The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Leen Najib, 2020-11-24 20:32:59

Cara Menjahit Kelim Pakaian

Langkah menjahit kelim

KELIM LIPAT TINDIH

❖ Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang sangat berguna
bagi pakaian dalam dan sebahagian pakaian luar.

❖ Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pakaian terutama bila
merupakan potongan istimewa untuk memperlihatkan mata jahitan
pada kelim di sebelah luar.

❖ Ia dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu
menindih yang lain.

❖ Kelim ini kukuh kerana ia dijahit tiga lapisan fabrik.
❖ Digunakan untuk melekat/mencantum bahagian pakaian dan

skirt,sambungan di pinggang untuk potongan sendat di pinggang,
memasang bahu mendatang, ropol serta pita.
❖ Bahagian yang rata hendaklah diletakkan di atas bahagian yang
mengelembung kedut lepas,lipatan halus dan sebagainya.
❖ Jika kedua-dua kepingan yang hendak disambung, letakkan
bahagian atas pakaian itu di atas bahagian bawah pakaian.
❖ Kelim ini tidak digunakan pada fabrik-fabrik tebal.

Langkah:

1. Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan pemadan di sebelah
dalam dan dijelujur.

2. Tandakan garisan tengah, garisan pemadan dan kedut jika perlu di
bahagian bawah kelim.

3. Letakkan tepi bahagian atas yang berlipat di atas garisan pemadan
bahagian bawah kelim dengan garisan tengah bertemu.

4. Jelujur dan tetapkan dengan jahitan mesin di tepi lipatan sebelah atas.
5. Cabut jahitan jelujurnya.

Basi kelim lipat tindih boleh dikemaskan dengan:

a) Jahitan insang pari.

b) Bentuk pucuk rebung.

c) Jahitan mesin.

d) Jahitan lilit kemas.

e) Menggunakan tepi fabrik.

f) Kun sendiri



Kelim Papan Tangan

❖ Kelim papan mesin ialah kelim berjahit dua kali yang boleh dibuat di
sebelah luar pakaian atau di sebelah dalam pakaian.

❖ Kelim ini rata, kukuh dan sesuai untuk fabrik nipis dan tebal.
❖ Lebar kelim yang siap biasanya berukuran 4mm hingga 6 mm.
❖ Ia digunakan untuk membuat pakaian dalam, kemeja, blaus kemeja,

pijama, seluar, pakaian kerja, jean dan pada fabrik bercorak.

Kebaikannya:
1. Kukuh kerana terdapat dua baris jahitan.
2. Kemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatan.
3. Rata.
4. Mudah dicuci/didobi.

Keburukannya:
1. Tebal dan berat bila digunakan pada fabrik tebal.
2. Dua baris jahitan mesin kelihatan di sebelah luar pakaian jika kelim ini
dibuat dari
sebelah luar.

Langkah:
1. Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik.
2. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin di garisan
pemadan.
3. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.
4. Trim basi kelim bahagian belakang supaya kuraNg dari ukuran yang
siap.
5. Buat lipatan selebar kira-kira 5 mm pada tepi basi kelim bahagian
hadapan.
6. Lipatkan ke arah belakang pakaian.
7. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin di atas tepi
yang berlipat.
8. Tekan dan seterika kelim supaya rata.



Kelim Lipat Tindih Dengan Kemasan Kun Sendiri

Langkah:
1. Dari sebelah dalam gunting kedua basi lipatan, bahagian atas
hingga tinggal 1cm dan bahagian bawah kurang sikit dari
1.5cm.
2. Lipat basi yang lebar di sisi yang kecil.
3. Semat jelujur dan sembat lipatan pada setiap jahitan mesin.

Kelim Belah Kangkung
❖ Kelim belah kangkung ialah sejenis kelim yang popular dan mudah

dijahit.
❖ Kelim ini rata dan tidak kelihatan di sebelah luar artikel atau pakaian.
❖ Kelim ini juga sesuai untuk menjahit kebanyakan artikel dan pakaian.
❖ Lebar kelim yang telah siap dijahit ialah antara 12 mm hingga 16 mm.

Langkah:
1. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik.
2. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin di garisan
pemadan.
3. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.

Kelim Belah Kangkung Kemasan Jahitan Mesin
❖ Cara ini adalah paling sesuai untuk kain nipis.

Langkah:
1. Buat satu tolok kelepet lebar ½ “. Ukur lebar kelim dari garisan
pemadan.
2. Lipatkan tepi kelim ¼ “ ke dalam.
3. Jahit jelujur dan kemudian mesinkan berdekatan dengan lipatan.
4. Cabut jelujur dan tekan dengan seterika.

Kelim Belah Kangkung Kemasan Gunting Pucuk Rebung
❖ Cara ini paling sesuai untuk kain-kain yang bertenun rapat dengan
benang-benangnya tidak terurai atau mudah berbulu atau untuk
pakaian-pakaian yang tidak dibasuh selalu.

Langkah:
1. Ukur dengan tolok kelepet dan mesinkan ½ “ dari garisan pemadan.
2. Guntingkan tepinya gunting bentuk pucuk rebung.

Kelim Belah Kangkung Kemasan Insang Pari
❖ Cara ini paling berkesan untuk kain yang ditenun dengan benang
yang mudah terurai dan berbulu.

Langkah:
1. Ukur dengan tolok kelepet dan mesinkan ½ “ dari pemadan
2. Gunting hampir dengan jahitan mesin
3. Jahit insang pari dari kiri ke kanan.

Kelim Belah Kangkung Kemasan Jahitan Lilit Ubi
❖ Cara ini paling sesuai untuk kain-kain yang mudah berbulu.

Langkah:
1. Ukur dengan tolok kelepet dan mesinkan ½” dari garisan
pemadan
2. Gunting hampir dengan jahitan mesin
3. Jahit lilit ubi tepinya dari kiri ke kanan dengan jarumnya
dicondongkan.

Kelim Belah Kangkung Kemasan Kun
❖ Menggunakan pita lurus – sesuai bagi kain-kain tebal.

Langkah:
1. Ukur ½” dari garis pemadan dan gunting tepinya rata-rata.
2. Temukan pita lurus pada tepi kelim supaya bahagian atas kecil
sedikit daripada bahagian bawah.
3. Jahit jelujur dan mesinkan. Cabut jelujur.

Kelim Betawi

❖ Kelim betawi ialah sejenis kelim yang kukuh dan halus.
❖ Kelim ini sesuai digunakan untuk menjahit fabrik nipis dan fabrik yang

mudah berjerumbai.
❖ Kelim ini mempunyai dua baris jahitan.
Ciri-ciri kelim betawi:
a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.
b) Kelim tidak beralur di jahitan pertama.
c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.
d) Kelim tidak bergulung.
e)Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.

Langkah:
1. Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik dan jahit dengan jahitan
jelujur di garisan pemadan.
2. Jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6 mm di luar garisan pemadan.
3. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.
4. Trim basi kelim hingga tinggal 4 mm dari garis jahitan pertama.
5. Lipat kelim supaya sebelah luar bertemu.

6. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6
mm dari tepi kelim di garisan pemadan.

7. Tekan dan seterika ke arah belakang pakaian.
Kelim Belah Kangkung Kemasan Jahit Tepi (Edging)

❖ Cara menjahit kelim ini sesuai untuk fabrik sederhana tebal dan mudah
berjerumbai.

Langkah:
1. Temukan kain dengan sebelah luar berhadapan.
2. Padankan garisan pemadannya, semat dengan peniti dan
jelujur mengikut garisan itu.
3. Jahit mesin di sepanjang garisan yang dijahit dengan jelujur.

4. Tanggalkan jelujur. Buka kelim dan seterika.
5. Kemaskan tepi kelim belah kangkung dengan mesin jahit tepi.

Kelim Belah Kangkung Kemasan Tepi Fabrik

❖ Tepi kelim kemas dengan sendirinya dan paling sesuai untuk fabrik
tebal.

❖ Ia tak perlu di jahit dengan sebarang jenis jahitan.
❖ Pastikan kelim belah kangkung kedua-dua belahnya digunakan pada

hujung tepi fabrik.

Snip & Notch

SNIP
❖ Menggunting tegak basi kelim dengan menggunakan hujung gunting.
❖ Basi kelim bentuk cembung disnip untuk meratakan kelim.

NOTCH
❖ Atau namannya gunting baji ialah guntingan yang berbentuk baji
pada basi kelim.
❖ Basi kelim digunting baji untuk mengurangkan ketebalan dan
meratakan kelim.


Click to View FlipBook Version