngat”

19

3.Murid gemar menggantikan bunyi huruf apabila membaca sesuatu
perkataan kerana tidak mahir atau keliru dalam membunyikan
huruf.Contohnya kebanyakan murid selalu terkeliru dalam
membunyikan huruf b dan d. Di mana apabila membaca perkataan
“batang” murid menyebutnya sebagai “datang” kerana huruf b
dibunyikan dengan bunyi huruf d.Bahkan salah sebutan yang terjadi
disebabkan murid yang tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf boleh mengakibatkan kesalahan dalam
memahami sesuatu ayat apabila membaca kerana
kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau
ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk
mengatasinya.

20

4.Tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang
boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara
tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

● Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat
menyebut seluruh perkataan,

● Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan
tidak lancar,

● Teragak-agak yang bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan
murid tidak pasti akan bacaannya.

21

● Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda
bacaan,

● Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
● Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
● Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengelip-ngelip mata,

mengerut dahi, menggeleng kepala dan sebagainya.
● Suara terlalu perlahan dan tidak jelas.

22

Cara mengatasi masalah dalam membaca

Bagi memastikan masalah dalam membaca dapat diatasi, terdapat beberapa cara yang
telah dikenal pasti. Cara-cara untuk mengatasi masalah dalam membaca adalah seperti
berikut:-

Ujian Saringan dan Diagnostik

- Ujian Saringan (US) adalah ujian yang dilakukan bagi menyaring pelajar-pelajar
berkeperluan khas daripada kelas perdana. Para guru akan dapat mengesan pelajar
mereka yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada ujian
tersebut.Di mana ujian ini dilakukan untuk meninjau kelemahan dan kekuatan pelajar
dalam kemahiran mata pelajaran asas.

23

(i) Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2M)
● Bertujuan bagi membantu pelajar yang masih belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.
● Membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran
khususnya dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.
● Strategi pengajaran dan pembelajaran KIA 2M melibatkan beberapa langkah
iaitu pencalonan, ujian penapisan, perancangan, instruksi, penilaian dan
tindakan susulan.

(ii) Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS)
● Bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai asas membaca,
menulis dan mengira serta mencapai keupayaan literasi dan numerasi.

24

Program Intervensi Masalah Ketidakupayaan Membaca

(i) Program Pembetulan Membaca
● Dijalankan untuk membantu para pelajar yang mengalami masalah membaca yang
ringan.
● Memerlukan perhatian yang khusus untuk menguasai komponen asas membaca.

(ii) Program Pemulihan Membaca
● Untuk membantu para pelajar yang mengalami ketidakupayaan membaca yang
sederhana dan berat.
● Perlu menjalani program membaca yang khusus daripada guru-guru yang terlatih.
● Lazimnya, kelas akan dijalankan di luar masa kelas biasa dan pelajar akan
diasingkan daripada para pelajar yang lain.

25

(iii) Program Membaca Klinikal
● Untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah
ketidakupayaan membaca yang berat.
● Pelajar memerlukan bantuan khusus dari seorang pakar klinikal dalam
bidang bacaan agar mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam
pembacaan.
● Pelajar juga memerlukan pemulihan fizikal atau terapi yang khusus
untuk menggalakkan mereka menguasai kemahiran membaca.

26

FAKTOR-FAKTOR

● Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal
seperti kerosakan otak dan juga yang bermasalah kesihatan masalah jantung,
kurang zat makanan yang serius dan sebagainya.

● Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan

Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau
perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca.
Kegalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejaskan emosi
mereka.

FAKTOR-FAKTOR

● Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak
mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakkan
keluarga, dan sebagainya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam
pelajaran termasuk keupayaan membaca

● Faktor Pendidikan

Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran
secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca
kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakkan
aktiviti sekolah dan penggunaan teknik pengajaran yang kurang
berkesan.

FAKTOR-FAKTOR

● Faktor Kognitif

Faktor kognitif dan Bahasa kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah
dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius.
Selari dengan masalah ini adalah tahap kognitif yang sehingga menyebabkan
proses membaca menjadi sangat sukar.

● Faktor Bahasa

Faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan
semantik dan sintaksis. Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan masalah
membaca kebiasaan wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi
kesan yang besar terhadap individu dan sosial kanak-kanak.

Masalah-masalah
dalam menguasai
peringkat bacaan

mentalis

30

Masalah-masalah dalam bacaan mentalis

Murid mudah hilang Murid tidak mampu Murid tidak dapat membaca pantas
tumpuan dan lemah daya berfikiran kompleks
ingatan Murid belum menguasai peringkat bacaan
Murid tidak dapat membaca mekanis sebelum masuk kepada peringkat
Murid yang mempunyai gangguan banyak perkara dalam masa bacaan mentalis.
emosi seperti bimbang dan takut yang sama dan memahami
yang menjejaskan tumpuan dan apa yang dibaca.
perhatian terhadap proses
pembacaan.

31

Cara Mengatasi Masalah Bacaan Mentalis

-Guru memberi bahan -Murid diasingkan -Murid diberikan pelbagai
bacaan secara daripada pelajar lain sumber untuk meningkatkan
berperingkat pemahaman
Murid diasingkan dengan
Bahan yang diberikan pelajar yang lebih cepat Ada pelajar yang tahu membaca,
bermula daripada bahan membaca bagi menjalani namun tidak dapat
bacaan yang ringkas dan proses pemulihan. Guru memahaminya. Jadi, guru boleh
mudah kepada bahan perlu memberi perhatian memberi kamus bergambar atau
bacaan yang banyak dan lebih kepada pelajar buku yang menarik untuk
sukar. dalam golongan ini. membantu murid memahami apa
yang dibelajarnya.

32

SEKIAN,
TERIMA KASIH

33


Click to View FlipBook Version