ATUR CARA MAJLIS
9.30 pagi - Ketibaan Para Jemputan
10.00 pagi - Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor
10.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri Selangor
12.30 tgh - Bacaan Doa
01.00 tgh - Ucapan Alu-aluan
01.30 tgh
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
- Ucapan Perasmian
Pengarah JPN Selangor
- Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam
Lafaz Ikrar Hari Guru
- Perutusan Hari Guru
- Video Pendek Hari Guru
- Deklamasi Sajak
- Penyampaian Tokoh Khas Kepimpinan
- Penyampaian Anugerah Tokoh Guru
- Persembahan
- Jamuan
- Majlis Bersurai
1 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
KATA ALU-ALUAN
Pengarah Pendidikan Selangor
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat
kita bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Petaling Utama bagi
tahun 2020. Terlebih dahulu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat
Hari Guru” dan “Terima Kasih Cikgu” kepada semua guru di Daerah Petaling Utama.
Peranan dan tanggungjawab para guru sangat murni dalam usaha untuk membentuk anak
bangsa yang berkualiti serta berkeperibadian mulia bagi merealisasikan kecemerlangan dan
kegemilangan negara.
Walaupun penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan rutin harian kita terjejas sehingga sekolah kita terpaksa ditutup
semenjak 18 Mac 2020, guru-guru kita sebenarnya tidak pernah berhenti mengamanahkan tanggungjawab untuk mendidik
anak-anak kita. Guru-guru memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untukmenimba ilmu dan kemahiran tentang
pembelajaran digital.Daripada tidak tahu, guru terus tekun belajar sehinggamula mampu mengendalikan kelas dalam talian
dengan platform Google Classroom dan pelbagai aplikasi lain supaya murid-murid yang duduk di rumah tidak begitu
terkesan walaupun tidak hadir ke sekolah. Semangat berkobar-kobar sebilangan besar guru kita inilah yang memang patut
dipuji dan pada pendapat saya, sambutan Hari Guru kita pada tahun ini sesungguhnya adalah untuk meraikan kejayaan
golongan ini.
Maka, saya yakin bahawa sekiranya guru-guru senantiasa berusaha untuk memajukan diri dengan memperlengkap ilmu dan
kemahiran seiring dengan perkembangan dunia, masyarakat mesti akan kembali menghormati insan-insan mulia bergelar
guru ini. Hal ini bermakna masyarakat mesti terus berguru, dan berguru dengan insan-insan mulia ini demi pembentukan
generasi yang cemerlang, seiring dengan tema hari guru kita pada tahun ini, iaitu “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu”.
Saya juga ingin menegaskan bahawa keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan melahirkan generasi masa
depan yang peka dengan perubahan landskap pendidikan dan cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu,warga guru
perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan pada
pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi,iaitu kemahiran berfikir secara kritis, analitis dan kreatif, selain kemahiran
komunikasi dan kolaboratif serta penerapan nilai murni dan etika yang menjadi kemahiran penting dalam pendidikan abad ke
-21.
Pada kesempatan ini juga, saya menyeru seluruh warga pendidik supaya berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif
dan mampu mencipta kelainan yang dapat memberikan manfaat kepada murid-murid. Tiada apa yang mustahil sekiranya
kita beriltizam dan berbekalkan nawaitu yang ikhlas dan jitu biarpun dalam keadaan apa sekalipun. Terjemahkanlah
tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan pemberian khidmat yang terbaik
kepada negara.
Akhirulkalam, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas pengorbanan dan khidmat
bakti yang telah dicurahkan selama ini. Sesungguhnya, usaha para guru untuk melahirkan insan cemerlang yang seimbang
tidak ternilai harganya dan akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat dan negara. Terima Kasih Cikgu!
Sekian, “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HAJI IZMI BIN HAJI ISMAILA.M.P., P.J.K.
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
2 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
KATA ALU-ALUAN
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat kerana
merealisasikan acara tahunan ini, iaitu Sambutan Hari GuruPeringkatDaerah Petaling
Utama, walaupun dalam bentuk yang amat bebeza, menurut norma baharu PKPP,
dalam satu permuafakatan yang jitu, utuh dan cemerlang.
Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat dan
kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama untuk meraikan sambutan Hari Guru peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Utama Tahun 2020. Sambutan ini amat penting untuk kita semua kerana kitalah warga
pendidik yang sentiasa setia mengilmukan nusa dan bangsa kita. Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan
bahawa hari ini ialah hari yang amat bermakna untuk kita semua.
Kita sedia maklum bahawa guru-guru kita pada hari ini semakin sarat dengan muatan tanggungjawab dan
kewajipan untuk mendepani duniapendidikan yang makin mencabar mental, fizikal, emosi dan intelektual, lebih-
lebih lagi pada ketika negara dilanda pandemik Covid-19 ini. Murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah, namun
guru-guru mesti mengoptimumkan kreativiti, inovasi, potensi dan kapasiti untuk menghadapi cabaran-cabaran
baharu dan seterusnya membudayakan kebiasaan baharu, dengan harapan murid-murid tetap berpeluang
menimba ilmu melalui pelbagai pelantar dalam talian yang dapat dimanfaatkan oleh guru-guru.
Selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, kita
wajiblah memikul kewajipan untuk melahirkan generasi akan datang yang mampu menggerakkan bahtera
kemajuan negara dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mutakhir. Sehubungan dengan itu,
satu daripada perubahan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah guru mesti mengubah suaikan
pedagogi di dalam bilik darjah agar seiring dengan kurikulum yang dirancang dan sejajar pula dengan
pentaksiran yang bakal dijalani oleh murid. Walaupun ketiga-tiga elemen dalam pembelajaran, iaitu Kurikulum,
Pedagogi dan Pentaksiran bukanlah perkara baharu, guru mesti memberikan nafas baharu kepada ketiga-
tiganya dengan mengintegrasikan Pembelajaran Abad Ke-21 atau PAK21, 4K1N iaitu Komunikasi, Kolaboratif,
Pemikiran Kritis, Kreativiti, dan Nilai Murni, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, serta teknologi
maklumat dan komunikasi agar titik-titik maknawi yang selama ini kelihatan terpisah dapat dirangkaikan untuk
mentransformasikan pendidikan di negara kita seoptimumnya. Kegagalan guru untuk merangkaikan titik atau
connecting the dots ini akan menyukarkan proses pembaharuan dan pemurnian dalam pembelajaran murid-
murid.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tokoh Guru PPD
Petaling Utama tahun 2020 dan berharap agar Sambutan Hari Guru sebegini akan menyemarakkan semangat
dan keiltizaman seluruh warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama untuk bersama-sama
menterjemahkan hasrat dan harapan negara demi kecemerlangan kita dalam dunia pendidikan.
Sekian, Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu!
(MARPUATON BINTI SASTERO)
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA
3 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
LAGU KAMI GURU MALAYSIA
KAMI GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri Negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
4 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
IKRAR
IKRAR PERKHIDMATAN IKRAR HARI GURU
AWAM
Bahawasanya kami
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan Guru-guru negara Malaysia
kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini ba-
hawa semasa dan selagi kami berkhidmat Dengan ini berikrar
dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan Mendukung terus cita-cita kami
mengamalkan teras-teras perkhidmatan
semasa menjalankan tugas, Ke arah ini kami: Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Bekerja dengan penuh tanggungjawab; Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Dan negara kami.
sendiri; Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan Negara
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan Kami mengamalkan
kemesraan; Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara:
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara; dan
Berpegang teguh kepada ajaran agama
5 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
TOKOH GURU 2020
Hajah Misliah binti Kulop
Puan Hajah Misliah binti Kulop dilahirkan pada 24hb November
1960 dan bersara dalam perkhidmatan awam sebagai Pengetua
Cemerlang DG54 pada 01hb Februari 2020.Beliau mula mendapat
pendidikan awal di Pontian Reservior English School di bawah
pengelolaan kerajaan Singapura.Beliau menamatkan persekolahan
di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru
pada tahun 1979 sebelum meneruskan pelajaran ke Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang Mass Comunication.
Beliau menerima Ijazah B.A.Hons pada tahun 1983 dan
kemudian meneruskan pelajaran dalam pendidikan di Universiti Malaya selama setahun.
Setelah tamat pengajian, beliau memulakan tugas sebagai pendidik di SMK Cochrane, Kuala
Lumpur pada tahun 1984. Dari tahun 1985 hingga 2011, beliau telah diberikan kepercayaan
untuk memegang pelbagai jawatan bermula dengan Setiausaha Peperiksaan, Ketua Guru
Disiplin, Penyelaras Pusat Sumber, Guru Penyelaras Tingkatan 6, Ketua Panitia, Setiausaha
Hal Ehwal Murid dan Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan dan akhirnya sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran.
Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Bandar Sri
Damansara 2. Seterusnya diberi kepercayaan untuk mentadbir SMK Bandar Utama
Damansara 4 pada tahun 2012. Pada tahun 2013, beliau ditugaskan ke Sekolah Kluster,
SMK Bandar Utama 3 dan pada tahun 2016 berpindah ke Sekolah Berprestasi Tinggi, SMK
(P) Sri Aman hingga bersara pada tahun 2020.
Antara sumbangan dan pencapaian yang diperolehi beliau semasa dalam
perkhidmatan ialah Berjaya meningkatkan SMK Bandar Utama Damansara 3 ke tahap
sekolah kluster. Selain itu beliau juga telah Berjaya menempatkan SMK (P) Sri Aman sebagai
penerima Anugerah KBAT peringkat Negeri Selangor. Beliau juga berjaya mengekalkan SMK
(P) Sri Aman dengan pencapaian 100% lulus SPM tahun 2016 hingga 2019. Di bawah
pimpinan beliau Kelab Kebudayaan SMK (P) Sri Aman Berjaya merangkul 11 tempat pertama
dalam International Dance Competition “Vienna Dance Open” di Austria. Beliau juga bergiat
aktif sebagai penceramah, menjadi hakim dalam pertandingan diperingkatd aerah dan negeri
serta menjadi panel penemuduga bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih dan calon-calon NPQEL
dari tahun 2016 hingga 2019. Beliau juga pembimbing program penandaarasan NPQEL
ambilan 1/2015 dan ambilan 1/2017.
Atas bakti yang dicurahkan, beliau telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
pada tahun 1992, 2005, 2011 dan 2016. Atas kewibawaan dan ketokohan sebagai seorang
pendidik sejati beliau dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Daerah Pejabat Pendidikan
Petaling Utama tahun 2019.
6 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
TOKOH GURU 2020
Hajah Anum binti Haji Gam
Hajah Anum binti Haji Gam dilahirkan pada 22 Ogos 1958, di
Padang Rengas , Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar
dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur.
Kemudian beliau ke Sekolah Menengah (P) , Jalan Davis, Kuala
Lumpur. Seterusnya ke Sekolah Menengah Teknik, Bukit Piatu,
Melaka.
Kesinambungan menuntut ilmu diteruskan ke Universiti Pertanian
Malaysia (UPM) dan memperolehi Diploma Sains dengan Pendidikan. Tidak terhenti di situ
sahaja akhirnya dianugerahkan ijazah dengan kepujian kelas pertama Pengurusan
Pendidikan dari UiTM, Shah Alam.
Sebagai pendidik beliau memulakan tugas sebagai guru Matematik pada tahun 1980 di
Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin, Taiping, Perak. Bertukar pula ke Sekolah Menengah
Langkap, Hilir Perak bermula tahun 1982. September 1982 bercuti tanpa gaji kerana
mengikuti suami belajar di London.
Sekembalinya ke tanah air pada 1985, beliau ditempatkan di Sekolah Menengah Raja Muda
Musa, Teluk Intan. Kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Sea, Petaling Jaya.
September 1992 dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Seklah
Kebangsaan Assunta 1, Petaling Jaya. Pada tahun 1996 berkhidmat di Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor sebagai Penyelia Bahasa Inggeris.
Kemuncak kerjaya Hajah Anum telah dilantik sebagai Guru Besar pada tahun 2004
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Assunta 1, Petaling Jaya. Kemudian beliau menerajui
kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Seri Petaling iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi.
Sepanjang perkhidmatan dalan bidang pendidikan Hajah Anum telah dianugerahkan
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan sebanyak tiga kali iaitu tahun 1996,
2006, 2012. Anugerah Tawaran Baru Guru Besar (New Deal/Bai’ah) pada tahun 2011, 2012
dan 2013.
Hajah Anum bersara wajib dalam perkhidmatan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seri
Petaling pada 22 Ogos 2018.
7 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
TOKOH GURU 2020
Hong Leong Mooi
Puan Hong Leong Mooi dilahirkan pada 20 September 1958 di Klang,
Selangor dan bersara dalam perkhidmatan pendidikan sebagai Guru Besar
pada 20 September 2018. Beliau telah menerima pendidkan awalnya di SJK
(C) Peng Ming, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada tahun 1965
hingga 1970 dan merupakan bekas pelajar di SMJK Kwang Hua, Klang
pada 1971 hingga 1976. Seterusnya beliau telah melanjutkan latihan di
Maktab Perguruan Ipoh (Baru) pada 1979 dan berjaya menamatkan
latihannya pada 30 April 1981 sebagai guru pelatih cemerlang dalam opsyen
PPAR matematik. Beliau telah berpeluang melanjutkan pelajarannya di
Universiti Industri Selangor pada tahun 2004 dan berjaya menerima Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Kedua dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2007.
Setelah tamat pengajian, beliau memulakan tugas sebagai pendidik di SMK Sungai Manggis,
Banting pada tahun 1981 hingga 1986. Dari tahun 1987 hingga 15 Mei 1995, beliau telah berkhidmat di SM
(P) Raja Zarina, Pelabuhan Klang dan memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan HEM di SJK(C) Taman Rashna
mulai 16 Mei 1995. Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai Guru Besar SJK(C) Lum
Hua, Sabak Bernam bermula 28 November 1998. Pada 16 Mac 2004, beliau telah dihantar ke SJK(C) Khe
Beng, Klang dan mula berkhidmat di situ sehingga 31 Disember 2010. Kemudiannya,beliau telah
meneruskan kerjayanya sebagai Guru Besar SJK(C) Desa Jaya 2 dan menamatkan perkhidmatan sebagai
penjawat awam di sekolah berkenaan pada tahun 2018.
Antara sumbangan dan pencapaian yang diperolehi beliau dalam perkhidmatan ialah beliau
telah menyumbang ke atas Seminar Asia Pasifik tahun 1985, Perasmian Stadium Shah Alam Negeri
Selangor tahun 1994 dan giat dalam sukan selaku pegawai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia pada
tahun 1989 hingga tahun 1995. Beliau juga memberi sumbangan sebagai Pengerusi Kejohanan Bola
Keranjang MSSD 2004, Pengerusi Kejohanan Badminton MSSD 2011, Pengerusi Kejohanan Catur MSSD
2013, Pengerusi Panitia Bahasa Cina Daerah Sabak Bernam pada tahun 2001 hingga 2003, Pengerusi
Panitia Bahasa Cina Daerah Klang pada tahun 2008 hingga 2009.Beliau telah ditawarkan sebagai Guru
Besar Cemerlang DGA 38 pada 1 Ogos 2008.
Puan Hong telah menunjukkan kepimpinannya dalam menerajui sekolah sehingga banyak
pencapaian kecemerlangan yang diperolehi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum. Atas
bimbingan dan pemantauan beliau, SJK(C) Desa Jaya 2 telah berjaya mencapai Pengurusan Kewangan
Cemerlang bagi tahun 2015, 2016 & 2018.
Selain itu, beliau pernah memegang jawatan selaku Setiausaha dan Naib Pengerusi MGB
SJKC, Bendahari & Naib Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Negeri Selangor. Kini, beliau
merupakan Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Negeri Selangor dan memegang jawatan selaku
Ketua Kebajikan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia.
Beliau merupakan pembimbing program penandaarasan NPQEL Ambilan 2/2016, Ambilan
1/2017 danAmbilan 1/2018. Beliau telah juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan pada tahun 1998,
2012 dan 2017.
8 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
TOKOH KEPIMPINAN 2020
HAJAH ZULAIKA BINTI A.RAHMAN
Hajah Zulaika bt. A Rahman dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25
Oktober 1960. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Sultan Abu Bakar
(1), Jalan Junid, Muardan seterusnya di SM (P) Sultan Abu Bakar hingga
tahun 1977. Beliau melanjutkan pengajian tingkatan 6 di SM Tinggi Muar
hingga 1979. Pada tahun 1980 hingga 1984, beliau menuntut ilmu di
Universiti Kebangsaan Malaysia dan dikurniakan ijazah Sarjana Muda
dengan kepujian dan memperoleh Diploma Pendidikan di Universiti Malaya.
Beliau ditempatkan di SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor (1985-1987)
dan SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya (1988-1990) sebagai Guru
Penolong. Pada Ogos 1990, beliau berpindah ke SMK Sultan Ismail Kemaman. Pada tahun 1995, beliau
berpindah semula ke Selangor dan bertugas di SMK Sri Utama, Jalan 227, Petaling Jaya. Pada Mac 1998,
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai GKMP Bahasa dan ditempatkan di SMK Damansara Utama. Beliau
dilantik sebagai Penolong Kanan di sekolah yang sama pada tahun 2007. Pada 16 Oktober 2011, beliau
diberi kepercayaan menyandang jawatan Pengetua di SMK Damansara Utama hingga kini. Hajah Zulaika
telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 4 kali.
Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua MPSM Petaling Utama hingga tahun
2020,sekaligus menjadi AJK MPSM Negeri Selangor. Beliau juga telah dilantik sebagai Setiausaha Majlis
Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK) Cawangan Selangor pada tahun 2016 dan pada tahun 2018,
sebagai Naib Yang Dipertua MPCK Cawangan Selangor. Beliau juga telah dilantik sebagai Panel Pentaksir
Pengetua Guru Besar oleh Jabatan Pendidikan Selangor sejak 2016 hingga 2020. Beliau juga menjadi
pembimbing kepada calon-calon NPQEL Institut Aminuddin Baki dan pembimbing kepada pengetua-
pengetua baharu dalam Program Quality Leadership Progrramme ( Q LEADPRO) PPD Petaling Utama.
Beliau telah membentangkan Kertas Projek bertajuk "Projek Platinum 14" dalam Kolokium Pendidikan
Kebangsaan anjuran IAB. Artikel" Projek Platinum 14" dan " Pendekatan Kritik Video dalam membudayakan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Daerah Petaling Utama telah diterbitkan dalam buku Prosiding
Kolokium Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pemimpin Sekolah (Pembitaraan Pemimpin
Pendidikan(GrEEL) Pada awal tahun 2015, beliau telah mendapat pengiktirafan sebagai Pengetua
Cemerlang DG 54.
Sebagai Pengetua, Hajah Zulaika sentiasa berusaha membangunkan sekolah agar mencapai
kecemerlangan dalam pelbagai aspek sejajar dengan kehendak dan aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malsysia 2013 -2025. Para pelajar SEMDUTA bukan saja mengukir nama di peringkat Negara,
malah telah mencatat tinta sejarah di arena antarabangsa. "Do everything with Love and Passion"
merupakan moto yang membakar semangat juang dalam diri Hajah Zulaika.
Sebagai pemimpin sekolah yang berwawasan, beliau sentiasa menjadi peneraju, pembimbing dan
pendorong kepada guru-guru. Beliau sering menggalakkan kecekapan bekerja yang optimum serta
menjadikan prinsip kerja "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" sebagai amalan
warga SMK Damansara Utama. " 1 TEAM 1 GOAL 1 SEMDUTA" merupakan tag line cetusan idea beliau
yang sentiasa bermain di bibir warga SMK Damansara Utama.
9 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
TOKOH KEPIMPINAN 2020
Chew Hock Jin
Cikgu Chew Hock Jin dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada
tanggal 22 September 1961. Mendapat pendidikan awal di SJKC Han
Chiang bermula tahun 1968 - 1973. Kemudian ke SMJK Chung Ling 1974 -
1979. Meneruskan ke tingkatan Enam 1980 - 1981 di SM Persedirian Chung
Ling. Keinginan menjadi pendidik dan mendapat tawaran di Maktab
Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur bermula 1981 - 1983. Memulakan
perkhidmatan sebagai pendidik di SJKC Pooi Tee, Sabak Bernam pada
tahun 1984. Kemudian beliau berpindah ke SJKC Bukit Tangga, Kuala
Selangor 1985. Pada tahun 1986 - 1992 berkhidmat di SJKC Sungai Way.
Dilantik pemangku Penolong kanan Ko-kurikulum SJKC Yuk Chai, Petaling
Jaya pada tahun 1993 - 1995. Dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid dan ditempatkan di SJKC Subang, bermula 1995 - 2000. Kemudian beliau ditempatkan di
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling sebagai Penyelia Pengurusan Sekolah bermula 2002 - 2003. Penyelia
pra Rendah dan swasta PPD Petaling 2004 - 2005.
Kemuncak kerjaya cikgu Chew telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SJKC Choong Chee, Hulu
Selangor 2007 - 2008. Bertukar sebagai Guru Besar di SJKC Subang , Shah Alam bermula 2008 - 2014.
Kini beliau berkhidmat di SJKC Yuk Chai , Petaling Jaya. Cikgu Chew juga telah melanjutkan pelajaran ke
peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2005 - 2007. Dianugerahkan Ijazah Sarjana
Muda Bahasa Melayu dan Linguistik.
Butiran perkhidmatan sukarela : 2018 - kini
- Setiausaha Kehormat Kesatuan Guru Besar Malaysia 2018 - kini
- Naib Pengerusi Kesatuan Guru Besar Selangor 2008 - 2014
- Pengerusi MGB SJKC Petaling Perdana 2014 - 2015
- Bendahari MGB SJKC Petaling Utama 2016 - 2017
- Naib Pengerusi MGB SJKC Petaling Utama 2018 - kini
- Pengerusi MGB SJKC Petaling Utama 2010 - kini
- Naib Pengerusi MGB SJKC Selangor
Cikgu Chew telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan pada
tahun 2014. The Best Primary Student Project (Award Perdana Menteri) 2014. Anugerah Kokurikulum
Sekolah Rendah Terbaik Peringkat Kebangsaan 2015. Seterusnya anugerah kecemerlangan sukan MSSD
Petaling Utama tahun 2016. Manakala tahun 2015 - 2017 anugerah kecemerlangan sukan sekolah MSS
Selangor. Ketika menjadi pemimpin sekolah, banyak pencapaian yang diperolehi antaranya Johan
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu DBP Peringkat Kebangsaan, Johan Penulisan Bahasa Melayu Piala
Perpaduan peringkat Negeri Selangor dan Naib Johan peringkat Kebangsaan. Muridnya pernah menjadi
Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Syarahan Bahasa Cina, Pertandingan Kuiz dan Pertandingan
Deklamasi sajak. Johan dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan. Pertandingan Robotik juga
pernah merangkul Johan peringkat negeri Selangor dan Kebangsaan.
Pencapaian sukan renang, johan akuatik MSS Selangor tahun 2020. Johan Kejohanan Bola Keranjang
MSSS dan MSSM 2018 - 2019. Johan Kejohanan Gimrama MSSS dan MSSM pada tahun 2018. Johan
Kejohanan Unicycle peringkat negeri Selangor dan Kebangsaan 2018. Johan Kejohanan Wusyu Peringkat
Negeri Selangor dan Kebangsaan tahu 2019. Johan Kejohanan Olahraga MSS Selangor 2020. Beliau juga
telah diamanahkan sebagai pengelola dan penganjur beberapa acara seperti Kejohanan Bola Keranjang
MSSD dan MSSS. Kejohanan Gimrama MSSD dan MSSS. Kejohanan Akuatik MSS Selangor dan Pusat
Latihan Robotik Kebangsaan. Cikgu Chew masih ada lebih setahun lagi dalam perkhidmatan pendidikan
sebelum bersara wajib pada tarikh 22 September 2021.
10 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT 1 HJH MARPUATON BINTI SASTERO
PENASIHAT 2 Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
PENASIHAT 3 MOHD KAMAL AZIZI BIN ABDUL AZIZ
PENGERUSI Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
TIMBALAN PENGERUSI
PENYELARAS MARHANI BINTI M.HANIFF
SETIAUSAHA Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
NAIB SETIAUSAHA
BENDAHARI HJH. SHAMSINAR HAYATI BINTI MOHD SHITH
NAIB BENDAHARI Pengerusi Majlis Guru Besar PPD Petaling Utama
HJH ZULAIKA BINTI A.RAHMAN
Yang DiPertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Petaling Utama
BIBI VIRDAYATI BINTI ILYAS @ ALIAS
Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6
NIK ASHIKIN BINTI NIK OTHMAN
Penolong PPD Unit Pra Sekolah dan Rendah
NURHANANI HUSNA BINTI HASME
Penolong PPD Unit Pendidikan Swasta
NORHAYATI BINTI BAKRI
Bendahari MGB
JULIA BINTI HAMZAH
Bendahari MPSM
PENGURUS MAJLIS PPD PETALING UTAMA
ZAINI BIN MAT HUSIN@MOHAMED
JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT
MOHD ZUKI BIN MOHD AKHIR SK DAMANSARA UTAMA
PANG YOKE ENG SJKC PUAY CHAI
NORHAFIZAH BINTI ZAINI PPD PETALING UTAMA
MOHD IDAHAM BIN IBRAHIM PPD PETALING UTAMA
JAWATANKUASA PERSIAPAN PENTAS
AZATULAKMAL BINTI ABD RAZAK SK PETALING JAYA
SITI NORHAFISYAH BINTI AZIB SK ASSUNTA 2
YUSOF BIN HUSSIN SK PETALING JAYA
KAMARIAH BINTI NGAH SK PETALING JAYA
THERESA BINTI JAIMUN SK PETALING JAYA
AIN NABEELA BINTI ALIAS SK PETALING JAYA
SALAMAH BINTI JALEL SK PETALING JAYA
BADIEAH BINTI MUSTAKIN PPD PETALING UTAMA
MENAUNAH BINTI ABDUL RASHID PPD PETALING UTAMA
JAWATANKUASA DOKUMENTASI /FOTOGRAFI & RAKAMAN VIDEO MAJLIS
ASIAH BINTI AMIR SK SUNGEI WAY
NORLIZA BINTI MUSTAPHA SK TROPICANA
FAZLIYATON BINTI MOHAMED SHARIF SK (2) PETALING JAYA
AZRUL BIN AHMAD SK SUNGEI WAY
11 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA PENDAFTARAN SK (L) BUKIT BINTANG 2
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
AZLINA AHMAD SJKC DESA JAYA 2
RUSITA BINTI SAHARI SK PETALING JAYA
TAN SIEW TING PPD PETALING UTAMA
MOHD ZAFIRAN BIN MUSTAFA
HANAA BT ABD HAMID SK TAMAN DATO’ HARUN 2
NORMAWATI BINTI JASMAN SK DAMANSARA DAMAI 2
SK DAMANSARA JAYA 2
JAWATANKUASA JAMUAN SK SRI KELANA
SK KELANA JAYA 2
ROSLAWATI BINTI NUZI SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
ROSMAWATI BINTI MAT SOM SMK BANDAR SRI DAMANSARA 2
NOREHAN BINTI AHMAD SK TAMAN DATO’ HARUN 2
ZAINAH BINTI MOHD LIP SK TAMAN DATO’ HARUN 2
SABARIAH BINTI SAPARI SK DAMANSARA DAMAI 2
CHE MAH BINTI SHARIF SK DAMANSARA DAMAI 2
AZLIZA BINTI MAT LAZIM PPD PETALING UTAMA
BONG LAY TENG
HAZIRAH BINTI CHE NOH SK BANDAR SRI DAMANSARA 3
NURUL NAJAH BINTI SUDIN SJKC SUNGAI WAY
SITI AMINAH NOR BINTI MD ALI SK SRI PETALING
RISAHIDA BINTI BAHARI SMK (P) SRI AMAN
SK BANDAR SRI DAMANSARA 3
JAWATANKUASA HADIAH/SIJIL/CENDERAMATA PPD PETALING UTAMA
ROZAINI BINTI MD ZIN
CHEE FOOI FOON
NORIAH BINTI MOHAMED
SALWANI BINTI MUHAMAD ZAIN
LATIFAH BINTI MUHAMAD
ZAIHASRA BINTI HASAN
JAWATANKUASA TEKNIKAL/MULTIMEDIA/SIARAYA SK KAMPUNG TUNKU
SK LA SALLE
KHAIRUL ANUAR BIN ABD AZID SMK (L) BUKIT BINTANG
ZAKARIA BIN MUHAMMAD PPD PETALING UTAMA
PARTHIPAN A/L SUBRAMANIAM
MOHD AFFENDY BIN JAPAR SK TAMAN MEDAN
JAWATANKUASA PENGACARAAN MAJLIS SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
KHAIRUL NIZAL BIN ABU BAKAR SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
JAWATANKUASA PERSEMBAHAN SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
MUSA BIN MOHD WALID SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
MOHAMAD HAIRUL IZWAN BIN MOHD SHUKOR SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
SHARIFAH NAWWAR BINTI SYED MUSTAFFA SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
MOHD IZZUDDIN AKMAL BIN RUSMIN SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
MARIAM DALILA BINTI SHABARUDDIN SK TAMAN DATO` HARUN (SATU)
MOHD FAROUK BIN ABD RAHMAN PPD PETALING UTAMA
SAMZURI BIN MAT
FATIN ATIKA NABILA BINTI JAAFAR
MOHD FAIZUL BIN RAZALI
MOHD SHAH SHKANDAR BIN PUTEH
NURIZZATI BINTI AZMI
KUHANIS BINTI MOHAMAD ZAIN
12 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA RAKAMAN VIDEO TOKOH GURU DAN ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN
MUHAMAD UMAR@ OOI BAN AIK SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
DR. ZAHRI RAMLAN SMK SRI UTAMA
YAHYA BIN ABDUL KARIM SK BANDAR SRI DAMANSARA 3
JAWATANKUASA GIMIK PERASMIAN
ZUBIR BIN YAACOB SK DAMANSARA JAYA 1
ROS BINTI LIZAN SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
MUHAMMAD FARHAN BIN ROSLI SK DAMANSARA JAYA 1
DARNALIS BIN ABU BAKAR PPD PETALING UTAMA
BACAAN DOA PPD PETALING UTAMA
ZAMIDI BIN AHMAD SOHAIMI
JAWATANKUASA SAMBUTAN DAN PROTOKOL PPD PETALING UTAMA
PPD PETALING UTAMA
HANISAH BINTI MOHD ALI PPD PETALING UTAMA
HILWANA BINTI AHMAD SHAARI PPD PETALING UTAMA
ROSITA WATI BINTI ABD AZIZ PPD PETALING UTAMA
MARIA FARINNA BINTI ZAINAL ABIDIN
PENGURUSAN TERTINGGI SK METHODIST, PJ
SK SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA
JAWATANKUASA BUKU PROGRAM DAN GRAFIK KOLEJ TINGKATAN ENAM PJ
PPD PETALING UTAMA
NIK AZMAN BIN KUNDOR
MOHD YUSOP BIN MAT ZIN
HJ. GHUMIAT BIN KAMDI
YUSYAHRUL NIZAR BIN MD YUSOF
JAWATANKUASA TEKS UCAPAN & KATA-KATA ALUAN PPD PETALING UTAMA
PPD PETALING UTAMA
ALEX LEONG JUN WEI
NOORIN BINTI ZAKARIA SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4
SK SRI PERMATA
JAWATANKUASA IKRAR
RAZWAN BIN MOHD ZIN
AZNAN BIN KASAN
JAWATANKUASA JEMPUTAN PPD PETALING UTAMA
AZLEE BIN AB RAHIM@AHMAD
13 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020
PENGHARGAAN
JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN HARI GURU 2020 PPD PETALING UTAMA
Merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada :
Yang Berbahagia Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail A.M.P, P.J.K
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor
Yang Berusaha Puan Hajah Marpuaton binti Sastero
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia
Daerah Petaling Utama
Majlis Guru Besar
Daerah Petaling Utama
Semua Pegawai PPD Petaling Utama
Semua Pengetua dan Guru Besar
Semua Guru Daerah Petaling Utama
Edaran KC
Edaran Pro Dinasti
Abadi Jaya (M) Sdn Bhd
Tuck Kit Enterprise
14 HARI GURU PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA TAHUN 2020