ATUR CARA MAJLIS
2.00 petang - Ketibaan Para Jemputan
2.30 petang - Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor
2.40 petang - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri Selangor
- Bacaan Doa
- Ucapan Alu-aluan
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
- Ucapan Perasmian
Pengarah JPN Selangor
- Upacara Menaikkan Bendera Hari Guru
- Ikrar Hari Guru
- Persembahan Koir Guru
- Penyampaian Anugerah Tokoh Guru
4.30 petang - Jamuan dan Persembahan
5.00 petang - Majlis Bersurai
1 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
KATA ALU-ALUAN
Pengarah Pendidikan Selangor
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-
Nya, dapat kita bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Petaling Utama bagi tahun 2019.
Terlebih dahulu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat
Hari Guru” dan “Terima Kasih Cikgu” kepada semua guru di Daerah Petaling
Utama. Peranan dan tanggungjawab para guru sangat murni dalam usaha untuk membentuk anak bangsa
yang berkualiti serta berkeperibadian mulia bagi merealisasikan kecemerlangan dan kegemilangan negara.
Pada setiap tahun, warga pendidik akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei dengan tema yang khusus.
Sambutan kita pada tahun ini bertemakan “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi.” Dalam konteks ini,
peranan warga guru amat penting bagi memastikan bahawa semangat guru sebagai pendidik dalam erti
kata yang sebenarnya terus berkobar-kobar malah tidak henti-henti disemarakkan agar pembinaan insan
dan perkembangan murid secara holistik menjadi tunjang utama tugas guru di dalam bilik darjah. Matlamat
akhirnya ialah setiap insan yang dilahirkan daripada sistem pendidikan Malaysia berjaya memperlihatkan
keperibadian yang berhemah unggul dan bitara supaya keintelektualan yang dijanakan dapat diimbangi
oleh nilai-nilai munusiawi dan kerohanian untuk menjadi insan yang mulia.
Hal ini juga bemakna bahawa keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan melahirkan generasi
masa depan yang peka dengan perubahan landskap pendidikan dan cabaran abad ke-21. Sehubungan
dengan itu, warga guru perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berpusatkan murid.
Tumpuan perlu diberikan pada pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi, iaitu kemahiran berfikir se-
cara kritis, analitis dan kreatif, selain kemahiran komunikasi dan kolaboratif serta penerapan nilai murni dan
etika yang menjadi kemahiran penting dalam pendidikan abad ke-21.
Pada kesempatan ini juga, saya menyeru seluruh warga pendidik supaya berusaha menjadi lebih kreatif,
inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang dapat memberikan manfaat kepada murid-murid. Ini
selaras dengan kehendak visi dan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Sesungguhnya, mendidik merupakan tugas yang amat mulia dan tidak ternilai harganya. Warga guru
haruslah gigih, ikhlas, jujur serta terus bekerja dalam satu pasukan. Terjemahkanlah tanggungjawab dan
peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan pemberian khidmat yang terbaik kepada
negara.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas pengorbanan
dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Sesungguhnya, usaha para guru untuk melahirkan
insan cemerlang yang seimbang tidak ternilai harganya dan akan sentiasa disanjung tinggi oleh
masyarakat dan negara. Terima Kasih Cikgu!
Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
SELAMAT HARI GURU
MOHD SALLEH BIN MOHD KASSIM, S.I.S.
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
2 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
KATA ALU-ALUAN
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat
kerana merealisasikan acara tahunan ini, iaitu Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Petaling Utama, dalam satu permuafakatan yang jitu,
utuh dan cemerlang.
Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat dan kurnia-Nya,
kita dapat bersama-sama untuk meraikan sambutan Hari Guru peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Utama Tahun 2019. Sambutan ini amat penting untuk kita semua kerana kitalah
warga pendidik yang sentiasa setia mengilmukan nusa dan bangsa kita. Oleh itu, tidaklah keter-
laluan jika dikatakan bahawa hari ini ialah hari yang amat bermakna untuk kita semua.
Kita sedia maklum bahawa guru-guru kita pada hari ini semakin sarat dengan muatan
tanggungjawab dan kewajipan untuk mendepani dunia pendidikan yang makin mencabar mental,
fizikal, emosi dan intelektual. Walau bagaimanapun, guru-guru mestilah senantiasa setia
berpegang pada amanah luhur sebagai pendidik dengan menyedari bahawa walau betapa berat
dan sukar cabaran-cabaran baharu, tujuannya ialah pembinaan nusa dan bangsa yang maju dan
berjaya. Oleh sebab itu, guru-guru mestilah mensyukuri profesion mulia ini, berasa bangga
dengan hala tuju pendidikan di Malaysia dan seterusnya bertungkus lumus untuk memainkan
peranan bagi merealisasikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jika kita meneliti peranan mutakhir yang perlu dimainkan oleh guru-guru, kita akan mendapati
bahawa kewajipan ini sejajar dengan tema Hari Guru kita pada tahun ini, iaitu “Guru, Obor
Hemah Menyinari Pertiwi”. Tema ini menjelaskan bahawa guru memainkan peranan yang amat
berpengaruh sebagai agen pemantapan sahsiah generasi muda agar seluruh rakyat Malaysia
menampilkan peribadi yang berhemah tinggi, iaitu menjadi modal insan yang holistik dan
seimbang. Sehubungan dengan itu, kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat
dengan kesedaran, keinsafan, integriti dan tanggungjawab yang diamanahkan. Apabila perkaitan
ini disedari, maka guru akan melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi, mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi selaras dengan keperluan industri semasa dan dalam masa yang
sama melahirkan warga bersahsiah mulia.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Tokoh Guru PPD Petaling Utama tahun 2019 dan berharap agar Sambutan Hari Guru sebegini
akan menyemarakkan semangat dan keiltizaman seluruh warga pendidik Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Utama untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat dan harapan negara demi
kecemerlangan kita dalam dunia pendidikan.
Sekian, Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu!
(AZMI BIN MISRON)
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA
3 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
LOGO HARI GURU
1. Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik,
Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca
serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang
berbudaya membaca.
2. Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik
murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang
hajat.
3. Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang
guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru -
jasa guru tidak ternilai.
4 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
IKRAR & LAGU
IKRAR HARI GURU LAGU KAMI GURU
MALAYSIA
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Dengan ini berikrar Mendidik dan memimpin
Mendukung terus cita-cita kami Putera puteri Negara kita
Terhadap tugas kami Pada Seri Paduka
Dan menyatakan keyakinan kami Kami tumpahkan setia
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Rukun Negara kita
Kami akan berbakti Panduan hidup kami semua
Kepada masyarakat
Dan negara kami. Di bidang pembangunan
Kami sentiasa menjunjung Kami tetap bersama
Perlembagaan Negara Membantu membina
Kami mengamalkan Negara yang tercinta
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa. Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
5 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
TEMA HARI GURU
2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2017 Guru Pembina Negara Bangsa
2016 Guru Pembina Negara Bangsa
2015 Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
6 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
TOKOH GURU 2019
Ruth Cheah Kah Yok
Puan Ruth Cheah Kah Yok dilahirkan pada 20 Februari 1956 dan bersara dalam
perkhidmatan awam sebagai pengetua pada tahun 2016. Beliau telah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Butterworth dan merupakan bekas
pelajar di Sekolah Menengah St. Mark Butterworth. Seterusnya pada tahun 1980,
beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Bersama Pendidi-
kan dari Universiti Sains Malaysia.
Setelah tamat pengajian, beliau memulakan tugas sebagai pendidik di
SMK Sultanah Asma, Alor Setar pada tahun 1980 hingga 1986. Dari tahun 1987 hingga 2011, beliau telah
berkhidmat di SMK Damansara Jaya dan pernah memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Ba-
hasa Inggeris, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Pentadbiran dan Memangku jawatan Pengetua. Se-
terusnya, beliau memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seksyen 10, Kota Damansara
pada tahun 2011 hingga 2012. Beliau telah memegang jawatan sebagai pengetua di SMK Tropicana pada tahun
2012 hingga 2016 dan menamatkan perkhidmatannya di sekolah yang sama. Kini, beliau bertugas sebagai Pen-
garah Program ‘A-Levels’ di Kolej Sunway.
Antara sumbangan dan pencapaian yang diperolehi beliau semasa dalam perkhidmatan ialah berjaya
menempatkan SMK Tropicana sebagai Johan bagi program Tarian Cina Kebangsaan peringkat kebangsaan pada
tahun 2013 dan mendapat Naib Johan pada tahun 2014. Selain itu, beliau berjaya menerajui SMK Tropicana
hingga memperoleh lonjakan saujana Peperiksaan SPM dan PMR tertinggi peringkat negeri Selangor pada tahun
2012.
Beliau juga bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Antaranya beliau menjadi penceramah untuk
cohort ‘Teach For Malaysia’ Leadership Talk. Beliau juga pernah menghasilkan artikel yang bertajuk ‘The Call For
Quality Education’ dan ‘Important Decision After SPM’.
Pada tahun 2013 dan 2014, beliau telah mendapat anugerah Tawaran Baharu kepada Pengetua
(NKRA) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2001 dan 2014. Kesibukan beliau sebagai pendidik
tidak menghalang beliau untuk bergiat aktif dalam setiap bidang dan terus menyumbang walaupun telah bersara.
Atas kewibawaan dan ketokohan sebagai seorang pendidik sejati beliau dinobatkan sebagai Tokoh Guru Pering-
kat Daerah PPD Petaling Utama , tahun 2018.
7 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
TOKOH GURU 2019
Yong Siong Yeen
Puan Yong Siong Yeen dilahirkan pada 25 Januari 1957 dan bersara dalam pen-
didikan sebagai Guru Besar pada 25 Disember 2017. Beliau telah mendapat
pendidikan awal di SRJKC Pai Chee. Beliau merupakan bekas pelajar SMJKC Pai
Chee pada tahun 1964 hingga 1969 dan SM Sri Mersing dan pada tahun 1970
hingga 1975. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sri
Pinang dalam bidang bahasa Cina pada tahun 1979 hingga 1980. Kemudian,
beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Universiti Islam Antara-
bangsa Malaysia dalam bidang pengurusan pendidikan pada tahun 2005 hingga 2008.
Setelah tamat pengajian, beliau memulakan tugas sebagai pendidik di SJKC Jemaluang,
Johor pada tahun 1981 hingga 1986. Seterusnya, pada tahun 1987 hingga 1995, beliau telah bertugas di SJKC
Subang. Pada tahun 1996 hingga 2003, beliau telah memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di
SJKC Subang. Beliau juga telah memegang jawatan sebagai Guru Besar di SJKC Kalumpang pada tahun 2003
hingga 2007 . Seterusnya beliau meneruskan kerjaya sebagai Guru Besar di SJKC Sungai Buloh dan menamat-
kan perkhidmatan sebagai penjawat awaw di sekolah berkenaan pada tahun 2017. Kini, beliau bertugas sebagai
guru sukarelawan Rumah Charis.
Antara sumbangan dan pencapaian yang diperolehi beliau semasa dalam perkhidmatan
adalah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Antarabangsa Dalam Konsert Budaya di China pada tahun
2013. Seterusnya, beliau telah melibatkan diri dalam Interschool Program With Jinxin School di Taiwan pada
tahun 2014. Kemudian beliau terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Dalam Konvensyen Pendidikan Guru Besar
SJKC Malaysia pada tahun 2013 dan 2015. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Setiausaha dalam
Konvensyen Pendidikan Guru-guru Besar SJKC Selangor pada tahun 2008 hingga 2017. Beliau juga memperoleh
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) pada tahun 1992 dan 2005. Sikap ketekunan , kesungguhan dan kewi-
bawaan yang telah ditunjukkan sepanjang perkhidmatan beliau maka Puan Yong Siong Yeen dinobatkan sebagai
Tokoh Guru Peringkat Daerah Petaling Utama pada tahun 2019.
8 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
TOKOH GURU 2019
Tuan Haji Ab Rahim bin Majid
Tuan Haji Ab Rahim bin Majid dilahirkan pada 2 Januari 1959 dan bersara seba-
gai seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Medan pada 2 Januari
2019. Beliau telah mendapat pendidikan awal di SRK Tengkera 1, Melaka dan
merupakan bekas pelajar di SMK Gajah Berang, Melaka dari tahun 1972 hingga
1976. Beliau seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Ilmu Hisab di
Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur pada tahun 1978 hingga 1979. Pada
tahun 2004 hingga 2007, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Mate-
matik ke peringkat Ijazah di Open University Malaysia.
Setelah menamatkan pengajian, beliau telah mula berkhidmat di SMK Kepong pada tahun
1980 hingga November 2005. Pada bulan Disember 2005 hingga April 2009 pula, beliau telah dinaikkan pangkat
sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SK (1) Selayang Baru. Seterusnya, beliau telah dilantik untuk memegang
jawatan Guru Besar di SK (1) Sultan Alam Shah pada tahun 2009 hingga 2010. Pada tahun 2010, beliau bertugas
di SK Taman Medan sehingga beliau bersara. Kini, beliau bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan khidmat
sosial.
Antara sumbangan dan pencapaian yang diperoleh sepanjang perkhidmatan beliau telah
dilantik sebagai ahli jawatankuasa Konvensyen Pendidikan Kebangsaan anjuran Gabungan Majlis Guru Besar
Kebangsaan pada tahun 2018. Beliau juga dilantik sebagai Exco Majlis Guru Besar Negeri Selangor. Beliau juga
merupakan Pengerusi Majlis Guru Besar Petaling Utama bagi sesi 2017 dan 2018. Beliau seorang yang bergiat
aktif dalam sukan bowling dan merupakan Pengerusi Kejohanan Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan
Pendidikan (PSKPP) pada tahun 2018. Pelbagai pencapaian telah diperoleh beliau dalam sukan bowling. Anta-
ranya naib johan dalam pertandingan bowling Majlis Guru Besar dan Bank Simpanan Nasional pada tahun 2013
dan telah mendapat johan dalam pertandingan bowling Majlis Guru Besar Petaling Utama pada tahun 2017.
Pada tahun 2012, beliau telah dianugerahi Ahli Makhota Wilayah Persekutuan (AMW) dan Ahli
Mangku Negara (AMN) pada tahun 2014. Beliau turut menerima Anugerah Emas (Bimbingan dan Pementoran)
dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan 2011. Kecemerlangan beliau dalam pelbagai
bidang menyebabkan beliau dihormati , disegani dan disayangi oleh kalangan guru dan komuniti setempat. Ke-
sibukan dalam pelbagai aktiviti juga tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyaraka-
tan. Justeru atas sikap dedikasi yang telah ditunjukkan , maka beliau dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat
Daerah Petaling Utama bagi tahun 2019.
9
HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT 1 AZMI BIN MISRON
PENASIHAT 2 Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
PENGERUSI SITI AMIZA BINTI ABDUL AZIZ
TIMBALAN PENGERUSI Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
PENYELARAS
SETIAUSAHA HJH. ZULAIKA BINTI A. RAHMAN
NAIB SETIAUSAHA Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia PPD Petaling Utama
BENDAHARI
NAIB BENDAHARI HJH. SHAMSINAR HAYATI BINTI MOHD SHITH
Majlis Guru Besar PPD Petaling Utama
MOHAMMAD JAMAL BIN UJANG
Ketua Unit Pengurusan Sekolah
NORBAITI BINTI RAMLI
Penyelia Kanan Pengurusan Guru (Rendah)
MARIA FARINNA BINTI ZAINAL ABIDIN
Pegawai PPD Petaling Utama
HJH. MISLIAH BINTI KULOP
Pengetua SMK (P) Sri Aman
NORHAYATI BINTI BAKRI
Guru Besar SK Assunta 1
PENGURUS MAJLIS KOLEJ TINGKATAN ENAM PETALING JAYA
SK KG TUNKU
HJ. GHUMIAT BIN KAMDI
KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL AZIB SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
SK TAMAN MEDAN
JAWATANKUASA PENGACARAAN MAJLIS SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
SK TAMAN MEDAN
CHE MAH BINTI SHARIF
KHAIRUL NIZAL BIN ABU BAKAR SMK KELANA JAYA
MUNIYAMMAH MUTHUSAMY SK SRI PETALING
NOR AZIZUL BIN HARUN PPD PETALING UTAMA
JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
HJ.JAMALUDDIN BIN HARON PPD PETALING UTAMA
RAZWAN BIN MOHD ZIN
YUSYAHRUL NIZAR BIN MD YUSOF KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA
SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4
JAWATANKUASA PERSIAPAN PENTAS KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA
KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA
ROS BINTI LIZAN KOLEJ TINGKATAN ENAM BANDAR UTAMA
MUSA BIN MOHD WALID
SHAHIDAN BIN ZAINUDDUN ZAINAL ABIDIN
JAWATANKUASA PERALATAN & PENGANGKUTAN
BUSTANG BIN BACO
HJ.ZAKARIA BIN MUHAMMAD
KEOK CHOON LEONG
IDRUL NAFIZ BIN MUHAMAD NAJIB
MUHAMMAD AZMAN BIN MAT JUSOH
10 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA JAMUAN SMK TAMAN DATO HARUN
SK LA SALLE
FARIDAH AKHMA BINTI ZULKIFLI SMK ASSUNTA
NORIAH BINTI MOHAMED PPD PETALING UTAMA
TERESA CHAN JEI CHIANG SMK TAMAN DATO HARUN
NURHANANI HUSNA BINTI HARME SMK TAMAN DATO HARUN
SITI SAFUR BINTI KASSIM SK LA SALLE
IDAMASTURA BINTI ABD AZIZ SK LA SALLE
NUR `AQILQH BINTI HASHIM SMK ASSUNTA
WAN ROHAYU BINTI WAN SEMAIL SMK ASSUNTA
SUBBIAH CHITHRA SMK ASSUNTA
ANIS TASNIM BINTI ADENAN SMK ASSUNTA
NORAINI BINTI ISMAIL
NURULMIZAM BINTI HASSAN
JAWATANKUASA PENDAFTARAN SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
SK PETALING JAYA
RUSITA BINTI SAHARI PPD PETALING UTAMA
AZATULAKMAL BINTI ABD. RAZAK SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
NIK ASHIKIN BINTI NIK OTHMAN SK PETALING JAYA
MOHAMAD NAJED BIN DAUD SK PETALING JAYA
KAMARIAH BINTI NGAH SK PETALING JAYA
THERESA BINTI JAIMUN SK PETALING JAYA
NUR AMIRA BINTI ISMAIL SK PETALING JAYA
HANAA BINTI ABD. HAMID
SYAZATHAYATI BINTI ABDULLAH
JAWATANKUASA HADIAH SMK LEMBAH SUBANG
SK TROPICANA
SALWANI BINTI MUHAMAD ZAIN SJKC SUNGAI WAY
MAZNAH BINTI OTHMAN PPD PETALING UTAMA
CHEE FOOI FOON SMK LEMBAH SUBANG
ZAIHASRA BINTI HASAN SMK LEMBAH SUBANG
KHADIJAH BINTI OMAR SK TROPICANA
AZLYNA BINTI MOHAMMAD SJKC SUNGAI WAY
NORFAUZIATI BINTI MOHD NOOR
NG WANG CHIU
JAWATANKUASA DOKUMENTASI, FOTOGRAFI & RAKAMAN VIDEO MAJLIS
ZARINA BINTI AWANG SMK SULTAN ABDUL SAMAD
MUHAMMAD UMAR OOI BAN AIK SK BANDAR SRI DAMANSARA
MUHAMMAD SYUKRY BIN MUHAMMAD SABRI PPD PETALING UTAMA
NOR SAFARIN BINTI ABD RAHIM SMK SULTAN ABDUL SAMAD
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAFF SMK SULTAN ABDUL SAMAD
DENNIS WILLIAM SMK SULTAN ABDUL SAMAD
SURIA ZURINA HUESEN SMK SULTAN ABDUL SAMAD
HANI AAMIRA MOONTAHA SMK SULTAN ABDUL SAMAD
JAWATANKUASA TOKOH GURU
SURYANI BINTI ISMAIL SMK TAMAN SEA
HAJAH SUWARNI BINTI JUMAIN SK TAMAN SEA
NORLIZA BT MUSTAPA SK TROPICANA
NORAFIZA BINTI MOHAMED NOOR PPD PETALING UTAMA
HAIZAN BINTI HARUN SMK DAMANSARA DAMAI 1
11 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA MULTIMEDIA & SIAR RAYA
PARTHIPAN A/L SUBRAMANIAM SMK (L) BUKIT BINTANG
HJ.MOHD YUSOP BIN MAT ZIN SK SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA
KAMARUZAMAN BIN MUHAMMAD ZAIN PPD PETALING UTAMA
MUHAMAD ZURAIDI BIN MD NOR PPD PETALING UTAMA
MOHD NOOR ALBUKHARI BIN IDRIS SMK (L) BUKIT BINTANG
MOHD AZRUL RIZA BIN ABD AZIZ SMK (L) BUKIT BINTANG
MUHAMMAD YUSRI B. YUSUF YAP SMK (L) BUKIT BINTANG
SEAN ISAAC WEE SMK (L) BUKIT BINTANG
AVINESHKUMAR A/L SIVAKUMAR SMK (L) BUKIT BINTANG
WANG HON LIANG SMK (L) BUKIT BINTANG
HAFIZIKRI B. HAIRUL ANUAR SMK (L) BUKIT BINTANG
LOW YUNG KHEN SMK (L) BUKIT BINTANG
JAWATANKUASA PERSEMBAHAN
AZLIZA BINTI MAT LAZIM SMK BANDAR SRI DAMANSARA 2
HJ. ABDUL MANAF BIN AHMAD SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
KUHANIS BINTI MOHAMAD ZAIN PPD PETALING UTAMA
JULILAH BINTI HARUN SMK DAMANSARA UTAMA
ROSNIZA BINTI AHMAD SMK DAMANSARA UTAMA
FAKARORUZI BIN SHAMSUDDIN SMK DAMANSARA UTAMA
JAWATANKUASA KEBERSIHAN
MAH PIN SIN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
HARUN BIN A. RAHIM SK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
NORZI BIN SAARI SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
ISKHANDAR HAYAT BIN AHMAD KHAIRI SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
SURIYAPRAKASH A/L BALAN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
LOGESWARAN A/L ILAM NALADIAR SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)
JAWATANKUASA RAKAMAN VIDEO TOKOH GURU DAN GIMIK TOKOH GURU
ROZLINA BINTI ABDUL GHANI SMK (P) TAMAN PETALING
AZRUL BIN AHMAD PPD PETALING UTAMA
MOHAMAD SAFWANDI BIN SU`AIDI SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
MUHAMMAD ALIF SAUFWAN BIN ABAS SK(L) BUKIT BINTANG (1)
NIK JAMALUDIN BIN MAT HUSAIN SK SATU SULTAN ALAM SHAH
JAWATANKUASA KESELAMATAN & TRAFIK
ABDUL WAHID BIN BAHARON SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1
JAWATANKUASA GIMIK PERASMIAN
ZURAIDAH BINTI ISMAIL SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
ASIAH BINTI AMIR SK SUNGEI WAY
YAHYA BIN ABDUL KARIM PPD PETALING UTAMA
AHMAD FIKRUL BIN SHAHRUDDIN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
NAZIMA @ NORAIDA BINTI ABU NAIM SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
ANAS SYAFARIZA BINTI SHUKOR SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
MUHAMMAD ASYRAFF BIN ZULKEFLY SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
MUHAMMAD BENN EIRFAN BIN BONNI ZACHMAN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
MUHAMMAD SHAH IRMAN BIN MOHD SAHIT SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
SYED HAREZZ BIN SYED ISMAT SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
NURUL IZZAH BINTI MOHD EZUWAN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
12
HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
JAWATANKUASA PELAKSANA
BACAAN DOA PPD PETALING UTAMA
USTAZ S ARDI BIN HANADI SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
SMK DAMANSARA DAMAI 1
JAWATANKUASA SAMBUTAN & PROTOKOL SK KELANA JAYA (1)
PPD PETALING UTAMA
AINI WARDIAH BINTI ADENAN PPD PETALING UTAMA
JULIA BINTI HAMZAH SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
HAJI SAIDON BIN ABAS SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
ROSZAINI BINTI ABD RAHMAN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
ROSITA WATI BINTI ABD AZIZ SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
KARTIKA BINTI IBRAHIM SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
NORHAYATI BINTI MUSTAPHA SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
MOHD QAUYYUM FIRDAUS BIN JOHAR SMK DAMANSARA DAMAI 1
AMINAH BINTI SHARIF SK KELANA JAYA (1)
NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RASHID SMK DAMANSARA DAMAI 1
HAIPIYA TONG SMK DAMANSARA DAMAI 1
MUHD ADLISYAM BIN MUHAMED
HASRIZAL B HARUN SMK KATHOLIK
MUHAMMAD ALIF BIN AZMAN SK METHODIST, PJ
MUHAMMAD ADLI BIN ABDUL PPD PETALING UTAMA
SMK KATHOLIK
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM & GRAFIK
PPD PETALING UTAMA
LOW LAI KHUN PPD PETALING UTAMA
NIK AZMAN BIN KUNDOR
MOHD AFFENDY BIN JAPAR SMK LA SALLE, PJ
MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOKHTAR SJKC DAMANSARA
PPD PETALING UTAMA
JAWATANKUASA TEKS UCAPAN & KATA-KATA ALUAN PPD PETALING UTAMA
PPD PETALING UTAMA
ALEX LEONG JUN WEI PPD PETALING UTAMA
NOORIN BINTI ZAKARIA PPD PETALING UTAMA
JAWATANKUASA IKRAR DAN MENAIKKAN BENDERA SMK DAMANSARA JAYA
SMK SRI UTAMA
GANAPATHY A/L BASS SJKT VIVEKANANDA
LIM WAH LIM SK DAMANSARA UTAMA
MEOR KAMARUL HAZRI BIN SOHAIMI
ZAINI BIN MAT HUSIN SMK SRI PERMATA
AHMAD ZULKHAIRI BIN MOHAMAD
JAM ARIF BIN ABD WAHAB PPD PETALING UTAMA
AZAHARI BIN JUSOH
ARPAH BINTI JUDIN
JAWATANKUASA TAJAAN
TEO BOON HWA
RITA SHANTINI A/P D JAYARATNAM
SUBRAMANIAM A/L BATUMALAI VELU
MOHD ZUKI BIN MOHD AKHIR
JAWATANKUASA SERANTA & PUBLISITI
HAJI AZNAN BIN KASSAN
KHANAH@ROHANA BINTI MAMAT
JAWATANKUASA JEMPUTAN
DR.AZLEE BIN AB RAHIM @ AHMAD
13 HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019
PENGHARGAAN
JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN HARI GURU 2019 PPD PETALING UTAMA
Merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada :
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh bin Mohd Kassim, S.I.S
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor
Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
ADUN Bandar Utama
Y.B. Tuan Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Sungai Buloh
Encik Loyis Anak Uding
Ahli majlis MBPJ Zon 9
Encik Leong Chee Cheng
Ahli Majlis MBPJ Zon 7
Majlis Bandaraya Petaling jaya
Bank Islam Malaysia Berhad
Sunway TES
Grace BET Foundation
Management & Science University
UNITAR
Syarikat Kanting
Encik Kamaljeed Singh a/l Sarjitsingh
Encik Zulkifli Bin Amri
Calvin Lim
Kumpulan Simfoni Sdn Bhd
14
HARI GURU PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2019