MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
TUGASAN
MPU 3332
ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA
SEMESTER FEBRUARI 2023
Tajuk: Bincangkan kesan negatif ideologi sekularisme dan
kemukakan kaedah menanganinya mengikut perspektif Islam.
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA AHLI KUMPULAN ID STUDENT
RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD HANIF 54214122081
MARIA NAJIHAH BINTI MOHD SALLEH 54214122030
SITI SARAH SYAHADAH BINTI MOHD ZAHARI 54220122001
FATIN FATIHAH BINTI MAT DESA 54211122006
MAKLUMAT AHLI KUMPULAN
Nama Pelajar : Rabiatul Adawiyah binti Mohd Hanif
No. ID : 54214122081
Kursus : BET Mechanical Design
Nama Pelajar : Maria Najihah binti Mohd Salleh
No. ID : 54214122030
Kursus : BET Mechanical Design
Nama Pelajar : Siti Sarah Syahadah binti Mohd Zahari
No. ID : 54220122001
Kursus : BET Mechanical Design
Nama Pelajar : Fatin Fatihah Binti Mat Desa
No. ID : 54211122006
Kursus : BETA mechanical
2
ISI KANDUNGAN
NO. KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan 4
2.0 Definisi ideologi sekularisme 6
3.0 Sejarah sekularisme 7
3.1 pengasas idea sekularisme 7
3.2 sekularisme 8-9
4.0 Perkembangan ideologi sekularisme 10-11
5.0 Kesan ideologi sekularisme kepada umat Islam 12-15
6.0 Cadangan menangani ideologi sekularisme 16
7.0 Kesimpulan 17
8.0 Bibliografi (Rujukan) 18
3
1.0 Pendahuluan
Sekularisme ialah konsep kerajaan ataupun entiti lain yang harus wujud secara
terasing dari agama atau kepercayaan masing-masing. Sekularisme juga
membawa maksud pemisahan antara agama dan urusan dunia. Menurut Waber,
sekularisme merupakan suatu proses yang berlanjutan dan terbuka di mana nilai-
nilai pandangan diperbaharui sesuai dengan perdaran zaman. Sekularisme
menganggap bahawa agama tidak ada kena mengena dengan kehidupan. Lebih
buruk lagi, fahaman itu menganggap agama menyebabkan kemunduran dan
memberi kesan kepada hidup seseorang.
Pengaruh fahaman ini begitu kuat masuk dan mempengaruhi ke dalam pemikiran
umat Islam sehingga ia berjaya menguasai mereka. Lebih jauh daripada itu ia
turut sama membina dan mencorakkan budaya serta cara hidup masyarakat malah
sehingga menggugat akidah dan kepercayaan mereka. la menjadi suatu ‘sindrom’
yang sedang meresapi minda dan budaya umat Islam, sekaligus telah
mencetuskan kemelut pemikiran yang mencemari nilai dan budaya Islam yang
bersumberkan wahyu llahi.
4
Dalam pemikiran sekularisme Barat sekular, agama dianggap sebagai satu
budaya. la dicipta oleh manusia purba. Pencipta alam tidak wujud dan tidak
mewahyukan sebarang hukum hakam kepada manusia. Pemikiran sekularisme
kini menjadi masalah global kerana hampir semua negara di seluruh dunia
melaksanakan sistem sekularisme iaitu memisahkan hal ehwal negara daripada
nilai-nilai yang ditetapkan oleh Allah, tuhan semesta alam. Sekularisme kini
menjadi penghalang besar kepada manusia untuk mendapat manfaat yang banyak
daripada keadilan dan kesempurnaan hukum hakam dan perundangan Allah
S.W.T. Islam mampu untuk menyelesaikan masalah sosial yang menjadi-jadi.
Islam mempunyai formula yang berkesan untuk menyatupadukan pelbagai
bangsa, budaya dan bahasa. Pengkaji-pengkaji di Barat mendapati bahawa ada
kuasa pemodal elit antarabangsa ‘llmuniat’ yang mendapat manfaat daripada
keruntuhan moral, keluarga, dan perpecahan di antara satu bangsa dengan bangsa
lain malah antara satu kelas dengan kelas yang lain. Sekularisme sebagai suatu
fahaman induk melahirkan fahaman materealisme, emfermisme dan humanisme.
5
2.0 Definisi Ideologi Sekularisme
Sekularisme, berdasarkan etimologinya berasal daripada perkataan Latin
‘saeculum’ yang mempunyai pengertian masa dan tempat. Perkataan saeculum
memberi maksud ‘masakini di sini’, yang mana ‘masakini’ merujuk kepada masa
sekarang dan ‘di sini’ pula merujuk kepada di dunia ini. Menurut al-Attas (2019),
sekularisme adalah satu fahaman pemisahan antara yang bersifat agama (sacred)
dan yang bersifat dunia (profane) yang saling dapat dipertemukan (Ugi Suharto,
2002, Al-Attas, 2019). Seawal tahun 1846, George J. Holyoake telah mula
mempersoalkan tentang agama dan memperkenalkan doktrin sekularisme dalam
majalah Reasoner di England. Beliau memberikan penumpuan untuk
mengasaskan masyarakat sekular demi menangani pengaruh institusi agama
(David Paterson. 2001). Seterusnya Harvey Cox (1965), seorang ahli teologi
Harvard telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Secular City di mana
beliau menghuraikan tentang proses sekularisasi sebagai pembebasan manusia
daripada kawalan agama dan metafizik daripada aqal dan bahasanya (Harvey
Cox, 1965 dalam nota kaki al-Attas, 2019).
6
3.0 Sejarah Sekularisme
3.1 Pengasas Idea Sekularisme
Thomas Hobbes
Pengasas secularism
Lahir di westport 1588
Pendidikan di oxford dan pernah tinggal di belanda sebagai setiausaha duta
Menulis leviathan(1651)
Philosophical rudiments concerning government and society(1651)
Of liberty and necessity(1654)
Punca terbitnya idea sekularisme:
Tidak berpuas hati dengan monarki barat yang mencengkam dan
mengongkong rakyat
-falsafah generasi kedua ini tidak lagi berlawan dengan gereja semata-mata
kerana reformation dan enlightement telah lama berakhir.
7
3.2 sekularisme
Sekularisme telah muncul di Eropah bermula di Itali pada abad
pertengahan Masihi. Abad ini merupakan detik yang banyak membawa
perubahan terhadap perkembangan tamadun Eropah di dalam pelbagai
aspek, termasuklah perubahan sikap terhadap nilai keagamaan masyarakat
Eropah itu sendiri. Kelahiran sekularisme di saat berlakunya perubahan ke
atas pembaharuan semula ini sememangnya telah diramalkan oleh
beberapa orang cerdik pandai dan ahli falsafah Eropah pada masa itu.
Francis Auguste Comte, salah seorang ahli falsafah sosiologi abad
pertengahan telah meramalkan bahawa akan terjadinya suatu percambahan
ilmu dan keruntuhan agama. Manakala seorang penyair German, Fredrich
Nietzsche telah meramalkan bahawa di dunia Barat “Tuhan telah mati “.
Jelasnya para ahli falsafah, penyair-penyair dan pengarang-pengarang
barat telah menyakini akan datangnya suatu peristiwa pembebasan dari
tuhan dan agama. Oleh kerana berlakunya perubahan suasana ini yang
telah diyakini oleh para cendikiawan barat pada masa itu, mereka mula
merasakan bahawa umat Kristian tidak akan dapat melarikan diri dari krisis
agama yang akan timbul kesan daripada sekularisme. Sebagai langkah
awal untuk mengelakkan dari berlakunya masalah yang mencabar
masyarakat mereka ini, maka terdapat di kalangan mereka telah cuba untuk
mencari jalan bagi menyesuaikan agama Kristian dengan fahaman sekular
yang akan melanda mereka. Akhirnya mereka mendakwa bahawa
sekularisme sememangnya telah ada dalam kepercayaan kitab Injil dan
merupakan salah satu daripada ajaran kitab Injil itu sendiri. 5 Detik inilah
yang merupakan titik pertama lahirnya sekularisme. Pelakuan para cerdik
pandai Eropah ini jelas menunjukkan sikap mereka yang sekular sebelum
arus sekularisasi yang sebenar menimpa mereka dengan mengetepikan soal
8
maruah agama mereka untuk menyesuaikan agama dengan keadaan yang
berlaku sehingga agama telah diselewengkan oleh mereka
9
4.0 Perkembangan ideologi sekularisme
Sudah difahami bahawa sekularisme adalah satu ideologi. Ini kerana
ideologi berasal daripada perkataan idea yang bererti pemikiran dan logik
berasal dari perkataan ‘logos’ yang bererti ilmu yang menerbitkan istilah
ini. Sekularisme juga agama ciptaan manusia atau agama budaya. Ini
kerana ia berasaskan spekulasi akal dan meditasi kejiwaan, bukannya
berdasarkan wahyu dan kitab-kitab sebagai panduan. Kitab-kitab panduan
mereka dihasilkan oleh para intelektual mereka sendiri yang boleh
dikatakan jahiliah moden. Sekularisme bermula di Barat yang bermatlamat
untuk menegakkan kuasa pemerintahan dengan penekanan kepada
manusia dan duniawi sehingga manusia didewakan dan Tuhan pula
dimanusiakan. Semasa serangan orang Gasar pada permulaan zaman
Pertengahan yang juga dikenali sebagai zaman Gelap maka telah lahir
institusi agama yang menjadi penyelamat tamadun Eropah sehingga
Maharaja Constantine (tahun 313 Masihi) menjadikan agama Kristian
sebagai agama rasmi bagi seluruh empayar Rome.
Perlu dijelaskan, Eropah melalui pelbagai zaman untuk mencapai kepada
pensekularan yang abadi dalam kehidupan. Sejarah Eropah boleh dilihat
dari zaman Helenistik, Pax Romana, Zaman Gelap dan kemuncak Zaman
Pertengahan bagi asal-usul zaman moden di Eropah membawa kepada
Renaissance terus berkembang hingga sekarang. Ternyata terdapat unsur-
unsur sekular terutaman selepas Zaman Kebangkitan atau Pencerahan di
Eropah. Oleh itu, kita akan lihat pelbagai jenis pensejarahan yang
melibatkan semua aktiviti manusia sehingga mewujudkan sekularisme dan
pelbagai aliran serta tokoh yang berkenaan. Seterusnya ia dapat
memperlihatkan kepada kita latar belakang masyarakat dan permasalahan
nya ketika itu.
10
Sejarah sekularisme timbul akibat ketidakpuasan masyarakat Eropah
terhadap pihak gereja yang berkuasa secara mutlak dalam segala lapangan
hidup. Kebanyakan orang yang berpendidikan adalah golongan agama
kerana mereka perlu membaca dan mentafsirkan Kitab Injil untuk
disebarkan kepada orang ramai. Paus pula dianggap mewakili Tuhan
sampaikan segala keputusan dan perintahnya perlu dihormati dan dipatuhi.
Malah ia berhak dalam menentukan siapa yang harus menjadi raja dan
boleh mengampunkan dosa seseorang. Kegiatan ilmu pengetahuan pula
didapati berada di bawah pengawasan dan persetujuan mereka.
Tegasnya, apabila terjadi perkembangan ilmu-ilmu pengetahuan di dunia
Islam yang merebak ke Eropah bermulalah perubahan dalam pemikiran
mereka. Perubahan ini melahirkan tokoh-tokoh dan aliran-aliran serta
pernyataan bantahan terhadap gereja yang menindas kegiatan ilmiah dan
kebebasan individu. Akhirnya muncullah gagasan sekular iaitu pemisahan
kuasa keagamaan dan duniawi. Ini bermakna golongan sekular bertindak
menggunakan akal dalam urusan keduniaan tanpa terikat dengan kehendak
agama. Untuk itu, Marsilio Padua iaitu seorang ahli falsafah terkenal
zaman Kemuncak Pertengahan terlibat dalam pertikaian antara golongan
pemerintah dan gereja melalui bukunya Defensor Pacis. Beliau
menganjurkan supaya hak menggubal undang-undang dan hak memerintah
diberi kepada kerajaan pusat dan pihak gereja tidak harus melibatkan diri
dalam pentadbiran negara. Ini bermakna telah wujud idea pemisahan
tersebut oleh ahli falsafah walaupun mendapat kritikan hebat dari institusi
gereja.
Menurut Qasim Ahmad “Revolusi Perancis juga dikatakan sebagai
peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem
pemerintahan dan pemikiran.” Malah pergerakan ini juga disifatkan
sebagai satu revolusi intelektual.
11
5.0 Kesan Sekularisme Terhadap Masyarakat Islam
Pemikiran
Ia dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta
keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Keraguan terhadap rasul, para
malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar
menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan
pendapat aliran-aliran Barat. Masyarakat islam mula mempertikaikan hal-
hal agama terutamanya yang beruipa metafizika dan tidak logik pada
pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan solat
dan sebagainya.
12
Sosial
Kedapatan perubahan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak,
gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan
kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak
seimbang. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-
gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, homoseks dan bohsia semakin
berleluasa peningkatannya.
Politik
Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di negara-negara Islam
seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Pada
dasarnya, matlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa
bertentangan dengan politik Islam yang memandang jawatan itu sebagai
amanah dan tugas khallifah Allah. Begitu juga, apabila berkuasa,
13
hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan amanah,
tanggungjawab dan kebajikan kepada masyarakat.
Ekonomi
Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan
sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa
memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan sertakebajikan
masyarakat.
Pendidikan
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa
mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi
14
membentuk akhlak dan moral. Sistem pendidikan dualisem telah
diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam.
Perundangan
Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem
perundangan barat menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu
mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan
golongan yang mengamalkannya. Kerajaan Mesir umpamanya telah
menghapuskan mahkamah syariah dengan memasukkan peranannya di
dalam struktur mahkamah sivil negara.
15
6.0 Cadangan menangani ideologi sekularisme
Antara cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi isu sekularisme ini ialah
Ulama Islamperlulah mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan
berusaha memberi gambaran sebenarkepada umat Islam dalam pelbagai
cara seperti penulisan ilmiah, ceramah, katalog dansebagainya tentang
bahayanya sekularisme ini dan mengajar mereka agar dapat
menguasaisegala ilmu dan prinsip-prinsip Islam supaya mereka tidak jahil
tentang ilmu agama Islam. UlamIslam mestilah menghidupkan sunnah
dalam kehidupan dan menzahirkan keunggulan Islam,bersatu menolak dan
mengkritik para intelektual sekular agar fahaman mereka tidak
menulardalam fikiran umat Islam
Pihak berkuasa mestilah mengharamkan segala media yang boleh
merosakkan nilai murnimasyarakat Malaysia dengan menukarkan kepada
alternatif yang bermanfaat agar dapatmendidik dan sekaligus dapat
melahirkan masyarakat yang berpekerti mulia agar dapatmelahirkan
masyarakat yang maju berdasarkan syariat Islam. Media-media yang
berunsurhiburan semata-mata dan yang merosakkan akidah seperti konsert
atau rancangan televisyenyang tidak bermanfaat hendaklah disekat agar
masyarakat Malaysia tidak terpengaruh denganperkara-perkara tersebut.
Hiburan barat seperti filem yang berunsur lucah juga hendaklah ditapisagar
masyarakat Malaysia bebas daripada maksiat tersebut dan perbuatan lucah
tidakdinormalisasikan di Malaysia.
16
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, ideologi sekularisme ini merupakan agenda barat yang
ingin menghancurkanumat dan kekuatan Islam. Kesan penjajahan budaya
begitu mendalam sehingga mengganggugugat identiti jati diri yang
sedia ada pada sesebuah masyarakat. Manusia akan terusmengejar
dunia semata-mata dan terus melupakan urusan akhirat. Sama ada kita
mahu atautidak, itu hakikatnya. Identiti diri masyarakat yang asal
termasuklah perkara-perkara yangamat penting seperti akidah keagamaan
akan hilang tanpa kefahaman yang sebenar terhadapmaksud terselindung
di sebalik falsafah yang disebarkan ini.
17
8.0 Bibliografi (Rujukan)
▪ https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-
mara/philosophy-and-current-issues/kesimpulan/44813132
universiti teknologi mara (falsafah and current issue)
▪ https://ijm.unishams.edu.my/images/pdf_file/2020/sub_folder/all_j
ournal_IJM-162-173_-Sekularisme_Faktor_dan_Kesan.pdf
Unisham (sekularisme dan faktor)
▪ http://journalarticle.ukm.my/11753/1/16264-45569-1-PB.pdf
Ukm (journal article about isu-isu agama)
18