LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
SESI II 2021/2022
ORGANISASI :
JABATAN TENAGA KERJA
TINGKAT 1, BLOK B BANGUNAN PERSEKUTUAN JALAN
CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN,PERAK.
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : NANTHINI DEVI A/P SURES
NO.PENDAFTARAN : 17DDT19F2031
PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
(PENGATURCARAAN)
JABATAN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
II
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
NANTHINI DEVI A/P SURES
(17DDT19F2031)
DI
JABATAN TENAGA KERJA
TINGKAT 1, BLOK B BANGUNAN PERSEKUTUAN
JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK
INTAN,PERAK.
Laporan Akhir Latihan Industri ini dikemukakan kepada
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bagi memenuhi sebahagian dari syarat
penilaian latihan industri dan penganugerahan
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
14 MAC 2022 HINGGA 29 JULAI 2022
I
PENGESAHAN PELAJAR
“Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Pelajar :NANTHINI DEVI A/P SURES
No. Pendaftaran : 17DDT19F2031
Tarikh :
DISAHKAN OLEH:
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia : NOR AZAMIMAH BINTI OSMAN
Nama Organisasi : PEJABAT TENAGA KERJA TELUK INTAN
Tarikh :
Cap Organisasi :
II
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH DIS 2019 (SESI II 2021/2022)
MAKLUMAT DIRI PELAJAR
Nama : NANTHINI DEVI A/P SURES
No. Pendaftaran : 17DDT19F2031
No. Kad Pengenalan : 991208-08-5980
Program : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jabatan : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Institusi : POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Nama Organisasi Latihan : PEJABAT TENAGA KERJA
Alamat Organisasi Latihan : TINGKAT 1, BLOK B BANGUNAN
PERSEKUTUAN JALAN CHANGKAT JONG
36000 TELUK INTAN,PERAK.
Nama Penyelia : PUAN AZAMIMAH BINTI OSMAN
Tempoh Latihan : 14 MAC 2022 - 29 JULAI 2022
III
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada Pejabat Tenaga Kerja Teluk Intan kerana telah memberi peluang
untuk saya menjalankan latihan industri selama 20 minggu di Bahagian
Sumber Manusia. Oleh itu, saya ingin memberikan penghargaan kepada
Puan Azamimah Binti Osman selaku penyelia saya di Bahagian
Sumber Manusia kerana mereka juga telah banyak membantu saya
melakukan kerja-kerja dipejabat ini terutama dengan perkara yang saya tidak
mahir. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
staf-staf di sini yang banyak memberi tunjuk ajar dan curahan ilmu tentang
selok-belok pekerjaan sepanjang saya berada dipejabat.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Latihan
Industri PSIS serta pensyarah-pensyarah Diploma Teknologi Maklumat yang
banyak membantu dari penyediaan sebelum, semasa dan selepas menjalani
latihan industri.
Tidak lupa ucapan terima kasih kepada teman-teman seperjuangan yang
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
laporan akhir ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral
semasa menjalankan latihan industri.
IV
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
Judul i
Pengesahan Pelajar ii
Biodata Pelajar iii
Penghargaan iv
Isi Kandungan v-vi
Senarai Jadual vii
Senarai Rajah viii
Senarai Lampiran ix
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Latihan Industri 2
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 2
1.4 Kepentingan Latihan Industri 3
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 4
2.1 Pengenalan Organisasi 4- 5
2.2 Latarbelakang Penubuhan Organisasi 5
2.3 Kawasan Pentadbiran Organisasi 6
2.4 Carta Organisasi 6-7
2.5 Profil Penyelia Pejabat dan Senarai Staf-Staf PTKTI 7
2.6 Visi, Misi Dan Motto 8
2.7 Objektif dan Fungsi Organisasi 8
2.8 Aktiviti Utama Organisasi
V
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 9
3.1 Pengenalan 10
3.2 Jadual Waktu Bekerja 11-14
3.3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 15
3.4 Kesimpulan
16
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 16
4.1 Pengenalan 17-18
4.2 Merekod Data Kedatangan Ke Dalam Sistem LMD 18-20
4.2.1 Proses Kerja 20
4.3 Mesin-mesin yang digunakan untuk membuat kerja
4.4 Kesimpulan 21
BAB 5 KESIMPULAN 22
22
BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN
6.1 Komen Dan Cadangan Kepada Organisasi
6.2 Komen Dan Cadangan Kepada Politeknik
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
LAMPIRAN
VI
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
1. Jadual Bekerja 10
2. Jadual Aktiviti Latihan Industri 11 - 14
6
VII
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya dapatlah saya
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan
serta menyediakan laporan industri saya pada masa dan tarikh yang
diberikan oleh pihak Politeknik Sultan Idris Shah. Dalam tempoh masa 20
minggu, bermula 14 Mac 2022 sehingga 29 Julai 2022, saya telah
menjalankan Latihan Industri di organisasi Pejabat Tenaga Kerja. Dalam
tempoh 20 minggu saya berada di organisasi ini, saya telah mendapat banyak
pengalaman dan pengetahuan baru yang merangkumi semua dalam
kehidupan di alam pekerjaan. Aspek paling penting dalam mengikuti latihan
industri ini ialah dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali
alam pekerjaan yang sebenar.
Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat
membuka minda serta dapat mengenalpasti masalah yang timbul semasa di
tempat kerja. Ianya juga dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang pelajar
terhadap kemampuan diri. Selain itu, Latihan Industri juga ialah cara terbaik
untuk melatih para pelajar seperti kami untuk belajar bagaimana cara untuk
bergaul bersama rakan-rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana
tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam
alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, iainya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisplin,
bertanggungjawab, membuat keputusan dan berupaya menguji keyakinan diri
dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat melahirkan graduan yang berkualiti
dari segala aspek bagi mengisi kekosongan alam pekerjaan pada masa akan
datang. Latihan industri merupakan komponen utama dalam kokurikulum
pembelajaran di politeknik. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri dan
disyaratkan lulus latihan sebelum diperakukan untuk penganugerahan
diploma politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dalam latihan
industri, pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta
selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan
yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Sepanjang semasa
pelajar menjalani latihan industri, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai
cabaran dan masalah yang belum ditempuhi. Oleh itu, pelajar perlu bersedia
dari segi mental dan fizikal bagi meneruskan latihan industri sehingga tempoh
masa yang ditetapkan. Latihan ini telah berjaya dilaksanakan di Pejabat
Tenaga Kerja bermula 14 Mac 2022 sehingga 29 Julai 2022.
1
1.2 Objektif Latihan Industri
Terdapat beberapa matlamat atau objektif yang perlu dicapai
semasa menjalankan industri ini, antaranya ialah :
1. Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan
kerja-kerja praktikal.
2. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik
sesama pekerja.
3. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan semasa tempoh latihan industri
mengikut format yang ditetapkan.
4. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang
yang dipilih.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Buku laporan mengenai aktiviti yang dijalankan semasa latihan industri perlu
dibuat oleh setiap pelajar yang menjalani latihan industri dan perlu dihantar ke
jabatan masing-masing setelah selesai menjalani latihan industri. Terdapat
beberapa matlamat atau objektif yang perlu dijadikan garis panduan semasa
membuat laporan, antaranya ialah :
1. Untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam apa yang
dipelajari semasa latihan.
2. Untuk membantu pelajar belajar frasa dan tata bahasa dengan betul.
3. Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pemikiran yang
luas dan idea dalam penulisan.
4. Untuk mendisiplinkan pelajar semasa membuat kenyataan- kenyataan ini.
2
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan industri juga membawa banyak manfaat kepada pelajar itu sendiri.
Berikut adalah beberapa faedah latihan industri kepada pelajar:
1. Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja yang sebenar dan
mendapatkan kemahiran teknikal dalam industri yang diletakkan, serasi
dengan kursus yangdiambil.
2. Membolehkan pelajar menilai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
oleh mereka dan dengan ini mereka akan dapat menilai tahap kemahiran
yang telah dicapai.
3. Latihan ini juga boleh membantu pelajar belajar bagaimana untuk
mendapatkan pengetahuan dan pengalaman bagi memudahkan pelajar
untuk berhadapan dengan individu yang berbeza umur, latar belakang dan
budaya.
4. Meningkatkan keyakinan diri dan rasa tanggungjawab pada tugas yang
diberikan, serta mempelajari cara untuk melakukan kerja secara
berpasukan dan mempunyai perhubungan yang baik semasa bekerja
dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah.
3
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 Pengenalan Pejabat Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja merupakan salah sebuah jabatan di bawah
Kementerian Sumber Manusia.Jabatan ini bertanggungjawab memastikan
keharmonian perhubungan perusahaan melalui aktiviti penguatkuasaan
undang-undang dan program promosi. Akta utama yang dikuatkuasakan
adalah Akta Kerja 1955.Akta ini hanya melindungi pekerja-pekerja sektor
swasta di semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
2.2 Latarbelakang Penubuhan Pejabat Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (singkatan: JTKSM) telah
ditubuhkan sebagai Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) pada
tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 14 buah Jabatan dan
agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia
Malaysia.
Sebelum tahun 1960-an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan
pekerja di sektor perladangan dan perlombongan’. Pada tahun 1970, JBSM
digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Gabungan ini
memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian yang membabitkan
pekerja dan kesatuan. Beberapa perubahan kemudiannya dilakukan untuk
memastikan tugasan dan tanggungjawab institusi perburuhan menjadi lebih
licin. Antara perubahan itu termasuk pemisahan antara JBSM dengan JPP
dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi Jabatan.
JBSM dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para
pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.
Pada Februari 2003, JBSM mengambil alih fungsi perkhidmatan
pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat dan nama Jabatan ditukar
kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Aktiviti
penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM
4
melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan
dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta [1] termasuk:
Perkhidmatan dan Penjodohan Pekerjaan;
Portal JobsMalaysia;
Ceramah Kerjaya; dan
Karnival Pekerjaan.
Bermula 1 Januari 2021, fungsi perkhidmatan pekerjaan JTKSM dipindahkan
ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menjadikan JTKSM sebuah
Jabatan penguatkuasaan sepenuhnya. JTKSM merupakan salah satu agensi
frontliner utama dalam pemerkasaan undang-undang dalam tempoh
Proklamasi Darurat 2021 yang melaksanakan Ordinan Darurat (Standard
Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021
[Akta 446] dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
[Akta 342].
2.3 Kawasan Pejabat Tenaga Kerja Teluk Intan
5
2.4 Carta Organisasi
2.5 Profil Penyelia Pejabat dan Senarai Staf-Staf PTKTI
6
PENOLONG PENGARAH TENAGA KERJA
1. PUAN NORAZAMIMAH BINTI OSMAN
2. PUAN WASILAH BINTI VIJAYA KUMAR
PEGAWAI TENAGA KERJA
1. SITI NUR AZREEN BIN MOHD RADZI WOO
2. MOHD KHAIR SALLEH BIN ABD HAMID
STAF-STAF TENAGA KERJA
1. HARZIDATUL AINI BINTI BOHARI
2. MOHD FASHAH BIN ABDUL HASAN
3. SITI AISHA BINTI NOOR AZMI
4. HASAN BIN AYOUB
5. HAFIZAH BINTI ISMAIL
6. MAISARAH BINTI ABDUL AZIZ
7. MOHAMMAD NASIR B.ZAINAL ABIDIN
8. MOHD KHAIRUL BIN MOHD YUSUF
2.6 Visi, Misi Dan Motto
VISI
Peneraju Utama Kecemerlangan Pentadbiran Perburuhan Di Sektor
Swasta.
MISI
Memperkasakan pentadbiran perburuhan untuk meningkatkan kebajikan
warga pekerja dan kepentingan para majikan.
MOTTO
“Rakan Pekerja Sahabat Majikan”
7
2.7 Objektif dan Fungsi Organisasi
Melindungi kepentingan dan memajukan kebajikan pekerja di sektor swasta
melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh.
i. Membantu industri mengoptimumkan operasi dan meningkatkan
produktiviti.
ii. Mewujudkan suasana perburuhan yang kondusif untuk pembangunan
industri
iii. Penguatkuasaan undang-undang buruh dan langkah-langkah promosi.
2.8 Aktiviti Utama Organisasi
i. Menjalankan pemeriksaan berkanun ke tempat-tempat pekerjaan.
ii. Mendengar perbicaraan tuntutan pekerja / majikan di Mahkamah
Buruh.
iii. Menjalankan penyiasatan aduan.
iv. Mengeluarkan permit-permit perburuhan.
v. Memantau Penggajian Kanak-kanak dan Orang Muda.
vi. Menjalankan pendakwaan/kompaun ke atas kesalahan-kesalahan di
bawah Undang-undang Buruh.
vii. Memberi khidmat nasihat mengenai pekerjaan dan
perburuhan.Membantu pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan.
8
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang
ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan diterangkan dalam
bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau
tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu,
bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas tentang aktiviti-aktiviti dan
tugas yang telah saya jalankan semasa menjalani latihan industri pada satu
semester iaitu 20 minggu.
Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu
supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam masa
seminggu di samping dapat memudahkan proses penyemakan. Hari kerja
dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti
umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat. Dalam menjalani latihan
industri, pelatih telah didedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain
mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, pelatih juga telah
didedahkan dengan peraturanperaturan dan etika syarikat dan ianya perlu
dipraktikkan setiap kali pelatih berada di syarikat di mana pelatih menjalani
latihan industri.
9
3.2 Jadual Waktu Bekerja
Pelajar yang menjalani program Latihan Industri akan diberi jadual waktu
bekerja atau latihan oleh organisasi. Tempoh program Latihan Industri
yang dijalankan adalah bermula 14 Mac 2022 sehingga 29 Julai 2022.
.
Dalam menjalani latihan industri, waktu bekerja adalah:
HARI MASA BEKERJA BILANGAN JAM
Isnin hingga Jumaat 8:00 pagi – 5.00 petang 9 jam
Sabtu & Ahad CUTI
Jadual 1: Jadual Masa Bekerja
10
3.3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 9 jam sehari
bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari bermula dari hari
Isnin sehingga Jumaat.
MINGGU AKTIVITI
MINGGU 1 Memperkenalkan diri kepada pegawai
(14 Mac 2022 - 18 Mac 2022) organisasi
Mula membuat kerja seperti mencatat rekod
dalam buku
Menjawab panggilan
MINGGU 2 Ikut bersama pegawai untuk siasatan di luar
(21 Mac 2022 - 25 Mac 2022) majikan
MINGGU 3 Menghasilkan lanyard untuk seminar pekerja.
(28 Mac 2022 - 1 April 2022) Mengemaskan buddies bag untuk peserta
MINGGU 4 seminar pekerja.
(4 April 2022 - 8 April 2022) Membuat namelist seminar untuk rekod
MINGGU 5 kedatangan.
(11 April 2022 - 15 April 2022) Membuat kertas siasatan untuk majikan yang
bermasalah penginapan.
Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Membuat surat rasmi untuk semua majikan di
hilir perak sahaja.
Cetak surat rasmi tersebut
Menjawab panggilan telefon
11
MINGGU 6 Menjawab panggilan telefon
(18 April 2022 - 22 April 2022) Membuat lampiran untuk surat rasmi
MINGGU 7 Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
(25 April 2022 - 29 April 2022) Mengadakan pre photo shooting di pejabat
MINGGU 8 untuk Raya 2022
(2 Mei 2022 - 6 Mei 2022) Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Cuti Hari Raya 2022
MINGGU 9 Menjawab panggilan telefon
(9 Mei 2022 - 13 Mei 2022) Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
MINGGU 10 446 .
(16 Mei 2022 - 20 Mei 2022) Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Jawab panggilan telefon
Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
446 .
Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Cuti bagi Kematian Datuk
MINGGU 11 Cuti Hari Wesak
(23 Mei 2022 - 27 Mei 2022) Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
446 .
Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Jawab panggilan telefon
12
MINGGU 12 Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
(30 Mei 2022 - 3 Jun 2022) 446 .
MINGGU 13 Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
(6 Jun 2022 - 10 Jun 2022) Jawab panggilan telefon
Ikut bersama pegawai untuk siasatan di luar
majikan
Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
446 .
Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Membuat surat rasmi untuk Pertunjukkan
Pentas bagi tayangkan wayang korean.
Jawab panggilan telefon
MINGGU 14 Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
(13 Jun 2022 - 17 Jun 2022) 446 .
MINGGU 15 Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
(20 Jun 2022 - 24 Jun 2022) Jawab panggilan telefon
Cetak buku panduan penginapan 20 collate .
MINGGU 16 Membuat connection IP Address Ethernet di
(27 Jun 2022 - 1 Julai 2022)
Netbook pegawai masing-masing
Jawab panggilan telefon
Jawab panggilan telefon
Menghias papan kenyataan pejabat
Cetak dokumen-dokumen penting untuk
tampal pada papan kenyataan
13
MINGGU 17 Key-in & Update data ke dalam sistem Akta
(4 Julai 2022 - 8 Julai 2022) 446 .
MINGGU 18 Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
(11 Julai 2022 - 15 Julai 2022) Jawab panggilan telefon
Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
MINGGU 19 Jawab panggilan telefon
(18 Julai 2022 - 22 Julai 2022) Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Jawab panggilan telefon
MINGGU 20 Cetak borang panduan penginapan
(25 Julai 2022 - 29 Julai 2022) Key-In data kedatangan dalam sistem LMD
Jawab panggilan telefon
Mengikut pegawai untuk siasatan di luar
majikan.
Staf-staf meraikan tamatnya latihan Industri
dengan mengadakan makan-makan
bersama.
14
3.4 Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan adanya Latihan Industri pelajar dapat memahami
alam kerja yang sebenar. Pelajar diberi peluang untuk mengamalkan
pengetahuan yang diperolehi semasa sesi teori kepada pembelajaran
praktikal. Teori dan amalan adalah dua perkara yang sama penting untuk
penyesuaian. Pelajar-pelajar dapat berfikir di luar kotak pemikiran bahawa
teori ini tidak semestinya sama yang dapat dilaksanakan, dalam erti kata
lain apa yang kita belajar tidak semestinya sama dengan keadaan yang
sebenar. Pelajar juga dapat menimba ilmu dan pengetahuan secara am
dan boleh digunapakai di alam pekerjaan. Dengan adanya Latihan
Industri ini boleh memberi manfaat kepada pelajar untuk dinilai oleh
syarikat yang akan pelajar bekerja setelah tamat pengajian. Oleh itu pihak
yang berkenaan dalam pembelajaran tinggi perlu terapkan dalam sistem
pengajian tentang pentingnya Latihan Industri dalam sesuatu
pembelajaran.
15
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Pengenalan
Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah
dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu
mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan
secara berperingkat-peringkat. Ia memastikan segala pengurusan
organisasi dapat berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam
bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang
melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 20 minggu di syarikat
tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah
dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk
mengendalikan kerja tersebut dengan baik. Bab ini menerangkan dengan
lebih terperinci kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar.
4.2 Merekod Data Kedatangan Ke Dalam Sistem LMD (Khidmat Nasihat)
Segala majikan atau pekerja yang datang jumpa pegawai untuk pertanyaan
dan kes buruh ,ia akan direkodkan ke dalam sistem. Sebagai contoh, melalui
kaunter, taklimat, ceramah dan lain-lain.
16
4.2.1 Proses Kerja
Key-In Data ke dalam Sistem
Pilih bahagian khidmat nasihat
Ia akan paparkan window lain.Seterusnya,masukkan butiran seperti
dalam gambar berikut dan klik butang simpan Rekod.
17
Menaip Surat
Surat adalah penting bagi membuat pesanan ataupun laporan.
Setiap kertas kerja perlu ada surat kerana ini menonjolkan ciri-ciri
formal bagi setiap laporan bagi Penginapan AKTA Kerja . Ia membuatkan
kerja-kerja kelihatan lebih profesional dalam bidang-bidang dan bahagian
yang tertentu.Saya menaipkan surat rasmi berikut sekurang-kurangnya 336
surat untuk majikan tertentu.
Menghasilkan Name Card Penyelia
4.3 Mesin-mesin yang digunakan untuk membuat kerja
Mesin Fotostat
Fotostat adalah membuat sesuatu melalui proses cetak dengan tujuan
agar menghasilkan bentuk yang sama dalam jumlah yang banyak. Ia
juga bermaksud proses yang digunakan untuk membuat salinan bagi
bahan-bahan yang bertulis atau bercetak. Mesin fotostat membuat
salinan tersebut dengan menggunakan cahaya, panas dan bahan kimia
atau muatan listrikstatis.
18
Mengambil dokumen yang diperlukan untuk membuat salinan.
Memastikan kertas yang di dalam mesin fotostat berada dalam jumlah
yang cukup untuk membuat salinan yang diperlukan.
Meletakkan dokumen yang ingin dicetak di mesinfotostat tersebut.
Tentukan juga jenis salinan fotokopi yang dikehendaki.
Contohnya, salinan yang ingin dibuat pada kertas ‘one sided’atau
‘two sided’.
Menekan butang start untuk memulakan proses fotokopi dan perlu
menunggu sebentar untuk mengambil salinan yang dikehendaki.
Mesin Laminating
19
Mesin laminating adalah suatu alat elektronik yang memiliki fungsi utama
yaitu untuk melapisi suatu dokumen. Alat ini dapat digunakan untuk melapisi
kertas dengan bahan plastik atau menggunakan plastik berjenis film sehingga
dokumen yang Anda miliki jauh lebih awet.
1. Persiapkan dokumen yang akan di laminating.
2. Persiapkan alat-alat yang akan digunakan dalam proses laminating
seperti mesin laminating dan plastik film.
3. Hidupkan mesin laminating dengan menekan tombol onpada mesin.
4. Atur mesin hingga ke derajat tertentu untuk memanaskan mesin yang
akan melapisi dokumen dengan plastik film.
5. Posisikan dokumen dan plastik film secara tepat, kemudian mulai
masukkan keduanya dalam mesin tersebut.
6. Tekan tombol forward untuk memajukan secara otomatis dokumen dan
plastik film agar melapisi menyeluruh bagian.
7. Kemudian dokumen yang sudah terlapisi akan keluar di sisi lainnya.
8. Masukan kembali dokumen yang sudah terlapisi ke mesin apabila proses
pelapisannya belum sempurna.
9. Setelah sudah selesai semuanya matikan mesin dengan menekan tombol
off pada mesin.
4.4 Kesimpulan
Untuk tugasan teknikal ini, banyak pengetahuan berkenaan dengan
pengurusan pejabat dan ilmu dalam bidang perhubungan awam serta
belajar berinteraksi dengan orang ramai. Dengan ilmu- ilmu yang pelatih
peroleh dapat dipratikkan dalam bidang pekerjaan dan pelajaran pada
masa akan datang.
20
BAB 5
KESIMPULAN
Sepanjang menjalani latihan industri ini, pelbagai pengetahuan yang baru
mengenai bidang pengurusan pejabat dan khidmat pelanggan yang telah
diajar di Pejabat Tenaga Kerja Teluk Intan. Segala pembelajaran semasa di
Politeknik dapat diaplikasikan dalam suasana pekerjaan yang sebenar. Selain
itu, dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan
dengan perhubungan awam. Sepanjang dua puluh minggu yang telah
diwajibkan oleh pihak Politeknik bagi menjalani latihan industri, pelbagai
perkara yang dapat dipelajari dan memberi manfaat kepada kehidupan
terutamanya dalam mendisplinkan diri, cara berkomunikasi dengan baik
supaya lebih berkeyakinan dan dapat menghadapi pelbagai cabaran dalam
apa jua keadaan yang berlaku. Latihan industri ini juga memberi pelatih
pendedahan awal tentang alam pekerjaan, disiplin diri melalui ketetapan
masa, cara berpakaian, cuti, tingkah laku terhadap kakitangan dan pelanggan.
Secara tidak langsung melalui latihan ini pelatih bersedia, berani
serta lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan masalah yang mendatang.
Akhir sekali, pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru yang dapat perolehi
melaui tunjuk ajar dan bimbingan daripada penyelia Penolong Pengarah
Tenaga Kerja. Sebagai kesimpulan bagi sepanjang tempoh latihan industri ini,
saya berpendapat bahawa latihan industri banyak memberi manfaat kepada
saya iaitu dari segi:
Dapat memahami dan lebih cekap dalam melakukan sesuatu perkara.
Meningkatkan keyakinan dalam melakukan sesuatu kerja kerana sudah
mahir dan mengetahui cara melakukan sesuatu pekerjaan.
Diberi peluang untuk mencuba sendiri dan mempelajarai sesuatu yang
baru ketika tempoh latihan.
21
BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN
6.2 Cadangan Terhadap Organisasi Latihan
a) Memberikan kerja-kerja yang lebih mencabar kepada para pelajar
latihan industri. Hal ini kerana, pelajar latihan industri memerlukan
pengalaman dalam bidang pekerjaan yang lebih mencabar sebagai
panduan untuk masa akan datang.
b) Sentiasa tegas dengan masa kerja. Sebagai contoh, sentiasa datang
tepat pada masa dan tidak membuang masa kerja.
6.3 Cadangan Terhadap Politeknik
a) Mengumpul maklumat mengenai tempat-tempat yang kebiasaannya
menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri agar dapat
dipastikan bahawa premis berkenaan betul-betul akan memberi
manfaat yang berguna kepada pelajar kelak.
b) Sentiasa menghubungi pihak firma untuk mengetahui perkembangan
dan keadaan serta tingkah laku pelajar. Sekiranya dalam masa tersebut
pelajar didapati membuat perkara yang melanggari peraturan maka
tindakan disiplin yang tegas perlu dilaksanakan.
c) Pengalaman merupakan perkara penting dalam mencari pekerjaan
pada masa kini, jadi tempoh latihan industri harus dipanjang selama
enam bulan maka pelajar memperolehi lebih banyak pengetahuan
dalam segala bidang.
22
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
OFFICIAL WEBSITE JABATAN TENAGA KERJA :
https://jtksm.mohr.gov.my/en/
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA :
https://gerbang.mohr.gov.my/sso/index.php?mod=authentication
I-UPLI PSIS :
http://spmp.psis.edu.my/upliv2/menuversipelajar.jsp
BUKU PANDUAN PENGINAPAN PEKERJA :
https://jtksm.mohr.gov.my/en/sumber-sumber/penerbitan/garis-
panduan/1464-buku-panduan-penginapan-pekerja
23
LAMPIRAN
24
25
26
27