HALALAN TOYYIBAN
MEMBERI KESAN
KEPADA
PEMBENTUKAN JIWA
DAN AKHLAK INDIVIDU
DAN KELUARGA
DARI SUDUT PANDANG KONSEP TAWAZUR DALAM ISLAM
DISEDIAKAN KEPADA NURUL AMALIA BT RUSLAN
AHLI KUMPULAN
SITI NOR FAUHAN MOHD NURSYAHIRAH BINTI
FARID MOHD RAZALI
17DUP21F2016
17DUP21F2005
WAN AFIFAH BINTI ANIS HANNANI BINTI
W.ABDULLAH SAYUTI
17DUP21F2007
17DUP21F2012
BALQIS AQILAH BINTI
MOHD ZAMBRI
17DUP21F2014
ISI KANDUNGAN
1 PENDAHULUAN.....1
2 HADIS.....2
GARIS PANDUAN DALAM SOAL-SOAL
3 MAKANAN MENURUT ISLAM.....3
ISTILAH-ISTILAH YANG BERKAITAN DENGAN
4 MAKANAN MENURUT ISLAM.....5-6
5 PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM DALAM
ISLAM.....7-9
6 KONSEP HALALAL TOYYIBAN DALAM
MAKANAN.....10
7 KESAN DAN FAKTOR MENGAMBIL
MAKANAN YANG HALAL.....11
8 KEBAIKAN PENGAMBILAN MAKANAN
HALAL.....12
9 KESIMPULAN.....13
10 RUJUKAN.....14-15
PENDAHULUAN
DEFINISI MAKANAN:
MAKANAN BERMAKDUS BAHAN SEPERTI TUMBUH-TUMBUHAN DAN HAIWAN YANG DIGUNAKAN
OLEH MAKLUK HIDUP UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA DAN NUTRISI. BAHASA ARAB, MAKANAN
DISEBUT SEBAGAI 'AT'IMAH' IAITU KATA JAMAK KEPADA 'TA'AM' YANG MEMBERI PENGERTIAN
SEGALA YANG DIMAKAN BAGI MENDAPATKAN KEKUATAN BADAN. PERKATAAN TA'AM PULA
BERMAKSUD MERASAI SESUATU SAMA ADA MANIS, PAHIT, MASAM, MASIN DAN SEBAGAINYA.
MAKSUD PERKATAAN HALAL;
perkataan 'halal' berasal dari bahasa arab iaitu hillan, halla, yahulli yang
membawa maksud membebaskan, melepaskan, memecahkan,
membubarkan dan membolehkan. seterusnya, penggunaan 'halal' dalam
bidang perundangan islam membawa maksud iaitu segala yang
menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya manakala
sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak tertentu. Dr.Yusuf al-
Qaradawi mendefinisikan halal sebagai perkara yang dibolehkan atau
perkara yang diharuskan dan telah terlepas dari ikatan atau simpulan
bahaya dan merupakan perbuatan yang dibenarkan oleh syarak. Halal juga
bermaksud apa yang diberi pilihan kepada mukalaf untuk melakukan atau
meninggalkannya. Manakala menurut Hj. Dasuki b. Hj. Ahmad dalam Kamus
Pengetahuan Islam, halal adalah bermaksud perkara yang tidak ada ikatan
hukum, samada berbentuk suruhan atau larangan. Boleh dilakukan atau di
tinggalkan mengikut kemahuan atau dinamakan juga mubah. Sementara
halal menurut Ibn Battal adalah apa yang dinaskan oleh Allah SWT tentang
kehalalannya maka ia adalah halal yang jelas. Ianya boleh didefinisikan
sebagai perkara yang diperbolehkan atau mubah, yang telah gugur
daripadanya ikatan atau simpulan bahaya, dan syariat membenarkan
perbuatannya.
1
HADIS
Perkataan "Halal‟ adalah daripada kalimah Arab yang
bermaksud dibenarkan atau dibolehkan. Al-Quran telah
menyatakan perkataan halal sebanyak 49 kali. Oleh yang
demikian sebahagian besar penggunaan perkataan halal adalah
merujuk kepada makanan umat Islam sepeti Firman Allah SWT
yang berbunyi :
Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang
tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya
yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya
Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya
mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan
mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap
menjadi orang-orang musyrik.
Surah AlAn'aam. Ayat 121.
2
GARIS PANDUAN DALAM SOAL-SOAL
MAKANAN MENURUT ISLAM
Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT sesuatu
dengan fitrah manusia yang mengimbangkan tuntutan jasmani
dan rohani telah memberikan berbagai-bagai panduan dalam
setiap aspek kehidupan termasuk dalam hal-hal yang berkaitan
dengan makanan dan pemakanan, antaranya seperti berikut:
a) Mengambil makanan yang memberikan kesihatan iaitu
dengan memilih makanan yang halal ini dapat dilihat melalui
firman Allah SWT dalam surah al-
Baqarah (2):172.
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda
yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat
kepadaNya".
3
GARIS PANDUAN DALAM SOAL-SOAL
MAKANAN MENURUT ISLAM
a) Memilih makanan yang baik dan segar. Pengertian
makanan yang baik di sini ialah asal zatnya, susunan
komposisinya, baik cara memasak dan
menghidangkannya serta halal cara mendapatnya.
b) Menjauhi makanan yang mengandungi bahan kimia,
makanan yang diawetkan serta mengandungi pewarna
yang tinggi. Dalam kontek semasa termasuk dalam
kategori ini ialah makanan terproses, makanan dalam tin,
botol, berbungkus, makanan segera dan ringan.
4
ISTILAH-ISTILAH YANG BERKAITAN MAKANAN
MENURUT ISLAM
Islam telah memberikan panduan Dan
peraturan dalam setiap aspek kehidupan
penganutnya terminus dalam hal-hal yang
berkaitan Dengan makanan Dan minum.
Kesemuanya telah diperjelaskan oleh Allah SWT
secara terperinci melalui al-quran Dan al-sunnah
yang merupakan summer utama dalam
menentukan kehalalan atau keharaman sesuatu
makanan, sebagaimana fireman Allah SWT:
ُخُذو۟ا ِزيَنَتُكْم ِع نَد ُكِّل َم ْس ِج ٍۢد َوُكُلو۟ا َوٱْش َرُبو۟ا َواَل ُتْس ِرُفٓو۟ا ۚ ِإَّنُهۥ
. اَل ُيِح ُّب ٱْلُم ْس ِرِفيَن
Katakanlah siapakah yang mengharamkan perhiasan
dari Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-
hambanya Dan (Scapa pulakah yang mengharamkan
rezeki yang baik.
5
ISTILAH-ISTILAH YANG BERKAITAN
MAKANAN MENURUT ISLAM
Halal adalah merupakan suatu terminologi dalam ilmu
figh bagi mene
ntukan status sesuatu perkara.Halal bermaksud sesuatu
yang tidak ditegah atau sesuatu yang diharuskan oleh
syarak. Terdapat pelbagai penafsiran telah diberikan
oleh para sarjana dalam memberikan pengertian halal
antaranya seperti berikut:
a) Definisi Halal Pada Bahasa
Perkataan "Halal" adalah berasal daripada perkataan
Arab yang berasal dari akar kata
„halla, yahillu, hillan 10
1) pal,|Y K. Hadari sudut bahasa bererti dibenarkan.
Manakala dari segi terminologi perkataan halal
bermaksud keluar dari sesuatu hukum haram. Halal
pada kebiasaannya diertikan sebagai sesuatu yang
harus, 35 yang dibolehkan, dan juga merupakan sesuatu
yang tidak ditegah atau dilarang melakukannya.
Menurut Ensiklopedi Hukum Islam, halal diertikan
sebagai membebaskan, melepaskan,
memecahkan,membubarkan, dan membolehkan.
6
PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM DALAM
ISLAM
Islam telah menetapkan beberapa prinsip-prinsip
asas dalam menentukan status halal haram dalam
setiap aspek kehidupan penganutNya. Ini termasuk
hal-hal yang berkaitan dengan makan dan minum.
Antara prinsip-prinsip yang dimaksudkan adalah
seperti berikut.
Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Harus
Prinsip utama yang ditentukan oleh Islam dalam
menentukan hukum terhadap sesuatu amalan atau
perbuatan hambaNya ialah bahawa hukum asal setiap
sesuatu adalah harus dan dibolehkan (halal). Tidak ada
sesuatupun yang diharamkan kecuali jika terdapat nas-
nas yang sahih dan jelas tentang pengharamannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dialah zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang
ada di bumi ini semuanya.. " - Surah al-Baqarah (2): 29
7
PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM DALAM
ISLAM
Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Harus
Pensyariatan hukum Islam adalah bersifat umum da
menyeluruh untuk semua umat manusia. Di dalam
ajaran Islam tidak terdapat hukum yang menghalalkan
sesuatu pada satu tempat manakala
mengharamkannya pada tempat lain. Ini bermaksud
bahawa setiap sesuatu yang dihalalkan oleh Islam
adalah halal untuk seluruh umat manusia, manakala
setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah
diharamkan untuk seluruh umat manusia.
Sabda Rasulillah SAW:
"Demi Allah, sekiranya Fatimah Binti Muhammad yang
mencuri, pasti akan kupotong tangannya." - Riwayat
Muslim
8
PRINSIP-PRINSIP HALAL DAN HARAM DALAM
ISLAM
Menghalal dan Mengharamkan Sesuatu Adalah Hak
Allah
Melalui al-Quran al-Karim, Allah SWT dengan tegas
telah mengingatkan kepada penganutnya bahawa hak
untuk menentukan halal haram sesuatu itu adalah Allah
SWT semata-mata. Seterusnya, Allah SWT menegaskan
bahawa manusia tidak mempunyai sebarang autoriti
untuk menentukan hukum halal haram dalam sesuatu
perkara.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang
disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini
haram" untuk mengadaadakan kebohongan terhadap
Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengadakan
pembohongan terhadap Allah SWT tidak akan
beruntung." - Surah an-Nahl (16): 116
9
KONSEP HALALAN TAYYIBAN DALAM MAKANAN
Halalan tayyiban adalah merupkan konsep yang telah
diperkenalkan oleh Islam dalam menentukan kualiti makanan
dan konsep ini tidak terdapat dalam mana-mana ajaran agama
lain di dunia. Dalam konteks ini, konsep halalan tayyiban
saling berangkaian dengan konsep makanan dan pemakanan,
konsep kebersihan dan kesihatan, ketiga-tiga aspek berkenaan
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perkataan
tayyiban bermakna baik dan ini juga bererti makanan itu
mestilah halal dan baik untuk dimakan dan diperolehi
daripada sumber yang asli dan halal.
10
KESAN PENGAMBILAN MAKANAN HALAL
Membantu seseorang membesar dengan baik dan
sihat. Di samping itu, ia membantu memelihara
individu dan masyarakat daripada pelbagai
penyakit.
Memberikan ketenteraman kepada jiwa kerana
sesuai dengan fitrah manusia. Makanan yang haram
dan syubhah pada kebiasaannya menjadikan jiwa
tidak tenteram, resah dan gelisah kerana
bertentangan dengan fitrah.
Berupaya mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ibadat dan amal soleh yang dikerjakannya pula
diterima dan doa yang dipanjatkan dimakbulkan.
Berperanan menyelamatkan seseorang daripada
seksaan api neraka. la bertepatan sabda nabi SAW
yang bermaksud: "Tidak tumbuh daging daripada
yang haram, melainkan api neraka lebih utama
baginya". (Riwayat al-Termidhi).
Dapat membentuk darah daging yang baik dan
dapat membantu melahirkan insan yang
mempunyai sahsiah yang terpuji.
Membantu menghindarkan daripada pelbagai
penyakit.
11
KEBAIKAN PENGAMBILAN MAKANAN HALAL
Menyihatkan tubuh badan
Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi
pemikiran seseorang. Ianya menjadikan seseorang itu
lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin.
TERHINDAR DARI KEMUNGKARAN
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim, menyatakan bahawa salah satu doa yang
tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan
yang dimakannya ialah daripada sumber yang
haram
MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
Melalui pengambilan makanan yang bertepatan
dengan syariat Islam, seseorang dapat memiliki hati
yang bersih. Hati yang bersih ini dapat mendorong
seseorang ke jalan yang diredhai Allah di dunia dan
akhirat
12
KESIMPULAN
Dalam Islam hanya Allah s.w.t yang mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan status halal dan haram. Manusia tidak mempunyai kuasa
dan tidak boleh melakukan itu.Oleh itu, apa sahaja kaedah atau helah
yang digunakan bagi menghalalkan ataupun mengharamkan sesuatu
yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t adalah dilarang. Manakala bagi
perkara yang tidak dikategorikan sebagai halal ataupun haram, dalam
hal in Allah s. w.t memberikan ruang kepada para mujahid bag
melakukan itihad dalam menentukan status hukum.
13
10.RUJUKAN
Redirect Notice. (n.d.). Redirect Notice. Retrieved November 27, 2022, from
https://www.google.com.my/url?
sa=i&url=https%3A%2F%2Fsigir.uitm.edu.my%2Fsvsi%2FdapatQH3.php%3Fakar%3DQ089019%26m
ula%3D1%26pmula%3D1&psig=AOvVaw1e4W9cIlTvSCkt6FMO-
Mx8&ust=1669607913019000&source=images&cd=vfe&ved=0CBAQjRxqFwoTCJi3pqm8zfsCFQAAA
AAdAAAAABAE
Redirect Notice. (n.d.). Redirect Notice. Retrieved November 27, 2022, from
https://www.google.com.my/url?
sa=i&url=https%3A%2F%2Fjheains.sabah.gov.my%2Findex.php%2Fsoalan-
lazim%3Flayout%3Dedit%26id%3D129&psig=AOvVaw1e4W9cIlTvSCkt6FMO-
Mx8&ust=1669607913019000&source=images&cd=vfe&ved=0CBEQjhxqFwoTCJi3pqm8zfsCFQAAA
AAdAAAAABAO
Hukum pemakanan Islam - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (n.d.). Hukum Pemakanan
Islam - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. Retrieved November 27, 2022, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam
Wahid, A. (2021, March 15). Apa konsep sebenar halal dan haram dalam makanan? Ini panduan dan
penjelasannya - UtusanTV. UtusanTV. Retrieved November 27, 2022, from
https://utusantv.com/2021/03/16/konsep-halal-dan-haram-dalam-makanan/
N, I. (2011, June 6). Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam. Dulu
Lain Sekarang Lain. Retrieved November 27, 2022, from
https://dululainsekaranglain.com/information/prinsip-prinsip-makanan-yang-halal-dan-haram-
mengikut-perspektif-islam
U., & complete profile, V. M. (n.d.). Ciri-ciri Makanan Halal & Haram. Happy Learning Tamadun Islam
Malaysia: Ciri-ciri Makanan Halal & Haram. Retrieved November 27, 2022, from
http://makananharam2163.blogspot.com/p/ciri-ciri-makanan-halal-haram.html
Ciri-ciri Makanan Halal dan Haram Menurut Islam. (n.d.). Maria Firdz | Lifestyle Blogger. Retrieved
November 27, 2022, from https://www.mariafirdz.com/2013/11/ciri-ciri-makanan-halal-dan-
haram.html
A. (n.d.). BAB 9 MAKAN HALAL LAGI BAIK - Membalik Buku Halaman 1-12 | AnyFlip. BAB 9 MAKAN
HALAL LAGI BAIK - Membalik Buku Halaman 1-12 | AnyFlip. Retrieved November 27, 2022, from
https://anyflip.com/wdfm/rqky/basic
E. (2001, March 1). Makanan yang halal dan yang haram menurut islam. Makanan Yang Halal Dan Yang
Haram Menurut Islam. Retrieved November 27, 2022, from
https://www.slideshare.net/elisahanim333/makanan-yang-halal-dan-yang-haram-menurut-islam
BINATANG YANG HALAL DAN HARAM. (2007, January 4). BINATANG YANG HALAL DAN HARAM |
Hikmatun. Retrieved November 27, 2022, from
https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/04/binatang-yang-halal-dan-haram-2/
H. (n.d.). Haiwan-Haiwan Yang Haram Dimakan Dalam Islam. Haiwan-Haiwan Yang Haram Dimakan
Dalam Islam | ZAYAN. Retrieved November 27, 2022, from https://zayan.syok.my/zayan-pit-
stop/trending/haiwan-haram-dimakan-dalam-islam
14
10.RUJUKAN
Menjaga Agama, Nyawa Dengan Makanan halal | berita harian (no date). Available at:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/653071/menjaga-agama-nyawa-dengan-
makanan-halal (Accessed: November 28, 2022).
Wahid, A. (2021, March 15). Apa konsep sebenar halal dan haram dalam makanan? Ini panduan dan
penjelasannya - UtusanTV. Retrieved December 1, 2022, from
https://utusantv.com/2021/03/16/konsep-halal-dan-haram-dalam-makanan/
Syarat Makanan Halal dan Haram Menurut Islam. (2022, October 19). Retrieved December 1, 2022,
from https://www.siarandepok.com/baca/20221019/syarat-makanan-halal-dan-haram-menurut-
islam.html
A., & F. (n.d.). Post - Memilih Makanan Halal. Retrieved December 1, 2022, from http://farid-
wajdi.com/detailpost/memilih-makanan-halal
Portal Halal Malaysian. (n.d.). Retrieved December 1, 2022, from
https://www.halal.gov.my/v4/index.php?
data=bW9kdWxlcy9uZXdzOzs7Ow==&utama=panduan&ids=gp1&lang=bm
15