The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tarikh: 26 Februari 2024 (Isnin)<br>Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang<br>Tempat: Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahhanani, 2024-02-20 22:17:53

KONVENSYEN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

Tarikh: 26 Februari 2024 (Isnin)<br>Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang<br>Tempat: Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya

LAMPIRAN C Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 4.2 Bumi Sebagai Dalil Ketauhidan kepada Allah SWT Menurut Perspektif Al-Quran Selain daripada mentauhidkan Allah SWT melalui ayat-ayat yang berunsurkan akidah, ayatayat al-Kawniyyah juga mampu melakukan sedemikian seperti ayat yang berkaitan bumi pada surah Yūnus [10] ayat ke-3 39. Menurut al-Ṭabarī (2001), ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT merupakan Tuhan yang hanya disembah dan tiada yang selain-Nya. Hal ini kerana Allah SWT merupakan Tuhan pencipta makhluk seperti bumi yang diciptakan secara sendiri tanpa sebarang bantuan. Allah SWT juga yang mentadbir bumi ini dan menetapkan apa-apa sahaja yang diingini tanpa terikat dengan yang lain. Bumi juga menjadi bukti kemampuan Allah SWT untuk membangkitkan manusia dan menghimpunkan semua di hari Akhirat nanti. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT pada surah Yasin [36] ayat ke-3340 . Al-Saʿdī (2002) menyatakan bahawa ayat ini merupakan bukti terhadap hari Kebangkitan dan Perhimpunan yang menjadi tempat perhitungan segala amalan. Buktinya adalah kemampuan Allah SWT juga boleh menghidupkan bumi yang mati dengan siraman air hujan ke atasnya. Justeru, menghidupkan sesuatu yang mati adalah tidak mustahil bagi Allah SWT. Allah SWT juga mampu untuk melakukan apa sahaja kepada bumi kerana Dia merupakan pemilik dan pentadbirnya. Hal ini adalah berpandukan kepada firman Allah SWT pada surah Āli ʿImrān [3] ayat ke-18941. Menurut al-Saʿdī (2002), Allah SWT merupakan pemilik kepada bumi serta mentadbirnya dengan kudrat Allah SWT. Justeru, Allah SWT berkuasa untuk melakukan apa sahaja kepada bumi-Nya. Ayat ke-44 dalam surah al-Isrā’ [17] 42 pula mengkhabarkan bahawa bumi mempunyai peranan untuk bertasbih kepada Allah SWT. Hal ini bertujuan untuk mensucikan, mengagungkan, memuliakan Allah SWT dan membuktikan keesaan-Nya (Ibn Kathīr, 2009). Justeru, bumi dalam al-Quran tidak hanya dilihat sebagai tempat tinggal manusia akan tetapi ia juga bukti keesaan dan kekuasaan Allah SWT. Ayat-ayat dalam Al-Quran menegaskan bahawa Allah SWT adalah pencipta tunggal yang mengatur dan mentadbir bumi tanpa sebarang bantuan. Bumi juga merupakan bukti berlakunya kebangkitan dan perhimpunan di hari Akhirat memandangkan Allah SWT mampu menghidupkan bumi yang mati dengan siraman air hujan sekaligus menunjukkan kuasa-Nya yang tiada batas. Selain itu, Allah SWT memiliki kuasa penuh ke atas bumi dan Dia merupakan pemilik dan pentadbir bumi. Malah, bumi sendiri memiliki peranan dalam mengagungkan Allah SWT dengan bertasbih kepadaNya. Oleh yang demikian, bumi bukan hanya sebagai tempat untuk dihuni tetapi juga merupakan bukti yang jelas akan kekuasaan, keesaan, dan keagungan Allah SWT. 39 Surah Yūnus [10] ayat ke-3: ُ م َّكُ ب َ ر َّ إِن ٱ َُّ ّلل ٱ ِي َّ َّل َ ق َ ل ِت َ خ ٱ َٰ َ َٰو َ م لسَّ َ وٱ ۡرض َ َ ۡ ۡل َّ م ُ اٖم ث َّ ي َ ةِ أ َّ َٰى ِِف ِست ٱ َ و َ ت ۡ س رِ ش ََ ۡ ع َ لَع ٱ ۡ ل ُ ِر ب َ د ُ ي ٱ َۖ َ ر ۡ م َ ۡ ۡل نِهِ ۡ ِد إِذ ۡ ع َ ِم ۢن ب َّ فِيٍع إَِّل َ ا ِمن ش َ م ۚٓۦ ُ م لِكُ َٰ َ ذ ٱ َُّ م ّلل ۡ ُّكُ ب َ ر َ فٱ ۚٓ ُ وه ُ د ُ ب ۡ ع َ ون ُ ر َّ ك َ ذ َ ت َ َل َ ف َ أ ٣[ يونس: 3 ] 40 Surah Yasin [36] ayat ke-33: ]33 :يس ]٣٣ َ ون ُ ل كُ ۡ أ َ ي ُ ه ۡ ِمن َ ا ف ٗ ب َ ا ح َ ه ۡ ا ِمن َ ن ۡ ج َ ر ۡ خ َ أ َ ا و َ َٰه َ ن ۡ ي َ ي ۡ ح َ أ ُ ة َ ت ۡ ي َ م ۡ ٱل ۡرض ُ َ ۡ ٱۡل ُ م ُ ه َّ ل ٞ ة َ اي َ ء َ و 41 Surah Āli ʿImrān [3] ayat ke-189: ]189 :عمران آل ]١٨٩ٌ ِدير َ ءٖ ق ۡ ِ َش َ ُ َٰ ك ٱّللَُّ لَع ََ َ ۡر ِ ض و َ ۡ ٱۡل َ ِت و َٰ َ َٰو َ م ٱلسَّ كُ ۡ ل ُ ِم ِّللَّ َ و 42 Surah al-Isrā’ [17] ayat ke-44: ]44 :اإلسراءۚٓ ] َّ ِهن ن فِي َ م َ و ۡرض ُ َ ۡ ٱۡل َ و ُ ع ۡ ب ٱلسَّ َٰتُ َ َٰو َ م ٱلسَّ ُ َ َل ُ ِح ب سَ ُ ت


LAMPIRAN C Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 4.3 Bumi dan Insan Menurut Perspektif Al-Quran Bumi mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan insan yang merupakan penghuni utamanya. Jika dilihat ayat-ayat berkaitan bumi di dalam al-Quran nescaya dapat dikenal pasti kaitan di antara bumi dan insan. Antaranya, insan dicipta dari bumi atau tanah seperti yang dinyatakan di dalam surah alNajm [53] ayat ke-3243 . Al-Khāzin (2004) dalam mentafsirkan ayat “ ”, menyatakan bahawa diciptakan Nabi Adam AS daripada tanah. Justeru, insan berasal daripada tanah yang mana tanah merupakan sebahagian daripada bumi Allah SWT. Bumi juga telah diwariskan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya yang salih seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT pada surah al-Anbiyā’ [21] ayat ke-10544 (Ibn Kathīr, 2009). Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT mewariskan bumi ini kepada para salihin agar mereka dapat menjalankan perintah Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang oleh-Nya (Al-Saʿdī, 2002). Warisan bumi yang ditinggalkan ini disertakan bersama dengan perintah Allah SWT untuk mengimarahkannya. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah [2] ayat ke-3045 berkaitan keinginan Allah SWT untuk mencipta khalifah di atas muka bumi ini. Tambahan pula, Allah SWT menyeru manusia untuk mengimarahkan bumi Allah SWT seperti yang dinyatakan di dalam surah Hūd [11] ayat ke-6146. Maksud pengimarahan di dalam ayat ini adalah melalui pembinaan dan aktiviti yang memberikan manfaat dan kebahagiaan kepada manusia. Allah SWT juga menggalakkan manusia untuk berjalan di atas muka bumi ini dan memanfaatkan bumi demi kemaslahatan hamba-Nya. Hal ini dapat dilihat di dalam surah alMulk [67] ayat ke-1547 . Al-Ṭabarī (2001) menjelaskan bahawa Allah SWT telah menjadikan bumi ini mudah untuk para hamba-Nya berkeliaran di setiap pelusuk bumi serta mengambil faedah daripadanya seperti rezeki Allah SWT yang pelbagai. Rentetan tanggungjawab dan amanah bumi yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia, maka Allah SWT melarang manusia daripada melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Hal ini jelas di dalam firman Allah SWT pada surah al-Aʿrāf [7] ayat ke-5648. Allah SWT melarang hamba-Nya daripada melakukan kerosakan di atas muka bumi ini sama ada dengan melakukan kehancuran atau dengan keingkaran hamba Allah SWT terhadap hukum syariat Islam (Al-Khāzin, 2004). Oleh yang demikian, bumi bukan hanya tempat tinggal bagi manusia akan tetapi ia juga merupakan nikmat Allah SWT yang perlu dijaga, diimarahkan dan dimanfaatkan dengan 43 Surah al-Najm [53] ayat ke-32: ]32 :النجمَۖ ] ۡ م تِكُ َٰ َ ه َّ م ُ و ِن أ ُ ط ُ ِِف ب ٞ ة َّ ِجن َ أ ۡ م ُ نت َ أ ۡ ۡر ِض ِإَوذ َ ۡ ٱۡل ِنَ م م كُ َ أ َ نش َ أ ۡ إِذ ۡ م ِكُ ب ُ م َ ل ۡ ع َ أ َ و ُ ه 44 Surah al-Anbiyā’ [21] ayat ke-105: ا ِِف َ ن ۡ ب َ ت َ ك ۡ د َ ق َ ل َ ِ و ٱ ور ُ ب َّ لز ِد ۡ ع َ ۢن ب ِم ٱ ِ ر ۡ ِك َّل َّ ن َ أ ٱ ۡرض َ َ ۡ ۡل ادِيَ َ ا ِعب َ ه ُ ث ِ ر َ ي ٱ َ ون لِحُ ََّٰ لص ١٠٥[ األنبياء: 105] 45 Surah al-Baqarah [2] ayat ke-30: ]30 :البقرةَۖ ] ٗ ة َ لِيف َ ۡر ِض خ َ ۡ ِِف ٱۡل ٞ ا ِعل َ ِ ج ةِ إِّن َ ِك ئ ََٰٓ ل َ م ۡ لِل كَ ُّ ب َ ر َ ال َ ق ۡ ِإَوذ 46 Surah Hūd [11] ayat ke-61: ]61 :هودِ ]ه ۡ َ إَِل ْ ا ٓ و ُ وب ُ ت َّ م ُ ث ُ وه ُ فِر ۡ غ َ ت ۡ ٱس َ ا ف َ فِيه ۡ م ُ ك َ ر َ م ۡ ع َ ت ۡ ٱ س َ ۡر ِض و َ ۡ ٱۡل ِنَ م م كُ َ أ َ نش َ أ َ و ُ ه 47 Surah al-Mulk [67] ayat ke-15: ]15 :الملك ]ۦَۖ قِهِ ۡ ِز ِمن ر ْ وا ُُ ُك َ ا و َ ِه اكِب َ ن َ ِِف م ْ وا ُ ش ۡ ٱم َ ف ٗ وَّل ُ ل َ ذ ۡرض َ َ ۡ ٱۡل ُ م كُ َ ل َ ل َ ع َ ِي ج َّ ٱَّل َ و ُ ه 48 Surah al-Aʿrāf [7] ayat ke-56: ]56 :األعرافۚٓ ]ا ً ع َ م َ ط َ ا و ٗ ف ۡ و َ خ ُ وه ُ ع ۡ ٱد َ ا و َ ِحه َٰ َ ل إِصۡ َ د ۡ ع َ ۡر ِض ب َ ۡ ِِف ٱۡل ْ وا ُ ِسد ۡ ف ُ ت َ َّل َ و


LAMPIRAN C Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bijaksana untuk kemaslahatan umat manusia serta untuk memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. 5. PENUTUP Kesimpulannya, langit dan bumi menurut perspektif al-Quran merupakan bukti yang jelas akan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Sifat-sifat langit yang menakjubkan mengingatkan hamba Allah SWT kepada ketaatan terhadap perintah Allah SWT. Bumi pula dengan keindahan, keluasan dan kelimpahan rezekinya mengingatkan manusia akan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Keduanya menjadi bukti ketauhidan kepada Allah SWT dan memperlihatkan keagungan pencipta-Nya. Oleh itu, pengetahuan tentang langit dan bumi seharusnya menginspirasi manusia untuk menghormati, bersyukur, dan bertanggungjawab dalam menjaga ciptaan Allah SWT serta mempergunakan nikmat yang telah diberikan-Nya dengan bijaksana. RUJUKAN Al-Azharī, A. M. M. bin A. (1964). Tahdhīb al-Lughah. Kaherah: Maṭābiʿ Sajl al-ʿArab. Al-Khāzin, ʿAlā’ al-Dīn ʿAlī bin Muḥammad bin Ibrāhīm. (2004). Lubāb Al-Ta’wīl fī Maʿānī. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Al-Māturīdī, A. M. M. bin M. (2005). Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah. Beirut: Dār al-Kutub alʿIlmiyyah. Al-Qāsimī, M. J. al-D. (1957). Maḥāsin al-Ta’wīl. Kaherah: Dār Iḥyā’ al-Kutub al-ʿArabiyyah. Al-Qaṭṭān, M. (1998). Mabāḥith Fī ʿUlūm al-Quran (35th ed.). Beirut: Mu’assasat al-Risālah. Al-Rāghib Al-Aṣfahānī, A.-Ḥusayn bin M. (1992). Al-Mufradāt Fī Gharīb al-Qurān. Beirut: Dār al-Qalam. Al-Saʿdī, ʿAbd al-Raḥmān bin Nāṣir. (2002). Taysīr Al-Karīm Al-Raḥmān Fī Tafsīr Kalām AlMannān. Riyadh: Dār al-Salām . Al-Shawkānī, M. bin ʿAlī bin M. (2007). Fatḥ Al-Qadīr Al-Jāmiʿ Bayna Fannay Al-Riwāyah Wa Al-Dirāyah Min ʿIlm Al-Tafsīr. Beirut: Dār al-Maʿrifah . Al-Suyūṭī, J. al-D. ʿAbd al-R. (2006). Al-Itqān Fī ʿUlūm Al-Qurān. Kaherah: Maktabah alṢafā. Al-Ṭabarī, M. bin J. (2001). Jāmiʿ al-Bayān ʿan Ta’wīl Āyi Al-Qurān. Kaherah: Dār Hijr. Al-Zamakhsharī, A. A.-Q. M. bin ʿUmar. (1998). Al-Kashshāf ʿAn Ḥaqā’iq Ghawāmiḍ AlTanzīl Wa ʿUyūn Al-Aqāwīl Fī Wujūh Al-Ta’wīl. Riyad: Maktabat al-ʿAbīkān.


LAMPIRAN C Konvensyen Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Al-Zarkashī, B. al-D. M. bin ʿAbdullah. (2013). Al-Burhān Fī ʿUlūm al-Qurān (1st ed.). Kaherah: Dār Ibn al-Jawzī. Fahd, N. F. (2020). Al-Maqāṣid al-Tarbawiyyah li al-Āyāt al-Kawniyyah wa al-Iʿjāz al-ʿIlmī li al-Qurān . Majallat Al-Turāth Al-ʿIlmī Al-ʿArabī , 45(1), 1–42. Ibn al-Jawzī, A. al-F. J. al-D. ʿAbd al-R. bin ʿAlī bin M. (2002). Zād Al-Masīr fi ʿIlm Al-Tafsīr. Beirut: Dār Ibn Ḥazm. Ibn Fāris, A. (2002). Maqāyīs al-Lughah. Damsyik: Ittiḥād al-Kitāb al-ʿArab. Ibn Kathīr, A. al-F. I. (2009). Tafsīr Al-Qurān Al-ʿĀẓīm. Kaherah: Dar Ibn al_jawzi. Ibn ʿĀshūr, M. al-Ṭāhir. (1984). Al-Taḥrīr wa al-Tanwīr. Tunisia: Al-Dār al-Tūnisiyyah li alNashr. Muqātil, bin S. (2011). Al-Wujūh wa Al-Naẓā’ir fī Al-Qurān Al-ʿAẓīm. Riyad: Maktabat alRushd. Quranic Arabic Corpus. (n.d.). Quranic Arabic Corpus. Retrieved from Language Research Group, University of Leeds website: https://corpus.quran.com/ Sayyid Qutb. (1968). Fī Ẓilāl Al-Qurān. Kaherah : Dār al-Shurūq .


Click to View FlipBook Version