KELIM-KELIM
PN NURA’INUL FAZLEEN BINTI
KAMARUDIN
OBJEKTIF
Di akhir pengajaran dan pembelajaran,
pelajar dapat:
Mengetahui definisi kelim.
Mengenal pasti ciri-ciri kelim.
Menerangkan dengan jelas faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaian.
Mempelajari cara menjahit kelim.
2
DEFINISI KELIM
Kelim adalah salah satu proses jahitan
yang digunakan untuk menyambung
dua atau lebih kepingan fabrik.
FUNGSI KELIM
1. Mencantum bahagian pakaian
2. Mengukuhkan jahitan pakaian
3. Memberi bentuk
4. Sebagai hiasan pada pakaian
BELAH KANGKUNG
Open seam/flat seam
BETAWI PAPAN MESIN
French seam Machine fell seam
JENIS-JENIS
KELIM
LIPAT TINDIH PAPAN TANGAN
Lapped seam Hand fell seam
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KELIM
PADA PAKAIAN
1.Jenis fabrik
penggunaan fabrik yang digunakan untuk membuat kelim
memainkan peranan yang penting bagi penghasilan kelim yang
bermutu.
Contohnya fabrik nipis dan mudah berjerumbai adalah sesuai
menggunakan kelim betawi.
Manakala fabrik tebal pula lebih sesuai menggunakan kelim belah
kangkung.
Kelim lipat tindih dan kelim papan mesin pula adalah sesuai dijahit
pada fabrik yang sederhana tebal.
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KELIM
PADA PAKAIAN
2. Jenis Pakaian
Sebelum kelim dijahit pada pakaian, kita perlu pastikan kelim
yang akan digunakan sesuai dengan jenis atau stail pakaian.
Sebagai contoh, seluar jeans yang digunakan untuk aktiviti-
aktiviti lasak memerlukan kelim yang teguh.
Oleh itu, kelim yang sesuai dipilih ialah kelim papan mesin
kerana ia mempunyai dua barisan jahitan.
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KELIM
PADA PAKAIAN
3.Kedudukan Kelim Pada Pakaian
Kedudukan kelim pada pakaian amat penting bagi
memberi keselesaan kepada si pemakai.
Misalnya kelim lipat tindih sesuai dijahit pada bahu
mendatang dan skirt mendatang.
CIRI-CIRI KELIM YANG ELOK
1. Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-dua belah
pakaian.
2. Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya.
3. Kelim mestilah ditekan dengan baik.
4. Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke bahagian belakang
pakaian.
5. Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai dengan jenis
fabrik.
6. Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada garisan pemadan.
7. Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip sebelum
ditekan terbuka supaya ia rata.
1. KELIM BELAH KANGKUNG
Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat
sesuai untuk semua jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal.
Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar
pakaian.
Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris mata jahitan
yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.
KEDUDUKAN KELIM BELAH
KANGKUNG
Bahu
Rusuk
Lengan
Sambungan jalur serong
KEBAIKAN KELIM BELAH
KANGKUNG
Kelim ini rata
Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar
Ia tidak tebal
Kelim boleh dibuka apabila badan bertambah besar
KELEMAHAN KELIM BELAH
KANGKUNG
kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan.
tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
Ia kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan.
CIRI-CIRI KELIM BELAH
KANGKUNG YANG BAIK
Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
Kedua-dua belah kelim ditekan terbuka
Ia rata
Basi kelim dikemaskan dengan elok
Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah disnip
supaya boleh ditekan rata
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MEMBUAT KELIM BELAH KANGKUNG
Langkah 1:
temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan
13 mm
Tandakan
garisanpemadan
S.D.
Kelim belah kangkung - Langkah 1
Langkah 2 Jahit mesin
semat dan jelujur di atas garisan pemadan.
Jahit mesin .
13 mm
S.D.
Kelim Belah Kangkung - Langkah 2
Langkah 3
Buka kelim dan tekankannya
S.L.
Kelim belah kangkung - Langkah 3
CARA-CARA MENGEMASKAN
KELIM BELAH KANGKUNG
i. Jahit mesin
ii. Jahit lilit kemas
iii. Jahit insang pari
iv. Kun
v.Menggunakan gunting pucuk rebung
/bergerigi
vi.Jahit dengan mesin pengemas tepi
2. KELIM LIPAT
TINDIH
Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam
dan pelbagai jenis pakaian luar.
Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar.
Kelim tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan 3 lapisan
kain.
Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.
KEDUDUKAN KELIM
garisan bahu mendatang
garisan puteri
garisan pinggang
kelim lengan
pesak skirt atau gaun dan baju melayu
mengenakan ropol pada pakaian atau artikel
CONTOH KEDUDUKAN
KELIM
Contoh-contoh kelim lipat tindih pada pakaian
KEBAIKAN KELIM
LIPAT TINDIH
ia boleh menjadi hiasan pada pakaian
ia rata kerana lipatan kelim ditekan ke satu arah
ia kemas kerana tepi kain dikemaskan
is kukuh kerana dijahit di atas tiga lapisan fabrik
KELEMAHAN KELIM
JENIS INI
Ia tebal. Oleh itu ia tidak boleh digunakan pada fabrik tebal
CIRI-CIRI KELIM LIPAT
TINDIH YANG BAIK
Dijahit rapat pada tepi kelim
Lebarnya sekata
Mata jahitan tidak putus
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT
KELIM LIPAT TINDIH:
Langkah 1
Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan pemadan ke sebelah
dalam.
Jelujur di atas bahagian lipatan
Kelim Lipat Tindih – Langkah 1
Langkah 2
Tandakan garisan tengah hadapan, garisan pemadan dan kedut jika
perlu di bahagian bawah kelim
Kelim Lipat Tindih – Langkah 2
Langkah 3
Letakkan tepi yoke atas yang berlipat ke atas garisan pemadan bahagian
bawah pastikan dengan garisan tengah hadapan (GTH) bertemu.
Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan.
Cabutkan jelujur
Kelim Lipat Tindih – Langkah 3
CARA-CARA MENGEMAS KELIM
LIPAT TINDIH:
Dengan jahit insang pari
Dengan cara balutan sendiri
Dengan kun / pita jalur serong tepat
Dengan mesin pengemas tepi
Jahit Insang Pari Cara Balutan Sendiri
3. KELIM PAPAN
MESINKelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. Oleh itu,
kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana
tebal.
Kelim ini kukuh kerana ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan.
Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian. Jika
disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di
sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam.
Begitu juga sebaliknya.
Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang berwarna kontras
untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.
KEDUDUKAN KELIM
Kemeja
Blaus
Pijama
Seluar
Pakaian kerja
Jeans
KEBAIKAN KELIM PAPAN
MESIN
Kukuh kerana dijahit dua kali
Kemas kerana semua tepi fabrik TIDAK
kelihatan
Rata
Mudah didobi
Boleh dijadikan sebagai hiasan sekiranya
menggunakan warna benang yang berlainan.
KELEMAHAN KELIM
PAPAN MESIN
Tidak sesuai untuk fabrik yang tebal
Dua baris jahitan kelihatan di sebelah luar jika
kelim dibuat di sebelah luar
Memerlukan masa dan kos yang lebih untuk
membuatnya
CIRI-CIRI KELIM
PAPAN MESIN
Dua baris jahitan kelihatan sama ada di sebelah
luar (S.L) atau sebelah dalam (S.D)
Lebar kelim yang siap biasanya adalah 6mm dan
ia mesti sekata
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT
KELIM PAPAN MESIN
Langkah 1 Jahitan
mesin
Temukan dua keping fabrik sebelah
dalam berhadapan
Semat , jelujur dan mesin di atas
garisan pemadan
Cabutkan jelujur.
S.L
Kelim Papan Mesin – Langkah 1
Langkah 2
Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang pakaian sehingga
5mm.
Gunting basi jahitan kelim di bahgain hadapan sehingga 13 mm.
Langkah 3
Lipatkan bahagian hadapan yang lebih panjang ke atas
bahagian belakang di atas garisan pemadan
Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan
S.L
Kelim Papan Mesin – Langkah 3
Langkah 4
Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang pakaian.
Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan
Cabutkan jelujur
(Tepi yang berlipat mengadap ke belakang pakaian).
Kelim Papan Mesin – Langkah 4
Kelim Papan Mesin – Langkah 4
4. KELIM BETAWI
Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim.
Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis, jarang dan mudah berjerumbai.
Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya tersembunyi.
Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai 2 kali jahitan.
Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana ia
agak sukar dijahit pada bahagian melengkung.
KEDUDUKAN
KELIM BETAWI
Pakaian kanak-kanak
Blaus
Pijama
Pakaian dalam
Pakaian bayi
KEBAIKAN MENGGUNAKAN
KELIM BETAWI
Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat 2 kali
jahitan.
Ia kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan
Ia mudah didobi.
Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang mudah
berbulu.
KELEMAHAN MENGGUNAKAN
KELIM BETAWI
Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal.
Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian.
Ia mengambil masa yang lama untuk kering.
Lebar kelim yang siap ialah 6 mm.
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT
KELIM BETAWI
Langkah 1
Temukan dua keping fabrik dengan sebelah dalam
berhadapan.
Semat dan jelujur di garisan pemadan.
Mesin 5mm di atas garisan pemadan.
Kelim Betawi – Langkah 1
Langkah 2
Tanggalkan jelujur dan gunting lebar basi hingga 3-4 mm
seperti rajah 1.20.
Balikkan ke sebelah dalam dan tekan buka basi kelim
Kelim Betawi – Langkah 2
Langkah 3
Balikkan ke sebelah luar dan lipat mengikut garisan mesin.
Tolakkan kelim ke atas untuk mengelakkan kelim dari
beralur.
Jelujur dan mesin 6mm dari jahitan yang pertama.
Kelim Betawi – Langkah 3
Langkah 4
Cabut jelujur dan tekan kelim ke satu arah
6mm
Contoh Kelim
betawi yang
telah siap
dijahit
Kelim Betawi – Langkah 4