KOLEJ VOKASIONAL MATANG
KM 14, JALAN MATANG,
93050 KUCHING SARAWAK
082-641582
PENDIDIKAN ISLAM
A06400
MODUL PEMBELAJARAN
SEMESTER 4
NAMA : _________________________________________ _
PROGRAM : _________________________________________ _
NO. MATRIK : _________________________________________ _
SIAPA BERUSAHA,
AKAN BERJAYA!
1
TAKWIM PENGAJIAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL 2020
SESI 2 / 2020
Tarikh SEM 4 CATATAN
24.08.20 28.08.20 KV KPM PdP
31.08.20 4.09.20 online
07.09.20 11.09.20 M1
14.09.20 18.09.20 M2 3 Minggu
21.09.20 25.09.20 M3
28.09.20 02.10.20 M4
5.10.20 9.10.20 M5
19.10.20 23.10.20 M6
26.10.20 30.10.20 M7
02.11.20 06.11.20 M8
09.11.20 13.11.20 M9
16.11.20 20.11.20 M10
23.11.20 27.11.20 M11
30.11.20 04.12.20 M12
07.12.20 11.12.20 M13
14.12.20 01.01.21 M14
04.01.21 08.01.21 M15
11.01.21 15.01.21 CUTI PERTENGAHAN
18.01.21 22.01.21 SEMESTER
25.01.21 29.01.21 M16
01.02.21 12.02.21 M17
PENILAIAN AKHIR
AMALI/TEORI
CUTI AKHIR SEMESTER 2 Minggu
2
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Surah Hafazan : 4
i. Surah Al-Alaq
ii. Surah Al-Qadr 6
BIDANG AL-QURAN Bacaan & Kefahaman : 8
Surah An-Nur : 30 - 31 10
16
Kewajipan Memelihara Kehormatan 18
Diri 27
32
BIDANG HADIS Tuntutan Menjauhi Rasuah & 36
Memelihara Amanah 37
39
BIDANG AKIDAH Memahami & Meyakini Akidah Islam
Yang Benar
Cara Mempertahankan Akidah Islam
BIDANG IBADAH Konsep Pelaksanaan Muamalat Dalam
Islam
BIDANG TOKOH & TAMADUN Kerajaan Uthmaniah
Hassan Al-Banna
BIDANG ADAB & AKHLAK Adab Bekerja
ISLAMIAH Sifat Istiqamah
Sifat Thiqah Muslim
3
SURAH HAFAZAN
i) Surah Al-Alaq
بسم رلا هللا
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
7. Kerana Dia melihat dirinya serba cukup.
8. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).
9. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
10. Seorang hamba ketika mengerjakan solat,
11. Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,
12. Atau Dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?
13. Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?
14. Tidaklah Dia mengetahui bahawa Sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
15. Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik
ubun-ubunnya,
16. (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.
17. Maka Biarlah Dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),
18. Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniyah,
19. Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah
(dirimu kepada Tuhan).
4
PERBEZAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN
MEYAKINI ISLAM SEBAGAI SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR
Keistimewaan Islam adalah sumber-sumber ambilannya jelas dan terjamin (Al-
Quran & As-Sunnah)
Ajaran Islam membawa kesejahteraan hidup di dunia dan kehidupan selepas mati
(akhirat)
15
TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM
Anugerah Allah yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam. Di dalam al-Quran,
secara tuntas mengatakan bahawa Islam hanyalah satu-satunya cara hidup yang diiktiraf
(surah Ali-Imran ayat 19) dan Allah tidak menerima cara hidup selain daripada Islam
(surah Ali-Imran ayat 85). Nabi SAW meletakkan asas Islam mesti mengatasi yang lain.
Sehubungan itu, seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah Islam daripada
diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.
CARA MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM YANG BENAR
1. Wajib berpegang kepada akidah yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Seseorang yang mengakui dirinya seorang Islam dan beriman, serta mengharapkan
kejayaan di akhirat kelak, wajib mendekatkan diri dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Menjadikan keduanya sebagai petunjuk dan panduan hidup. Firman Allah SWT Ayat
13, Surah an-Nisa' : “ Snsiugu yang taatkan Allah (maksudnya, ikuti ketetapan al-
Quran) dan taatkan Rasulallah SAW (maksudnya, berpandukan as-Sunnah), akan
dimasukkan Allah ke dulum syatpu”. Orang Islam yang beriman dan yakinkan
wujudnya kehidupan yang kekal di akhirat, serta yakin dengan hari pembalasan, wajib
belajar dan memahami al-Quran, supaya benar-benar terpandu. Orang yang terpandu
dalam hidupnya pastilah dia melakukan segala sesuatu untuk memaksimumkan
ganjaran pahala dan meminimumkan dosa-dosa yang terkena padanya dalam hidupnya.
Kerana itu sahajalah yang dapat menjamin kesejahteraan akhirat.
2. Mendaptkan bimbingan daripada guru yang diiktiraf keilmuannya.
Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap orang muslim. Setiap muslim mesti
melengkapkan diri dengan ilmu tauhid, syariah dan tasawuf Islam dengan menuntut
ilmu daripada guru yang mursyid, muktabar dan diiktiraf keilmuaannya. Hal ini sangat
penting bagi memastikan ajaran dan ilmu yang diperolehi adalah yang benar dan
diredhai oleh Allah.
3. Menolak dan menjauhi amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
Setiap umat Islam wajib menghindarkan diri mereka daripada terlibat dengan perkara-
perkara yang boleh merosakkan atau membatalkan iman seperti syirik, khurafat, kufur,
riddah, nifak dan sihir. Melalui cara ini mereka akan terselamat daripada godaan
syaitan yang sentiasa mencari jalan agar mereka tersesat dari jalan Allah.
4. Membina ketahanan akidah dengan berdoa.
Sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi ketahanan iman yang kukuh di dalam hati
dan sentiasa berada di jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
16
KEWAJIPAN BERPEGANG KEPADA AKIDAH YANG BENAR
BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
1. Dapat membersihkan akidah daripada kekeliruan dan kesesatan.
2. Menjadi asas kepada penerimaan sesuatu amalan.
3. Menjalani hidup yang diredhai oleh Allah.
KEPENTINGAN MENDAPATKAN BIMBINGAN DARIPADA GURU YANG
DIIKTIRAF KEILMUANNYA
Oleh kerana soal akidah merupakan tunjang kepada segala hal berkaitan agama,
maka ilmu ini tidak hanya boleh diperolehi dengan jalan membaca buku sahaja, atau
menerusi pembacaan dan menerusi internet sahaja.
Seorang yang menuntut ilmu akidah mesti mendapat bimbingan dari guru yang
diikhtiraf keilmuannya agar tidak mendapat ajaran yang salah dan menyeleweng.
Sebagai contoh, seseorang yang mempelajari ilmu tajwid perlu belajar secara terus
dari guru(talaqqi musyafahah) kerana guru boleh membetulkan kesilapan bacaan,
berbeza dengan belajar melalui CD yang hanya boleh mengajar tetapi tidak boleh
membetulkan.
MENOLAK DAN MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AMALAN-AMALAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ISLAM
Beberapa kepercayaan dan amalan dalam kalangan oramg Melayu khususnya
berasal dari agama lain. Amalan-amalan ini ada yang bertentangan dengan ajaran
Islam itu sendiri, tetapi terus diamalkan kerana menjadi kepercayaan dan adat turun-
temurun.
Contoh-contohnya adalah seperti berikut:-
- Perjuangan berasaskan bangsa seperti yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.
- Fahaman kesatuan alam dengan Tuhan (wahdatul wujud) dalam beberapa aliran
tasawuf, seperti ajaran Nirwana yang terdapat dalam agama Hindu.
- Tarian-tarian yang ada unsur pemujaan seperti mak yong, ulek mayang dan kuda
kepang.
- Amalan yang ada unsur khurafat seperti adat menepung tawar ketika majlis
persandingan.
- Amalan berkabung sehingga melebihi 3 hari bagi pembesar-pembesar Negara.
- Amalan meletakan bunga dan menghormati tugu 17egara semasa Hari Pahlawan
yang mengandungi unsur syirik seperti dalam agama Hindu.
- Amalan membakar kemenyan atau setanggi juga merupakan ajaran dari agama
Hindu.
17
IBADAH
KONSEP PELAKSANAAN MUAMALAT DALAM ISLAM
Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan
memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-
meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam
perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua
orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
PERNIAGAAN DALAM ISLAM
Perniagaan ialah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran
barang dengan perkhidmatan
Syed Sabiq pula mendefinisikan perniagaan sebagai satu proses iaitu apabila
perniagaan itu berfungsi melalui pertukaran harta dengan harta di atas persetujuan
penjual dan pembeli mengikut cara-cara yang diizinkan oleh syarak
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan
suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang
bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui
perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau
besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat
yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya:
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi,
siddiqin dan para syuhada". (Hadis Riwayat Tirmizi)
GALAKAN BERNIAGA DALAM ISLAM
Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan
ibadah dan juga sunnah rasul SAW.
Rasulullah SAW seorang ahli perniagaan yang berjaya. Rasulullah S.A.W. pernah
menjadi wakil peniaga kepada Khadijah binti Khuwailid RA ke negeri Syam Rasulullah
menegaskan bahawa 1/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan. Rasulullah SAW
pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud:
“9/10tnznniirauduluhdurubpdutigudugntbiupuub.”
(Riwayat Tirmizi)
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang
diingini. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia.
Islam sangat menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan
dan perhubungan yang baik sesama manusia. Firman Allah SWT dalam surah AI-Baqarah
uyur275yubpnntmunsad:“Alluhmnbphululnubjaulnnlidubmnbphutumnubtinu”.
18
CIRI-CIRI PERNIAGAAN YANG DILARANG DALAM ISLAM
Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah :
i. Sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan,
membuat pelaburan dan seumpamanya.
ii. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil dalam pelbagai cara dan
bentuk seperti mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya.
iii. Penipuan dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual
barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan
yang palsu.
iv. Rasuah seperti dalam usaha mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih
luas.
v. Memonopoli barangan (ihtikar).
vi. Mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
vii. Menjual buah-buahan yang masih di pokok.
ADAB DAN ETIKA DALAM PERNIAGAAN ISLAM
Islam menggariskan beberapa adab untuk diamalkan semasa berniaga.
1. Amanah
Amanah bermaksud penjual dan pembeli bersikap jujur dan tidak menipu dalam
perniagaan.
Contohnya peniaga tidak sepatutnya mencampur buah-buahan yang lama dengan
yang baru dan menjualnya dengan harga yang sama nilai. Manakala pembeli haruslah
bersikap jujur sekiranya penjual tersilap memulangkan wang.
2. Ihsan
Ihsan bermaksud peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan mengambil kira
semua aspek kemasyarakatan dan keberkatan daripada Allah SWT di samping
mendapat keuntungan.
3. Bekerjasama
Penjual dan pembeli hendaklah bertolak ansur sekiranya timbul sebarang perkara
yang tidak diingini.
4. Tekun
Perniagaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh agar
perniagaan yang dijalankan itu berkembang maju.
5. Menjauhi perkara yang haram
Penjual hendaklah menjauhi perkara yang haram semasa menjalankan perniagaan.
Contohnya menipu dalam timbangan, menjalankan muamalat riba, menyorok barang,
dan menjual barangan yang diharamkan seperti dadah dan arak.
6. Melindungi penjual dan pembeli
Penjual dan pembeli hendaklah saling melindungi hak masing-masing. Contohnya
penjual memberikan peluang yang secukupnya kepada pembeli untuk membuat
pilihan ketika hendak membeli sesuatu barangan.
19
FAEDAH BERADAB DALAM BERNIAGA
Akan lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera
Tidak akan berlaku penindasan dan penipuan di kalangan penjual dan pembeli
Mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
Mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah nabi
Mendapat keuntungan dalam aktiviti jual beli yang dijalankan.
Merapatkan hubungan silaturahim dan dihormati masyarakat
Meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam
CARA MEMPEROLEHI KEBERKATAN DALAM BERNIAGA
1. Membayar zakat perniagaan.
2. Memberikan sumbangan untuk kebaikan agama / Melakukan sedekah jariah
3. Jujur / amanah sepanjang masa berniaga.
MUAMALAT ISLAM
i. JUAL BELI DAN TEMPAHAN
Pengertian Jual Beli: menukarkan barang dengan barang mengikut syarat tertentu
Pengertian Tempahan: memesan sesuatu barang dengan memberi cengkeram
Dalil: FitmubAlluhnntmunsad:“Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”
BIL RUKUN SYARAT
Penjual Mukallaf ( aqil baligh)
Kemahuan sendiri
1. dan
Pembeli Merdeka
Bukan golongan ditahan membelanjakan harta/muflis
2. Barang Beragama Islam – al-Qat’ubdubhudis
3. Harga Bersih dan suci
Berfaedah – contoh bukan sebiji padi
Milik penjual atau wakilnya
Boleh menyerahkan barang ketika akad kecuali tempahan
Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar dan sifat
barang jualan.- tak sah jual burung yang terbang diudara
Bersih
Milik pembeli
Mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual
20
Ijab dan Kabul Pembeli dan penjual tahu jenis matawang yang
4.
digunakan.
Tidak diselangi dengan diam yang lama
Bersamaan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz.
Tidak boleh ditaklikkan
Tidak boleh dihadkan masanya.
Hikmah berjual beli :
Menyenangkan manusia bertukar-tukar faedah harta dalam kehidupan.
Menghindarkan kejadian rampas-merampas dan ceroboh-mencerobohi dalam usaha
memiliki harta.
Menggalakkan orang ramai supaya hidup berperaturan , bertimbang rasa , jujur dan
ikhlas.
ii. SEWAAN / UPAH
Pengertian:
Perjanjian untuk memiliki faedah dari barang/khidmat yang diambil dari orang lain
dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
Rukun Sewa
BIL RUKUN SYARAT
Akil baligh
1. Penyewa dan Pemberi Kemahuan sendiri
Sewa Tidak bersifat membazir
Bayaran dengan wang
2. Bayaran sewa Wang bayaran diketahui
Kedua-dua pihak tahu kadar, jenis dan sifatnya.
Keadaan bayaran tertentu
3. Manfaat Berharga dan berfaedah di sisi syarak
Dapat diberikan oleh orang yang mengambil upah
Diketahui kadar dan jangkamasa
Syarat Sah Sewa
Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa.
Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh syarak.
Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa.
Contoh sewakan rumah kepada isteri.
Pekerjaan yang menjadi tujuan sewa bukan perkara fardu atau wajib kepada orang yang
memberi sewa.
Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan.
21
Hikmah Sewa:
Memberi kemudahan kepada orang yang tidak memiliki sesuatu barang untuk
mendapatkan faedah atau manfaat dari barangan itu.
Menambah keuntungan oleh pemilik barangan itu.
Mengeratkan hubungan dalam masyarakat.
Menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan lebih mudah dengan bantuan orang lain.
iii. HUTANG/PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN
Pengertian hutang menurut Islam:
Hutang ialah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau
manfaat itu perlu dikembalikan dengan jumlah yang sama.
Hukum berkaitan hutang piutang
Bil. Perkara Hukum
1. Memberi hutang Sunat
Memberi hutang kepada orang yang Wajib
2. sangat memerlukan bantuan
3. Membayar hutang Wajib
Menangguhkan bayaran hutang bagi Haram
4. orang yang berkemampuan
Rukun Berhutang
BIL RUKUN SYARAT
Penerima dan Pemberi Kedua-duanya hendaklah mempunyai saksi atau
1. hutang perjanjian bertulis.
2. Barang Milik penuh pemberi hutang (pemiutang)
3. Akad Bagi pemberian hutang sahaja
Sebab-sebab dibolehkan berhutang
Tidak mempunyai wang yang cukup untuk memiliki sesuatu
Desakan hidup
Untuk tujuan perubatan atau menuntut ilmu
Untuk tujuan yang diharuskan syarak seperti belajar, berniaga, berkahwin dan
sebagainya
22
Hikmat Berhutang
Membantu golongan yang susah
Mengelak penindasan ke atas orang miskin
Menjaga kepentingan antara pemberi dan orang berhutang
Memberi peluang orang miskin membaiki taraf ekonomi mereka
iv. GADAIAN / PAJAKAN
Pengertian:
Bahasa: Menahan sesuatu
Istilah Syarak: Menjadikan suatu barang berharga sebagai cagaran untuk mendapatkan
pinjaman. Jika hutang tidak dibayar, maka barang berharga tersebut adalah sebagai
gantinya.
BIL RUKUN SYARAT
Penggadai dan Baligh, Berakal, Mampu urus harta, Kemahuan sendiri
1. Pemegang Gadai (bukan dipaksa)
2. Barang Gadaian Bernilai, Milik Penggadai
3. Bayaran Milik pemegang gadai (untuk diserah kepada penggadai)
4. Akad/Ijab dan Kabul
v. SYARIKAT
Pengertian:
Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau
lebih dalam sesuatu perniagaan
BIL RUKUN SYARAT
1. Ahli syarikat
2. Modal Berakal, baligh, merdeka, rela
3. Lafaz akad Harta atau kepakaran
Perkataan dalam akad yang membawa erti izin untuk
membelanjakan harta syarikat
23
Perkara yang membatalkan syarikat
Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi
Kematian salah seorang rakan kongsi
Salah seorang rakan kongsi menjadi murtad
Hilang kelayakan seperti gila berpanjangan
Salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan dalam syarikat
Hikmah syarikat
Salah satu cara memajukan ekonomi bangsa dan negara
Dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar yang tidak terdaya dilakukan oleh
orang perseorangan
Dapat membimbing masyarakat supaya saling bekerjasama
Mengeratkan silaturrahim
Memimpin masyarakat supaya bersifat amanah dan jujur
vi. TAKAFUL/INSURANS ISLAM
Pengertian:
Faedah yang diperoleh apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan
menggembeling usaha serta sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama
dan tolong-menolong apabila ditimpa musibah.
Melalui pakatan tersebut, orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat
perlindungan yang biasanya berbentuk kewangan serta dapat meringankan beban orang
yang ditimpa musibah.
Tujuan insurans
Memberi jaminan perlindungan berupa manfaat jika ditakdirkan sesuatu musibah
menimpa, bagi meringankan kerugian atau penderitaan.
Memberi rasa aman kepada pemilik sesuatu harta dengan jaminan sumber kewangan
yang dapat menampung kos kerosakan harta mereka.
Jenis insurans – perlindungan risiko keatas kematian dan kehilangan upaya
1.Insurans nyawa
anggota badan.
2.Insurans am – perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian
pendapatan atau harta.
Prinsip insurans
Merupakan perjanjian untuk bantu membantu antara pemegang polisi.
Pemegang polisi bekerjasama antara satu sama lain bagi mendapatkan manfaat
bersama.
Bertujuan keuntungan yang adil antara pemegang polisi.
24
Pemegang polisi bekerjasama member sumbangan yang bertujuan meringankan
kerugian yang ditanggung oleh ahli.
Tiada unsur ketidakpastian/gharar pada bayaran sumbangan dan manfaat.
Pemegang polisi menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada kehilangan
atau kerugian akibat ditimpa musibah atau bencana.
vii. ZAKAT HARTA DAN PERNIAGAAN
Pengertian Bahasa: suci dan subur
Istilah Syarak: mengeluarkan harta tertentu dengan syarat tertentu, dengan kadar tertentu
dan diberikan kepada golongan yang tertentu.
Syarat wajib zakat
Islam
Merdeka
Milik Sempurna
Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai
minimum)
Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Zakat fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga
1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.
2. Zakat harta
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari
jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan
hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.
Golongan yang layak menerima zakat
Bil. Asnaf Keterangan
1. Fakir Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama
sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak
2. Miskin dapat menampung keperluan hariannya
3. Amil
4. Muallaf Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan
5. Riqab hariannya
Orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat
Saudara baru memeluk Islam
Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri
25
6. Gharimin Penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk
menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi
untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya
7. Fisabilillah Orang yang berjuang di jalan Allah
8. Ibnus sabil Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Hikmat zakat
Mengurangkan jurang antara mereka yang kaya dengan mereka yang miskin.
Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah.
Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk seperti tamak.
Membersih harta dengan memberi kepada yang hak.
Dapat menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan.
TATACARA PENUBUHAN DAN PENGOPERASIAN SYARIKAT SECARA
ISLAM
Prosedur penubuhan syarikat di Malaysia:
1) Sebelum Penubuhan
Carian nama – tempahan di buat di Pejabat Pendaftar Syarikat
Menyediakan dokumen-dokumen penubuhan syarikat
Menyerahkan dokumen lengkap kepada Pendaftar syarikat dalam masa 3 bulan
selepas nama diluluskan.
Syarikat mendapat sijil pemerbadanan yang memperakui kewujudannya secara
automatik
2) Selepas Penubuhan
Membentuk komponen syarikat seperti pengarah, setiausaha, ahli, juruaudit
dan lain-lain pegawai.
Mewujudkan pejabar berdaftar dalam tempoh 14 hari selepas syarikat
didaftarkan
Menyediakan cop rasmi syarikat
MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP PERNIAGAAN SECARA ISLAM
i. Tidak terlibat dengan unsur riba dan perjudian
ii. Menjauhi sebarang bentuk rasuah
iii. Sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan
26
TOKOH & TAMADUN
TAMADUN : KERAJAAN UTHMANIAH
LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kelemahan Kerajaan Abbasiyyah dan pemerintahan khalifah telah menyebabkan
munculnya kerajaan kecil seperti Kerajaan Seljuk di Turki.
Kawasan barat Anatolia terletak di bawah pengaruh Seljuk. Walaupun di bawah
pengaruh Seljuk, pemerintah Anatolia bebas daripada urusan pemerintahan dan
pentadbiran.
Walaupun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun
kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan
Uthmaniah.
PEMBENTUKAN KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
Perkataan Uthmaniah berasal daripada nama pengasas kerajaan, iaitu Uthman bin
Ertughul bin Sulaiman Shah.
Pada peringkat awal, Uthman ialah amir atau gabenor Seljuk bagi kawasan sebelah
barat Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan kawasan empayar Byzantine,
ataupun dikenali sebagai Rom Timur.
Oleh itu, kawasan di bawah pemerintahan Uthman ini menghadapi ancaman yang
lebih tinggi berbanding dengan wilayah lain.
Pada tahun 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan
ini menyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin
masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya.
Uthman pula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan
bandar Bursa sebagai ibu negeri.
Selepas beliau meninggal dunia, usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya
Orhan 1 dan pemerintah Uthmaniah yang seterusnya.
Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau telah berjaya
menawan Istanbul (Costantinople), ibu negeri Rom Timur pada tahun 1453
(menyebabkan kejatuhan empayar Rom). Selepas itu bermula zaman pengukuhan
empayar Uthmaniah hinggalah ke tarikh kematian Suleiman I pada tahun 1566.
Empayar ini berlanjutan hingga awal abad ke-20. Namun begitu, penguasaan
politik dan ekonominya terhadap seluruh empayarnya tidak lagi sekuat seperti pada
abad ke-16.
Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I adalah sultan Uthmaniah pertama yang
menggunakan gelaran 'sultan'.
Zaman kegemilangan Uthmaniah berterusan di bawah pemerintahan Sultan
Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566), beliau merupakan:
1. Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniah. Beliau banyak
melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau
mendapat gelaran al-Qanuni, pembuat undang-undang.
2. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniah menguasai wilayah
Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.
27
3. Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut
Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.
FAKTOR KEGEMILANGAN
Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi
Di kalangan orang Islam merupakan tunjang utama kepada kegemilangan kerajaan
Uthmaniah.
Semangat ghazi
Semangat kepahlawanan tentera yang tidak gentar berkorban jiwa demi
penyebaran agama Islam.
Sistem ketenteraan yang tersusun
Selain mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat, tentera
Uthmaniah juga mempunyai Janissari iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih
dalam selok-belok peperangan.
Penggunaan peralatan senjata moden
Contohnya meriam besar. Peralatan senjata moden ini sangat membantu perluasan
empayar contohnya dalam kes penaklukan Costantinople.
Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah
Pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil juga telah
membantu dan memudahkan peluasan Islam di Eropah.
Kemerosotan atau kepincangan institusi gereja
Institusi gereja hampir hancur disebabkan terdapatnya penyalahgunaan kuasa,
pergaduhan para pemimpinnya, serta kekurangan kewangan untuk beroperasi
sepenuhnya. Ramai penganut agama Kristian tertarik dengan keistimewaan yang
terdapat pada agama Islam.
Usaha Pendakwah
Pengajaran ahli kumpulan sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi
dalam ajaran mereka telah menarik ramai orang Kristian memeluk Islam.
IKTIBAR KEGEMILANGAN
Kerajaan Uthmaniyyah mula muncul sebagai sebuah kuasa Islam yang terbesar dan
berjaya menjadi pelindung kepada negara-negara Islam yang lain.
Kerajaan Uthmaniah berjaya menakluki Eropah dan membawa misi dakwah Islam
yang besar ke rantau ini
Pengaruh kerajaan Uthmaniah bukan setakat ke rantau Eropah, namun tercatat di
dalam sejarah Kepulauan Melayu, raja-raja Kerajaan Islam Acheh, Minangkabau
dan Bantam membuat hubungan dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah dan sentiasa
menerima utusan dari Istanbul.
Pada hari ini, masih ada hadiah-hadiah yang diterima dari Kerajaan Uthmaniah
yang dijadikan lambang kebesaran.
28
Semangat kepahlawanan yang tinggi di kalangan tentera Kerajaan Uthmaniah
perlu dicontohi oleh semua umat Islam untuk mempertahankan akidah dan negara
sendiri daripada dicerobohi oleh anasir-anasir luar yang mahu melihat Islam jatuh
di tangan mereka.
Kekuatan dan kegemilangan kerajaan Uthmaniah pada suatu masa dahulu perlu
dijadikan satu pengajaran kepada umat Islam masa kini supaya dapat meneroka
bidang-bidang ilmu yang baru, mengamalkan budaya hidup yang sihat dan
mengekalkan kestabilan politik.
FAKTOR KEJATUHAN
Kelemahan pemerintah
Keperibadian sultan-sultan Uthmaniah yang terakhir menyebabkan kerajaan
Uthmaniah telah mengalami kemerosotan.
Perebutan kuasa jawatan Sultan
Pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan menyebabkan berlakunya
pembunuhan antara waris-waris bagi mendapatkan jawatan.
Kelemahan dalam urus tadbir ekonomi
Kelemahan adalah disebabkan pelantikan jawatan yang bukan didasari oleh
kebolehan. Jawatan pemungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar
untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara.
Pemberontakan rakyat
Pemberontakan dan rasuah berleluasa. Tiada lagi penyatuan antara golongan
pemerintah dan rakyat jelata.
Kemerosotan dalam bidang ketenteraan
Sikap tentera yang tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah menyebabkan
mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku.
Kos perang
Uthmaniah berhadapan dengan kos perang yang amat mahal dengan Parsi,
Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia dan Austria-Hungary. Peperangan
mengakibatkan Uthmaniah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria.
Perdagangan yang lembab
Sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi
perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.
Keruntuhan akhlak
29
Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahyul, amalan tasawuf yang
melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib untuk berjihad.
Pengaruh luar
Gerakan Reinasance melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah
dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam Uthmaniah.
Muncul golongan muda yang menggelar diri mereka The Young Turks.
Kumpulan ini memulakan gerakan pembaharuan dalam masyarakat Turki dengan
menyebarkan idea-idea pemodenan. Mereka memperjuangkan pemerintahan Turki
yang bebas daripada Islam dan mengikut sistem Barat untuk mencapai kemajuan
IKTIBAR KEJATUHAN
Kerajaan Uthmaniah merupakan khilafah Islam terakhir yang wujud. Kejatuhan
Uthmaniah ini menandakan berakhirnya penguasaan empayar Islam ke atas dunia.
Kelemahan kepimpinan berlaku kerana tiada mekanisme dalam mencari pengganti
yang layak untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakan mereka
mewariskan kepimpinan kepada anak beranak atau ahli keluarga. Islam mahukan
sesuatu urusan dalam bermasyarakat ini disusun dan dikendalikan dengan teratur.
Jelas, pemimpin perlu dilantik daripada kalangan orang yang benar-benar layak
dari sudut agamanya dan berkemampuan untuk mengurus atur masyarakat dengan
lebih baik. Amat mendukacitakan perkara ini tidak diberi perhatian oleh pembesar
kerajaaan Uthmaniah.
Ekonomi yang lemah dapat dilihat dengan jelas di hujung pemerintahan Kerajaan
Uthmaniah menyebabkan mereka terpaksa menanggung hutang yang dipinjam dari
bank-bank Eropah. Ekonomi merupakan aspek yang penting dalam pengukuhan
sesebuah kerajaan. Oleh yang demikian, kerajaan Islam perlu mantap dari segi
pengurusan ekonomi dan kewangan sesebuah empayar atau negara.
Selain itu, rakyat dan pemerintah perlu bekerjasama dalam membangunkan negara,
mengukuhkan perpaduan setiap masa.
Akhlak yang baik juga perlu sentiasa diterapkan kepada semua golongan sama ada
pemimpin mahupun rakyat kerana akhlak yang buruk seperti apa yang telah
berlaku kepada zaman khilafah Islam contohnya krisis-krisis moral, tidak
mementingkan kehidupan akhirat dan mementingkan kemewahan dan sikap
berfoya-foya perlu dielakkan kerana dengan sikap inilah sesuatu tamadun Islam itu
akan mengalami kejatuhan. Musuh Islam juga akan senang mengambil peluang
30
untuk menyerang kerajaan Islam jika pemimpin dan rakyat mempunyai akhlak
yang buruk.
Kebangkitan kerajaan Islam seperti Uthmaniah ini perlukan perencanaan dan
perancangan yang rapi. Ia mungkin sahaja berbeza bentuknya dengan penguasaan
ke atas teknologi, perdagangan, pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting,
sejarah ini perlu diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat
di dalam buku.
31
TOKOH : HASSAN AL-BANNA
LATAR BELAKANG
Nama sebenar : Hassan bin Ahmad Al-Banna. Bapanya ialah Ahmad bin Abdul Rahman
Al Banna, merupakan seorang ulamak yang warak dan bertakwa. Bapanya bekerja
mencari rezeki sebagai tukang membaiki jam. Dilahirkan di desa Mahmoudiyah kawasan
Buhairah, Mesir pada 1906M. Membesar dalam keluarga yang berakhlak mulia dan hidup
sncutu sndnthubu. Dilubrin mnbjudi pata di Snnoluh Rnbduh Parntu Ismu’liyyuh Amitiuh
pada usia 21 tahun. Melibatkan diri dengan gerakan sufi, tarekat Hasafiyyah, tetapi
menolak konsep pengasingan diri dari orang ramai. Meletakkan jawatan sebagai guru
setelah 19 tahun berkhidmat untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan.
Meninggal dunia pada tahun 1949 setelah kehilangan banyak darah akibat ditembak oleh
dua lelaki yang tidak dikenali.
PENDIDIKAN
Mendalami ilmu agama dari Syeikh Muhammad Zahran. Ayahnya memasukkannya ke
mudtusuh i’dudiyuh. Bntjuyu mnbphufuz sngutah Al Qatub nnrinu nntasiu 12 ruhab.
Bntjuyu mnlubjarnub gnlujutub nn Mudtusuh ul Ma’ullimib ul-Awwaliyah di Damanhur
pada usia 13 tahun sedangkan kelayakan untuk masuk ke madrasah itu ialah 14 tahun.
Berjaya menghafaz Al Quran pada usia 14 tahun. Memasuki Pusat Latihan Perguruan
dalam usia yang muda. Memasuki Fakulti Darul Ulum pada awal usia 16 tahun.
Memperolehi Diploma Darul Ulum ketika berusia 21 tahun.
SIFAT PERIBADI
Kuat beribadat
Suka bersolat dan berpuasa semenjak kecil. Dia suka mendampingi orang-orang
yang warak dan soleh.
Bersifat pemurah
Suka bersedekah walaupun dia sendiri memerlukan wang atau barang yang
disedekahkan.
Berfikiran luas
Kaedah dakwahnya menarik minat paderi dan penganut Kristian untuk mendengar
penerangannya.
Tawaduk dan berbudi bahasa
32
Menegur kesilapan sahabatnya dengan cara yang baik dan sangat menghormati dan
mengambil berat tentang keadaan sahabat-sahabat dan orang di sekelilingnya tanpa
mengira pangkat dan kedudukan.
Zuhud, tegas dan iltizam dengan dakwah
Pernah menolak jawatan tinggi dan gaji yang besar yang ditawarkan oleh pihak
kerajaan apabila mendapati tawaran itu bertujuan untuk menjauhkan beliau dari
usaha dakwahnya. Dia juga pernah menolak tawaran kebendaan yang banyak
daripada pihak British yang mahu membeli maruahnya.
Menghormati sahabat dan tetamu
Mempelawa tempat duduknya kepada tetamu yang datang kemudian sehingga dia
mendapat tempat duduk paling belakang walaupun dia orang yang pertama datang.
SUMBANGAN KEPADA DAKWAH DAN PERJUANGAN ISLAM
a. Dakwah :
- Dakwah di kedai kopi dan tempat awam. Menyampaikan ceramah di kedai kopi
dan tempat awam, mengajak orangramai meninggalkan kegiatan yang sia-sia dan
mengajak mereka menunaikan kewajipan agama.
- Melakukan seruan kepada ulamak dan pemimpin. Mendekati ulamak dan
mengingatkan mereka kepada kewajipan-kewajipan dakwah, Hasilnya berlaku
gerakan dakwah yang lebih besar.
b. Menghasilkan banyak karya yang menjadi pendorong dan rujukan kepada usaha
dakwah. Antara buku karangannya :
- Al-Mu’rhatur,
- Muzakkirat al Dakwah wa al –Du’iyuh(CururubDunwuh Dan Pendakwah),
- Rusu’ilul-Imam al-Syahid (Risalah-risalah al-Imam al-Syahid) ,
- Risalah al-Tu’lim (Risalah Pengajaran),
- Risalah al-Jihad (Risalah Jihad),
- Du’wurabufiTuwtibJudid,
- Perbandingan antara Semalam dan Hari ini,
- Ikhwan Muslimin di Bawah Panji-panji al-Quran,
- Pelbagai Persoalan Negara dari Perspektif Islam,
- Maqalat Hasan Al-Banna,
c. Penubuhan Ikhwanul Muslimin. Kumpulan yang ditubuhkan oleh Hassan Al-
Banna bersama seorang adiknya dan lima orang sahabat pada tahun 1927.
Kumpulan ini ditubuhkan untuk bekerja bagi mengembalikan kegemilangan
Islam dan melancarkan jihad untuk mencapai tujuan itu. Ikhwanul Muslimin terus
berkembang menjadi kumpulan gerakan dakwah yang dinamik hingga ke hari ini.
33
d. Wasiat Hassan Al-Banna :
Intipati penting daripada risalah terakhir yang ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna
untuk anggota Ikhwan Muslimin :
i. Mengingatkan tentang tugas dakwah dalam membela kalimah Allah SWT dan
melaksanakan amar makruf dan nahi munkar di tengah-tengah masyarakat
yang sangat mementingkan kebendaan.
ii. Seruan agar berjuang membebaskan negeri umat Islam dari belenggu
penjajahan agar syariat Islam dapat dilaksanakan.
iii.Kembali mendokong usaha jihad kerana orang yang meninggalkan jihad akan
hidup dalam kehinaan.
iv. Memelihara adab-adab dakwah, perlihatkan syiarnya di tengah umat manusia,
jernihkan mentalnya, perbaiki tindakan dan amalan, istiqamah pada Allah,
laksanakan amar makruf nahi mungkar, berikan nasihat dengan lembut kepada
seluruh manusia, bersiap untuk berkorban dan bersabar, berjihad dengan jiwa
dan harta, perbanyakkan membaca Al Quran, jaga solat lima waktu dengan
berjemaah dan beramal dengan berharap semata-mata untuk mendapat
keredhaan Allah.
v. Budayakan bersih. Bersihkan jiwa, , pemikiran, ungkapan, tindakan, pakaian,
badan, makanan, minuman, penampilan, tempat tinggal, interaksi, perilaku,
perkataan dan seluruh kerja
10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
1- Jika terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah
walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Qat’ub,snlulamnmnanunirun-kitab untuk menambah ilmu,
pergi ke majlis-majlis ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa
dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang fushah (betul/fasih) kerana bahasa
Arab yang fushah adalah syiar (lambang) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran
yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak
mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar
kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-
pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah
ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
34
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu
gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
IKTIBAR/PENGAJARAN DARIPADA SEJARAH HASSAN AL BANNA
i. Kita mestilah mengisi kehidupan kita dengan aktiviti yang dapat membawa kita dan
orang lain ingat dan patuh kepada Allah SWT.
ii. Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan mempelajari
kemahiran yang berfaedah.
iii. Kita perlu melatih diri dengan akhlak mulia dan sentiasa membersihkan hati.
“INILAH SAYA, ANDA SIAPA?”
“Saya ialah pengembara yang mencari kebenaran, saya ialah manusia yang mencari erti
sebenar kemanusiaan. Saya ialah seorang warganegara yang impikan sebuah negara
yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang
murni.
Saya hanyalah seorang yang memahami rahsia hidup. Sembahyangku, ibadatku, hidupku
dan matiku hanyalah untuk Allah SWT , Tuhan sekalian alam, tiada yang
mempersekutukanNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang
yang menyerahkan diri.”
Inilah saya dan siapa pula anda?
(Kata-kata Imam Hasan Al-Banna ketika diminta oleh wartawan untuk memperkenalkan dirinya)
35
ADAB & AKHLAK ISLAMIAH
ADAB BEKERJA
Maksud Adab Bekerja
Tatacara atau etika melaksanakan sesuatu pekerjaan agar berjalan lancar dan beroleh
keberkatan daripada Allah SWT.
Adab-adab Ketika Bekerja
Mulakan kerja dengan basmalah dan doa untuk
mendapat keberkatan.
Berpakaian bersih, kemas dan menutup aurat.
Selesaikan kerja yang diamanahkan dalam waktu
ditetapkan dan tidak bertangguh.
Bertoleransi dan bekerjasama dalam kerja berpasukan.
Patuh arahan ketua dan prosedur kerja semasa bekerja.
Akibat Tidak Menjaga Adab Ketika
Bekerja
Kerja yang diamanahkan tidak sempurna.
Matlamat yang disasarkan gagal dicapai.
Hasil pengeluaran tidak berkualiti.
Melahirkan pekerja yang tidak berdaya
saing.
Menghalang kemajuan sesebuah negara.
36
SIFAT ISTIQAMAH
Maksud Istiqamah
Tetap teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam dan berterusan (konsisten)
beramal dengan amalan yang baik menurut Islam.
30. Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah Allah" kemudian
mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka Malaikat akan turun kepada mereka dengan
mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah
mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Surah Fussilat: 30)
Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah
lebih disukai Allah SWT
Ciri-ciri Istiqamah
Konsisten berpegang teguh dengan akidah tauhid.
Konsisten dalam menjalankan syariat agama, sama ada suruhan atau larangan.
Konsisten dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta menentang kezaliman
dan penipuan (amar makruf nahi mungkar).
Akibat Tidak Istiqamah
Mudah berputus asa dan kecewa.
Tidak mencapai matlamat yang disasarkan.
Berleluasanya perkara-perkara mungkar.
Bagi menyemai sifat istiqamah dalam diri, amalkanlah wasatiyah (sederhana) dalam
kehidupan. Seseorang yang baru mendapat kesedaran untuk solat, janganlah terus
melakukan semua jenis solat sunat dalam sehari. Ini kerana dibimbangi individu tersebut
rasa terbeban dan akan berhenti terus dari amalan tersebut. Tapi mulailah dengan
menunaikan solat fardhu secara tetap, di samping ditambah dengan solat sunat secara
sedikit demi sedikit. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi pahala, tetapi
manusialah yang mungkin akan jemu beramal jika tidak betul caranya.
37